reka cipta alat “treadmill” bagi ujian · pdf filereka cipta alat...

28
REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) UNTUK MENGUJI DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR. LIM YOKE PENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: hathu

Post on 08-Feb-2018

247 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) UNTUK MENGUJI DAYA TAHAN

KARDIOVASKULAR.

LIM YOKE PENG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

PSZ 19:16 (Pin. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL: REKA CIPTA “ALAT TREADMILL” BAGI UJIAN

KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) UNTUK MENGUJI DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR.

SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya LIM YOKE PENG

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

SULIT

Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________________ ________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap P.M DR. ABDUL HAFIDZ BIN HAJI OMAR 28, TMN. PETANI JAYA, Nama Penyelia 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 26 FEBRUARI 2004 Tarikh: 26 FEBRUARI 2004

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

• Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tugasan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)”

Tandatangan : …………………………………. Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. ABDUL HAFIDZ BIN HAJI OMAR Tarikh : 26 FEBRUARI 2004

Page 4: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN KECERGASAN JASMANI

KEBANGSAAN (UKJK) UNTUK MENGUJI DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR.

LIM YOKE PENG

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

Page 5: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tanda tangan : ………………….

Nama Penulis : Lim Yoke Peng

Tarikh : …………………..

Page 6: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

iii

DEDIKASI

Buat ayah dan ibu yang tersayang, kejayaan ini ditujukan khas buatmu.

Pengorbanan dan jasa yang telah dicurahkan kepada aku tidak dapat ku lupakan. Selagi

hayat ini masih ada, akan ku abadikan buat ayah dan ibu tersayang. Dan teristimewa

buat seseorang yang disayangi, terima kasih segalanya. Khas buat,

Ayah

LIM TONG WAH

Ibu

THE BEE BEE

Abang

LIM CHEW PENG

Adik

LIM KHAI PENG

Page 7: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

iv

PENGHARGAAN

Ucapan terima kasih saya yang tidak terhingga buat keluarga tersayang terutama

ayah dan ibu yang memberi sokongan yang tidak ternilai buat saya. Selain itu, saya

ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada penyelia Projek Sarjana Muda, iaitu P.M.

Dr. Abdul Hafidz bin Hj. Omar kerana beliau telah banyak memberi bimbingan, tunjuk

ajar, nasihat, bantuan dan usaha yang tidak jemu dalam menolong saya

menyempurnakan projek ini.

Di samping itu, rakaman terima kasih diucapkan kepada En. Mazan bin Aripin

dari Fakulti Kejuruteraan Awam yang membantu saya dalam menyiapkan alat

“Treadmill” yang digunakan dalam penyelidikan ini. Selain itu, saya juga ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Alief Ruhullah bin Haris dari Fakulti

Kejuruteraan Elektrik yang banyak membantu saya dalam menyiapkan elektronik yang

akan dipasang di alat “Treadmill” yang direkabentuk oleh saya.

Tidak ketinggalan di sini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya iaitu Wee Yinn Sheng,

Wong Ling Syu, Cho Boon Peng, Yong Hong Then, Ooi Jin Bing dan Lem Sze Huang

yang banyak memberi sokongan dan bantuan kepada saya dalam usaha menyiapkan

projek ini. Akhir sekali tidak lupa saya untuk mengucapkan terima kasih kepada

pelajar-pelajar Sains Sukan UTM yang memberi kerjasama kepada saya dalam

melakukan soal selidik.

Page 8: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

v

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu projek merekacipta Alat Treadmill Berelektronik

untuk Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Alat Treadmill Berelektronik

yang direka cipta oleh penyelidik digunakan untuk menguji daya tahan kardiovaskular

seseorang. Alat ini menggunakan teknologi elekronik sensor untuk mengesan bilangan

pusingan roda Treadmill apabila seseorang subjek berlari menggunakan Treadmill.

Objektif utama kajian ini adalah melihat keberkesanan Alat Treadmill Berelektronik

menguji tahap kecergasan kardiovaskular dengan berlari sejauh 2.4km dalam UKJK.

Selain daripada itu, penyelidik juga mendapatkan persepsi siswazah-siswazah Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan), Universiti Teknologi Malaysia

terhadap alat ini. Sebanyak sepuluh orang subjek telah dipilih untuk menjalankan ujian

daya tahan kardiovaskular. Selain itu, subjek tadi bersama dengan 90 orang pelajar

Sains Sukan tahun1 hingga 4 yang lain dikehendaki menjawab borang soal selidik yang

telah diedarkan. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian

Microsoft Excel. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Alat Treadmill Berelektronik

berkesan untuk menguji daya tahan kardiovaskular seseorang dengan berlari sejauh

2.4km dalam Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Alat yang direkacipta

oleh penyelidik juga mendapat sambutan yang baik daripada pelajar-pelajar Sains

Sukan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru. Dalam kajian ini juga

akan dibincangkan tentang masalah-masalah yang dihadapi sepanjang penyelidikan ini

dan cadangan penyelidik turut dikemukakan bagi memperbaiki dan memantapkan lagi

mutu hasil penyelidikan pada masa akan datang.

Page 9: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

vi

ABSTRACT

This research was a project to design an Electronic Treadmill for the National

Physical Fitness Test (UKJK). The Treadmill invented by the researcher was to test the

cardiovascular fitness of an individual. This equipment uses electronic sensor

technology to detect the amount of wheel spin on the Treadmill when subjects use the

equipment. The main purpose of this research was to determine the effectiveness of the

Treadmill in testing cardiovascular fitness level when an individual run in a distance of

2.4km in the UKJK test. In addition, researcher also obtained perception from all of the

undergraduates in Bachelor Degree of Science and Education (Sports Science),

University Technology Malaysia (UTM) towards the Treadmill. 10 subjects were

selected to run a cardiovascular fitness test. Besides that the subjects stated above

together with another 90 Sports Science undergraduates from year 1 to 4 were ask to

answer questionnaire that was distributed. The data collected were analyzed using

Microsoft Excel. From the research, the Treadmill invented by the researcher was

effective to be use in carrying out the cardiovascular fitness test where an individual run

a distance of 2.4km in the National Physical Fitness Test (UKJK). This equipment also

obtained good reaction from the undergraduates of Sport Science, University

Technology of Malaysia, Skudai, Johor Bahru. In this research, problems faced by the

researcher himself were being discussed and opinions from the researcher will be listed

out to fix and stabilize the quality for future researches.

Page 10: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN

BORANG KELULUSAN

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

Page 11: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

viii

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 6

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Batasan Kajian 12

1.8 Definisi Operasional 13

1.9 Penutup 15

BAB II SOROTAN KAJIAN 16

2.1 Pengenalan 16

2.2 Kajian berkaitan 17

2.3 Kaedah Rekabentuk 22

2.4 Penutup 24

BAB III METODOLOGI KAJIAN 25

3.1 Penenalan 25

3.2 Rekabentuk Kajian 25

Page 12: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

ix

3.3 Tempat Kajian 26

3.4 Populasi dan sampel Kajian 27

3.5 Instrumen Kajian 28

3.6 Prosedur Kajian 29

3.7 Prosedur Ujian 31

3.8 Pengumpulan data 36

3.9 Penganalisaan Data 36

3.10 Penutup 36

BAB IV PENGANALISAAN DATA 37

4.1 Pengenalan 37

4.2 Analisis Data 38

4.2.1 Latar Belakang Responden 40

4.2.1.1 Umur 40

4.2.1.2 Jantina 41

4.2.1.3 Bangsa 42

4.2.1.4 Tahun Kursus 43

4.2.1.5 Bidang Sukan Yang Diceburi/

Diminati Oleh Responden 44

4.2.1.6 Kekerapan Responden Bersukan

Dalam Seminggu 45

4.2.1.7 Berapa Lama Setiap Kali

Responden Bersukan 46

4.2.2 Persepsi Terhadap Alat Yang Direka Cipta

Oleh Penyelidik 47

4.2.2.1 Tahap Kesukaan Responden Terhadap

Alat Ini 47

4.2.2.2 Kesesuaian Penggunaan Alat ini Kepada

Page 13: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

x

Responden 48

4.2.2.3 Alat Ini Membantu Menguji Daya Tahan

Kardiovaskular 49

4.2.2.4 Alat Ini Membantu Meningkatkan Daya

Tahan Kardiovaskular 50

4.2.2.5 Kesesuaian Penggunaan Alat Ini Di Sekolah

Menengah 51

4.2.2.6 Kesesuaian penggunaan alat “Treadmill”

untuk menjalankan UjianKecergasan

Jasmani Kebangsaan (UKJK) di sekolah 52

4.2.2.7 Alat “Treadmill” ini memenuhi syarat

Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan

(UKJK) iaitu berlari 2.4km untuk menguji

kecergasan kardiovaskular. 53

4.2.2.8 Kesesuaian alat “Treadmill” dalam kelas

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. 54

4.2.2.9 Alat Ini Akan Mendapat Sambutan Baik Di

Sekolah 55

4.2.2.10 Alat “Treadmill” selamat digunakan 56

4.2.2.11 Alat “Treadmill” senang digunakan 57

4.2.2.12 Alat Ini Lebih Baik Daripada Alat Yang

Sedia Ada 58

4.2.2.13 Alat Ini Boleh Diperbaiki Lagi 59

4.2.2.14 Keinginan Responden Untuk Membuat

Alat Ini Untuk Sekolah Atau Diri Sendiri 60

4.3 Penutup 61

Page 14: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

xi

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN 62

5.1 Pengenalan 62

5.2 Perbicangan 63

5.3 Masalah Yang Dihadapi 68

5.3.1 Asas Kepada Bidang Pembuatan Alat

Dan Elektronik 69

5.3.2 Bahan Pembuatan Alat 69

5.3.3 Tempat Larian Yang Sempit 70

5.4 Cadangan 70

5.4.1 Peralatan Yang Lebih Canggih 71

5.4.2 Bahan Pembuatan Yang Lebih Baik 72

5.4.3 Rekabentuk Yang Lebih Menarik 73

5.4.4 Kumpulan Subjek 73

5.4.5 Bilangan Subjek 73

5.4.6 Kajian Akan Datang 73

5.5 Penutup 74

BIBLIOGRAFI 75

LAMPIRAN 78

Page 15: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 4.1 Data Subjek Lelaki Yang Menjalani Ujian Tanpa Alat

Dan Dengan Alat 38

4.2 Data Subjek Perempuan Yang Menjalani Ujian Tanpa Alat

Dan Dengan Alat 39

4.3 Umur Responden 40

4.4 Jantina Resoponden 41

4.5 Bangsa Responden 42

4.6 Tahun Kursus 43

4.7 Bidang Sukan Yang Diceburi/Diminati Oleh Responden 44

4.8 Kekerapan Responden Bersukan Dalam Seminggu 45

4.9 Berapa Lama Setiap Kali Responden Bersukan 46

4.10 Tahap Kesukaan Responden Terhadap Alat Ini 47

4.11 Kesesuaian Penggunaan Alat ini Kepada Responden 48

4.12 Alat Ini Membantu Menguji Daya Tahan

Kardiovaskular 49

4.13 Alat Ini Membantu Meningkatkan Daya

Tahan Kardiovaskular 50

4.14 Kesesuaian Penggunaan Alat Ini Di Sekolah Menengah 51

4.15 Kesesuaian penggunaan alat “Treadmill” untuk menjalankan

UjianKecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) di sekolah 52

4.16 Alat “Treadmill” ini memenuhi syarat Ujian Kecergasan

Jasmani Kebangsaan (UKJK) iaitu berlari 2.4km untuk

menguji kecergasan kardiovaskular. 53

Page 16: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

xiii

4.17 Kesesuaian alat “Treadmill” dalam kelas Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan. 54

4.18 Alat Ini Akan Mendapat Sambutan Baik Di Sekolah 55

4.19 Alat “Treadmill” selamat digunakan 56

4.20 Alat “Treadmill” senang digunakan 57

4.21 Alat Ini Lebih Baik Daripada Alat Yang Sedia Ada 58

4.22 Alat Ini Boleh Diperbaiki Lagi 59

4.23 Keinginan Responden Untuk Membuat Alat Ini Untuk

Sekolah Atau Diri Sendiri 60

Page 17: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Umur Responden 40

4.2 Jantina Responden 41

4.3 Bangsa Responden 42

4.4 Tahun Kursus 43

4.5 Bidang Sukan Yang Diceburi/Diminati Oleh Responden 44

4.6 Kekerapan Responden Bersukan Dalam Seminggu 45

4.7 Berapa Lama Setiap Kali Responden Bersukan 46

Page 18: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Lukisan Kejuruteraan Alat 78

B Senarai Bahan Dan Kos Pembuatan Alat 79

C Borang Soal Selidik 80

D Borang Skor 85

E Gambar 86

Page 19: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dunia hari ini yang disebut sebagai sains dan teknologi adalah serba moden dan

canggih dengan penggunaan mesin-mesin yang pelbagai jenis dan fungsi telah

menyebabkan penyertaan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian telah diambil alih

oleh mesin-mesin mengantikan tugas manusia.

Perkembangan pesat dan kemajuan dalam bidang sukan pada era dan abad

millennium ini telah mengubah rupa bentuk sukan kepada sebuah institusi sosial yang

memainkan peranan yang amat penting kepada masyarakat dan negara seperti juga

institusi-institusi sosial yang lain.

Disebabkan sukan yang saling dikaitkan dengan pertandingan, setiap atlit dan

jurulatih sering bersungguh-sungguh menghasil dan mencipta pelbagai program-

program latihan, kaedah-kaedah latihan dan teknik-teknik latihan yang bersesuaian bagi

tujuan meningkatkan pencapaian dan prestasi atlit dengan hanya satu matlamat iaitu

kejayaan atau kemenangan. Sejak beberapa dekad yang lalu, sebenarnya prinsip-prinsip

sains telahpun mula mendapat perhatian ramai dan telah diaplikasikan baik sewaktu

latihan mahupun ketika dalam sesuatu pertandingan. Prinsip-prinsip sains yang

diaplikasikan dalam bidang sukan telah kemudiannya dipersetujui oleh orang ramai dan

tokoh-tokoh terkemuka dunia sebagai sains sukan yang kita ketahui hari ini.

Page 20: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

Tidak dapat dinafikan bahawa aplikasi prinsip-prinsip sains memainkan peranan

yang sangat penting dalam bidang sukan. Contohnya, dengan adanya ilmu pengetahuan

tentang biomekanik, seseorang atlit dapat mengaplikasikan apa yang terpelajar ke dalam

sukan. Tambahan pula, atlit-atlit juga dapat berlari dengan lebih pantas, melompat

dengan lebih tinggi, melontar dengan lebih jauh dan sebagainya.

Peningkatan pengetahuan tentang sistem tenaga, anatomi, fisiologi, biomekanik,

tindakbalas neuro-maskular, pemakanan dan pelbagai lagi pengetahuan dan prinsip sains

yang diterapkan ke dalam sukan dan kesannya benar-benar terbukti mampu dan dapat

meningkatkan pencapaian atlit ke tahap yang paling optimum. Pendekatan saintifik

dalam sukan adalah sukar dipertikaikan kerana ia berlandaskan bukti dan fakta.

Walaupun pendekatan saintifik diakui memainkan peranan yang penting dalam

pencapaian sesuatu kejayaan, namun kejayaan yang dicapai dalam bidang sukan

bergantung kepada banyak lagi aspek-aspek lain seperti penguasaan kemahiran yang

tinggi, kecergasan fizikal, persediaan mental, pengaruh sosial, persekitaran, motivasi dan

pelbagai lagi faktor dalaman dan luaran. Di antara aspek-aspek yang dinyatakan tadi,

didapati kecergasan fizikal merupakan nadi yang menggerakkan segala perlakuan motor

seseorang atlit, maka, ia dianggap sebagai komponen utama dan yang paling asas perlu

dititikberat serta dikuasai oleh seseorang atlit yang ingin berjaya.

Apa sebenarnya kecergasan fizikal? Kecergasan fizikal sebenarnya adalah satu

hak individu ianya tidak sama antara satu dengan lain. Tahap kecergasan diukur atau

dinilai daripada prestasi seseorang ketika melakukan sesuatu aktiviti. Prestasinya adalah

berdasarkan komponen-komponen seperti daya tahan otot, kuasa, ketangkasan,

kelembutan, kekuatan otot dan daya tahan kardiovaskular. Kecergasan fizikal adalah

penting dalam membina kekuatan dan daya tahan otot. Untuk menyediakan atlit-atlti

bagi menghadapi sesuatu pertandingan, jurulatih perlulah memastikan 2 objektif utama

terlaksana iaitu peningkatan kemahiran dan penguasaan strategi yang akan digunakan

Page 21: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

dalam permainan serta latihan fizikal yang secukupnya untuk menonjolkan prestasi yang

terbaik.

Akibat kekurangan latihan kecergasan yang betul, boleh menyebabkan fungsi

otot-otot tidak seimbang, koordinasi neuro-maskular juga turut lemah dan kekuatan otot

dan fungsi tendon turut terjejas. Di sini, umur, jantina, tahap kebolehan dan perbezaan

individu juga perlu diambil kira dalam program latihan yang bakal dijalankan.

Clarke (1979), (dalam Safrit, 1981) menyatakan bahawa kecergasan fizikal

merujuk kepada keupayaan melaksanakan tugas harian dengan efisyen tanpa rasa

kepenatan yang berlebihan dan mempunyai tenaga yang mencukupi untuk aktiviti serta

boleh menghadapi cabaran yang mungkin timbul.

Falls (1980), (dalam Johnson dan Nelson, 1986) membahagikan kecergasan

kepada 2 aspek utama iaitu kecergasan untuk kesihatan dan kecergasan fizikal untuk

prestasi sukan. Menurutnya, kecergasan fizikal untuk kesihatan merangkumi aspek-

aspek berkaiatan fisiologi dan psikologi yang memberi individu perlindungan daripada

ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti obesity, penyakit jantung

serta pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan fizikal untuk prestasi sukan pula

merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi dan keupayaan individu untuk

menyertai aktiviti sukan dan bertanding dengan lebih tenaga, kekuatan, kuasa, daya

tahan otot dan ketangkasan.

Laporan daripada Australian Sports dan Medicine Federation (1987) telah

membuktikan komponen-komponen kecergasan fizikal yang dianggap penting bagi

seseorang atlit ialah daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kepantasan, kekuatan

otot, ketangkasan, kelenturan dan kuasa.

Teng Boon Tang (1995) berpendapat kecergasan fizikal sebagai satu keadaan di

mana seseorang itu mempunyai cukup tenaga untuk melaksanakan tugas-tugas hariannya

Page 22: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

tanpa merasa letih dan masih bertenaga untuk kegiatan masa senggangnya. Di samping

itu, seseorang itu masih mempunyai tenaga untuk bertindak jika berlaku kecemasan.

Kecergasan jasmani adalah khusus kepada setiap individu dan ini bererti tahap

kecergasan yang diperlukan oleh setiap orang adalah berbeza dan bergantung kepada

pekerjaan dan gaya hidupnya. Tahap kecergasan yang diperlukan oleh seseorang ahli

sukan professional adalah lebih tinggi daripada tahap kecergasan seorang kerani pejabat.

Demi untuk meningkatkan kecergasan atlit-atlit ke tahap optimum dan untuk

menghindarkan kecederaan, satu program latihan yang bersistematik dan saintifik adalah

perlu. Program latihan yang sistematik ini seharusnya sudah dimulakan sejak atlit-atlit

ini di tahap sekolah menengah lagi. Program latihan yang dimaksudkan adalah Ujian

Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang telah diselaraskan di seluruh sekolah-

sekolah menengah di Malaysia sebagai satu ujian yang paling sesuai digunakan untuk

menguji tahap kecergasan pelajar-pelajar atau atlit-atlit muda Malaysia. Pada masa ini,

kebanyakan sekolah walaupun telah diperkenalkan kemudahan UKJK ini tetapi melalui

kajian yang dijalankan banyak sekolah yang tidak mempunyai kemudahan ini.

UKJK merupakan satu set latihan kecergasan yang dilengkapkan dengan latihan

kecergasan di mana program penilaian kecergasan fizikal ini telah dirancang selari

dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. Latihan kecergasan yang melibatkan

UKJK seharusnya hendaklah pelbagai dan boleh digunakan secara bergilir-gilir seperti

bangun tubi bervariasi, tekan tubi, lari ulang alik 4 X 10m, lompat jauh berdiri, duduk

jangkau, lari 2.4km, jalan 4.8km, renang, basikal dan komposisi badan. Ujian

kecergasan ini merupakan ujian yang sesuai bagi semua peringkat umur dan ia sesuai tak

kira lelaki mahupun perempuan. Pada asasnya, konsep UKJK ialah ia merupakan satu

prosedur atau teknik yang digunakan untuk menguji tahap kecergasan fizikal murid.

Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, kebolehan murid, serta

mengambil kira peralatan dan tempat ujian dijalankan. UKJK ini sangatlah perlu untuk

mencapai matlamat negara yang sentiasa memerlukan rakyat yang sihat dan cergas.

Oleh itu, murid perlu diberi perhatian serius tentang tahap kecergasan mereka.

Page 23: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian

tanpa rasa letih dan lesu. Selaras dengan itu aktiviti kecergasan yang terancang perlu

dilaksanakan dengan sempurna demi memberi sumbangan kepada peningkatan

produktiviti negara.

Sebenarnya UKJK merupakan satu ujian yang memerlukan alat yang direka cipta

untuk menjalankan sesuatu ujian. Oleh itu, reka cipta alat UKJK adalah penghasilan

sesuatu projek atau barangan baru atau pengubahsuaian dalam bidang teknologi untuk

memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang. Projek yang dihasilkan

adalah daripada idea yang tersendiri atau diubahsuai dan berpotensi untuk dipasarkan.

UKJK dijalankan di sekolah sebenarnya bertujuan untuk melahirkan pelajar yang

bukan sahaja cerdik malah mempunyai kesihatan yang baik. Di samping itu, ia juga

bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin tinggi dan berkeyakinan untuk

menempuhi masa hadapan mereka yang semakin mencabar.

UKJK ini telah dirancang selari dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani.

Guru perlu merancang pengajaran yang meliputi tajuk kecergasan. Begitu juga pelajar-

pelajar di sekolah. Kecergasan yang optimum boleh membantu pelajar dalam

melaksanakan aktiviti harian tanpa rasa letih dan lesu. Selaras dengan itu aktiviti

kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna. Negara sentiasa

memerlukan rakyat yang sihat dan cergas. Oleh itu,pelajar perlu diberi perhatian serius

tentang tahap kecergasaan mereka. Kepekaan dan kecergasan akan dapat memberi

sunbangan kepada peningkatan produktiviti negara.

Corbin dan Linsey (1994) mendefinisikan kecergasan fizikal sebagai keupayaan

keseluruhan organisma manusia berfungsi dengan efisyen dan berkesan. Kecergasan

fizikal dikaitkan dengan kebolehan seseorang bekerja dengan berkesan, menikmati masa

riadah, menjadi sihat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi keadaan-

keadaan kecemasan. Menurut mereka lagi, kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada

dua bahagian, iaitu kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan kecergasan fizikal

berlandaskan motor.

Page 24: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

Kecergasan berasaskan kesihatan merangkumi lima komponen iaitu:

kardiovaskular, kelembutan, daya tahan otot, kekuatan dan komposisi badan. (Wee Eng

Hoe, 1996). Kecergasan fizikal berlandaskan motor pula merangkumi enam komponen

iaitu ketangkasan, imbangan, koordinasi, kuasa, masa tindak balas dan kepantasan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Memang tidak dapat dinafikan bahawa prestasi sukan para atlit sekarang dalam

semua bidang sukan jauh lebih baik berbanding dengan pencapaian mereka pada zaman

silam. Apakah yang menyebabkan peningkatan yang begitu baik? Para saintis sukan

menggunakan kajian dan eksperimen untuk mencari pengetahuan yang amat berguna

bagi atlit dan jurulatih atau guru sukan.

Melalui penyelidikan yang dijalankan, para saintis telah mengenal pasti beberapa

faktor penting yang menigkatkan prestasi sukan seperti baka ataupun keturunan

seseorang atlit, cara latihan moden yang lebih sistematik dan berasaskan prinsip sains

sukan, kewujudan profesionalisme dalam sukan (kebolehan mencari nafkah hidup

melalui penyertaan sukan), pemakanan yang dirancang dan dikawal rapi, serta yang

dianggap paling penting ialah alatan-alatan yang lebih canggih direka cipta untuk

membolehkan seseorang altit melakukan latihan mereka tanpa mengira waktu, masa dan

cuaca.

Sememangnya terdapat peningkatan yang begitu serius dalam bidang teknologi

sukan khususnya terhadap gerak laku manusia sejak tahun 60-an lagi. Kemudahan-

kemudahan dan alat sukan telah direkacipta bagi tujuan meningkatkan kualiti

pencapaian prestasi sukan di samping mengurangkan kemungkinan berlakunya

kecederaan ketika bersukan.

Page 25: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

Apa yang jelas dapat diperhatikan di sini ialah adakah sekolah mampu untuk

membeli seterusnya memiliki peralatan yang secanggih itu dengan harga beribu-ribu

malah berjuta-juta ringgit. Tidak dapat dinafikan memang sekolah mempunyai

peruntukan untuk memenuhi keperluan pelajar di sekolah tetapi ia tidak mencukupi.

Tidak semua sekolah mempunyai sebegitu banyak peruntukan.

Di Malaysia, kebanyakkan guru-guru PJK sekolah menganggap alatan-alatan

sukan tidaklah begitu penting untuk pelajar-pelajar. Lagipun terdapat sekolah yang

mempunyai alatan-alatan sukan yang canggih tidak mahu digunakan oleh pelajar mereka

kerana pihak sekolah menganggap alatan tersebut bernilai beribu-ribu malah berjuta-juta

ringgit. Sekiranya berlaku kerosakkan maka kemungkinan besar pelajar-pelajar sekolah

tidak dapat menganti rugi alatan tersebut. Ini menjadi salah satu sebab pelajar sekolah

tidak dapat didedahkan dengan alatan yang canggih serta moden ini.

Oleh sebab itu, sebagai seorang guru PJK atau jurulatih sekolah yang baik

perlulah mengkaji dengan terperinci tentang alat yang bakal digunakan untuk pelajar-

pelajar atau atlit sekolah supaya memberi manfaat kepada mereka dan tidak merugikan

pembeliannya. Selain itu, guru PJK atau jurulatih sekolah boleh mengunakan pemikiran

mereka yang inovatif dan kreatif untuk merekacipta alat-alat yang mereka berfikir

mempunyai kegunaan kepada para pelajar seperti treadmill, alat untuk step test, sit up

test serta lain-lain lagi.

Maka penyelidik telah mendapat satu idea yang baru untuk merekacipta alat

“Treadmill” di mana alat ini dapat digunakan untuk menguji daya tahan kardiovaskular

pelajar. Memadangkan dalam Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) terdapat

ujian untuk menguji tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular pelajar dengan berlari

sejauh 2.4km. Maka penyelidik telah berazam untuk memindahkan konsep ini untuk

merekacipta alat “Treadmill” dengan alat digital yang dapat mengesan jarak dan masa

sekiranya subjek berlari menggunakannya.

Page 26: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

Ujian untuk menguji tahap kecergasan kardiovaskular ini biasanya dijalankan di

sekolah dengan pelajar-pelajar dikehendaki berlari sejauh 2.4 km di padang ataupun di

jalan raya. Masa subjek akan dicatat dengan menggunakan jam randik. Di samping itu,

pelajar terpaksa berlari di padang ataupun jalan raya di bawah cuaca yang panas ataupun

cuaca hujan. Keselamatan pelajar juga tidak dapat dijamin sekiranya pelajar

dikehendaki menjalankan ujian di jalan raya.

Masalah-masalah ini dapat diatasi dengan merekacipta alat “Treadmill” dengan

alat digital yang dipasang di alat tersebut di mana ia dapat mengesan jarak dan masa

yang dicatat oleh subjek. Alat digital ini akan menunjukkan satu bacaan yang lebih tepat

jika dibandingkan dengan jam randik yang kemungkinan pencatat akan lambat atau lebih

awal untuk menekan butangnya. Ini bermakna masa yang diambil oleh subjek akan

mempunyai ralat dengan norma yang ditetapkan. Selain itu, pelajar juga boleh

menggunakan alat “Treadmill” untuk menjalankan ujian atau latihan tanpa mengira

waktu ataupun cuaca. Ini disebabkan alat “Treadmill” ini akan diletakan dalam makmal

sukan atau bilik kecergasan bagi mereka menjalankan ujian. Ini secara tidak langsung

dapat menjaminkan keselamatan pelajar.

1.3 Pernyataan Masalah

Kekurangan peralatan untuk guru Pendidikan Jasmani menjalankan sesuatu ujian

kecergasan memang menyusahkan guru yang mengajar mata pelajaran ini. Ini kerana

guru tidak dapat menguji pelajarnya dengan sepenuhnya. Pelajar-pelajar mungkin perlu

menunggu giliran mereka untuk bermain atau menggunakan sesuatu peralatan itu. Oleh

kerana para pelajar perlu menunggu giliran untuk bermain maka ini juga merupakan

salah satu faktor pelajar-pelajar menjadi kurang berminat untuk mengikuti kelas

Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan di sekolah dan dengan itu para guru tidak dapat

menguji tahap kecergasan pelajar dengan sempurna.

Page 27: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

Selain itu, kebanyakan peralatan yang ada di sekolah juga telah lama dan

mungkin juga telah rosak. Apabila sesuatu peralatan itu rosak atau telah lama digunakan,

maka berkemungkinan besar peralatan itu tidak lagi selamat untuk digunakan. Peralatan

itu mungkin akan menyebabkan kecederaan kepada pelajar.

Oleh kerana peralatan UKJK memainkan peranan yang amat penting dalam mata

pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan, maka mereka cipta sendiri atau membina

sendiri sesuatu peralatan itu adalah penting untuk menggantikan peralatan yang tidak

cukup atau menggantikan peralatan yang telah rosak. Kreativiti yang ada pada seseorang

guru itu adalah penting untuk dia mereka cipta peralatan UKJK yang boleh digunakan

dalam menguji tahap kecergasan pelajar. Ini bukan sahaja menjimatkan duit sesebuah

sekolah kerana alat yang direka cipta biasanya akan lebih mudah berbanding dengan alat

yang dijual di pasaran malah ia dapat menunjukkan seseorang guru itu mempunyai

pemikiran yang kreatif dan inovatif dimana guru tersebut dapat mereka cipta alat sendiri.

Sebenarnya pelajar-pelajar juga suka melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan

apabila mereka berpeluang melakukannya. Mereka suka bermain dengan alat-alat yang

boleh memberikan mereka kepuasan setelah melakukannya. Alat-alat yang boleh

memberikan mereka kepuasan adalah seperti peralatan UKJK, bola dan sebagainya.

Maka, pelajar-pelajar tidak didedahkan kepada penggunaan peralatan UKJK

semasa di peringkat sekolah. Pelajar-pelajar tidak mempunyai pengetahuan mengenai

penggunaan peralatan UKJK dan ini menyebabkan mereka mempunyai pandangan

bahawa melakukan latihan dengan menggunakan peralatan UKJK akan membahayakan

kesihatan. Ini lebih terjadi kepada pelajar-pelajar yang tinggal di luar bandar. Mereka

begitu takut untuk cuba menggunakan peralatan canggih untuk melakukan latihan.

Dengan ini, merekacipta alat UKJK iaitu “Alat Treadmill” yang berserta dengan

alat elektronik untuk menguji daya kecergasan kardiovaskular pelajar adalah sesuai

untuk kegunaan pelajar-pelajar. Mereka boleh menggunakan alat ini bukan sahaja pada

masa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan malah pada bila-bila masa yang mereka rasakan

Page 28: REKA CIPTA ALAT “TREADMILL” BAGI UJIAN · PDF filereka cipta alat “treadmill” bagi ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk) untuk menguji daya tahan kardiovaskular. lim yoke

sesuai. Alat ini juga boleh memberi banyak kebaikan kepada mereka. Contohnya

mengenai kekuatan daya tahan kardiovaskular dan juga mengenai otot-otot yang terlibat

semasa melakukan sesuatu latihan dengan menggunakan alat “Treadmill” ini.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk:

1.4.1 Mengetahui keberkesanan alat “Treadmill” yang telah direka bentuk dalam

menguji daya tahan kardiovaskular subjek.

1.4.2 Mendapatkan maklum balas mengenai alat “Treadmill” daripada pelajar-pelajar

Sains Sukan tahun 1 hingga tahun 4 Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,

Johor

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Adakah alat “Treadmill” yang direkacipta dapat menguji daya tahan

kardiovaskular subjek dengan berkesan?

1.5.2 Adakah alat “Treadmill” yang telah direkabentuk ini disukai oleh pelajar-pelajar

Sains Sukan tahun 1 hingga tahun 4 Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,

Johor?