peralatan pengukuran

17
PERALATAN UKUR ARAS

Upload: hisyam-nozi

Post on 21-Jun-2015

1.987 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

peralatan pengukuran yang sering digunakan oleh kejuruteraan awam

TRANSCRIPT

Page 1: Peralatan Pengukuran

PERALATAN

UKUR

ARAS

Page 2: Peralatan Pengukuran

Alat Ukur Aras Dompot

Alat aras dompot adalah yang paling ringkas dan mudah digunakan. Ianyaterdiri daripada tiub gelembung yang diletak pada teleskop dan teleskop iniditampung oleh plat atas. Teleskop alat aras ini hanya boleh berputar padasatah mengufuk sahaja. Untuk kerja ukur aras yang tepat menggunakan alataras dompot ini, dua keadaan diperlukan, iaitu :-

1) Paksi tiub gelembung aras mestilah selari dengan garis kolimatan

2) Kedua-dua yang tersebut ini mestilah bersudut tepat kepada paksipugak plat

Alat ini membolehkan teleskop berputar 180° tanpa perlu memutarkan kepala tripod. Teleskop ini akan berengsel satu sisi paksi peralatan itu. Ia kemudian membalik melibatkan aci tengah terangkat ke sisi lain (dengan demikian teleskop pembalik). Tindakan ini secara serta merta menutup kesalahan yang dilakukan semasa prosedur pemasangan atau kesalahan semasa penyesuaian peralatan tersebut. Sebagai contoh, kesan sama dapat ditunjukkan dengan memutarkan alat dompot ke arah yang berbeza dan membandingkan perbezaan antara kedudukan gelembung udara.

Page 3: Peralatan Pengukuran

Alat Ukur Aras Jongkit

Pada alat ini, teleskop dilekatkan secara tetap pada plat atas dan boleh dijongkitkan sedikit dalam satah pugak terhadap paksi yang terletak di bawah teleskop menggunakan skru penjongkit. Setiap kali sebelum bacaan setaf diambil, skru penjongkit dipusingkan bagi memastikan teleskop alat aras betul-betul ufuk. Kebanyakan alat menggunakan gelembung ‘U’ di mana dalam keadaan aras, gelembung kiri dan kanan akan membentuk huruf ‘U’ bila skru penjongkit dipusing. Dan gambarajah ditepi pula gelembung ‘U’ Alat Aras Jongkit.

Page 4: Peralatan Pengukuran

Alat Aras Automatik

Bagi alat aras automatik, tiub gelembung tidak lagi digunakan untukmengsetkan garis kolimatan mengufuk. Sebagai ganti, garis kolimatan inidihalakan melalui sistem kompensator yang membolehkan garis kolimatanberkenaan berkeadaan mengufuk apabila dipandang melalui teleskop,walaupun paksi optik tiub teleskop tidak mengufuk. Namun, alat aras ini perludiaraskan lebih kurang 15’ daripada garis tegak bagi membolehkankompensator berfungsi. Pengarasan boleh diperolehi dengan mengaraskangelembung bulat yang terletak di atas plat atas dengan menggunakan skrukakitiga. Dan gelembung bulat perlu berada sekurang-kurangnya didalam bulatan untuk alat aras automatic mengaras dengan sendiri.

Page 5: Peralatan Pengukuran

Alat Aras Digital

Penggunaan alat aras digital di dalam kerja pengukuran ketinggian di negaraini adalah semakin meluas. Ia sangat berkejituan tinggi dan mudahdikendalikan bagi menjalankan kerja ukur aras kelas satu dan dua sertakawalan deformasi. Dengan menggunakan setaf yang khusus, ketinggiandan jarak dapat ditentukan secara elektronik. Oleh yang demikian, kesalahanmembaca setaf dan catitan dalam buku kerjaluar yang sering berlaku ketikamenggunakan kaedah konvensional dapat dielakkan. Berdasarkan konseppantulan cahaya atau laser, bacaan aras akan dipaparkan pada skrinpaparan alat aras dalam bentuk digital. Segala cerapan samada jarak atauketinggian yang diambil akan disimpan dalam ingatan yang terbina pada alatataupun sistem kad ingatan PCMCIA (PCMCIA Memory Card System).

Page 6: Peralatan Pengukuran

PERALATAN

UKUR

KOMPAS

Page 7: Peralatan Pengukuran

Kompas Prismatik

Kompas prismatik menggunakan prinsip sifat magnet. Dalam keadaan mendatar, kompas prismatik boleh memberi bacaan arah garisan berpandukan meridian magnet atau utara magnet. Sudut yang dibaca adalah bering. Kompas prismatik ini berbentuk kotak pelindung bulat bergarisan pusat 50mm hingga 80mm. Dalam kotak kompas ini terkandung dial kompas yang dilekatkan pada jarum magnet di atas pangsi yang terletak di tengah-tengah tapak kompas. Di sisi belakang kotak ini dipasangkan prisma untuk membaca bering dan di sisi hadapan dipasangkan bilah tenang untuk menenang atau menjajar sasaran yang hendak dibaca beringnya.

Page 8: Peralatan Pengukuran

Kompas Jurukur

Kompas Jurukur adalah sama dengan kompas prismatik. Perbezaan yang nyata dengan kompas prismatik adalah :-

1. Tidak berprisma dan bacaan dibuat dengan mata kasar.

2. Tempat prisma diganti dengan bilah mata.

3. Dial kompas dilekat pada kotak kompas bukan pada jarum magnet.

4. Jarum magnet terletak di atas pangsi dan bergerak bebas. Hujung jarum menunjukkan nilai bering di atas senggatan dial kompas.

5. Dial kompas disengat dalam 4 sukuan. Setiap sukuan disengatantara 00 hingga 900. Angka-angka nilai bering tidak terbalik.

Page 9: Peralatan Pengukuran

6. Tiada cermin dipasang pada bilah tenang.

Kompas Cecair

Jarum dan permukaan kompas yang tergantung bebas di dalam cecair memberikannya satu tindakan yang tetap, membenarkan kelembapan pergerakkan dibuat dengan segera dan meringankan berat yang bertumpu ke atas titik pangsi. Dengan itu, kompas cecair tidak mempunyai pin brek atau tuil penyungkit, tetapi memerlukan satu penutup kaca yang kedap udara. Bagaimanapun, gelembung mungkin akan terbentuk di bawah perubahan cuaca di dalam kotak yang tertutup. Bagi mengelakkan ini daripada berlaku, kotak kompas cecair mempunyai bawah yang disalutkan dengan perak-nikel, yang mengembang dan mengecut bersama cecair. Cecair di dalam kebanyakan kompas moden adalah merupakan alkohol tulen. Kompas cecair pada kebiasaannya adalah jenis prisma.

Page 10: Peralatan Pengukuran

PERALATAN

PENGUKURAN

Page 11: Peralatan Pengukuran

Pita Ukur

Pita ukur merupakan sejenis pembaris lentur.Ia terdiri daripada pita kain,plastik,atau logam dengan tanda ukuran memanjang dengan unit metric dan kadang kala dengan tambahan unit imperial.Ia merupakan perkakasan ukur biasa.Kelenturannya membolehkan mengukur jarak yang lebih besar dibawa dengan mudah dalam kotak perkakasan dan membenarkan diambil dalam selekoh dan sudut.Kami menggunakan pita pengukur plastik.

Pancang Jajar

Page 12: Peralatan Pengukuran

Pancang jajar merupakan alat penanda yang menghubungkan antara dua titik.Pancang jajar diperbuat daripada kayu.Ia berwarna belang merah putih.

Pembaris

Digunakan untuk mengukur sesuatu benda. Biasanya diperbuat daripada plastik, besi atau kayu. Ukuran di dalam pembaris adalah dalam bentuk cm atau inci. Pembaris digunakan di merata tempat dan menjadi kebiasaan bagi menggunakannya.

Page 13: Peralatan Pengukuran

Tripod/Kaki Tiga Alat Aras

Tripod digunakan untuk mendirikan alat aras.Terdapat dua jenis kaki tiga bagi kegunaan alat aras. Bagi alat aras dompot dan jongkit, kebiasaannya permukaan tapak kaki tiga adalah rata. Manakala bagi alat aras automatik, permukaan tapak kaki tiga adalah berbentuk melengkung bagi memudahkan lagi kerja-kerja pengarasan.

SETAF

Page 14: Peralatan Pengukuran

Setaf yang digunakan adalah setaf metrik yang boleh dipanjang dan dipendekkan. Panjangnya adalah 4

atau 5 meter yang bersambung-sambung. Terdapat juga setaf Soptwith iaitu dalam unit imperial. Setaf boleh dibaca secara tegak (normal) atau dipegang secara terbalik (invert).Pada kebiasaannya setaf dipegang secara tegak, namun bagi mendapatkan aras laras lantai bawah sesuatu objek, setaf akan dipegang secara terbalik.