14458006 ulasan artikel

9
Kepentingan Sejarah Kepada Manusia Dan Negara Ulasan Keseluruhan Sejarah adalah suatu unsur yang penting terhadap manusia, apatah lagi seluruh manusia mempunyai sejarah masing-masing, atau dalam kata lain sejarah adalah masa lalu seseorang manusia, tidak kira ia menerangkan kebaikan seseorang atau keburukan manusia itu. Semenjak kecil lagi kita diperkenalkan akan pelajaran sejarah, sama ada sejarah yang berkaitan dengan negara, agama, mahupun keturunan dan keluarga. Namun kita tidak dapat memastikan apakah kepentingan sejarah terhadap menusia itu sendiri. Artikel ini menerangkan segala-galanya tentang sejarah, marilah kita menelusuri jalan-jalan ini kearah memahami tentang sejarah itu sendiri, kerana ia memainkan peranan yang tersendiri dalam proses pergerakan sejarah manusia itu. Apa yang peliknya, manusia itu memang mempunyai minat yang tersendiri untuk menyelami sejarah, terutama tentang dirinya sendiri, kerana pasti ada sesuatu yang berguna kepada diri mereka selepas banyak pengalaman ditempuh sepanjang hidupnya lalu berbangga dengan merasakan hidupnya penuh dengan harga diri. Selain itu, manusia cenderung untuk mengenal dirinya selepas menempuh kehidupan yang penuh pancaroba sama ada dipenuhi kenangan pahit atau kenangan manis. Malahan, dengan meneliti sejarah hidupnya, timbul kepuasan emosi yang dapat memacu masa depannya. Ini berlaku kerana sejarah adalah suatu proses yang bersambung dan mempengaruhi satu sama lain, sama ada masa lalu, masa kini dan masa depannya.. Semua ini adalah hasil usaha yang berterusan menjadi pendorong kejayaan seseoranng itu atau natijah kejahatannya yang berterusan menjadikannya menjalani hidup yang sengsara seperti hari ini. Kepentingan sejarah kepada manusia yang lain adalah sebagai sumber abstrak dan nyata, apa yang dikatakan sebagai abstrak itu adalah kerana adalah mustahil bagi manusia itu 1

Upload: ezt-eran

Post on 10-Feb-2016

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 14458006 Ulasan Artikel

Kepentingan Sejarah Kepada Manusia Dan Negara

Ulasan Keseluruhan

Sejarah adalah suatu unsur yang penting terhadap manusia, apatah lagi

seluruh manusia mempunyai sejarah masing-masing, atau dalam kata lain

sejarah adalah masa lalu seseorang manusia, tidak kira ia menerangkan

kebaikan seseorang atau keburukan manusia itu. Semenjak kecil lagi kita

diperkenalkan akan pelajaran sejarah, sama ada sejarah yang berkaitan dengan

negara, agama, mahupun keturunan dan keluarga. Namun kita tidak dapat

memastikan apakah kepentingan sejarah terhadap menusia itu sendiri. Artikel ini

menerangkan segala-galanya tentang sejarah, marilah kita menelusuri jalan-

jalan ini kearah memahami tentang sejarah itu sendiri, kerana ia memainkan

peranan yang tersendiri dalam proses pergerakan sejarah manusia itu. Apa yang

peliknya, manusia itu memang mempunyai minat yang tersendiri untuk

menyelami sejarah, terutama tentang dirinya sendiri, kerana pasti ada sesuatu

yang berguna kepada diri mereka selepas banyak pengalaman ditempuh

sepanjang hidupnya lalu berbangga dengan merasakan hidupnya penuh dengan

harga diri.

Selain itu, manusia cenderung untuk mengenal dirinya selepas

menempuh kehidupan yang penuh pancaroba sama ada dipenuhi kenangan

pahit atau kenangan manis. Malahan, dengan meneliti sejarah hidupnya, timbul

kepuasan emosi yang dapat memacu masa depannya. Ini berlaku kerana

sejarah adalah suatu proses yang bersambung dan mempengaruhi satu sama

lain, sama ada masa lalu, masa kini dan masa depannya.. Semua ini adalah

hasil usaha yang berterusan menjadi pendorong kejayaan seseoranng itu atau

natijah kejahatannya yang berterusan menjadikannya menjalani hidup yang

sengsara seperti hari ini. Kepentingan sejarah kepada manusia yang lain adalah

sebagai sumber abstrak dan nyata, apa yang dikatakan sebagai abstrak itu

1

Page 2: 14458006 Ulasan Artikel

adalah kerana adalah mustahil bagi manusia itu untuk menghidupkan kembali

sejarah yang telah berlaku itu secara jasadnya. Maksudnya, manusia itu pernah

melihat sesuatu peristiwa dan apabila mengingatkannya kembali, ia tidak dapat

mengngat dan menghidupkan kembali keseluruhan peristiwa, bahkan

adakalanya manusia itu gagal memahami peristiwa itu sewaktu kita

memerlukannya. Juga dikatakan sebagai sumber nyata bagi manusia itu, kerana

manusia itu mampu membentuk dan menggambar kembali sesuatu peristiwa itu,

walaupun buka secara keseluruhannya. Ini bermaksud peristiwa itu pernah

berlaku dan boleh digambarkan semula secara sekadar yang diingatinya.

Natijah dari kajian sejarah sebagai sumber abstrak dan sumber nyata,

dapatlah kita simpulkan bahawa tiada manusia yang tidak mempunyai masa

lalunya dan adalah mustahil bagi manusia itu untuk melupakan sejarah yang

telah dilaluinya kecuali manusia itu hilang ingatan. Proses menyimpan dan

mengingat ini tidak akan terputus, bahkan jika ia terputus seperti kejadian hilang

ingatan, akan mewujudkan kepincangan terhadap manusia sekitar dan manusia

itu sendiri. Kepentingan sejarah terhadap manusia itu juga dapat dilihat pada

hubungan sejarah dan manusia itu sendiri. Hubungan sejarah dan manusia itu

adalah manusia dan sejarah itu saling perlu memerlukan kerana kesedaran

manusia itu tentang kepentingan pengalamannya yang lalu.

Sejarah yang berkaitan dengan manusia juga berkait dengan agama dan

orang-orang agama. Contohnya, orang agama berkonsepkan bahawa hidup

manusia ada permulaan dan pengakhiran yang terakhir, iaitu kiamat. Bahkan kita

juga sedar yang perjalanan sejarah sama ada manusia, mahupun dunia sedang

bergerak menuju kematian dan kiamat, dan itu adalah pengakhiran sejarah

selama ini. Hasilnya, setiap manusia yang waras akan memandang masa depan

yang cemerlang dengan merujuk sejarah lalunya, sama ada menebus kembali

kehidupan yang lalu ke tempat yang lebih baik, atau mengekalkan kejayaannya

dahulu.

2

Page 3: 14458006 Ulasan Artikel

Namun, bukan mudah untuk menebus atau mengekalkan kejayaan

kerana ia berdasarkan kesedaran insan, ditambah pengalaman dan kewarasan

serta kekuatan azam dan cita-citanya. Sejarah juga membuktikan bahawa ada

yang gagal menebus kembali, bahkan menjadi gila dan bunuh diri atas

kekesalan yang dihadapi. Hubungan manusia dan sejarah juga dapat dijadikan

sebagai petunjuk dengan melihat masa lalu untuk melangkah masa depan

dengan penuh keyakinan dan kekuatan. Kesimpulan yang dapat diperhatikan

ialah sejarah amat penting kerana ketiadaan masa lalu akan menyebabkan

tiadanya juga masa kini dan hasilnya tiada masa depan.

Perancangan amatlah penting untuk memastikan masa depan terjamin

dan hidup didalam sentosa sentasa. Namun, perancangan hanya perancangan

kerana yang menentukan perjalanan hidup kita adalah Tuhan Yang Maha Esa,

adakalanya ketentuan Tuhan menyebabkan kita menderita, atas nama ujian

Tuhan yang pasti membalas dengan balasan yang baik di sisi-Nya. Namun, kita

sebagai hamba sangat dituntut untuk berusaha mengubah nasib diri dan

keluarganya untuk memperbaiki ke arah yang lebih baik, dan sejarahlah sebagai

landasan untuk keluar dari hidup sengsara yang membelenggu. Sejarah dengan

manusia sangat mempengaruhi antara satu sama lain, sehingga banyak skop

yang dapat disentuh dan dikupas.

Seterusnya, kita melihat sejarah dan kepentingan dari sudut psikologi dan

falsafah manusia itu sendiri. Orang-orang Barat dan sekular sangat menyanjung

sejarah, sehingga ada yang menganggapnya sebagai falsafah dan agama.

Tetapi, ini tidak dapat diterima oleh orang yang beragama Islam, kerana Islam

adalah tidak terpisah dengan kehidupan penganutnya, sedang orang sekular itu

bukan sahaja memisahkan dirinya dengan agama, bahkan keyakinan terhadap

Tuhannya sudah musnah dan hanya bergantung pada nilai-nilai murni yang

boleh berubah-ubah mengikut akal fikiran mereka sendiri. Kita juga lihat sendiri

tentang takrif sejarah iaitu satu kumpulan masa lalu dan ilmu pengetahuan yang

menerangkan keadaan yang sedang berlaku.

3

Page 4: 14458006 Ulasan Artikel

Sejarah bila dihayati, sama ada tentang diri, keluarga, masyarakat, dan

negara serta dunia akan menyebabkan kita sedar akan perkembangan diri dan

persekitaran serta kesan pergerakan dunia keatas kita. Orang barat juga

menganggap sejarah sebagai suatu ilmu yang tidak boleh dikaitkan dengan

kegunaannya, seperti ilmu sains gunaan.

Maksudnya, pengkajian sejarah itu hanyalah untuk mencari atau

mewujudkan kebenaran tanpa mempunyai motif yang lain, contohnya

kepentingan sesutau pihak. Namun, ada juga dari kalangan orang barat sendiri

yang menganggap ilmu sejarah itu sebagai omong kosong belaka, kerana bagi

mereka peristiwa didalam sejarah itu boleh disalahgunakan dan menmbulkan

bahaya didalam politik dan struktur masyarakat. Asas anggapan mereka itu

kerana sudah terdapat banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah itu telah

disalahgunakan,diselewengkan dan dipalsukan untuk mencapai tujuan tertentu

bagi golongan yang berkepentingan tertentu.

Membincangkan tentang sejarah yang diselewengkan ini, terkenang pula

cerita dari anak benua India, dimana didalam satu pilihanraya, kerajaan yang

pro-Hindu telah menang besar dan cukup anti dan benci terhadap Islam, sama

ada agama, bangunan bersejarah Islam, mahupun masyarakat Islam di India itu

sendiri. Kemuncak kebencian itu, dapat dilihat dengan keengganan kerajaan itu

untuk mengiktiraf sumbangan dan mengakui pemerintahan Islam yang telah

berlangsung selama beberapa abad yang lalu didalam buku teks sekolah di

negara itu.

Bahkan, ia menonjolkan maharaja-maharaja Hindu sebagai raja yang

baik, adil dan banyak meninggalkan sumbangan dan membina bangunan-

bangunan yang megah di India, termasuk mengatakan Taj Mahal dan bangunan

Islam yang lain sebagai kepunyaannya. Ini dilakukan untuk menghalang generasi

baru dari menganggap negara itu sebagai negara Islam dan mencantikkan

sejarah negara tanpa pengaruh kuasa Islam. Kejadian ini menimbulkan

4

Page 5: 14458006 Ulasan Artikel

kemarahan umat Islam di India dengan alasan kerajaan India mahu

menghapuskan masyarakat Islam. Akhirnya, peristiwa itu senyap tanpa ada

pembetulan dan maaf dari parti kerajaan itu. Ini membuktikan sejarah amat

penting hingga kandungan buku teks sekolah digubal semula bagi memastikan

generasi baru tidak faham peristiwa sebenar, dan kepentingan parti itu tercapai

dengan menipu sejarah.

Sebenarnya tindakan itu hanyalah mempamerkan perbuatan keji,

pengecut dan kejam kerana akhirnya orang tetap akan mengetahui kepalsuan

dan kebenaran yang sejati. Akhirnya, dapat kita sedari bahawa sejarah bukan

sahaja menyedarkan, menerang dan mengajar sahaja tetapi ia adalah sesuatu

yang sedag bergerak bersama-sama kita, dan pelengkapnya, kita juga adalah

manusia bersejarah dan bahan sejarah. Seterusnya, kita memasuki bahagian

menenai kepentingan sejarah dan kaitannya dengan sesebuah negara.

Sesebuah negara memerlukan sejarah untuk melaksana, melengkap dan

melancarkan lagi kegiatannya.

Ini kerana, Herodotus (Bapa Sejarah Dunia) mengatakan bahawa terdapat

pengulangan atau kitaran diantara sejarah semua tamadun dan negara secara

berganti-ganti, umpama roda. Setiap tamadun mempunyai persamaan daei segi

kelahiran dan kewujudan, lalu melalui perkembangan dan zaman kemuncak

kejayaan, yang akhirnya membawa kepada keruntuhan tamadun dan negara itu.

Peristiwa yang berlaku berzaman-zaman dahulu, akan berlaku lagi pada zaman

atau generasi seterusnya, walaupun peristiwa yang berlaku adalah berbeza

tetapi tahap-tahap perkembangan diantara tamadun adalah sama. Ini dapat

dijadikan sebagai petunjuk, dan pengajaran serta iktibar bagi generasi

seterusnya dalam memacu negara kearah yang lebih gemilang. Ada pula yang

menganggap sejarah itu sebagai suatu falsafah yang berulang-ulang dan

memberi pengajaran, kerana ia memperlihatkan tentang tindak laku (perbuatan)

orang masa lalu dan akibat dari perbuatan itu. Oleh itu, manusia perlulah belajar

tentnag sesutu peristiwa dengan merujuk sejarah agar mendapat pengajaran.

5

Page 6: 14458006 Ulasan Artikel

Proses kitaran itu juga menunjukkan hidup sesebuah negara itu berada

dalam pusingan yang tidak putus-putus, dimana sistem pemerintahan yang lain

pula akan menjalani dan mengalami kitaran tersebut. Hakikat yang boleh

diterima disini ialah sejarah itulah yang berulang, bukan tamadun atau bangsa

itu. Contoh yang boleh dilihat ialah pada rakyat tamadun China suatu ketika

dahulu sewaktu mengguna sistem maharaja, berbagai keturunan mengganti

pemerintahan yang bersandarkan kepada tanda-tanda kemarahan Tuhan (banjir,

kemarau dan kemelesetan ekonomi) dan kebangkitan keturunan lain, lalu rakyat

akan memberontak dan mengguling pemerintah, menggantikan dengan

keturunan yang baru dengan menggunakan sistem pemerintahan yang sama,

iaitu sistem maharaja.

Dalam merenung tentang konsep sejarah yang berulang itu, kita lihat pula

sesebuah negara itu adalah suatu entiti yang mempunyai sistem politik, ekonomi,

agama dan kerajaan serta penduduk yang menghuninya. Wujud suatu

penerusan didalam lingkungan sejarah, bahawa pergerakan dan peristiwa yang

berlaku disepanjang sejarah perkembangannya adalah berulang-ulang. Berbagai

contoh dapat dilihat dari berbagai tamadun, termasuk tamadun Islam semenjak

kelahirannya pada zaman Nabi Muhammad s.a.w hingga zaman malap Bani

Uthmaniyah, adalah sama dengan kewujudan tamadun-tamadun dunia yang lain.

Kemunduran tamsdun Islam itu pula disebabkan oleh kebangkitan bangsa dari

Barat yang mengambil alih peranan kuasa besar dunia dengan memegang

politik, ekonomi dan organisasi sosial masyarakat dunia. Dan hari ini, dapat pula

kita lihat ambang permulaan kejatuhan empayar barat yang pasti runtuh, dengan

diganti oleh satu bangsa yang lain. Maknanya yang berulang hanyalah perkara

yang besar, tetapi tidak melibatkan perkara-perkara yang kecil.

Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa sejarah memainkan peranan yang

sangat penting dalam hidup matinya sesebuah negara, bahkan negara itu akan

gelap jika tidak memiliki sejarahnya yang tersendiri. Ini kerana pertalian antara

masa lalu dan kini adalah sangat jelas. Masa kini adalah hasil atau kesan dari

6

Page 7: 14458006 Ulasan Artikel

gejala sama ada dari segi sains, ekonomi mahupun politik, yang akhirnya akan

menjadi sebahagian dari sejarah negara itu. Jadi, tidak dapat tidak, ahli ekonomi

dan politik negara itu tidak akan dapat melihat selain sejarah sebagai sumber

rujukan yang sangat berguna, untuk mencerminkan keadaan masa lalu, kini dan

masa depan. Ketiga-tiga elemen itu tidak akan terpisah dan mencerminkan

antara satu sama lain. Namun, tidak mustahil ia terpisah disebabkan revolusi dan

pemberontakan, yang bertujuan untuk menyingkirkan sistem negara itu dan

berbeza dari yang lalu, atau dengan kata lain, ingin mengubah sejarah

negaranya. Tetapi, ia belum tentu dapat menghapus langsung sejarah negara

itu. Tidak mustahil juga pemberontakan itu berlaku untuk menegakkan sistem

yang lama, setelah sekian lama diseleweng oleh golongan tertentu.

Berbagai pemberontakan dan revolusi telah berlaku didunia ini, Revolusi

Perancis 1789, Revolusi Rusia 1917 dan Revolusi Iran 1980-an. Mereka

memberontak untuk menegakkan apa yang dipandang sebagai adil dan sesuai

bagi mereka. Sampai suatu masa, ada revolusi yang diperjuangkan dahulu

hancur disebabkan ketidaksesuaian dengan rakyat, dan ada pula yang diterima

hingga muncul sistem yang lain yang dipercayai mampu menyelamat dan

membahagiakan manusia. Jadi perhubungan diantara masa-masa itu, mampu

membawa manfaat dengan menjadikan masa kini adalah merujuk kepada masa

lalu, untuk kepentingan masa depan.

Terpaparlah dimata kita betapa pentingnya sejarah sebagai faktor penting

didalam sesebuah negara itu. Sejarah juga amat penting didalam memilih

kepimpinan, dimana sejarah sesebuah organisasi, dan sejarah kehidupan para

pemimpinnya, serta sejarah kemampuan mereka membangun, mendidik, dan

berkhidmat kepada masyarakat, dijadikan sandaran didalam membuat pemilihan

pemimpin, demi memastikan negara selamat dan terpelihara dibawah naungan

mereka. Oleh itu, dalam ayat yang lain, sejarah adalah jalan yang menjadi

landasan dalam memeilih pemimpin yang jujur, berani, adil dan berkebolehan

memimpin. Betapa besarnya peranan sejarah itu dalam sesebuah negara dan

7

Page 8: 14458006 Ulasan Artikel

masyarakat, tetapi ramai yang tidak sedar. Ini kerana, pemimpin memaimkan

peranan penting dalam memacu negara dan rakyat, agar tidak membawa negara

kearah kehancuran dan kebinasaan negara itu. Contoh yang dapat dilihat ialah,

negara Jerman dan pemimpinnya, Hitler yang membawa negara dan rakyat itu

kearah perang dan kemusnahan yang memberi kesan sehingga hari ini.

Kesalahan meletakkan pemimpin yang betul dan waras akan

mengelakkan berlakunya berbagai-bagai perkara yang tidak sepatutnya terjadi

dari berlaku, seperti kepimpinan Jepun yang mengikut emosi tanpa

pertimbangan, hingga negara itu diheret kepada perang dan mengakibatkan dua

bandar utamanya hancur sama sekali. Demikianlah betapa berperanannya

sejarah yang mempunyai berbagai kegunaan dan manfaat terhadap sesebuah

negara dan bangsa, termasuk individu itu sendiri. Memang benarlah sejarah

sebagai ilmu masa silam yang amat penting, kerana kesejahteraan mampu lahir

hasil manusia menjadikannya sebagai teladan dan sempadan bagi individu,

bangsa dan negara serta agama tercinta.

Pendapat Pengulas

Setelah diterangkan akan segalanya mengenai kepentingan sejarah

terhadap manusia dan negara, dapatlah dinyatakan mengenai pendapat

pengulas mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh penulis artikel ini. Mengenai

isu satu, dibawah tajuk kepentingan sejarah teradap manusia, pengulas

bersetuju dengan penulis mengenai manusia secara fitrahnya sangat tertarik

dengan masa lalu terutama tentang diri, keluarga, negara dan agama individu itu.

Demikian juga, pengulas bersetuju mengenai sejarah sebagai sumber yang

abstrak dan nyata didalam kehidupan manusia. Ini kerana tidak dapat

dibayangkan hidup tanpa masa lalu sebagai panduan dan kenangan sepanjang

hidup manusia.

8

Page 9: 14458006 Ulasan Artikel

Sehubungan itu, adalah tepat mengenai gambaran penulis tentang

hubungan sejarah dengan manusia didalam kehidupan manusia itu sendiri.

Natijah dari perbincangan ini, dapatlah disimpulkan bahawa sejarah amat

penting dan mempengaruhi manusia disegala aspek, kerana yang bersejarah itu

adalah manusia itu sendiri. Begitu juga mengenai pandangan pengulas

mengenai kepentingan sejarah terhadap negara, dan hubungan diantara

keduanya. Sejarah yang membabitkan negara ini dilihat sebagai berulang-ulang

antara tamadun-tamadun yang secara bergilir-gilir menguasai dunia dan

khazanahnya.

Sejarah yang membuktikan tiada yang kekal dalam pembangunan

manusia kerana ia adalah hukum Tuhan atau Sunnatullah yang menjadi

ketetapan bagi manusia demi kesejahteraan mnusia itu sendiri. Segala yang

terjadi pasti terdapat pengajaran dan hikmah dari Tuhan yang mentadbir

segalanya, termasuk sejarah itu sendiri.

Begitu juga peranan sejarah didalam proses pemilihan pemimpin, dalam

memastikan pemimpin yang dipilih itu dapat menjalankan pemerintahan dengan

cemerlang dan gemilang, serta tidak membawa negara dan rakyat kearah

kehancuran, sebaliknya membawa keamanan yang hakiki. (bukan keamanan

yang dibawa oleh para ratu cantik dunia yan menjelajah seluruh dunia

mengatakan “world peace”, tapi tidak membawa sebarang kebaikan, bahkan

tidak berkesan menghalang Amerika dan Israel meneruskan peperangan dan

keganasannya) Dengan kebernasan pendapat penulis, saya sebagai pengulas

juga, bukan sahaja bersetuju, bahkan turut menyokong apa yang dikatakan

sebagai sejarah yang memainkan peranan yang penting, didalam kehidupan

seseorang manusia dan sesebuah negara yang bertamadun.

9