14. laporan reflektif

12
 BINA INSAN GURU V (SEMESTER 7) Page 1 LAPORAN REFLEKTIF 2014 LAPORAN AKTIVITI LAWATAN BENCMARKING Seperti yang telah dirancang, pada hari Isnin, 1 November 2014, kumpulan kami dari PPG IPGKTB Pendidikan Islam kumpulan1(Kohort 1) seramai 24 orang telah menjalankan Program Bina Insan Guru Fasa 5 bersama guru-guru dan pentadbir SK.Jawi, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Pn. Rohaya bt Ahmad Ketua Unit Kokurikulum IPGKTB yang telah menggantikan Pn Noraziah bt Ahmad Nadzim jurulatih dari Unit Kokurikulum IPKTB turut bersama dalam program ini.  Alhamduli llah,tepat pukul 7.30 pagi, semua peserta telah mendaftar kan diri kemudian peserta telah bersarapan pagi di kantin SK Jawi. Peserta berkumpul di bilik Musyawarah SK. Jawi untuk diberi sedikit maklumat tentang pengurusan sekolah. Pengerusi majlis telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah memberi peluang kepada peserta PPG untuk mengadakan Program di SK Jawi. Ucapan terima kasih juga dikalungkan kepada peserta PPG yang telah berusaha untuk datang tepat pada waktu yang telah ditetapkan, bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Ghani bin Awang Puteh seterusnya ucapan aluan oleh penerusi program merangkap ketua kelas PPG PAI Kuliah 1 iaitu saudara Uzair bin Abdul Aziz. Agenda seterusnya ialah ucapan ringkas Puan Inson bt Mansor selaku PK Pentadbiran SK Jawi, wakil kepada Guru Besar SKJ. Beliau telah mengalukan kedatangan ka mi serta berharap semoga ia menjadi satu program yang dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Seterusnya kami telah diberi taklimat berkenaan pengurusan sekolah yang membawa kepada penganugerahan Sekolah Kluster. Sesungguhnya untuk mencapai kejayaan sebegitu rupa, prestasi sekolah mestilah seimbang dari segi sistem pengurusan, kurikulum dan juga kokurikulum. Kami juga telah diberi penerangan dan dipamerkan dengan slaid-slaid tentang kejayaan  kejayaan SK Jawi dari segi kurikulum dan juga kokurikulukm. Kami juga telah diperkenalkan dengan kebitaraan SK Jawi iaitu Kelab Hijau dan juga Kelab Dr Muda. Kebitaraan ini juga merupakan salah satu pendorong utama bagi kejayaan SK Jawi.

Upload: myra-shah

Post on 02-Jun-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 14. LAPORAN REFLEKTIF

8/10/2019 14. LAPORAN REFLEKTIF

http://slidepdf.com/reader/full/14-laporan-reflektif 1/12

BINA INSAN GURU V (SEMESTER 7) Page 1

LAPORAN REFLEKTIF 2014

LAPORAN AKTIVITI LAWATAN BENCMARKING

Seperti yang telah dirancang, pada hari Isnin, 1 November 2014, kumpulan kami

dari PPG IPGKTB Pendidikan Islam kumpulan1(Kohort 1) seramai 24 orang telah

menjalankan Program Bina Insan Guru Fasa 5 bersama guru-guru dan pentadbir

SK.Jawi, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Pn. Rohaya bt Ahmad Ketua Unit

Kokurikulum IPGKTB yang telah menggantikan Pn Noraziah bt Ahmad Nadzim jurulatih

dari Unit Kokurikulum IPKTB turut bersama dalam program ini.

Alhamdulillah,tepat pukul 7.30 pagi, semua peserta telah mendaftarkan diri

kemudian peserta telah bersarapan pagi di kantin SK Jawi. Peserta berkumpul di bilik

Musyawarah SK. Jawi untuk diberi sedikit maklumat tentang pengurusan sekolah.Pengerusi majlis telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang

telah memberi peluang kepada peserta PPG untuk mengadakan Program di SK Jawi.

Ucapan terima kasih juga dikalungkan kepada peserta PPG yang telah berusaha untuk

datang tepat pada waktu yang telah ditetapkan, bacaan doa telah disempurnakan oleh

Ustaz Abdul Ghani bin Awang Puteh seterusnya ucapan aluan oleh penerusi program

merangkap ketua kelas PPG PAI Kuliah 1 iaitu saudara Uzair bin Abdul Aziz. Agenda

seterusnya ialah ucapan ringkas Puan Inson bt Mansor selaku PK Pentadbiran SKJawi, wakil kepada Guru Besar SKJ. Beliau telah mengalukan kedatangan kami serta

berharap semoga ia menjadi satu program yang dapat memberi manfaat kepada semua

pihak.

Seterusnya kami telah diberi taklimat berkenaan pengurusan sekolah yang

membawa kepada penganugerahan Sekolah Kluster. Sesungguhnya untuk mencapai

kejayaan sebegitu rupa, prestasi sekolah mestilah seimbang dari segi sistem

pengurusan, kurikulum dan juga kokurikulum. Kami juga telah diberi penerangan dan

dipamerkan dengan slaid-slaid tentang kejayaan – kejayaan SK Jawi dari segi

kurikulum dan juga kokurikulukm. Kami juga telah diperkenalkan dengan kebitaraan SK

Jawi iaitu Kelab Hijau dan juga Kelab Dr Muda. Kebitaraan ini juga merupakan salah

satu pendorong utama bagi kejayaan SK Jawi.

Page 2: 14. LAPORAN REFLEKTIF

8/10/2019 14. LAPORAN REFLEKTIF

http://slidepdf.com/reader/full/14-laporan-reflektif 2/12

BINA INSAN GURU V (SEMESTER 7) Page 2

LAPORAN REFLEKTIF 2014

Selain itu, perkara yang perlu diberi perhatian dalam penganugerahan untuk

sekolah ialah semua maklumat tiga tahun yang lepas mestilah disimpan dengan penuh

sistematik, ini adalah salah satu kriteria pemilihan yang perlu diikuti, contohnya sijil- sijil

pencapaian murid mestilah buat salinan dan disahkan salinan sebenar dan disimpan

oleh pihak sekolah. SK Jawi juga telah menyimpan semua gambar berkenaan kejayaan

mereka dalam sebuah PC khas yang telah ditempatkan di dalam sebuah bilik yang

khas

Keistimewaan SK Jawi yang lain ialah menerima beberapa anugerah inovasi

antaranya ialah Inovasi Bunga Teja, Inovasi membuat sabun dan digunakan oleh

semua warga sekolah dan dijadikan sebagai bahan cenderamata kepada para

pengunjung atau tetamu. SK Jawi juga telah mengadakan Program Jaringan Jalinan Antarabangsa yang telah mengundang tetamu dari luar negara contohnya pelajar dan

tetamu dari Negara Thailand.

Kami telah dibawa melawat ke semua bilik khas yang terdapat di SK Jawi.

Berdasarkan pemerhatian yang kami buat sememangnya persekitaran SK Jawi amat

ceria dan kondusif serta amat sesuai untuk semua murid. Setiap sudut-sudut penuh

dengan maklumat untuk bacaan dan renungan murid. Banyak panduan yang dapat

kami ambil daripada taklimat dan lawatan ke bilik-bilik tersebut. Semua maklumat

kejayaan SK Jawi secara terperinci dapat dilihat dalam lampiran yang telah disediakan.

Segala maklumat yang telah kami perolehi amat berguna serta berinovasi untuk

kami jadikan pedoman dalam merealisasikan hasrat Visi dan Misi Kementerian

Pelajaran Malaysia iaitu Visi: Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera,

dan Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan

Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Page 3: 14. LAPORAN REFLEKTIF

8/10/2019 14. LAPORAN REFLEKTIF

http://slidepdf.com/reader/full/14-laporan-reflektif 3/12

BINA INSAN GURU V (SEMESTER 7) Page 3

LAPORAN REFLEKTIF 2014

Walaupun semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya,

tetapi masih ada juga sedikit kepincangan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut.

Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan dalam mengurus dan melaksanakan

Program BIG Fasa 5 kali ini.

Antara kekuatannya :

1. Walaupun pada mulanya Program ini hampir tidak dapat dilaksanakan kerana

kekangan masa dan tugasan tetapi demi murid-murid dan program yang telah

dirancang. Semangat kerjasama guru dan peserta PPG yang tidak mengira

masa dan tenaga akhirnya Program ini dapat dilaksanakan.Bak kata pepatah

“Berat sama dipikul ringan sama dijinjing”

2. Pengalaman sedia ada guru juga membantu melaksanakan program ini dengan

jayanya.

3. Perbincangan dan mesyuarat serta pembahagian tugas yang diamanahkan

menjadi satu tanggungjawab kepada guru.

4. Kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya amat dititikberatkan.

5. Guru memerlukan ilmu dan motivasi yang baru dari setiap pencambahan serta

perkongsian ilmu seperti dalam slot ceramah.

6. Mendapat kerjasama dan komitmen yang mantap daripada pihak sekolah sama

ada pentadbir mahupun guru-guru

Page 4: 14. LAPORAN REFLEKTIF

8/10/2019 14. LAPORAN REFLEKTIF

http://slidepdf.com/reader/full/14-laporan-reflektif 4/12

BINA INSAN GURU V (SEMESTER 7) Page 4

LAPORAN REFLEKTIF 2014

Antara kelemahannya :

1. Tidak mendapat sokongan sebahagian dari guru yang ada komitmen lain kerana

program ini kami laksanakan dalam cuti persekolahan.

2. Kekangan masa dan komitmen tugas memerlukan pengorbanan dari peserta.

3. Masa yang terlalu singkat menyebabkan aktiviti yang dijalankan terpaksa terburu-

buru.

Antara cadangan penambahbaikkan :

1. Cadangan masa yang lebih sesuai agar tidak bertindih masa dengan programlain.

2. Program yang dicadangkan hendaklah dirancang dengan lebih teliti dan teratur.

3. Pembahagian tugasan dan aktiviti dapat dirancang dengan lebih spesifik dan

memudahkan guru memahaminya.

4. Mengadakan bengkel untuk percambahan ilmu kepada peserta

5. Slot yang lebih diperlukan seperti perbengkelan tentang pengurusan sistem fail

bagi semua bidang di sekolah.

Page 5: 14. LAPORAN REFLEKTIF

8/10/2019 14. LAPORAN REFLEKTIF

http://slidepdf.com/reader/full/14-laporan-reflektif 5/12

BINA INSAN GURU V (SEMESTER 7) Page 5

LAPORAN REFLEKTIF 2014

ANALISA SWOT :

Kekuatan (S)

S1 Guru yang sedia ada

berpengalaman mengadakan

program LDP.

S2 Pelarasan tugas yang disediakan

membantu guru untuk

melaksanakan tugas mereka.

S3 Persediaan peraatan yang

mencukupi.

S4 Menyediakan laporan

Kelemahan (W)

W1 Sikap guru yang tidak berminat

dengan program sekolah. Ramai

yang ada kotmitmen lain.

W2 Tugas yang diberikan tidak jelas.

W3 Peruntukan kewangan tidak

mencukupi.

W4 Kekangan masa yang terpaksa

dihadapi.

Peluang(O)

O1 Hubungan yang baik antara guru

dan pentadbir.

O2 Sokongan moral dan kewangan .

O3 Bantuan peruntukkan dari sumber

lain.

O4Guru-guru yang tinggal di sekitar

kawasan sekolah.

Ancaman (T)

T1Sukar dalam penetapan tarikh

kerana banyak program lain.

T2Faktor penempatan peserta yang

jauh daripada tempat program.

T3Program yang bertindih dengan

pihak luaran mengganggu

perancangan aktiviti

Disediakan oleh:

Sharipah bt Shaary( AJK Dokumentasi Program )

Page 6: 14. LAPORAN REFLEKTIF

8/10/2019 14. LAPORAN REFLEKTIF

http://slidepdf.com/reader/full/14-laporan-reflektif 6/12

BINA INSAN GURU V (SEMESTER 7) Page 6

LAPORAN REFLEKTIF 2014

LAPORAN AKTIVITI CERAMAH

Laporan Aktiviti Ceramah

Slot 1 : “Fungsi PPD & JPN”

Pada hari Isnin, 01Disember 2014, kumpulan PPG IPGKTB Pendidikan Islam

Kohort 1 telah menjemput seorang penceramah daripada PPD Seberang Perai Selatan.

Ceramah ini merupakan salah satu daripada ceramah yang kami rancangkan bagi

melengkapkan kursus Bina Insan Guru (BIG) untuk peringkat yang kelima. Pada

semester ini kami perlu menjalankan dua sesi ceramah slot 1 dan slot 2 yang berbeza

tajuknya. Tujuan ceramah ini dijalankan bukan sekadar untuk memenuhi tuntutanterhadap kursus BIG tetapi secara tidak langsung ia dapat meningkatkan pengetahuan

dan pemahaman di kalangan ahli kumpulan PPG IPGKTB Pendidikan Islam Kohort 1

tentang kandungan fungsi PPD dan juga JPN.

Alhamdulillah,tepat pukul 11.00 pagi, Ceramah slot 1 dijalankan di bilik

mesyuarat SKJ. Penceramah undangan untuk slot 1 ini ialah Encik Mohd Rizal bin

Ismail, Ketua Unit, Unit Pengurusan Akademik, PPD Daerah Seberang Perai Selatan.

.Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada beliau kerana sudi memberi ceramah

berkenaan dengan fungsi PPD dan juga JPN, di samping memberi motivasi,kata-kata

perangsang,idea-idea yang amat berguna untuk kami sebagai guru untuk meneruskan

perjuangan yang tidak pernah selesai.

Beliau telah membentangkan peranan PPD dan juga JPN berdasarkan Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.(PIPPM 2013-2025)-bab 2. Di

antaranya adalah apa yang hendak dicapai oleh KPM, 5 aspirasi sistem pendidikan

Malaysia, 6 ciri yang diperlukan dalam organisasi KPM, peranan dan tugas Menteri

Pelajaran Malaysia dan akhir sekali adalah fungsi atau peranan Jabatan Pendidikan

Negeri (JPN).

Page 7: 14. LAPORAN REFLEKTIF

8/10/2019 14. LAPORAN REFLEKTIF

http://slidepdf.com/reader/full/14-laporan-reflektif 7/12

BINA INSAN GURU V (SEMESTER 7) Page 7

LAPORAN REFLEKTIF 2014

Walaupun semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan

jayanya,tapi masih ada juga sedikit kepincangan dan pelbagai dalam melaksanakan

aktiviti-aktiviti tersebut.Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan dalam mengurus

dan melaksanakan Program BIG Fasa 5 kali ini.

Antara kekuatannya :

1. Program ini dapat dilaksanakan juga sepertimana yang telah dirancangwalaupun kekangan masa dan dijalankan sewaktu cuti sekolah , namunprogram tetap dapat disempurnakan . Semangat kerjasama guru dan pesertaPPG yang tidak mengira masa dan tenaga akhirnya.

2. Pengalaman sedia ada guru juga dapat membantu melaksanakan program inidengan jayanya.

3. Perbincangan dan mesyuarat serta pembahagian tugas yang diamanahkan

menjadi satu tanggungjawab kepada guru.4. Kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya amat dititikberatkan.5. Guru memerlukan ilmu dan motivasi yang baru dari setiap pencambahan serta

perkongsian ilmu seperti dalam slot ceramah.

Antara kelemahannya :

1. Tidak mendapat sokongan sebahagian dari guru yang ada kotmitmen lain.2. Tidak dapat fokus dengan baik bagi peserta yang duduk di sebelah belakang

kerana faktor kedudukan meja dan kerusi menghadkan pandangan mereka.3. Kekangan masa dan komitmen tugas memerlukan pengorbanan dari peserta.4. Masa yang terlalu pendek bagi sesuatu slot ceramah yang diperuntukkan bagi

sesuatu tajuk.

Antara cadangan penambahbaikkan :

1. Cadangan masa yang diperuntukkan dalam satu-satu slot ceramah sesuaidengan isi kandungan agar mendapat input yang sempurna.

2. Program yang dicadangkan hendaklah dirancang dengan lebih teliti dan teratur.3. Pembahagian tugasan dan aktiviti dapat di rancang dengan lebih spesifik dan

memudahkan guru memahaminya.

4. Mengadakan bengkel untuk percambahan ilmu kepada peserta5. Kedudukan peserta di dalam bilik mesyuarat mungkin boleh diperbaiki di masaakan datang.

Page 8: 14. LAPORAN REFLEKTIF

8/10/2019 14. LAPORAN REFLEKTIF

http://slidepdf.com/reader/full/14-laporan-reflektif 8/12

BINA INSAN GURU V (SEMESTER 7) Page 8

LAPORAN REFLEKTIF 2014

Laporan Aktiviti Ceramah

Slot 2 : “ Guru Dan Perundangan”

Pada hari Isnin, 01 Disember 2014, kumpulan PPG IPGKTB Pendidikan Islam

Kohort 1 telah menjemput seorang penceramah daripada PPD Daerah Seberang Perai

Selatan. Bertempat di Bilik Mesyuarat, SK Jawi.Sg.Jawi, Pulau Pinang.

Pada pukul 12.30 tengahari, Program ceramah bagi slot 2 yang bertajuk “Guru

Dan Perundangan” juga sekali lagi telah disampaikan oleh Encik Mohd Rizal bin Ismail,

Ketua Unit, Unit Pengurusan Akademik, PPD Daerah Seberang Perai Selatan. Kami

juga amat berbesar hati kerana program ini juga turut dihadiri oleh Puan Rohaya bt.

Ahmad Ketua unit Ko Kurikulum IPGKTB yang menggantikan pensyarah pembimbing

kami iaitu Puan Norazah bt. Ahmad Nadzim yang tidak dapat hadir kerana ada perkarayang tidak dapat dielakkan oleh beliau. Tujuan ceramah ini dijalankan adalah bagi

memantapkan lagi tentang perkara yang berkaitan undang-undang keguruan yang telah

ditetapkan di dalam bidang pendidikan.

Penceramah memulakan dengan pendahuluan iaitu golongan guru hendaklah

memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke

tahap yang lebih tinggi dan dihormati. Oleh yang demikian peraturan-peraturan

Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan

kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab

yang diamanahkan. Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami

sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya

pada 2002. Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harus diperhalusi dengan teliti

demi menjayakan matlamat pendidikan negara. Di antara undang-undang yang telah

diperuntukkan ada 18 perkara.

Program ceramah slot 2 ini tamat pada pukul 1.30 petang. Pengerusi majlis

mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana telah

memberi kerjasama yang baik.Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada

semua warga SK Jawi kerana telah sudi menerima kedatangan kami untuk

melaksanakan program BIG fasa kelima ini.

Page 9: 14. LAPORAN REFLEKTIF

8/10/2019 14. LAPORAN REFLEKTIF

http://slidepdf.com/reader/full/14-laporan-reflektif 9/12

BINA INSAN GURU V (SEMESTER 7) Page 9

LAPORAN REFLEKTIF 2014

Walaupun semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan

jayanya,tapi masih ada juga sedikit kepincangan dan pelbagai masalah dalam

melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut.Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan

dalam mengurus dan melaksanakan Program BIG Fasa 5 kali ini.

Antara kekuatannya :

1. Kesemua peserta BIG fasa 5 ini telah mengikut etika berpakaian dengan baikdan mematuhinya.

2. Pengalaman sedia ada guru juga membantu melaksanakan program ini denganbaik.

3. Mewujudkan hubungan mesra antara guru-guru PPG dan guru-guru sekolahyang terlibat.

4. Kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya amat dititikberatkan.

5. Guru memerlukan ilmu dan motivasi yang baru dari setiap percambahan sertaperkongsian ilmu seperti dalam slot ceramah.

Antara kelemahannya :

1. Tidak mendapat sokongan sebahagian dari guru yang ada kotmitmen lain.2. Ada ahli tidak dapat mengikuti sepenuhnya program ini kerana bertugas sebagai

pengawas peperiksaan spm.3. Kekangan masa dan komitmen tugas memerlukan pengorbanan dari peserta.4. Masa yang terlalu pendek bagi sesuatu slot ceramah yang diperuntukkan bagi

sesuatu tajuk.

Cadangan dan Penambahbaikkan .

1. Cadangan masa yang diperuntukkan dalam satu-satu slot ceramah sesuaidengan isi kandungan agar mendapat input yang sempurna.

2. Program yang dicadangkan hendaklah dirancang dengan lebih teliti dan teratur.3. Pembahagian tugasan dan aktiviti dapat di rancang dengan lebih spesifik dan

memudahkan guru memahaminya.4. Mengadakan bengkel untuk percambahan ilmu kepada peserta5. Kedudukan peserta di dalam bilik mesyuarat mungkin boleh diperbaiki di masa

akan datang.

Page 10: 14. LAPORAN REFLEKTIF

8/10/2019 14. LAPORAN REFLEKTIF

http://slidepdf.com/reader/full/14-laporan-reflektif 10/12

BINA INSAN GURU V (SEMESTER 7) Page 10

LAPORAN REFLEKTIF 2014

ANALISA SWOT :

Kekuatan (S)

S1 Guru yang sedia adaberpengalaman mengadakan program

Ceramah.

S2 Pelarasan tugas yang disediakan

membantu guru untuk melaksanakan

tugas mereka.

S3 Persediaan bahan yang mencukupi.

S4 Menyediakan laporan

Kelemahan (W)

W1 Penglibatan guru tidak sepenuhnyakerana program dijalankan sewaktu cuti

sekolah.

W2 Tugas yang diberikan tidak dapat

dilakukan sepenuhnya.

W3 Peruntukan kewangan tidak

mencukupi.

W4 Pengurusan masa perlu diperbaiki.

Peluang(O)

O1 Hubungan yang baik antara guru

dan pentadbir.

O2 Sokongan moral dan kewangan .

O3 Bantuan peruntukkan dari sumber

lain.

O4 Sifat keprihatinan dan kejujuran

pihak pentadbir sekolah yang terlibat.

Ancaman (T)

T1 Faktor bertindih tugas pada yang

bertugas sebagai pengawas

peperiksaan spm.

T2 Program dijalankan sewaktu cuti

sekolah mengganggu tugasan guru

yang terpaksa hadir ke sekolah.

Disediakan oleh:

Khaizura binti Khalid( AJK Dokumentasi Program )

Page 11: 14. LAPORAN REFLEKTIF

8/10/2019 14. LAPORAN REFLEKTIF

http://slidepdf.com/reader/full/14-laporan-reflektif 11/12

BINA INSAN GURU V (SEMESTER 7) Page 11

LAPORAN REFLEKTIF 2014

LAPORAN SELEPAS PROGRAM

Setelah selesai program ceramah, semua peserta PPG dikehendaki mengemas

bilik Musyawarah dan memastikan bilik dalam keadaan yang kemas seperti sediakala.

Ajk dokumentasi mengambil sedikit masa dan berbincang untuk menyediakan

laporan terperinci dan menyeluruh tentang program yang telah dilaksanakan.

Sebelum bersurai kami makan tengah hari bersama guru SK Jawi sambil

beramah mesra dan berkenal-kenalan antara peserta PPG dan juga guru-guru SK Jawi.

Keadaan ini dapat mengerat silatur rahim sesama kami. Walaupun disaat akhir, kami

masih lagi diberi maklumat tentang SK Jawi. Sebagai kenangan kami bergambarbersama guru-guru di dataran SK Jawi.

Laporan dan post mortem daripada AJK dokumentasi selepas program adalah

seperti berikut;

Laporan/ Masalah Selepas Aktiviti Ceramah .

1. Isu / Masalah

Masa yang agak singkat yang diperuntukkan terhadap dua sesi ceramah yang

sememangnya amat penting dikuasai oleh setiap insan yang bergelar guru.

1.2. Analisis

i. Kekuatan

- Peserta PPG dapat menambah ilmu tentang peranan PPD dan JPN dan juga

tentang Perundangan.

- Menyemai semangat bekerjasama.

- Menyemai perasaan cintakan kebersihan dan keceriaan kawasan

Page 12: 14. LAPORAN REFLEKTIF

8/10/2019 14. LAPORAN REFLEKTIF

http://slidepdf.com/reader/full/14-laporan-reflektif 12/12

BINA INSAN GURU V (SEMESTER 7) Page 12

LAPORAN REFLEKTIF 2014

- Mengambil panduan untuk dilaksanakan oleh peserta PPG di sekolah masing-

masing

- Mengeratkan silatur rahim mewujudkan hubungan mesra antara pelajar dengan

guru-guru PPG dan guru-guru sekolah yang terlibat.

ii. Kelemahan

- Walaupun mendapat layanan yang terbaik namun peserta PPG tidak dapat

mengenali keseluruhan para guru SK Jawi yang tidak dapat menghadirkan diri

kerana terlibat dengan hal lain.

- Ceramah perundangan akan lebih berkesan jika diberikan oleh pakar

perundangan

- Masa tidak mencukupi akibat program dijalankan dengan keadaan yang agak

tergesa-gesa.

- Pemilihan tempat dan tarikh yang agak sukar akibat terlalu banyak aktiviti di

hujung tahun yang terpaksa pihak sekolah laksanakan

iii. Cadangan dan Penambahbaikkan .

- Urusetia perlu mengambil kira masa dan tarikh supaya program dapat

dilaksanakan denagn lancar dan jayanya.

- Pemilihan penceramah yang mempunyai pakar bagi tajuk yang dipilih perlu

dititikberatkan untuk keberkesanan dalam penyampaian.

- Tempoh masa perlu dilanjutkan agar apa yang dipertanggungjawabkan siap

pada masa yang sesuai.

Disediakan oleh:

Sharipah bt Shaary( AJK Dokumentasi Program )