14. cadangan kajian seterusnya

4
11.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Penggunaan kaedah gambar bersiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains diharap berkesan dalam membantu murid-murid Tahun Tiga menyatakan struktur, jenis dan fungsi gigi. Secara keseluruhannya, kajian ini berjaya mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Namun begitu, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan ke atas pelaksanaan kaedah gambar bersiri sekiranya kajian seumpama ini ingin dijalankan pada masa hadapan. Kaedah gambar bersiri boleh dipermuliakan lagi apabila model gigi yang sebenar digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah gambar bersiri kurang berkesan bagi murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran seperti mempunyai penglihatan yang pudar, murid-murid yang kurang berupaya dan murid-murid yang sukar untuk mengimaginasi. Walaupun gambar yang ditunjuk adalah jelas tetapi model akan membantu murid-murid untuk mengalami situasi seakan sebenar dan membantu 69

Upload: thinagaran-mahendran

Post on 11-Dec-2015

122 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 14. Cadangan Kajian Seterusnya

11.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Penggunaan kaedah gambar bersiri dalam proses pengajaran dan

pembelajaran sains diharap berkesan dalam membantu murid-murid Tahun Tiga

menyatakan struktur, jenis dan fungsi gigi. Secara keseluruhannya, kajian ini berjaya

mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Namun begitu, terdapat beberapa

cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan ke atas pelaksanaan kaedah gambar

bersiri sekiranya kajian seumpama ini ingin dijalankan pada masa hadapan.

Kaedah gambar bersiri boleh dipermuliakan lagi apabila model gigi yang

sebenar digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah gambar bersiri

kurang berkesan bagi murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran seperti

mempunyai penglihatan yang pudar, murid-murid yang kurang berupaya dan murid-

murid yang sukar untuk mengimaginasi. Walaupun gambar yang ditunjuk adalah

jelas tetapi model akan membantu murid-murid untuk mengalami situasi seakan

sebenar dan membantu meningkatkan lagi kefahaman mereka. Selain itu, murid-

murid yang sukar membaca atau menulis juga boleh mudah untuk meningati struktur,

jenis dan fungsi gigi tersebut.

Seterusnya, penggunaan slaid Power Point untuk menunjukkan bahagian-

bahagian gigi secara berperingkat boleh diperbaiki dengan mencetak dan

memberikannya kepada murid supaya mereka dapat melibatkan diri untuk

mencantumkan bahagian-bahagian gigi dengan betul sebelum penerangan diberikan.

Kaedah ini digunakan dalam kajian ini tetapi perlu diperbaiki dari segi saiz kertas

69

Page 2: 14. Cadangan Kajian Seterusnya

yang digunakan. Saiz kertas yang kecil tidak begitu jelas menunjukkan bahagian-

bahagian

70

Page 3: 14. Cadangan Kajian Seterusnya

gigi. Oleh itu, apabila gambar gigi dicetak, saiz gambar tersebut perlu lebih besar

daripada saiz A4 dan menunjukkan bahagian-bahagian gigi dengan jelas. Saiz kertas

A3 adalah sesuai. Hal ini amat penting untuk mengelakkan miskonsepsi berlaku

dalam kognitif kalangan murid-murid. Tambahan pula, gambar yang berwarna boleh

menarik minat murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan.

Slaid yang dihasilkan perlu berwarna warni dan transisi juga perlu sesuai bagi

kandungan yang diajar. Transisi yang sama perlu dielakkan kerana kemungkinan

besar ia akan membosankan murid-murid.

Selain itu, apabila menjalankan temu bual, pengkaji perlu memilih tempat

yang senyap dan sunyi dan sesuai dengan tahap murid-murid. Dalam kajian ini,

penkaji telah menjalankan temu bual di perpustakaan sekolah. Hal ini boleh

menjejaskan data yang dikutip daripada responden kerana mereka tidak selesa

dengan keadaan perpustakaan yang panas dan sempit. Oleh itu, faktor-faktor ini perlu

dipertimbangkan agar responden selesa apabila menjawab soalan semasa sesi temu

bual.

Tambahan pula, kajian ini juga boleh dilaksanakan di sekolah aliran lain

seperti Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina). Hal ini demikian

kerana, hasil kajian di sekolah lain mungkin akan menunjukkan keberkesanan kaedah

ini dengan lebih jitu kerana suasana dan persekitaran yang berbeza. Selain itu,

bilangan murid perlu ditingkatkan kepada lebih daripada 30 orang untuk

mengelakkan perbezaan yang ketara dalam data yang diperoleh.

Secara kesimpulannya, langkah pelaksanaan kaedah gambar bersiri yang

dibuat penambahbaikan ini dapat diperkenalkan kepada murid-murid yang

menghadapi kesukaran untuk memahami struktur, jenis dan fungsi gigi.

70