majlis perbandaran klang · 2016-07-14 · di dalam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan...

13
MANUAL MPK BIL : 63 /2013 MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL: PENYEDIAAN MENDAPATKAN IZIN PENDAKWAAN (TRAFIK)

Upload: phungdien

Post on 29-Apr-2019

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · 2016-07-14 · di dalam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan teratur seterusnya menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. Adalah juga diharapkan agar

MANUAL MPK BIL : 63 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL:

PENYEDIAAN MENDAPATKAN IZIN

PENDAKWAAN (TRAFIK)

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · 2016-07-14 · di dalam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan teratur seterusnya menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. Adalah juga diharapkan agar

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 63 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Trafik) 2

KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA

SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4

1.0 TUJUAN MANUAL 5

2.0 LATAR BELAKANG 6

3.0 DEFINISI 7

4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT 7

5.0 SUMBER KUASA 8

6.0 SKOP KERJA

8

7.0 PROSES KERJA 9-10

8.0 CARTA ALIR 11

9.0 PENUTUP 12

10.0 LAMPIRAN 13

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · 2016-07-14 · di dalam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan teratur seterusnya menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. Adalah juga diharapkan agar

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 63 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Trafik) 3

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya

Terbilang diMalaysia menjelang 2015 maka menjadi

tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk

berusaha membuat penambahbaikan agar

penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,

berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya pengiktirafan

status Bandaraya tersebut.

Manual ini disediakan bertujuan untuk mempermudahkan lagi izin

pendakwaan supaya ianya lebih kukuh dan effisien di dalam tindakan

pendakwaan. Oleh itu, penyediaan manual ini akan membantu MPK

dalam usaha pembaikan dari segi kelemahan dan kecacatan di dalam

urusan tindakan pendakwaan supaya ia dapat dilaksanakan dengan

cekap dan sempurna.Ini adalah kerana tujuan sesuatu pendakwaan

dibuat adalah untuk mencari kebenaran dan keadilan bukan semata-

mata untuk mencapai kemenangan melalui sabitan sahaja.

Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto

yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita

berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam

semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya

status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar

bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya

memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat

memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat

umumnya.

“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian, terima kasih.

Mohd Ikhsan bin Mukri

Setiausaha Majlis Perbandaran Klang

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · 2016-07-14 · di dalam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan teratur seterusnya menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. Adalah juga diharapkan agar

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 63 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Trafik) 4

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Dengan lafaz Bismillahhirahmanrrahim….. Assalamualaikum

w.r.t. dan salam perpaduan saya ucapkan. Terlebih dahulu

saya ingin bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah dan

kurnianya penyediaan manual ini dapat direalisasikan dan

Jabatan Undang-Undang dapat menyiapkan manual kerja

bagi Jabatan Undang-Undang mengikut format dan bentuk

yang lebih tersusun dan sistematik.

Sebelum diteruskan dengan lebih lanjut lagi, ingin saya merakamkan jutaan

terima kasih kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Undang-

Undang yang telah bekerjasama memikul tanggungjawab di dalam

menyediakan manual ini.

Adalah diharapkan agar manual ini dapat membantu pegawai dan kakitangan

di dalam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan teratur seterusnya

menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. Adalah juga diharapkan agar

manual ini dapat memberi manfaat kepada kakitangan MPK seluruhnya. Akhir

sekali sebagai penutup bicara ingin saya kongsikan serangkap pantun:

“ Buah pelaga makan dihilir,

Di bawa orang dari hulu,

Sebarang kerja hendak digilir,

Supaya jangan mendapat malu”

Sekian, terima kasih.

Page 5: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · 2016-07-14 · di dalam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan teratur seterusnya menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. Adalah juga diharapkan agar

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 63 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Trafik) 5

1.0 TUJUAN MANUAL

1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik

Holistik [PATH] MPK 2013.

1.2 Tujuan manual ini sebagai rujukan dan panduan kepada warga

Majlis Perbandaran Klang dan warga Klang.

1.3 Menyediakan langkah-langkah tindakan agar urusan memulakan

tindakan pendakwaan teratur.

1.4 Menyelaras tindakan dengan lain-lain jabatan.

1.5 Memastikan setiap urusan memulakan tindakan pendakwaan

adalah teratur dan mengikut perundangan yang tepat.

1.6 Memastikan bahawa setiap kompaun yang dikeluarkan diteruskan

dengan urusan pendakwaan di mahkamah.

1.7 Meningkat mutu dan kualiti tindakan penguatkuasaan bagi setiap

peruntukan undang-undang yang digunapakai olehMajlis.

Page 6: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · 2016-07-14 · di dalam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan teratur seterusnya menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. Adalah juga diharapkan agar

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 63 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Trafik) 6

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Kegagalan menjelaskan kompaun bagi notis peringatan untuk

tempoh 14 hari akan menyebabkan tindakan pendakwaan

mahkamah diambil keatas pesalah lalulintas .Setiap kes perlu

mendapatkan izin pendakwaan terlebih dahulu. Proses kerja

utama penyediaan izin pendakwaan melibatkan penyediaan,

penyemakkan dan pendaftaran. Bagi permohonan tersebut perlu

merujuk kepada Timbalan Pendakwaraya. Setelah permohonan

selesai maka proses seterusnya akan dilaksanakan seperti

penyedian Kertas Pertuduhan dan Saman.

2.2 Sesuatu pendakwaan tidak boleh dibawa ke mahkamah kecuali

dengan izin Pendakwa Raya seperti yang ditetapkan dibawah

subseksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah. Oleh itu setiap kes

perlu mendapatkan Izin memulakan pendakwaan daripada

Timabalan Pendakwa Raya. Penyediaan izin pendakwaan

melibatkan penyediaan kertas siasatan, penyemakkan diari

siasatan dan pendaftaran kes ke mahkamah. Setelah Timbalan

Pendakwa Raya memberi keizinan pendakwaan tersebut maka

proses seterusnya akan dilaksanakan seperti penyediaan Kertas

Pertuduhan dan Saman kepada Orang Kena Kompaun (OKK)

untuk dibawa ke Mahkamah supaya mengaku bersalah terhadap

pertuduhan yang dibaca ke atasnya.

2.3 Susulan daripada keputusan Mahkamah Tinggi di Temerloh di

dalam tindakan pendakwaan oleh Majlis Perbandaran Temerloh

melawan Subramaniam a/l Gopal, Pejabat Timbalan Pendakwa

Raya Negeri Selangor telah mengeluarkan secara bertulis melalui

surat bertarikh 25 November 2009 mengarahkan semua

pendakwaan yang hendak dibawa ke Mahkamah mestilah terlebih

dahulu merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk

Page 7: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · 2016-07-14 · di dalam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan teratur seterusnya menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. Adalah juga diharapkan agar

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 63 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Trafik) 7

mendapatkan pemberian kuasa secara bertulis daripada Timbalan

Pendakwa Raya.

3.0 DEFINISI

3.1 PENYEDIAAN

Perbuatan atau hal menyediakan.

3.2 IZIN

Pernyataan membenarkan atau merelakan sesuatu.

3.3 PENDAKWAAN

Perbuatan mendakwa, pengemukaan (penyampaian) sesuatu

dakwaan (tuduhan).

4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT

CARTA ORGANISASI UNIT PENDAKWAAN TRAFIK

MUHAMMAD AZLAN BIN AB MALEK

Pegawai Undang-Undang (L41)(T)

MUHAMAD FAIZ BIN IBRAHIM

Pen. Peg. Undang-Undang (L29)(K)

IBNU AL-HAITHAM BIN ARASID

Pem. Tadbir (N17)(K)

ROZITA BINTI CHE ROS

Pem. Tadbir (N17)(T)

SITI ASLINDA BT OMAR

Pem. Tadbir (N17)(T)

MOHD RAZLAN B NORHAZIZI

Pem. Tadbir Pejabat (Bailif)(N17)(T)

MOHD FAZLI B. MASZUKI

Pem. Tadbir Pejabat (Bailif)(N17)(T)

S.V. VIJAYASINGHAM A/L VIJAYARATNAM

Pem. Tadbir Pejabat (Bailif)(N17)(T)

PATRICK A/L ALAPAN

Pem. Tadbir (N17)(T)

MUHAMAD FARID B MOHAMAD ZIN

Pem. Tadbir (N17)(T)

SITI NURHALIJAH BT. JALEL

Pem. Tadbir (N17)(T)

FANDI BIN ABDUL AZIZ

Pen. Peg. Undang-Undang (L29)(K)

Page 8: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · 2016-07-14 · di dalam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan teratur seterusnya menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. Adalah juga diharapkan agar

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 63 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Trafik) 8

5.0 SUMBER KUASA

5.1 Akta

5.1.1 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKTA 171)

5.1.2 Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (AKTA133)

5.2 Undang-Undang Kecil

5.2.1 Undang-Undang Kecil Taman (MPK) 2005

5.3 Perintah

5.3.1 Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Mengenai

Tempat Letak Kereta) (MPK) 2007

6.0 SKOP KERJA

6.1 Proses Penyediaan Izin Pendakwaan bermula selepas Penyediaan

Pengaduan Mahkamah dengan purata 40 kes seminggu.Ini

bergantung pada pemulangan semula Kertas Pengaduan daripada

Jabatan Penguatkuasa untuk ditandatangani oleh pengadu.

6.2 Sebanyak dua salinan izin pendakwaan dicetak dan dikepilkan

sekali bersama fail kes untuk semakan Pegawai Pendakwa

terlebih dahulu. Jika tiada sebarang kesalahan, izin pendakwaan

serta fail tersebut akan dihantar ke Timbalan Pendakwaraya untuk

proses mohon izin.

6.3 Kemudian rekod tarikh pemulangan Izin Pendakwaan pada kertas

minit di setiap fail yang disediakan. Setelah selesai, proses

selanjutnya adalah penyediaan kertas pertuduhan dan saman.

Page 9: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · 2016-07-14 · di dalam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan teratur seterusnya menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. Adalah juga diharapkan agar

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 63 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Trafik) 9

7.0 PROSES KERJA

Penyediaan Izin Pendakwaan Daripada Timbalan Pendakwaraya

7.1. Menerima arahan daripada Pegawai Pendakwa untuk menyediakan

Izin Pendakwaan bagi Kertas Sisatan yang telah lengkap.

7.2. Menyemak status bayaran Pengaduan Mahkamah. Sekiranya

berbayar asingkan dan failkan di dalam Pengaduan Mahkamah

Berbayar.

7.3. Sekiranya tiada bayaran, sediakan Izin Pendakwaan untuk fail.

Menyediakan Izin Pendakwaan mengikut peruntukan undang-

undang yang berkenaan dengan menyatakan:

7.3.1 Nama OKS

7.3.2 Alamat OKS

7.3.3 Kesalahan dan Peruntukan Undang-undang

7.3.4 Nombor dan jenis kenderaan

7.3.5 Tempat dan tarikh kesalahan

7.3.6 Tarikh Notis Peringatan dikeluarkan

7.4. Merujuk kepada Pegawai Pendakwa untuk semakan.

7.5. Jika izin tidak teratur, Pegawai Pendakwa akan mengarahkan untuk

membuat pembetulan seperti yang diminitkan. Jika izin yang teratur,

sediakan surat iringan untuk mendapatkan izin pendakwaan

Page 10: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · 2016-07-14 · di dalam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan teratur seterusnya menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. Adalah juga diharapkan agar

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 63 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Trafik) 10

daripada Timbalan Pendakwa Raya dan dapatkan tandatangan

Pegawai Pendakwa.

7.6. Serahkan surat iringan, Izin Pendakwaan dan Kertas Siasatan

kepada Bailif untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

7.7. Menerima semula Izin Pendakwaan daripada Timbalan Pendakwa

Raya, merekodkan tarikh penerimaan pada fail Permohonan Izin

Pendakwaan.

7.8. Menyerahkan Izin Pendakwaan dan Kertas Siasatan kepada

Pegawai Pendakwa untuk tindakan lanjut.

Page 11: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · 2016-07-14 · di dalam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan teratur seterusnya menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. Adalah juga diharapkan agar

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 63 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Trafik) 11

8.0 CARTA ALIR

CARTA ALIRAN KERJA

Penyediaan Izin Pendakwaan Daripada Timbalan Pendakwaraya(TPR)

Terima arahan.

Semak status bayaran PM.

Serahkan surat iringan, Izin

Pendakwaan dan Kertas Siasatan

kepada Bailif untuk dirujuk kepada

TPR

Terima semula Izin Pendakwaan dan Kertas

Siasatan daripada TPR, rekodkan tarikh

penerimaan Fail Permohonan Izin Pendakwaan.

Mula

Tamat

Rujuk kepada PP untuk semakan

Teratur?

Sediakan surat iringan untuk dapatkan

Izin Pendakwaan daripada TPR dan

dapatkan tandatangan pegawai.

Bayaran?

Sediakan Izin Pendakwaan ikut

peruntukan undang-undang.

Ya

Tidak

Asingkan dan failkan

dalam PM berbayar.

Tidak

Ya

Buat pembetulan

semula seperti minit

PP.

Serah Izin Pendakwaan dan Kertas Siasatan

kepada PP untuk tindakan selanjutnya.

Page 12: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · 2016-07-14 · di dalam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan teratur seterusnya menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. Adalah juga diharapkan agar

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 63 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Trafik) 12

9.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya segala penyediaan mendapatkan izin

pendakwaan telah berjaya dilaksanakan mengikut keperluan dan

sasaran serta ketetapan masa yang ditetapkan. Pembaharuan pada

prosedur kerja telah menyumbang kepada peningkatan kuantiti dan

kualiti dari segi perspektif produktiviti kerja yang teratur.Gabungan

teknologi bersepadu dengan proses kerja telah mencipta satu

persekitaran kerja harian yang akan menjadi faktor pencapaian

sasaran kerja yang memberangsangkan.

Page 13: MAJLIS PERBANDARAN KLANG · 2016-07-14 · di dalam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan teratur seterusnya menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. Adalah juga diharapkan agar

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 63 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Penyediaan Mendapatkan Izin Pendakwaan (Trafik) 13

10.0 LAMPIRAN