13_modul ppg pjm3115 interaksi 5

11
TAJUK 10 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN SINOPSIS Apakah yang anda faham tentang pelaporan penilaian? Di dalam bab ini, anda akan diterangkan berkaitan cara-cara penulisan laporan penilaian. Turut dibincangkan juga isu-isu berkaitan penilaian di dalam kelas pendidikan jasmani. Tajuk ini akan menerangkan dua langkah terakhir dalam pengukuran dan penilaian, iaitu pelaporan penilaian dan penyimpanan rekod penilaian. Selain itu, beberapa masalah/isu-isu berkaitan penilaian turut dibincangkan. HASIL PEMBELAJARAN Setelah selesai membaca tajuk ini, anda seharusnya dapat : 1. Menyatakan mereka yang patut menerima laporan penilaian; 2. Menjelaskan kepentingan laporan penilaian kepada penerimanya; 3. Memerihalkan bentuk laporan penilaian bersama contohnya; 4. Menjelaskan jenis pelaporan dalam Pendidikan Jasmani- PAJ 5. Membincangkan beberapa isu berkaitan pengukuran dan penilaian. 116

Upload: zul-alok

Post on 02-May-2017

221 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 13_Modul PPG PJM3115 Interaksi 5

TAJUK 10 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN

SINOPSIS

Apakah yang anda faham tentang pelaporan penilaian?

Di dalam bab ini, anda akan diterangkan berkaitan cara-cara penulisan laporan penilaian. Turut dibincangkan juga isu-isu berkaitan penilaian di dalam kelas pendidikan jasmani.

Tajuk ini akan menerangkan dua langkah terakhir dalam pengukuran dan penilaian, iaitu pelaporan penilaian dan penyimpanan rekod penilaian. Selain itu, beberapa masalah/isu-isu berkaitan penilaian turut dibincangkan.

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah selesai membaca tajuk ini, anda seharusnya dapat :

1. Menyatakan mereka yang patut menerima laporan penilaian;2. Menjelaskan kepentingan laporan penilaian kepada penerimanya;3. Memerihalkan bentuk laporan penilaian bersama contohnya;4. Menjelaskan jenis pelaporan dalam Pendidikan Jasmani-PAJ5. Membincangkan beberapa isu berkaitan pengukuran dan penilaian.

KERANGKA KONSEP Tajuk 10

116

Pelaporan dan isu-isu Penilaian

Isu-isu berkaitan Pengukuran dan

Penilaian

Penilaian Kendiri, Guru dan Piawai

Bentuk Laporan Penilaian dalam

Pendidikan Jasmani-PAJ

Penerima Laporan Penilaian

Page 2: 13_Modul PPG PJM3115 Interaksi 5

10.1 PELAPORAN PENILAIAN

Pelaporan ialah bagaimana merekod markah/skor ujian dan penilaian terhadap pelajar dilaporkan supaya ia bermakna kepada orang-orang yang berkepentingan. Penulisan laporan bergantung kepada tujuan penilaian dibuat dan kumpulan sasaran yang akan dibekalkan termasuklah guru kelas, guru sukan, pelajar, ibu bapa dan guru kaunselor, guru besar dan pegawai pendidikan daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri.

10.1.1 Tujuan Laporan

Ujian, pengukuran dan penilaian dalam Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Ini akan memberi tahap kecergasan para pelajar di sekolah kita. Bentuk ujian dalam pendidikan jasmani seperti soalan bercetak atau lisan, bateri ujian fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdot.

Tujuan penilaian selain daripada perkembangan fizikal ia juga untuk menentukan kemajuan akademik pelajar, pencapaian pelajar, masalah pengajaran guru, masalah pembelajaran pelajar, pengelompokan pelajar, bidang yang sesuai dengan pelajar, sahsiah pelajar, sikap pelajar, motivasi pelajar dan gaya pembelajaran pelajar. Justeru, mereka yang berkepentingan termasuklah guru kelas, guru sukan, pelajar, ibu bapa, guru kaunselor, guru besar dan pegawai pendidikan daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri.

10.1.2 Penerima Laporan

Seperti mana yang dijelaskan, orang-orang yang berkepentingan untuk menerima laporan penilaian bergantung kepada tujuan penilaian itu dibuat. Bahagian ini akan membincangkan siapakan yang sepatutnya menerima laporan penilaian dan bahagian seterusnya akan menjelaskan format-format laporan yang sesuai untuk tujuan

a) Guru kelas/sukanGuru kelas perlu mendapatkan maklumat pencapaian fizikal untuk direkod di dalam makulmat pelajar seperti Ujian SEGAK.

117

Sebagai guru bagaimana anda hendak menulis laporan ke atas pencapaian (kejayaan dan kegagalan) murid anda supaya mereka mendapat input daripada laporan tersebut?

Page 3: 13_Modul PPG PJM3115 Interaksi 5

b) PelajarPara pelajar perlu mengentahui maklumat tentang pencapaian diri mereka sendiri

c) Ibu bapa

d) Guru Kaunselor

e) Pegawai Pendidikan Daerah

f) Jabatan Pendidkan Negeri

10.1.3 Bentuk Laporan Penilaian

a) Gred Peratus

b) Gred Abjad (A, B, C, D, E, F)

c) Gred Lulus-Gagal

d) Pentaksiran Aktiviti Jasmani (PAJ)

e) Senarai semak

f) Penjelasan Bertulis

g) Perjumpaan Ibu bapa

Pentaksiran Aktiviti Jasmani (PAJ)

Aktiviti Jasmani adalah aktiviti melibatkan pergerakan tubuh badan dan berkaitan dengan perkembangan fizikal para pelajar. Pentaksiran Aktiviti Jasmani (PAJ) merupakan proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan pelajar. Melalui aktiviti PAJ, maklumat tentang kecergasan dan BMI pelajar dapat dikumpulkan. Setakat ini PAJ dijalankan di tahap 1 di sekolah rendah. PAJ mula dilaksanakan mulai tahun 2011 bagi murid tahun satu dan tahun 2012 bagi murid tingkatan satu.

PAJ ditaksir secara formatif, iaitu pentaksiran dilakukan sepanjang proses pembelajaran, melalui pemerhatian oleh guru dan rakan sebaya. Kemahiran dan kebolehan murid dalam pergerakan dan perlakuan akan ditaksir melalui PAJ.

Aktiviti Jasmani diukur berdasarkan Standar Prestasi Jasmani iaitu : Panduan Pentaksiran Aktiviti Pendidikan Jasmani; Format Pelaporan Body Mass Index (BMI); Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan Standard Kriteria Penjagaan Kesihatan

118

Page 4: 13_Modul PPG PJM3115 Interaksi 5

Asas Pertimbangan Pembentukan Pentaksiran Aktiviti Jasmani( PAJ)

a) Boleh diujib) Menggalakkan penyertaan murid c) Julat penskoran yang lebih luwes d) Selaras dengan elemen yang dicadangkan Bahagian Sukan dan

Bahagian Kokurikulum e) Mudah untuk direkod f) Mudah difahami g) Mudah ditaksir h) Elemen dalam Sukan dan Kokurikulum

Pelaporan Kemajuan Pelajar Dalam Pendidikan Jasmani

a) Sebagai ibu bapa/penjaga mereka seharusnya diberitahu perkembangan pencapaian anak mereka di sekolah

b) Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran terkini dilaksanakan di sekolah

c) PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan di dalam pengajaran dan pembelajaran.

d) PBS ini berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), bagi mata pelajaran PJ, pencapaian pelajar ditentukan berdasarkan band (1-6) yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan

e) Bagi mengisi Borang Penskoran Aktiviti Jasmani (BPAJ), guru yang mengajar Aktiviti Jasmani yang akan mengisinya setelah menilai kebolehan pelajar.

f) Melaporkan berdasarkan borang-borang yang ditetapkan bagi murid Tahap 1

g) Mendokumentasi dalam Portfolio murid sebagai eviden.

10.1.5 Contoh Borang Pelaporan Rekod SEGAK dan BMI

119

Page 5: 13_Modul PPG PJM3115 Interaksi 5

Pen. SetiausahaPen. BendahariAJKAhli

LAMPIRAN A

BORANG REKOD SEGAK DAN BMI (BORANG HENDAKLAH DIISI OLEH GURU MATA PELAJARAN

PENDIDIKAN JASMANI)

NAMA MURID KELAS

PERKARA PENGGAL 1 PENGGAL 2

BODY MASS INDEX(BMI)

Tarikh: Tarikh:

SEGAK

UJIAN NAIK TURUN BANGKU

Tarikh:

UJIAN NAIK TURUN BANGKU

Tarikh:

UJIAN TEKAN TUBI

Tarikh:

UJIAN TEKAN TUBI

Tarikh:

UJIAN RINGKUK TUBI SEPARA

Tarikh:

UJIAN RINGKUK TUBI SEPARA

Tarikh:

UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR

Tarikh:

UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR

Tarikh: Tandatangan pelajar Pengesahan Guru Mata Pelajaran PJ

120

BERAT BADAN (kg)

TINGGI (cm)

BERAT BADAN (kg)

TINGGI (cm)

Page 6: 13_Modul PPG PJM3115 Interaksi 5

............................................................... ........................................................... (Nama Pelajar) (Cop & Nama Guru)

Catatan: *Murid berkeperluan khas dikecualikan *sila tanda jika berkenaan

Peraturan mengisi borang rekod SEGAK dan BMI

• Setiap butiran tentang penskoran murid bagi aktiviti SEGAK dan BMI hendaklah diisi oleh Guru Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani mengikut kelas yang diajar menggunakan BORANG REKOD SEGAK DAN BMI (LAMPIRAN A)

• Setelah borang rekod diisi dengan lengkap hendaklah ditandatangani oleh murid dan disahkan oleh Guru Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani mengikut kelas yang diajar untuk key-in oleh guru kelas dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk tujuan penskoran, perekodan dan pelaporan

• Hanya guru kelas yang akan mencetak pelaporan pelajar daripada aplikasi untuk diserahkan kepada guru mata pelajaran Pendidikan Kesihatan untuk tindakan susulan dan juga penjaga (jika perlu)

10.2 Penilaian Kendiri, Guru dan Piawai

a) Penilaian KendiriPenilaian ini dibuat bagi mengesan perkembangan kognitif murid berdasarkan tugasan yang diberikan kepada murid. Melalui penilaian kendiri ini diharapkan murid dapat melihat kemajuan mereka dalam tempoh tertentu.

b) Penilaian GuruDalam mengukur seseorang murid guru boleh menggunakan pelbagai cara seperti Ujian bertulis, soalan lisan ataupun pemerhatian. Dengan mengukur murid, guru dapat maklumat tentang kefahaman murid.

c) Penilaian PiawaiIaitu pengukuran dan penilaian yang dijalankan secara standard. Kebanyakan peperiksaan umum di Malaysia dalam bentuk pengukuran penilaian.

10.3 ISU-ISU BERKAITAN PENGUKURAN DAN PENILAIAN

10.3.1 Isu-isu yang berkaitan dengan kesahan ujian Dalam dunia pendidikan hari, kesahan ujian yang dibuat sama ada di peringkat sekolah, negeri akan menjadi isu yang sangat besar jika

121

Page 7: 13_Modul PPG PJM3115 Interaksi 5

sesuatu peperiksaan tidak terdapat kesahan sama ada kesahan isi, kesahan telahan, kesahan semasa, dan kesahan gagasan dengan baik.

10.3.2 Pengukuran dan Penilaian Melalui komputerDalam pendekatan pengajaran kini, ramai guru menggunakan komputer sebagai medium pengajaran yang berkesan. Penggunaan kemudahan komputer dalam menguji murid sangat penting.

10.3.3 Pengukuran dan Penilaian bagi Pelajar KhasDi kelas Pendidikan khas, seseorang guru harus perihatin dengan murid tersebut. Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berkesan, guru perlu menilai pelajar itu.

RUMUSAN

Laporan ialah hasil penilaian yang dapat dirujuk pada bila-bila masa, apabila diperlukan. Guru seharusnya memberi perhatian dalam penyediaan laporaan agar ia dapat dimanafaatkan.

TUGASAN TERARAH

Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan

mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia

yang berkaitan kesan pelaksanaan aspek pelaporan Pendidikan Jasmani dari

aspek fizikal, mental, sosial dan emosi terhadap pelajar pendidikan khas.

LAMAN WEB

http://en.wikipedia.org/wiki/Physical_fitness

http://www.cyberparent.com/fitness/five.htm

http://www.cdc.gov/nccdphp/dnpa/physical/everyone/glossary/index.htm

http://www.brianmac.co.uk/conditon.htm

122

Page 8: 13_Modul PPG PJM3115 Interaksi 5

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

123