129426140-peranan-guru.docx

4
Pengenalan Guru Pendidikan Moral mempunyai tanggungjawab yang penting. Selain daripada perlu menyampaikan pelajarannya dengan berkesan beliau perlu menjadi contoh kepada pelajarnya. Guru Pendidikan Moral bukan sahaja mengajarkan nilai- nilai moral kepada murid-murid tetapi harus menghayati serta mengamalkannya. Mereka ialah ‘Role Model’ yang merupakan kayu ukur kepada perkembangan moral pada pandangan pelbagai pihak, khususnya pelajar-pelajar di sekolah tersebut. 1.1 Peranan Guru Pendidikan Moral Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa kanak-kanak yang datang ke sekolah telah mempelajari pendidikan moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat. Ini bermakna kanak-kanak telah mempunyai sikap, kepercayaan dan tabiat tentang moral yang dipelajari mereka daripada pelbagai sumber sebelum mereka ke sekolah. Kerencaman latar belakang ini mewujudkan pelbagai persoalan moral dari segi pengetahuan amalan dan prinsip hidup kanak-kanak yang masih boleh dilentur. Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri merupakan sumber

Upload: suziliana-sulaiman

Post on 06-Feb-2016

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 129426140-Peranan-Guru.docx

Pengenalan

Guru Pendidikan Moral mempunyai tanggungjawab yang penting. Selain daripada perlu

menyampaikan pelajarannya dengan berkesan beliau perlu menjadi contoh kepada

pelajarnya. Guru Pendidikan Moral bukan sahaja mengajarkan nilai-nilai moral kepada

murid-murid tetapi harus menghayati serta mengamalkannya. Mereka ialah ‘Role Model’

yang merupakan kayu ukur kepada perkembangan moral pada pandangan pelbagai

pihak, khususnya pelajar-pelajar di sekolah tersebut.

1.1 Peranan Guru Pendidikan Moral

Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa kanak-kanak yang datang ke sekolah telah

mempelajari pendidikan moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat. Ini

bermakna kanak-kanak telah mempunyai sikap, kepercayaan dan tabiat tentang moral

yang dipelajari mereka daripada pelbagai sumber sebelum mereka ke sekolah.

Kerencaman latar belakang ini mewujudkan pelbagai persoalan moral dari segi

pengetahuan amalan dan prinsip hidup kanak-kanak yang masih boleh dilentur.

Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri merupakan sumber

pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu

ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara

tidak langsung kepada pembelajaran moral kanak-kanak di sekolah. Kanak-kanak yang

belajar di sekolah ternama dan tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih

beruntung dan lebih mudah proses pemupukan nilai dilakukan berbanding dengan

sekolah yang sebaliknya.

Guru Pendidikan Moral mesti menerima hakikat bahawa nilai-nilai moral sudah tertanam dalam diri murid-murid. Guru haruslah bersedia untuk mengajar Pendidikan Moral dengan mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral yang sedia ada. Guru dikehendaki memperkembangkan pengetahuan moral murid-murid ini dan

Page 2: 129426140-Peranan-Guru.docx

membimbing mereka semasa pengajaran Pendidikan Moral dilaksanakan. Pendidikan Moral di

sekolah digunakan untuk memperkembangkan pengetahuan moral kanak-kanak ke

arah mencapai matlamat kurikulum untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi.

Selain itu, guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektifobjektif

seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral di kalangan anak

didiknya. Di bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan

sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaran

yang lain. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, KBSR dan KBSM digubal

berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-unsur ini yang membolehkan potensi

individu berkembang secara menyeluruh dan seimbang. Justeru itu, untuk mencapai

Matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah akan diberi peluang

menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan mereka melalui

mata pelajaran Pendidikan Moral secara langsung, dan melalui mata pelajaran-mata

pelajaran lain secara tidak langsung. Objektif-objektif khusus Pendidikan Moral di bawah

rancangan KBSM adalah untuk membolehkan pelajar:-

· Mengukuhkan amalan, tingkah laku dan sikap moral yang telah diperoleh di

bawah rancangan KBSR,

· Menyedari, memahami dan menghayati nilai-nilai murni yang terkandung dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan;

· Dapat membuat pertimbangan yang rasional dan bertindak berasaskan prinsipprinsip

moral;

· Boleh memberi sebab yang munasabah berdasarkan prinsip-prinsip moral

semasa membuat sesuatu keputusan; dan

Page 3: 129426140-Peranan-Guru.docx

· Mengamalkan nilai-nilai murni sebagai panduan dalam kehidupan.

Sehubungan itu, tugas menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar kita

adalah tanggungjawab guru Pendidikan Moral. Dengan menjalankan tugas penuh

dedikasi sebagai seorang pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan

kebangsaan dapat dicapai, iaitu menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab

dan mempunyai akhlak yang bermoral tinggi serta mulia.