peranan akidah-usuluddin

55
PERBENTANGAN USULUDDIN oleh : Nuryatt

Upload: qaseh-nur-husna

Post on 23-Jun-2015

238 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

sharing is caring

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Akidah-Usuluddin

PERBENTANGAN USULUDDIN

oleh : Nuryatt

Page 2: Peranan Akidah-Usuluddin

peranan akidah dalam

kehidupan individu.

Page 3: Peranan Akidah-Usuluddin

1.Mengukuhkan keimanan terhadap Allah…

Akidah yang tersemat kukuh dalam hati seseorang individu dapat megukuhkan keimanan terhadap Allah.Melalui keyakinan terhadap Allah iman seseorang itu akan sentiasa hidup subur dalam hatinya kerana dia sentiasa menyakini bahawa setiap perlakuannya dalam pemerhatian Allah.

Page 4: Peranan Akidah-Usuluddin

Maka hidupnya akan sentiasa terarah kepada kebaikan dan dalam masa yang sama sedaya upaya akan menghindarkan diri dari sebarang perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Allah.

Maka jelaslah akidah merupakan pemacu kepada seseorang individu untuk sentiasa berusaha memperbaiki tahap keimanannya kepada Allah melalui amal soleh yang dilakukan.

Page 5: Peranan Akidah-Usuluddin

Allah telah memberi gambaran yang jelas tentang individu mukmin yang kukuh imannya kepada allah melalui firman-Nya dlm surah al-anfal ayat 2 – 4:

وجلت الله ذكر إذا الذين المؤمنون إنماايمنا زاداهم ءايته عليهم تليت وإذا قلوبهم

يتوكلون ربهم وعلى Dalam ayat ini dinyatakan bahawa

keimaanan individu boleh bertambah apabila jiwa sentiasa berinteraksi dengan al-Quran.

Page 6: Peranan Akidah-Usuluddin

2.Menjamin kebahagiaan individu dunia dan akhirat

Akidah juga dapat menjamin kebahagian hidup seseorang individu samada di dunia mahupun akhirat. Kebahagian adalah satu aspek penting dalam kehidupan manusia.

Tanpa rasa bahagia kehidupan manusia akan celaru. Jiwa yang kontang dari rasa bahagia akan menjadi murung,gelisah dan tidak tenteram.

Page 7: Peranan Akidah-Usuluddin

Akibatnya sesorang individu itu akan sampai kepada tahap hilang kawalan diri. Ketika itu dia akan melakukan perkara-perkara diluas batasan akal yang waras seperti membunuh diri dan sebagainya.

Kebahagiaan hakiki hanya akan diperolehi melalui akidah yang murni berteraskan keimanan kepada Allah.

Page 8: Peranan Akidah-Usuluddin

3.Mewujudkan perasaan redha.

Redha bermaksud menerima dengan hati yang lapang dan terbuka tanpa ada rasa tidak puas hati terhadap apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan kita.

Perasaan redha bukan mudah untuk disemai dalam hati melainkan jika kita memiliki akidah yang kukuh kepada allah.

Page 9: Peranan Akidah-Usuluddin

Perasaan redha akan lahir apabila kita menyakini bahawa setiap yang terjadi dalam hidup kita adalah ketetapan Allah dan di sebalik kejadiaan itu ada hikmatnya yang tersendiri.

Page 10: Peranan Akidah-Usuluddin

4.Melahirkan ketenangan jiwa

Akidah mampu menundukkan seluruh pemikiran manusia dengan ketundukan yang memuaskan akal,menepati fitrah insaniah kerana itu dapat menenteramkan hati manusia.

Akidah Islam mengakui bahwa manusia memiliki Pencipta Yang Maha Bijaksana lagi Kuasa yang tidak dapat dicapai dengan indra dan tidak bisa disamakan dengan manusia.

Page 11: Peranan Akidah-Usuluddin

Taktala mereka menjalani kehidupan yang penuh dengan permasalahan, mereka mesti mempunyai kesedaran bahawa untuk memperolehi keredhaan Allah,mereka tidak ada pilihan kecuali dengan menyelesaikannya dengan hukum yang menepati perintah² dan larangan Allah yang termaktub dalam Al-Quran & As-Sunnah.

Dengan ini, mereka akan terdorong untuk mempelajari hukum-hukum tesebut dan mengamalkannya dalam dalam kehidupan mereka.

Page 12: Peranan Akidah-Usuluddin

Peranan akidah dalam

kehidupan masyarakat.

Page 13: Peranan Akidah-Usuluddin

1.Melahirkan masyarakat berakhlak

Aqidah yang salimah dan sohihah memainkan peranan penting dalam pembentukan masyarakat Islam hari ini.Tanpa aqidah yang suci, masyarakat Islam tidak akanwujud.

Aqidah juga menjadi benteng seseorang mukmin agar tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir yang boleh mencermarkan kesucian aqidah dalam masyarakat hari ini.

Page 14: Peranan Akidah-Usuluddin

Akidah ini juga mewujudkan naluri ideal (dalam diri manusia) yang Islam menganjurkan agar naluri tersebut selalu dikembangkan demi terwujudnya manusia sempurna di bidang pemikiran, sosial dan perilaku akhlak masing-masing.

Page 15: Peranan Akidah-Usuluddin

2.Mewujudkan masyarakat yang prihatin

Untuk mewujudkan sebuah masyarakat Islam, yang harmoni, perihatin dan bebas daripada unsur-unsur jahiliah maka kita perlu memahami dan mengkaji aqidah tauhid yang sebenarnya.

Page 16: Peranan Akidah-Usuluddin

3.Membentuk masyarakat yang seimbang

Agama Islam adalah agama yang didasari oleh iman atau akidah yang diperolehi melalui jalan akal yang muncul dipemikiran manusia melalui wahyu dari al Khalid. Oleh itu akidah Islam merupakan sebuah akidah akaliah yang merupakan pemikiran dasar yang menyeluruh terhadap alam, manusia, dan hidup.

Page 17: Peranan Akidah-Usuluddin

4.Mengukuhkan kesatuan dan Perpaduan

Akidah juga memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kesatuan dan perpaduan masyarakat. Islam meletakkan asas perpaduan ialah berdasarkan kesatuan akidah bukannya di atas dasar bangsa dan keturunan sebagaimana yang berlaku di zaman jahiliah arab.

Page 18: Peranan Akidah-Usuluddin

Memandangkan pentingnya perpaduan yang bermula daripada perasaan persaudaraan antara sesama individu mesyarakat maka langkah pertama yang dilakukan oleh rasulullah ialah mempersaudarakan kaum muhajirin dan ansar.

Kesan daripada tindakan rasulullah ini dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu dibawah satu kalimah tauhid.

Page 19: Peranan Akidah-Usuluddin

Kejayaan rasulullah membentuk perpaduan masyarakat atas dasar akidah adalah bukti jelas bahawa akidah yang mantap dalam diri setiap individu masyarakat merupakan pemangkin kepada terbinanya perpaduan yang kukuh dalam masyarakat.

Page 20: Peranan Akidah-Usuluddin

Terdapat banyak gesaan samada dalam quran mahupun hadis berkaitan perpaduan antaranya:

Dalam surah al-Hujurat: أخويكم بين فأصلحوا إخوة المؤمنون إنما

Rasulullah bersabda:بعضا بعضه يشد كالبنيان للمسلم المسلم

يحب ما ألخيه يحب حتى احدكم اليؤمن.لنفسه

Page 21: Peranan Akidah-Usuluddin

5.Menjadi umat contoh Bagi menjadi umat contoh kepada

kepribadian berakidah yang berjalan mestilah sesuai dengan akal yang terarah, perilaku yang lurus dan siap mengemban missi, tidak seperti kepribadian yang mengalami kevakuman akidah, yang seluruh perhatiannya tercurahkan kepada egoisme dan kemaslahatan dirinya.

Page 22: Peranan Akidah-Usuluddin

Kesimpulannya, selagi Akidah Islam tidak diberikan peranan yang sewajarnya dalam kehidupan muslimin, selagi itulah ia tidak akan membawa sebarang penggaruh yang signifikan dalam kehidupan individu dan masyarakat kaum muslimin. Jauh sekali untuk berpenggaruh secara domestik mahupun antarabangsa!

Page 23: Peranan Akidah-Usuluddin

Faedah keimanan

Page 24: Peranan Akidah-Usuluddin

1. terhindar daripada ajaran-ajaran sesat yang akan merosakan akidah seseorang terhadap Allah swt.

2. dapat meneguhkan keimanan dan keyakinan kita kepada sifat-sifat kesempurnaanNya.

3. sebagai seorang muslim yang mulia,kita dapat memantapkan akidah kita dan orang lain supaya tidak terikut dan terpengaruh dengan amalan-amalan yang boleh merosakan akidah seperti menyembah berhala,menyembah syaitan dan memuja semangat atau roh orang yang sudah mati.

Page 25: Peranan Akidah-Usuluddin

4) Dapat mengeluarkan hujah-hujah yang boleh mematahkan hujah daripada pihak lawan yang cuba memesongkan akidah seseorang.

5) Antara perkara yang akan dialami oleh manusia di akhirat ialah hisab dan timbangan amalan.

6) Kesannya dalam kehidupan seharian ialah kita akan sentiasa mengingati mati dan akhirat.Oleh sebab itu,kita akan terpaksa berfikir 100 kali,1000 kali sebelum berbuat dosa dan akhirnya kita akan membatalkan niat kita tersebut.

Page 26: Peranan Akidah-Usuluddin

Hubungan akidah dengan

akhlak

Page 27: Peranan Akidah-Usuluddin

1. Akidah yang kukuh kepada Allah sudah pasti akan menerbitkan akhlak yang baik dan mulia.

2. Hal ini kerana, akhlak islam adalah pancaran daripada kekuatan akidahnya.

3. Akidah berperanan sebagai jentera penggerak supaya manusia melakukan apa yang disukai dan diredhai Allah.

Page 28: Peranan Akidah-Usuluddin

4. Orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat akan dikesani dengan sifat-sifat Allah yang termahal dan tertinggi yang akan mengesani pula pelbagai perlakuan dan kegiatan hidup yang baik.

5. Iman adalah ibarat bumi yang menjadi tempat semaian benih akhlak.

6. Iman itu sendiri sudah mengandungi segala benih akhlak yang baik.

Page 29: Peranan Akidah-Usuluddin

7. Seseorang yang benar-benar beriman dengan sendirinya telah membawa segala benih akhlak yang mulia.

8. Apabila keimanan menjadi sempurna dan membuahkan hasil, ia akan lahir dalam bentuk keluhuran akhlak.

9. Elemen-elemen ini merupakan asas² islam yang sewajibnya kita hayati agar dapat menjadi muslim dan mukmin yang seimbang.

Page 30: Peranan Akidah-Usuluddin

10.Tanpa salah satu daripadanya, akan pincanglah kehidupan seseorang itu dan akan mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang dapat merosakkan akidah.

Page 31: Peranan Akidah-Usuluddin

KONSEP AKHLAK TERPUJI

(MAHMUDAH)

Page 32: Peranan Akidah-Usuluddin

PENGERTIAN AKHLAK TERPUJI Akhlak mahmudah ialah perbuatan

terpuji menurut pandangan akal dan syariat islam. Akhlak mahmudah ini ialah sifat

rasulullah s.a.w dan amalan utama penganut islam sejati.

Iman Ghazali telah menetapkan 4 prinsip utama akhlak yang

menunjangi akhlak manusia bagi melahirkan akhlak terpuji iaitu:

Page 33: Peranan Akidah-Usuluddin

Hikmah (kebijaksanaan)

Iaitu satu keadaan akal yang membolehkan secara semulajadi membezakan di antara baik dan buruk dalam semua perbuatan

ikhtiariyah (perbuatan yang lahir dgn pilihan manusia sendiri).

Daripada sifat ini akan melahirkan sifat baik hati, cerdik, bersangka baik dan

pertimbangan baik.

Page 34: Peranan Akidah-Usuluddin

Adil

Ia adalah kekuatan jiwa yang dapat meletakkan perasaan

marah dan nafsunya mengikut kesesuaian keadaan

berlandaskan pertimbangan akal dan syariat.

Page 35: Peranan Akidah-Usuluddin

Syajaah

Ia adalah keupayaan diri yang akal dapat mengawal perasaan marah atau mengikut apa yang dituntut oleh akal dan syarak.

Pemarah, berani, bermujahadah dengan nafsu, menanggung

penderitaan, lemah lembut dan tetap pendirian

Page 36: Peranan Akidah-Usuluddin

Iffah

Ia adalah keupayaan diri yang dapat mendidik keinginan nafsu

syahwat agar tunduk kepada kemahuan akal dan syariat.

Pemurah, malu,sabar, pemaaf, tolong-menolong,peramah dan kurang mengharapkan orang

lain.

Page 37: Peranan Akidah-Usuluddin

Apabila keempat-empat sifat ini wujud dalam diri manusia, barulah akan

melahirkan sifat-sifat mahmudah yang lain. Jika sifat ini terhakis atau

berlebihan dalam diri manusia akan melahirkan sifat yang keji pula. Sabda

rasulullah s.a.w yang bermaksud “sebaik-baik perkara adalah

bersederhana.” Imam al Ghazali berpendapat bahawa

akhlak yang baik dapat dicapai melalui proses mujahadah dan riadah dengan melawan hawa nafsu dan cuba mempertingkatkan akhlak diri sendiri.

Page 38: Peranan Akidah-Usuluddin

Konsep akhlak tercela

(mazmumah)

Page 39: Peranan Akidah-Usuluddin

Akhlak tercela atau akhlak buruk dalam bahasa arab dikenali sebagai sifat-sifat mazmumah, merupakan sifat-

sifat yang bercanggah dengan ajaran al-quran dan as-sunnah.

Sebarang sifat dan akhlak yang tergolong dalam kategori akhlak yang buruk amat dibenci dan dikeji dalam pandangan islam. Antara akhlak atau sifat mazmumah ialah memyekutukan Allah, bohong, takbur, dengki,khianat

dan sebagainya.

Page 40: Peranan Akidah-Usuluddin

Akhlak mazmumah ialah perbuatan tercela menurut pandangan akal

dan syariat islam. Akhlak mazmumah ini bukan sifat

rasulullah s.a.w dan amalan utama penganut islam

sejati,sebagaimana sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud,

“tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang dalam hatinya

terdapat kesombongan yang sebesar zarah.” (riwayat muslim)

Page 41: Peranan Akidah-Usuluddin

Dengki Perasaan iri hati atau rasa benci

seseorang. Biasanya perasaan ini timbul pada seseorang

manusia bila mana dia melihat orang lain mendapat nikmat atau mempunyai kelebihan daripadanya kemudian dia

mengharap semoga nikmat dan kelebihan yang ada pada orang

lain itu hilang dan berpindah pada dirinya.

Page 42: Peranan Akidah-Usuluddin

Fitnah

Menyampaikan cakap seseorang kepada orang lain dengan

menambah disana- sini supaya orang yang mendengar menjadi

benci dah naik radang.

Page 43: Peranan Akidah-Usuluddin

Mengumpat

Memperkatakan seseorang dibelakangnya. Biasanya yang diperkatakan ini adalah sekitar

kelakuan, keadaan badan, perangai dan sebagainya.

Page 44: Peranan Akidah-Usuluddin

Bertengkar

Berbantah. Secara takrif yang agak lebih tepat bertengkar

dapat diertikan dengan bertukar fikiran untuk mencari

kemenangan tanpa hakim. Dengan demikian setiap

perbincangan yang hanya bertujuan untuk mencari

kemenangan,kemegahan adalah tidak baik. Bertengkar yang

dibolehkan adalah untuk mencari kebenaran.

Page 45: Peranan Akidah-Usuluddin

Konsep adab dalam islam

Page 46: Peranan Akidah-Usuluddin

Islam merupakan agama yang amat menitiberatkan soal adab dalam kehidupan bagi menjamin keselamatan dan kebahagian didunia dan diakhirat.

Setiap adab mempunyai sebab dan penjelasan,mengapa ia perlu dilakukan oleh setiap individu yang bergelar muslim.

Melaksanakannya bukanlah satu kewajipan, namun ia dapat memberi natijah dan manfaat yang besar sehingga memberikan kesan terhadap masyarakat sekeliling.

Page 47: Peranan Akidah-Usuluddin

Rasulullah bersabda :”sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak(manusia)”.

Ini bermaksud baginda sendiri memulakan dakwah islamdengan melalui jalan-jalan adab.

Beliau tidak terus memulakannya dengan dakwah secara terangan mahupun dgn hukum² syarie, namun baginda menujukkan akhlak yang mulia bermula sejak kecil lagi.

Page 48: Peranan Akidah-Usuluddin

ADAB ANAK DENGAN IBU BAPA

• Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan/ajaran ibubapa.

• Bercakap dgn lemah lembut dan suara yg rendah ketika bertutur dgn ibu bapa.

• Sentiasa hormat dan kasih kepada mereka.

• Sentiasa mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka.

Page 49: Peranan Akidah-Usuluddin

• Jangan sesekali menderhaka kpda mereka.

• Hendaklah memanggil mereka dgn panggilan yang disenangi mereka.

• Gembirakan hati ibu bapa dengan menolong kerja rumah.

• Ucap salam dan pohon kemaafan kpd ibu bapa ketika bertemu dan berpisah.

• Muliakan sahabat-sahabat mereka.

Page 50: Peranan Akidah-Usuluddin

Adab pelajar dengan guru

Beri hormat dan salam kepada guru.

Berdiri apabila bercakap dengannya/ ketika sudah selesai mengajar.

Minta izin sebelum bercakap dan jangan bercakap terlalu banyak.

Jangan memperkecilkan kebolehan guru.

Page 51: Peranan Akidah-Usuluddin

Jangan menyindir/ketawakan guru ketika mengajar.

Jauhilah daripada menduga guru dengan perkara-perkara yang mengguris perasaannya.

Duduk dengan sopan ketika guru mengajar.

Page 52: Peranan Akidah-Usuluddin

Adab dengan rakan-rakan

Menghulurkan bantuan kepada mereka apabila mereka amat memerlukannya.

Bersikap jujur dalam persahabatan. Jangan memburuk-burukkan seseorang

kawan dihadapan kawan yang lain. Jangan membuka aib kawan. Jangan cemburu dengan kejayaan

kawan. Saling menasihati untuk melakukan

kebaikan dan menjauhi kejahatan.

Page 53: Peranan Akidah-Usuluddin

RUJUKAN Al-Math, Muhammad, Faiz. 1100 Hadits Terpilih; Sinar Ajaran Baru Muhammad. Jakarta: Gema Insani Press, 1991. Audah, Ali. Konkordansi al-Qur’an; Panduan Kata dalam Mencari

Ayat alQur’an. Bandung: Mizan, 1997. Al-Bukhari, Muhammad Ismail. Shahih al-Bukhari. T.Tp: Dar wa

Mathabi’ alSyab, T.Th. Departemen Agama RI. Al-Qur’an dan Terjemahnya. Jakarta: 1994. Ghazali, Muhammad. Akhlak Seorang Muslim, (terj. & edit.). Moh.

Rifai dari judul asli Khuluq al-Muslim. Semarang: Wicaksana, 1993. Kurdi, M. Amin. Tanwir al-Qulub Fi Mualati Alam al-Ghuyub. Beirut:

Dar al Fikr, tt. Majah, Ibnu. Sunan Ibnu Majah. Beirut: Dar al Fikr, t.t. Muslim, Ibn Hajjaj. Shahih Muslim. Kairo: al-Halabi wa Auladuh,

T.Th. Tibi, Bassam. The Challenge of Fundamentalism; Political Islam and

the New World Disorder. California: University of California Press, 1998

Page 54: Peranan Akidah-Usuluddin

aftar Pustaka At-Tamhid fi Diraasatil Aqidah Al-Islamiyah, Prof. Dr. Sayyid

Ahmad Musayyar. Fatawa fil Aqidah Al-Islamiyah, Prof. Dr. Sayyid Ahmad

Musayyar Al-Azhar Fi Alfi ‘Aam, Dr. Muhammad Abdul Mun’im Khofaji. Islam dan Pembaharuan, Enslikopedi masalah-masalah, John J.

Donohue dan Jhon L. Esposito. Diktat Tauhid Universitas Al-Azhar S1 tahun 1-4, fakultas

Ushuludin Jurusan Tafsir Sejarah Tuhan, Karen Amstrong. Tulisan Esay berjudul an Indonesian Community in Cairo,

Michael Laffan. www.organisasi.org www.pusatbahasa.kemdiknas.go.id 10.  www.kompas.com 11.  www.rakyatmerdekaonline.com

Page 55: Peranan Akidah-Usuluddin

Sekian☺