105275954 pernyataan-profesional

17
INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012) PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012 (SEBELUM INTERNSHIP) Internship merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki untuk merancang, melaksana dan menilai projek atau aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Sepanjang tempoh Internship, pelajar akan didedahkan dengan sifat kepemimpinan dan pengurusan pelbagai aktiviti di sekolah dengan bimbingan daripada seorang mentor. Sebelum menjalani Internship di sekolah selama satu bulan, satu taklimat oleh unit praktikum telah diadakan pada 18 Jun 2012 bersamaan hari Isnin di Dewan Seri Melati. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Unit Praktikum, Encik Taufik bin Ahmed Sepanjang taklimat, saya telah didedahkan dengan apa itu internship dan projek yang boleh dijalankan di sekolah. Pelbagai input yang berguna telah diperoleh sepanjang hari taklimat dijalankan untuk memastikan para pelajar dapat menjalankan Internship dengan lancar. Berdasarkan taklimat yang telah diberikan oleh Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, terdapat banyak

Upload: maryani-hashim

Post on 13-Aug-2015

78 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 105275954 pernyataan-profesional

INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012)

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012

(SEBELUM INTERNSHIP)

Internship merupakan satu program latihan di lapangan yang

bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman

sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Pelajar

dikehendaki untuk merancang, melaksana dan menilai projek atau aktiviti

yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar

bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya

sekolah. Sepanjang tempoh Internship, pelajar akan didedahkan dengan sifat

kepemimpinan dan pengurusan pelbagai aktiviti di sekolah dengan

bimbingan daripada seorang mentor.

Sebelum menjalani Internship di sekolah selama satu bulan, satu

taklimat oleh unit praktikum telah diadakan pada 18 Jun 2012 bersamaan

hari Isnin di Dewan Seri Melati. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Unit

Praktikum, Encik Taufik bin Ahmed Sepanjang taklimat, saya telah

didedahkan dengan apa itu internship dan projek yang boleh dijalankan di

sekolah. Pelbagai input yang berguna telah diperoleh sepanjang hari taklimat

dijalankan untuk memastikan para pelajar dapat menjalankan Internship

dengan lancar.

Berdasarkan taklimat yang telah diberikan oleh Unit Praktikum Institut

Pendidikan Guru Kampus Ipoh, terdapat banyak perkara yang perlu

dilakukan seperti penyediaan portfolio, menyediakan kertas kerja untuk

setiap projek atau program yang telah dirancang serta cara untuk

menguruskan sesuatu program dengan lancar dan berkesan. Penyediaan

portfolio adalah wajib bagi pelajar untuk menyimpan bahan bukti dan bahan

proses pendokumentasian sepanjang menjalankan Internship. Sebelum

menjalani Internship, saya bersama dua orang rakan saya telah merancang

projek yang akan dilaksanakan di sekolah kelak berdasarkan pemerhatian

Page 2: 105275954 pernyataan-profesional

INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012)

yang telah dilakukan sepanjang menjalani praktikum fasa 3 di Sekolah

Kebangsaan Kampar. Kami telah mengambil kata putus untuk menaiktaraf

bengkel Kemahiran Hidup yang terdapat di sekolah tersebut sebagai projek

utama.

Selain itu, semasa di sekolah nanti, saya juga perlu menjalankan

proses pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Namun, waktu

pengajaran pada kali ini telah dikurangkan kepada dua hingga empat waktu

sahaja untuk memberi ruang masa melaksanakan dan menyiapkan segala

projek yang telah dirancang sebelum memulakan Internship di sekolah

masing-masing. Penyediaan rancangan pengajaran pada kali ini juga adalah

lebih ringkas kerana saya hanya perlu menulis ringkasan rancangan

mengajar dalam bentuk bertaip. Tujuannya adalah untuk menjimatkan masa

bagi membolehkan saya dan rakan-rakan menjalankan projek dengan baik

dan lancar. Sepanjang menjalani Internship, saya juga telah bercadang untuk

mengumpul data bagi Kajian Tindakan sewaktu proses pengajaran dan

pembelajaran selama empat minggu di sekolah.

Melalui program Internship ini, saya berharap agar dapat menimba

pengalaman sebanyak mungkin terutama dalam aspek pengurusan sesuatu

program atau aktiviti yang akan menjadi kebiasaan kepada saya apabila

menjadi bakal guru yang sebenar kelak. Saya juga berharap agar dapat

memperbaiki segala kelemahan yang ada sepanjang menjalani praktikum

pada semester yang lalu terutama dari aspek komunikasi antara saya

dengan murid serta guru-guru.

Akhirnya, saya berharap agar program Internship ini dapat memberi

peluang dan membuka ruang kepada saya dalam usaha untuk meningkatkan

tahap keyakinan diri, ketahanan mental dan fizikal dalam menghadapi

cabaran sebagai seorang bakal guru kelak, membentuk sifat kepemimpinan

serta akhlak yang baik serta dapat memupuk dan menerapkan nilai

Page 3: 105275954 pernyataan-profesional

INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012)

profesionalisme keguruan dalam usaha melahirkan bakal guru yang

produktif serta efektif kepada bangsa dan negara.

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012

(SEMASA INTERNSHIP)

MINGGU 1

Pada minggu pertama menjalani Internship di Sekolah Kebangsaan

Kampar, Perak, saya bersama dua orang rakan saya iaitu Noor Azrin binti

Musa dan Siti Azlin binti Iris telah melaporkan diri terlebih dahulu di pejabat

dan kami telah berjumpa dengan PK Pentadbiran Puan Nor Aznin binti Abd

Rahim untuk membincangkan mengenai projek internship. Selepas itu, kami

telah berjumpa dengan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampar iaitu Encik

Mat Hussain bin Lateh bagi membincangkan mengenai projek yang akan

dijalankan sepanjang menjalani Internship selama sebulan di sekolah. Saya

dan dua orang rakan saya telah menyampaikan hasrat untuk melakukan

projek utama yang merupakan projek bersama iaitu menaiktaraf bengkel

Kemahiran Hidup sekolah tersebut dan alhamdulillah hasrat tersebut

disambut baik oleh guru besar kerana beliau juga mempunyai hasrat yang

sama. Saya juga telah membincangkan mengenai projek individu yang akan

dijalankan di sekolah tersebut iaitu melukis mural pada dinding bahagian

hadapan sekolah dan gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran.

Pada hari pertama, saya dan rakan saya telah bertungkus lumus

merancang dan memulakan proses untuk membuat kertas kerja bagi projek

Page 4: 105275954 pernyataan-profesional

INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012)

utama kami. Kami telah melawat bengkel Kemahiran Hidup terlebih dahulu

untuk melihat keadaan bengkel tersebut. Rakan saya telah melakar semula

kedudukan bengkel tersebut untuk menjadikan bengkel tersebut lebih

kondusif dan selesa digunakan oleh para guru dan murid semasa

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Kami juga telah

berbincang untuk melakukan perubahan kepada bengkel tersebut iaitu

mengecat bengkel, memindahkan beberapa perabot dan membuang

barangan yang tidak boleh digunakan lagi. Pada hari pertama juga, kami

telah melantik badan pelaksana untuk projek ini yang dibantu oleh dua

orang guru Kemahiran Hidup iaitu Encik Mohamad Naim bin Junaidi dan Encik Md

Azri bin Saad.

Sebagai setiausaha bagi projek ini, saya telah menyiapkan kertas kerja dan juga

borang soal selidik untuk diedarkan kepada beberapa orang warga Sekolah

Kebangsaan Kampar yang terdiri daripada guru, staff dan juga murid-murid.

Alhamdulillah segalanya selesai pada hari pertama menjalani Internship kerana dibantu

oleh rakan-rakan saya serta guru-guru di sekolah tersebut.

Proses pelaksanaan menaiktaraf bengkel Kemahiran Hidup

berlangsung pada hari kedua. Pada hari kedua, saya bersama dua orang

rakan saya telah mengemas dan membersihkan bengkel. Kami telah

memindahkan dan mengeluarkan segala barangan dan peralatan yang

terdapat di dalam bengkel tersebut serta menyusun semula supaya

kelihatan lebih teratur dan kemas. Proses pembersihan bengkel ini juga telah

dibantu oleh beberapa orang guru dan pekerja di sekolah berkenaan dan

kami berasa berbesar hati dengan pertolongan yang telah diberikan. Kerja

pembersihan bengkel tersebut selesai pada jam tiga petang.

Projek menaiktaraf bengkel ini diteruskan pada hari ketiga iaitu kami

telah memulakan proses untuk mengecat bengkel Kemahiran Hidup.

Alhamdulillah kerana pihak sekolah sudi untuk memberikan tiga tin cat yang

berwarna putih, coklat dan biru serta beberapa peralatan yang lain yang

Page 5: 105275954 pernyataan-profesional

INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012)

telah memudahkan kami untuk mengecat bengkel tersebut.

Walaubagaimanapun, terdapat kesilapan apabila cat yang telah dibeli adalah

salah. Namun, kami berjaya mengatasi masalah tersebut dengan

mencampurkan cat tersebut dengan cat putih. Kami telah mengecat kembali

keseluruhan bengkel Kemhiran Hidup tersebut supaya kelihatan lebih

menarik dan ceria. Saya dan rakan saya telah bekerjasama dengan baik dan

dapat menyiapkan proses mengecat dengan lancar dan baik. Setelah selesai

mengecat bengkel tersebut, kami meletakkan kembali perabot yang telah

dipindahkan ke tempat asal.

Pada hari keempat, kami telah mengecat dinding utama di bahagian

luar bengkel kemahiran hidup dan juga mengecat syiling di dalam bengkel

Kemahiran Hidup untuk menjadikan bengkel kelihatan lebih besar dan luas.

Walaubagaimanapun, proses mengecat dinding tidak dapat dijalankan

kerana kehabisan cat putih. Proses mengecat juga diteruskan dengan

mengecat bingkai serta jaring yang terdapat di dalam bengkel Kemahiran

Hidup dengan cat minyak yang berwarna biru. Proses mengecat ini

mengambil masa yang agak lama kerana memerlukan terdapat banyak

bingkai serta jaring yang perlu dicat. Walaubagaimanapun, proses mengecat

ini telah disambung pada keesokan harinya.

Pada hari kelima menjalani Internship, saya dan dua orang rakan saya

telah meneruskan proses mengecat bengkel dan mengecat bahagian dinding

yang masih belum di cat. Proses mengecat dan membersihkan bengkel pada

masa yang sama ini mengambil masa sepanjang waktu persekolahan pada

hari tersebut dan alhamdulillah akhirnya proses mengecat bengkel

Kemahiran Hidup selesai selepas empat hari bekerja keras untuk

membersihkan dan menaiktaraf bengkel Kemahiran Hidup. Minggu pertama

di sekolah telah banyak memberikan pengalaman berharga kepada saya

dalam usaha meningkatkan pelbagai kemahiran yang belum saya cuba

sebelum ini.

Page 6: 105275954 pernyataan-profesional

INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012)

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012

(SEMASA INTERNSHIP)

MINGGU 2

Program Internship di sekolah ternyata telah banyak membantu saya

terutama dalam aspek pengurusan pelbagai aktiviti di sekolah di samping

meningkatkan kemahiran saya dalam pelbagai perkara. Di minggu kedua,

saya dan rakan-rakan saya telah meneruskan projek kedua kami iaitu projek

individu iaitu melukis dan mewarna mural bertemakan Budi Bahasa Budaya

Kita seperti yang telah diminta oleh pihak sekolah. Sebelum memulakan

projek ini, saya telah menyiapkan kertas kerja pada minggu pertama untuk

memudahkan pelaksaan projek ini. Saya dan rakan saya telah merancang

pelbagai cara untuk melukis tiga buah mural pada dinding yang sama, tetapi

Page 7: 105275954 pernyataan-profesional

INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012)

perancangan tersebut tidak dapat dilakukan kerana terdapat masala teknikal

yang tidak dapat dielakkan. Akhirnya, kami telah sepakat untuk melukis

sebuah mural yang besar di dinding utama sekolah berkenaan.

Proses melukis mural ini dimulakan dengan mengikis sisa cat lama

pada dinding supaya permukaan dinding apabila melukis dan mewarna

mural tidak mengalami masalah. Kemudian dinding telah dicat dengan cat

berwarna putih untuk mencantikkan dinding. Selepas selesai mengecat,

kami telah cuba untuk melukis mural pada dinding menggunakan teknologi

LCD. Walaubagaimanapun, proses untuk melukis mural pada waktu pagi

tidak dapat dilakukan kerana pencahayaan telah menghalang LCD untuk

memancarkan gambar pada dinding. Akhirnya kami telah berbincang untuk

melukis mural tersebut pada waktu malam.

Pada hari pertama di minggu kedua ini juga, kami telah menyiapkan

projek mengecat meja di bengkel Kemahiran Hidup selepas berbincang

dengan beberapa orang guru untuk menjadikan bengkel tersebut lebih

menarik. Kami juga telah mencuci bengkel tersebut selepas selesai segala

proses mengecat di bengkel tersebut. Alhamdulillah segalanya berjalan

dengan lancar dengan bantuan dan kerjasama daripada pelbagai pihak.

Proses melukis mural telah dilakukan pada waktu malam hari kedua di

minggu kedua menjalani Internship. Keadaan cuaca yang tidak menentukan

menyebabkan kami terpaksa menangguh proses melukis mural yang

sepatutnya dijalankan pada hari Isnin. Justeru, saya dan rakan saya telah

menyiapkan projek individu masing-masing iaitu melukis mural di hadapan

bengkel Kemahiran Hidup, menyiapkan papan kenyataan dan juga

menyiapkan label untuk tumbuhan di taman herba berhampiran bengkel

Kemahiran Hidup. Proses melukis mural pada malam tersebut telah berjalan

dengan lancar walaupun dalam keadaan hujan dengan bantuan seorang

guru dan seorang staf. Kami juga telah melukis mural berbentuk perkataan

Page 8: 105275954 pernyataan-profesional

INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012)

pada dinding di sepanjang kelas berhampiran dewan tertutup sekolah.

Proses melukis mural tamat pada jam 11.30 malam.

Pada hari ketiga, kami telah memulakan proses mewarna mural seawal

jam 8.00 pagi. Proses mewarnakan mural bertemakan Budi Bahasa Budaya

Kita ini telah mengambil masa yang sangat lama kerana masalah dari aspek

kekurangan warna dan juga kekurangan tenaga untuk menyiapkan mural

tersebut. Walaubagaimanapun, segala proses mewarna mural telah dibantu

oleh beberapa orang guru, pekerja sekolah serta murid-murid yang

majoritinya berasa teruja apabila melihat mural tersebut. Projek mural ini

akhirnya telah berjaya disiapkan dalam masa satu hari sahaja dengan

bantuan daripada pelbagai pihak. Selain itu, pada hari ketiga juga, kami

telah mengikuti latihan rumah sukan masing-masing yang telah dijalankan

pada jam 2.00-3.00 petang.

Pada hari keempat, kami telah menyiapkan projek mural Budi Bahasa

Budaya Kita secara keseluruhannya dan telah menambah mural berbentuk

tulisan iaitu pantun budi di sebelah mural Budi Bahasa Budaya Kita. Kami

juga telah mewarna mural berbentuk kata-kata hikmah sebagai mural

sampingan di dinding pada setiap kelas. Pada hari keempat ini juga, saya

telah menjalankan projek individu saya iaitu gotong-royong bersama lapan

orang ahli Kelab Pencegahan Jenayah. Gotong-royong selama satu jam itu

bertujuan untuk membersihkan persekitaran bengkel Kemahiran Hidup.

Alhamdulillah objektif projek yang telah dijalankan telah berjaya dicapai dan

murid-murid telah memberikan kerjasama yang baik serta mereka sangat

komited dalam melakukan kerja.

Pada hari kelima, kami telah melukis mural sampingan di dinding yang

berhampiran dengan tangga sekolah dan mewarnakan mural tersebut. Mural

tersebut dapat disiapkan hanya dalam masa satu hari dengan bantuan

daripada guru-guru dan pekerja sekolah. Pengalaman di minggu kedua

Page 9: 105275954 pernyataan-profesional

INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012)

menjalani Internship di sekolah sangat membantu saya dapat pelbagai aspek

terutama kemahiran berkomunikasi.

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012

(SEMASA INTERNSHIP)

MINGGU 3

Pada minggu ketiga menjalani Internship, kami telah bertungkus

lumus untuk menyiapkan kesemua projek di sekolah termasuk projek

individu. Kami juga sibuk menyiapkan portfolio Internship. Saya juga telah

Page 10: 105275954 pernyataan-profesional

INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012)

melukis gambar mural alatan tangan pada dinding bengkel Kemahiran

Hidup. Selesai melukis, saya telah mewarna mural tersebut dan telah

dibantu oleh rakan saya. Projek ini telah berjaya disiapkan dalam masa satu

hari sahaja.

Pada hari kedua telah diadakan Senamrobik Serentak 1 Murid, 1 Sukan

1 Malaysia. Saya dan dua orang rakan saya telah ditugaskan untuk menjadi

instruktor sepanjang senamrobik tersebut dan itu merupakan pengalaman

pertama saya menjadi instruktor dan Alhamdulillah segalanya telah

dipermudahkan dengan bantuan daripada guru-guru dan murid-murid

sekolah berkenaan. Program senamrobik tersebut merupakan program yang

dijalankan serentak di seluruh sekolah dan semua institusi pendidikan di

Malaysia untuk dimasukkan dalam Malaysian Book of Record. Walau

bagaimanapun, program ini perlu penambahbaikan dari aspek tempat

pelaksanaan kerana kawasan dewan yang digunakan semasa senamrobik

dijalankan adalah tidak sesuai kerana terlalu sempit. Selain itu, saya dan

rakan saya juga telah melukis dan menyiapkan logo sekolah sebagai projek

sampingan sewaktu menjalani Internship.

Pada hari ketiga, saya telah mengajar di kelas 5 Delima dan

mengumpul data yang diperlukan untuk kajian tindakan saya. Maklumat

yang dikumpul adalah berdasarkan latihan menulis lima ayat berpandukan

gambar menggunakan Kaedah Segitiga yang telah diperkenalkan oleh saya

sewaktu menjalani praktikum fasa ketiga di sekolah berkenaan. Sesi

pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar kerana murid-murid

telah dapat mengaplikasikan kaedah tersebut semasa membina ayat. Selain

itu, saya juga telah memulakan proses penulisan draf laporan bagi setiap

projek yang telah dilakukan bermula pada minggu pertama menjalani

Internship.

Page 11: 105275954 pernyataan-profesional

INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012)

Pada hari keempat, saya telah mengemaskini portfolio Internship

seperti menulis pernyataan professional untuk minggu kedua dan minggu

ketiga. Saya juga telah telah menyiapkan beberapa lampiran bagi setiap

projek yang telah dilaksanakan. Pada hari keempat juga, saya telah

meneruskan proses mengumpul data murid-murid taun 5 Delima untuk

kajian tindakan saya.

Pada hari kelima, saya telah mulakan proses menulis laporan selepas

kesemua projek yang dijalankan selesai.

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012

(SEMASA INTERNSHIP)

Page 12: 105275954 pernyataan-profesional

INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012)

MINGGU 4

Minggu ini merupakan minggu terakhir saya menjalani Internship di

Sekolah Kebangsaan Kampar. Hari pertama pada minggu terakhir ini

dimulakan dengan perhimpunan yang pada kebiasaannya dijalankan pada

hari Isnin. Guru-guru telah menyampaikan nasihat dan peringatan kepada

murid-murid terutama berkaitan dengan pelajaran mereka.

Pada minggu terakhir ini, pelbagai perkara perlu diselesaikan

terutamanya saya perlu menyiapkan portfolio Internship dan proses

dokumentasi yang akan dijadikan bahan bukti sepanjang menjalankan

program Internship di sekolah sebelum diserahkan kepada mentor dan guru

besar sekolah untuk disemak. Pada minggu ini, saya perlu menyiapkan

kajian tindakan serta mengumpul data yang terakhir untuk dianalisis.

Selain itu, pada minggu ini juga saya diberikan peluang untuk

menggantikan beberapa orang guru yang tidak hadir ke sekolah dan peluang

ini telah saya gunakan sebaik yang mungkin untuk membantu murid-murid

terutamanya murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada

bulan September dari aspek kaunseling dan memberi nasihat kepada

mereka untuk berusaha dalam peperiksaan tersebut. Melalui sesi kaunseling

yang telah dijalankan di salah sebuah kelas tahun 6, saya telah dapat

mengenalpasti beberapa masalah dalam kalangan murid yang perlu diatasi

dengan segera supaya prestasi mereka tidak merosot.

Tuntasnya, segala pengalaman yang telah ditimba sepanjang

menjalankan Internship selama sebulan di sekolah, saya berharap agar saya

dapat mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran apabila menjadi bakal

guru kelak.

Page 13: 105275954 pernyataan-profesional

INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012)

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012

(SELEPAS INTERNSHIP)

Selepas sebulan menjalani Internship di Sekolah Kebangsaan Kampar,

terdapat banyak ilmu dan pengalaman baharu yang telah saya peroleh.

Melalui projek yang telah dilaksana telah banyak membantu saya untuk

meningkatkan kemahiran saya dalam pelbagai aspek. Sepanjang menjalani

Internship, segala proses pelaksanaan projek telah dapat dilakukan secara

efisien dan lancar bermula daripada proses merancang projek yang akan

dijalankan di sekolah sehinggalah selepas tamat projek. Kerjasama daripada

rakan-rakan dan pihak sekolah juga telah memudahkan lagi pelaksanaan

program selama sebulan ini.

Melalui program ini juga, saya telah belajar untuk merancang,

mengurus dan melaksanakan sesuatu projek atau aktiviti dengan baik dan

sebagai bakal guru, proses tersebut merupakan salah satu kemahiran yang

perlu saya pelajari apabila berada di sekolah kelak. Selain itu, melalui projek

yang dirancang juga telah membantu meningkatkan proses komunikasi saya

bersama guru-guru, murid-murid dan juga pihak sekolah.

Di samping itu, melalui Internship juga, saya telah dapat meningkatkan

tahap keyakinan saya untuk bekerja bersama dengan orang lain. Ini

sekaligus dapat mengeratkan ukhuwah saya bersama guru-guru dan juga

warga sekolah.

Sebulan berada di sekolah adalah terlalu singkat buat saya. Terdapat

banyak perkara yang perlu dilakukan dan diselesaikan sepanjang menjalani

Internship terutamanya menyiapkan projek yang telah dirancang bermula

minggu pertama menjalani Internship. Alhamdulillah, segalanya telah

Page 14: 105275954 pernyataan-profesional

INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012)

dipermudahkan walaupun terdapat banyak kekangan yang terpaksa

dihadapi oleh saya dan rakan saya.

Kesimpulannya, program Internship telah banyak membantu saya

daripada pelbagai aspek dan kemahiran. Saya juga telah menimba pelbagai

pengalaman daripada guru-guru di sekolah dan kesemua guru di sekolah

berkenaan sangat baik dan memberikan kerjasama yang sangat baik. Saya

berharap agar segala pengalaman yang diperoleh dapat membantu saya

untuk menjadi bakal guru yang lebih baik pada masa hadapan dengan

persediaan dari pelbagai aspek sebagai seorang guru.