1. 2014 - soalan tugasan kkp edu 3107

3
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK TUGASAN PROJEK I. Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menjelaskan konsep, matlamat, keperluan dan jenis-jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah rendah. 2. Mempraktikkan kemahiran guru pembimbing di sekolah rendah. 3. Mengaplikasi teori dan kemahiran kaunseling dalam proses kaunseling individu dan kelompok. 4. Mengguna pelbagai terapi dalam proses kaunseling kanak-kanak. 5. Berempati terhadap kanak-kanak yang memerlukan bimbingan. Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 2, 3, 4 dan 5 II. Objektif Projek/Kerja Kursus Projek Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Membuat sesi temu bual dan bimbingan dengan seorang murid untuk mengenal pasti masalah yang dihadapinya. 2. Mengaplikasi sekurang-kurangnya satu teori kaunseling semasa melaksanakan sesi bimbingan dengan murid. 3. Menggunakan kemahiran asas kaunseling dalam mengendalikan sesi bimbingan dengan murid. 4. Menggunakan intervensi kaunseling kanak-kanak yang bersesuaian semasa mengendalikan sesi bimbingan dengan murid. 5. Menyediakan rakaman video dan trankripsi temubual dengan murid. 6. Menghasilkan penulisan ilmiah dengan memberikan justifikasi pemilihan intervensi dalam mengendalikan sesi bimbingan. TAJUK PROGRAM : PISMP (SEM.1) NAMA GURU PELATIH: KOD DAN TAJUK KURSUS : EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK KANAK-KANAK SEMESTER : 1/2014 AMBILAN : JANUARI 2011 TARIKH MULA : 27 JANUARI 2014 TARIKH HANTAR : 28 FEBRUARI 2014

Upload: miseyz-blurz-abdullah

Post on 20-Dec-2015

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

soalan tugasan kkp edu 3107 pada tahun 2014

TRANSCRIPT

Page 1: 1. 2014 - Soalan Tugasan Kkp Edu 3107

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK TUGASAN PROJEK

I. Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menjelaskan konsep, matlamat, keperluan dan jenis-jenis perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling sekolah rendah.

2. Mempraktikkan kemahiran guru pembimbing di sekolah rendah.

3. Mengaplikasi teori dan kemahiran kaunseling dalam proses kaunseling individu dan

kelompok.

4. Mengguna pelbagai terapi dalam proses kaunseling kanak-kanak.

5. Berempati terhadap kanak-kanak yang memerlukan bimbingan.

Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 2, 3, 4 dan 5

II. Objektif Projek/Kerja Kursus Projek

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Membuat sesi temu bual dan bimbingan dengan seorang murid untuk mengenal pasti

masalah yang dihadapinya.

2. Mengaplikasi sekurang-kurangnya satu teori kaunseling semasa melaksanakan sesi

bimbingan dengan murid.

3. Menggunakan kemahiran asas kaunseling dalam mengendalikan sesi bimbingan

dengan murid.

4. Menggunakan intervensi kaunseling kanak-kanak yang bersesuaian semasa

mengendalikan sesi bimbingan dengan murid.

5. Menyediakan rakaman video dan trankripsi temubual dengan murid.

6. Menghasilkan penulisan ilmiah dengan memberikan justifikasi pemilihan intervensi

dalam mengendalikan sesi bimbingan.

TAJUK PROGRAM :

PISMP (SEM.1) NAMA GURU PELATIH:

KOD DAN TAJUK KURSUS : EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK KANAK-KANAK

SEMESTER : 1/2014

AMBILAN : JANUARI 2011

TARIKH MULA : 27 JANUARI 2014

TARIKH HANTAR : 28 FEBRUARI 2014

Page 2: 1. 2014 - Soalan Tugasan Kkp Edu 3107

III. Tugasan Projek (100 %)

Menurut Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses

menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi

maklumat yang sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang

menerimanya. Lazimnya ia bertujuan bagi penentuan kebajikan dan perkembangan

dirinya.

Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki:

1. Kenal pasti seorang murid yang bermasalah melalui pelbagai kaedah seperti

pemerhatian, temu bual dan sebagainya. Rancang dan laksanakan satu sesi bimbingan

dengan mengaplikasikan teori-teori kaunseling, kemahiran asas kaunseling dan

intervensi kaunseling kanak-kanak yang bersesuaian. Sediakan satu rakaman video

(30minit) serta transkripsi temu bual sesi bimbingan tersebut.

(50%)

2. Sediakan satu penulisan ilmiah dengan memberikan justifikasi tentang penggunaan

teori kaunseling , kemahiran asas kaunseling dan intervensi kaunseling kanak-

kanak dalam sesi bimbingan tersebut.

(50%)

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus

1. Tugasan ini adalah tugasan individu.

2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.

3. Laporan kerja kursus hendaklah dibuat dalam bentuk teks dan klip audio- video.

4. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

ii. Jenis tulisan - Arial saiz 11

iii. Jarak tulisan 1.5 langkau.

iv. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)

v. Lampiran adalah wajib

5. Panjang tugasan antara 2500 hingga 3000 perkataan atau tidak melebihi 15 muka surat

(termasuk persembahan visual dan lampiran).

6. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.

7. Amalan plagiat tidak dibenarkan.

8. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci

2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut:

a. Penggunaan kemahiran asas kaunseling dalam mengendalikan sesi bimbingan

serta melibatkan aplikasi teori kaunseling.

b. Penggunaan intervensi kaunseling kanak-kanak dalam mengendalikan sesi

bimbingan.

Page 3: 1. 2014 - Soalan Tugasan Kkp Edu 3107

c. Menunjukkan integrasi teknologi dalam proses penghasilan video

d. Satu penulisan ilmiah dengan memberikan justifikasi tentang pemilihan teori dan

intervensi kaunseling kanak-kanak

3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan

ilmiah.

4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

5. Penulisan laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam

menterjemah maklumat secara analitikal.

6. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi

kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah buku, 3 internet, 3

jurnal, 2 bahan bercetak yang lain)

7. Rujukan internet tidak boleh melebihi 30% daripada keseluruhan bahan rujukan.

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………….. ……………………. (ZAITON BINTI SHARIF) Penyelaras Kursus EDU 3107 Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKPT Disahkan oleh:

............................................ (SHAMSIAH BT MD. NASIR) Ketua Jabatan Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKPT