09 isi pelajaran1

15
(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI) TAJUK 1 EKOSISTEM Sinopsis Pelbagai jeni s ekosistem bole h ditemui di sesebu ah negara bergantu ng kepada iklim dan kedudukan dari segi lat itude dan altitude. Se tia p jenis ekosistem tersebut mempun yai kompon en-kompo nen biotik dan abiotik yang berbeza -beza tertabur di lokasi-lokasi yang berbeza. Biodiversiti sesuatu jenis ekosistem berbeza dengan jenis ekosistem yang lain. Setiap jenis ekosistem menun jukkan ciri-ciri fizikal yang berbeza yan g merup akan factor penentu kep ada jen is- jen is org an ism yang menduduki eko sis tem terse but. Ekosi ste m yang mempunyai taha p biodive rsi ti yang tin ggi menunju kkan tahap komplek siti yang ju ga tinggi . Selain daripada i tu, ekosis tem yang mempunyai tahap biodiversity yang tinggi juga menunjukkan tahap kestabilan ekosistem yang lebih tinggi. Hasil Pembelajaran 1.Membanding dan membezakan jenis-jenis biom yang berbeza 2.Menerangkan kekompleksian biodiversiti. 3.Mensintesiskan maklumat tentang ecosistem Kerangka kandungan Figure 1.1 Ringkasan Rangka kursus ECOSISTEM Jenis-jenis ecosystem dan lokasi Kepelbagaian biologi, kekompleksian dan kestabilan

Upload: jumiati-ibrahim

Post on 08-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8/6/2019 09 Isi Pelajaran1

http://slidepdf.com/reader/full/09-isi-pelajaran1 1/15

(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)

TAJUK 1 EKOSISTEM

Sinopsis

Pelbagai jenis ekosistem boleh ditemui di sesebuah negara bergantung kepada iklim

dan kedudukan dari segi latitude dan altitude. Setiap jenis ekosistem tersebut

mempunyai komponen-komponen biotik dan abiotik yang berbeza-beza tertabur di

lokasi-lokasi yang berbeza. Biodiversiti sesuatu jenis ekosistem berbeza dengan jenis

ekosistem yang lain. Setiap jenis ekosistem menunjukkan ciri-ciri fizikal yang berbeza

yang merupakan factor penentu kepada jenis-jenis organism yang menduduki

ekosistem tersebut. Ekosistem yang mempunyai tahap biodiversiti yang tinggi

menunjukkan tahap kompleksiti yang juga tinggi. Selain daripada itu, ekosistem yang

mempunyai tahap biodiversity yang tinggi juga menunjukkan tahap kestabilan ekosistem

yang lebih tinggi.

Hasil Pembelajaran

1.Membanding dan membezakan jenis-jenis biom yang berbeza

2.Menerangkan kekompleksian biodiversiti.

3.Mensintesiskan maklumat tentang ecosistem

Kerangka kandungan

Figure 1.1 Ringkasan Rangka kursus

ECOSISTEM

Jenis-jenis ecosystem danlokasi

Kepelbagaian biologi,

kekompleksian dankestabilan

8/6/2019 09 Isi Pelajaran1

http://slidepdf.com/reader/full/09-isi-pelajaran1 2/15

(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)

Kandungan

1.Jenis-jenis Biome yang berbeza

Biome adalah istilah yang digunakan untuk menerangkan kawasan di

mukabumi yang mempunyai iklim, tumbuhan dan haiwan yang sama. Di

Malaysia terdapat pelbagai jenis ekosistem yang utama diantaranya adalah

ekosistem hutan hujan tropika, ekosistem hutan paya bakau, ekosistem

hutan gambut, ekosistem kolam dan agroekosistem seperti ekosistem

sawah padi dan ekosistem ladang kelapa sawit. 

i. Ekosistem hutan hujan tropika

Hutan hujan tropika meliputi 6% daripada permukaan keseluruhan

bumi. Hutan ini terletak di kawasan sekitar garisan Khatulistiwa. Di

Malaysia kebanyakan kawasan hutan tanah pamah seperti di Hutan

hujan tropika ini , iklimnya adalah sangat panas, dimana julat suhunya

adalah diantara 20-26 darjah Celsius serta menerima lebih daripada

250 sentimeter padu hujan setahun. Kawasan ini juga menunjukkan

panjang hari yang hampir sama sepanjang tahun. Factor Ini menjadikan

kawasan ini sangat sesuai untuk pertumbuhan tumbuh-tumbuhan yang

pelbagai. Faktor latitud adalah kawalan iklim utama di hutan hujan

tropika.

ii. Ekosistem paya gambut

Hutan paya gambut adalah kawasan hutan yang di penuhi dengan air. Hutan ini

tumbuh di atas lapisan daun-daun yang telah mati dan lapisan bahan daripada

tumbuh-tumbuhan setebal 20 meter. Ia adalah ekosistem yang unik dengan ciri-

ciri terendam air, kandungan nutrient dan oksigen larut pada tahap yang rendah

serta kawasan air yang berasid.

8/6/2019 09 Isi Pelajaran1

http://slidepdf.com/reader/full/09-isi-pelajaran1 3/15

(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)

Hutan gambut adalah jenis tanah berair yang terbesar iaitu meliputi 75%

daripada keseluruhan kawasan tanah berair di negara ini. Dianggarkan terdapat

seluas 1.54 ribu hektar tanah berair jenis ini masih kekal di Malaysia, di mana

70% daripadanya terdapat di Sarawak, kurang daripada 20% di Semenanjung

Malaysia dan yang selebihnya terletak di Sabah.

Latihan

Bahan Bacaan pembelajaran kendiri

Rehat

1.2.Biodiversiti, Kompleksiti dan Kestabilan

Biodiversiti adalah istilah yang digunakan untuk menerangkan bilangan

spesies, berapa banyak variasi genetik atau bilangan jenis komuniti yang

terdapat di sesuatu ekosistem. Kompleksiti sesuatu ekosistem bergantung

kepada biodiversiti sesuatu ekosistem. Kestabilan ekosistem pula

dinyatakan dengan beberapa cara yang berbeza. Satu cara adalah untuk

Senaraikan perbezaan dan persamaan diantaraekosistem Hutan hujan tropika dengan Hutan payagambut.

Gather information from : http://soils.usda.gov/sqy/concepts/soil_biologyCreate soil food web

Setelah anda menyiapkan latihan yangdicadangkan anda boleh rehat sebentar 

8/6/2019 09 Isi Pelajaran1

http://slidepdf.com/reader/full/09-isi-pelajaran1 4/15

(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)

mendefinisikan sebagai sesuatu sistem untuk kembali kepada keadaan asal

selepas diganggu, lebih cepat ia kembali kepada keadaan asal lebih stabil

sesuatu ekosistem itu.

i) Biodiversiti, Kompleksiti dan Kestabilan Ekosistem hutan hujan tropika

Hutan hujan tropika ini adalah biome yang terkaya dari segi biodiversiti dan

biojisim total. Haiwan–haiwan di hutan hujan tropika adalah sangat pelbagai dan

ini terhasil daripada adaptasi mereka terhadap persekitaran mereka. Satu

daripada adaptasi haiwan-haiwan di ekosistem ini adalah kebolehan melakukan

penyamaran yang berkesan. Haiwan-haiwan ini kadang kala kelihatan seperti

daun mati atau daun hidup. Lantai hutan hujan tropika yang dipenuhi dengan

daun-daun mati menyebabkan haiwan-haiwan sebati dengan persekitaran itu

serta sukar dilihat daripada atas .Haiwan seperti kupu-kupu dan katak pokok

menggunakan kaedah ini. Haiwan-haiwan di kawasan ini juga menggunakan

warna-warna untuk memberi amaran kepada pemangsa mereka bahawa mereka

sangat beracun. Sebagai contoh katak beracun dari species Dendrobates

auratus yang berwarna putih dan hitam, D. leucomelas mempunyai warna kuning

terang dan hitam serta D. granuliferus yang berwarna merah di bahagian atas

serta sisi dan kaki pula berwarna hijau.

Lebih daripada separuh spesies daripada tumbuhan daratan hidup di

dalam biome ini. Kepelbagaian tumbuhan yang tinggi serta tiada banyak spesies

yang menunjukkan kedominan yang jelas di ekosistem ini. Tumbuh-tumbuhan di

ekosistem hutan hujan tropika ini mempunyai pucuk atau daun muda yang

berwarna merah. Tumbuh-tumbuhan ini juga sering kelihatan berbunga.

Ada haiwan yang hidup dilantai hutan kebanyakan haiwan di hutan hujan

tropika hidup pada tumbuh-tumbuhan ini seperti di kanopi hutan ini. Serangga

adalah antara haiwan yang sangat banyak di kawasan ini. Anai-anai adalah

sangat penting sebagai pengurai di kawasan ini. Kerana kompleksiti ecosystem

ini ia juga sangat komplek dan sangat stabil.

8/6/2019 09 Isi Pelajaran1

http://slidepdf.com/reader/full/09-isi-pelajaran1 5/15

(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)

ii) Biodiversiti, kekompleksian dan kestabilan di Ekosistem hutan paya gambut

Kawasan hutan gambut bukan sahaja satu ekosistem yang unik dan tempattinggal kepada banyak spesies endemik ia juga menyediakan pusat perlindungan

bagi lebih daripada 60 spesies haiwan yang disenaraikan sebagai terancam

seperti Orangutan, Proboscis Monkey, Sumatran Rhinoceros, gajah asia,

harimau, Civet Otter, Storm’s Stork and Wrinkled Hornbill. Hutan lembab ini juga

berfungsi sebagai bank gen semula jadi tumbuhan. Kawasan ini juga

mengandungi banyak spesies yang belum diketahui dan diterokai.

Layari internet

 

Soalan Tutorial

Banding dan bezakan jenis-jenis ekosistem yang terdapat di Malaysia.

SENARAI BAHAN RUJUKAN

1. Cotgreave, P. and Forseth, I. (2002) Introductory Ecology. BlackwellScience. Chapter 2 Global patterns of biodiversity and productivity:biomes.

2. Coyne, M.S. (1999) Soil Microbiology: an exploratory approach. Delmar Publishers. Chapter 4 The macrofauna- ants, earthworms and other creatures.

3. Soil Biology Primer [online]. http://soils.usda.gov/sqi/concepts/soil_biology/Chapter 1 The soil food web online

Layari internet dan dapatkan tiga jenis ecosystem lainyang terdapat di Malaysia dan tuliskan apakah cirri-ciriutama ekosistem ini serta bandingkan dengan jenisekosistem yang telah anda pelajari.

8/6/2019 09 Isi Pelajaran1

http://slidepdf.com/reader/full/09-isi-pelajaran1 6/15

(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)

TAJUK 2 PERKHIDMATAN EKOSISTEM

Sinopsis

Perkhidmatan ekosistem adalah proses-proses dimana persekitaran menghasilkan

sumber-sumber yang tidak ternilai harganya seperti air yang bersih, balak, habitat

untuk ikan, pendebungan

Hasil Pembelajaran

1 Menerangkan jenis-jenis kitaran biogeokimia .

2. Mengkaji ekosistem tanah

3. Membincangkan perkhidmatan ekosistem.

 

Kerangka Kandungan

Figure 2.1 Ringkasan kandungan

PERKHIDMATAN EKOSISTEM

Kajian kes: Air Kajian Kes : kitaran nurien

8/6/2019 09 Isi Pelajaran1

http://slidepdf.com/reader/full/09-isi-pelajaran1 7/15

(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)

Kandungan

2.1.Pengenalan

Perkhidmatan ekosistem adalah proses-proses dimana persekitaran

menyediakan sumber-sumber seperti air bersih, balak, habitat untuk perikanan,

pendebungaan tumbuhan asli dan pertanian.

Perkhidmatan-perkhidmatan ekosistem yang pelbagai ini memberi kesan

kepada tanah, air, makanan dan kesihatan kita diantara kesanya adalah seperti

berikut;

i. Menyederhanakan cuaca yang keterlaluan.

ii.Mengitar dan menggerakkan nutrient

iii. Menyahtoksik dan menguraikan bahan buangan.

iv. Menyebarkan biji benih

Ekosistem semula jadi , tumbuhan dan haiwan didalamnya menyediakan

perkhidmatan-perkhidmatan kepada manusia yang sukar digantikan. Adalah

sukar untuk mengira berapakah nilai dari segi wang ringgit. Walaupun

kebanyakan perkhidmatan ini nampak percuma ianya bernilai trillion ringgit

Perkhidmatan ekosistem ini amat penting dan mudah diabaikan. Ia boleh

diancam oleh aktiviti manusia seperti Kadar perkembangan manusia (saiz

populasi, penggunaan per kapita, dan kesan teknologi penghasilan barangankegunaan). Selian daripada itu ia juga boleh diancam oleh kekeliruan tentang

keperluan jangka pendek dengan kesejahteraan jangka panjang masyarakat .

  Banyak aktiviti manusia yang mengganggu , merosakkan, mengubah

ekosistem setiap hari diantaranya adalah aktiviti seperti berikut;

8/6/2019 09 Isi Pelajaran1

http://slidepdf.com/reader/full/09-isi-pelajaran1 8/15

(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)

1. Pengaliran racun perosak, baja dan bahan buangan haiwan.2. Pencemaran tanah, air dan udara.

3. Memperkenalkan spesies non native4.Penangkapan ikan yang berlebihan

5. Hakisan tanah

Memikirkan

Kitaran biogeokimia

Kitaran biogeokimia atau kitar nutrient adalah satu laluan dimana unsure-unsur 

kimia atau molekul bergerak melalui kedua-dua komponen biotic dan abiotik

bumi. Unsur-unsur ini dikitarkan walaupun dalam sesetengah kitaran terdapat

tempat dimana unsure-unsur ini dikumpulkan untuk jangka masa yang panjang .

Kajian Kes: Kitar air 

Dalam kitar air atau kitaran hidrologi, pergerakan air secara berterusan

dipermukaan bumi, di atas dan dibawah permukaan tanah. Air boleh bertukar 

bentuk daripada cecair, wap air dan pepejal di pelbagai tempat dalam kitaran

air ini. Walaupun keseimbangan air di bumi hampir tetap dari masa kesemasa

molekul air secara individu boleh datang dan pergi. Air bergerak dari satu

takungan kepada takungan yang lain seperti dari sungai ke laut atau dari laut ke

atmosfera melalui process-proses fizikal seperti pegwapan,

kondensasi,pemendakan, penurasan, pengaliran permukaan. Semasa proses-

proses ini air melalui fasa-fasa berbeza iaitu cecair, pepejal dan gas.

Cuba anda fikirkan apakah perkhidmatan ekosistem lain yang

 boleh dimasukkan serta apakah kesanya jika perkhidmatan initerancam akibat aktiviti manusia

8/6/2019 09 Isi Pelajaran1

http://slidepdf.com/reader/full/09-isi-pelajaran1 9/15

(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)

  Kitar air ini juga melibatkan pertukaran tenaga haba, yang menyebabkan

suhu berubah. Satu contoh semasa proses pengwapan, air menyerap tenaga

dari persekitaran dan menyejukkan persekitaran. Bertentangan dengan proses

kondensasi dimana air akan membebaskan tenaga ke memanaskan

persekitarannya.

Rajah kitar air menerangkan kesignifikan dalam menetapkan kehidupan

dan ekosistem di bumi. Dengan perpindahan air dari satu kawasan tadahan ke

kawasan tadahan yang lain, kitar air menulenkan air, membekalkan tanah

dengan air bersih , dan memindahkan garam mineral ke bahagian bumi yang

lain. Air juga terlibat dalam proses mengubah struktur geologi bumi melalui

proses hakisan dan pemendakan. Sebagai tambahan disebabkan kitar air melibatkan pertukaran haba , ia juga memberikan kesan kepada iklim sesuatu

ekosistem. Kitar air ini ditunjukan dengan Rajah 2.2

8/6/2019 09 Isi Pelajaran1

http://slidepdf.com/reader/full/09-isi-pelajaran1 10/15

(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)

Rajah 2.2. Kitar Air.

Kajian Kes: Kitar Nutrien

Kitar nutrien dikaji dalam bentuk nutrien yang spesifik, dimana setiap nutrien di

persekitaran mempunyai corak kitaran yang tertentu. Di antara kitar nutrien yang

paling penting adalah kitar karbon dan kitar nitrogen. Kedua-dua kitaran ini

merupakan bahagian terpenting dalam kitar nutrien dalam tanah.

Kitar Nitrogen.

Komponen utama kitar nitrogen bermula dengan unsur nitrogen di udara. Dua

nitrogen oksida di temui di dalam udara hasil daripada interaksinya dengan

oksigen. Nitrogen hanya akan bertindak balas dengan oksigen dengan kehadiran

suhu dan tekanan yang tinggi semasa kilat dan dalam tindakbalas pembakaram

dalam logi kuasa atau dalam enjin pembakaran internal. Asid nitrik, NO dan

nitrogen dioksida NO2 terbentuk dalam keadaan ini. Nitrogen dioksida boleh

bertindak balas dengan air hujan untuk membentuk asid nitrik, HNO3. Nitrate

yang terbentuk boleh digunakan oleh tumbuhan sebagai nutrien.

Nitrogen diudara telah bertukar menjadi bahan biologi melaui tindakan

bakteria dan alga dalam proses pengikatan nitrogen. Tumbuhan kekacang

seperti kacang soya dan kacang tanah membentuk bintil-bintil di akarnya

dimana bakteria pengikat nitrogen ini , mengikatkan nitrogen di udara dan

menukarnya kepada ammonia, NH3. Amonia ini kemudiannya ditukarkan oleh

bakteria lain kepada ion nitrat (No2-) , kemudian kepada ion nitral lain (NO3-).

Ion Nitrat ini akan digunakan oleh tumbuhan sebagai nutrien atau baja untuk

pertumbuhan. Nitrogen digabungkan dalam banyak asid amino yang akan

seterusnya menghasilkan protein.

8/6/2019 09 Isi Pelajaran1

http://slidepdf.com/reader/full/09-isi-pelajaran1 11/15

(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)

Amonia juga boleh dihasilkan melalui proses sintetik yang dinamakan

Proses Haber. Nitrogen dan Hidrogen bertindak balas di dalam keadaan tekanan

dan suhu yang tinggi.

Ammonia is also made through a synthetic process called the Haber Process.

Nitrogen and hydrogen are reacted under great pressure and temperature in the

presence of a catalyst to make ammonia. Ammonia may be directly applied to

farm fields as fertilizer. Ammonia may be further processed with oxygen to make

nitric acid. The reaction of ammonia and nitric acid produces ammonium nitrate

which may then be used as a fertilizer. Animal wastes when decomposed also

return to the earth as nitrates.

To complete the cycle other bacteria in the soil carry out a process known asdenitrification which converts nitrates back to nitrogen gas. A side product of thisreaction is the production of a gas known as nitrous oxide, N2O. Nitrous oxide, alsoknown as "laughing gas" - mild anesthetic, is also a greenhouse gas which contributes to

global warming.

KitaRajah 2.3. : Kitar Nitrogen

8/6/2019 09 Isi Pelajaran1

http://slidepdf.com/reader/full/09-isi-pelajaran1 12/15

(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)

Kitar karbon.

Rajah : Kitar karbon

Kitar nutrient karbon adalah kitar yang paling penting bagi hidupan di bumi,

kerana kehidupan di planet bumi ini adalah berasaskan karbon. Karbon bolehdidapati dalam jumlah yang banyak diudara dalam bentuk karbon dioksida. Bila

tumbuhan berfotosintesis , ia menggunakan karbon dioksid daripada udara , dan

menggunakannya untuk membina molekul gula, kanji, protein dan makanan lain.

Ini merupakan bahagian pertama dalam kitar karbon. Karbon yang terdapat

8/6/2019 09 Isi Pelajaran1

http://slidepdf.com/reader/full/09-isi-pelajaran1 13/15

(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)

dalam tumbuhan ini boleh digunakan oleh haiwan herbivora, haiwan yang

memakan tumbuhan.

Herbivora seperti rusa menggunakan tumbuhan ini untuk membina ,

memperbaiki dan menggandakan bilangan sel-selnya. Ini memindahkan karbon

dari kehidupan tumbuhan kepada haiwan. Karnivora seperti harimau mungkin

akan membunuh rusa tersebut dan memakannya, menggunakan daging rusa ini

untuk tumbesaran dan pembiakannya. Apabila akhirnya kedua-dua tumbuhan

dan haiwan ini mati, dan karbod dalam badan mereka dikitarkan kedalam tanah.

Bahan karbon dalam tanah ini akan dipecahkan oleh fungi dan bacteria,

membebaskan atom karbon ke dalam tanah dan kembali ke udara sebagai

karbon dioksida.

.

8/6/2019 09 Isi Pelajaran1

http://slidepdf.com/reader/full/09-isi-pelajaran1 14/15

(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)

TheKitar fosforus

The

8/6/2019 09 Isi Pelajaran1

http://slidepdf.com/reader/full/09-isi-pelajaran1 15/15

(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)

Kitar fosforus

TheSenarai Rujukan

1. Cotgreave, P. and Forseth, I. (2002) Introductory Ecology. Blackwell Science. Chapter 2Global patterns of biodiversity and productivity: biomes.

2. Coyne, M.S. (1999) Soil Microbiology: an exploratory approach. Delmar Publishers.Chapter 4 The macrofauna- ants, earthworms and other creatures.

3. Soil Biology Primer [online]. http://soils.usda.gov/sqi/concepts/soil_biology/

Chapter 1 The soil food web [online]Chapter 2 The food web and soil health