08 tajuk 6 wacana

Upload: suhartika-kasimun

Post on 30-May-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 08 Tajuk 6 wacana

    1/7

    Modul 1 : KPLI Asas Dinamika Guru Unit 1 : Bahasa Melayu Kini

    Tajuk 6 WACANA

    1. Apakah definisi wacana?2. Apakah cirri-ciri wacana?3. Apakah makna kohesi dan koheren?

    6.0 Pengenalan

    Wacana (Discourse) adalah kesatuan bahasa yang lengkap dan paling tinggi dalampertuturan dan penulisan memperlihatkan kesinambungan fikiran, baik dari aspekkomunikasi dan konteks. Salah satu unsur linguistik dalam wacana ialah pertautan atauperkaitan semantik yang meliputi aspek kohesi dan koheren.

    Koheren bergantung kepada penggunaan kohesi yang sesuai dan gramatis. Koheren juga bergantung kepada konteks dan situasi. Koheren adalah kesatuan idea dalam

    wacana yang menggambarkan kejelasan idea, ada penekanan kepada idea utama danidea sampingan, dan dipersembahkan dengan gaya tertentu. Dalam penulisankarangan, yang diutamakan ialah aspek isi kandungan, organisasi dan gayapersembahan yang tepat dengan tajuk.

    Pada akhir pelajaran ini anda akan dapat:

    (1) Memahami pengertian wacana, dan ciri-ciri wacana.(2) Menghasilkan wacana yang utuh dalam pertuturan dan penulisan.

    Modul ini menjelaskan tentang;

    6.1 Definisi wacana6.2 Ciri-ciri wacana6.3 Jenis-jenis wacana6.4 Keutuhan wacana6.5 Penanda wacana

    6.1 Definisi wacana

    Wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis, iaitu pelahiransistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang ke arahmenjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalamberkomunikasi(Asmah Haji Omar,1986).

    Wacana boleh direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel,buku, siriensaiklopedia, paragraf, kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap(Harimurti Kridalaksana,1982)

    50

  • 8/14/2019 08 Tajuk 6 wacana

    2/7

    Modul 1 : KPLI Asas Dinamika Guru Unit 1 : Bahasa Melayu Kini

    Tegasnya, wacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri daripada ayat,sejumlah ayat, bab, cerita, dialog dan buku yang menunjukkan hubungan danperkembangan fikiran yang berurutan.

    6.2 Ciri-ciri Wacana

    a .Perlu dikaji kaitan penutur dengan masyarakat sekitarnya.Kaitan antara penutur dengan masyarakat sekitarnya akan menentukan gaya wacanasama ada gaya formal atau tidak formal.

    b. Harus ada tujuan yang menentukan jenis ayat.Jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentukialah ayat tanya.

    c. Berdasarkan kaitan penutur dengan pendengar.Wacana lisan adalah perkaitan antara penutur dengan pendengar, manakala wacanatulisan adalah kaitan antara penulis dengan pembaca.

    d. Tidak boleh memuatkan maklumat yang bertentangan. Contoh:Kelmarin dia tidur sehari suntuk. Kelmarin dia tidur hingga jam 9.00 pagi .

    e.Perlu ada unsur-unsur susun atur menurut sebab, akibat, tempat, waktu, keutamaandan sebagainya.Ayat-ayat itu harus mempunyai urutan yang berkait rapat.

    f. Harus mempunyai andaian dan inferensi.Maklumat pertama dalam wacana digelar andaian, manakala maklumat berikutnyadisebut inferensi.

    g. Harus ada maklumat baru.Ayat-ayat yang mengesahkan kebenaran ayat sebelumnyatidak boleh dimasukkan dalam satu wacana.

    6.3 Jenis-jenis wacana

    a. Wacana lisan(spoken discourse)Wacana lisan adalah wacana yang disampaikan secara lisan. Ia juga disebutsebagai wacana interaktif.

    b. Wacana tulisan(written discourse)Wacana tulisan adalah wacana yang disampaikan secara bertulis melalui mediatulis.

    c. Wacana langsung(direct discourse)Wacana langsung merupakan kutipan wacana yang sebenarnya dibatasi olehintonasi atau pungtuasi.

    51

  • 8/14/2019 08 Tajuk 6 wacana

    3/7

    Modul 1 : KPLI Asas Dinamika Guru Unit 1 : Bahasa Melayu Kini

    d. Wacana tidak langsung(indirect discourse)Wacana tidak langsung adalah pengungkapan kembali wacana, tanpa mengutipharfiah kata-kata yang dipakai oleh pembicara dengan pembinaan gramatikalatau kata tertentu seperti bahawa dan sebagainya.

    e.Wacana pembentangan(expository discourse)Wacana yang tidak mementingkan waktu dan penutur, berorientasi pada pokokpembicaraan, dan bahagian-bahagian diikat secara logik.

    f.Wacana penuturan(narrative discourse)Wacana yang mementingkan urutan waktu, dituturkan oleh orang pertama atauketiga dalam waktu tertentu, berorientasi kepada pelaku, dan seluruhbahagiannya diikat oleh kronologi.

    g.Wacana prosaWacana yang disampaikan dalam bentuk prosa. Wacana ini boleh secara lisanmahupun tulisan, berupa wacana langsung atau tidak langsung, boleh pulasecara pembentangan atau penuturan.

    h.Wacana puisiWacana puisi adalah wacana yang disampaikan dalam bentuk puisi, baik secaralisan ataupun tulisan.

    i.Wacana dramaWacana drama merupakan wacana yang disampaikan dalam bentuk drama ataudialog, baik secara lisan mahupun tulisan.

    6.4 Keutuhan wacana

    Keutuhan wacana merupakan satu aspek penting kerana akan memastikan sama adasesuatu kesatuan itu boleh dikatakan wacana atau hanya satu kumpulan ayat yang tidakteratur. Keutuhan wacana dapat diteliti daripada wujudnya kaitan-kaitan dari aspekfonologi, semantik, dan gramatis.

    6.4.1 Kaitan dari Aspek Fonologi

    Kaitan ini dapat dilihat daripada hentian atau kesenyapan suara, nada suara, intonasidan tinggi rendah. Unsur ini juga boleh menimbulkan kaitan semantik antara bahagian-bahagian wacana.

    Contoh:(a) Keluar?(b) Keluar!

    Kata keluar dalam (a) berupa pertanyaan, manakala (b) berupa perintah.

    52

  • 8/14/2019 08 Tajuk 6 wacana

    4/7

    Modul 1 : KPLI Asas Dinamika Guru Unit 1 : Bahasa Melayu Kini

    6.4.2 Kaitan dari Aspek Semantik

    6.4.2.1 Kaitan semantik antara bahagian-bahagian wacana dapat dilihat seperti berikut:

    (a) Kaitan sebab dan tujuan.Contoh:Guru itu rajin mengajar. Dia mengharapkan semua muridnya lulus cemerlangdalam UPSR.

    (b) Kaitan sebab dan akibat.Contoh:Ramli keletihan berlari jauh. Dia pengsan.

    (c) Kaitan sebab dan hasil.Contoh:Puan Maznah seorang usahawan yang gigih dan berjaya. Diamemiliki sebuah syarikat keselamatan yang terbesar di Malaysia.

    (d) Kaitan syarat dan hasil.Contoh:Murid-murid mesti belajar bersungguh-sungguh. Kesungguhanmenghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

    (e) Kaitan perbandingan.Contoh:Siti Musliha bijak. Abangnya lebih bijak lagi.

    (f) Kaitan latar dan kesimpulan.Contoh:

    Sajak itu sungguh indah bahasa perbandingannya. Sebenarnya UsmanAwang yang menciptanya.

    (g) Kaitan sampingan.Contoh:Saya sudah mengulang kaji. Saya letih, jadi biarlah saya berehatsekarang.

    (h) Kaitan memperkuatkan isi.Contoh:Sungguh sopan pelajar itu. Berbudi bahasa dan lembut tutur katanya.

    6.4.2.2 Kaitan semantik dari segi konteks atau latar wacana. Kaitan ini dapat dilihatpada:

    (a) Laras bahasa yang digunakan

    Contoh:Bersihkan keladi dan celur dengan air kapur sirih. Air kapur sirihdibuang.Toskan. Belacan, bawang putih, bawang merah dan halia digilinghingga lumat. Gaulkan semuanya dengan cili boh ke dalam periuk. Masukkan

    53

  • 8/14/2019 08 Tajuk 6 wacana

    5/7

  • 8/14/2019 08 Tajuk 6 wacana

    6/7

    Modul 1 : KPLI Asas Dinamika Guru Unit 1 : Bahasa Melayu Kini

    6.5 Penanda WacanaPenanda wacana merupakan kata-kata dan rangkai kata atau frasa yangmenunjukkan pertalian, hujah dan buah fikiran. Penanda wacana bolehdigunakan sebagai kata, ayat dan satuan-satuan yang lebih besar.

    Contoh:akhirnya oleh ituboleh jadi oleh sebab itubegitu pun oleh yang demikiandengan itu sebelum itudengan demikian sekiranyadi samping itu sesungguhnyadisebabkan oleh tambahan lagi

    justeru walaupun demikianlantaran itu walau bagaimanapunmemandangkan makamalah

    Tutorial

    Jawab soalan-soalan berikut untuk dibincangkan dalam sesitutorial

    a) Lengkapkan pantun ini:

    i) ..,Dapat rusa berbelang kaki;Berguru kepalang ajar,.

    ii) Tinggi-tinggi Si Matahari,;,Baru sekarang saya mendapat

    b)Kampung seri murni telah didirikan sejak limabelas tahun yang lalu. Tetapi pembangunankampung itu sangat lambat. Penduduknyamasih lagi menggunakan air perigi danberlampukan pelita minyak tanah.

    Apakah keutuhan wacana bagi teks yang di atas?

    c ) Bina beberapa teks yang lain yang dapat menggambarkanhubungan atau kaitan aspek fonologi, semantik dan gramatisyang boleh membentuk sesebuah wacana yang utuh.Bincangkan teks anda dengan rakan-rakan yang lain.

    55

  • 8/14/2019 08 Tajuk 6 wacana

    7/7

    Modul 1 : KPLI Asas Dinamika Guru Unit 1 : Bahasa Melayu Kini

    Rumusan

    Wacana ialah keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan,pertuturan atau percakapan. Ia melebihi had ayat yang terdiri daripada ayat,sejumlah ayat, bab, cerita, dialog atau buku yang menunjukkan hubungan danperkembangan fikiran yang berurutan.

    Ab.Rahman Ab.Rashid dan Yap Kim Fatt (1997). Bahasa MelayuKomunikasi 2. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn.Bhd.

    Harimurti Kridalaksana (1978). Keutuhan Wacana dalam Dewan

    Bahasa . Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Bahasa.

    56