topik kesatuan 7 -...

24
PENGENALAN Topik ini membincangkan peruntukan undang-undang berhubung dengan kesatuan sekerja dan fungsi utamanya, iaitu untuk memulakan rundingan kolektif dan perjanjian kolektif antara majikan dan pekerja. Antara aspek yang akan diliputi termasuklah takrif kesatuan sekerja, syarat dan tatacara pendaftaran kesatuan sekerja seperti yang digariskan oleh Akta Kesatuan Sekerja 1959 (TUA 1959 Trade Unions Act 1959) dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (IRA 1967 Industrial Relationship Act 1967). Topik lain yang dibincangkan juga adalah berhubung dengan komposisi dan keahlian kesatuan sekerja, kuasa T T o o p p i i k k 7 7 Kesatuan Sekerja dan Perundingan Kolektif Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan kesatuan sekerja dan ciri-cirinya; 2. Membincangkan tatacara pendaftaran kesatuan sekerja; 3. Mengenal pasti tanggungjawab kesatuan sekerja; 4. Menerangkan maksud perundingan kolektif dan perjanjian kolektif; 5. Mengenal pasti keperluan dan halangan undang-undang berhubung dengan perundingan kolektif dan perjanjian kolektif; dan 6. Menganalisis kes yang berkaitan dengan perundingan kolektif dan perjanjian kolektif. HASIL PEMBELAJARAN

Upload: others

Post on 29-Aug-2019

107 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

� PENGENALAN

Topik ini membincangkan peruntukan undang-undang berhubung dengan kesatuan sekerja dan fungsi utamanya, iaitu untuk memulakan rundingan kolektif dan perjanjian kolektif antara majikan dan pekerja. Antara aspek yang akan diliputi termasuklah takrif kesatuan sekerja, syarat dan tatacara pendaftaran kesatuan sekerja seperti yang digariskan oleh Akta Kesatuan Sekerja 1959 (TUA 1959 � Trade Unions Act 1959) dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (IRA 1967 � Industrial Relationship Act 1967). Topik lain yang dibincangkan juga adalah berhubung dengan komposisi dan keahlian kesatuan sekerja, kuasa

TTooppiikk��

77 � Kesatuan

Sekerja dan Perundingan Kolektif

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan kesatuan sekerja dan ciri-cirinya;

2. Membincangkan tatacara pendaftaran kesatuan sekerja;

3. Mengenal pasti tanggungjawab kesatuan sekerja;

4. Menerangkan maksud perundingan kolektif dan perjanjian kolektif;

5. Mengenal pasti keperluan dan halangan undang-undang berhubung dengan perundingan kolektif dan perjanjian kolektif; dan

6. Menganalisis kes yang berkaitan dengan perundingan kolektif dan perjanjian kolektif.

HASIL PEMBELAJARAN

� TOPIK 7 KESATUAN SEKERJA DAN PERUNDINGAN KOLEKTIF

138

dan tanggungjawab kesatuan sekerja mengikut undang-undang, isu berkaitan perwakilan dan pengiktirafan kesatuan sekerja. Kes undang-undang juga akan dianalisis untuk menerangkan lagi maksud sesuatu peruntukan undang-undang. Selain itu, topik ini turut menyentuh perkara berhubung perundingan kolektif dan perjanjian kolektif, skop perjanjian kolektif dan implikasi undang-undang terhadap sesuatu perjanjian kolektif yang telah diiktiraf oleh mahkamah.

DEFINISI KESATUAN SEKERJA

TUA 1959 yang diperkenalkan oleh kerajaan berfungsi untuk mengawal selia secara sistematik kumpulan pekerja dalam perusahaan, industri atau pekerjaan. Keperluan untuk mendaftarkan kesatuan sekerja merupakan elemen penting dalam langkah pengawalan dan pengawasan aktiviti kesatuan sekerja di Malaysia.

Kesatuan sekerja mesti memenuhi semua ciri-ciri yang terkandung dalam Seksyen 2 seperti dalam Jadual 7.1.

Table 7.1: Ciri-ciri Kesatuan Sekerja

No Penerangan

(a) Dalam lingkungan spesifik sebarang pertubuhan, perdagangan, pekerjaan atau perusahaan atau dalam lingkungan perdagangan, pekerjaan atau industri yang serupa;

(b) Sama ada bersifat sementara atau tetap; dan

(c) Mempunyai satu atau lebih objektif penubuhan seperti yang berikut:

� Mengatur perhubungan antara majikan dan pekerja untuk menggalakkan perhubungan perindustrian yang baik antara pekerja dan majikan, memperbaiki syarat pekerjaan pekerja atau memperbaiki status ekonomi dan sosial mereka atau meningkatkan produktiviti;

Definisi

S. 2 TUA 1959 mentakrifkan kesatuan sekerja sebagai apa-apa pertubuhan atau gabungan pekerja atau majikan, yang dalam konteks pekerja, tempat bekerja pekerja adalah di Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak, atau dalam konteks majikan yang mengambil pekerja bekerja di Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak bergantung pada kes.

7.1

TOPIK 7 KESATUAN SEKERJA DAN PERUNDINGAN KOLEKTIF �

139

� Mengatur perhubungan antara pekerja dengan pekerja atau antara majikan dengan majikan;

� Mewakili pekerja atau majikan dalam pertikaian perdagangan;

� Tindakan atau aktiviti berkaitan pertikaian perdagangan dan perkara yang berkaitan dengannya; atau

� Mempromosi, mengadakan atau menaja tindakan mogok, sekatan masuk dalam perdagangan atau industri atau membuat peruntukan bagi tujuan pembayaran atau apa-apa faedah kepada ahli kesatuan semasa tindakan mogok atau sekatan masuk.

Berdasarkan takrif tadi, komposisi kesatuan sekerja boleh terdiri daripada: (a) Majikan atau pekerja;

(b) Di Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak; atau

(c) Dalam kategori perdagangan, pekerjaan atau perusahaan yang sama atau serupa.

Kesatuan sekerja tidak semestinya menggunakan perkataan „kesatuan‰ sebagai sebahagian namanya. Sesetengah kesatuan meletakkan perkataan „persatuan‰ (association), terutamanya jika melibatkan penyertaan golongan profesional sebagai ahlinya. Umumnya, ada tiga jenis kesatuan mengikut takrif yang diberikan dalam Seksyen 2 TUA 1959 iaitu: (a) Kesatuan sekerja dalaman (in-house trade unions);

(b) Kesatuan sekerja kebangsaan; atau

(c) Kesatuan sekerja bersekutu. Kesatuan sekerja dalaman ditubuhkan dalam pertubuhan tertentu untuk menjaga kepentingan ahlinya yang terdiri daripada kakitangan pertubuhan tersebut. Contohnya, Persatuan Pegawai Kanan Hospital Universiti, Persatuan Pegawai Bank Malaysia dan Kesatuan Pekerja UMW. Kesatuan sekerja kebangsaan dikategorikan mengikut jenis industri, perdagangan atau pekerjaan yang diwakilinya. Keahliannya terhad kepada faktor geografi iaitu kesatuan sekerja kebangsaan hanya boleh menerima ahli dari Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak. Contohnya, Kesatuan Guru Melayu, Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja Ladang.

� TOPIK 7 KESATUAN SEKERJA DAN PERUNDINGAN KOLEKTIF

140

Persatuan kesatuan sekerja bersekutu pula merupakan gabungan kesatuan sekerja dari industri, perdagangan atau pekerjaan yang serupa. Kesatuan sekerja ini tidak dibatasi oleh faktor geografi. Contohnya, Kongres Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS � Congress of Union of Employees in the Public and Civil Services).

S. 3 TUA 1967 memperuntukkan bahawa ungkapan kesatuan sekerja dalam akta ini termasuklah persatuan yang telah memohon untuk didaftarkan sebagai kesatuan sekerja.

Apakah pula definisi bagi pekerja?

Definisi

Pekerja turut ditakrifkan dalam S. 2 TUA 1959 sebagai mana-mana orang yang diambil bekerja atau yang dibayar upah sama ada sebagai pekerja sepenuh masa atau separuh masa.

Definisi

Majikan mengikut S. 2 TUA 1959 ditakrifkan sebagai mana-mana orang atau kumpulan orang, sama ada perbadanan atau bukan perbadanan yang mengambil pekerja. Ia termasuklah kerajaan dan sebarang badan berkanun.

Definisi

S. 2 TUA 1967 � KKesatuan sekerja merujuk kepada sebarang kesatuan sekerja yang didaftarkan mengikut sebarang undang-undang yang berhubung dengan pendaftaran kesatuan sekerja.

Pada pendapat anda, bagaimanakah kesatuan sekerja boleh menggalakkan perhubungan yang baik antara majikan dan pekerja? Bincangkan.

AKTIVITI 7.1

TOPIK 7 KESATUAN SEKERJA DAN PERUNDINGAN KOLEKTIF �

141

PENDAFTARAN KESATUAN SEKERJA

Seksyen 8(1) TUA 1959 mewajibkan pendaftaran kesatuan sekerja dalam tempoh sebulan selepas penubuhannya. Walau bagaimanapun, menurut SS. 8(2), ketua pengarah kesatuan sekerja boleh memanjangkan tempoh pendaftaran bagi tempoh tertentu jika difikirkan perlu tetapi mestilah tidak melebihi enam bulan.

7.2.1 Prosedur Pendaftaran Kesatuan Sekerja (S. 10 TUA 1959)

Rajah 7.1 menerangkan prosedur pendaftaran kesatuan sekerja.

Rajah 7.1: Prosedur pendaftaran kesatuan sekerja

7.2

� TOPIK 7 KESATUAN SEKERJA DAN PERUNDINGAN KOLEKTIF

142

Menurut SS. 7 TUA 1959, ketua pengarah kesatuan sekerja hendaklah menyimpan dan menguruskan senarai pendaftaran kesatuan sekerja yang telah didaftarkan dan menepati syarat yang berikut: (a) Mengandungi maklumat yang berkaitan dengan kesatuan sekerja yang

berdaftar;

(b) Sebarang pindaan dan perubahan yang memberi kesan kepada maklumat (a) di atas; dan

(c) Semua perkara lain yang perlu didaftarkan mengikut TUA 1959. Salinan entri yang diperakui sah dalam senarai daftar ialah bukti konklusif berhubung kesahihan fakta di dalamnya mengikut tarikh yang tercatat dalam salinan entri berkenaan. Kesatuan sekerja terbentuk pada tarikh pekerja atau majikan bersetuju menjadi ahli atau membentuk kesatuan atau bergabung secara khusus dalam pertubuhan, perdagangan, pekerjaan atau industri. Kesatuan atau gabungan ini boleh sama ada dalam bentuk sementara atau kekal, selagi ia memenuhi objektif penubuhan kesatuan sekerja seperti yang dinyatakan dalam nota yang terdahulu. (Rujuk S. 2 TUA 1959) Bagi tujuan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa terhadap kesatuan sekerja yang tidak berdaftar dan tanpa kewujudan sebarang bukti, penentuan tarikh penubuhan kesatuan sekerja adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.2. iaitu merujuk kepada garis panduan yang disediakan oleh S. 9 TUA 1959.

Rajah 7.2: Penentuan tarikh penubuhan kesatuan sekerja

TOPIK 7 KESATUAN SEKERJA DAN PERUNDINGAN KOLEKTIF �

143

7.2.2 Kuasa Ketua Pengarah Menolak, Membatalkan atau Menggantung Kesatuan Sekerja

S. 12(1) TUA 1959 memperuntukkan bahawa ketua pengarah perlu mendaftar kesatuan sekerja berkenaan mengikut peraturan yang telah ditetapkan apabila menerima permohonan pendaftaran kesatuan sekerja. Walau bagaimanapun, SS. 12(2) TUA 1959 juga memperuntukkan bahawa ketua pengarah boleh menolak permohonan pendaftaran jika dia berpuas hati bahawa penubuhan bukan bagi kepentingan pekerja berkenaan. Alasan yang membolehkan penolakan ini dapat dilihat dalam Jadual 7.3 (S. 12 [3] TUA 1959):

Jadual 7.3: Alasan Penolakan Permohonan Pendaftaran Kesatuan Sekerja

Alasan Menolak Pendaftaran Kesatuan Sekerja

(a) Ketua pengarah berpendapat kesatuan sekerja berkenaan akan digunakan bagi tujuan yang menyalahi undang-undang atau dengan tujuan yang bertentangan atau tidak selari dengan objektif penubuhannya dan peraturannya.

(b) Mana-mana objektif penubuhan kesatuan sekerja tersebut menyalahi undang-undang.

(c) Ketua pengarah tidak berpuas hati bahawa kesatuan sekerja tersebut telah mematuhi peruntukan undang-undang dalam TUA 1959 dan sebarang peraturannya.

(d) Ketua pengarah berpuas hati bahawa objektif, peraturan dan perlembagaan kesatuan sekerja adalah bercanggah dengan sebarang peruntukan dalam TUA 1959 atau mana-mana daripada peraturannya.

(e) Nama kesatuan sekerja yang hendak didaftarkan adalah:

(i) Sama dengan kesatuan sekerja lain yang telah didaftarkan atau hampir serupa dengan kesatuan sekerja yang lain dan ia mungkin akan mengelirukan orang awam atau ahli kesatuan sekerja yang terlibat.

(ii) Pada pendapat ketua pengarah, tidak bersesuaian untuk didaftarkan kecuali kesatuan sekerja berkenaan meminda nama tersebut kepada nama yang boleh diterima dan diluluskan oleh ketua pengarah.

� TOPIK 7 KESATUAN SEKERJA DAN PERUNDINGAN KOLEKTIF

144

S. 15 TUA 1959 memberikan kuasa kepada ketua pengarah bagi membatalkan sijil pendaftaran kesatuan sekerja atas sebab yang berikut: (a) Atas permohonan kesatuan sekerja kerana pembubaran kesatuan sekerja

daripada beroperasi; atau (b) Sekiranya ketua pengarah berpuas hati bahawa:

(i) Sijil pendaftaran diperoleh atau dikeluarkan secara penipuan (fraud) atau silap (mistake);

(ii) Mana-mana satu tujuan dan peraturan kesatuan sekerja adalah menyalahi undang-undang;

(iii) Perlembagaan kesatuan sekerja atau eksekutifnya adalah menyalahi undang-undang;

(iv) Kesatuan sekerja telah atau sedang atau akan digunakan untuk tujuan yang bercanggah dengan tujuan penubuhan atau peraturannya;

(v) Kesatuan sekerja telah melanggar peruntukan TUA 1959 atau mana-mana undang-undang yang dibuat;

(vi) Dana kesatuan sekerja telah digunakan untuk tujuan yang menyalahi undang-undang atau tidak pernah diberikan kuasa oleh mana-mana peraturan kesatuan sekerja; atau

(vii) Kesatuan sekerja tersebut telah tidak wujud lagi. Selain itu, Menteri juga mepunyai kuasa mengikut SS. 18 TUA 1959 untuk menggantung kesatuan sekerja jika Menteri berpendapat kesatuan sekerja tersebut digunakan bagi tujuan yang prejudis atau tidak selari dengan kepentingan keselamatan atau kesejahteraan awam di Malaysia. Penggantungan ini adalah untuk tempoh tidak melebihi enam bulan melalui perintah yang diwartakan.

Nyatakan situasi yang membolehkan Menteri menggantung sesebuah kesatuan sekerja.

AKTIVITI 7.2

TOPIK 7 KESATUAN SEKERJA DAN PERUNDINGAN KOLEKTIF �

145

7.2.3 Implikasi Kegagalan atau Pembatalan Pendaftaran (S. 19 TUA 1959)

Implikasinya adalah:

(a) Kesatuan sekerja akan dianggap tidak sah di sisi undang-undang dan akan hilang hak, kekebalan atau keistimewaan sebagai kesatuan sekerja yang didaftarkan tanpa prejudis terhadap sebarang liabiliti yang timbul, atau yang akan timbul yang mungkin dilaksanakan oleh pihak ketiga terhadap kesatuan sekerja tersebut dan asetnya;

(b) Kesatuan sekerja dan pegawai, ahli atau ejen kesatuan sekerja tidak boleh mengambil bahagian dalam sebarang pertikaian perdagangan atau mempromosi, menganjur atau menaja mana-mana mogok atau sekat masuk atau membiayai bayaran atau apa-apa faedah lain kepada ahlinya semasa mogok atau sekat masuk dijalankan;

(c) Kesatuan sekerja hendaklah dibubarkan dan dananya dilupuskan mengikut cara yang telah ditetapkan atau tertakluk kepada peraturan kesatuan sekerja berkenaan; dan

(d) Tidak ada orang boleh, kecuali untuk tujuan pembubaran kesatuan sekerja dan pelupusan dana kesatuan mengikut peraturan atau bagi tujuan rayuan di bawah Seksyen 71A TUA 1959 mengambil bahagian dalam pengurusan atau organisasi atau bertindak bagi pihak kesatuan atau pegawai kesatuan sekerja.

Dalam kes AAirline Employees Union lwn Malaysia Airline System Bhd (Award 38/1980), mahkamah memutuskan seperti yang berikut:

„Pada tarikh 14 April 1979, ketua pengarah telah mengeluarkan notis awam di bawah Seksyen 15 TUA 1959 untuk membatalkan pendaftaran sijil kesatuan dalam kes ini dan bermula dari tarikh tersebut, kesatuan sekerja tidak lagi wujud. Kesan pembatalannya ialah kesatuan sekerja bukan lagi sah di sisi undang-undang sebagai pihak dalam kes ini.‰

Dalam kes MMalaysian Race Horse Trainers Association lwn Kesatuan Pekerja Am Race Course (Award 193/1988), mahkamah memutuskan bahawa kesatuan terlibat tidak mendaftar secara sah. Hal ini telah disahkan oleh ketua pengarah kesatuan sekerja. Oleh itu, kesatuan sekerja tidak boleh mewakili pemohon dalam kes ini.

� TOPIK 7 KESATUAN SEKERJA DAN PERUNDINGAN KOLEKTIF

146

KEAHLIAN KESATUAN SEKERJA

Menurut peruntukan dalam TUA 1959, individu atau kumpulan orang yang berikut tidak boleh menyertai atau menjadi ahli kesatuan sekerja: (a) Sesiapa yang berumur 16 tahun dan ke bawah;

(b) Pelajar sekolah, politeknik, kolej, universiti, kolej universiti atau mana-

mana institusi pengajian yang menawarkan program pendidikan kecuali pelajar berkenaan merupakan pekerja yang bona fide dan berusia melebihi 18 tahun;

(c) Sesiapa yang bukan pekerja atau tidak diambil bekerja dalam sebarang pertubuhan, perdagangan, pekerjaan atau industri yang berhubung dengan kesatuan sekerja berdaftar berkenaan;

(d) Pegawai kerajaan tidak boleh menyertai atau menjadi ahli sebarang kesatuan sekerja atau diterima masuk sebagai ahli kesatuan sekerja; dan

(e) Sesiapa yang berkhidmat dengan badan berkanun tidak boleh menyertai atau menjadi ahli sebarang kesatuan sekerja atau diterima masuk sebagai ahli kesatuan sekerja, melainkan keahlian dalam kesatuan sekerja itu secara eksklusifnya hanya untuk pekerja bagi badan berkanun tersebut.

7.3

Berikan sebab penolakan dan pembatalan kesatuan sekerja oleh ketua pengarah.

SEMAK KENDIRI 7.1

Terangkan individu dan kategori orang yang boleh menyertai dan menjadi ahli kesatuan sekerja.

AKTIVITI 7.3

TOPIK 7 KESATUAN SEKERJA DAN PERUNDINGAN KOLEKTIF �

147

KUASA, HAK DAN TANGGUNGJAWAB KESATUAN SEKERJA

Menurut SS. 20 TUA 1959, kesatuan sekerja tidak mempunyai hak, imuniti atau keistimewaan kecuali jika kesatuan sekerja tersebut berdaftar. Antara hhak, imuniti dan kkeistimewaan kesatuan sekerja yang diiktiraf oleh TUA 1959 adalah: (a) Tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh diambil terhadap

kesatuan sekerja yang berdaftar di mahkamah sivil dalam hal pertikaian perdagangan yang ahli dalam kesatuan sekerja berkenaan adalah pihak dalam pertikaian perdagangan berkenaan;

(b) Tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh diambil terhadap kesatuan sekerja berhubung dengan perbuatan tort kecuali bagi hal yang menyentuh harta tertentu atau kegunaan harta kesatuan sekerja yang kesatuan sekerja, pemegang amanah atau pegawai masih mempunyai liabiliti terhadapnya;

(c) Setiap kesatuan sekerja mempunyai tanggungjawab terhadap kontrak yang dipersetujui olehnya atau ejennya kecuali bagi kontrak yang tidak sah di sisi undang-undang dan tidak boleh dilaksanakan oleh undang-undang; dan

(d) Kesatuan sekerja boleh didakwa dan mendakwa mana-mana pihak ketiga dengan menggunakan kapasiti (nama) kesatuan sekerja itu sendiri.

Kuasa yang diberikan oleh kesatuan sekerja adalah seperti yang berikut: (a) Membuat peraturan berkaitan dengan perhubungan antara majikan dan

pekerja, majikan dan majikan atau pekerja dengan pekerja;

(b) Mewakili majikan atau pekerja dalam pertikaian perdagangan;

7.4

Memandangkan kesatuan sekerja bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang baik antara majikan dengan pekerja, pada fikiran anda, apakah kuasa, hak dan tanggungjawab kesatuan sekerja?

AKTIVITI 7.4

� TOPIK 7 KESATUAN SEKERJA DAN PERUNDINGAN KOLEKTIF

148

(c) Melaksanakan perkara berhubung dengan pertikaian perdagangan dan perkara yang sehubungan dengannya; dan

(d) Menaja, menganjur atau membiayai mogok, sekat masuk piket yang sah.

Peruntukan

Selain itu, menurut S. 49 TUA 1959 menyatakan bahawa kesatuan sekerja boleh melakukan perkara yang berikut:

(a) Membeli atau membuat pajakan mana-mana tanah atau bangunan bagi tujuan kesatuan sekerja dan ianya tertakluk kepada undang-undang berkaitan dengan perkara berkenaan;

(b) Membuat pelaburan bagi pihak kesatuan sekerja dalam mana-mana sekuriti atau pinjaman kepada mana-mana syarikat mengikut peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan hal ehwal amanah;

(c) Mendepositkan dana kesatuan dalam Bank Simpanan Nasional, mana-mana bank yang ditubuhkan di Malaysia atau mana-mana syarikat kewangan yang merupakan anak syarikat kepada bank berkenaan; dan

(d) Membuat pelaburan dalam mana-mana koperasi yang berdaftar atau dalam mana-mana perdagangan, industri atau perniagaan perbankan yang ditubuhkan dan didaftarkan di Malaysia dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran dan kelulusan Menteri.

Di samping kuasa yang dinyatakan dalam S. 49 TUA 1959, kesatuan sekerja juga mempunyai kuasa lain seperti yang berikut: (a) Mengumpul wang atau aset lain untuk tujuan kesatuan sekerja;

(b) Mengambil pekerja dan membayar gaji mereka untuk kesatuan sekerja:

(c) Menggabungkan satu atau lebih kesatuan sekerja yang berdaftar dalam kategori yang sama iaitu dari segi jenis perdagangan, industri atau pekerjaan;

(d) Memindahkan penglibatan dengan kesatuan sekerja yang lain dalam kategori yang sama dari segi jenis perdagangan, industri atau pekerjaan; dan

(e) Membentuk satu atau lebih kesatuan sekerja dalam kategori yang sama dan bergabung dengan kesatuan sekerja persekutuan yang berdaftar.

TOPIK 7 KESATUAN SEKERJA DAN PERUNDINGAN KOLEKTIF �

149

Peruntukan

Kesatuan sekerja juga mempunyai ttanggungjawab yang mesti dilaksanakan, diperuntukkan dalam JJadual Pertama TUA 1959 iaitu:

(a) Menyatakan nama dan tempat di mana pertemuan bagi menjalankan operasi kesatuan sekerja dijalankan;

(b) Menyatakan tujuan kesatuan sekerja ditubuhkan, ke mana dana kesatuan sekerja disalurkan, syarat ahli layak menerima sebarang faedah yang diberikan kesatuan dan denda yang dikenakan terhadap ahli;

(c) Menetapkan tatacara untuk menggubal, meminda dan memansuhkan peraturan;

(d) Menjalankan pemilihan ahli eksekutif kesatuan sekerja mengikut peraturan yang telah ditetapkan;

(e) Menjaga hal ehwal kewangan dan pelaburan kesatuan sekerja;

(f) Melakukan pemeriksaan buku daftar dan menyediakan senarai nama ahli kesatuan sekerja;

(g) Menetapkan tatacara penggubalan kesatuan sekerja dan cara pembahagian dana kesatuan sekerja;

(h) Menetapkan syarat berhubung dengan penubuhan dan pembubaran cawangan kesatuan sekerja;

(i) Melaksanakan prosedur yang berkaitan dengan pemilihan dan penggunaan rahsia pengundian (secret balloting) secara kerahsiaan;

(j) Menyediakan dokumentasi yang berhubung dengan cara penyelesaian pertikaian yang dirujuk dalam Bahagian VI TUA 1959; dan

(k) Menetapkan syarat berhubung dengan penamatan keahlian jika pekerja memulakan, terlibat atau melakukan tindakan lain yang berkaitan dengan mogok yang bertentangan dengan subseksyen 25A TUA 1959.

� TOPIK 7 KESATUAN SEKERJA DAN PERUNDINGAN KOLEKTIF

150

PERWAKILAN DAN PENGIKTIRAFAN

Seperti dinyatakan tadi, pendaftaran kesatuan sekerja mengesahkan kewujudannya di sisi undang-undang. Walau bagaimanapun, bagi tujuan mewakili kumpulan pekerja tertentu, kesatuan sekerja memerlukan pengiktirafan daripada majikan. Ada empat syarat yang mesti dipatuhi sebelum kesatuan sekerja mendapat pengiktirafan oleh majikan atau pihak berkuasa lain. Syaratnya adalah seperti yang berikut: (a) Kesatuan sekerja tersebut mestilah kesatuan sekerja pekerja yang berdaftar;

(b) Kesatuan sekerja berkenaan mestilah berkelayakan bagi mewakili ahlinya mengikut lingkungan penubuhan, perdagangan, industri dan pekerjaan;

(c) Kesatuan sekerja merupakan kesatuan sekerja pekerja yang bersesuaian dengan klasifikasi keahliannya seperti kesatuan sekerja pekerja kolar putih atau bukan kolar putih; dan

(d) Kesatuan sekerja merupakan kesatuan sekerja yang mendapat mandat yang mencukupi daripada ahli untuk mewakili ahlinya.

Menurut SS. 11 IRA 1967, jika kesatuan sekerja telah diberikan pengiktirafan, tiada kesatuan sekerja yang lain boleh membuat tuntutan bagi mendapat pengiktirafan berhubung dengan kelas pekerja yang sama kecuali selepas tiga tahun telah berlalu selepas pengiktirafan itu telah diberikan, atau kesatuan sekerja yang telah diberikan pengiktirafan itu tidak wujud lagi.

Peruntukan

S. 11 IRA 1967 � Tiada kesatuan boleh menuntut pengiktirafan berhubung dengan kesatuan sekerja yang telah diiktiraf kecuali setelah tiga tahun berlalu selepas pengiktirafan tersebut diberikan atau selepas kesatuan sekerja yang diiktiraf tersebut telah tidak wujud lagi.

7.5

TOPIK 7 KESATUAN SEKERJA DAN PERUNDINGAN KOLEKTIF �

151

DEFINISI PERUNDINGAN KOLEKTIF

Perundingan kolektif merujuk kepada siri rundingan antara majikan dan sekumpulan pekerja bagi menentukan syarat pekerjaan. Hasil daripada perundingan kolektif ini ialah perjanjian kolektif.

Biasanya, perkara yang dirunding adalah berhubung dengan syarat dan peraturan kerja dan tugas pekerja atau perkara yang berhubung dengan perhubungan antara kedua-dua pihak ini, termasuklah: (a) Syarat pekerjaan seperti gaji, masa bekerja dan faedah berbentuk pekuniari

atau bukan pekuniari;

(b) Perkara berhubung keadaan atau suasana tempat kerja seperti keadaan fizikal tempat kerja, keselamatan pekerja dan keselesaan tempat kerja; dan

(c) Perhubungan antara pekerja dan majikan seperti aspek disiplin, faedah pemberhentian dan lain-lain.

Definisi

S. 2 IRA 1967 � PPerundingan kolektif bermaksud siri rundingan dengan tujuan untuk mencapai suatu perjanjian kolektif.

7.6

Din pekerja am di Syarikat Indah Seri Sdn Bhd. Dia telah dipecat kerana tindakan salah laku. Kesatuan Sekerja Pegawai dan Eksekutif ingin mewakilinya dalam perbicaraan siasatan dalaman. Putuskan sama ada kesatuan sekerja tersebut mempunyai lokus standi untuk mewakilinya dalam hal ini.

AKTIVITI 7.5

Terangkan syarat yang mesti dipatuhi oleh kesatuan sekerja bagi mendapat pengiktirafan majikan.

SEMAK KENDIRI 7.2

� TOPIK 7 KESATUAN SEKERJA DAN PERUNDINGAN KOLEKTIF

152

Apabila kesatuan sekerja telah diiktiraf oleh majikan atau kesatuan sekerja majikan, S. 13(1) IRA 1967 memberikan perakuan yang berikut:

Rajah 7.3: Pengiktirafan menurut Seksyen 13 (1) IRA 1967 Pelawaan yang hendak dibuat oleh mana-mana pihak perlulah secara bertulis, dan hendaklah menyatakan cadangan bagi perjanjian kolektif. Perkara yang tidak boleh dimasukkan dalam cadangan perundingan kolektif dinyatakan dalam S. 13(3) IRA 1967 seperti yang berikut: (a) Kenaikan pangkat oleh majikan terhadap mana-mana pekerja daripada

kategori atau gred yang lebih rendah kepada kategori atau gred yang lebih tinggi;

(b) Pertukaran pekerja dalam profesion perniagaan, perdagangan atau kerja dalam organisasi majikan dengan syarat pertukaran itu tidak menyebabkan perubahan yang merugikan pekerja berhubung dengan terma-terma pekerjaannya;

(c) Pengambilan mana-mana pekerja oleh majikan bagi melantiknya sekiranya wujud kekosongan dalam organisasinya;

(d) Penamatan perkhidmatan seorang pekerja oleh majikan atas alasan lebihan pekerja atau penyusunan semula profesion, perniagaan, perdagangan atau kerja majikan atau kriteria bagi penamatan tersebut;

TOPIK 7 KESATUAN SEKERJA DAN PERUNDINGAN KOLEKTIF �

153

(e) Pemecatan dan pengembalian semula pekerjaan bagi pekerja oleh majikan;

(f) Penugasan semula tanggungjawab atau tugasan tertentu kepada pekerja yang selari dan bertepatan dengan terma pekerjaan.

Walau bagaimanapun, tiada apa-apa pun dalam perkara tersebut boleh melarang kesatuan sekerja pekerja untuk menimbulkan persoalan yang bersifat umum berkaitan dengan tatacara kenaikan pangkat pekerja, tanpa mengira bahawa persoalan itu tidak menjadi sebahagian daripada cadangan dalam mana-mana perbincangan dengan majikan (sama ada perbincangan itu berlangsung dalam perundingan kolektif atau tidak).

Dalam kes KKongres Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam lwn Kesatuan Pekerja dalam Kesatuan Sekerja (Award 130/1980) mahkamah memutuskan bahawa kegagalan perundingan kolektif dan juga kegagalan menandatangani perjanjian kolektif adalah berdasarkan dua faktor yang berikut:

(a) Majikan berhujah bahawa kesatuan sekerja pekerja tidak mempunyai lokus standi kerana sebahagian besar daripada ahlinya telah berhenti daripada menjadi ahli kesatuan sekerja pekerja terbabit; dan

(b) Majikan enggan menandatangani perjanjian kolektif disebabkan majoriti pekerja gembira dengan kedudukan gaji semasa dan syarat pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan.

Walau bagaimanapun, mahkamah berpendapat bahawa apa pun kedudukan keahlian kesatuan sekerja tidak sepatutnya menimbulkan isu lokus standi selepas kesatuan sekerja mendapat pengiktirafan oleh majikan. Oleh itu, majikan memutuskan bahawa kesatuan mempunyai hak untuk menjalankan perundingan kolektif. Hujah majikan adalah tanpa merit dan bercanggah dengan polisi umum.

Pada pendapat anda, apakah situasi yang memerlukan perundingan kolektif?

AKTIVITI 7.6

� TOPIK 7 KESATUAN SEKERJA DAN PERUNDINGAN KOLEKTIF

154

PERJANJIAN KOLEKTIF

Apakah yang dimaksudkan dengan perjanjian kolektif?

Peruntukan

S. 14(1) IRA 1967 � Perjanjian kolektif mestilah dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh pihak dalam perjanjian itu atau oleh individu yang diberi kuasa bagi pihak tersebut.

Perjanjian kolektif mesti mempunyai terma yang berikut (S. 14(2) IRA 1967): (a) Nama pihak dalam perjanjian itu;

(b) Tempoh perjanjian berkuat kuasa yang tidak boleh kurang dari tiga tahun atau lebih dari lima tahun dari tarikh kuat kuasa perjanjian;

(c) Prosedur pengubahsuaian dan penamatan perjanjian; dan

(d) Prosedur penyelarasan berhubung dengan tafsiran tentang perlaksanaan atau tafsiran perjanjian dan rujukan tentang sebarang persoalan kepada mahkamah bagi mendapatkan keputusan.

Definisi

S. 2 IRA 1967 � Perjanjian kolektif ialah perjanjian bertulis yang dipersetujui antara majikan atau kesatuan sekerja majikan di satu pihak dengan kesatuan sekerja pekerja di pihak satu lagi dan ia berhubung dengan syarat dan peraturan pekerjaan atau berkaitan dengan perhubungan antara kedua-duanya.

7.7

Apakah perkara yang tidak dibenarkan untuk dikemukakan dalam perundingan kolektif?

SEMAK KENDIRI 7.3

TOPIK 7 KESATUAN SEKERJA DAN PERUNDINGAN KOLEKTIF �

155

Sebarang terma atau syarat pekerjaan yang terkandung dalam perjanjian kolektif yang kurang menguntungkan atau bertentangan dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis adalah tidak sah dan tidak terpakai setakat itu sahaja (S. 14[3] IRA 1967).

SKOP PERJANJIAN KOLEKTIF

Skop perjanjian kolektif menekankan kepada dua persoalan utama iaitu apa dan siapa yang termasuk dalam perjanjian berkenaan.

Dalam kes Equatorial Hotel lwn National Union of Hotel Bar and Restaurant Workers (Award 88/1982), mahkamah merujuk kepada Seksyen 2 IRA 1967 yang memperuntukkan bahawa kandungan utama perjanjian ialah berkaitan dengan:

(a) Perhubungan antara majikan dan kesatuan sekerja; dan

(b) Terma dan syarat pekerjaan.

Persoalan berhubung dengan siapa telah diputuskan dalam kes KK. Shanmugam (Trainer) lwn Race Course General Employees Union (Award 266/1983) dan mahkamah memutuskan bahawa apabila nama jurulatih tidak wujud dalam senarai (Persatuan Jurulatih Kuda Lumba Malaysia), maka jurulatih terbabit tidak terikat dengan perjanjian kolektif berkenaan.

TEMPOH PERJANJIAN KOLEKTIF

Apakah yang anda fahami berkenaan tempoh perjanjian kolektif?

Peruntukan

Mengikut S. 14(2) IRA 1967, tempoh perjanjian kolektif tidak boleh kurang dari tiga tahun atau lebih dari lima tahun dari tarikh perjanjian mula berkuat kuasa.

Prinsip ini terpakai dalam kes MMalaysia Milk Sdn Bhd lwn National Union of Drink Manufacturing Industry Workers (Award 204/1983).

7.9

7.8

� TOPIK 7 KESATUAN SEKERJA DAN PERUNDINGAN KOLEKTIF

156

Selain daripada perjanjian kolektif yang termeterai hasil daripada persetujuan bersama selepas proses rundingan kolektif yang berjaya, ada kalanya perjanjian kolektif boleh terhasil melalui suatu award yang diputuskan oleh Mahkamah Perusahaan. Ini berlaku apabila mana-mana pihak dalam pertikaian perdagangan membuat rujukan ke mahkamah di bawah S. 26(1) atau (2) IRA 1967. Perjanjian kolektif ini timbul akibat perundingan kolektif yang tidak berjaya serta menyebabkan pertikaian perdagangan. Award oleh mahkamah sebegini mesti menyatakan tempoh perjanjian ini mesti berkuat kuasa.

PERAKUAN DAN KESAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PERJANJIAN KOLEKTIF

Sekarang, anda akan mempelajari pula subtopik mengenai perakuan dan kesan undang-undang terhadap perjanjian kolektif.

Peruntukan

S. 16(1) IRA 1967 � Salinan perjanjian kolektif yang bertandatangan hendaklah dikemukakan oleh pihak berkenaan kepada pendaftar dalam masa satu bulan dari tarikh perjanjian itu dibuat. Pendaftar pula hendaklah membawa perjanjian tersebut kepada perhatian mahkamah untuk mendapatkan perakuannya.

S. 16(2) IRA 1967 seterusnya memperuntukkan bahawa mahkamah boleh mengikut budi bicaranya mengambil tindakan berikut: (a) Enggan memberikan perakuan terhadap perjanjian kolektif yang disimpan

jika mahkamah berpendapat bahawa perjanjian itu tidak mematuhi peruntukan dalam Seksyen 14; atau

7.10

Apakah�perbezaan�antara�perjanjian�kolektif�dan�perundingan�kolektif?�

AKTIVITI 7.7

TOPIK 7 KESATUAN SEKERJA DAN PERUNDINGAN KOLEKTIF �

157

(b) Sebelum memberikan perakuan terhadap perjanjian kolektif mengehendaki supaya sebarang pindaan dibuat kepada mana-mana bahagian yang tidak mematuhi peruntukan dalam Seksyen 14 seperti yang diperintahkan oleh mahkamah.

Jika mana-mana pihak kepada perjanjian kolektif tersebut gagal mematuhi arahan mahkamah, maka mahkamah boleh meminda perjanjian kolektif itu setelah memberi peluang yang munasabah untuk didengar kepada pihak-pihak tersebut. Perjanjian kolektif yang telah dipinda itu hendaklah disifatkan sebagai perjanjian kolektif antara pihak berkenaan.

Dalam kes MMalayan Commercial Banks Association lwn National Union of Bank Employees (Award 117/1982), mahkamah telah memberikan garis panduan berhubung dengan kandungan setiap perjanjian kolektif untuk perakuan mahkamah. Formatnya adalah seperti yang berikut:

Bahagian I: Perkara Berkanun Mengandungi peruntukan mengikut Seksyen 14 IRA 1967.

Bahagian II: Perhubungan antara Majikan dan Kesatuan Sekerja Pekerja Mengandungi syarat dan terma hubungan antara pihak yang terlibat dalam perjanjian kolektif berkenaan.

Bahagian III: Terma dan Syarat Pekerjaan Mengandungi tanggungjawab majikan dan syarat pekerjaan untuk pekerja. Peruntukan juga merujuk kepada peruntukan yang terkandung dalam Akta Kerja 1955 dan perkara yang berkaitan dengan pampasan kepada pekerja dan faedah lain yang berkaitan dengannya.

Perjanjian kolektif yang diberikan pengiktirafan mahkamah dianggap sebagai award dan merupakan perjanjian yang mengikat pihak yang berikut (S. 17[1] IRA 1967): (a) Pihak dalam perjanjian termasuk dalam mana-mana kes apabila satu pihak

merupakan kesatuan sekerja majikan, kesemua ahli kesatuan sekerja yang perjanjian itu berkaitan dengan pengganti, pemegang serah hak atau penerima pindahan mereka; dan

(b) Kesemua pekerja yang bekerja atau kemudiannya diambil bekerja dalam

pengusahaan atau sebahagian daripada pengusahaan yang perjanjian itu berkaitan.

� TOPIK 7 KESATUAN SEKERJA DAN PERUNDINGAN KOLEKTIF

158

Sehubungan dengan itu, bermula dari tarikh tersebut dan bagi tempoh seperti yang ditetapkan dalam perjanjian kolektif, hendaklah menjadi syarat tersirat kontrak antara pekerja dengan majikan yang terikat dengan perjanjian itu bahawa kadar gaji yang hendak dibayar dan syarat pekerjaan yang hendak dipatuhi mengikut kontrak hendaklah menurut perjanjian itu melainkan dipinda oleh perjanjian terkemudian atau oleh keputusan mahkamah (S. 17[2] IRA 1967).

� S. 2 TUA 1959 mentakrifkan kesatuan sekerja sebagai apa-apa pertubuhan

atau gabungan pekerja atau majikan, yang dalam konteks pekerja, tempat bekerja pekerja adalah di Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak, atau dalam konteks majikan yang mengambil pekerja bekerja di Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak.

� Ada tiga ciri utama kesatuan sekerja iaitu:

– Dalam lingkungan pertubuhan, perdagangan, pekerjaan atau perusahaan (industri) yang spesifik, atau dalam lingkungan perdagangan, pekerjaan atau industri yang serupa;

– Sama ada bersifat sementara atau tetap; dan

– Mempunyai satu atau lebih objektif penubuhan tertentu. � Prosedur pendaftaran kesatuan sekerja adalah seperti yang berikut:

– Setiap permohonan pendaftaran perlu dikemukakan kepada ketua pengarah, menggunakan borang yang ditetapkan dan ditandatangani oleh sekurang-kurangnya tujuh ahli kesatuan dan mana-mana daripada mereka mestilah pegawai kesatuan sekerja; dan

– Setiap permohonan perlu disertakan dengan yuran yang ditetapkan dan salinan bercetak peraturan kesatuan sekerja yang membuat permohonan tersebut serta pernyataan tentang butiran tertentu (nama, pekerjaan dan alamat ahli; nama kesatuan sekerja dan alamat ibu

Bincangkan kesan perjanjian kolektif terhadap pihak dalam perjanjian.

AKTIVITI 7.8

TOPIK 7 KESATUAN SEKERJA DAN PERUNDINGAN KOLEKTIF �

159

pejabat; jawatan, nama, umur, alamat dan pekerjaan pegawai kesatuan sekerja; dan maklumat lain yang berkaitan).

� Kesatuan sekerja mempunyai tanggungjawab yang mesti dilaksanakan

seperti diperuntukkan dalam Jadual Pertama TUA 1959. Antaranya adalah seperti yang berikut:

– Menyatakan nama dan tempat di mana pertemuan bagi menjalankan operasi kesatuan sekerja dijalankan;

– Menyatakan tujuan kesatuan sekerja ditubuhkan, ke mana dana kesatuan sekerja disalurkan, syarat ahli layak menerima sebarang faedah yang diberikan kesatuan dan denda yang dikenakan terhadap ahli;

– Menetapkan tatacara untuk menggubal, meminda dan memansuhkan sesuatu peraturan;

– Menjalankan pemilihan ahli eksekutif kesatuan sekerja mengikut peraturan yang telah ditetapkan; dan

– Menjaga hal ehwal kewangan dan pelaburan kesatuan sekerja; � S. 2 IRA 1967 menyatakan bahawa perundingan kolektif bermaksud siri

rundingan dengan tujuan untuk mencapai perjanjian kolektif. Manakala, S. 2 IRA 1967 mentakrifkan perjanjian kolektif sebagai perjanjian bertulis yang dipersetujui antara majikan atau kesatuan sekerja majikan yang di satu pihak dengan kesatuan sekerja pekerja di pihak satu lagi dan ia berhubung dengan syarat dan peraturan pekerjaan atau berkaitan dengan perhubungan antara kedua-duanya.

� Skop perjanjian kolektif menekankan kepada dua persoalan utama iaitu apa

dan siapa yang termasuk dalam perjanjian berkenaan. � S. 16(1) IRA 1967 � Salinan perjanjian kolektif yang bertandatangan

hendaklah dikemukakan oleh pihak terlibat kepada pendaftar dalam masa satu bulan dari tarikh perjanjian itu dibuat. Pendaftar pula hendaklah membawa perjanjian tersebut kepada perhatian mahkamah untuk mendapatkan perakuannya.

� TOPIK 7 KESATUAN SEKERJA DAN PERUNDINGAN KOLEKTIF

160

� S. 16(2) IRA 1967 seterusnya memperuntukkan bahawa mahkamah boleh mengikut budi bicaranya mengambil tindakan yang berikut:

– Enggan memberikan perakuan terhadap perjanjian kolektif yang disimpan jika mahkamah berpendapat bahawa perjanjian itu tidak mematuhi peruntukan dalam Seksyen 14; atau

– Sebelum memberikan perakuan terhadap perjanjian kolektif mengehendaki supaya sebarang pindaan dibuat kepada mana-mana bahagian yang tidak mematuhi peruntukan dalam Seksyen 14 seperti diperintahkan oleh mahkamah.

Kesatuan sekerja

Kesatuan sekerja bersekutu

Kesatuan sekerja dalaman

Kesatuan sekerja kebangsaan

Kuasa kesatuan sekerja

Pengiktirafan

Perakuan undang-undang

Perjanjian kolektif

Perundingan kolektif

Perwakilan