pengenalan - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/bbek1103/83263... · topik...

27
PENGENALAN Kita sentiasa menggunakan perkataan „ekonomi‰ dalam kehidupan seharian kita. Apakah maksud sebenar „ekonomi‰? Ekonomi merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan kita. Bidang-bidang pendidikan, agama, perumahan, kesihatan, pengangkutan, pertahanan dan sebagainya memiliki ciri-ciri yang boleh dibincangkan dari sudut ekonomi. Dalam erti kata lain, ekonomi adalah teori yang memberi kesan kepada kehidupan individu dan masyarakat secara keseluruhan. T T o o p p i i k k 1 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma „ekonomi‰; 2. Membezakan mikroekonomi dan makroekonomi; 3. Membincangkan tiga persoalan asas ekonomi; 4. Menerangkan konsep kekurangan, pilihan dan kos melepas dengan menggunakan keluk kemungkinan pengeluaran; 5. Menghuraikan bagaimana sistem ekonomi menjawab ketiga-tiga persoalan asas ekonomi; dan 6. Menilai proses aliran pusingan pendapatan dalam ekonomi tanpa campur tangan kerajaan. HASIL PEMBELAJARAN

Upload: doanthu

Post on 30-Jan-2018

345 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83263... · Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan

PENGENALAN

Kita sentiasa menggunakan perkataan „ekonomi‰ dalam kehidupan seharian kita. Apakah maksud sebenar „ekonomi‰? Ekonomi merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan kita. Bidang-bidang pendidikan, agama, perumahan, kesihatan, pengangkutan, pertahanan dan sebagainya memiliki ciri-ciri yang boleh dibincangkan dari sudut ekonomi. Dalam erti kata lain, ekonomi adalah teori yang memberi kesan kepada kehidupan individu dan masyarakat secara keseluruhan.

TTooppiikk

11 Pengenalan

kepada Ekonomi

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan terma „ekonomi‰;

2. Membezakan mikroekonomi dan makroekonomi;

3. Membincangkan tiga persoalan asas ekonomi;

4. Menerangkan konsep kekurangan, pilihan dan kos melepas dengan menggunakan keluk kemungkinan pengeluaran;

5. Menghuraikan bagaimana sistem ekonomi menjawab ketiga-tiga persoalan asas ekonomi; dan

6. Menilai proses aliran pusingan pendapatan dalam ekonomi tanpa campur tangan kerajaan.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83263... · Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 2

Dalam topik ini, kita akan membincangkan ekonomi daripada segi konsep, definisi dan kepentingannya dalam pembuatan keputusan berkenaan penggunaan sumber dengan cekap.

SKOP DAN KAEDAH ILMU EKONOMI

Sejak dari permulaan sistem bermasyarakat, individu telah berinteraksi antara satu sama lain untuk memuaskan kehendak mereka. Masyarakat juga berinteraksi dengan alam sekitar untuk mendapatkan sumber alam semula jadi sebagai keperluan penting dalam kehidupan mereka. Ekonomi adalah berkaitan dengan aktiviti harian masyarakat dan individu yang berinteraksi antara satu sama lain.

Bidang ekonomi sebagai satu cabang ilmu wujud disebabkan oleh pertembungan antara sumber yang terhad dan kehendak manusia yang tidak terbatas. Justeru itu, kedua-duanya perlu berlaku secara serentak. Sekiranya kedua-dua kehendak manusia dan sumber terbatas, maka tiada lagi masalah untuk membuat pilihan dan ekonomi sebagai satu bidang juga tidak akan wujud.

1.1.1 Kaedah Ekonomi

Kaedah adalah cara yang sistematik dan tersusun untuk menghasilkan fakta baru yang mungkin tidak dapat dijelaskan sebelum ini.

Ekonomi biasanya didefinisikan sebagai kajian bagaimana masyarakat menggunakan sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak mereka yang tidak terbatas. Kekurangan sumber atau sumber yang terhad merupakan persoalan asas yang menjadi tunggak kepada bidang ekonomi.

1.1

Apa yang menyebabkan kewujudan bidang ekonomi? Adakah benar bahawa ianya muncul disebabkan oleh sumber terhad dan kehendak manusia yang tidak terbatas? Bincangkan.

AKTIVITI 1.1

Page 3: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83263... · Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 3

Ekonomi dianggap sebagai salah satu bidang sains kerana dalam penyelidikan ekonomi, kita menggunakan kaedah saintifik. Sebagai seorang ahli penyelidik ekonomi, kita akan cuba membentuk hubungan antara pemboleh ubah atau kejadian dengan pemboleh ubah dan kejadian yang lain dengan membentuk teori.

Seterusnya, kita akan memastikan kesahihan sesuatu teori itu dengan menggunakan data yang telah diambil. Sekiranya data yang dianalisis mengesahkan teori tersebut, maka teori ekonomi itu akan bertukar menjadi hukum ekonomi. Hukum ekonomi ini akan diguna pakai sehingga munculnya teori baru yang lain. Rajah 1.1 di bawah menerangkan proses penghasilan teori ekonomi.

Rajah 1.1: Proses pembentukan teori ekonomi

Teori adalah kesimpulan yang dibuat melalui pemerhatian yang dilakukan secara umum.

Page 4: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83263... · Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 4

1.1.2 Mikroekonomi dan Makroekonomi

Penyelidikan dalam bidang ekonomi kebiasaannya dipecahkan kepada dua kategori umum iaitu mikroekonomi dan makroekonomi. Seterusnya, kita akan membincangkan maksud kedua-dua kategori ini.

Rajah 1.2: Kategori penyelidikan ekonomi

Berdasarkan kepada definisi di atas, penyelidikan ke atas permintaan dan harga ayam merupakan penyelidikan mikroekonomi. Begitu juga keputusan yang anda buat apabila anda memilih untuk menyambung pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi kerana ia secara tidak langsung melibatkan penyelidikan mikroekonomi terhadap kos dan faedah yang akan anda diperoleh daripada keputusan tersebut. Walau bagaimanapun, penyelidikan mikroekonomi tidak semestinya terasing daripada penyelidikan makroekonomi kerana kedua-duanya melibatkan gelagat masyarakat dalam membuat keputusan. Sebagai contoh, dalam membuat

Makroekonomi melibatkan sektor dan pemboleh ubah dengan skop yang lebih luas seperti pengeluaran dan pendapatan negara, permintaan dan penawaran agregat, pergerakan tahap harga umum dan isu seperti pengangguran dan inflasi.

Mikroekonomi memberi tumpuan kepada operasi dan keputusan yang dibuat oleh unit pembuat keputusan seperti isi rumah, firma dan industri.

Page 5: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83263... · Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 5

keputusan berkaitan pengajian lanjutan, keputusan tersebut mungkin melibatkan seorang individu. Akan tetapi, keputusan tersebut dibuat dengan mengambil kira pemboleh ubah makroekonomi seperti kadar pengangguran. Anda mungkin mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian anda kerana ada kajian yang mengatakan bahawa kadar pengangguran dalam kalangan mereka yang tidak memiliki ijazah atau diploma adalah tinggi.

KEKURANGAN, PILIHAN DAN KOS MELEPAS

Sebagai seorang pelajar, anda mungkin pernah teringin untuk memiliki barangan yang di luar kemampuan anda. Ini adalah salah satu masalah asas ekonomi. Anda mungkin terpaksa menangguhkan perancangan anda untuk membeli sesuatu barangan atau menikmati juadah di restoran kegemaran anda kerana anda perlu terlebih dahulu menjelaskan yuran pengajian anda atau membeli buku rujukan. Anda juga mungkin merasakan yang anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk belajar, berjumpa dengan rakan dan berehat. Pendapatan dan masa yang terhad menyebabkan anda perlu membuat keputusan yang terbaik dalam mengagihkan pendapatan dan masa anda. Masalah yang sama juga dihadapi oleh masyarakat; mereka juga perlu membuat pilihan antara pelbagai pilihan yang ada. Oleh itu, bagi ahli ekonomi, setiap isu perlu dilihat dari sudut kos dan faedah yang akan dijana. Ini dilakukan kerana kewujudan masalah kekurangan.

1.2.1 Masalah Kekurangan

Apakah yang dimaksudkan dengan „masalah kekurangan‰? Kehendak manusia dan masyarakat terhadap barang, modal dan lain-lain adalah tidak terbatas dan tidak berkesudahan. Namun begitu, keupayaan untuk memenuhi setiap kehendak ini terutamanya dari sudut keupayaan untuk menghasilkan semua barangan dan perkhidmatan ini adalah terbatas. Ini terjadi kerana sumber yang diperlukan untuk menghasilkan semua barangan dan perkhidmatan ini wujud dalam kuantiti yang terhad. Dalam erti kata lain, kita menghadapi masalah kekurangan sumber.

Masalah kekurangan muncul apabila kehendak material kita melebihi keupayaan kita untuk memenuhinya oleh kerana sumber yang terbatas.

1.2

Page 6: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83263... · Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 6

Justeru, kekurangan yang merupakan masalah utama dalam ekonomi wujud disebabkan oleh pilihan yang dilakukan oleh individu dan masyarakat. Kekurangan merupakan satu konsep yang relatif. Sebagai contoh, walaupun pengeluaran minyak adalah tinggi, minyak dianggap sebagai sumber yang terhad kerana setiap individu yang memerlukannya, tidak dapat memilikinya sebanyak yang mungkin secara percuma.

Sebahagian daripada masalah kekurangan boleh diatasi dengan:

(a) Menggunakan sepenuhnya kesemua sumber yang ada;

(b) Menaik taraf keupayaan sumber dan teknologi;

(c) Menaik taraf tahap kecekapan sistem pengeluaran dan pengagihan; dan

(d) Mengagihkan semula barangan atau pendapatan dalam kalangan ahli masyarakat.

1.2.2 Pilihan dan Kos Melepas

Berdasarkan kepada definisi ekonomi yang dibincangkan di atas, dua isu asas dalam ekonomi adalah:

(a) Keperluan untuk membuat keputusan; dan

(b) Mengenal pasti kos melepas apabila sesuatu keputusan diambil.

Penilaian kos dan faedah adalah asas dalam membuat keputusan. Dalam bidang ekonomi, penilaian kos dan faedah bukanlah suatu yang mudah kerana ia memerlukan pengukuran yang tepat. Walau bagaimanapun, konsep kos melepas sesuai untuk digunakan sebagai satu kaedah yang tepat untuk mengukur kos dan faedah dalam bidang ekonomi. Kos melepas untuk sesuatu aktiviti yang

Individu dan masyarakat perlu memilih antara beberapa pilihan yang ada; dan kos melepas adalah nilai pilihan terbaik yang tidak dipilih atau terpaksa dilepaskan.

Ekonomi adalah satu kajian tentang bagaimana individu dan masyarakat memilih untuk menggunakan sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak material mereka yang tidak terbatas, dengan cara yang terbaik dan paling optimum.

Page 7: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83263... · Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 7

dijalankan adalah faedah terbaik yang terpaksa dikorbankan apabila aktiviti tersebut dilakukan. Faedah yang dikorbankan atau dilepaskan ini adalah faedah yang mungkin boleh dinikmati sekiranya alternatif ini dipilih. Untuk mendapatkan faedah daripada sesuatu aktiviti terbaik, kita perlu mengorbankan aktiviti terbaik yang lain. Kos melepas wujud untuk semua pilihan yang melibatkan pelbagai alternatif. Sebagai contoh, atas kejayaan cemerlang anda dalam pelajaran, ayah anda memberi anda pilihan sama ada untuk pergi melancong ke luar negara atau membeli kereta baru sebagai hadiah. Memandangkan anda memang telah lama mengimpikan kedua-duanya, anda perlu membuat keputusan yang terbaik. Sekiranya anda memilih untuk melancong, maka kos melepas anda adalah nilai kereta yang mungkin dibeli oleh ayah anda; sekiranya kereta menjadi pilihan anda, kos melepas yang anda terpaksa tanggung adalah peluang untuk melancong ke luar negara.

LATIHAN 1.1

Apakah yang dimaksudkan dengan masalah kekurangan, pilihan dan kos melepas?

SEMAK KENDIRI 1.1

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH (S).

1. Makroekonomi memberi tumpuan kepada pemboleh ubah agregat seperti pendapatan negara, tahap guna tenaga dan inflasi.

2. Sesuatu produk dianggap sebagai terhad sekiranya jumlah yang diperlukan oleh masyarakat melebihi jumlah yang boleh diperoleh masyarakat secara percuma.

3. Konsep harga tidak akan bermakna untuk masyarakat yang tidak menggunakan wang sebagai alat perantara pertukaran.

4. Apabila anda membuat keputusan untuk mempelajari prinsip ekonomi, anda akan menanggung kos melepas.

Page 8: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83263... · Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 8

HAD PENGELUARAN

Kita semua sedia maklum tentang masalah kekurangan sumber yang dihadapi oleh masyarakat yang menyebabkan mereka perlu membuat pilihan. Konsep kekurangan dan pilihan boleh diterangkan dengan lebih jelas dengan menggunakan konsep keluk kemungkinan pengeluaran (KKP). Dalam bidang ekonomi, pelbagai model telah digunakan untuk mengkaji gelagat individu. Keluk kemungkinan pengeluaran adalah model asas yang digunakan oleh ahli ekonomi untuk mengkaji konsep kekurangan, pilihan dan kos melepas. Sebelum kita membincangkan konsep keluk kemungkinan pengeluaran, kita perlu terlebih dahulu membuat beberapa andaian untuk memudahkan analisis yang akan dilakukan. Pertamanya, kita andaikan bahawa ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barangan iaitu barangan pengguna dan barangan modal. Keduanya, kita andaikan bahawa kedua-dua barangan tersebut boleh dikeluarkan dengan menggunakan sumber ekonomi yang sama. Ketiganya, kita andaikan bahawa dalam jangka masa pendek, sumber yang diperuntukkan dan tahap teknologi kekal pada tahap yang sama. Akhir sekali, kita andaikan bahawa sumber ekonomi akan digunakan sepenuhnya dan secara cekap. Satu contoh keluk kemungkinan pengeluaran ditunjukkan dalam Rajah 1.3.

Rajah 1.3: Contoh keluk kemungkinan pengeluaran

1.3.1 Jadual Kemungkinan Pengeluaran

Jadual kemungkinan pengeluaran menyenaraikan semua kombinasi output yang boleh dikeluarkan dengan sekumpulan input. Kos melepas boleh diukur daripada jadual kemungkinan pengeluaran.

1.3

Page 9: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83263... · Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 9

Jadual 1.1 menunjukkan kombinasi output yang boleh dikeluarkan dalam sesebuah ekonomi.

Jadual 1.1: Jadual Kemungkinan Pengeluaran

Kombinasi Barangan Pengguna (Unit) Barangan Modal (Unit)

A 0 15

B 4 14

C 7 12

D 9 9

E 11 5

F 12 0

Seperti yang ditunjukkan di jadual di atas, pada kombinasi A, semua sumber yang ada digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan barangan modal. Sebaliknya, pada kombinasi F, semua sumber digunakan untuk menghasilkan barangan pengguna. Pada kombinasi B hinggan E, kedua-dua jenis barangan dihasilkan pada kuantiti yang berbeza. Sebagai contoh, sekiranya kombinasi C dipilih, maka tujuh unit barangan pengguna dan 12 unit barangan modal akan dihasilkan. Sekiranya kombinasi D yang menjadi pilihan, sembilan unit barangan pengguna dan sembilan unit barangan modal akan dihasilkan. Sekiranya kita andaikan yang kita berada pada titik kombinasi B, perubahan ke titik kombinasi C akan melibatkan kos melepas. Kos melepas yang perlu ditanggung apabila kita beralih dari titik B (empat unit barangan pengguna dan 14 unit barangan modal) ke titik C (tujuh unit barangan pengguna dan 12 unit barangan modal) adalah (12-14)/(7-4) = -2/3. Dalam erti kata lain, untuk meningkatkan satu unit barangan pengguna, barangan modal perlu dikurangkan sebanyak 2/3 unit. Sebaliknya, peralihan dari kombinasi D ke kombinasi E akan melibatkan kos melepas sebanyak (5-9)/(11-9) = -2. Ini bermakna, untuk meningkatkan satu unit barangan pengguna, kita perlu mengurangkan barangan modal sebanyak dua unit. Contoh di atas menerangkan konsep hukum kos melepas meningkat.

Page 10: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83263... · Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 10

1.3.2 Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP)

Keluk kemungkinan pengeluaran adalah diagram yang diperoleh daripada jadual kemungkinan pengeluaran. Oleh itu, keluk kemungkinan pengeluaran boleh digunakan untuk menerangkan konsep kos melepas. Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan output optimum yang boleh dihasilkan oleh sejumlah input. Keluk kemungkinan pengeluaran yang ditunjukkan di Rajah 1.4 adalah berdasarkan kepada Jadual 1.1.

Rajah 1.4: Keluk kemungkinan pengeluaran

Berikut adalah ciri-ciri utama keluk kemungkinan pengeluaran: (a) Keluk kemungkinan pengeluaran sebagai had atau margin Keluk ini menunjukkan margin kapasiti pengeluaran sesuatu masyarakat

dengan menggunakan institusi, sumber dan teknologi sedia ada. Sesebuah negara mungkin ingin memiliki lebih banyak kuantiti barangan yang wujud (seperti titik M pada Rajah 1.4) tetapi kehendak ini tidak boleh dicapai dengan menggunakan sumber dan teknologi yang sedia ada. Titik M menunjukkan masalah kekurangan yang dihadapi oleh sesebuah negara.

(b) Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan pengeluaran maksimum

yang boleh dicapai apabila semua sumber digunakan sepenuhnya dan dengan cekap

Pengeluaran boleh dilakukan pada kawasan yang berada dalam lingkungan keluk kemungkinan pengeluaran. Namun dalam kawasan ini,

Page 11: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83263... · Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 11

sumber tidak digunakan sepenuhnya dengan cekap. Sebagai contoh, titik T di Rajah 1.4 menunjukkan penggunaan sumber yang tidak cekap.

(c) Keluk kemungkinan pengeluaran memiliki kecerunan yang negatif Kecerunan yang negatif menunjukkan bahawa pengeluaran sesuatu

barangan perlu dikurangkan untuk meningkatkan pengeluaran barangan yang lain. Ia juga menunjukkan bahawa setiap pilihan yang dibuat akan melibatkan kos melepas. Untuk mendapatkan satu unit tambahan sesuatu barangan, kita perlu mengurangkan kuantiti barangan yang satu lagi.

(d) Keluk kemungkinan pengeluaran beralih apabila pertumbuhan ekonomi berlaku

Pertumbuhan ekonomi mungkin berlaku apabila jumlah dan kualiti sumber meningkat atau apabila teknologi menjadi lebih baik. Peralihan keluk kemungkinan pengeluaran bergantung kepada jenis sumber yang berubah dan bentuk perubahan teknologi yang berlaku.

Andaikan penaikan taraf teknologi berlaku dalam penghasilan barangan

pengguna. Ini bermakna dengan menggunakan sumber yang sama, barangan pengguna boleh dihasilkan dengan lebih banyak (dua kali ganda sebagai contoh). Ini akan menyebabkan pergerakan di paksi barangan pengguna seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.5.

Rajah 1.5: Pergerakan keluk kemungkinan pengeluaran

Sekarang, andaikan pula berlaku peningkatan dalam jumlah tenaga buruh dan pengeluaran barangan pengguna yang menggunakan lebih banyak tenaga buruh berbanding pengeluaran barangan modal. Ini akan menyebabkan pergerakan keluk kemungkinan pengeluaran seperti pada Rajah 1.6.

Page 12: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83263... · Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 12

Rajah 1.6: Pergerakan dalam keluk kemungkinan pengeluaran

(e) Keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk cembung ke atas Apabila keluk kemungkinan pengeluaran bercerun ke atas, kecerunannya

akan meningkat. Peningkatan kecerunan ini bermakna hukum kos melepas meningkat akan berlaku. Peningkatan kos melepas berlaku apabila jumlah unit sesuatu barangan yang perlu dikorbankan untuk memperoleh satu unit tambahan barangan yang lain meningkat. Dalam Jadual 1.1., apabila kita bergerak dari kombinasi A ke kombinasi B dan kombinasi C, kos melepas untuk pengeluaran barangan pengguna akan meningkat. Sebaliknya, apabila kita bergerak dari kombinasi C ke kombinasi B dan kombinasi A, kos melepas untuk barangan modal yang akan meningkat.

Peningkatan kos melepas ini berlaku kerana jenis dan ciri-ciri sumber yang

digunakan adalah berbeza-beza. Sesetengah sumber adalah lebih produktif apabila digunakan untuk pengeluaran sesuatu barangan. Semasa kita mengukur kos melepas, kita tidak boleh membandingkan titik yang berada di bawah lingkungan keluk kemungkinan pengeluaran (seperti titik T di Rajah 1.4) dengan titik yang berada di atas keluk kemungkinan pengeluaran. Kombinasi di titik T tidak menggunakan sumber secara cekap. Justeru, ianya tidak boleh dianggap sebagai alternatif terbaik kepada kombinasi yang berada di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran.

(f) Pilihan antara dua jenis barangan (barangan pengguna dan barangan

modal) adalah penting untuk menentukan tahap pertumbuhan ekonomi Berdasarkan Rajah 1.7, kita dapat lihat masyarakat memilih kombinasi B di

mana pengeluaran barangan pengguna lebih besar daripada pengeluaran barangan modal. Sebaliknya, Rajah 1.8 menunjukkan masyarakat memilih untuk mengeluarkan lebih banyak barangan modal berbanding barangan

Page 13: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83263... · Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 13

pengguna. Selepas tempoh masa tertentu, pertumbuhan ekonomi adalah lebih tinggi untuk keadaan yang digambarkan pada Rajah 1.8 berbanding pada Rajah 1.7. Ini berlaku kerana barangan modal akan lebih menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi berbanding barangan pengguna. Oleh itu, keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan bahawa masyarakat menghadapi masalah untuk memilih kombinasi pengeluaran yang terbaik antara kedua barangan ini.

Rajah 1.7: Kesan pemilihan lebih banyak barangan pengguna

Rajah 1.8: Kesan pemilihan lebih banyak barangan modal

Page 14: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83263... · Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 14

PERSOALAN ASAS EKONOMI DAN SISTEM EKONOMI

Masalah kekurangan sumber menyebabkan masyarakat terpaksa membuat pilihan. Terdapat tiga persoalan asas yang perlu dijawab dalam proses pembuatan pilihan. Rajah 1.9 di bawah menunjukkan ketiga-tiga persoalan tersebut.

1.4

Terangkan bagaimana konsep kekurangan, pilihan dan kos melepas boleh digambarkan melalui keluk kemungkinan pengeluaran.

SEMAK KENDIRI 1.2

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH (S).

1. Sekiranya ekonomi beroperasi di dalam lingkungan keluk kemungkinan pengeluaran, penambahan output boleh diperoleh tanpa sebarang peningkatan kos.

2. Keluk kemungkinan pengeluaran boleh menerangkan konsep kekurangan, kos melepas, kecekapan dan pilihan.

3. Sesuatu masyarakat boleh bergerak sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran tanpa perlu menanggung kos melepas.

LATIHAN 1.2

Pada pendapat anda, bagaimanakah kos melepas mempengaruhi bentuk cembung keluk kemungkinan pengeluaran? Bincangkan dengan rakan kelas anda.

AKTIVITI 1.2

Page 15: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83263... · Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 15

Rajah 1.9: Persoalan asas ekonomi

1.4.1 Persoalan Asas Ekonomi

(a) Apakah yang sepatutnya dikeluarkan? Masyarakat perlu menentukan apakah jenis barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan melalui sumber yang terhad untuk memaksimumkan kepuasan mereka. Kombinasi barangan yang dipilih perlu berada di atas keluk kemungkinan pengeluaran kerana ianya adalah kombinasi yang cekap. Apabila jenis output yang diperlukan telah dikenal pasti, masyarakat seterusnya perlu menentukan jumlah pengeluaran bagi setiap output yang dipilih. Keluk puas sama masyarakat menunjukkan kepentingan relatif setiap barangan daripada kaca mata masyarakat tersebut. Sekiranya mereka memilih untuk mengeluarkan lebih banyak barangan pengguna, ini bermakna penggunaan barangan pengguna memberi lebih kepuasan kepada mereka berbanding barangan modal walaupun barangan modal boleh meningkatkan pengeluaran pada masa hadapan.

(b) Bagaimanakah ia patut dihasilkan?

Setelah menentukan jenis dan kuantiti output yang akan dihasilkan, masyarakat seterusnya perlu menentukan bagaimana output tersebut patut dihasilkan. Di sini, kita memerlukan satu mekanisme yang membolehkan kita untuk mengalihkan sumber daripada industri yang mempunyai permintaan yang rendah kepada industri yang mempunyai permintaan

Page 16: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83263... · Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 16

yang tinggi. Dalam ekonomi pasaran bebas, peralihan ini akan berlaku melalui mekanisme pasaran. Sumber diagihkan melalui proses permintaan dan penawaran. Melalui proses ini, sumber akan bergerak ke industri yang menawarkan bayaran yang tertinggi. Manakala firma yang berada di dalam industri berkenaan perlu menggunakan sumber ini dengan cekap untuk mengelakkan daripada berlakunya pembaziran.

(c) Untuk siapakah ia patut dihasilkan?

Setelah sesuatu barangan dan perkhidmatan dihasilkan, ia perlu diagihkan. Barangan pengguna akan diagihkan kepada pengguna dan barangan modal kepada pengeluar. Satu mekanisme patut wujud untuk tujuan pengagihan ini. Dalam ekonomi pasaran bebas, tugas ini dilakukan oleh mekanisme harga. Sekiranya pengguna atau pengeluar mampu untuk membeli barangan pada harga yang ditawarkan, mereka akan dapat memiliki barangan yang mereka perlukan.

1.4.2 Sistem Ekonomi

Sebelum ini, kita telah menyatakan bahawa masyarakat perlu menjawab tiga persoalan asas ekonomi iaitu apakah yang patut dikeluarkan, bagaimanakah dan untuk siapakah ianya patut dihasilkan. Bagaimana persoalan ini akan dijawab bergantung kepada jenis sistem ekonomi yang diamalkan oleh masyarakat tersebut. Seterusnya, kita akan membincangkan empat jenis sistem ekonomi yang asas. Walaupun sesetengah negara tidak boleh dimasukkan ke dalam mana-mana kategori ini, kita masih lagi boleh mengkategorikan mereka berdasarkan kepada ciri-ciri utama ekonomi mereka. Keempat-empat sistem ini ditunjukkan dalam Rajah 1.10.

Sistem ekonomi merujuk kepada kaedah atau cara sesebuah negara mengurus tadbir ekonominya. Adakah benar bahawa campur tangan kerajaan dalam aktiviti ekonomi berlaku disebabkan oleh kelemahan sistem ekonomi pasaran bebas? Bincangkan di dalam kelas tutorial anda.

AKTIVITI 1.3

Page 17: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83263... · Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 17

Rajah 1.10: Sistem ekonomi

(a) Sistem Tradisional

Sistem ini adalah sistem yang tertua dan paling berpengaruh. Tamadun dunia yang terawal kebanyakannya memiliki ciri-ciri sistem ini. Dalam dunia serba moden hari ini, kita mungkin tidak menyedari bahawa ketiga-tiga persoalan asas ekonomi boleh dijawab berdasarkan sistem ini. Sebagai contoh, di Kedah, kenapakah aktiviti penanaman padi masih lagi kekal sebagai sumber utama pendapatan kebanyakan penduduknya walaupun terdapat sektor lain yang lebih maju dan berdaya saing? Kenapakah masih lagi terdapat ramai penduduk yang menanam semula getah walaupun mereka tahu yang harga getah tidak stabil dan sering turun naik? Situasi di atas berlaku kerana ia berkait rapat dengan tradisi masyarakat berkenaan. Kemungkinan besar, penanam padi dan getah terus kekal dengan aktiviti mereka kerana ianya adalah aktiviti tradisi mereka dan bukannya kerana mereka mengikut permintaan pasaran. Begitu juga dengan corak penggunaan. Kenapakah kita masih lagi makan nasi sekurang-kurangnya sekali sehari, walaupun ada pelbagai jenis makanan yang boleh memberikan zat dan nutrien yang sama atau lebih baik? Apa yang ingin ditunjukkan di sini adalah tanpa kita menyedarinya, sistem tradisional masih lagi memainkan peranan yang penting dalam menyelesaikan persoalan ekonomi sesebuah masyarakat.

(b) Sistem Pasaran Bebas atau Sistem Harga Sistem pasaran bebas atau sistem harga merujuk kepada sistem di mana semua keputusan yang diambil adalah berdasarkan kepada kehendak pasaran. Perkara seperti buruh, tanah, barangan dan perkhidmatan serta masa, memiliki nilai dan harga pasaran mereka yang tersendiri. Di dalam sistem ini, ketiga-tiga persoalan ekonomi dijawab melalui mekanisme pasaran. Sistem pasaran berfungsi dengan teratur walaupun tiada sebarang organisasi yang menyelaraskan semua keputusan yang dibuat.

Page 18: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83263... · Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 18

Masyarakat menggunakan harga sebagai petunjuk kepada pengeluar untuk menentukan apa yang patut dikeluarkan. Persaingan harga pula akan memastikan persoalan „bagaimanakah‰ dapat diselesaikan. Seterusnya, persoalan „untuk siapakah‰ dapat diselesaikan dengan harga kerana mereka yang akan membeli adalah mereka yang memiliki wang dan mempunyai kesanggupan untuk membeli. Kebanyakan kajian ekonomi yang akan anda temui kelak seperti teori pengguna dan pengeluar adalah berkaitan sistem harga. Namun, dalam kebanyakan kajian makroekonomi, peranan kerajaan akan juga dimasukkan disebabkan oleh kepentingannya dalam dunia sebenar. Berikut adalah ciri-ciri utama sistem pasaran bebas:

(i) Hak milik peribadi;

(ii) Kepentingan peribadi;

(iii) Tiada campur tangan kerajaan; dan

(iv) Sistem harga.

Kebaikan sistem pasaran bebas adalah dari segi pengagihan sumber. Pasaran bebas akan menyebabkan sumber diagihkan dengan cekap. Ini berlaku kerana semua sumber akan diagihkan kepada sektor yang sanggup membayar harga yang tertinggi. Namun, keburukan sistem ini adalah ia akan menyebabkan berlakunya pengagihan kekayaan yang tidak saksama. Akibatnya, mereka yang tidak mampu untuk bersaing akan ketinggalan. Sistem ini juga akan menyebabkan barangan awam tidak dihasilkan kerana pengeluaran barangan ini tidak akan memaksimumkan keuntungan pengeluarnya.

(c) Sistem Perancangan Berpusat Di dalam sistem ekonomi perancangan berpusat, kesemua persoalan ekonomi akan diselesaikan oleh kerajaan melalui satu badan perancangan pusat. Segala aktiviti ekonomi dan sosial akan dikawal selia oleh badan tersebut. Ciri-ciri utama sistem ini adalah seperti berikut:

(i) Pemilikan harta oleh kerajaan Semua sumber ekonomi seperti tanah, sumber asli dan kemudahan awam seperti pengangkutan, sistem komunikasi dan perbankan dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan.

Page 19: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83263... · Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 19

(ii) Perancangan ekonomi berpusat Semua perancangan ekonomi ditentukan oleh kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat. Perancangan tersebut meliputi segala aspek seperti apa yang akan dikeluarkan oleh negara, bagaimana proses pengeluaran akan dilaksanakan dan bagaimana kesaksamaan dapat dicapai.

(iii) Kebebasan yang terhad Pengeluar tidak memiliki kebebasan dalam memilih barangan dan perkhidmatan yang mereka keluarkan kerana penggunaan sumber dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Walau bagaimanapun, pengguna bebas untuk memilih barangan dan perkhidmatan yang telah dihasilkan.

(d) Sistem Ekonomi Campuran

Kebanyakan negara di dunia kini mengamalkan sistem ekonomi campuran. Walau bagaimanapun, tahap campuran yang diamalkan bergantung kepada sejauh mana campur tangan kerajaan dalam sistem ekonomi. Sebagai contoh, Amerika boleh dianggap sebagai sebuah ekonomi yang mengamalkan sistem kapitalis. Namun, kerajaannya masih lagi memainkan peranan yang besar terutamanya dalam pelaksanaan sistem cukai dan kebajikan. Semasa berlakunya serangan pengganas pada 11 September 2011, penglibatan kerajaan Amerika semakin meningkat dan ini menunjukkan bahawa secara realitinya, Amerika tidak mengamalkan sistem kapitalisme sepenuhnya. Tujuan utama kerajaan campur tangan dalam sistem ekonomi adalah untuk menampung kelemahan sistem pasaran bebas. Kerajaan akan mengeluarkan arahan dan peraturan untuk membolehkannya mengutip cukai dan memberi subsidi. Kerajaan juga boleh mengarahkan supaya barangan awam yang kurang mendapat sambutan pengeluar seperti elektrik, air dan pengangkutan dihasilkan. Selain daripada itu, kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam menstabilkan ekonomi dan menjana pertumbuhan ekonomi.

Secara ringkas, terangkan melalui penulisan perbezaan antara dua sistem ekonomi berikut:

(a) Sistem tradisional dan sistem pasaran bebas/sistem harga.

(b) Sistem perancangan berpusat dan sistem ekonomi campuran.

AKTIVITI 1.4

Page 20: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83263... · Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 20

ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

Dalam ekonomi pasaran, masyarakat dipecahkan kepada dua kumpulan utama: pengguna dan pengeluar. Jika anda masih ingat definisi ekonomi seperti yang dibincangkan pada awal topik, pengguna boleh didefinisikan sebagai sekumpulan individu yang memiliki kehendak dan keperluan yang tidak terbatas, manakala pengeluar adalah mereka yang menggunakan sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak tersebut. Walau bagaimanapun, kedua-dua kumpulan ini bukanlah dua entiti yang berbeza dan terpisah kerana pada masa yang sama, pengguna boleh menjadi pengeluar dan sebaliknya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.11.

1.5

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH (S).

1. Dalam sistem pasaran bebas, semua keputusan ekonomi dilakukan oleh pasaran di mana harga dan produktiviti merupakan faktor utama dalam menentukan barangan apakah yang patut dikeluarkan, bagaimanakah untuk mengeluarkan barangan tersebut dan untuk siapakah barangan tersebut dikeluarkan.

2. Dalam ekonomi perancangan berpusat, sumber pengeluaran dimiliki oleh individu.

3. Kos melepas berkurangan menyebabkan keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk cekung.

LATIHAN 1.3

Page 21: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83263... · Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 21

Rajah 1.11: Kumpulan masyarakat dalam ekonomi pasaran

Konsep pengguna dan pengeluar adalah berkaitan dengan aliran pusingan penggunaan iaitu penggunaan barangan akhir dan penggunaan sumber. Sebaliknya, di dalam aliran pusingan pendapatan, isi rumah dikategorikan sebagai pembekal sumber dan pengeluar sebagai pembekal barangan pengguna. Isi rumah akan memperoleh pendapatan daripada jualan sumber seperti buruh, tanah dan modal kepada firma. Mereka seterusnya akan menggunakan pendapatan ini untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh firma. Manakala firma pula akan memperoleh pendapatan daripada jualan barangan dan perkhidmatan yang seterusnya akan digunakan untuk membayar sumber yang digunakan. Aliran pusingan ini ditunjukkan dalam Rajah 1.12. Secara ringkasnya, isi rumah mengambil dua jenis keputusan. Pertama, ia perlu menentukan jumlah faktor pengeluaran yang dimiliki yang akan dijual di pasaran faktor pengeluaran untuk memperoleh pendapatan. Kedua, ia perlu menentukan kuantiti barangan dan perkhidmatan yang perlu dibeli dengan menggunakan pendapatan mereka. Manakala bagi firma, keputusan yang perlu dibuat adalah berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan yang perlu dikeluarkan dan jumlah input atau faktor pengeluaran yang perlu dibeli daripada isi rumah.

Page 22: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83263... · Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 22

Rajah 1.12: Aliran pusingan faktor pengeluaran dan barangan

Page 23: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83263... · Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 23

Isikan tempat kosong.

1. Kekurangan wujud apabila permintaan yang _____________ bertemu dengan sumber yang ________________.

2. Tiga persoalan utama yang disebabkan oleh kekurangan dan yang perlu diselesaikan oleh sistem ekonomi adalah: _________ patut dikeluarkan, ____________ sumber yang digunakan dalam pengeluaran dan ____________ yang akan memperoleh barangan yang dihasilkan.

3. Apabila ahli ekonomi berbicara tentang harga dan kos, apa yang dimaksudkan olehnya adalah nilai terbaik bagi ____________ yang terpaksa dilepaskan apabila sesuatu keputusan diambil. Konsep ini dikenali sebagai ____________ atau kos alternatif. Kos ini wujud secara implisit dalam setiap keputusan yang diambil.

4. _____________ adalah kajian berkaitan dengan tahap guna tenaga, inflasi, cukai, kadar pertukaran, pendapatan negara dan lain-lain pemboleh ubah agregat. _____________ pula lebih tertumpu kepada bagaimana pengguna dan firma membuat keputusan dan berinteraksi sesama mereka.

5. Interaksi yang berlaku antara isi rumah, firma dan kerajaan ditunjukkan melalui model _____________.

6. Sekiranya kombinasi output yang dihasilkan berada di dalam lingkungan keluk kemungkinan pengeluaran, maka sebahagian daripada sumber adalah _____________; manakala titik yang berada di luar lingkungan keluk kemungkinan pengeluaran adalah _____________.

7. Keluk kemungkinan pengeluaran yang normal berbentuk cembung kerana kos melepas adalah _____________. Kos untuk mengeluarkan barangan meningkat apabila tahap pengeluaran meningkat disebabkan oleh masalah pulangan _____________.

8. Peranan kerajaan dalam sistem kapitalisme adalah sangat minimum dan berdasarkan kepada dasar _____________. Tiada sebarang masyarakat yang mengamalkan sistem kapitalisme atau sistem perancangan berpusat yang tulen. Kebanyakan negara mengamalkan sistem ekonomi _____________.

LATIHAN 1.4

Page 24: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83263... · Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 24

Soalan Berstruktur Andaikan sebuah negara A yang mengeluarkan dua jenis barangan; barangan pengguna dan barangan pertanian. Andaikan juga yang keluk kemungkinan pengeluaran untuk negara A berbentuk cembung seperti biasa. Dengan meletakkan barangan pengguna di paksi Y dan barangan pertanian di paksi X, gambarkan kesan keadaan seperti di bawah kepada keluk kemungkinan pengeluaran negara A. Lakarkan keluk bagi setiap keadaan dalam diagram yang berbeza dengan mengandaikan keluk asal adalah sama sebelum berlakunya sebarang perubahan.

(a) Pertumbuhan teknologi berlaku di sektor pertanian sahaja.

(b) Pertumbuhan teknologi berlaku di sektor barangan pengguna sahaja.

(c) Tahap pendidikan semua pekerja meningkat dalam tempoh masa tiga tahun.

(d) Pelaburan dalam barangan modal berkurangan selama satu dekad.

(e) Beberapa juta ekar tanah pertanian berjaya diperoleh melalui tambakan laut.

LATIHAN 1.5

Page 25: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83263... · Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 25

Berdasarkan kepada rajah di bawah, tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH (S).

(a) Sekiranya kedua-dua negara memiliki sumber yang sama, negara U akan memiliki teknologi yang lebih maju berbanding negara R.

(b) Kedua-dua negara menghadapi pulangan berkurangan dalam pengeluaran kedua-dua jenis barangan.

(c) Pelaburan di negara R lebih tinggi pada titik d berbanding titik c.

(d) Sekiranya negara R berada pada titik a, ia boleh bergerak ke titik d.

(e) Titik a untuk kedua-dua negara menggambarkan ketidakcekapan dan pembaziran sumber.

(f) Kos melepas adalah malar sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran negara U.

(g) Penggunaan di negara R melebihi pelaburan pada titik d.

(h) Setiap negara boleh mengalami pertumbuhan yang pantas apabila mereka bergerak di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran ke arah barangan modal.

(i) Negara R boleh bergerak ke titik e dari titik c tanpa perlu menanggung sebarang kos.

(j) Sekiranya kedua-dua negara menggunakan tahap teknologi yang sama, negara R akan memiliki lebih banyak sumber berbanding negara U.

LATIHAN 1.6

Page 26: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83263... · Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 26

Berikut adalah peta konsep yang boleh membantu anda untuk

menggambarkan isi kandungan yang dibincangkan di dalam topik ini.

Ekonomi adalah satu cabang ilmu yang mengkaji bagaimana individu dan masyarakat mengagihkan sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terbatas. Penyelidikan ekonomi memberi tumpuan kepada pilihan yang dibuat oleh masyarakat.

Pilihan perlu dilakukan disebabkan oleh masalah kekurangan. Oleh itu,

pilihan melibatkan kos melepas. Kos melepas merujuk kepada nilai alternatif terbaik yang terpaksa dilepaskan.

Page 27: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83263... · Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI 27

Masalah kekurangan muncul kerana sumber yang terhad dan kehendak dan keperluan yang tidak terbatas. Oleh itu, muncul persoalan apakah yang patut dihasilkan, bagaimanakah proses pengeluaran patut dijalankan dan siapakah yang patut memperoleh barangan yang dihasilkan. Ketiga-tiga persoalan ini diselesaikan berdasarkan kepada sistem ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat.

Penyelidikan ekonomi terdiri daripada penyelidikan mikro dan makro.

Mikroekonomi melibatkan kajian berkenaan individu manakala kajian makroekonomi melihat ekonomi secara keseluruhan.

Terdapat empat jenis sistem ekonomi yang utama: Sistem tradisional, sistem

pasaran bebas, sistem perancangan berpusat dan sistem ekonomi campuran. Namun begitu, kebanyakan ekonomi mengamalkan sistem ekonomi campuran disebabkan oleh campur tangan dan peranan yang dimainkan oleh kerajaan.

Ekonomi

Kekurangan

Keluk kemungkinan pengeluaran (KKP)

Kos melepas

Makroekonomi

Mikroekonomi

Sistem ekonomi campuran

Sistem pasaran bebas/sistem harga

Sistem perancangan berpusat

Sistem tradisional