10. oumm2103 topic 6 - ?· semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah ditandatangan dan...

Download 10. OUMM2103 Topic 6 - ?· Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah ditandatangan dan diterima;…

Post on 17-Mar-2019

212 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

p

PENGENALAN

Apakah pendapat anda tentang apa yang disebut di atas?

Di Amerika Syarikat, kajian menunjukkan lebih ramai orang sedang berusaha memulakan perniagaan sendiri daripada berkahwin atau mendapatkan anak. Satu daripada setiap 25 orang dewasa terlibat secara aktif dalam percubaan memulakan perniagaan baharu.

Sumber: Diadaptasi daripada Zimmerer & Scarborough (1998).

TTooppiikk

66 Memulakan

Sebuah Usaha Niaga

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan tiga jenis perniagaan dan tiga peringkat dalammemulakan sebuah perniagaan;

2. Menerangkan tujuh langkah dan proses dalam membeli perniagaanyang sedia ada;

3. Menjelaskan struktur, kelebihan dan kelemahan francais;

4. Membincangkan struktur sah untuk perniagaan baharu; dan

5. Mengenal pasti enam sumber modal untuk usahawan.

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 72

Tahukah anda siapa itu seorang usahawan? Mengikut Dictionary.com, usahawan adalah seorang yang mengelolakan sebuah perusahaan, terutamanya sebuah perniagaan, biasanya dengan inisiatif dan risiko yang tinggi. Adakah anda berminat untuk menjadi seorang usahawan? Tahukan anda bagaimana untuk menubuhkan sebuah perniagaan? Di dalam topik ini, kita akan membincangkan jenis-jenis perniagaan. Terdapat tiga jenis perniagaan iaitu perniagaan baharu, perniagaan sedia ada dan francais. Di samping itu, kita juga akan melihat struktur perniagaan baharu yang sah dan sumber modal untuk aktiviti perniagaan.

JENIS USAHA NIAGA

Terdapat beberapa cara untuk memulakan perniagaan. Tiga cara yang paling lazim digunakan adalah memulakan perniagaan baharu, membeli perniagaan sedia ada dan memulakan francais, seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 6.1.

Rajah 6.1: Tiga cara memulakan sebuah usaha niaga Kita akan membincangkan ketiga-tiga cara ini dalam subtopik yang berikut.

PERNIAGAAN BAHARU

Dalam memulakan perniagaan baharu, adalah penting untuk anda mengetahui tentang:

(a) Maksud perniagaan baharu;

(b) Peringkat-peringkat dalam memulakan perniagaan baharu; dan

(c) Kelebihan dan kelemahan perniagaan baharu.

6.2.1 Maksud Perniagaan Baharu

Apakah itu perniagaan baharu? Sebuah perniagaan baharu adalah syarikat yang baharu ditubuhkan. Ia adalah suatu proses di mana seorang usahawan

6.2

6.1

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 73

membuka sebuah perniagaan yang benar-benar baharu. Sesetengah daripada perniagaan ini dimulakan dengan keadaan berikut:

Usahawan memulakan perniagaan mereka dengan sendiri;

Usahawan menggunakan wang simpanan sendiri atau meminjam daripada orang lain; dan

Usahawan mencipta produk atau perkhidmatan baharu. Seorang usahawan yang ingin memulakan sebuah perniagaan baharu biasanya memerlukan pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan minat yang mendalam dalam bidang yang diceburi.

6.2.2 Fasa dalam Perniagaan Baharu

Sebuah perniagaan baharu akan melalui tiga fasa iaitu fasa pra-permulaan, fasa permulaan dan fasa pasca permulaan. Sekarang, mari kita lihat Rajah 6.2 yang menunjukkan tiga peringkat ini.

Rajah 6.2: Fasa perniagaan baharu

6.2.3 Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Baharu

Perniagaan baharu ada kelebihan dan kelemahannya. Jadual 6.1 menunjukkan enam kelebihan dan lima kelemahan perniagaan baharu.

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 74

Jadual 6.1: Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Baharu

Kelebihan KKelemahan

(a) Bebas membuat keputusan sendiri contohnya tentang bila, bagaimana dan apa jenis produk atau perkhidmatan.

(b) Boleh menggunakan idea sendiri dan membentuk imej sendiri dengan memahami perasaan pengguna.

(c) Bebas memilih lokasi, kilang, peralatan, produk atau perkhidmatan, pekerja, pembekal dan bank. Unsur-unsur ini akan menentukan kejayaan sebuah perniagaan.

(d) Boleh mengelak duluan, polisi, tatacara dan komitmen perundangan yang tidak diingini tetapi biasanya dihadapi perniagaan sedia ada.

(e) Tiada reputasi yang perlu dihadapi kerana ia adalah perniagaan yang baharu.

(f) Boleh melakukan perubahan kepada perniagaan tersebut.

(a) Memerlukan masa, wang dan usaha yang banyak untuk mencari lokasi strategik, memperolehi lesen, membeli mesin, mencari pembekal, mengambil dan melatih pekerja untuk melakukan aktiviti pengiklanan.

(b) Di peringkat permulaan, usahawan akan meraih keuntungan yang sikit atau menghadapi kerugian kerana terpaksa berbelanja besar untuk memperolehi pelbagai benda yang diperlukan untuk memulakan perniagaan.

(c) Tiada rekod perniagaan yang boleh digunakan untuk membuat unjuran jualan, perbelanjaan dan keuntungan.

(d) Tiada pelanggan sedia ada, usaha yang banyak diperlukan untuk menarik pelanggan, jualan berkembang dengan perlahan dan masa yang lama akan berlalu sebelum perniagaan itu membawa keuntungan.

(e) Susah mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan kerana mereka kurang yakin dengan perniagaan baharu berbanding dengan perniagaan yang sudah ditubuhkan.

Anda bercadang menjual keropok makanan laut. Bagaimanakah anda akan memulakan perniagaan baharu anda?

AKTIVITI 6.1

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 75

MEMBELI PERNIAGAAN SEDIA ADA

Dalam membeli sebuah perniagaan yang sudah wujud, adalah penting untuk anda mengetahui: (a) Maksud membeli perniagaan sedia ada; (b) Langkah dan proses membeli perniagaan sedia ada; (c) Kelebihan membeli perniagaan sedia ada; dan (d) Kelemahan membeli perniagaan sedia ada.

6.3.1 Maksud Membeli Perniagaan Sedia Ada

Membeli sebuah perniagaan sedia ada bermakna membeli atau memperoleh saham atau semua aset sebuah syarikat atau perniagaan yang sudah wujud. Jika anda sedang berfikir hendak menjalankan perniagaan sendiri, membeli sebuah perniagaan yang sudah ditubuhkan memerlukan usaha yang kurang berbanding dengan memulakan perniagaan baharu. Mengikut sesetengah pakar perniagaan, ia adalah cara yang paling selamat dan berkesan untuk usahawan melibatkan diri dalam perniagaan. Namun demikian, anda tetap memerlukan masa dan usaha untuk mencari perniagaan yang bersesuaian dengan diri anda. Dengan membeli sebuah syarikat yang sudah wujud, anda boleh mengembangkan syarikat tersebut dan memasuki pasaran baharu.

6.3.2 Langkah dan Proses Membeli Perniagaan Sedia Ada

Dalam membeli sebuah perniagan sedia ada, anda harus mempertimbangkan beberapa langkah dan proses seperti berikut:

6.3

1. Takrifkan perniagaan baharu.

2. Senaraikan tiga peringkat perniagaan baharu.

3. Apakah faktor kritikal dalam menilai perniagaan baharu?

SEMAK KENDIRI 6.1

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 76

(a) KKeutamaan Peribadi Seorang usahawan perlu mempertimbangkan faktor peribadi, cara hidup dan aspirasi diri. Sebelum mula mencari perniagaan sedia ada untuk dibeli, fikirkan apa yang boleh anda berikan kepada perniagaan tersebut dan apa yang anda ingin dapatkan daripadanya.

(i) HHarapan anda dari segi pendapatan Apakah tahap keuntungan yang anda perlukan untuk memenuhi keperluan anda?

(ii) KKomitmen anda Adakah anda bersedia untuk bekerja keras dan membuat pelaburan setakat yang diperlukan untuk menjayakan perniagaan itu?

(iii) KKelebihan anda Peluang perniagaan jenis apa akan membolehkan anda menggunakan latar belakang, pengalaman dan kemahiran anda?

(iv) JJenis perniagaan Contohnya perniagaan tunggal ataupun perkongsian.

(v) SSektor perniagaan yang anda minat Pelajari selok-belok industri pilihan anda supaya anda boleh membandingkan perniagaan yang berlainan.

(b) PPeluang Perniagaan

Anda boleh mencari peluang dengan membaca iklan, membincangkan peluang dengan broker perniagaan dan menyelidik sumber industri. Jangan tergoda untuk membeli perniagaan pertama yang nampak bagus; siasat dulu secara objektif. Jumpa dengan penjual atau broker perniagaan untuk mengenali perniagaan yang akan dipertimbangkan. Mereka harus memberikan anda laporan kewangan ringkas, sejarah, harga dan tujuan jualan. Ini akan membolehkan anda mengetahui tentang perniagaan tersebut dan berapa lamakah ia sudah sedia untuk dijual.

(c) MMeninjau Sasaran Yang Berpotensi

Sasaran yang berpotensi mesti disiasat dengan teliti untuk menentukan bagaimana ia sedang diurus dan dijaga. Untuk perniagaan perkhidmatan, cuba berbual dengan para pekerja dan pelanggan. Sediakan senarai semakan maklumat yang diperlukan. Ia patut mengandungi perkara berikut: (i) Akaun kewangan yang lengkap mengenai operasi, termasuk semua

pulangan cukai pendapatan dan cukai jualan sekurang-kurangnya untuk tiga tahun.

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 77

(ii) Senaraikan semua aset yang akan dipindah milik kepada pemilik baharu, termasuk pecahan untuk semua inventori sehingga tempoh perkiraan yang terakhir.

(d) PPengaturan Pembiayaan Tanpa pembiayaan yang betul, pembelian perniagaan tidak boleh berjalan dengan berjaya. Terdapat beberapa pilihan pembiayaan. Ini mesti diselidik dengan berhati-hati untuk membuat pilihan terbaik untuk keperluan anda. Pada umumnya, peminjam memerlukan: (i) Butir terperinci tentang perniagaan / jualan; (ii) Akaun untuk tiga tahun yang lepas; (iii) Unjuran kewangan (jika tiada rekod akaun); dan (iv) Maklumat aset dan liabiliti peribadi anda.

(e) JJalankan Usaha Wajar Dalam menjalankan usaha ini anda perlu bekerja seperti seorang detektif. Di sini anda perlu mengumpul maklumat dengan menjalankan siasatan, pencarian dan pertanyaan. Ia penting untuk apa-apa sa