open university malaysia -...

2
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 30 September 2015 PEKELlLlNG PEJABAT PENDAFTAR (6/2015) Semua Bakal Graduan Open University Malaysia (OUM) MAJLlS KONVOKESYEN KE-18 (21 HINGGA 22 DISEMBER 2015) Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Terlebih dahulu, dengan sukacitanya saya mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada semua bakal graduan OUM Majlis Konvokesyen ke-18 (MK18). Adalah dimaklumkan bahawa MK18 OUM akan diadakan pada 21 - 22 Disember 2015 (Isnin - Selasa) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. 2. Berikut adalah perkara-perkara penting untuk perhatian bakal-bakal Graduan: 2.1 Pelajar Pra-siswazah (Sarjana Muda dan Diploma) yang akan bergraduat ialah mereka yang telah menyempurnakan pengajian sehingga semester Mei 2015; 2.2 Pelajar Pasca-siswazah (Sarjana dan Ijazah Kedoktoran) yang akan bergraduat ialah mereka yang telah menyempurnakan pengajian sehingga semester Mei 2015; DAN a) telah menghantar kertas projek selewatnya pada 9 Oktober 2015; ATAU b) telah lulus disertasi atau peperiksaan tesis (viva) selewatnya pada 16 Oktober 2015 tanpa sebarang pembetulan; ATAU c) telah menghantar pembetulan disertasi/tesis (minor correction) sebelum 16 Oktober 2015. 2.3 Pengesahan berkaitan status pengijazahan dan sidang boleh disemak di portal MK18 pada 30 Oktober 2015 secara berperingkat-peringkat. Sila layari www.oum.edu.my dan klik MK18 serta sahkan kehadiran sebaik sahaja nama dipaparkan. Jika terdapat sebarang masalah, sila emel kepada [email protected]. 2.4 Tiada surat atau emel jemputan tentang konvokesyen yang akan dihantar kepada bakal graduan. 2.5 Ejaan nama pelajar yang tertera dalam portal MK18 akan dicatatkan dalam sijil ijazah/diploma dan transkrip akademik rasmi. Oleh itu pelajar perlu

Upload: vokien

Post on 29-Aug-2019

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: OPEN UNIVERSITY MALAYSIA - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/commannouncement/2/201509300301... · Terlebih dahulu, dengan sukacitanya saya mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

30 September 2015

PEKELlLlNG PEJABAT PENDAFTAR (6/2015)

Semua Bakal Graduan Open University Malaysia (OUM)

MAJLlS KONVOKESYEN KE-18 (21 HINGGA 22 DISEMBER 2015)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Terlebih dahulu, dengan sukacitanya saya mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepadasemua bakal graduan OUM Majlis Konvokesyen ke-18 (MK18).

Adalah dimaklumkan bahawa MK18 OUM akan diadakan pada 21 - 22 Disember 2015(Isnin - Selasa) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), KualaLumpur.

2. Berikut adalah perkara-perkara penting untuk perhatian bakal-bakal Graduan:

2.1 Pelajar Pra-siswazah (Sarjana Muda dan Diploma) yang akan bergraduatialah mereka yang telah menyempurnakan pengajian sehingga semester Mei2015;

2.2 Pelajar Pasca-siswazah (Sarjana dan Ijazah Kedoktoran) yang akanbergraduat ialah mereka yang telah menyempurnakan pengajian sehinggasemester Mei 2015; DAN

a) telah menghantar kertas projek selewatnya pada 9 Oktober 2015; ATAUb) telah lulus disertasi atau peperiksaan tesis (viva) selewatnya pada 16

Oktober 2015 tanpa sebarang pembetulan; ATAUc) telah menghantar pembetulan disertasi/tesis (minor correction) sebelum

16 Oktober 2015.

2.3 Pengesahan berkaitan status pengijazahan dan sidang boleh disemak diportal MK18 pada 30 Oktober 2015 secara berperingkat-peringkat. Sila layariwww.oum.edu.my dan klik MK18 serta sahkan kehadiran sebaik sahajanama dipaparkan. Jika terdapat sebarang masalah, sila emel [email protected].

2.4 Tiada surat atau emel jemputan tentang konvokesyen yang akan dihantarkepada bakal graduan.

2.5 Ejaan nama pelajar yang tertera dalam portal MK18 akan dicatatkan dalamsijil ijazah/diploma dan transkrip akademik rasmi. Oleh itu pelajar perlu

Page 2: OPEN UNIVERSITY MALAYSIA - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/commannouncement/2/201509300301... · Terlebih dahulu, dengan sukacitanya saya mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH

menyemak dan memastikan ejaan nama dan nombor matrikulasi adalahbetul. Sebarang pindaan perlu dibuat melalui myVLE (klik myProfi/e) untukkemaskini sebelum 30 Oktober 2015.

2.6 Kadar yuran konvokesyen adalah RM300.00 untuk semua graduan.

3. Para pelajar juga dinasihatkan merujuk myAcademic Progress di portal myVLE untukmenentukan status pengajian masing-masing.

4. Graduan hanya diberi peluang sekali sahaja untuk menyertai Majlis Konvokesyenyang mana nama graduan telah tersenarai bagi Majlis Konvokesyen yangberkenaan. Ini bermakna penangguhan tidak dibenarkan.

5. Hanya bakal graduan yang telah melunaskan yuran pengajian serta lain-lain yuran,termasuk yuran konvokesyen akan dibenarkan menyertai Majlis Konvokesyen.Status yuran juga boleh disemak menerusi myVLE.

6. Graduan dinasihati supaya sentiasa merujuk portal MK18 untuk mendapatkanmaklumat yang terkini dan memuat turun maklumat berkenaan serta mengambiltindakan yang perlu bagi mengelakkan sebarang masalah dan kesulitan.

Akhir kata, pihak Universiti ingin mengucapkan syabas serta ribuan terima kasih atas segalakerjasama yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

J~~RPendaftar

s.k. President Naib CanselorJawatankuasa Pengurusan KumpulanOekan-dekan FakultiPengaraht Ketua PusatKetua Bahagian Penilaian dan PeperiksaanPengaraht Pengurust Pentadbir Pusat PembelajaranPengurus-pengurus KananPengarah Hal Ehwal Pelajar