05 - hns2013 - unit 2 alam melayu

12
Tamadun Melayu | 16 UNIT 2 TAMADUN MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Memahami konsep Tamadun Melayu. 2. Menjelaskan asal usul Tamadun Melayu. 3. Melihat aspek kegemilangan dan kekuatan Tamadun Melayu. 4. Menganalisis sumbangan Tamadun Melayu kepada pembinaan negara Malaysia. PENGENALAN Kemunculan masyarakat Melayu yang kompleks boleh dikaitkan dengan kemunculan pusat- pusat kerajaan Melayu awal. Kerajaan-kerajaan Melayu awal telah wujud susunan masyarakat yang kompleks dengan raja sebagai pemimpin, pembesar-pembesar, pedagang-pedagang, petani-petani dan hamba. Hasil daripada interaksi dengan pedagang-pedagang asing yang datang daripada tamadun China dan India khususnya, tamadun Melayu turut berkembang. Perkembangannya secara langsung boleh dikaitkan dengan kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu yang berpusat di negara-negara kota menjadi pusat pentadbiran, perdagangan dan kebudayaan. Senaraikan lima nama negara-negara kota di Alam Melayu, dan terangkan peranannya dalam aspek perdagangan, politik dan kebudayaan? Asas Pembentukan Tamadun Melayu Perkembangan kebudayaan dan masyarakat Melayu, telah bertapak di kawasan Asia Tenggara sekurang-kurangnya 5,000 tahun dahulu (Ahmad Hakimi 2006; Bellwood 1997). Akan tetapi, sarjana-sarjana tempatan (seperti Nik Hassan Suhaimi 1993) menolak pendapat tersebut dan mengatakan bahawa orang Melayu adalah penduduk asal kawasan Asia Tenggara. Pendapat ini mengambil kira bahawa pada satu masa dahulu (sebelum 10,000 tahun dahulu), kawasan Asia Tenggara ini merupakan satu dataran besar yang merangkumi pulau Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Jawa, dan juga Pulau Borneo. Tapak pra-sejarah yang terawal di Semenanjung Tanah Melayu iaitu tapak Paleolitik Kota Tampan, kita mendapati bahawa orang Melayu telah wujud di kawasan ini lebih daripada 12,000 tahun dahulu. Perubahan cara hidup nomad kepada menetap, diikuti dengan susunan masyarakat yang kompleks hasil daripada penguasaan ke atas teknologi pertanian yang dapat

Upload: zi-lin

Post on 02-Jul-2015

695 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 05 - HNS2013 - UNIT 2 ALAM MELAYU

T a m a d u n M e l a y u | 16

UNIT 2TAMADUN MELAYU

HASIL PEMBELAJARANDi akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Memahami konsep Tamadun Melayu.2. Menjelaskan asal usul Tamadun Melayu.3. Melihat aspek kegemilangan dan kekuatan Tamadun Melayu.4. Menganalisis sumbangan Tamadun Melayu kepada pembinaan negara Malaysia.

PENGENALANKemunculan masyarakat Melayu yang kompleks boleh dikaitkan dengan kemunculan pusat-pusat kerajaan Melayu awal. Kerajaan-kerajaan Melayu awal telah wujud susunan masyarakatyang kompleks dengan raja sebagai pemimpin, pembesar-pembesar, pedagang-pedagang,petani-petani dan hamba. Hasil daripada interaksi dengan pedagang-pedagang asing yangdatang daripada tamadun China dan India khususnya, tamadun Melayu turut berkembang.Perkembangannya secara langsung boleh dikaitkan dengan kemunculan kerajaan-kerajaanMelayu yang berpusat di negara-negara kota menjadi pusat pentadbiran, perdagangan dankebudayaan.

Senaraikan lima nama negara-negara kota di Alam Melayu, danterangkan peranannya dalam aspek perdagangan, politik dankebudayaan?

Asas Pembentukan Tamadun MelayuPerkembangan kebudayaan dan masyarakat Melayu, telah bertapak di kawasan Asia Tenggarasekurang-kurangnya 5,000 tahun dahulu (Ahmad Hakimi 2006; Bellwood 1997). Akan tetapi,sarjana-sarjana tempatan (seperti Nik Hassan Suhaimi 1993) menolak pendapat tersebut danmengatakan bahawa orang Melayu adalah penduduk asal kawasan Asia Tenggara. Pendapatini mengambil kira bahawa pada satu masa dahulu (sebelum 10,000 tahun dahulu), kawasanAsia Tenggara ini merupakan satu dataran besar yang merangkumi pulau Sumatera,Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Jawa, dan juga Pulau Borneo. Tapak pra-sejarah yangterawal di Semenanjung Tanah Melayu iaitu tapak Paleolitik Kota Tampan, kita mendapatibahawa orang Melayu telah wujud di kawasan ini lebih daripada 12,000 tahun dahulu.

Perubahan cara hidup nomad kepada menetap, diikuti dengan susunan masyarakatyang kompleks hasil daripada penguasaan ke atas teknologi pertanian yang dapat

Page 2: 05 - HNS2013 - UNIT 2 ALAM MELAYU

T a m a d u n M e l a y u | 17

menghasilkan makanan yang mencukupi sepanjang tahun (Osman Bakar, Azizan Baharuddindan Zaid Ahmad, 2009: 65). Hasil daripada interaksi dengan lain-lain tamadun, maka nilai-nilaibaru, teknologi, kebudayaan, ekonomi dan politik baru telah memantapkan lagi tamadunMelayu. Hasil daripada ”pengindiaan dan penghinduan”, istilah yang digunakan oleh Coedes,tamadun Melayu turut berkembang. Seni-seni bina seperti kraton dan kuil-kuil jelasmenunjukkan proses perubahan itu telah berlaku. Bahasa Melayu turut mengalami prosestransformasi apabila bahasa Sanskrit dan tulisan Pallava dari tamadun India disesuaikandengan bahasa Melayu kuno.

Sila lihat dalam laman web rupa bentuk seni binabangunan-bangunan yang dimaksudkan itu. Antaranya adalahBorobudur dan Lembah Bujang.Pada pandangan anda, benarkah perubahan yang terjadi padatamadun Melayu pada awal Masehi hingga 12 Masehi adalah faktorpenjajahan Hindu-Buddha di Alam Melayu?

Penghasilan makanan yang berlebihan membolehkan sebahagian daripada masyarakatuntuk bebas melakukan pekerjaan-pekerjaan tertentu dan mereka tidak perlu bercucuk tanamuntuk memperoleh makanan. Melalui pertukaran barang mereka boleh mendapatkan makanan,selain itu pengkhususan kerja membolehkan mereka menjual perkhidmatan seperti menjaditentera, guru, pelukis dan sebagainya. Peluang-peluang pekerjaan biasanya wujud di bandar-bandar atau di negara-negara kota seperti Srivijaya, Pasai, Majapahit dan Melaka.Pertambahan penduduk dan memiliki kebolehan serta keperluan yang berbeza menjadi faktorkepada migrasi penduduk desa ke negara-negara kota terdekat.

Lembah Bujang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:

1. Kawasan pertanianTerletak dikawasan tanaman sawah padi yang luas. Majoriti orang Melayu dikawasan itu bekerja sebagai petani. Mereka membekalkan makanan kepadakawasan bandar dan pusat pemerintahan.

2. Kawasan bandarMenjadi bandar pelabuhan utama di kawasan utara Tanah Melayu. Kapal-kapal layardari India berlabuh di Lembah Bujang bagi memunggah barang dagangan,mendapatkan bekalan makanan dan lain-lain keperluan untuk meneruskanpelayaran ke selatan ataupun pulang ke India.

3. Istana raja dan kuil Hindu-BuddhaTerletak di puncak bukit yang memandang ke arah kawasan pertanian dan laut SelatMelaka. Runtuhan kuil Hindu-Buddha di kawasan tersebut menggambarkanpengaruhi Hindu-Buddha amat kuat pada masa itu.

Page 3: 05 - HNS2013 - UNIT 2 ALAM MELAYU

T a m a d u n M e l a y u | 18

Kemunculan Tamadun Melayu Hasil Penguasaan Laluan Perdagangan

Kerajaan-kerajaan Melayu awal ini adalah kerajaan-kerajaan pra-Islam. Antara contoh-contohkerajaan-kerajaan Melayu pra-Islam yang awal adalah Oc Eo di Funan (sekarang Vietnam),Langkasuka di Thailand Selatan, Kuala Selinsing di Perak, dan Lembah Bujang di Kedah.

Kerajaan-kerajaan Melayu ini memerlukan sokongan daripada sistem ekonomi yangkuat, khususnya dalam aktiviti penghasilan makanan untuk menampung keperluan penduduksesebuah negara kota. Pembinaan tamadun-tamadun di luar Asia Tenggara sememangnyaberasaskan kepada aktiviti pertanian (atau agraria). Akan tetapi, sebahagian besar daripadakerajaan-kerajaan Melayu awal di kawasan Asia Tenggara lebih tertumpu kepada aktiviti-aktivitimaritim. Kerajaan-kerajaan Melayu tersebut kebanyakannya terletak di pesisiran pantai disepanjang Tanah Melayu dan Sumatera yang mengadap Selat Melaka. Kerajaan Melayu awalini meninggalkan bukti arkeologi yang menunjukkan bahawa pelabuhan-pelabuhan yang dirikanoleh mereka terlibat dengan perdagangan jarak jauh. Ini menunjukkan negara-negara kotatersebut perlu menyediakan rangkaian perhubungan yang besar dan memerlukan petempatanyang agak lama dan tetap. Berdasarkan teks-teks sejarah tempatan seperti Sejarah Melayu danHikayat Merong Mahawangsa, perdagangan jarak jauh dikuasai oleh pemimpin sesebuahkerajaan.

Sarjana-sarjana menjangkakan bahawa lokasi Semenanjung Malaysia pada satu masadahulu begitu penting sekali untuk laluan perdagangan yang melalui perairan Selat Melaka(Bellwood 1997; Braddell 1935; Coedes 1968; Quaritch Wales 1957; Wheatley 1980).Pelabuhan-pelabuhan di Semenanjung Malaysia memainkan peranan sebagai tempat berehatsebelum meneruskan perjalanan samada ke barat ataupun ke timur mengikut musim yangbersesuaian. Sehubungan itu, pelabuhan-pelabuhan negara-negara kota Melayu terus majudan berkembang untuk membentuk tamadun (atau negara kota) Melayu yang awal.

Bukti-Bukti Ketamadunan Kerajaan Melayu Awal

Kita dapati bahawa tamadun-tamadun awal yang terdapat di kawasan Asia Tenggara selalunyadibentuk oleh orang-orang Melayu (sila lihat Braddell 1935; Coedes1968; Quaritch Wales 1957;Wheatley 1980; Mohd Taib Osman dan Aziz Deraman (selenggara) 2000). Kebudayaan orang-orang Melayu berjaya menghasilkan tamadun awal di rantau Nusantara atau juga dikenalisebagai Alam Melayu oleh kerana teknologi pengangkutan air orang Melayu pada waktu itumampu untuk menguasai laluan-laluan perdagangan jarak jauh yang melalui kawasan-kawasanperairan kerajaan-kerajaan Melayu awal.

Manakala masyarakat-masyarakat lain di rantau Asia Tenggara, lebih tertumpu kekawasan pedalaman Asia Tenggara. Tamadun-tamadun awal yang wujud pada ketika itumengalami proses ”pengindiaan dan penghinduan”. Sami-sami Hindu-Buddha dibawa olehpedagang-pedagang India telah diambil oleh raja-raja Melayu ketika itu bagi melakukanupacara-upacara keagamaan dan pertabalan. Pengesahan sami-sami Hindu-Buddha itu amatpenting bagi mengesahkan kewibawaan raja yang dihubungkaitkan dengan konsep penjelmaandewa. Bagi mengukuhkan kedudukan raja-raja Melayu ketika itu, cerita-cerita mitos danlegenda berunsur Hindu-Buddha diceritakan oleh sami-sami Hindu dan kemudiannya menjadisebahagian cerita rakyat.

Perkembangan seterusnya dalam tamadun masyarakat Melayu adalah denganterbinanya kerajaan-kerajaan Melayu Islam. Sungguhpun terdapat banyak kerajaan Melayu

Page 4: 05 - HNS2013 - UNIT 2 ALAM MELAYU

T a m a d u n M e l a y u | 19

awal, sebahagian besar daripada kerajaan-kerajaan tersebut tidak mempunyai ciri-ciri yangmenepati kesemua ciri-ciri tamadun. Kebanyakan bandar dan negara kota Melayu terletak ditepi-tepi laut dan kuala sungai. Pembangunan tamadun seperti yang berlaku di Lembah SungaiNil, Hwang He dan Lembah Indus tidak berlaku sehebat mereka. Namun demikian, kerajaan-kerajaan Melayu awal yang menunjukkan pengaruhi Hindu-Buddha dengan jelas menunjukkanbeberapa ciri tamadun yang asas telahpun wujud seperti yang dinyatakan (Ahmad Hakimi 1998,2006; Braddell 1935; Coedes1968; Quaritch Wales 1957; Wheatley 1980). Ini adalah keranabandar-bandar atau petempatan-petempatan ataupun pusat-pusat keagamaan kerajaan-kerajaan Melayu awal ini mempunyai pembinaan monumental (besar) yang menggunakan batu.Penggunaan batu untuk pembinaan memerlukan pakar-pakar dalam bidang pembinaan, pakar-pakar yang mengkhusus dalam pekerjaan mereka sepenuh masa. Contoh-contoh kerajaan-kerajaan Melayu awal yang menunjukkan pengaruh Hindu-Buddha adalah:

i) Angkor Wat di Kampuchea;ii) Borobudur di Pulau Jawa, Indonesia; daniii) Lembah Bujang, di Kedah, Malaysia.

Bandingkan ciri-ciri tamadun yang terdapat di negara-negara kotaMelayu seperti di Kampuchea, Indonesia dan Tanah Melayu?

Empayar Melayu Awal

Kebanyakan daripada kerajaan-kerajaan Melayu yang terawal tidak begitu besar dan tidakmampu berkembang luas. Ini mungkin kerana kerajaan-kerajaan ini tidak mempunyai asas-asasperbandaran yang mencukupi untuk menampung jumlah penduduk yang tinggi jika kitamengambil kira teori-teori barat tentang keperluan-keperluan sesebuah perbandaran dantamadun. Akan tetapi, kita dapati bahawa terdapat dua empayar Melayu yang agak besar danmerangkumi kawasan yang luas iaitu Empayar Funan dan Empayar Sri Vijaya. SememangnyaEmpayar Sri Vijaya jauh lebih luas daripada Empayar Funan. Akan tetapi terdapat sedikitpersamaan di antara kedua-dua empayar ini. Kedua-duanya mampu menguasai laluanperdagangan di kawasan mereka. Penguasaan ini mungkin dilakukan mengikut cara yang agakberbeza daripada apa yang berlaku di Eropah dan kawasan-kawasan lain di dunia ini.

Salah satu cara pemikiran masyarakat Melayu adalah pembentukan kerajaan-kerajaandan empayar-empayar berdasarkan pengaruh. Konsep ini berbeza daripada pemikiran EropahBarat yang mengembangkan wilayah melalui penaklukan dan penetapan sempadan wilayahsecara fizikal. Oleh kerana masyarakat Melayu pada dasarnya adalah kumpulan manusia yangtinggal di kawasan kepulauan, mereka kurang memberi perhatian kepada penguasaan fizikalwilayah mereka. Ini adalah kerana orang-orang yang tidak bersetuju sentiasa boleh belayarkeluar dari sesuatu tempat untuk menuju ke tempat lain. Penguasaan kawasan bukannyaberdasarkan kepada penguasaan tanah, sebaliknya berteraskan kepada penguasaan laluan airserta kebolehan menarik orang datang ke sesuatu tempat. Bagi mencari kehidupan yang lebihbaik maka ramailah masyarakat Melayu daripada lain-lain tempat terutama di sepanjang pantaiSelat Melaka pergi merantau ke negara-negara kota yang wujud. Jumlah penduduk di bandardan negara kota kepulauan Melayu tidak begitu tinggi. Negara-negara kota dan bandar-bandarpelabuhan itu memerlukan bilangan penduduk yang ramai. Sehubungan itu usaha dibuat olehpihak pemerintah menarik ramai orang-orang Melayu pergi merantau dan seterusnya berpindahke kota-kota tersebut. Penempatan-penempatan berunsur etnik Melayu wujud di bandar dan

Page 5: 05 - HNS2013 - UNIT 2 ALAM MELAYU

T a m a d u n M e l a y u | 20

kota-kota tersebut. Misalnya terdapat nama kampong Jawa, Kampung Bugis, Kampung Banjardan sebagainya. Untuk memakmurkan negara kota, mereka menggalakkan pula orang-orangCina, India dan Arab mendirikan penempatan-penempatan di kawasan berhampiran. Makamuncullah kampung-kampung Cina, Kampung Keling dan sebagainya.

Beberapa tokoh utama dari China telah datang ke Srivijaya bagimendalami ajaran agama Buddha. Siapakah mereka dan jelaskansumbangan mereka kepada tamadun Melayu pada era kerajaanSrivijaya?

Pedagang-pedagang dan nelayan-nelayan Cina dikatakan telah sampaike Sabah dan Sarawak. Jelaskan tujuan kehadiran mereka dansumbangan mereka kepada pembinaan tamadun Melayu pada masaitu?

Kerajaan Awal Alam Melayu Hasil Interaksi Dengan Islam

Saudagar dan pedagang-pedagang Arab telah sampai ke sebelah Timur dan khususnya keAlam Melayu sewaktu dengan kewujudan Negara-negara kota Srivijaya, Langkasuka, Oc Eodan sebagainya. Kelahiran Islam di Tanah Arab turut mengislamkan orang-orang Arab yangsering berulang-alik ke Timur dan Alam Melayu. Kehadiran mereka turut membawa bersamaajaran agama Islam yang kemudiannya menggantikan ajaran agama Hindu-Buddha.

Kerajaan-kerajaan awal Melayu yang memeluk agama Islam ada dinyatakan dalamHikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu. Sekiranya raja sebuah kerajaan itu memelukagama Islam, maka rakyat jelata akan turut memeluk agama Islam. Manakala istana dan parapembesar turut memainkan peranan penting mempercepatkan penyebaran agama Islam.Melaka dan Aceh umpamanya menjadi pusat kebudayaan dan penyebaran agama Islam.Jajahan takluk Melaka umpamanya memeluk agama Islam secara sukarela kerana ini akanmemudahkan urusan dengan Melaka. Perkahwinan antara anak-anak raja dan puteri-puteri rajamempercepatkan lagi penyebaran agama Islam. Bagi memudahkan kehadiran saudagar-saudagar berbilang bangsa itu kerajaan Melaka telah melantik beberapa orang syahbandar bagimenjaga kebajikan saudagar-saudagar berkenaan dan seterusnya mempermudah kan urusanperniagaan mereka.

Agama Islam telah membawa banyak perubahan, antaranya:

1. Tulisan Arab diadaptasi menjadi tulisan Jawi.2. Ajaran agama Islam menjadi penapis kepada lain-lain budaya yang turut datang hasil

daripada interaksi melalui perdagangan, diplomatik dan lawatan sosial.3. Bahasa Melayu menjadi semakin luas penggunaannya dan menjadi bahasa lingua

franca dan pentadbiran. Bahasa Melayu Kuno diganti oleh bahasa Melayu Klasik.4. Islam telah mengubah cara berfikir dan juga corak kehidupan sebahagian besar umat

Melayu-Islam.5. Hasil seni seperti muzik, seni bina, tenunan, fesyen dan sebagainya telah disesuaikan

dengan kehendak Islam.6. Hasil sastera yang berasaskan ajaran agama Hindu-Buddha dan animisme mulai

disesuaikan dan diganti dengan cerita-cerita dan hasil sastera Islam.

Page 6: 05 - HNS2013 - UNIT 2 ALAM MELAYU

T a m a d u n M e l a y u | 21

7. Dari segi politik beberapa unsur Islam telah diguna pakai bagi menggantikan unsurHindu-Buddha. Antaranya ialah istilah raja diganti sultan, ritual agama Hindu-Buddhadiganti dengan bacaan doa Islam, dan sebagainya.

8. Dewa-dewi Hindu dan konsep penunggu dan roh dalam animisme diganti dengan nama-nama berunsur Islam seperti Allah, malaikat, jin, watak-watak nabi dan rasul dansebagainya.

9. Undang-undang Islam diperkenalkan bagi menggantikan undang-undang yangberasaskan ajaran Hindu-Buddha. Sebagai contoh Kanun Melayu Melaka.

Justeru, kita dapat melihat dengan jelas legasi peninggalan dalam proses pembentukanTamadun Melayu yang telah bercampur dengan banyak tamadun-tamadun besar telah menjadiasas dalam pembinaan bangsa negara Malaysia kemudiannya yang akan dibincangkan dalambab berikutnya. Aspek-aspek ini merangkumi sistem pemerintahan, peranan agama Islam danadat istiadat Melayu dan bahasa Melayu yang menjadi identiti jati diri kebangsaan di kalanganbangsa Melayu sendiri.

Buat kajian di tempat anda, sejauh manakah pengaruh agama Islammempengaruhi semua aspek kehidupan masyarakat Melayu tempatan?

KEGEMILANGAN TAMADUN MELAYUPolitik dan Pentadbiran

Pada zaman prasejarah masyarakat di Alam Melayu belum mempunyai sistem politik yangkompleks, tetapi mereka sudah mengamalkan sistem mesyuarat yang amat menitikberatkanrundingan dan kata sepakat untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Pada peringkat awal susunanorganisasi tersebut adalah dalam bentuk unit-unit perkampungan seperti yang ada sekarang.Perpaduan dalam kalangan masyarakat Alam Melayu pada zaman lampau berdasarkan asaskekeluargaan dan kesukuan. Menurut Koenjaraningrat politik masyarakat Alam Melayu bermuladari organisasi desa, kemudian suku-suku itu berkembang menjadi sebuah negara melaluipenaklukan oleh salah satu gabungan kelompok-kelompok yang kecil. Kesimpulannya, strukturpolitik masyarakat Alam Melayu bermula daripada desa dan kampung kemudian diikuti dengandaerah atau jajahan dan seterusnya negeri. Ketua kampung merupakan pemimpin yangterkecil. Pembesar menjadi pemimpin pada peringkat daerah atau jajahan dan raja menjadipemimpin atau ketua organisasi politik pada peringkat negeri. Menurut Ralph Linton, organisasipolitik masyarakat Alam Melayu sebelum kemasukan pengaruh luar merupakan unit-unit kecilpada peringkat desa yang diketuai oleh pemimpin mereka yang bernama penghulu. Sekiranyaterdapat sebarang masalah atau gangguan pentadbiran pada peringkat desa tersebut merekaakan membincangkan hal-hal tersebut melalui mesyuarat dalam kalangan anggotanya terutamaahli-ahli yang berpengalaman misalnya golongan tua dalam desa tersebut.

Pada zaman kemasukan pengaruh agama Hindu-Buddha organisasi politik masyarakatAlam Melayu pada awal masihi mulai berkembang daripada bantuan penguasaan untuk satukawasan yang kecil kepada sebuah organisasi politik yang besar dan menguasai jajahan yangluas. Sistem pentadbiran politik Hindu diserap oleh orang Melayu dan dilaksanakan setelahdilakukan pelbagai penyesuaian. Ketua negara yang memimpin kerajaan sesebuah daerah

Page 7: 05 - HNS2013 - UNIT 2 ALAM MELAYU

T a m a d u n M e l a y u | 22

dinamakan raja iaitu istilah yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit. Konsep raja yangberkembang dalam masyarakat Melayu adalah sebagai pemimpin kerajaan. Di samping itu, rajajuga dikatakan berketurunan dewa-dewa dari gunung yang tinggi. Konsep Dewa raja ialahkepercayaan dan salah silah raja-raja yang diwujudkan secara ciptaan tadi dikaitkan dengandewa-dewi dari kayangan yang menjelma tiga Tuhan dalam Kepercayaan agama Hindu-Buddha iaitu Tuhan Shiva, Vishnu, dan Brahma, Lelembut, Mamang atau makhluk yang tidakdapat dilihat oleh mata kasar manusia adalah asal usul dan tradisi nenek moyang mereka danini adalah warisan daripada tradisi Melayu-Hindu (Mohd Yusof Hashim, 1981: 141).

Keperluan dan kehendak rakyat dapat dipuaskan melalui wujudnya pemerintah iaitukonsep Raja. Peranan ini sukar dilakukan oleh individu, kewujudan pemerintah adalah jalanterbaik untuk memenuhi kesempurnaan rakyat. Tugas ini memerlukan pengurusan danpentadbiran yang cekap serta memerlukan kebijaksanaan pemerintah sebagai pemegangtampuk pemerintahan yang tertinggi dalam struktur organisasi sosial negara. Tolong-menolongdan saling bekerjasama adalah unsur yang perlu dalam menjaga keharmonian masyarakat,pemerintah, dan negara. Kesemua unsur ini tidak dicapai tanpa melalui adanya pemerintahyang adil.

Berdasarkan ciri-ciri yang dijelaskan di atas berkaitan dengan pegangan prinsip Islamyang datang di Alam Melayu tidak mengabaikan aspek politik dan pentadbiran demi menjagakemaslahatan umatnya. Islam telah mengambil peranan yang utama dalam kehidupanmasyarakat di Alam Melayu dan sistem politik di rantau ini. Oleh kerana ajaran Islam berbezadengan pegangan asal masyarakat Alam Melayu sebelumnya, seluruh aspek pegangan yangdiamalkan terpaksa berubah. Hal ini turut dialami dalam aspek politik masyarakat Alam Melayu.Pengaruh politik Islam yang berbentuk sejagat, saksama, adil, mengenal hak, danbertanggungjawab telah diserapkan ke dalam sistem politik Alam Melayu.

Salah satu aspek utama perubahan politik dan pentadbiran ialah Islam berjayamempengaruhi sifat dan watak pemerintah atau sultan yang memerintah di kebanyakan negeridi rantau ini. Kebanyakan struktur politik pemerintahan Islam di Alam Melayu menggemblengtenaga seluruh rakyat bagi memperjuang dan mempertahankan ajaran Islam, negara, danumatnya. Selain itu, antara watak yang berjaya dibentuk oleh Islam terhadap sultan-sultan ialahmendorong mereka supaya meminati ilmu dan mendekati para ulama. Ini berlaku kepadabeberapa sultan yang memerintah seperti Sultan Malik Al-Zahir (Samudera-Pasai), SultanMansor Shah (Melaka) dan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam Shah (Acheh).Ramai jugasultan-sultan Melayu yang terpengaruh dan menerima ilmu atau amalan tasawuf seperti SultanMuhammad Yussof al-Khalidi (Riau) dan Sultan Iskandar Muda (Acheh).

Konsep dan sistem pemerintahan pada zaman pengaruh Hindu-Buddha telah bertukarkepada konsep dan sistem sultan dalam Islam walaupun tidak secara menyeluruh. Fungsisultan ialah sebagai ketua negara yang menjalankan undang-undang keadilan, menjaga danmelindungi hak-hak serta kepentingan rakyat. Sultan juga menjadi ketua agama dan adat yangbertanggungjawab menjaga keutuhan agama dan keharmonian adat. Sultan tidak dianggapsebagai manusia paling suci seperti dalam kepercayaan agama Hindu-Buddha sebelumnya(Abd Rahman Abdullah, 1981: 252). Masyarakat menganggap sultan adalah manusia yangmulia semasa kedatangan Islam, para sultan dianggap mempunyai daulat (kekuasaan halus)yang hanya dimiliki oleh raja dan tidak boleh digugat. Konsep daulat berkembang apabila sultandikaitkan dengan pelbagai mitos tentang asal usul jurai keturunan dan salasilah serta kebolehanfizikal dan kerohanian yang luar biasa. Daulat juga berkait rapat dengan tuah yang dimiliki olehsultan tersebut iaitu keadaan negeri yang aman dan makmur, perdagangan berkembang pesat,tanaman hidup subur, ternakan membiak, dan bilangan rakyat bertambah. Oleh itu, rakyatmestilah menjalankan titah perintah sultan dan sesiapa yang menentang dianggap menderhaka

Page 8: 05 - HNS2013 - UNIT 2 ALAM MELAYU

T a m a d u n M e l a y u | 23

(Abd Rahman Haji Abdullah,1981). Ini bermakna kedatangan Islam berjaya mengubah watakdan sifat raja atau sultan kepada sifat yang lebih positif. Aspirasi Islam menjelma melalui nama-nama sultan dan negara yang dahulunya bercirikan Hindu-Buddha mula ditukar kepada namaIslam.

Kesenian

Hasil seni biasanya dihasilkan pada waktu senggang (lapang) dan hasil seni itu menimbulkanperasaan menyenangkan penciptanya dan penatap nya. Seni juga menggambarkan bangsayang maju dan menggambarkan tahap pencapaian tamadun yang tinggi. Daya usaha seorangseniman itu diberi erti pula melalui hubungannya dengan alam sekitar dan agamanya. Sebabitulah kota dapati hasil seni Tamadun Melayu menggambarkan zaman dan sistem kepercayaanyang dianutinya. Pada ketika tiada beragama ataupun animisme, hasil seninya dapat dikesanmelalui cerita-cerita rakyat seperti Sang Kelembai dan cerita asal-usul. Pengaruh Hindu puladapat dikesan melalui cerita-cerita rakyat dan seni bina. Hikayat Seri Rama merupakan sadurandaripada epik Ramayana Hindu. Manakala seni bina berunsur Hindu-Buddha dapat dilihat diLembah Bujang dan Bali.

Hasil seni Melayu turut mengalami perubahan setelah kedatangan agama Islam. Seni binabangunan yang berunsur Hindu-Buddha sudah tidak dibina lagi dan diganti dengan seni binaberunsur Islam, terutamanya masjid. Unsur-unsur ukiran Hindu tidak sesuai dengan ajaranagama Islam lalu diganti dengan ukiran-ukiran berbentuk alam dan tulisan-tulisan khat. DiMelaka, hasil interaksi masyarakat Melayu dan Cina, maka seni bina masjid Melaka banyakdipengaruhi unsure seni bina Cina.

Ghouse Nasaruddin membahagikan muzik Melayu kepada empat jenis iaitu:

1. Muzik orang-orang asli atau peribumi seperti Senoi, Negrito, Dayak, Murut dan lain-lain. Muzik ini menjadi asas kepada muzik Melayu tradisional

2. Muzik desa iaitu muzik yang mengiringi teater tradisi seperti mak yong, wayang kulitdan lain-lain.

3. Muzik perantaraan atau transisi iaitu menggunakan alat-alat muzik Melayu asli danBarat.

4. Muzik Melayu moden yang digubah dan disusun mengikut sistem muzik Baratmisalnya muzik pop.

Pelbagai jenis alat muzik telah dicipta untuk tujuan kehidupan. Kelahiran muzik ritualberdasarkan kepada kepercayaan orang Melayu bahawa semua alam semula jadi mempunyaisemangat dan perlu diwujudkan keharmonian dan keseimbangan semangat di kalanganpenduduk. Seni muzik ritual orang Melayu banyak dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha.Sebagai contoh wayang kulit yang merujuk kepada kisah-kisah pengembaraan dan percintaandewa-dewi Hindu. Alat-alat muzik seperti gendang dan serunai yang digunakan dalam wayangkulit itu alat adalat muzik dari India. Kedatangan Islam, turut membawa unsur muzik berasal dariArab seperti gendang, rebana dan gambus.

Senaraikan lima jenis hasil seni tempatan, dan huraikan fungsihasil seni tersebut dalam masyarakat tradisional?

Page 9: 05 - HNS2013 - UNIT 2 ALAM MELAYU

T a m a d u n M e l a y u | 24

Bahasa

Hasil daripada tinggalan sejarah, bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmikerajaan. Beberapa buah batu bersurat atau prasasti ditemui di sekitar Palembang. Antaranyaialah Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 683 Masihi, Batu Bersurat Talang Tuwo bertarikh684 Masihi, Batu Bersurat Batu Kapur bertarikh 686 Masihi dan Batu Bersurat Karang Berahibertarikh 692 Masihi. Kandungan inskripsi pada batu-batu bersurat ini membuktikan bahasaMelayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi, bahasa pemerintahan dan bahasa lingua francadi Alam Melayu. Bahasa Melayu tersebut dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan menggunakantulisan Pallava yang berasal dari India.

Bahasa Melayu turut berubah selepas kedatangan agama Islam. Batu BersuratTerengganu bertarikh 702 hijrah bersamaan 1303 Masihi. Kandungan batu bersurat inimenunjukkan agama Islam sebagai agama rasmi dan pelaksanaan hokum Islam (syariah)dalam system pemerintahan dan pentadbiran. Bahasa Melayu ini dikenali sebagai BahasaMelayu Klasik.

Sistem tulisan dan pendidikan

Pengaruh tulisan dari India iaitu pallava dapat dikesan pada batu-batu bersurat yang dinyatakandi atas. Bahas Melayu kuno itu bercampur-aduk dengan bahasa Sanskrit yang juga berasal dariIndia.

Kedatangan Islam telah membawa bersama-samanya kitab-kitab agama yang ditulisdalam tulisan Arab. Bahasa Arab mula diserap masuk ke dalam bahasa Melayu dan dikenaliBahasa Melayu Klasik. Oleh kerana terdapat sebutan-sebutan dalam bahasa Melayu yang tidakboleh ditulis dengan tulisan Arab, maka orang-orang Melayu mengubahsuai tulisan Arab dandikenali Tulisan Jawi.

Masyarakat Melayu-Islam mendidik anak-anaknya secara formal dan tidak formal.Secara formal, institusi agama yang penting seperti masjid, surau dan madrasah merupakantempat-tempat pengajian agama berlangsung. Di masjid-masjid dan surau-surau biasanya akandijemput ulama-ulama atau ahli agama dating mengajar sesuatu tajuk. Masyarakat Melayu yangtinggal dalam kariah masjid tersebut adalah dijemput hadir. Biasanya kuliah-kuliah agama itudilakukan pada waktu selepas sembahyang subuh ataupun selepas sembahyang maghrib danisyak. Manakala madrasah pula merupakan sekolah-sekolah agama yang didirikan olehindividu-individu tertentu ataupun ditaja oleh kerajaan. Biasanya di madrasah terdapat guru-guru agama yang professional dan mendapat tauliah daripada kerajaan. Selain ada kurikulumkhusus terdapat juga buku atau kitab-kitab yang ditulis tangan (kemudiannya dicetak) menjadibahan rujukan. Di beberapa buah negeri Melayu, terdapat juga sekolah-sekolah pondok.

Bandingkan ciri-ciri tulisan Arab dengan tulisan Jawi?

Selain bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perantaraan dan komunikasi,ia juga digunakan untuk lain-lain tujuan. Jelaskan.

Page 10: 05 - HNS2013 - UNIT 2 ALAM MELAYU

T a m a d u n M e l a y u | 25

Pendidikan tidak formal pula berlaku di rumah atau di kawasan sekitar tempat tinggal. Biasanyaibu bapa atau keluarga yang tua bertanggungjawab mendidik anak-anak mengenai moral,ajaran-ajaran agama, dan yang penting persediaan untuk menjadi dewasa. Selain mengikut ibubapa ke kebun, sawah atau ladang, anak-anak juga dibawa ke laut menangkap ikan atauberburu. Anak-anak perempuan diajar dan dilatih memasak, menjahit, mengemas rumah dansemua aktiviti-aktiviti yang perlu sebagai persediaan berumah tangga.

Pada pendapat anda, mampu kah sistem pendidikan tradisional itumenyediakan pelajar-pelajarnya menghadapi masa depan dengan jayanya?

Sistem Perundangan

Ketika orang-orang Melayu di bawah pengaruh Hindu-Buddha, sistem perundangan yang diguna pakai adalah berdasarkan ajaran Hindu-Buddha. Di Pulau Jawa dan Bali, penghakiman dilaksanakan berdasarkan kepada Kod Undang-undang Dharmasastra atau agama. KuntaraManawa Dharmasastra adalah buku kod undang-undang di Majapahit yang disesuaikan denganundang-undang Manu. Seorang hakim hanya boleh menjatuhkan hukuman mati berdasarkanperaturan dalam kod undang-undang Kuntara Munawa manakala denda yang dikenakan tidakmelebihi 160,000 rupee.

Menurut undang-undang Hindu, hukuman yang dijatuhi berbeza mengikut kasta. Merekayang tergolong dalam kasta yang rendah akan menerima hukuman lebih berat berbandingdengan golongan kasta yang lebih tinggi. Unsur-unsur undang-undang Hindu-Buddha bolehdidapati dalam Hukum Kanun Melaka.

Dapatkan maklumat mengenai Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Bandingkan isi kandungan Hukum KanunMelaka dan Undang-undang Laut Melaka dan sejauh manakahkedua-dua kitab undang-undang itu dipengaruhi oleh ajaran

agama Hindu-Buddha?

Pada awal abad ke-13, agama Islam mulai berkembang di Alam Melayu. Menjelangakhir abad ke-15, Melaka menjadi kuasa yang sangat penting di Asia Tenggara. Tome Piresmengatakan bahawa “Melaka sangat penting dan menguntungkan sehinggakan pada saya iatiada tolok bandingnya di dunia ini – Melaka ialah bandar yang telah dibina untuk perdagangandan tiada bandar yang lebih baik daripadanya di dunia; di sinilah berakhirnya monsun danbermulanya segala yang lain” (dalam Ahmad Ibrahim,1995:9).

Kebangkitan dan pengukuhan Melaka sebagai sebuah kerajaan Islam menandakanberakhirnya pengaruh Hindu-Buddha dalam tamadun Melayu. Undang-undang yang diikuti diMelaka ialah undang-undang Islam yang menyerap sebahagian tertentu undang-undang adatMelayu yang bersesuaian dengan Islam yang dikenali sebagai adat Melayu (Ahmad Ibrahim,1995:10). Secara umumnya, ada dua jenis adat Melayu iaitu Adat Perpatih dan AdatTemenggung. Sehubungan itu undang-undang Islam yang dipakai bukanlah undang-undangIslam tulen, sebaliknya ialah undang-undang Islam yang diubahsuai oleh adat Melayu.

Page 11: 05 - HNS2013 - UNIT 2 ALAM MELAYU

T a m a d u n M e l a y u | 26

Tome Pires memberitahu kita bahawa di zaman pertengahan Melaka, seseorang lelaki mungkinditikam atau dibakar hidup-hidup atau dipukul dadanya sehingga mati berdasarkan kepada sifatjenayah yang dilakukannya. Pada tahun 1880, seorang remaja Pahang yang bersalah keranamenderhaka dijatuhi hukuman kulit kepalanya ditarik ke bawah menutupi matanya danbadannya diikat kepada sebatang tiang agar mati ditenggelami air pasang. Di Melaka padaabad ke-15, hukuman bunuh ialah hukuman seperti menyiat atau menggunting lidah bagisesiapa yang mengkhianati perintah diraja (ibid:13).

RUMUSANSebelum kedatangan kuasa Barat, Alam Melayu telah mempunyai sistem pemerintahan danpentadbiran tersendiri. Hal ini terbukti wujudnya pelbagai jenis kerajaan yang kuat dan berkuasapada ketika itu misalnya Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Majapahit, Kerajaan Palembang,Kerajaan Acheh dan sebagainya. Setiap kerajaan yang wujud pada zaman itu mempunyaihubungan interaksi sesama kerajaan dan dengan kerajaan luar seperti negara China, India, danArab. Hubungan yang terjalin antara sesama kerajaan sebenarnya untuk saling melengkapidaripada pelbagai aspek dan tujuan mengelakkan berlaku sebarang perselisihan faham yangboleh mencetuskan konflik yang tidak diingini. Selain dalam aspek politik dan pentadbiranKerajaan Alam Melayu pada waktu itu juga maju dalam aspek-aspek lain seperti aspekekonomi, sosial, kesenian dan kebudayaan, pendidikan, dan perundangan. Kesemua aspekyang dimaksudkan tidak dipengaruhi mana-mana pengaruh luar malah ia merupakan acuansendiri dan telah wujud lama di Alam Melayu. Setelah diteliti, sejarah Alam Melayu sebelumkedatangan kuasa barat lebih berfokus kan agama. Keadaannya semakin baik setelahkedatangan pengaruh Islam. Oleh itu, agama Islam merupakan pencetus evolusi kepadafenomena baru di Alam Melayu.

KATA KUNCI

1. Alam Melayu 5. Indianisasi

2. Kerajaan Melayu Kuno 6. Interaksi

3. Islamisasi 7. Hindunisasi

4. Brahmanization 8. Konsep Devaraja

LATIHAN

1. Jelaskan sumbangan tamadun Melayu dalam proses pembinaan negara Malaysia.

2. Apakah sumbangan tamadun Melayu kepada pembentukan masyarakat di Nusantara.

3. Setuju kah anda bahawa tamadun Melayu semakin hilang jati diri disebabkan olehglobalisasi. Bahaskan.

4. Bincangkan proses Pengindiaan (Indianisasi) yang telah berlaku di Alam Melayu danlihat impaknya kepada masyarakat dalam tamadun Melayu.

Page 12: 05 - HNS2013 - UNIT 2 ALAM MELAYU

T a m a d u n M e l a y u | 27

5. Kedatangan Islam ke Alam Melayu adalah satu zaman kecerahan. Bincangkanbagaimanakah Tamadun Islam telah mempengaruhi pemikiran dan kehidupanmasyarakat Melayu seluruhnya.

RUJUKAN

A.Aziz Deraman (penyelenggara). (2003). Peradaban Melayu Timur Laut. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Ibrahim. (1995). Mendekati Sejarah Undang-undang Di Malaysia dan Singapura. KualaLumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.

Amran Kasimin (terjemahan). (1993). Agama dan Perubahan Sosial Di Kalangan Penduduk AsliDi Semenanjung Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahayudin Haji yahaya. (1998). Islam Di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

Mohd Taib Osman. (1988). Bunga Rampai Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.

Muhammad Yusof Hashim. (1981). Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.

Samri Sainuddin. (2003). TITAS Tamadun Melayu. Tanjung Malim: Quantum Books.