laporan lengkap hns2013 kem patriotisme

43
1 KEM PATRIOTISME SK TEBING TINGGI Isi Kandungan Muka surat 1.0 Pengenalan 1.1 Latar Belakang Program 3 1.2 Tujuan Program 4 1.3 Objektif Program 4 1.4 Signifikan Program 4 1.5 Jawatankuasa Program 6 2.0 Literatur Tema Program 2.1 Sejarah Tema Patriotisme 8 2.2 Konsep Program 9 2.3 Matlamat Program 9 2.4 Tujuan Program 10 3.0 Metodologi Program 3.1 Kumpulan Sasaran 11 3.2 Lokasi Program 12 3.2 Prosedur Pelaksanaan 13 3.3 Pergerakan Tugasan 14 3.4 Huraian Program 15 3.5 Penilaian Program 16 4.0 Modul-Modul Program 4.1 Modul 1 Patriotisme Bangga Diri17

Upload: ahmad-mohamad-ariffin

Post on 19-Nov-2015

83 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

  • 1

    KEM PATRIOTISME SK TEBING TINGGI

    Isi Kandungan Muka surat

    1.0 Pengenalan

    1.1 Latar Belakang Program 3

    1.2 Tujuan Program 4

    1.3 Objektif Program 4

    1.4 Signifikan Program 4

    1.5 Jawatankuasa Program 6

    2.0 Literatur Tema Program

    2.1 Sejarah Tema Patriotisme 8

    2.2 Konsep Program 9

    2.3 Matlamat Program 9

    2.4 Tujuan Program 10

    3.0 Metodologi Program

    3.1 Kumpulan Sasaran 11

    3.2 Lokasi Program 12

    3.2 Prosedur Pelaksanaan 13

    3.3 Pergerakan Tugasan 14

    3.4 Huraian Program 15

    3.5 Penilaian Program 16

    4.0 Modul-Modul Program

    4.1 Modul 1 Patriotisme Bangga Diri 17

  • 2

    4.2 Modul 2 Kecemerlangan Akademik Jati Diri 20

    4.3 Modul 3 Kokurikulum Oh Bangsaku 23

    4.4 Modul 4 Khidmat Masyarakat Rela Diri 26

    4.5 Modul 5 Sukan dan Permainan Kenali Diri 29

    5.0 Penilaian dan Perbincangan Hasil Pelaksanaan Program

    5.1 Rumusan Program 33

    5.2 Kekuatan Program 33

    5.3 Kelemahan Program 36

    5.4 Cadangan Penambahbaikan Program 37

    5.5 Implikasi Program 38

    5.6 Penutup 41

    6.0 Rujukan 43

    7.0 Lampiran

    7.1 Lampiran Surat Menyurat

    7.2 Minit Mesyuarat

    7.3 Bahan Sokongan

    7.4 Bahan Bergambar

  • 3

    1. PENGENALAN

    1.1 LATAR BELAKANG PROGRAM

    Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

    Ungkapan penting bagi menggambarkan semangat sayang dan cinta akan

    negara atau lebih dikenali sebagai semangat Patriotisme . Tema Patriotisme

    dipilih adalah bertujuan untuk menyemai rasa cinta dan sayang terhadap

    negara di samping mewujudkan persefahaman dan perpaduan antara kaum

    di Malaysia. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka antara maka

    akan wujud suasana hormat menghormati terhadap agama, budaya dan

    adat resam. Semangat Patriotik dengan sendirinya akan timbul sekiranya

    perpaduan dapat dijana di kalangan rakyat Malaysia.

    Bagi merealisasikan tema Patriotisme ini , kami telah memilih sekolah aliran

    kebangsaan di daerah Selama, Perak iaitu Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi.

    Program Patriotisme yang telah kami jalankan adalah mirip kepada

    program Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Rancangan Integrasi Murid

    Untuk Perpaduan atau ringkasnya RIMUP. Aktiviti yang telah dijalankan

    adalah dalam bentuk berkumpulan di mana setiap kumpulan diberi nama

    dengan nama- nama Perdana Menteri Malaysia . Sebanyak lima aktiviti telah

    dijalankan dan setiap aktiviti diberi tema yang berunsurkan semangat

    Patriotik iaitu Bangga Diri, Kenali Diri, Rela Diri , Jati Diri dan Oh

    Bangsaku.

  • 4

    1.2 TUJUAN PROGRAM

    Matlamat program ini adalah bertujuan untuk membentuk warganegara yang

    bersemangat patriotik dan berkeperibadian Malaysia di kalangan murid.

    1.3 OBJEKTIF PROGRAM

    Melalui program ini , murid dapat;

    a. Mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan negara.

    b. Mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa, dan

    negara.

    c. Bersemangat kekitaan, berdisiplin, dan hidup bermasyarakat dan

    harmonis.

    d. Memahami dan mengembangkan kefahaman, kesedaran, dan kepekaan

    terhadap masyarakat sekeliling dan berusaha untuk bermasyarakat.

    1.4 SIGNIFIKAN PROGRAM

    Program yang dijalankan ini memberi beberapa impak yang positif .

    a. Murid

    Setiap aktiviti yang telah dijalankan diterapkan nilai patriotisme . Murid

    secara tidak langsung akan lebih memahami, maksud dan matlamat

    Patriotisme.

    b. Guru

    Program ini telah mendapat penyertaan yang menggalakkan dari

    kalangan warga sekolah ini . Seluruh warga sekolah telah menunjukkan

  • 5

    sikap kerjasama, tolong-menolong bagi menjayakan program ini. Setiap

    guru secara tidak langsung membantu usaha kerajaan dalam

    meningkatkan semangat patriotik di kalangan rakyat.

    c. Sekolah

    Sekolah secara tidak langsung telah mempunyai satu aktiviti yang

    berorientasikan semangat Patriotisme dan dapat menambah baik

    program yang sedia ada.

    d. Masyarakat

    Melentur buluh , biar dari rebungnya. Sekiranya semangat patriotik

    dapat dipupuk sejak kecil sudah tentulah semangat patriotik itu akan

    kekal dan diamalkan sehingga dewasa. Semangat patriotik itu akan terus

    subur dalam sanubari murid hinggalah mereka menamatkan

    persekolahan atau pengajian. Semangat ini dapat diaplikasikan apabila

    mereka berada di dalam masyarakat.

    e. Negara

    Negara dapat melahirkan generasi Malaysia yang memiliki jiwa dan

    peribadi yang unggul bersemangat muhibah dan mampu menghadapi

    cabaran.

  • 6

    1.5 JAWATANKUASA KERJA PROGRAM

    Penasihat Program

    Haji Abd. Kamal bin Mahamad

    Guru Besar SK Tebing Tinggi

    Penyelaras Program

    Dr. Jamalsafri Bin Saibon

    Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM

    Pengerusi Program

    Ahmad@Mohamad Bin Ariffin

    Setiausaha

    Faizal Bin Abdul Halim

    Bendahari

    Adrian Sani Bin Sahimi

    Jawatankuasa Kecil

    Fasilitator Modul 1 Patriotisme Bangga Diri

    Cheah Bee Cheng

    Fasilitator Modul 2 Kecemerlangan Akademik Jati Diri

    Mohd Nizam Bin Harun

  • 7

    Fasilitator Modul 3 Kokurikulum Oh Bangsaku

    Kunavathy a/p P Nadarajan

    Fasilitator Modul 4 Khidmat Masyarakat Rela Diri

    Kamal Mohamad Khir Bin Kamarudin

    Fasilitator Modul 5 Sukan dan Permainan Kenali Diri

    Mazlizan Bin Abdul Majid

    Hadiah dan Cenderahati

    Ahmad@Mohamad Bin Ariffin

    Dokumentasi

    Lim Gaik Hoh

    Peralatan Teknikal

    Faizal bin Abdul Halim

    Mohd Nizam Bin Harun

    Keselamatan dan Kebersihan

    Adrian Sani Bin Sahimi

    Mazlizan Bin Abdul Majid

  • 8

    2. LITERATUR TEMA PROGRAM

    2.1 SEJARAH TEMA PATRIOTISME

    Perpaduan amat penting bagi negara Malaysia yang dihuni oleh pelbagai

    bangsa yang mempunyai berbagai ragam adat resam dan budaya serta amalan

    yang semestinya berbeza sama diantara satu sama lain. Perpaduan sahajalah

    yang dapat menjamin keharmonian dan kestabilan negara yang kita cintai ini.

    Masyarakat berbilang kaum, adat dan budaya ini perlu saling hormat

    menghormati, kenal mengenali ,saling memahami dan saling bekerjasama antara

    satu sama lain tanpa mengira warna kulit , darjat atau status dan kepentingan

    bangsa dan anutan agama. Semuanya sama dan berada di atas tanah tumpah

    yang sama dan negara yang dicintai Malaysia.

    Masyarakat berbilang kaum dan budaya ini perlukan satu program yang

    yang berteraskan semangat patriotisme sebagai satu langkah awal bagi mewujud

    dan melahirkan anak bangsa yang cintakan keamanan dan sayangkan ibu

    pertiwi. Satu langkah yang akan melahirkan semangat intergrasi nasional yang

    perlu dimulai sejak awal lagi yakni zaman kanak kanak. Untuk melentur buluh

    biarlah dari rebungnya kerana pewaris pewaris negara inilah yang akan

    menentukan corak dan masa depan negara.

    Penghasilan program ini diharapkan dapat menjadi pemangkin pencapaian

    matlamat dan hasrat kerajaan melahirkan masyarakat berbilang kaum yang

    boleh hidup di bawah satu bumbung. Negara Malaysia dan masyarakatnya yang

    bersatupadu, bertoleransi,saling hormat menghormati, percaya mempercayai,

  • 9

    senantiasa bekerjasama untuk memaju, menyayangi dan mempertahankan

    negara dari jebakan anasir luar yang sentiasa inginkan negara berada dalam

    pecah belah dan huru hara.

    2.2 KONSEP PROGRAM

    Program Patriotisme adalah satu program yang mengalakkan murid

    berbilang kaum bekerjasama dalam kegiatan-kegiatan khas serta secara bersama

    mengembleng tenaga mengguna peralatan dan menyumbang kepakaran untuk

    hidup bersama secara harmoni .

    2.3 MATLAMAT PROGRAM

    Program Patriotisme adalah bermatlamat untuk melahirkan generasi

    Malaysia yang berkarisme, berdikari, berakhlak mulia, bertoleransi, bijaksana

    dan memiliki jati diri dan berperibadi unggul yang akan bersama sama dengan

    bangsa Malaysia lain berpadu tenaga untuk menghadapi cabaran globalisasi

    secara kolektif dan bersepadu.

    Di samping itu ia diharap dapat dan mampu membina jiwa intelek,

    bersahsiah, nilai jati diri yang tinggi dan bijak bersosial serta mementingkan

    perpaduan , cintakan negara dalam erti kata yang sebenarnya yang menjurus

    kearah intergrasi nasional.

  • 10

    2.4 TUJUAN PROGRAM

    Program ini dirangka bertujuan mewujudkan dan mempertingkatkan serta

    menyuburkan semangat bekerjasama antara kaum sebagai pemangkin

    perpaduan nasional dan berpetriotik.

    Melalui program yang dirangka dan setelah menjalaninya akan lahirlah rasa

    muhibbah, bertolak ansur dan berbaik sangka seterusnya mewujudkan rasa

    saling hormat menghormati, berinteraksi tanpa rasa prajudis.

    Program ini juga diharapkan akan menjadi wadah perjuangan

    mempertahankan kemerdakaan terus berkekalan dalam menghadapi arus

    globalisasi yang semakin mencabar ini.

  • 11

    3. METODOLOGI PROGRAM

    3.1 Kumpulan Sasaran

    Bagi program modul patriotisme yang dijalankan oleh kumpulan

    kami, sebuah sekolah telah dipilih iaitu SK Tebing Tinggi di Selama,

    Perak. Program ini telah disertai oleh pelajar tahap 2 sekolah tersebut iaitu

    seramai 30 orang.

    Pelajar tahap 2 sekolah ini telah dipilih atas beberapa sebab yang

    releven. Sebab yang pertama adalah modul yang dibangunkan diharap

    dapat memberi impak kepada pelajar tahap 2 yang semakin matang.

    Modul yang dibangunkan mudah dan seronok untuk dijalankan dan

    ianya bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar tahap 2. Sebab kedua,

    pelajar SK Tebing Tinggi agak terpisah dengan dunia luar, pendedahan

    yang mereka terima adalah melalui televisyen, radio dan surat khabar

    sahaja. Mereka kurang mendapat peluang dalam melibatkan diri dengan

    program yang seumpama ini. Oleh sebab itu kami telah memutuskan

    untuk menjalankan program ini di sekolah SK Tebing Tinggi dengan

    harapan ia dapat memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar untuk

    melibatkan diri dan menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara.

    Sebab terakhir adalah bagi membolehkan pelajar sekolah ini melihat,

    merasai dan melakukan sendiri aktiviti yang belum pernah mereka

    lakukan seperti perlumbaan upih pinang yang kian dilupakan oleh

    generasi sekarang.

  • 12

    3.2 Lokasi Program

    Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi terletak di bahagian utara negeri

    Perak dan perjalanan dari Pekan Parit Buntar Perak memakan masa 15 ke

    20 minit untuk sampai ke simpang Bagan Serai untuk masuk ke jalan

    kampung, bermula dari jalan kampung perjalanan untuk ke sekolah ini

    mengambil masa sekitar 40 minit daripada persimpangan jalan utama.

    Sepanjang pejalanan ke sekolah ini dapat dilihat kawasan sawah padi,

    kebun kelapa, kebun kelapa sawit, kebun buah-buahan dan kebun getah.

    Jarak dari Pekan Parit Buntar ke sekolah ini adalah sekitar 45 KM.

    Lokasi sekolah ini dipilih kerana kedudukannya yang terpencil.

    Kami berpendapat program ini akan mendapat impak yang positif apabila

    dijalankan di kawasan pedalaman di mana pelajar-pelajarnya kurang

    mandapat peluang dalam melibatkan diri dengan aktiviti seumpama ini.

    Selain daripada itu jumlah pelajar yang sesuai juga menjadi faktor

    mengapa lokasi ini dipilih.

    Kumpulan sasaran di lokasi ini kebanyakkannya adalah anak-anak

    petani dan peneroka. Mereka rata-rata tidak banyak terdedah kepada

    program yang berkaitan dengan patriotisme daripada pihak luar selain

    daripada yang dirancang oleh pihak sekolah. Kami berpendapat ini

    adalah peluang terbaik bagi membolehkan pelajar-pelajar ini merasa

    bagaimana program seumpama ini dijalankan di sekolah mereka.

  • 13

    3.2 Prosedur Pelaksanaan

    Sebelum program ini dilaksanakan terdapat beberapa proses telah

    dijalankan bagi memastikan kelancaran program ini. Proses tersebut

    adalah seperti berikut :

    A) Pembentukan kumpulan

    B) Mesyuarat I - 23 April 2011 di Pusat Sumber Jawi pelantikan AJK dan

    bahan-bahan berkaitan.

    C) Penerimaan Tajuk Patriotisme

    D) Mesyuarat II 5 Mei 2011 di Pusat Sumber Jawi perbincangan jenis

    aktiviti.

    E) Mesyuarat III 7 Mei 2011 di Bilik Kuliah SK3 USM penyerahan dan

    taklimat tugas.

    F) Pelaksanaan program - 11 Mei 2011

    G) Mesyuarat IV 21 Mei 2011 di Bilik Kuliah SK3 USM penyerahan

    nota pembahagian tugas menaip dan melapor. Dihantar sebelum 3 Jun

    2011 melalui emel setiausaha untuk digabung dan edit.

    H) Mesyuarat V 4 Jun 2011 di Pusat Sumber Jawi menyemakan hasil

    gabungan.

    I) Cetak dan jilid pada 10 Jun 2011.

    J) Penghantaran hasil tugasan 18 Jun 2011

  • 14

    3.3 Pengerakan Tugasan

    10 JUN 2011

    CETAK DAN

    JILID

    4 JUN 2011 BINCANG

    DAN SEMAK

    3 JUN 2011 SERAH HASIL

    MENAIP

    21 MEI 2011 SERAH TUGAS

    MENAIP 11 MEI 2011

    KEM DILAKSANA

    SKTT

    7 MEI 2011 SERAH SKOP

    TUGASAN AHLI

    5 MEI 2011 BINCANG

    TAJUK TUGAS

    30 APRIL 2011

    TERIMA TAJUK

    23 APRIL 2011

    BENTUK KUMPULAN

    16 APRIL

    2011

    TAKLIMAT

    18 JUN 2011

    SELESAI HANTAR

  • 15

    3.4 Huraian

    A) Kumpulan ini terdiri daripada 9 orang ahli. Setiap ahli telah diberi

    tugasan masing-masing. Rujuk lampiran senarai nama ahli.

    B) Tajuk bagi tugasan ini telah diberikan semasa perjumpaan kedua di

    USM. Tajuk bagi kumpulan ini adalah Patriotisme.

    C) Mesyuarat pertama dijalankan bagi melantik jawatankuasa dn

    membincangkan jangkaan tajuk, merangka plan tindakan dan

    membahagikan tugasan. Sila rujuk lampiran minit mesyuarat pertama.

    D) Setelah selesai rangka plan tindakan, langkah seterusnya adalah

    memaklumkan pihak pentadbiran sekolah. Segala surat menyurat

    dapat dirujuk pada bahagian lampiran.

    E) Setelah mendapat persetujuan pihak pentadbiran SK Tebing Tinggi.

    Guru di sekolah tersebut memilih para peserta. Peserta dipilih

    berdasarkan kesesuaian dengan modul yang telah dibangunkan.

    F) Semasa pelaksanaan program. Semua ahli kumpulan hadir bagi

    melancarkan perjalanan program dan bagi menjalankan tugas-tugas

    lain yang telah diarahkan semasa perjalanan program. Semasa

    program dijalankan ahli kumpulan yang lain menjadi pemudah

    cara(fasilitator).

    G) Setelah selesai program dijalankan, selang 4 hari selepas itu mesyuarat

    ke 2 dijalankan bagi membuat postmoterm. Semasa perbincangan ahli

    kumpulan telah dibahagikan tugasan masing-masing. Sila rujuk

    lampiran minit mesyuarat ke 2.

  • 16

    H) Semua ahli menyelesaikan tugasan yang telah diberikan. Ketua

    kumpulan menetapkan untuk menghantar laporan setiap bahagian

    pada atau sebelum 3 Jun 2011 untuk tujuan semakan dan suntingan.

    3.5 Penilaian Program

    Setelah menjalankan program ini di SK Tebing Tinggi, saya dan

    ahli kumpulan yang lain dapati objektif yang dirancang tercapai dan kami

    mendapat kejasama yang begitu jitu daripada semua pihak termasuklah

    antara ahli kumpulan dan pihak pentadbiran sekolah.

    Pelajar-pelajar tahap 2 memberi kerjasama yang begitu baik antara

    setiap ahli dan juga kepada para fasilitator. Mereka begitu teruja semasa

    menjalankan aktiviti yang dirancang didalam modul dan memberi

    sepenuhnya perhatian.

    Dalam menjalankan modul ini kami menghadapi masalah untuk

    kelokasi sekolah. Kedudukan sekolah yang terpencil mencabar kesabaran

    dan agak memenatkan. Tetapi setelah selesai menjalankan program yang

    dirancang kami mendapat kepuasan dengan hasil yang kami dapati. Para

    pelajar lebih berjiwa patriotik. Mereka sedikit sebanyak lebih mengenali

    tokoh-tokoh negarawan dan juga adat resam masyarakat di Malaysia.

    Secara keseluruhannya, saya dapati program ini berjaya mencapai

    objektif asalnya. Walaupun berlaku beberapa masalah semasa

    menjalankan modul yang telah dirancang, ianya dapat ditangani secara

    kelektif oleh setiap ahli.

  • 17

    4. MODUL-MODUL PROGRAM

    4.1 MODUL 1 - PATRIOTISME

    Tajuk

    Bangga Diri ( Patriotisme)

    Pengenalan

    Mewarna Jalur Gemilang dan logo 1 Malaysia dilaksanakan untuk mewujudkan

    kesedaran dan keprihatinan serta memupuk rasa bangga terhadap Jalur Gemilang

    dan logo 1 Malaysia.

    Jenis aktiviti

    Mewarna Jalur Gemilang dan logo 1 Malaysia.

    Matlamat

    Untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan

    peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran

    secara kolektif dan bersepadu

    Objektif

    a) memahami, menghayati maksud warna dan lambang pada Jalur Gemilang.

    b) menyemai semangat menghargai dan manghayati maksud 1 Malaysia.

    c) menanam semangat cintakan negara di kalangan murid-murid.

    Kumpulan Sasaran

    30 murid Tahun 5 (6 orang x 5 kumpulan )

    Syarat- syarat

    a) 6 orang dalam satu kumpulan.

  • 18

    b) Semasa aktiviti mewarna , murid diberi sekeping kertas yang bercetak

    Jalur Gemilang dan logo 1 Malaysia.

    c) Masa mewarna ialah 20 minit.

    d) Setiap kumpulan membentangkan hasil tugasan di atas pentas dan menjawab

    secara spontan soalan berkaitan tajuk.

    e) Keputusan hakim adalah muktamad.

    Alatan

    Foto bendera , logo 1 Malaysia, warna krayon

    Langkah langkah ( Sebelum aktiviti )

    a) Memperkenalkan peserta-peserta Jalur Gemilang dan logo 1 Malaysia.

    b) Taklimat aktiviti diberi secara ringkas.

    c) Foto Jalur Gemilang dan logo 1 Malaysia dipamerkan.

    d) Masa 40 minit diberi.

    Langkah langkah ( Semasa aktiviti )

    a) Mengawasi dan memastikan setiap peserta mewarna dengan penuh semangat.

    b) Setiap kumpulan diberi sekeping kertas yang bercetak Jalur Gemilang dan logo 1

    Malaysia.

  • 19

    c) Setiap peserta bersepakat mewarna Jalur Gemilang dan logo 1 Malaysia di

    dewan.

    d) Setiap peserta menampalkan hasil kerja dan menjawab serta menghuraikan

    maksudnya.

    e) Memastikan setiap kumpulan dapat menyempurnakan hasil masing-masing.

    f) Urusetia mengumpul hasil daripada peserta.

    Langkah langkah ( Selepas Aktiviti )

    a) Menjelaskan warna-warna yang dilambang dalam Jalur Gemilang dan logo 1

    Malaysia.

    b) Memilih hasil yang terbaik daripada peserta-peserta.

    c) Mempamerkan keputusan peserta di papan kenyataan di sekolah.

  • 20

    4.2 MODUL 2 KECEMERLANGAN AKADEMIK

    Tajuk

    Jati Diri (Kecemerlangan Akademik )

    Pengenalan

    Sejak kebelakangan ini,semangat patriotisme dalam generasi muda semakin

    membimbangkan. Semangat patriotik dalam kalangan generasi muda dilihat

    semakin luntur. Bahkan ada dalam kalangan generasi muda hari ini yang langsung

    tidak mengetahui sejarah dan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan dalam

    membebaskan tanah air. Kesannya,generasi sekarang lebih mengagung-agungkan

    budaya luar terutamanya budaya barat lantaran kelunturan jati diri sebagai anak

    Malaysia.

    Jenis aktiviti

    Pertandingan Silangkata Patriotisme

    Matlamat

    Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan tinggi dan berakhlak

    mulia serta bertanggungjawab dalam memberi sumbangan kepada masyarakat dan

    negara.

    Objektif

    1 . Membangkitkan semangat patriotism dan jati diri dalam kalangan peserta..

    2. Melahirkan kecintaan yang mendalam terhadap agama,bangsa dan negara.

  • 21

    3. Mendorong dan menggalakkan perkongsian ilmu dalam kalangan peserta.

    4. Meningkatkan kerjasama dan perpaduan dalam kalangan peserta.

    Kumpulan Sasaran

    Tiga puluh orang murid tahun 4 dan tahun 5

    Prosedur pertandingan

    1. Semua peserta dibahagikan kepada lima kumpulan ,iaitu 6 orang bagi setiap

    kumpulan.

    2. Setiap kumpulan akan menerima silangkata patriotisme dan alat tulis.

    3. Para peserta berbincang dan menyiapkan silangkata patriotisme dalam masa

    15 minit.

    4. Selepas 15 minit,peserta akan berkumpul. Setiap kumpulan diberi masa 5

    minit untuk membentangkan jawapan silangkata di hadapan peserta lain.

    Fasilitator juga akan mengajukan beberapa soalan tambahan berkenaan

    semangat patriotisme kepada setiap kumpulan.

    5. Markah akan dikira berdasarkan jumlah jawapan yang betul. Sekiranya

    terdapat persamaan markah ,jumlah markah bagi soalan tambahan akan

    diambil kira untuk menentukan pemenang.

    Peralatan :

    1. Silangkata Patriotisme

    2. Alat tulis

  • 22

    Sebelum aktiviti

    1. Mesyuarat jawankuasa kumpulan bagi membincangkan soalan-soalan yang

    akan dipilih dan bersesuaian.

    2. Membuat perancangan dan membahagikan tugas.

    3. Menyediakan peralatan yang diperlukan.

    Semasa aktiviti

    1. Membahagikan peserta kepada 6 kumpulan iaitu Kumpulan Tunku Abdul

    Rahman,Kumpulan Tun Razak,Kumpulan Tun Hussein,Kumpulan Tun

    Mahathir dan Kumpulan Tun Abdullah

    2. Memberi taklimat kepada peserta tentang syarat-syarat pertandingan.

    3. Menjalankan pertandingan.

    4. Menjalankan sesi pembentangan dan soal jawab.

    Selepas aktiviti

    1. Membersih dan mengemaskan tempat pertandingan.

    2. Membuat post mortem

    3. Membuat laporan

  • 23

    4.3 MODUL 3 KOKURIKULUM

    Tajuk

    Oh Bangsaku

    Pengenalan

    Malaysia sebagai sebuah negara yang terkenal di seluruh negara mempunyai

    identiti penduduknya sendiri. Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum

    mewarisi pakaian tradisional seperti baju kurung, baju melayu, baju kebaya, sari,

    dhoti, salwar kameez, cheongsam, turban dan sebagainya.

    Jenis Aktiviti

    Pertunjukkan Pakaian Tradisional

    Matlamat

    Memperkenalkan perpaduan kaum diMalaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum

    seperti Melayu, Cina, India, Sikh, Kadazan, Murut, Kristian dan sebagainya melalui

    pakaian tradisional kepada murid. Melahirkan golongan pemuda/pemudi yang

    berjiwa megutamakan perpaduan dan memuouk nilai hormat-menghormati antara

    satu sama lain untuk memajukan negara Malaysia ke arah 2020.

    Objektif

    1) Memperkenalkan pelbagai kaum di Malaysia melalui pakaian tradional setiap

    kaum.

    2) Mempergiatkan usaha meluaskan warisan budaya dengan mengenakan pakaian

    tradisional ( contoh; Batik)

  • 24

    3) Memupuk nilai cintakan bangsaku dan hormati bangsa orang lain.

    4) Meningkatkan pengetahuan murid tentang pakaian tradisional dan bangsa yang

    memakainya.

    Kumpulan sasaran

    30 orang murid Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi.

    (dibahagikan kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 6 orang murid)

    Syarat-Syarat

    1) Setiap kumpulan yang terdiri daripada 6 orang perlu menyiapkan seorang

    model dengan pakaian tradisional dalam masa 40 minit.

    2) Ahli kumpulan harus berkerjasama untuk meyiapkan kawan mereka dengan

    pakaian trasional dan hiasan.

    3) Peserta memperagakan pakaian tradisional pelbagai kaum di atas pentas.

    4) Menjawab beberapa soalan yang ditujukan oleh guru (hakim) yang berkaitan

    dengan tema untuk mendapatkan markah tambahan.

    Alatan

    Pakaian Tradisional, Bunga, Hiasan

    Sebelum Aktiviti

    1) Mengadakan perbincangan untuk memilih hakim dan cara memberi

    permarkahan.

  • 25

    2) Menyediakan alatan dan hadiah untuk pemenang.

    3) Menyediakan pentas.

    Semasa Aktiviti

    1) Taklimat syarat kepada peserta dan ahli kumpulan.

    2) Pertunjukkan fesyen pakaian tradisional oleh murid.

    3) Menjawab soalan hakim secara spontan.

    4) Sesi bergambar bersama hakim dan fasilitator.

    Selepas Aktiviti

    1) Membersihkan tempat aktiviti.

    2) Membersihkan diri (murid yang menjadi model).

    3) Guru selaku haki, mengucapkan terima kasih kepada semua murid yang

    menjayakan progam ini.

    4) Guru membuat laporan.

    Kekuatan Aktiviti

    Murid murid telah diperkenalkan kepada pakaian pelbagai kaum yang terdapat di

    Malaysia. Pada masa yang sama dapat memupuk nilai hormat menghormati.

    Kelemahan Aktiviti

    Bukan semua jenis pakaian tradisional dapat diperagakan.

  • 26

    Guru meminta murid membuat rujukan susulan melalui internet.

    4.4 MODUL 4 KHIDMAT MASYARAKAT

    Tajuk

    Rela Diri ( Memelihara Kesucian Surau)

    Pengenalan

    Melalui khidmat masyarakat ini, pelajar-pelajar dapat mengaplikasi pengetahuan,

    kemahiran, dan nilai murni yang telah dipelajari di sekolah. Pelajar-pelajar juga

    dapat pengalaman sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang

    bertanggungjawab. Dengan ini, pelajar-pelajar dapat membina martabat diri yang

    positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan

    masyarakat. Aktiviti ini juga memerlukan penglibatan pelajar-pelajar secara

    berkumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti.

    Jenis Aktiviti

    1. Gotong-royong membersihkan surau.

    2. Gotong-royong mengecat surau.

    3. Gotong-royong membersihkan longkang surau yang tersumbat.

    Matlamat

    Aktiviti ini juga secara tidak langsung mampu mewujudkan semangat kerjasama di

    kalangan pelajar dalam melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan di masa

    akan datang.

    Objektif

    1. Memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara.

  • 27

    2. Menjadi warganegara yang patriotik dan bertanggungjawab terhadap

    masyarakat dan negara.

    3. Menjadikan kawasan surau lebih bersih, kemas dan indah.

    4. Memupuk nilai cintakan kebersihan.

    5. Memupuk sifat kepimpinan dan sifat taat kepada pemimpin.

    Kumpulan Sasaran

    30 orang murid.

    Syarat-syarat

    1. Enam orang sepasukan.

    2. Setiap pasukan dibekalkan alatan bergotong-royong.

    3. Setiap kumpulan dikehendaki melakukan aktiviti di bahagian yang telah

    ditetapkan.

    4. Permarkahan dinilai dari aspek kekemasan, sikap tolong-menolong,

    muafakat, dan kebersihan.

    Alatan

    Penyapu, pengemop lantai, kain buruk, cat, berus cat dan tong.

    Sebelum Pelaksanaan

    1. Penubuhan Jawatankuasa Kerja Gotong-royong membersihkan surau.

    2. Mengadakan mesyuarat perancangan dan pelaksanaan jawatankuasa kerja

    untuk menentukan tarikh dan masa untuk menjalankan aktiviti.

    3. Menyediakan alatan yang diperlukan semasa gotong-royong membersihkan

    surau.

  • 28

    4. Memberi taklimat keselamatan kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

    5. Mendapat persetujuan daripada ibu bapa pelajar-pelajar sebelum

    menjalankan aktiviti.

    Semasa Pelaksanaan

    1. Memberi taklimat ringkas dan menjelaskan peraturan-peraturan dan

    perjalanan aktiviti kepada pelajar-pelajar.

    2. Menjelaskan kepada pelajar-pelajar adab-adab yang perlu dijaga semasa

    berada di dalam surau.

    3. Membentuk kumpulan kecil pelajar-pelajar untuk bergotong-royong

    membersihkan surau, iaitu 6 orang pelajar dalam satu kumpulan, setiap

    kumpulan ada 3 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan. Semua

    ada 5 kumpulan kecil.

    4. Membahagikan tugas-tugas kepada setiap kumpulan.

    5. Menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan surau.

    Membersihkan kawasan sekitar surau.

    Membersihkan longkang surau yang tersumbat.

    Mengecat dinding surau.

    6. Bagi menghargai jasa baik guru-guru dan pelajar-pelajar, jamuan telah

    disediakan oleh pihak surau berkenaan setelah gotong-royong selesai.

    Selepas Pelaksanaan

    1. Aktiviti gotong-royong membersihkan surau telah dilaksanakan dengan

    jayanya.

    2. Aktiviti ini memakan masa lebih kurang 40 minit.

  • 29

    3. Semua guru, pelajar-pelajar dan penduduk setempat turut padang bagi

    menjayakan program ini.

    4. Berhimpun semula, setiap kumpulan membuat laporan bertuis tentang

    aktiviti kumpulan masing-masing.

    4.5 MODUL 5 SUKAN DAN PERMAINAN

    Tajuk

    Kenali Diri ( Sukan dan Permainan )

    Pengenalan

    Pada masa dahulu,permainan tradisional merupakan permainan yang dimainkan

    oleh setiap lapisan masyarakat mengikut kaum-kaum yang tertentu dengan tujuan

    untuk menimbulkan keseronokan setelah penat bekerja..Namun kini,permainan

    tradisional ini dijadikan sebagai alat untuk memupuk semangat kerjasama dan

    perpaduan di kalangan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.

    Jenis aktiviti

    1. Permainan tarik upih

    2. Permainan batu seremban

    3. Permainan sepak bulu ayam

    Matlamat

    Melahirkan generasi Malaysia yang bersatu-padu,tabah dan memiliki jiwa serta jati

    diri yang unggul dalam menghadapi masa depan yang semakin mencabar.

    Objektif

    1 . Peserta dapat bekerjasama sepanjang aktiviti ini dijalankan.

    2. Dapat mewujudkan persaingan yang sihat antara kumpulan dan persefahaman

    dalam kalangan peserta.

  • 30

    3. Dapat menggunakan kemahiran Matematik dan menyusun strategi untuk

    mengalahkan lawan.

    Kumpulan Sasaran

    Tiga puluh orang murid tahun 4 dan tahun 5

    Prosedur permainan

    1. Semua peserta dibahagikan kepada lima kumpulan ,iaitu 6 orang bagi setiap

    kumpulan.

    2. Setiap kumpulan akan menjalankan aktiviti ini secara berpasangan iaitu A -

    B,C- D dan E-F.

    3. Peserta A akan menarik peserta B yang duduk di atas upih pinang menuju ke

    stesen 1 kemudian peserta A pula akan naik ke atas upih dan ditarik oleh

    peserta B berpatah balik ke stesen permulaan.Sampai di stesen

    permulaan,pasangan kedua iaitu C-D pula akan melakukan seperti mana

    pasangan pertama tadi. Bagi pasangan ketiga,mereka tidak perlu berpatah

    balik sebaliknya peserta E akan menarik peserta F terus ke garisan penamat .

  • 31

    garisan penamat STESEN 1 garisan permulaan

    4. Pasangan ketiga bagi setiap kumpulan yang mula-mula sampai di garisan

    penamat akan dikira sebagai pemenang dan diberi 5 mata,tempat kedua 4

    mata, tempat ketiga 3 mata , tempat keempat hingga keenam 2 mata.

    5. Selepas tamat permainan tarik upih, ahli kumpulan akan berpecah. Peserta

    lelaki akan bermain sepak bulu ayam manakala peserta perempuan akan

    bermain batu seremban.

    6. Bagi permainan sepak bulu ayam,kumpulan yang dapat menimbang dengan

    jumlah yang paling banyak akan dikira sebagai pemenang.Setiap ahli dalam

    kumpulan diberi 3 kali percubaan.

    7. Bagi permainan batu seremban pula,setiap kumpulan diberi masa selama

    lima minit untuk bermain dengan diawasi oleh fasilitator masing-masing.

    Kumpulan yang dapat menimbang batu dengan jumlah yang paling banyak

    akan dikira sebagai pemenang.

  • 32

    8. Mata untuk kedua-dua permainan ini adalah sama dengan mata yang diberi

    dalam permainan tarik upih.

    9. Setelah tamat semua permainan, mata yang dikumpulkan oleh setiap

    kumpulan akan dicampurkan. Kumpulan yang mempunyai mata terkumpul

    yang tinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang bagi aktiviti ini.

    Peralatan :

    1. Upih pinang

    2. Kon

    3. Batu

    4. Bulu ayam

    Sebelum aktiviti

    1. Mesyuarat jawankuasa kumpulan bagi membincangkan permainan yang

    akan dipilih.

    2. Membuat perancangan dan membahagikan tugas.

    3. Menyediakan peralatan yang diperlukan.

    Semasa aktiviti

    1. Membahagikan peserta kepada 6 kumpulan iaitu Kumpulan Tunku Abdul

    Rahman,Kumpulan Tun Razak,Kumpulan Tun Hussein,Kumpulan Tun

    Mahathir dan Kumpulan Tun Abdullah.

    2. Memberi taklimat kepada peserta tentang prosedur permainan.

    3. Memberi peluang kepada peserta untuk menyusun strategi .

    4. Menjalankan permainan.

    Selepas aktiviti

    1. Membersih dan mengemaskan tempat pertandingan.

    2. Membuat post mortem

    3. Membuat laporan

  • 33

    5. PENILAIAN DAN PERBINCANGAN HASIL PELAKSANAAN

    PROGRAM

    5.1 Rumusan Program ini.

    Alhamdulillah, kami dapat mengadakan Kem Patriotisme ini di Sekolah

    Kebangsaan Tebing Tinggi, Selama, Perak dengan jayanya seperti apa yang telah

    kami rancangkan. Walaupun pada mulanya terdapat masalah-masalah kecil yang

    timbul, namun atas dasar semangat patirotisme yang ada dalam diri setiap anggota

    kumpulan maka masalah-masalah tersebut dapat di atasi dengan sempurna. Inilah

    yang menunjukkan pentingnya ada semangat patriotisme dalam diri kita dapat

    mengatasi segala masalah lain timbul dalam masyarakat.

    5.2 Kekuatan program ini.

    Kejayaan mengadakan program ini wujud atas dasar beberapa kekuatan yang

    ada sama ada bagi pihak kumpulan kami, sekolah dan masyarakat setempat.

    Kekuatan-kekuatan tersebut dapat dijelaskan seperti berikut:-

    Kami telah mendapat tunjuk ajar dan panduan yang mudah difahami yang

    telah disampaikan oleh Doktor Jamalsafri bin Saibon pensyarah Kursus Kenegaraan.

    Tunjuk ajar dan panduan yang telah diberikan ini telah banyak membantu

    kumpulan kami untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan sebaik mungkin.

    Tanpa tunjuk ajar dan penerangan Doktor, sudah pasti kami terawang-awang untuk

    mencari formula untuk menyelesaikan tugasan ini.

    Ahli-ahli kumpulan kami juga telah memberi komitmen yang tinggi untuk

    menyelesaikan tugasan ini. Kefahaman dan tolak ansur antara ahli kumpulan yang

  • 34

    baik telah memudahkan perancagan yang dirancangkan telah dijalankan dengan

    sempurna. Walaupun ahli-ahli kumpulan menetap di kawasan yang berjauhan,

    namun kesepakatan yang baik telah menyebabkan hilang rasa keletihan untuk

    bertemu, berbincang dan mengadakan program ini dengan sempurna. Ahli-ahli

    kumpulan juga telah mengeluarkan banyak idea-idea yang bernas untuk

    memastikan kejayaan apa yang dirancangkan.

    Sekolah yang menjadi pilihan kami iaitu Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi

    juga adalah bertepatan untuk diadakan program ini kerana kedatangan kami amat

    dihargai dan dialu-alukan oleh pihak pentadbir dan guru-guru sekolah berkenaan.

    Malahan pihak sekolah ini juga telah menyediakan segala keperluan yang kami

    perlukan untuk memudahkan urusan kami menjalankan aktiviti yang dirancangkan

    tanpa diduga. Layanan yang istimewa ini telah menaikkan semangat kami untuk

    mengadakan aktiviti ini sebaik mungkin supaya ia menjadi lebih bermakna kepada

    pihak sekolah ini sebagai menngenang budi dan membalas jasa warga sekolah ini.

    Murid-murid yang dipilih oleh pihak sekolah untuk tujuan program ini telah

    member kerjasama sepenuhnya kepada kami walaupun inilah pertama kali kami

    bertemu dengan mereka. Mereka tidak berasa jangga untuk melakukan aktiviti-

    aktiviti yang dirancangkan oleh kami. Walaupun dalam kumpulan kami terdapat

    guru India dan Cina, murid-murid memberi respon yang baik dalam pergaulan

    sedangkan mereka semua berbangsa Melayu. Terdapat jalinan hubungan yang erat

    dan mesra walaupun pertama kali bertemu. Ini juga merupakan salah satu factor

    kejayaan program yang kami rancangkan.

  • 35

    Komuniti di sekolah tersebut juga telah memberi respon yang baik terhadap

    hasrat kami untuk mengadakan program di sekolah itu. Pihak Persatuan Ibu Bapa

    dan Guru (PIBG), waris, penjaga dan masyarakat sekeliling di sekolah itu bersetuju

    untuk membenarkan anak-anak mereka menyertai program yang kami rancangkan

    ini. Tanpa kerjasama dan sokongan serta kebenaran mereka sudah pasti kami tidak

    dapat melaksanakan program ini di situ. Ada juga pihak ibu bapa yang menyambut

    kehadiran kami walaupun di pintu pagar sebagai tanda sokongan terhadap program

    yang kami rancangkan ini.

    Aktiviti-aktiviti yang kami pilih juga amat menarik minat murid-murid untuk

    menyertainya hingga ke penghujungan program ini. Tidak ada rugutan keluhan

    mereka terhadap program ini. Malahan, murid-murid beriya-iya menanti aktiviti-

    aktiviti seterusnya untuk diserta walaupun ada di antara mereka kelihatan letih dan

    lapar.Murid-murid bukan sahaja dapat menambah ilmu melalui aktiviti yang

    dirancangkan malahan mereka juga turut berhibur kerana aktiviti yang kami

    rancangkan bercorak keseronokkan dan pengisiannya berilmu.

    Pihak pentadbir sekolah juga telah menyediakan kemudahan kemudahan

    yang bersesuaian dengan aktiviti yang kami rancangkan seperti dewan, padang,

    kelas,kantin dan surau. Tempat- tempat ini, telah dikemas dan diselia atur oleh

    pekerja-pekerja sekolah supaya tidak berlaku pembaziran masa dari satu aktiviti ke

    satu aktiviti yang akan dilakukan . Hal ini membolehkan program kami berjalan

    lancar tanpa ada sebarang gangguan yang membantutkan perjalanan program ini.

  • 36

    Kami juga telah menyediakan pengisian program yang bermakna walaupun

    dalamnya ada hiburan. Tema Patriotisme bertepatan dengan pemilihan sekolah ini

    kerana mereka sememangnya tertunggu-tunggu apa itu Patriotisme kerana sekolah

    ini terletak di luar bandar dan agak terpencil dari kehidupan bandar. Kebanyakan

    mereka datang dari keluarga yang boleh dikatakan susah yang kurang pendedahan

    erti Patriotisme dan bagaimana hendak menunjukkan tanda Patirotisme. Inilah yang

    menyebabkan mereka memberi perhatian terhadap aktiviti yang dirancangkan.

    Keadaan cuaca yang baik juga telah membantu kami melaksanakan program

    ini dengan lancar terutamanya melibatkan aktiviti di padang. Aktiviti Oh

    Bangsaku iaitu aktiviti permainan dapat dijalankan dengan sempurna dan jayanya.

    Jika hari tersebut hujan, sudah tentunya menjadi kesukaran kepada kami untuk

    mengadakan aktiviti ini.

    5.3 Kelemahan program ini.

    Walaubagaimanapun, terdapat juga kelemahan yang patut kami atas jika

    dilaksanakan program ini di lain masa. Sekiranya kelemahan ini dapat diatasi,

    sudah tentu program kami ini akan menjadi lebih bermakna. Kelemahan yang kami

    dapati adalah seperti berikut:-

    Sekolah yang menjadi pilihan kami ini merupakan sekolah yang murid-

    muridnya berbangsa Melayu sahaja. Oleh kerana itu, murid-murid yang terlibat

    dalam program ini hanya murid-murid Melayu sahaja. Alangkah baiknya jika

    terdapat murid-murid berbilang kaum menyertai program ini untuk melahir,

    menunjuk dan menanamkan sikap patriotisme kepada mereka. Walaupun berlainan

  • 37

    bangsa, tetapi keperluan ada sikap patriotisme perlu ditanamkan dalam diri murid-

    murid supaya menyayangi negara ini. Inilah yang sepatutnya yang menjadi sasaran

    dalam program ini.

    5.4 Cadangan penambahbaikan program ini.

    Kami dapati, jika diadakan penambahbaikan tertentu terhadap program kami

    ini, sudah tentu ia akan menjadi lebih mantap dan tinggi nilai maknanya kejayaan

    mengadakan program sebegini.

    Program ini lebih bermakna jika diadakan di suatu kawasan yang melibatkan

    pencampuran murid-murid berbilang bangsa dan mereka tidak kenal antara satu

    sama lain. Keadaan sebegini akan memantapkan lagi kerjasama dan tanggungjawab

    antara mereka untuk melahirkan sikap patriotisme dalam diri masing-masing serta

    kumpulan mereka.

    Adalah lebih bagus jika program ini melibatkan lebih ramai murid yang

    sudah tentunya mempunyai pelbagai ragam dan tingkah laku. Keadaan sebegini

    akan membolehkan guru-guru menilai tahap patriotisme murid-murid yang

    sebenarnya kerana apabila mereka ramai akan adanya murid-murid yang pasif

    terhadap program ini.

    Pihak sekolah perlu mengadakan program sebegini dalam tempoh tertentu

    supaya dapat menanam sikap patriotisme dalam diri murid-murid terhadap negara

    ini. Kekerapan mengadakan aktiviti sebegini akan memastikan diri murid-murid

    sentiasa ada semangat patriotisme.

  • 38

    5.5 Implikasi program ini.

    Program yang kami lakukan ini boleh member implikasi yang bermakna

    bukan sahaja untuk diri kami atau peserta sahaja tetapi menyeluruh kepada

    masyarakat mahupun negara kerana program ini akan mewujudkan satu kesedaran

    yang berpanjangan untuk direnungkan.

    Program ini dapat melahirkan jiwa-jiwa yang ada jaminan meyakinkan

    untuk mempertahankan nasib bangsa dan tempat kelahiran sendiri dengan memiliki

    rasa patriotisme yang tinggi kerana mengetahui apa itu patriotisme. Dalam program

    ini, mereka telah diberi pendedahan asas bagaimana hendak menanamkan semangat

    patirotisme walaupun dalam erti kata yang kecil dan aktiviti-aktiviti yang mudah

    dilakukan.

    Semangat patriotisme moden ini akan membentuk pembangunan diri yang

    tinggi untuk mencapai taraf menyatukan rakyat dengan cara-cara yang cukup

    mudah tetapi berkesan. Hal ini kerana, mereka diberi pendedahan awal tentang

    pentingnya ada perpaduan ketika melaksanakan sesuatu perkara. Tanpa ada

    perpaduan sudah pasti sesuatu aktiviti atau rancangan tidak akan Berjaya diadakan

    dengan sempurna.

    Pada zaman moden ini juga telah wujud pula istilah patriotisme alaf baru

    yang lebih menitik beratkan pendidikan kewarganegaraan, makna dan fokus

    patriotisme, dan cabaran alaf baru terhadap patriotisme, objektif dan nilai-nilai

    patriotisme serta pendekatan pelaksanaannya. Oleh itu program yang dirancang ini

    telah menepati apa yang dikehendaki. Semua aktiviti yang dirancang dan dijalankan

    berlandaskan prinsip-prinsip untuk mewujudkan satu pendidikan berlatar

  • 39

    belakangkan permainan tetapi disebaliknya ada pengetahuan patriotisme dipupuk

    dalam diri mereka.

    Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita

    pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian

    kerana masing-masing individu sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan

    mereka tidak menghiraukan perkara lain berlaku di sekeliling mereka. Pada

    pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha

    untuk mencari kekayaan dan mencari wang untuk menambahkan pendapatan

    semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotisme dan

    tidak mempedulikan semangat pariotisme. Contohnya anggota masyarakat kita

    tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan

    negara yang diadakan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotisme dalam

    kalangan masyarakat dapat ditingkatkan semula melalui program yang

    dirancangkan ini. Pendedahan demi pendedahan telah diberikan kepada peserta-

    peserta tentang pentingnya mewujudkan semangat patriotisme supaya tidak

    berulang lagi pandangan yang remah tentang kepentingan diri terhadap negara.

    Walaupun terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan

    semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada

    caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan

    semangat patriotisme dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat

    patriotisme sebati dalam diri murid-murid seperti kata peribahasa Melayu,

    melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sekiranya semangat patriotisme dapat

    dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotisme akan terus diamalkan dan

  • 40

    dikekalkan dari kecil hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana

    kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak

    melakukan perkara-perkara yang akan merosak dan memburukkan nama negara.

    Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan

    memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotisme ini dalam program-

    program di sekolah. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami

    dan menghayati semangat patriotisme kerana aspek tersebut dipelajari dalam

    program tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara terus di

    sekolah, diuji dalam aktiviti yang diadakan dan seterusnya diamalkan dalam

    kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotisme itu akan terus

    subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan

    persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi dan dalam

    kehidupan mereka seharian.

    Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-

    besaran melalui media massa tentang kepentingan program sebegini. Kempen-

    kempen yang berkaitan dengan semangat patriotisme ini akan memberikan

    kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotisme dalam

    kalangan masyarakat di negara kita. Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di

    samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk

    menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan

    masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan

    rancangan atau program yang kami rancangkan ini supaya dapat meningkatkan

  • 41

    semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia terutamanya murid-murid

    sekolah.

    Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan

    aktiviti yang bersesuaian seperti mana yang kami lakukan ini. Dengan usaha ini,

    maka dapatlah kita untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan

    masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti- aktiviti dalam program

    yang kami rancangkan ini boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di

    kawasan perumahan.

    Semangat patriotisme juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada

    anggota kumpulan kami yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Atas dasar

    semangat patriotisme yang ada maka program ini telah berjaya diadakan.

    Masyarakat perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan

    mewujudkan semangat patiotisme yang telah dicapai dan menghayatinya dengan

    sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah

    dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak

    dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar

    untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi

    yang akan datang.

    5.6 Penutup.

    Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotisme

    perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat

    patriotisme ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya

  • 42

    dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan

    negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotisme yang tinggi juga

    akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai

    kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju

    yang lain. Sekiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan

    remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan

    mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan

    memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotisme dapat dipupuk dan

    disuburkan dalam kalangan masyarakat.

    Program Patriotisme ini telah memberi kesedaran kepada kami tentang

    tanggungjawab memberi dan mendidik murid-murid tentang ertinya semangat

    cintakan negara ini. Walaupun berada di mana sahaja, kita perlu ada nilai dan sikap

    patriotisme kerana ia akan memberi gambaran sebenar tentang tanggungjawab kita

    terhadap negara ini.

    Terima kasih diucapkan kepada Doktor Jamalsafri bin Saibon pensyarah

    Kursus Kenegaraan, Guru besar dan warga Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi,

    Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, para waris dan

    murid-murid kerana memberi kerjasama dan bantuan sama ada dari segi

    pengetahuan, tunjuk ajar, idea, kebenaran dan sokongan sehingga kami berjaya

    mengadakan program ini dengan jayanya.

  • 43

    6. RUJUKAN

    Abdul Latiff Abu Bakar, Patriotisme dan Nasionalisme: Satu Pandangan dan

    Renungan,Jurnal IKSEP,Jilid 1,1998.

    HNS2013. Kenegaraan. Pusat Pendidikan Luar, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    Tanjung Malim. Perak, 2011.

    Kementerian Pelajaran Malaysia, Modul Aktiviti Rancangan Integrasi Murid Untuk

    Perpaduan, RIMUP: Bahagian Sekolah KPM, Putrajaya, 2007.

    Mardiana dan Hasnah. Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur Fajar bakti Sdn. Bhd.

    2000.

    Rohani Abd.Ghani & Zulhilmi Paidi,Kenegaraan Malaysia :Isu-isu &

    Perkembangan,PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd.,Kuala Lumpur,2002.

    Shamsul Amri Baharuddin. Masyarakat Malaysia yang Membangun. Kuala Lumpur.

    Dewan Bahasa dan Pustaka. 1990.

    Shamsul Amri Baharuddin. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam. UPENA. 2008.

    Zulhilmi Paidi & Rohani Abd.Ghani,Kenegaraan Malaysia :Isu-isu Dalam

    Pembinaan Negara,PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd.,Kuala Lumpur,2003.