alam bahan

Upload: rosli-kasmodin

Post on 07-Mar-2016

294 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Latihan intensif untuk murid

TRANSCRIPT

  • 74

    TEMA : MENYIASAT ALAM BAHAN

    TOPIK : 1. KEADAAN BAHAN

    TAJUK : 1.1 Memahami bahan wujud dalam bentuk pepejal,cecair dan gas

    SUB-TOPIK : 1.1.1 Mengelaskan objek dan bahan kepada tiga rupa bentuk.

    NOTA RINGKAS

    MINGGU 24

    ( 1 / 4)

    Jirim wujud dalam keadaan tiga bentuk

    Pepejal Contoh:-batu, beg,kotak dan buku

    Keadaan bahan

    Cecair

    Contoh :- minyak, air

    paip,merkuri dan air sirap

    Gas Contoh :-asap ,karbon dioksida , oksigen dan wap air

  • 75

    UJI MINDA

    1.Tuliskan Pepejal , Cecair atau Gas berdasarkan gambar.

    a)

    b)

    air milo

    c)

    d)

    Air sungai

    e)

    Wap air

    f)

    2. Senaraikan 3 bahan dalam keadaan pepejal yang terdapat di dalam kelas.

    i.______________________ ii.________________________iii.__________________

    3.Senaraikan 3 bahan dalam keadaan cecair yang terdapat di dapur rumah kamu.

    i.______________________ ii.________________________iii.__________________

    4.Senaraikan 3 bahan dalam keadaan gas yang terdapat di sekeliling kamu.

    i.______________________ ii.________________________iii.__________________

  • 76

    TEMA : MENYIASAT ALAM BAHAN

    TOPIK : 1. KEADAAN BAHAN

    TAJUK : 1.1 Memahami bahan wujud dalam bentuk pepejal,cecair dan gas

    SUB-TOPIK : 1.1.2 Menyatakan ciri-ciri pepejal.

    NOTA RINGKAS

    MINGGU 24 ( 2 / 4 )

    Pepejal adalah bahan yang keras, padat dan tumpat serta mempunyai bentuk yang tertentu.

    Apabila sesuatu pepejal diletakkan di atas sesuatu permukaan, ia tidak mengalami apa-apa perubahan melainkan dikenakan daya atau dipanaskan

    PEPEJAL

    Ciri-ciri:-

    1. Mempunyai jisim

    2. Mempunyai bentuk yang

    tetap

    3. Mempunyai isipadu

    yang tetap

    4. Tidak dapat mengalir

    5. Tidak dapat

    dimampatkan

    Contoh pepejal batu, buku, pensel, pemadam

  • 77

    UJI MINDA

    1. Rajah di bawah menunjukkan seketul batu di dalam bekas yang berbeza.

    a) Nyatakan pemerhatian kamu.

    _______________________________________________________________

    b) Berikan satu sebab(inferens) bagi jawapan kamu di (a).

    _______________________________________________________________

    2. Objek P mempunyai ciri-ciri yang berikut:-

    Apakah objek P?

    A. Larutan Gula B. Air Kapur C. Ais D. Karbon dioksida

    3. Senaraikan 4 objek yang bersifat pepejal.

    i. _______________________________________________

    ii. _______________________________________________

    iii. _______________________________________________

    iv. _______________________________________________

    batu

    *Mempunyai jisim * Mempunyai bentuk yang tetap

    *Mempunyai isipadu yang tetap *Tidak dapat mengalir

  • 78

    MINGGU 24 (3/4)

    TEMA : MENYIASAT ALAM BAHAN

    TOPIK : 1. KEADAAN BAHAN

    TAJUK : 1.1 Memahami bahan wujud dalam bentuj pepejal,cecair dan gas

    SUB-TOPIK : 1.1.2Menyatakan ciri-ciri cecair.

    NOTA RINGKAS

    Cecair adalah bahan yang boleh mengalir apabila dituangkan ke dalam bekas atau sesuatu permukaan.

    Apabila cecair diisikan ke dalam botol ia akan mengikut bentuk botol, manakala apabila dituang ke dalam besen ia akan mengikut bentuk besen, begitulah seterusnya.Ini menunjukkan bahawa cecair ini akan mengikut apa jua bentuk bekas yang diisi.

    CECAIR

    Ciri-ciri:-

    1. Mempunyai jisim

    2. Bentuk mengikut bekas

    yang diisi

    3. Mempunyai isipadu

    yang tetap

    4. Mengalir dari tempat

    yang tinggi ke tempat

    yang rendah

    5. Tidak dapat

    dimampatkan

    Contoh cecair minyak, air, merkuri

  • 79

    UJI MINDA

    Tandakan / pada pernyataan yang betul dan X pada pernyataan yang salah. 1. Cecair mempunyai isipadu yang tetap. ( ) 2. Cecair tidak mempunyai berat. ( ) 3. Plastisin adalah contoh bahan dalam keadaan cecair . ( ) 4. Cecair boleh mengalir dari tempat yang rendah ke tinggi ( )

    5.Tiga helai pakaian yang sama bentuk dan saiz dicuci dengan kuantiti sabun yang

    berbeza. Jadual berikut menunjukkan satu keputusan penyiasatan tentang kaitan

    antara kuantiti sabun yang digunakan dengan isipadu air yang diperlukan untuk

    membilasnya. Penyiasatan ini dijalankan oleh seorang surirumah.

    Pakaian Kuantiti sabun Isipadu air yang diperlukan untuk membilasnya

    X 1 sudu 1 baldi

    Y 2 sudu 2 baldi

    Z 3 sudu 3 baldi

    (a) Nyatakan pemerhatian kamu tentang isipadu air yang diperlukan untuk membilas

    pakaian Z berbanding pakaian X dan Y.

    ________________________________________________________________

    (b) Berdasarkan jadual di atas, tuliskan dua pembolehubah yang digunakan dalam penyiasatan ini.

    i._______________________________________________________________ ii_______________________________________________________________

    X Y Z

  • 80

    MINGGU 24

    (4/4)

    TEMA : MENYIASAT ALAM BAHAN

    TOPIK : 1. KEADAAN BAHAN

    TAJUK : 1.1 Memahami bahan wujud dalam bentuj pepejal,cecair dan gas

    SUB-TOPIK : 1.1.1Menyatakan ciri-ciri gas.

    NOTA RINGKAS

    UJI MINDA

    Di sekeliling kita terdapatnya

    udara yang mempunyai

    campuran beberapa jenis gas.

    Gas yang terdapat di sekeliling tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

    GAS

    Ciri-ciri:-

    1. Mempunyai jisim

    2. Tidak mempunyai

    bentuk yang tetap,tetapi

    mengambil bentuk

    bekas yang diisi

    3. Memenuhi ruang,tetapi

    tidak mempunyai

    isipadu yang tetap

    4. Boleh dimampatkan

    Contoh gas

    Awal ujikaji Akhir ujikaji

    Sebelum salah satu belon dipecahkan

    Selepas salah satu belon dipecahkan

    Rajah di atas menunjukkan dua biji belon yang berada dalam keadaan yang stabil apabila dicucuk dengan jarum, belon yang masih elok akan turun ke bawah. Ini menunjukkan gas mempunyai berat.

  • 81

    1. Tiga belon X,Y dan Z diisi dengan jumlah udara yang berlainan seperti yang

    Ditunjukkan pada rajah di bawah ini.

    X Y Z

    Jadual di bawah menunjukkan jisim setiap belon apabila ditimbang.

    Belon Jisim(g)

    X 12

    Y 15

    Z 18

    a) Apakah tujuan penyiasatan ini?

    ________________________________________________________________

    ________________________________________________________________

    b) Nyatakan satu sebab(inferens) tentang jisim belon Z?

    ________________________________________________________________

    c) Nyatakan satu pemerhatian untuk menyokong sebab(inferens) di (b)

    ________________________________________________________________

    d) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada penyiasatan ini.

    ________________________________________________________________

    ________________________________________________________________

  • 82

    MINGGU 25 (1/5)

    TAJUK : MENYIASAT ALAM BAHAN

    TOPIK : 1. KEADAAN BAHAN

    SUB TOPIK : 1.2 Memahami bahan boleh berubah dari satu bentuk ke

    bentuk yang lain

    : 1.2.1 Menyatakan air boleh berubah bentuk

    1.2.2 Membuat kesimpulan air wujud dalam 3 bentuk

    NOTA RINGKAS

    Perubahan keadaan air.

    Peleburan Pendidihan/penyejatan

    Ais Pembekuan Air Kondensasi Wap air

    (Pepejal) ( Cecair) (Gas)

  • 83

    UJI MINDA

    1. Rajah di bawah menunjukkan perubahan keadaan bahan.

    P R

    Ais Air Gas

    Q S

    a) Namakan proses P,Q,R dan S

    P:___________________________ Q: _________________________

    R: ___________________________ S:_________________________

  • 84

    MINGGU 25 (2/5)

    TEMA : MENYIASAT ALAM BAHAN

    TOPIK : 1. KEADAAN BAHAN

    TAJUK : 1.2 Memahami bahan boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk

    yang lain

    SUB-TOPIK : 1.2.3 Mengenalpasti proses yang terlibat bila bahan berubah dari

    satu bentuk kepada bentuk yang lain

    NOTA RINGKAS

    Proses Apa yang berlaku Perubahan keadaan air

    Peleburan Ais melebur menjadi air pada suhu bilik.

    * Peleburan ais adalah proses pertukaran pepejal kepada cecair pada suhu takat lebur. Contohnya ais bertukar menjadi air apabila dipanaskan atau dibiarkan pada suhu bilik.

    * Ais akan menjadi air pada suhu 0 C.

    Proses peleburan ais

    (*Nota Guru : Takat beku ais ialah 0 C)

    Pepejal Cecair

    Pembekuan Air membeku menjadi ais apabila

    disejukkan sehingga takat beku.

    * Pembekuan adalah proses

    pertukaran cecair menjadi pepejal

    pada suhu takat beku.

    * Apabila air disejukkan pada suhu 0 C, air akan membeku menjadi ais.

    Cecair Pepejal

  • 85

    UJI MINDA

    1. Seorang murid telah mengisi tiga buah bikar dengan bilangan bongkah ais yang sama saiz tetapi berbeza bilangannya. Kemudian ketiga-tiga buah bikar berisi bongkah ais ini dipanaskan di atas Penunu Bunsen.Masa untuk kesemua ais mencair dalam ketiga-tiga bikar ini dicatatkan dalam jadual berikut.

    Bikar Bilangan

    bongkah ais

    Masa semua ais

    mencair

    K 5 3 minit

    L 10 6 minit

    M 15 9 minit

    (a) Apakah pemerhatian kamu tentang masa ais mencair dalam bikar K ?

    (b) Berikan inferens yang sesuai bagi pemerhatian kamu di (a). ..

    (c) Berdasarkan jadual di atas, nyatakan pembolehubah dimanipulasi dan bergerak balas dalam penyiasatan ini.

    1. .. 2. ..

    (d) Dengan merujuk kepada jawapan (c) apakah hipotesis yang ingin dibuktikan dalam penyiasatan di atas ?

    (e) Ramalkan masa kesemua ais mencair jika bilangan bongkah ais yang diisi ke dalam bikar ialah 20.

  • 86

    MINGGU 25 (3/5)

    TEMA : MENYIASAT ALAM BAHAN

    TOPIK : 1. KEADAAN BAHAN

    TAJUK : 1.2 Memahami bahan boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk

    yang lain

    SUB-TOPIK : 1.2.3 Mengenalpasti proses yang terlibat bila bahan berubah dari

    satu bentuk kepada bentuk yang lain

    NOTA RINGKAS

    Proses Apa yang berlaku Perubahan keadaan air

    Pendidihan Air berubah menjadi wap air apabila

    dipanaskan sehingga mendidih.

    * Pendidihan air adalah proses penukaran cecair kepada gas. * Apabila cecair dipanaskan,

    gelembung-gelembung udara terhasil kemudian air yang mendidih akan bertukar menjadi stim.

    * Stim adalah air yang wujud dalam keadaan gas. * Air mendidih menjadi wap air pada suhu 100 C

    Wap air

    Proses pendidihan air

    (*Nota Guru : Takat didih air ialah 100

    C)

    Cecair Gas

    Penyejatan Air di bahagian permukaan berubah menjadi

    wap air apabila dipanaskan

    Cecair Gas

  • 87

    UJI MINDA

    1. Alina mengisi air sebanyak 100ml ke dalam dua bekas,X dan Y.Dia meletakkan

    kedua-dua bekas di tempat yang panas dan membiarkannya sehingga menjadi

    kering.

    X Y

    a)Berikan satu sebab(inferens) tentang masa yang diambil untuk air di dalam

    bekas Y menjadi kering.

    Tandakan / pada pernyataan yang betul dan X pada pernyataan yang salah.

    2. Apabila ais disejukkan, ais akan melebur menjadi air. ( ) 3. Takat beku air ialah 0C manakala takat didih air ialah 100C ( )

  • 88

    MINGGU 25 (4/5)

    TEMA : MENYIASAT ALAM BAHAN

    TOPIK : 1. KEADAAN BAHAN

    TAJUK : 1.2 Memahami bahan boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk

    yang lain

    SUB-TOPIK : 1.2.3 Mengenalpasti proses yang terlibat bila bahan berubah dari

    satu bentuk kepada bentuk yang lain

    NOTA RINGKAS

    Proses Apa yang berlaku Perubahan keadaan air

    kondensasi Wap air berubah menjadi air apabila

    disejukkan

    * Apabila wap air disejukkan, wap air akan berubah menjadi air. Proses ini dinamakan kondensasi.

    * Kondensasi adalah proses pertukaran gas kepada cecair. * Apabila beberapa ketulan ais di masukkan ke dalam gelas dibiarkan beberapa ketika, titisan air akan terbentuk di luargelas itu. Hal ini disebabkan wap air di udara sekitar telah terkondensasi menjadi air.

    (*Nota Guru : Guru perlu mengaitkan

    perubahan keadaan air dengan

    pembentukkan awan dan hujan)

    Gas Cecair

  • 89

    UJI MINDA

    1. Antara yang berikut,manakah perubahan keadaan bahan yang berlaku

    disebabkan penyejukan?

    i. Cecair Gas ii. Pepejal Cecair

    i. Gas Cecair iv. Cecair Pepejal

    A. i dan ii C. i dan iv

    B. ii dan iii D. iii dan iv

    2. Rajah di bawah menunjukkan perubahan keadaan air.

    Proses J

    Proses K

    Apakah proses J dan K?

    ii. Proses J : _________________________________________

    iii. Proses K: _________________________________________

    Wap air Air

  • 90

    MINGGU 25 (5/5)

    TEMA : MENYIASAT ALAM BAHAN

    TOPIK : 1. KEADAAN BAHAN

    TAJUK : 1.2 Memahami bahan boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk

    yang lain

    SUB-TOPIK : 1.2.4 mengenalpasti faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan

    air.

    NOTA RINGKAS

    Faktor-faktor yang

    mempengaruhi kadar

    penyejatan air

    Kain akan kering lebih cepat

    pada hari yang panas

    Kain akan kering lebih cepat

    pada hari yang berangin

    Kain akan kering lebih cepat jika

    permukaan yang terdedah lebih

    luas.

    Suhu , angin dan luas

    permukaan merupakan faktor-

    faktor yang mempengaruhi

    kadar penyejatan air

  • 91

    UJI MINDA

    1. Dua baju basah yang sama X dan Y dikeringkan dalam keadaan cuaca seperti

    yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

    Angin kuat Tiada angin

    X Y

    a) Apakah tujuan penyiasatan ini?

    ______________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    b) Baju manakah yang akan maengambil masa yang lebih singkat untuk kering?

    ______________________________________________________________

    c) Berikan satu sebab(inferens) bagi jawapan kamu di (b)?

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    d) Apakah yang ditetapkan dalam penyiasatan ini?

    _____________________________________________________________

    2.Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air.

    faktor-faktor yang

    mempengaruhi kadar

    penyejatan air.

  • 92

    MINGGU 26 (1/2)

    TEMA : MENYIASAT ALAM BAHAN

    TOPIK : 1. KEADAAN BAHAN

    TAJUK : 1.3 Memahami kitaran air

    SUB-TOPIK : 1.3.1 Memerihalkan bagaimana awan terbentuk.

    1.3.2 Memerihalkan bagaimana hujan terbentuk.

    1.3.3 Menerangkan bagaimana kitaran air berlaku dalam

    persekitaran.

    NOTA RINGKAS

    1. Kitaran air ialah satu pergerakkan air yang berterusan dari permukaan bumi ke

    udara dan balik semula ke permukaan bumi.

    UJI MINDA

    Wap air menjadi sejuk dan terkondensasi

    membentuk titisan air yang halus.Titisan

    air ini membentuk awan

    Air di laut, sungai dan tasik tersejat

    sebagai wap air yang kemudiannya

    naik ke udara. Air hujan turun ke

    tanah atau sungai dan

    akhirnya sampai ke

    laut

    *Kitaran air membekalkan sumber air yang berterusan untuk semua benda hidup.

    *Kitaran inik memastikan kuantiti air di bumi kekal.

    *Air juga menyejukkan bumi.

  • 93

    d) Rajah di bawah menunjukkan kitaran air.Lengkapkan rajah dengan perkataan

    yang diberi.

    Awan Wap air Hujan

    2. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

    bergabung jatuh Wap air terkondensasi tersejat

    Air daripada laut,tasik,kolam dan

    sungai__________ menjadi ____________.Wap

    air naik ke atmosfera dan kemudiannya

    ______________ dan membentuk titisan

    air.Titisan air _______ dan membentuk awan.

    Apabila semakin banyak titisan air bergabung,

    awan menjadi semakin berat.Apabila awan

    menjadi terlalu berat,titisan air____________ ke

    bumi sebagai ________________________.

    3.Dua proses yang terlibat dalam pembentukkan awan ialah _________________

    dan _____________________________.

    4. _____________yang naik ke udara akan terkondensasi kerana suhu yang sejuk

    di atmosfera Bumi.

    Air di bumi

  • 94

    MINGGU 26 (2/2)

    TEMA : MENYIASAT ALAM BAHAN

    TOPIK : 1. KEADAAN BAHAN

    TAJUK : 1.4 Menghargai kepentingan sumber air.

    SUB-TOPIK : 1.4.1 Membuat inferens mengapa kita perlu mengekalkan

    kebersihan sumber air.

    1.4.2 Memerihalkan cara untuk mengekalkan kebersihan sumber

    air.

    NOTA RINGKAS

    Sumber-sumber

    Air

    *Air merupakan bahan mentah dalam industri makanan

    *Air merupakan tempat tinggal sebahagian benda hidup

    *Air diperlukan untuk membolehkan proses hidup berlaku seperti mengangkut

    mineral pada

    tumbuhan.

    Aktiviti yang menyebabkan

    sumber air tercemar:-

    1.Penggunaan racun seranggah

    secara berlebihan

    2.Tumpahan minyak menutupi

    permukaan air.Keadaan ini

    menghalang oksigen di udara dari

    melarut ke dalam air.Akibatnya

    hidupan akuatik kekurangan

    oksigen.

    Langkah mengatasi:-

    1.Elakkan membuang sampah ke

    dalam sungai

    2.Rawat sisa-sisa buangan dari

    rumah,kilang dan kawasan pertanian

    sebelum menyalurkannya ke dalam

    sungai.

    3.Membina kilang di kawasan yang

    jauh dari sungai.

  • 95

    UJI MINDA

    1. Air menjadi tempat tinggal bagi ______________________________________ .

    2. Hidupan memerlukan air untuk ______________________________________.

    3. Nyatakan 2 kesan jika tiada sumber air :-

    i.

    _______________________________________________________________

    ii.

    _______________________________________________________________

    4. Cadangkan 2 langkah untuk mengelakkan pencemaran air.

    i._______________________________________________________________

    ii._______________________________________________________________

    Bulatkan jawapan yang betul.

    5. Antara yang berikut,manakah yang paling banyak tercemar disebabkan bahan

    buangan dari kilang?

    A. Perigi B. Tasik C. Sungai D. Laut

    6. Antara bahan buangan berikut,manakah yang berasal dari kilang?

    A. Kumbahan B. Minyak C. Sisa toksi D. Racun Perosak

    7.

    i. Apakah yang berlaku kepada sungai jika sampah tidk dibersihkan?

    ________________________________________________________________

    ii. Nyatakan satu kesan keadaan sungai itu kepada hidupan di dalamnya.

    __________________________________________________________________

    Banyak ikan mati disebabkan oleh pembungan sisa toksik ,pembungan

    sampah sarap dan racun perosak ke dalam sungai tanpa dirawat.

  • 96

    MINGGU 27 (1/4)

    TEMA : MENYIASAT ALAM BAHAN

    TOPIK : 2. ASID DAN ALKALI

    TAJUK : 2.1 Memahami sifat-sifat bahan berasid, beralkali dan neutral .

    SUB-TOPIK : 2.1.1 Mengenalpasti bahan berasid, beralkali dan neutral

    menggunakan kertas litmus.

    2.1.2 mengenalpasti rasa makanan berasid dan beralkali.

    NOTA RINGKAS

    BAHAN BERASID

    Jika sesuatu bahan itu

    menukarkan kertas

    litmus biru kepada

    merah,bahan itu

    berasid

    Kertas litmus merupakan

    penunjuk kimia

    Kebanyakkan makanan

    yang berasa masam

    adalah berasid.

    *Cuka *jerukmasam

    *Nanas *dadih

    *Jus limau *belimbing

  • 97

    UJI MINDA

    1. Kertas litmus merah tidak berubah warna

    kertas litmus biru berubah kepada warna

    merah

    Berdasarkan gambar di atas, manakah yang mungkin larutan Z?

    A C

    B D

    2. Apabila warna kertas litmus biru bertukar merah, bahan tersebut bersifat ______.

    3. Senaraikan 5 bahan yang bersifat asid

    i. ________________________________

    ii. ________________________________

    iii. ________________________________

    ` iv. ________________________________

    v. ________________________________

  • 98

    MINGGU 27 (2/4)

    TEMA : MENYIASAT ALAM BAHAN

    TOPIK : 2. ASID DAN ALKALI

    TAJUK : 2.1 Memahami sifat-sifat bahan berasid, beralkali dan neutral .

    SUB-TOPIK : 2.1.1 Mengenalpasti bahan berasid, beralkali dan neutral

    menggunakan kertas litmus.

    2.1.2 mengenalpasti rasa makanan berasid dan beralkali.

    NOTA RINGKAS

    BAHAN BERALKALI

    Jika sesuatu bahan itu

    menukarkan kertas

    litmus merah kepada

    biru,bahan itu beralkali

    Kertas litmus merupakan

    penunjuk kimia

    *Kebanyakkan makanan

    yang berasa pahit

    adalah beralkali.

    *Rasa licin dengan

    tangan

    *Ubat gigi * Sabun

    *Syampu *Ulaman

    *Sayuran *serbuk koko

  • 99

    UJI MINDA

    1. Farrez menguji bahan-bahan berikut dengan kertas litmus. Bahan manakah yang

    akan menukarkan kertas litmus merah menjadi biru.

    I Jus oren II Larutan serbuk penaik III Cuka IV Ubat gigi

    A I and II C II and IV

    B I and III D III and IV

    2. Bahan beralkali.

    I menukarkan warna kertas litmus biru kepada merah

    II menukarkan warna kertas litmus merah kepada biru

    III berasa masam

    IV berasa pahit

    A. I dan III sahaja C. I dan IV sahaja

    B. II dan IV sahaja D. II dan III sahaja

    3. Manakah antara penyataan berikut adalah BENAR?

    A. Makanan berasid berasa pahit C. Makanan berasid berasa masam.

    B. Makanan beralkali berasa masam D. Makanan beralkali tiada rasa.

    4. Perubahan warna kertas litmus merah kepada biru menunjukkan bahan tersebut

    bersifat_________________________.

    5. Senaraikan 3 bahan yang bersifat alkali

    i. ________________________________

    ii. ________________________________

    iii. ________________________________

  • 100

    MINGGU 27 (3/4)

    TEMA : MENYIASAT ALAM BAHAN

    TOPIK : 2. ASID DAN ALKALI

    TAJUK : 2.1 Memahami sifat-sifat bahan berasid, beralkali dan neutral .

    SUB-TOPIK : 2.1.1 Mengenalpasti bahan berasid, beralkali dan neutral

    menggunakan kertas litmus.

    NOTA RINGKAS

    BAHAN NEUTRAL

    Jika tiada berlaku

    perubahan keatas

    kertas litmus merah

    dan biru,bahan itu

    neutral

    Kertas litmus merupakan

    penunjuk kimia

    *bahan berasa manis

    *bahan berasa masin

    *bahan berasa tawar

    *Air minuman * garam

    *Minyak masak

    *Gula *Madu

  • 101

    UJI MINDA

    Tandakan / pada pernyataan yang betul dan X pada pernyataan yang salah. 1. Bahan neutral menukarkan kertas litmus merah kepada biru. ( ) 2. Susu tepung adalah contoh bahan yang bersifat neutral. ( ) 3. Bahan neutral mempunyai rasa pahit. ( ) 4. Minyak masak adalah contoh bahan yang bersifat asid. ( ) 5. Garam adalah contoh bahan yang bersifat neutral. ( ) 6. Jus limau adalah contoh bahan yang bersifat neutral. ( ) Bulatkan jawapan yang betul. 7. Antara yang berikut,manakah bahan yang tidak mengubah warna kertas litmus biru dan merah? A. Air limau B. Syampu C. Ubat gigi D. Madu 8. Apakah sifat bagi makanan neutral? A. berasa masam B.berasa pahit C. licin apabila dipegang D. manis 9. Maklumat berikut menunjukkan rasa bagi makanan M,N dan K.

    M- Masam N-Tawar O-Pahit

    Apakah makanan M,N dan K.

    M N O

    A Jus epal Madu Kicap

    B Cuka Garam Minyak masak

    C Ikan masin peria Jeruk buahan

    D Jus limau Sirap Serbuk koko

  • 102

    MINGGU 27 (4/4)

    TEMA : MENYIASAT ALAM BAHAN

    TOPIK : 2. ASID DAN ALKALI

    TAJUK : 2.1 Memahami sifat-sifat bahan berasid, beralkali dan neutral .

    SUB-TOPIK : 2.1.3 Membuat kesimpulan sifat-sifat bahan berasid, beralkali dan

    neutral

    NOTA RINGKAS

    Bahan Ciri-ciri Contoh

    Berasid *Mengubah warna kertas litmus biru

    menjadi merah

    *Berasa masam

    * Cuka

    * Jus Oren

    * Jus asam jawa

    Beralkali *Mengubah warna kertas litmus merah

    menjadi biru

    *Berasa pahit

    *Berasa licin apabila menggunakan tangan

    * Ubat gigi

    * Serbuk penaik

    * Sabun

    * Syampu

    Neutral *Tidak mengubah warna kertas litmus biru

    *Tidak mengubah warna kertas litmus

    merah

    *Berasa masin,manis dan tawar

    * Gula

    * Garam

    * Minyak masak

    * Madu

  • 103

    UJI MINDA

    1. Nyatakan sama ada setiap bahan adalah Berasid , Beralkali atau Neutral

    a) ubat gigi b)belimbing c)madu d)serbuk koko

    2. Padankan setiap bahan dengan sifatnya dengan betul.

    3. Lengkapkan jadual di bawah untuk menunjukkan sifat-sifat yang betul bagi

    bahan-bahan ini.

    Kesan ke atas kertas litmus

    Bahan Rasa Kertas litmus biru Kertas litmus

    merah

    Peria

    yogult

    Minyak masak

    Bahan Neutral

    Bahan Beralkali

    Bahan Berasid

    Menukarkan warna kertas

    litmus biru kepada merah

    Menukarkan warna kertas

    litmus merah kepada biru

    Tidak menukarkan warna kertas

    litmus merah dan biru