sumber alam

29
TEMA : SUMBER (7) ARAS : UNIVERSITI Nama Samaran: ummuahhh the kisser SUMBER ALAM JENIS-JENIS SUMBER ASLI, SUMBER MANUSIA, SUMBER MODAL SERTA KEPENTINGAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA SUMBER- SUMBER MINERAL SUMBER TANAH SUMBER HUTAN SUMBER AIR

Upload: dhea-ct

Post on 21-Jul-2015

826 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

UPSI

TRANSCRIPT

TEMA ARAS

: SUMBER (7) : UNIVERSITI

Nama Samaran: ummuahhh the kisser

JENIS-JENIS SUMBER ASLI, SUMBER MANUSIA, SUMBER MODAL SERTA KEPENTINGAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

SUMBERSUMBER MINERAL

SUMBER TANAH

SUMBER ALAM

SUMBER HUTAN

SUMBER AIR

KOMPONEN ALAM SEKITAR: FIZIKAL DAN MANUSIA

PENGURUSAN ALAM SEKITAR

ALAM SEKITAR

ETIKA DAN FALSAFAH ALAM SEKITAR

TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA JENIS-JENIS SUMBER ASLI, SUMBER MANUSIA DAN SUMBER MODAL SERTA KEPENTINGAN SUMBER DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

DEFINISI SUMBER ALAM

JENIS-JENIS SUMBER

JENIS-JENIS SUMBER ASLI SERTA KEPENTINGAN SUMBER DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

KEPENTINGAN SUMBER

1.1 DEFINISI SUMBER ALAM

Sumber merupakan sesuatu yang mempunyai nilai dan boleh digunakan oleh manusia Sumber merupakan sesuatu yang membolehkan manusia mencapai matlamat bernilai disisi masyarakat. Sumber juga merupakan mana-mana bahagian alam sekitar yang mempunyai nilai kepada manusia dalam jangka masa, keadaan sosiall, politik, ekonomi dan rangka kerja institusi.

Sumber bersifat subjektif, relatif dan fungsional. Sumber boleh dibahagikan kepada dua iaitiu sumber asli dan sumber bukan utilatari.

1.2 PENGKELASAN SUMBER SUMBER ASLI TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI

SUMBER ASLI BOLEH DIPERBAHARUI

SUMBER ASLI

SUMBER ASLI TIDAK AKAN HABIS

PENGKELASAN SUMBER

SUMBER ASLI BOLEH ULANG GUNA

SUMBER UTILITARI

1.2.1 SUMBER ASLI

Sumber asli adalah apa sahaja fenomena biologi dan fizikal yang wujud secara semula jadi dan boleh digunakan oleh manusia untuk tujuan tertentu. Sumber yang mempunyai kegunaan yang praktikal. Sumber asli wujud sama ada dalam bentuk fizikal yang merangkumi apa jua jenis bahan atau benda yang dalam bentuk biologi seperti benda-benda hidup yang terdiri daripada haiwan dan tumbuhan.

Mempunyai kegunaan yang praktikal bermaksud memberi faedah atau manfaat kepada manusia. Misalnya air diperlukan untuk bermacam-macam kegunaan seperti memenuhi keperluan biologi manusia, pertanian, pengangkutan, menjana kuasa elektrik dan sebagainya.

Sumber asli ditentukan oleh tiga faktor utama iaitu ekonomi, sosial dan teknologi. Sumber asli boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu sumber asli boleh diperbaharui, sumber asli tidak boleh diperbaharui, sumber asli tidak akan habis, dan yang boleh diulang guna.

1.2.1.1 SUMBER ASLI BOLEH DIPERBAHARUI Boleh diperbaharui semula selepas digunakan. Misalnya, hasil pertanian dan kayu balak boleh diperoleh lagi sama ada melalui proses semula jadi atau usaha penanaman semula. Walaubagaimanapun sumber ini tidak semestinya terus kekal kerana akan kehabisan jika kadar penggunaannya melebihi kadar penghasilan.

1.2.1.2 SUMBER ASLI TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI Boleh digunakan sekali sahaja. Contohnya seperti gas asli dan petroleum yang proses kejadiannya memakan masa yang sangat lama. Kadar penghasilannya terlalu perlahan dibandingkan dengan kadar

penggunaan. Sumber ini adalah terhad dari segi kuantiti dan terdapat di tempat-tempat tertentu sahaja. 1.2.1.3 SUMBER ASLI TIDAK AKAN HABIS

Sumber jenis ini berkekalan selama-lamanya dan boleh diperoleh dalam kuantiti yang tidak terhad. Contonya air, udara dan cahaya matahari. Walaupun sumber jenis ini berkekalan, tidak bermakna boleh digunakan sesuka hati. Air dan udara akan musnah dan tidak sesuai digunakan jika tercemar teruk. Sumber jenis ini perlu diurus dengan baik.

1.2.1.4 SUMBER ASLI BOLEH ULANG GUNA Contohnya logam yang boleh diguna berkali-kali tidak shaja dalam bentuk yang sama tetapi juga dalam bentuk yang berlainan. Perkembangan teknologi membenarkan sisa dalam pelbagai bentuk diproses dan ditukar kepada bentuk yang berguna. Perkembangan teknologi ini boleh mengurangkan jumlah sisa yang dibuang.

1.2.2 SUMBER BUKAN UTILATARI Merupakan sumber yang tidak mempunyai kegunaan yang praktikal sebagai sumber bukan utilitari. Dikelaskan sebagai sumber ekstrinsik dan sumber ameniti. Contoh sumber bukan utilitari ialah keindahan alam, kawasan lapang, bentuk muka bumi yang menarik, anak sungai dan air terjun. Sumber bukan utilitari mempunyai nilai yang subjektif dan abstrak.

TAJUK 2:

SUMBER-SUMBER MINERAL: PEMBENTUKAN PETROLEUM, GAS ASLI DAN LAIN-LAIN MINERAL, EKSPLOITASI DAN KEPENTINGAN SERTA KEPENTINGAN PENGURUSAN SUMBER.

ARANG BATU

GAS ASLI

PETROLEUM

SUMBERSUMBER MINERAL

EKSPLOITASI DAN KEPENTINGAN SUMBER MINERAL

PENGURUSAN SUMBER

ARANG BATU

GAS ASLI

PETROLEUM

2.1 PEMBENTUKAN ARANG BATU

Arang batu adalah pepejal hitam yang boleh terbakar, kaya dengan karbon dan wujud secara berlapis-lapis di kawasan batuan sedimen. Terbentuk melalui proses penguraian anaerobik bahan-bahan tumbuhan di kawasan berpaya. Penguraian ini pada peringkat awalnya menghasilkan gambut. Gambut melalui pengaruh suhu dan tekanan yang tinggi di bawah timbusan sendimen lamma-kelamaan berubah bentuk kepada arang batu. Arang batu dikelaskan kepada tiga jenis iaitu jenid Lignit, jenis Bitumin dan jenis Antrasit. Lignit merupakan arang batu yang paling muda dan Antrasit merupakan arang batu yang paling tua. Unsur utama yang terdapat dalam arang batu ialah karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen dan sulfur.

2.2 PEMBENTUKAN GAS ASLI Gas asli ialah hidrokarbon ringan yang diperoleh dari stratum bawah tanah. Biasanya ditemui dalam tiga jenis takungan iaitu takungan gas kering, takungan terkondensasi dan takungan minyak. Di malaysia takungan gas asli boleh ditemui di beberapa kawasan di luar pantai Sarawak dan terengganu. Di sabah satu lagi takungan yang besar ditemui di Erb West. Kandungan utama gas asli ialah hidrokarbon alkana ringan, iaitu metana dan etana. 2.3 PEMBENTUKAN PETROLEUM Pembentukan petroleum adalah melalui proses pemampatan bahan-bahan organik terutama tinggalan atau sisa organisma laut yang tertimbus dalam timbunan pasir dan tanah liat. Dalam masa berjuta-juta tahun, timbunan pasir dan tanah liat ini menebal dan mengeras menjadi batuan. Tekanan daripada timbunan batuan ini beserta dengan haba yang tinggi di dalam bumi membuatkan bahan-bahan organik tadi bertukar kepada titisantitisan minyak dan gas.

Titisan-titisan ini perlahan-lahan bergerak ke atas dan berkumpul di perangkap batuan yang pejal. Apabila petroleum ditemui dalam kuantiti ekonomi untuk diusahakan pengeluarannya, pelantar khas dibini dan telaga minyak memulakan penghasilannya.

2.4 EKSPLOITASI DAN KEPENTINGAN SUMBER MINERAL 2.4.1 ARANG BATU Sebagai sumber haba. Digunakan juga untuk menghasilkan kok. Kok merupakan bahan penurun yang digunakan dengan meluas dalam industi besi dan keluli. Kok digunakan untuk penghasilan gas asetilena. Asitilena digunakan secara langsung sebagai gas kimpalan.

2.4.2 GAS ASLI Kegunaan utama gas asli ialah dalam industri penghasilan baja urea, metanol, besi brikuet panas dan penjanaan kuasa. Penghasilan tenaga elektrik. Bahan bakar kenderaan. Gas memasak di dapur. Alat pemanasan di rumah. Industri petrokimia.

2.4.3 PETROLEUM Sebagai bahan bakar, pelarut, minyak pelincir dan sebagainya. Bahan mentah penting untuk industri petrokimia. Kegunaan untuk menghasilkan petrol dan gasolin. Kegunaan untuk menghasilkan bahan antisedak.

2.5 KEPENTINGAN PENGURUSAN SUMBER Memastikan sumber alam tidak tercemar.

Menjamin kesejahteraan hidup manusia yang berterusan. Menjamin bekalan sumber yang berterusan. Menjamin keseimbangan ekologi. Memastikan generasi akan datang dapat menikmati sumber alam. Memajukan industri berasaskan sumber. Memastikan penggunaan sumber secara optimum. Sebagai langkah pemuliharaan alam sekitar.

TAJUK 3: SUMBER TANAH: DEFINISI, PROFIL TANAH SERTA KEGUNAAN TANAH DI MALAYSIA. KEPENTINGAN TANAH, ISU-ISU PENGGUNAAN TANAH SERTA PENGURUSAN TANAH SECARA LESTARI.

PEMBENTUKAN TANAH

DEFINISI

PROFIL TANAH

GUNA TANAH

SUMBER TANAH

ISU PENGGUNAAN TANAH

PENGURUSAN TANAH SECARA LESTARI

HAKISAN

KEMEROSOTAN KESUBURAN TANAH

PENGGUNAAN BAHAN KIMIA

KEMUSNAHAN HUTAN3.1 DEFINISI TANAH

Tanah ditakrifkan sebagai permukaan bumi, mempunyai ciri-ciri biosfera yang agak stabil dengan sistem atau pusingan semula jadi yang boleh dijangka. Tanah sebagai ruang tempat kehidupan dijalankan. Tanah sebagai elemen semula jadi dan sentiasa terdedah kepada faktor-faktor iklim. Tanah sebagai elemen semula jadi merujuk kepada tanah yang belum dibangunkan. Tanah juga didefinisikan sebagai bahagian permukaan bumi yang tertakluk kepada hak kepunyaan.

3.2 PEMBENTUKAN TANAH Tanah terbentuk melalui proses semula jadi. Terdapat lima faktor utama mempengaruhi proses pembentukan tanah iaitu bahan induk, faktor topografi, aktiviti biologi, iklim dan masa. Bahan induk yang membentuk tanah berasal daripada batuan induk yang telah mengalami proses luluhawa. Terdapat tiga jenis batuan utama induk iaitu batuan ignius, batuan endapan dan batuan metamorfik. Batuan ignius berasal daripada magma cair yang telah menyejuk menjadi pepejal. Batuan enapan terbentuk hasil mampatan pasir, kelodak dan lumpur. Batuan metamorfik berasal daripada sama ada batuan ignius dan endapan yang telah terdedah kepada tindakan haba dan tekanan. Topografi mempengaruhi proses pembenyukan tanah. Kawasan bercerun curam mempunyai tanag tetap. Kawasan yang landai seperti di lembangan sungai membentuk tanah aluvium. Kawasan dataran rendah yang air mengalami pasang surut mempunyai tanah berasid sulfat. Faktor biologi mempengaruhi proses pembentukan tanah melalui pengaruhnya terhadap sifat fizikal dan kimia bahan induk serta menggalakkan proses luluhawa. Faktor iklim dan masa mempengaruhi pembentukan tanah mempunyai kaitan rapat dengan tindakan luluhawa dan pada jangka masa yang lama.

3.3 PROFIL TANAH

Tanah terdiri daripada beberapa lapisan mendatar yang dipanggil horizon. Setiap horizon mempunyai ciri dan biologi tersendiri dan berbeza daripada horizon lain di bahagian atas dan bahagian bawahnya. Susunan horizon dikenali sebagai profil tanah. Haya tanah matang sahaja yang boleh membentuk profil tanah. Profil tanah yang terbentuk berbeza-beza dan menjadi salah satu asas penting untuk menentukan jenis tanah. Bahagian teratas adalah bahagian yang kaya dengan bahan organik. Bahagian subtanah mengandungi kurang sedikit bahan organik dibandingkan dengan bahagian teratas. Bahagian bawah sekali ialah substratum yang merupakan bahan induk yang membentuk tanah melalui proses luluhawa.

3.4 GUNA TANAH KEPENTINGAN TANAH DI MALAYSIA Guna tanah perumahan-merupakan kawasan yang digunakan secara keseluruhannya bagi tujuan kediaman. Guna tanah perdagangan-merupakan guna tanah penting di kawasan bandar disamping guna tanah perumahan. Lebih tertumpu di kawasan pusat bandar. Guna tanah tanaman-kawasan tanah yang ditanam dengan tanaman makanan dan jualan. Guna tanah padang ragut-digunakan untuk ternakan seperti kambing dan lembu. Guna tanah perhutanan pula terdiri daripada hutan semula jadi. Kegiatan ladang hutan juga dianggap sebagai guna tanah perhutanan. Guna tanah untuk perlombongan pula adalah untuk melombong sumber mineral.

3.5 ISU-ISU PENGGUNAAN TANAH

3.5.1 HAKISAN Hakisan tanah ialah pengikisan tanah oleh agen hakisan seperti air, angin, ombak dan ais. Proses ini merupakan sebahagian daripada proses semula jadi. Namum demikian tindakan manusia telah mempercepatkan tindakan hakisan tanah. Aktiviti pertanian memdedahkan permukaan tanah kepada hakisan. Sistem pertanian tertua yang menggunakan kaedah tebang dan bakar melibatkan penebangan tumbuhan semula jadi dan kemudian dibakar untuk mendapatkan kawasan terbuka bagi tujuan bercucuk tanam. Hakisan teruk berlaku semasa proses meneroka dan juga setelah kawasan berkenaan dikosongkan. Amalan pertanian di kawasan curam mengakibatkan hakisan tanah yang sangat serius. Pembajakan membuatkan tanah menjadi gegai dan mudah terhakis oleh tiupan angin. Hakisan akan menyebabkan masalah kehilangan bahagian permukaan tanah, kehilangan bahan mineral dan organik tanah, mengakibatkan pencemaran air dan sebagainya. 3.5.2 KEMEROSOTAN KESUBURAN TANAH Hakisan menyebabkan kemerosotan kesuburan tanah. Amalan pertanian menyebabkan kemerosotan kesuburan tanah. Tanaman sejenis setiap musim atau setiap tahun boleh mengurangkan kandungan jenis mineral tertentu. Penanaman pelbagai jenis tanaman di satu kawasan setiap musim boleh merosakkan kualiti tanah. 3.5.3 PENGGUNAAN BAHAN KIMIA Kesan penggunaan baja kimia turut ditanggung komponen alam sekitar yang lain. Sebahagian besar penggunaan baja kimia dalam bidang pertanian ialah sebagai racun perosak seperti racun serangga, racun rumpai dan racun kulat. Penggunaan racun perosak memberi kesam sampingan yang negatif. Sesetengah racun perosak bertahan lama dan boleh merosakkan alam sekitar.

3.5.4 KEMUSNAHAN KAWASAN HUTAN

Pembukaan kawasan pertanian baru merupakan salah satu faktor pendekatan terpenting di bawah Dasar Pertanian Negara. Isu yang timbul daripada pembukaan kawasan pertanian ialah pengurangan keluasan kawasan hutan. Kadar kemusnahan hutan dianggap begitu pantas di sekitar tahun 60-an, 70-an dan awal 80-an. Masalah kedua ialah hakisan tanah yang berlaku akibat pembersihan kawasan hutan secara besar-besaran.

3.6 PENGURUSAN TANAH SECARA LESTARI Pengurusan tanah secara lestari boleh dilakukan melalui usaha pemuliharaan tanah. Pemuliharaan tanah bermaksud menggunakan tanah berdasarkan keupayaan bagi memastikan tanah terus produktif untuk kepentingan manusia. Mengekal dan memperbaik struktur tanah serta menggelakkan kemusnahan tanah dari segi fizikal terutamanya akibat hakisan. Melibatkan kawalan guna tanah pertanian. Mengelakkan pertanian di kawasan lereng curam, mengelakkan kemusnahan tanah di peringkat aktiviti pertanian. Pembangunan pertanian secara pesat dilaksanakan bersama-sama dengan langkah pemuliharaan. Kaedah yang boleh digunakan untuk mengurus tanah secara lestari ialah pengkelasan keupayaaan tanah, konsep pelbagai guna tanah, pengkelasan kesesuaian tanah, pemuliharaan tanah melalui amalan pertanian dan undang-undang pemuliharaan tanah di Malaysia.

TAJUK 4: SUMBER HUTAN: DEFINISI, JENIS-JENIS HUTAN, KEPENTINGAN HUTAN. EKSPLOITASI SUMBER HUTAN DAN PENGURUSAN SUMBER HUTAN

DEFINISI HUTAN

JENISJENIS HUTAN DI MALAYSIA

SUMBER HUTAN

KEPENTINGAN HUTAN

EKSPLOITASI SUMBER HUTAN DI MALAYSIA

PENGURUSAN HUTAN4.1 DEFINISI HUTAN Hutan ialah kawasan sumber alam yang sangat penting kepada manusia.

Hutan merupakan ekosistem yang dipenuhi tumbuhan dan kaya dengann sumber asli. Terdapat pelbagai jenis hutan yang terdapat di dunia. Hutan ini berbeza-beza mengikut iklim sesuatu kawasan.

JENIS-JENIS HUTAN DI MALAYSIA

HUTAN PAMAH

HUTAN BUKIT

HUTAN BUKIT TINGGI

HUTAN GUNUNG

4.2 JENIS-JENIS HUTAN DI MALAYSIA Terdapat beberapa jenis hutan di Malaysia yang dipengaruhi faktor-faktor seperti kedudukan dari segi geografi dan ketinggian muka bumi. Hutan di Malaysia terbahagi kepada 4 jenis iaitu hutan pamah, hutan bukit,hutan bukit tinggi dan hutan gunung. Hutan pamah merupakan yang terluas dan memenuhi kawasan yang ketinggiannya sehingga 760 meter dari aras laut. Hutan pamah terdiri daripada tiga lapisan silira. Hutan bukit terdapat di kawasan di ketinggian 300-760 meter dari aras laut. Ciri unik hutan bukit ialah terdapat banyak pokok seraya terkumpul di permatang. Hutan bukit penting dari segi pembalakan. Hutan bukit tinggi pula terdapat di ketinggian 760 meter hingga 1220 meter dari aras laut. Hutan gunung terletak di kawasan yang tertinggi dibandingkan dengan jenis-jenis hutan yang lain. 4.3 KEPENTINGAN HUTAN 4.3.1 FIZIKAL

Dari segi ekologi hutan memainkan peranan penting sebagai pelindung, pengawal dan penghasil kepada alam sekitar. Hutan merupakan habitat kepada flora dan fauna. Hutan turut mengawal dan mengimbangi kandungan gas di atmosfera seperti kandungan oksigen dan karbon dioksida di udara. Mengekalkan kestabilan kitaran air seperti mengimbangi kadar pemeluwapan dan kandungan air bawah tanah. Mengimbangi suhu harian dan mempengaruhi pergerakan udara. Menghasilkan berbagai-bagai jenis kayu, daun dan herba yang sangat penting kepada alam semula jadi dan manusia.

4.3.2 PEMBANGUNAN SOSIAL DAN EKONOMI Penggunaan hutan kepada manusia boleh dikelaskan sebagai kegunaan secara langsung atau tidak langsung. Kegunaan secara langsung diberikan kepada dua iaitu sama ada barangan dalam bentuk asal atau barangan yang telah ditukar ke bentuk lain. Hasil hutan dalam bentuk asal ialah seperti kayu api, gabus, gam dan lilin yang telah lama digunakan manusia. Kegunaan hutan secara tidak langsung pula ialah seperti menggunakan kawasan hutan sebagai tempat rekreasi, kawasan simpanan hidupan liar, kawasan tadahan air dan sebagainya. Selain itu juga petempatan merupakan antara fungsi sosial hutan kepada manusia di samping membekalkan sumber makanan kepada manusia.

4.4 EKSPLOITASI SUMBER HUTAN DI MALAYSIA 4.4.1 INDUSTRI PERKAYUAN

Industri perkayuan merupakan salah satu industri yang paling pesat berkembang di Malaysia. Industri ini telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi negara. Industri perkayuan bergantung sepenuhnya kepada sumber bahan mentahnya. Hasil utama hutan ialah dalam bentuk kayu balak, kayu jaras, kayu api, kayu arang dan rotan dari jenis manau dan sega. Terdapat juga keluaran kecil rotan,selain menau dan sega, buluh, nipah, berbagaibagai jenis damar dan getah. Kayu balak yang dikeluarkan dari hutan diproses dikilang untuk ditukarkan menjadi kayu gergaji, papan lapis, venir dan barangan lain seperti kayu kumai, perabot, serpihan kayu dan parket.

Industri kayu kayan sangat penting bukan sahaja sebagai sumber kewangan tetapi juga dari segi menyediakan peluang pekerjaan. Industri kayu kayan menghadapi masalah misalnya kekurangan sumber kayu kayan akibat kadar pengambilan yang terlalu pantas ditambah dengan usaha pemulihan yang perlahan.

4.4.2 PEMBANGUNAN PERTANIAN Sebahagian besar daripada kawasan hutan telah dibangunkan untuk aktiviti pertanian dan penempatan. Selepas merdeka pembukaan kawasan pertanian khususnya untuk tanaman jualan terutama kelapa sawit dan getah tleh dijalankan oleh beberapa agensi pembangunan pertanian dan luar bandar. FELDA dan FELCRA merupakan antara agensi yang membangunkan sektor pertanian.

4.4.3 AKTIVITI LAIN Aktiviti lain yang mengakibatkan kemusnahan hutan ialah pembinaan empangan, perlombongan, pertanian pindah dan pembinaan lebuh raya.

Pembinaan empangan bagi tujuan janakuasa elektrik dilaksanakan di kawasan hutan yang berfungsi sebagai kawasan tadahan air. Sebahagian besar kawasan hutan akan ditenggelami air. Pertanian pindah akan meyebabkan wujudnya hutan dara. Pelombongan pula akan menyebabkan kawasan tinggalan seperti lombong dan longgokan tanah.

4.5 PENGURUSAN HUTAN Pengurusan hutan membawa maksud menggunakan sumber hutan dengan bijaksana. Antara langkah pengurusan hutan ialah undang-undang, polisi dan dasar, agensi yang terlibat, strategi dan teknik yang digunakan dalam pengurusan hutan. 4.5.1 UNDANG-UNDANG Undang-undang yang menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar ialah Akta Pemuliharan Tanah,1960, Kanun Tanah Negara, 1965, Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, Akta Taman Negara, 1980 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Akta ini ditubuhkan sebagai usaha untuk menjaga kepentingan hutan. Melalui akta ini terdapat sesetengah kawasan hutan diwartakan sebgai kawasan hutan simpan. Akta ini juga mengawal kegiatan pengambilan sumber hutan secara rakus. Sebahagian besar daripada peruntukan akta ini ialah mengenai pengurusan dan pembangunan hutan yang meliputi perkara seperti hak keempunyaan hasil hutan dalam kawasan hutan simpanan kekal dan tanah kerajaan.

4.5.2 POLISI DAN DASAR PERHUTANAN Memberi panduan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam sektor perhutanan. Dasar yang terlibat dalam perhutanan menganjurkan pembentukan ladang hutan kekal dengan keluasan yang mencukupi. Hutan perlindungan diwujudkan bagi mengawal iklim dan keadaan fizikal, mengawal sumbber air, mengekalkan kesuburan tanah dan mutu alam sekitar serta

meminimumkan kemusnahan sungai dan kawasan pertanian daripada banjir dan hakisan. Dasar Perhutanan meninikberatkan pengurusan hutan khususnya ladang hutan kekal. Dasar Perhutanan Negara turut menitikberatkan penyelidikan bagi mendapat hasil maksimum dari ladang hutan kekal, mendapat pulangan terus pada tahap maksimum. Dasar perhutanan digubal bertujuan untuk memastikan hutan terus menjadi sumber penting kepada ekonomi negara dan dalam jangka masa panjang menekankan pemuliharaan hutan.

TAJUK 5: SUMBER AIR 5.1 PENGENALAN Air merupakan sember semula jadi yang tidak akan habis. Air menutupi kira-kira daripada permukaan bumi. Kira-kira 97 peratus adalah air masin dan selebihnya adalah air tawar. Air masin wujud di lautan. Air tawar wujud dalam berbagai bentuk seperti air bawah tanah, lembapan tanah, tasik, paya, wap air di atmosfera dan air sungai. 5.2 KEGUNAAN AIR 5.2.1 MEMENUHI KEPERLUAN FISIOLOGI Air sangat penting bagi memenuhi keperluan fisiologi manusia, haiwan dan tumbuhan. Air adalah komponen utama di dalam sel organisma. Sel manusia mengandungi kira-kira 80% air dan keseluruhan badan manusia terdiri daripada 60% air. 5.2.2 MEDIUM UNTUK HIDUP Habitai bagi hidupan akuatik. Hidupan bermula di air. Sebahagian besar organisma hidup di dalam air.

5.2.3 FUNGSI SEBAGAI PELARUT

Molekul air mempunyai sifat berpolar yang terdiri daripada satu atom oksigen bercas negatif dan aton hidrogen bercas positif tersusun secara tak simetri. Menjadikannya bahan pelarut yang baik.

5.2.4 MEDIUM PENGANGKUTAN Merupakan pengangkutan utama bagi pengangkutan kargo. Menjadi jalan perhubungan kepada kawasan bandar dan luar bandar. Jalan perhubungan utama bagi kawasan pedalaman di Sarawak. Contohnya sungai Rajang, Sarawak. Pengangkutan untuk tujuan pengangkutan kayu balak.

5.2.5 SUMBER TENAGA Sumber tenaga yang berpotensi kerana mempunyai simpanan yang berkekalan dan tidak mencemar. Memainkan peranan besar dalam penghasilan tenaga elektrik dan menjadi sumber tenaga alternatif kepada sumber tenaga lain seperti petroleum, arang batu, gas dan bahan radioaktif yang agak terhad dari segi kuantiti. 5.3 ISU-ISU SUMBER AIR Terdapat dua isu sumber air iaitu isu kuantiti dan isu kualiti. Sumber air mempunyai taburan yang tidak sekata. Tidak semua tempat mempunyai taburan air yang banyak. Kuantii simpanan air ridak sekata sepanjang tahun.

5.4 PENGURUSAN SUMBER AIR Melibatkan pengurusan dari segi kualiti dan kuantiti. Memajukan sumber air bawah tanah. Memajukan sumber air permukaan. Pengagihan dan pemulihan kembali air. Daripada aspek undang-undang, pengurusan sumber air tertakluk kepada pengagihan kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. TEMA 6: KOMPONEN ALAM SEKITAR FIZIKAL DAN MANUSIA

6.1 DEFINISI ALAM SEKITAR Alam sekitar terdiri daripada faktor-faktor fizikal, ekonomi, teknologi, politik, sosial dan kebudayaan. Alam sekitar merupakan fenomena yang wujud di sekeliling manusia pada satusatu titik dalam ruang dan masa. Alam sekitar sebagai keseluruhannya faktor sosial, biologi, fizikal dan kimia yang membentuk persekitaran manusia. Alam sekitar merupakan faktor-faktor di sekeliling manusia termasuklah tanah, air, atmosfera, haiwan dan tumbuhan. 6.2 ELEMEN-ELEMEN ALAM SEKITAR Elemen-elemen dalam alam sekitar terbahagi kepada 4 iaitu: Alam sekitar fizikal (merujuk kepada air, udara, tanah dan bahan galian) Alam Sekitar biologi (terdiri daripada elemen bernyawa seperti haiwan dan tumbuhan) Alam sekitar sosial (merangkumi keseluruhan sistem sosial seperto kebudayaan dan sistem politik) Alam bina yang dibangunkan oleh manusia (kawasan perbandaran, penempatan, pertanian dan sebagainya untuk kepentingan manusia) 6.3 HURAIAN LANJUT MENGENAI ALAM SEKITAR FIZIKAL DAN MANUSIA 6.3.1 ALAM SEKITAR FIZIKAL Alam sekitar fizikal merujuk kepada semua keadaan dan pengaruh luaran yang memberi kesan pada kehidupan dan perkembangan organisma. Alam sekitar fizikal meliputi litosfera, atmosfera, hidrosfera dan biosfera.

6.3.1.1 LITOSFERA Terdiri daripada unsur batuan, tanah dan tanih. Lapisan litosfera merupakan struktur asas yang membina bentuk muka bumi dan unsur asas bagi kebanyakan hidupan. Lapisan litosfera merupakan habitat bagi sebahagian spesies yang hidup di dalamnya. Manusia banyak menjalankan kegiatan mereka atas permukaan bumi yang terdiri daripada daratan. Contohnya aktiviti perkilangan, pembinaan, pengangkutan, cari gali

minyak,gas dan sumber mineral, pertanian dan pembalakan.

Pencemaran yang melibatkan litosfera adalah seperti hakisan tanah, tanah runtuh, gelunsur tanah dan tanah mendap.

6.3.1.2 ATMOSFERA Terdiri daripada beberapa lapisan sfera yang berbeza-beza sifatnya antara satu sama lain. Ruangan atmosfera berada dalam lingkungan kira-kira 100 km dari muka bumi hingga ke angkasa lepas. Terdapat empat sfera dalam ruangan atmosfera yang dibezakan mengikut beza antara suhu udara yang terdiri daripada lapisan troposfera, straosfera, mesosfera dan termosfera. Unsur udara yang mempunyai oksigen, nitrogen, hidrogen, dan lain-lain dalam persekitaran akan menentukan tahap kebersihan udara. Pencemaran yang melibatkan atmosfera adalah pencemaran udara dan jerebu.

6.3.1.3 BIOSFERA Meliputi unsur hidupan yang bernyawa dan juga melibatkan elemen yang tidak bernyawa. Unsur bernyawa dapat dicontohkan seperti manusia, haiwan, serangga, organisma dan mikroorganisma. Manakala unsur tidak bernyawa pula seperti tumbuhan atau flora. Lapisan ini penting bagi kestabilan fizikal litosfera. Kestabilan litosfera seperti tanah-tanih boleh disokong dengan tumbuhan. Kehidupan manusia juga dibantu oleh tumbuhan yang mengeluarkan oksigen serta manusia juga menggunakan sumber daripada biosfera untuk makanan. 6.3.1.4 HIDROSFERA Hidrosfera merupakan lapisan yang terdiri daripada komponen berair dan ini melibatkan punca, proses kejadian air, kegunaan, kitaran dan kawasan yang terlibat dengan punca-punca air. Air wujud di permukaan bumi, bawah tanah dan udara yang kesemuanya memainkan peranan penting dalam pergerakkan sistem dunia. Kepentingan air bagi tujujuan pengangkutan, merendahkan suhu dan sebaginya. 6.4 HUBUNG KAIT ANTARA ALAM SEKITAR DENGAN MANUSIA

Kajian mengenai alam sekitar tidak boleh lari daripada melihat hubungan antara manusia dan alam sekitar. Manusia mesti bertanggungjawab bagi menjaga alam sekitar dan guna pelbagai strategi pengurusan yang bersesuaian berdasarkan prinsip ekologi. Hubungan antara manusia dan alam sekitar dirumuskan dalam dua cara iaitu manusia dipengaruhi oleh alam sekitar dan manusia mempunyai keupayaan merubah alam sekitar.

Interaksi manusia terhadap alam sekitar mempunyai impak terhadap kualiti alam sekitar. Hubungan manusia dan alam sekitar berdasarkan beberapa tahap iaitu tahap awal yang mudah kepada tahap yang canggih. Manusia adalah sebahagian daripada alam sekitar. Manusia telah banyak mengubahsuai kebanyakan unsur alam sekitar semula jadi di atas permukaan bumi.

6.4.1 PENGARUH MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR Secara logiknya manusia lebih berkuasa daripada alam sekitar dan mempunyai potensi untuk mengawal alam sekitar keseluruhannya. 6.4.1.1 PENGARUH MANUSIA TERHADAP BIOSFERA Manusia guna haiwan untuk kegiatan pertanian, pengangkutan dan binatang ternakan. Manusia salah guna kuasa dan membawa ancaman kepada binatang. Tindakan manusia melibatkan pembiakan spesies yang menjadi parasit, dijinakkan oleh manusia, pengurangan dan pemupusan spesies untuk bulu dan sebagainya. Pembiakan tiruan abnyak spesies baru dicipta. Haiwan liar dijinakkan. Tindakan manusia terhadap tumbuhan pula akibat penggunaan api untuk membakar telah memusnahkan banyak jenis hutan di dunia. Pembukaan tanah pertanian menyebabkan kemusnahan spesies flora.

6.4.1.2 PENGARUH MANUSIA TERHADAP LITOSFERA

Tumbuhan dan tanih saling berkait rapat. Pembalakan hutan bagi tujuan pembangunan dedahkan tanih kepada hakisan oleh air dan angin. Pertanian moden buka kawasan pertanian luas dan lebih banyak hakisan. Hakisan tanah menyebabkan larut resap bawa zat-zat galian keluar daripada profil tanah, pencemaran tanah akibat resapan hujan asid dan sisa buangan kilang, kemarau dan tanah runtuh.

6.4.1.3 PENGARUH MANUSIA TERHADAP ATMOSFERA Masalah pencemaran udara. Secara semula jadi- hasil pencemaran daripada habuk dan fenomena alam. Aktiviti manusia seperti urbanisasi dan perindustrian. Kepekatan bahan pencemar dapat mempengaruhi beberapa unsur cuaca dan iklim. Kandungan karbon dioksida meningkat apabila banyak hutan dimusnahkan.

6.4.2 PENGARUH ALAM SEKITAR TERHADAP MANUSIA Aktiviti manusia dipengaruhi oleh alam sekitar. Manusia tidak berupaya menguasai alam sekitar fizikal yang ada. Alam sekitar menentukan perlakuan manusia di atas muka bumi. Misalnya ttinggal berkelompok untuk melakukan aktiviti pertanian, tidak berupaya untuk melawan proses semula jadi seperti gempa bumi, banjir, letusan gunung berapi, ribut taufan dan sebagainya. Manusia hanya mampu bertindak berdasarkan apa yang ada di sekitar tempat tinggal mereka. Amat dipengaruhi okleh keadaan bentuk muka bumi, iklim, cuaca, kesuburan tanah dan bekalan air. 6.4.3 KESEPADUAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR Daripada perspektif ekologi penekanan diberikan kepada manusia sebagai bahagian penting dalam alam sekitar. Pertalian antara manusia dan alam sekitar sehaluan dan bukannya pemusnah atau penindas. Sekiranya sumber bekalan habis, tindakan harus diadakan bagi menjamin pengekalan sumber tersebut.

Manusia perlu jalankan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sumber semula jadi seperti hutan, tanah, udara dan sebagainya.

TAJUK 7: ETIKA DAN FALSAFAH ALAM SEKITAR 7.1 DEFINISI ETIKA DAN FALSAFAH ALAM SEKITAR Etika merupakan pertimbangan dan perbahasan tentang apakah amalan baik atau buruk berdasarkan kebenaran dan pengetahuan dalam sesuatu bidang. Beri batasan kepada tingkahlaku manusia. Etika alam sekitar membawa maksud satu set peraturan atau prinsip yang mempengaruhi tingkahlaku moral manusia iaitu hubungan manusia dengan alam. Suatu disiplin pengajian yang membahaskan tentang sistem nilai yang perlu wujud bagi menjustifikasikan tindakan manusia. Membentuk sistem nilai yang sesuai dengan alam sekitar. Falsafah alam sekitar merupakan penggunaan cara tertentu seperti logik dan perbahasan untuk perolehi kebenaran dan pengetahuan tentang persoalan yang berkaitan dengan alam. 7.2 KEPENTINGAN ETIKA DAN FALSAFAH ALAM SEKITAR Memberi batasan kepada tingkahlaku yang berkaitan dengan alam sekeliling kita. Misalnya mengenakan denda. Undang-undang yang berkaitan dengan alam sekitar tidak cukup tanpa adanya etika alam sekitar. Manusia boleh terlepas dari undang-undang tetapi etika akan sentiasa memastikan tingkahlaku manusia tidak merosakkan alam sekitar. Memastikan tanggungjawab manusia terhadap pengurusan, perlindungan dan pembangunan alam sekeliling. Falsafah alam sekitar adalah bagaimana manusia berinteraksi dengan alam. Manusia lakukan kajian untuk dapatkan kebenaran dan memahami makna kehidupan sebenar.

TAJUK 8: PENGURUSAN ALAM SEKITAR 8.1 PENGENALAN Matlamat pengurusan alam sekitar: Memelihara sumber sedia ada untuk kegunaan semasa dan masa hadapan. Menambah stok sumber demi kepentingan masa hadapan. Meminimunkan kesan alam sekitar akibat daripada aktiviti pembangunan. Meningkatkan kualiti kehidupan.

Pengurusan alam sekitar melibatkan dua jenis aktiviti iaitu: Aktiviti pro-aktif Aktiviti inter-aktif

Aktiviti pro-aktif: Merupakan langkah-langkah yang dirancang dan dilaksanakan khusu untuk meningkatkan mutu alam sekitar. Misalnya menguatkuasakan undang-undang, mengawal pencemaran, menjalankan usaha memelihara kawasan tadahan air, mengawal pembangunan di kawasan sensitif, dan melindungi hidupan lair. Aktiviti inter-aktif: Merupakan aktiviti yang tidak dilaksanakan khusus untuk menjaga alam sekitar. Lebih merupakan usaha menyepadukan pertimbangan alam sekitar dalam proses pembangunan. Contohnya melaksanakan Penilaian Kesan Alam Sekitar dalam proses perancangan projek pembangunan. 8.2 POLISI DAN DASAR ALAM SEKITAR Terbahagi kepada dua: Polisi dan dasar khusus mengenai alam sekitar Polisi dan dasar sektor lain yang menekankan pemeliharaan alam sekitar.

Matlamat dasar dan polisi: Mengambil kira kesan terhadap alam sekitar disebabkan pertambahan bilangan penduduk dan aktiviti manusia dalam usaha memajukan sumber semula jadi. Pentingnya pengekalan mutu alam sekitar selaras dengan kehendak penduduk terutama dari segi keupayaan pengeluaran sumber tanah dalam bidang pertanian, perhutanan, perikanan dan air. Keperluan mengekalkan keadaan alam sekitar yang sihat bagi kehidupan manusia sempurna. Keperluan mengekalkan pusaka asli negara yang unik dan pelbagai jenis.

8.3 PROGRAM PENGURUSAN ALAM SEKITAR Kawalan Pencemaran: Terdapat dua pendekatan utama iaitu melalui peruntukkan undang-undang dan bukan undang-undang. Kaedah undang-undang melibatkan penguatkuasaan peruntukan di bawah undangundang Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Kaedah bukan undang-undang melibatkan peranan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Pengawasan: Mengetahui keadaan alam sekitar dan mencari punca masalah. Misalnya program pengawalan kualiti udara. Pengawasan digiatkan dari masam ke masa. Pengawasan kualiti air pula bertujuan untuk melindungi sungai daripada pencemaran bahan toksik. Mengetahui perubahan kualiti air sungai secepat mungkin supaya langkah-langkah pembaikan dapat diambil segera. Menilai keberkesanan piawai kualiti air. Menyediakan sumber maklumat untuk menjangka kesan projek terhadap kualiti air. Penilaian Kesan Alam Sekitar; Menilai kesan alam sekitar akibat pembangunan. pembangunan