04 anis 'afifah binti malek - mengurangkan tingkah laku disruptif murid adhd semasa sesi pengajaran...

17
MENGURANGKAN TINGKAH LAKU DISRUPTIF MURID ADHD SEMASA SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MELALUI TERAPI MAIN Anis ‘Afah binti Malek Izzah binti Abu Bakar IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka ABSTRAK Fokus utama kajian ini a alah untuk men!uran!kan ua jenis tin!kah laku isrupti muri "muri Pen i ikan Khas kate!ori A#$# %Attention&#ef'iet $ipera'ti(ity #isor er) semasa sesi pen!ajaran an pembelajaran melalui terapi main* #ua jenis tin!kah laku tersebut ialah tin!kah laku menin!!alkan kelas an tempat u uk %+ A) an tin!kah laku ber!a uh en!an rakan %+ B)* +in!kah laku muri sepanjan! sesi pen!ajaran an pembelajaran memberi kesan yan! men alam terha ap tahap pen!uasaan mereka tentan! sesuatu topik yan! se an! ipelajari* -leh yan! emikian, akti(iti pembelajaran yan! iran'an! !uru perlulah mampu menarik perhatian muri "muri untuk menumpukan perhatian alam sesi pen!ajaran an pembelajaran khususnya ba!i muri A#$# yan! sememan!nya mempunyai masalah tumpuan yan! sin!kat serta tin!kah laku yan! akti* Instrumen kajian yan! iaplikasikan alam kajian tin akan ini ialah temu bual an pemerhatian yan! ireko kan men!!unakan boran! reko anek ot, boran! inter(al an boran! kekerapan* #apatan kajian menunjukkan + A an + B respon en apat ikuran!kan melalui penerapan akti(iti terapi main yan! ilaksanakan oleh pen!kaji seba!ai salah satu lan!kah pen!ajaran semasa sesi pen!ajaran an pembelajaran* .usteru, kajian lanjutan i'a an!kan a!ar terapi main ini iteruskan an itambah baik ba!i men!emban!kan pelba!ai aspek kemahiran muri "muri selain ija ikan seba!ai salah satu me ium mo ifkasi tin!kah laku oleh para !uru* /umusannya, iharapkan kajian tin akan ini memberi kebaikan an pan uan kepa a para !uru khususnya !uru Pen i ikan Khas alam menan!ani masalah tin!kah laku isrupti muri "muri ba!i memastikan sesi pen!ajaran an pembelajaran berlan!sun! alam suasana yan! kon usi* Kata kunci : ADHD, Terapi Main, Tingkah Laku Disruptif, Kaedah Pemerhatian, Modikasi Tingkah Laku ABSTRACT 22

Upload: nurul-jannah-ngapdi

Post on 04-Nov-2015

48 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

da

TRANSCRIPT

MENGURANGKAN TINGKAH LAKU DISRUPTIF MURID ADHD SEMASA SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MELALUI TERAPI MAIN

Anis Afifah binti MalekIzzah binti Abu BakarIPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

ABSTRAK

Fokus utama kajian ini adalah untuk mengurangkan dua jenis tingkah laku disruptif murid-murid Pendidikan Khas kategori ADHD (Attention/Deficiet Hiperactivity Disorder) semasa sesi pengajaran dan pembelajaran melalui terapi main. Dua jenis tingkah laku tersebut ialah tingkah laku meninggalkan kelas dan tempat duduk (TL A) dan tingkah laku bergaduh dengan rakan (TL B). Tingkah laku murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang mendalam terhadap tahap penguasaan mereka tentang sesuatu topik yang sedang dipelajari. Oleh yang demikian, aktiviti pembelajaran yang dirancang guru perlulah mampu menarik perhatian murid-murid untuk menumpukan perhatian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi murid ADHD yang sememangnya mempunyai masalah tumpuan yang singkat serta tingkah laku yang aktif. Instrumen kajian yang diaplikasikan dalam kajian tindakan ini ialah temu bual dan pemerhatian yang direkodkan menggunakan borang rekod anekdot, borang interval dan borang kekerapan. Dapatan kajian menunjukkan TL A dan TL B responden dapat dikurangkan melalui penerapan aktiviti terapi main yang dilaksanakan oleh pengkaji sebagai salah satu langkah pengajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Justeru, kajian lanjutan dicadangkan agar terapi main ini diteruskan dan ditambah baik bagi mengembangkan pelbagai aspek kemahiran murid-murid selain dijadikan sebagai salah satu medium modifikasi tingkah laku oleh para guru. Rumusannya, diharapkan kajian tindakan ini memberi kebaikan dan panduan kepada para guru khususnya guru Pendidikan Khas dalam menangani masalah tingkah laku disruptif murid-murid bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam suasana yang kondusif.Kata kunci : ADHD, Terapi Main, Tingkah Laku Disruptif, Kaedah Pemerhatian, Modifikasi Tingkah Laku ABSTRACT

The main focus of this study is to reduce the two types of disruptive behavior for Special Educations students with ADHD (Attention / Deficiet Hiperactivity Disorder) during their teaching and learning through play therapy. Two types of disruptive behavior is leave class and seat (TL A) and fight with friends during teaching and learning session. (TL B).Pupil behavior during the teaching and learning process have a profound effect on their mastery of the topic being learned. Therefore, teacher should plan learning activities that should be able to attract attention of the students to focus on teaching and learning especially for students who really have ADHD which is known for their short term attention. The research instrument applied in this action research are interview and observation which have been recorded in anecdotal record form, frequency form and frequency interval form. The results showed TL A and TL B can be reduced through the application of therapeutic play activities undertaken by the researchers as a measure of teaching and learning during teaching sessions. Therefore, further research suggested that play therapy is continued and enhanced to develop various aspects of students skills apart from being one of behavior modification methods by teachers. Summary, the application of play therapy as a form of students' learning can reduce disruptive behavior of pupils which ADHD in teaching and learning. Hopefully this action research will be of benefit and guide for teachers especially Special Education teachrers in dealing with behavioral problems during the teaching and learning session.Keywords: ADHD, Play Therapy, Disruptive Behavior, Observation Method, Behavioral Modification

PENGENALAN

Pendidikan Khas yang disediakan merupakan kaedah-kaedah yang dibentuk bagi memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Kurikulum Pendidikan Khas yang telah diubah suai bagi memenuhi keperluan murid keperluan khas selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang ingin melahirkan pelajar yang produktif dan kreatif.

Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dikategorikan sebagai murid yang mempunyai masalah dari aspek lewat perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan, penulisan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain, (Kirk, 1962) yang mana bukanlah kesan daripada kerencatan mental, halangan sensori (buta atau pekak) atau faktor budaya dan persekitaran.

Murid Pendidikan Khas sering dikaitkan dengan masalah tingkah laku yang berbeza dengan murid-murid normal. Namun begitu, tingkah laku negatif yang ditunjukkan murid dalam kelompok ini tidak boleh dibiarkan kerana akan memberi kesan dalam penguasaan pembelajaran. Lebih serius lagi apabila tingkah laku tersebut menjadi tabiat dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Rajah 1 Jenis-jenis tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah.

Rajah 1 menunjukkan jenis-jenis tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah. Terdapat dua jenis tingkah laku bermasalah iaitu tingkah laku bermasalah jenis positif dan tingkah laku bermasalah jenis negatif. Tingkah laku bermasalah positif adalah seperti sikap ingin tahu (sering bertanya) semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, cepat belajar, sikap proaktif dan pintar cerdas. Manakala, tingkah laku bermasalah negatif pula ialah sikap terlalu bergantungan, disruptif dan disruktif. Kesimpulannya, pengurusan tingkah laku ke atas murid-murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah, penting dan perlu dilaksanakan bagi memastikan suasana pembelajaran dapat dijalankan dalam keadaan selesa.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Berdasarkan pengalaman pengkaji sewaktu menjalani latihan praktikum di salah sebuah sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Bermasalah Pembelajaran di daerah Jasin, tingkah laku bermasalah ini wujud semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada dari aspek positif mahupun negatif.

Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung terdapat seorang orang murid yang kerap meninggalkan tempat duduk dan berjalan ke sekeliling kelas serta ke kelas lain. Terdapat dua orang murid yang bergaduh secara verbal dan menyanyi menjadikan suasana kelas bising dan tidak tenteram. Bukan itu sahaja, terdapat juga seorang murid yang berjalan ke dapur dengan alasan untuk membasuh tangan tetapi bermain buih sabun di sinki. Malah, terdapat dua orang murid lain yang bergaduh sesama mereka kerana berebut pemadam atau pensel dan akan memukul kepala rakan mereka semasa bergaduh.

Sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak dapat berjalan lancar disebabkan gangguan persekitaran sosial yang telah dinyatakan. Apabila terdapat beberapa orang murid bergaduh, fokus dan tumpuan murid lain terhadap pengajaran pengkaji turut terganggu. Situasi ini menjadikan objektif pengajaran pengkaji tidak dapat dicapai murid secara optimum. Sesi pengajaran dan pembelajaran juga tidak dapat ditamatkan seperti yang dirancang oleh pengkaji kerana menunggu beberapa orang murid yang lambat melengkapkan tugasan.

Pengkaji mengambil tindakan untuk mengalih tumpuan para murid dengan menjadikan aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan lebih menarik. Pengkaji mengambil tindakan menawarkan ganjaran gula-gula kepada murid yang dapat menyiapkan tugasan dengan sempurna pada masa yang ditetapkan. Hasilnya, terdapat tiga orang murid yang kembali menumpukan perhatian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran dan berusaha menyiapkan tugasan yang diberi.

Situasi ini membuktikan bahawa pemberian ganjaran dapat menarik minat murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Sehubungan dengan itu, pengkaji mendapat idea untuk menggabungkan konsep ekonomi token (ganjaran) dengan terapi main pada sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang sebagai variasi kepada aktiviti pembelajaran kanak-kanak.

Kesimpulannya, penting bagi guru Pendidikan Khas untuk berfikiran lebih kreatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran agar murid-murid Pendidikan Khas ini mampu menerima pendidikan selaras dengan tahap kognitif mereka bertepatan dengan Caplan and Caplan (1973), yang mentakrifkan bermain sebagai penentu penting bagi perkembangan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek. Pengkaji berharap supaya terapi main yang diterapkan mampu mengurangkan tingkah laku disruptif murid-murid khususnya murid ADHD untuk menumpukan perhatian terhadap sesi pengajaran guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ini melibatkan seorang murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ADHD/Hiperaktif di salah sebuah sekolah di daerah Jasin. Kajian yang dilakukan adalah untuk mengurangkan dua jenis tingkah laku disruptif murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran melalui penerapan terapi main.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah untuk;

a. mengenal pasti jumlah kekerapan dua jenis tingkah laku disruptif yang ditunjukkan oleh murid ADHD semasa sesi pengajaran dan pembelajaran;b. mengurangkan dua jenis tingkah laku disruptif yang dikenal pasti mengunakan kaedah terapi main; danc. menilai keberkesanan pengaplikasian terapi main sebagai kaedah yang digunakan untuk mengurangkan dua jenis tingkah laku disruptif di samping menambah baik amalan pengajaran guru Pendidikan Khas dalam bilik darjah.

Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian yang telah dibincangkan, persoalan kajian yang berikut akan dijawab menerusi kajian ini, iaitu : i. Apakah kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti kekerapan dua jenis tingkah laku disruptif murid ADHD semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ?ii. Adakah pengaplikasian terapi main dapat mengurangkan dua jenis tingkah laku disruptif yang telah dikenal pasti?iii. Bagaimanakah kaedah terapi main yang diterapkan mampu mengurangkan tingkah laku disruptif yang dikenal pasti di samping menambah baik amalan pengajaran guru Pendidikan Khas dalam bilik darjah?

KUMPULAN SASARAN

Kajian dijalankan terhadap seorang murid lelaki Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran yang bersekolah di salah sebuah sekolah di daerah Jasin, Melaka. Kategori masalah yang dialami oleh responden ialah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan telah dikenal pasti berdasarkan ujian yang dijalankan oleh doktor di salah sebuah hospital kerajaan di negeri Melaka dan di daftarkan sebagai golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Bermasalah Pembelajaran Hiperaktif/ADHD oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Responden berumur 13 tahun dan berasal dari Kampung Chohong, Chinchin. Ayahnya bekerja sebagai pemandu lori dan ibunya seorang suri rumah sepenuh masa. Pendapatan bulanan ayahnya ialah sebanyak RM 350.00. Responden juga mendapat bantuan rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang diberikan oleh kerajaan kepada murid-murid yang terdiri daripada keluarga berstatus ekonomi rendah.

Responden merupakan anak ke 3 daripada 6 orang adik beradik. Kelas Pendidikan Khas di sekolah responden, terbahagi kepada dua iaitu kelas Harapan (berkefungsian tinggi) dan kelas Potensi (berkefungsian rendah). Responden berada di kelas Potensi. Berdasarkan pemerhatian terhadap hasil kerja bagi subjek Bahasa Melayu, responden dapat mengecam simbol abjad A-Z dengan bimbingan guru. Namun begitu, responden masih lemah dalam kemahiran menulis. Berdasarkan pemerhatian terhadap hasil kerja, gaya tulisan responden tidak teratur dan tidak berbentuk huruf. Bagi subjek Matematik pula, responden boleh menamakan nombor bulat dalam lingkungan 20. Selain itu, responden juga telah menguasai konsep tambah tanpa mengumpul semula dalam lingkungan 10 tanpa bimbingan guru.

Sehubungan itu, kanak-kanak kategori ADHD pada lazimnya mempunyai masalah untuk memberi tumpuan kepada sesuatu situasi dan sering lalai dan gagal ketika melakukan sesuatu aktiviti. Ekoran daripada masalah mudah hilang tumpuan, responden sukar untuk melaksanakan arahan yang diberi oleh guru. Masalah ini jika dibiarkan berterusan, akan berlaku keciciran pembelajaran ke atas responden.

Hobi responden ialah menyanyi kerana berdasarkan pemerhatian secara tidak formal yang dijalankan, responden gemar menyanyi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Jika terdapat waktu lapang sewaktu pertukaran guru, responden akan menyanyi dengan suara yang lantang malah pada bila-bila masa yang diingininya.

Kesimpulannya, sebagai seorang guru pengkaji berasa bertanggungjawab untuk membantu murid seperti ini dalam mengubah gaya pembelajaran yang tidak sesuai sekali gus membantu dalam meningkatkan kualiti hidupnya melalui kaedah terapi main yang diaplikasikan. Hal ini bagi melahirkan murid-murid pendidikan khas yang selari dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Khas iaitu untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PELAKSANAAN KAJIAN

Langkah pertama yang dilakukan pengkaji ialah mengenal pasti jenis-jenis tingkah laku disruptif yang ditunjukkan oleh responden. Satu sesi pemerhatian telah dilakukan bagi mengumpul data ini. Data semasa sesi pemerhatian yang dilakukan telah dicatat menggunakan borang rekod anekdot .

Berdasarkan jenis-jenis tingkah laku yang ditunjukkan oleh responden, pengkaji memilih dua jenis tingkah laku yang ingin dimodifikasi menggunakan kaedah terapi main iaitu tingkah laku meninggalkan kelas dan tempat duduk (TL A) dan tingkah laku bergaduh dengan rakan (TL B). Kaedah terapi main yang akan dijalankan ialah terapi main jenis direktif. Terapi main jenis direktif bermaksud pengkaji yang akan menentukan pelaksanaan dan peraturan aktiviti permainan yang akan dilakukan.Langkah yang berikutnya ialah proses pengaplikasian terapi main. Terapi main akan diterapkan sebagai aktiviti pembelajaran murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Matematik. Durasi bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran adalah selama 30 minit. Jadual 1 menunjukkan jenis aktiviti permainan yang dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Setiap aktiviti permainan dilakukan pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang berbeza.

Jadual 1 Jenis permainan yang akan dilakukan semasa sesi pengajarandan pembelajaran.BILAKTIVITI TERAPI MAIN

1Pair and Match

2Restoran Sedap

3Number Race

4Bowling Nombor

5Masterchef Raya

Berdasarkan Jadual 1, pengkaji menerapkan 5 jenis aktiviti permainan ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik pada waktu pengajaran dan pembelajaran yang berbeza. Hal ini bagi memvariasikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh pengkaji bagi mata pelajaran Matematik. Aktiviti pembelajaran yang pelbagai mampu mengelakkan murid berasa bosan untuk belajar mata pelajaran Matematik.

KAEDAH MENGUMPUL DATA

Pemerhatian

Kaedah pemerhatian digunakan oleh pengkaji dalam 2 langkah. Langkah pertama adalah sewaktu pengkaji ingin mengenal pasti jenis-jenis tingkah laku disruptif yang dilakukan oleh responden. Manakala langkah kedua adalah sewaktu pelaksanaan kaedah dalam mengurangkan dua jenis tingkah laku disruptif yang dipilih. Pengkaji akan mencatat setiap tingkah laku disruptif yang ditunjukkan responden sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan borang pengumpulan data yang sesuai seperti di bawah :

a. Borang Rekod Anekdot

Rekod anekdot adalah penulisan yang ringkas, tepat dan padat tentang peristiwa dan perubahan yang signifikan, berlaku pada seseorang murid. Pengkaji menggunakan kaedah ini pada peringkat awal kajian iaitu pada peringkat mengenal pasti jenis-jenis tingkah laku disruptif yang ditunjukkan oleh responden semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Pengkaji menerangkan peristiwa tingkah laku atau insiden menggunakan penulisan secara naratif. Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot adalah nama murid, tarikh, masa, tempat dan peristiwa yang berlaku. Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan melalui pemerhatian ini, pengkaji dapat mengenal pasti jenis-jenis tingkah laku disruptif yang menjadi fokus utama dalam kajian tindakan ini.

b. Borang Rekod Kekerapan

Perekodan peristiwa atau atau perekodan kekerapan bermaksud merekod jumlah sesuatu tingkah laku yang diperhatikan dalam tempoh masa tertentu. Contohnya jumlah berapa kali responden meninggalkan tempat duduk semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik sepanjang 30 minit. Pengkaji merekod tingkah laku murid berasaskan kekerapan sebenar, kadar kejadian atau kejadian tersebut dalam peratus peluang sedia ada.

c. Borang Rekod Jarak Masa

Interval recording ataupun merekod jarak masa adalah teknik yang mengukur sama ada tingkah laku itu berlaku ataupun tidak dalam jangka masa yang ditetapkan. Jumlah masa pemerhatian dibahagikan dengan jarak masa yang lebih kecil. Pengkaji mencatatkan jika tingkah laku itu terjadi ataupun tidak dalam masa itu.

Dengan berpandukan pada teknik merekod jarak masa ini, pengkaji dapat membuat anggaran tentang kedua-kedua frekuensi dan jarak masa tingkah laku pada masa yang sama. Merekod jarak masa memerlukan tumpuan yang tidak berbelah bahagi dari pemerhati memandangkan pemerhatian dilakukan secara berterusan bagi tempoh yang ditetapkan.

Teknik ini dapat dilakukan dalam beberapa perlakuan seperti ketika sampel memukul rakan mereka ketika lapang. Apabila masa lapang ini adalah 15 minit, bahagikan jarak masa ini kepada selang satu minit. Pada minit pertama, apabila seorang murid memukul rakannya, jarak masa ditandakan. Pada minit kedua, jika murid tidak memukul rakan itu, maka jarak masa tidak ditandakan.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian yang diperoleh dihurai bagi menjawab persoalan kajian tindakan. Data yang dikumpulkan dianalisis secara terperinci dan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf bar.

Persoalan 1 : Apakah kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti kekerapan dua jenis tingkah laku disruptif murid ADHD semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ?

Bagi mengumpul data ini, pengkaji telah melakukan pemerhatian yang direkodkan menggunakan borang anekdot. Pemerhatian dilakukan selama 30 minit bagi mata pelajaran Matematik yang diajar oleh salah seorang guru Pendidikan Khas di sekolah tersebut. Jadual 2 menunjukkan jenis-jenis tingkah laku yang dilakukan oleh responden sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik.

Jadual 2 Jenis-jenis tingkah laku disruptif semasa sesi pengajaran BilJenis-jenis tingkah laku disruptifKekerapanPeratus

1Menjerit-jerit110

2Meninggalkan kelas dan tempat duduk440

3Bergaduh dengan rakan 330

4Bersembang seorang diri110

5Menyanyi110

dan pembelajaran.

Berdasarkan Jadual 2 tingkah laku yang paling kerap dilakukan oleh responden ialah meninggalkan tempat duduk iaitu sebanyak 4 kali (40 peratus). Manakala tingkah laku yang paling sedikit dilakukan oleh responden ialah menjerit-jerit, bersembang seorang diri dan menyanyi iaitu sebanyak sekali (10 peratus). Tingkah laku sederhana yang dilakukan oleh responden sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran ialah bergaduh iaitu sebanyak 3 kali (30 peratus).

Tingkah laku disruptif yang dilakukan membuktikan responden mempunyai masalah tumpuan yang singkat dalam pembelajaran. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah mengaplikasikan terapi main semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mengurangkan dua daripada lima jenis tingkah laku disruptif yang ditunjukkan responden. Tingkah laku tersebut ialah tingkah laku meninggalkan kelas dan tempat duduk (TL A) dan bergaduh dengan rakan (TL B). Rumusannya, pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian yang direkodkan menggunakan borang anekdot bagi mengenal pasti jenis-jenis tingkah laku disruptif yang dilakukan responden sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.

Persoalan 2 : Adakah pengaplikasian terapi main dapat mengurangkan Dua jenis tingkah laku disruptif yang telah dikenal pasti?

Bagi mengurangkan TL A dan TL B responden sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji telah mengaplikasikan terapi main sebagai langkah intervensi. Pengkaji telah mereka cipta 5 jenis permainan yang akan diterapkan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung selama 30 minit bagi mata pelajaran Matematik pada waktu pengajaran dan pembelajaran yang berbeza.

Aktiviti ini dijalankan pada salah satu langkah sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Matematik. Pengkaji telah melakukan kaedah pemerhatian untuk merekodkan data bagi menjawab persoalan ini.

Jadual 3 Perbezaan kekerapan TL A dan TL B yang dilakukan oleh responden sebelum dan semasa pelaksanaan terapi main semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. TL ASebelum SemasaAktivitiTL BSebelum Semasa

41Pair and Match33

42Restoran Sedap32

42Number Race

33

42Boling Nombor33

41Masterchef Raya31

Jadual 3 menunjukkan perbezaan jumlah kekerapan yang dilakukan oleh responden sebelum dan semasa aktiviti terapi main diterapkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Data ini diperoleh melalui kaedah pemerhatian yang dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan direkod menggunakan borang rekod kekerapan dan borang rekod jarak masa. Berdasarkan jadual 3, aktiviti terapi main yang dilaksanakan mampu mengurangkan kekerapan TL A dan TL B responden semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Persoalan 3 : Bagaimanakah kaedah terapi main yang diterapkan mampu mengurangkan tingkah laku disruptif yang dikenal pasti di samping menambah baik amalan pengajaran guru Pendidikan Khas dalam bilik darjah?

Graf di bawah menunjukkan perbandingan data berkaitan kekerapan tingkah laku meninggalkan tempat duduk dan kelas yang dilakukan responden semasa pelaksanaan terapi main mengikut aktiviti.

Rajah 2 Perbandingan jumlah kekerapan TL A sebelum dan semasa pelaksanaan terapi main.

Rajah 2 menunjukkan perbezaan jumlah kekerapan bagi TL A responden sebelum dan semasa pelaksanaan terapi main dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Jumlah kekerapan TL A responden sebelum pelaksanaan kaedah terapi main dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah sebanyak 4 kali. Namun, jumlah itu semakin berkurangan apabila terapi main dijadikan salah satu aktiviti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kekerapan TL A yang paling sedikit dilakukan oleh responden ialah semasa Aktiviti 1 (Pair and Match) dan Aktiviti 5 (Masterchef Raya) iaitu sebanyak sekali. Manakala, responden melakukan tingkah laku ini sebanyak dua kali ialah semasa melakukan Aktiviti 2 (Restoran Sedap), Aktiviti 3 (Number Race) dan Aktiviti 4 (Boling nombor). Walaupun setiap aktiviti menunjukkan jumlah kekerapan yang berbeza tetapi ia mampu mengurangkan kekerapan responden melakukan TL A sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik.

Rajah 3 Perbandingan kekerapan TL B responden sebelum dan semasa pelaksanaan terapi main.

Rajah 3 pula menunjukkan perbezaan kekerapan TL B yang dilakukan oleh responden sebelum dan semasa aktiviti terapi main diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebelum diaplikasikan kaedah terapi main dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, jumlah kekerapan TL B yang ditunjukkan oleh responden adalah sebanyak 3 kali. Namun begitu, jumlah kekerapan tersebut dilihat berkurang bagi dua aktiviti terapi main yang diterapkan oleh pengkaji. Kekerapan TL B yang paling sedikit ditunjukkan oleh responden semasa Aktiviti 5 (Masterchef Raya) diterapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. TL B yang dilakukan oleh responden sebanyak dua kali pula ialah bagi Aktiviti 2 (Restoran Sedap). Tiada perubahan kekerapan yang dilakukan oleh responden bagi Aktiviti 1 (Pair and Match), Aktiviti 3 (Number Race) dan Aktiviti 4 (Boling Nombor).

Hasil dapatan yang diperoleh membuktikan kaedah terapi main yang diterapkan mampu mengurangkan tingkah laku disruptif responden yang merupakan seorang murid Pendidikan Khas kategori ADHD. Hal ini disebabkan ciri-ciri ADHD yang aktif di samping mempunyai tumpuan yang singkat dalam pembelajaran memerlukan kaedah yang mampu menarik minat untuk terus menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru. Di samping itu, pengkaji juga berpeluang untuk menambah baik amalan pengajaran yang dilakukan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tindak balas yang diberikan oleh responden dengan mengambil kira minat dan tahap penguasaannya sewaktu merancang aktiviti terapi main.

KESIMPULAN DAN REFLEKSI

Dapatan kajian menunjukkan pengurangan dua jenis tingkah laku disruptif yang dikaji terhadap responden semasa sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu tingkah laku meninggalkan tempat duduk dan kelas (TL A) dan tingkah laku bergaduh dengan rakan (TL B) semasa pengaplikasian terapi main. Pengkaji berpendapat bahawa kekuatan kajian ini terletak kepada aktiviti permainan menarik minat murid untuk menyertainya.

Pelaksanaan terapi main dalam kajian ini terdiri daripada lima jenis aktiviti. Aktiviti-aktiviti yang dibina oleh pengkaji mengambil kira minat dan sifat responden yang aktif dan ceria selain menggabungjalinkan aspek lain iaitu token ekonomi (ganjaran). David Rabiner (2006), kanak-kanak ADHD cenderung untuk menunjukkan tingkah laku yang positif disebabkan faktor ganjaran yang ditawarkan. Konsep ganjaran yang diterapkan oleh pengkaji sepanjang melaksanakan kajian mampu menarik minat responden untuk menumpukan perhatian seterusnya mengurangkan tingkah laku disruptif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti permainan yang diaplikasikan oleh pengkaji memberi peluang kepada responden untuk melibatkan diri secara aktif dalam sesi pengajaran pembelajaran. Penglibatan yang aktif dalam pembelajaran memerlukan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan. Tambahan pula, responden merupakan murid Pendidikan Khas kategori ADHD merupakan seorang yang aktif, maka aktiviti permainan yang dijalankan mampu mengalih perhatiannya untuk fokus terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, konsep terapi main jenis direktif yang diamalkan oleh pengkaji semasa menjalankan kajian turut membantu dalam mengurangkan tingkah laku disruptif responden sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini membuktikan bahawa kaedah terapi main berkesan dalam membentuk tingkah laku positif murid. Sehubungan dengan itu, kajian yang dijalankan memberi kesedaran kepada pengkaji betapa pentingnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru dalam membentuk tingkah laku positif murid dalam bilik darjah di samping memastikan pembelajaran yang bermakna berlaku dalam bilik darjah. Pengkaji juga menjadi lebih peka dalam merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan tahap dan minat murid-murid semasa menjalankan kajian.

Pengkaji berharap agar kaedah ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam memastikan murid-murid berkeperluan khas dapat melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang kondusif dan menyeronokkan.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Schaefer (2003) menyatakan hasil kajian oleh pakar kesihatan mental membuktikan bahawa bermain memberikan kegembiraan kepada seseorang individu. Oleh yang demikian, guru yang mengaplikasikan terapi main dalam sesi pengajaran telah memberi keseronokan kepada para murid untuk belajar seterusnya memberikan pengalaman belajar yang bermakna di samping memberi motivasi kepada murid untuk terus belajar.

Kaedah terapi main yang diaplikasikan pengkaji turut boleh digunakan oleh para guru bukan sahaja untuk mengubah tingkah laku murid tetapi dalam meningkatkan kefahaman dan kemahiran murid. Russ (2004), menyatakan pembelajaran dan pembangunan yang terbaik dapat dipupuk melalui bermain. Oleh yang demikian, tidak dapat disangkal lagi bahawa melalui bermain, murid-murid dapat mengembangkan pelbagai aspek kemahiran diri seperti emosi, komunikasi dan sosial.

Pengkaji mencadangkan aktiviti terapi main turut boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran murid-murid bagi mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu. Guru-guru boleh mengubahsuai aktiviti Number Race kepada Siapa Cepat bagi mengajar murid-murid suku kata KV+KV. Dengan ini, murid berpeluang untuk belajar mengenal huruf di samping membunyikan suku kata terbuka. Kesimpulannya, kaedah terapi main bukan sahaja sesuai untuk modifikasi tingkah laku murid sahaja, tetapi boleh diaplikasikan bagi meningkatkan pelbagai aspek kemahiran murid. Diharapkan cadangan yang telah dinyatakan secara tidak langsung dapat membantu guru dalam menambah baik amalan pengajaran sedia ada seterusnya meningkatkan sistem pendidikan di negara kita setaraf dengan negara maju.

RUJUKAN

Barkley. (1997). Behavioral inhibition, sustained attention, and executive functions:construsting a unifying theory of ADHD. University of Massachusetts Medical centre.

Caplan, F., & Caplan, T. (1973). The power of play. New York : Anchor.

David, R., (2006). Behavioral treatment for adhd/add: a general overview. Diperolehi pada 2 Februari 2013 daripada http://www.helpforadd.com/add-behavioral-treatment/

Harvey Simon. (2009). Artikel: bipolar disorder. Maryland: University of Maryland Medical Center.

Harris, J,. (1995) Responding to pupils with severe learning disabilities who present challenging behavior. British Journal of Special Education, 222, 3,109-116.

Kirk. (1962). Educating exceptional children. Boston: Houghton Mifflin.

Mc. Niff, J., (1988). Principle and practice. Action Research. United Kingdom

Landreth, G., Sweeney, D., Ray, D., Homeyer, L. & Glover, G. (2nd Ed., 2005). Play therapy interventions with children's problems. Northvale, NJ: Jason Aronson, Inc.

Landreth, G. L. (2002). Play therapy: The art of the relationship. New York, NY: Brunner-Ruttledge.

Miles, M. B. & Huberman, A. M. (1994). Qualitative data analysis (2nd ed.). Thaousand Oaks, CA: Sage

Russ, S. W. (2004). In child development and psychotherapy. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates, Publishers.

Schaefer, C. E. (2003). Play therapy with adults. Hoboken, NJ: John Wiley & Sons.

Tiwi. (2004). Pendekatan sistem mentor dalam pengurusan tingkah laku bermasalah, Jurnal Pendidikan. Sarawak: Maktab Perguruan Batu Lintang.

Thomson Reuters. (2011). Behavior modification. Jurnal Citation Report. Maryland: University of Maryland School of Medicine.

35