masalh disruptif di sekolah

31
Masalah disruptif di bilik darjah KPP3014 DISEDIAKAN OLEH:- AZIROH BT JOHARI D20131063618 SITI HAJAR BT ABD.HAMID D20131063626 HADIBAH BT ISMAIL D20131063619 HUSNA BT IDRIS D20131063608

Upload: aziroh-johari

Post on 06-Dec-2014

499 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Masalah disruptif di bilik darjah

KPP3014

DISEDIAKAN OLEH:-AZIROH BT JOHARI D20131063618SITI HAJAR BT ABD.HAMID D20131063626HADIBAH BT ISMAIL D20131063619

HUSNA BT IDRIS D20131063608

Konsep Tingkah Laku Bermasalah Jenis Disruptif

Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat atau termasuk sekolah.

Berdasarkan dari kajian dan pemerhatian oleh pakar psikologi, didapati tingkah laku bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam proses mengadaptasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran.

d-ba

Tingkah Laku Bermasalah (pengertian mengikut kajian pengkaji)

• Kindsvatter (1978) - tingkah laku bermasalah atau salah laku.

• Feldhusen (1978)-gangguan terhadap perlaksanaan proses pengajaran yang lancar.

• Emmer dan rakan-rakan (2000) - mengganggu pengajaran guru serta pembelajaran beberapa orang murid untuk jangka masa tertentu.

• Shrigley ( 1979) - apa jua tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru atau bersifat tidak selamat dari segi psikologi mahupun fizikal ditakrifkan sebagai tingkah laku distruptif.

Tingkahlaku bermasalah

• Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkahlaku yang yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah.

Tingkah laku disruptif Tingkah laku positif• Tingkah laku bermasalah positif dalam

aspek proses pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada perlakuan pelajar yang ingin tahu secara keterlaluan, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif turut berlaku atau di sekolah dipanggil hiperaktif positif.

Tingkah laku negatif• distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif

berkaitan tingkah laku mengganggu pelajar lain.

Contoh tingkah laku disruptif.

Tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah:-kurang memberikan perhatian-hiperaktif-pendiam-kurang sopan-tidak menyiapkan kerja yang diberi oleh guru-mudah marah @ agresif-gemar bercakap-melengah-lengahkan kerja

contoh tingkah laku disruptif

ziroh

i) Kurang memberikan perhatian

• Murid tidak mendengar apabila guru mengajar dan tidak fokus terhadap tugasan yang diberikan.

• Sebaliknya mereka berbual dengan rakan-rakan, membaca bahan lain, memerhatikan aktiviti di luar bilik darjah, bersiul atau menyanyi.

ii) Hiperaktif

• Kanak-kanak bersikap impulsif dan sering mengganggu perbualan, aktiviti atau menyatakan sesuatu tanpa berfikir.

• Murid ini tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah mengalihkan perhatiannya, sukar menyiapkan satu tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan.

iii) Pendiam

• Murid ini tidak melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan kelas, tidak menyumbang idea atau bertukar pandangan.

• Dia lebih selesa duduk seorang diri dan memerhati atau berkhayal.

iv) Sikap melengahkan kerja atau sambil lewa

• Murid ini bersikap selamba dan melakukan tugasan mengikut jadualnya sendiri.

• Misalnya, apabila guru mengarahkannya mengutip sampah di sekitar meja, murid ini akan mengambil masa yang lama untuk bertindak atau berkelakuan seolah-olah tidak nampak sampah di sekitarnya.

v) Gemar bercakap

• Murid ini peramah, sentiasa bercakap ada tugasan yang perlu disiapkan atau apabila guru sedang mengajar.

• Perbualannya tidak semestinya berkaitan dengan perkara yang sedang dipelajari.

• Dia akan bertanya banyak soalan kerana tidak mendengar arahan awal.

vi) Menimbulkan kekecohan atau kebisingan di dalam kelas

• Murid ini biasanya mempunyai suara yang kuat , suka memberikan komen atau pandangan dengan nada suara yang tinggi dan berlagak di dalam bilik darjah.

Pemerhatian diagnostik terhadap tingkahlaku diskruptif

Contoh tingkahlaku diskruktif

Kekerapan Bilangan pelajar

Bercakap pada masa yang tidak sesuai

4 kali dalam 10 minit 5 orang bercakap sesama sendiri tanpa menghiraukan guru

Bergerak tanpa dapat dikawal guru

Meninggalkan tempat duduk 3 kali dalam 10 minit

7 orang bergerak ke meja rakan tanpa kebenaran guru

Melemparkan sesuatu/menganggu kawan

2 kali dalam 10 minit 3 orang melempar sesuatu contoh kertas/pemadam untuk menganggu rakan

Hasil kajian dilakukan oleh Siti Hajar bt. Man dari SMK Tanjung Pauh Jitra,Kedah bagi rekod

pemerhatian diagnostik terhadap tingkah laku disruptif

42%

21%

17%

10%

6%4%

Bising/bercakap berlebihan

Bergerak tanpa kebenaran guru

Melempar sesuatu/menganggu rakan

Tidak menumpukan perhatian

Enggan melakukan apa-apa

Tidur sewaktu P&P

Mengapa terjadi???

1. Pelajar di sekolah mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi serta keinginan untuk mencuba sesuatu yang baharu.

2. Dipengaruhi oleh individu lain dan media massa.

3. Kebosanan dengan aktiviti kelas.

4. Masalah emosi.

Cara mengatasi

KAEDAH PENGAJARAN UNTUK MEMBANTU PELAJAR-PELAJAR BERMASALAH

Belajar sambil bermain.- Sebagai contoh cikgu menyediakan aktiviti sewaktu

pembelajaran,seperti teka silang kata,oleh itu pelajar yang mempunyai tingkah laku distruktif akan tertarik untuk terlibat sama dalam aktiviti pembelajaran.

Main peranan- melibatkan lakonan, dan pelajar diminta menjadi

pelakon,oleh itu para pelajar akan tertarik dan guru akan merumuskan di akhir pembelajaran.

Teknik pemudahcaraan.

- Teknik ini menumpukan kepada kemahiran cikgu sendiri untuk memotivasikan murid-murid, membimbing , menggalakan mereka aktif dalam proses pembelajaran tanpa sebarang gangguan.

Teknik yang sesuai digunakan untuk pelaksanaan modifikasi tingkah laku murid.

• Teknik peneguhan

Peneguhan positif Peneguhan negatif

Peneguhan positif

• satu proses di mana guru akan cuba mengawal tingkah laku murid dengan motivasi, hadiah, ganjaran, dan sentuhan serta kata-kata perangsang yang dapat membaiki, mengubah tingkah laku murid-muridnya

• terdapat dua jenis ganjaran/peneguhan positif iaitu:(a)Ganjaran primer ( susu, makanan, gula-gula)(b)Ganjaran Terlazim ( bintang, markah tinggi, penerim

aan sosial, sentuhan, perkataan ( lisan dan bertulis ), ekspresi dan wajah guru ( muka atau badan ).

Peneguhan negatif

• Jika teknik peneguhan positif tidak berkesan, maka guru perlu menggunakan peneguhan negatif untuk mengawal tingkah laku murid seperti denda, memarahi murid, atau menyuruh mereka menjalani ‘time out’. Peneguhan negatif ialah stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan.

• Contohnya, menghalau seorang murid yang membuat bising dari kelas akan dapat menambahkan peluang murid-murid lain supaya dapat meneruskan aktiviti pembelajaran mereka tanpa gangguan.

Cara mengatasi dari segii. Pelajar

1- Menanam sifat motivasi yang tinggi.

2- bijak dalam memilih kawan.

ii. Guru

1. Guru harus merancang sebelum masuk ke bilik darjah.

2. Perancangan beliau mesti mengambil kira setiap murid dalam kelasnya iaitu prestasi, keupayaan, dan pengetahuan sedia ada mereka.

3. Guru perlu melaksanakan teknik mengajar yang baharu, efektif dan dapat merangsang minat murid.

4. Aktiviti yang pelbagai dapat menarik minat murid & mewujudkan situasi di mana murid tertunggu tunggu untuk melihat aktiviti berikutnya.

una

5. Guru merupakan rol model kepada murid. Sekiranya guru bersikap tidak bertanggungjawab, tidak menghormati murid maka kemungkinan besar murid akan bersikap sedemikian kepada guru tersebut.

6. Pertuturan dan bahasa yang digunakan juga harus berhati hati kerana murid meniru gaya dan komunikasi guru. Amalan dan tingkah laku guru boleh mempengaruhi sikap serta kelakuan murid.

iii) Sekolah

1. Sekolah perlu membina perasaan kemasyarakatan dalam kalangan muridnya.

2. Murid mesti merasakan mereka ialah anggota yang dapat menyumbangkan ke arah pencapaian matlamat sekolah.

3. Sekolah juga perlu mengambil berat mengenai prasarana yang perlu bagi murid- muridnya.

iv) Latar belakang murid1. Murid yang datang daripada keluarga penyayang

mungkin dapat menunjukkan kasih sayang kepada orang lain, disenangi oleh rakan sebaya dan tidak terlalu menuntut perhatian.

2. Murid yang tidak mendapat kasih sayang di rumah akan cuba mendapatkannya daripada guru @ rakan sebaya. Murid ini akan berusaha menarik perhatian guru dan kadangkala boleh menimbulkan masalah disiplin.

3. Masalah disiplin ini juga berpunca daripada ibu bapa yang enggan bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menasihati anak mereka.

4. Selain itu, ibu bapa yang bekerja tidak dapat meluangkan masa yang mencukupi bersama- sama anak mereka dan mereka menyerahkan tanggungjawab mendidik anak mereka kepada guru.

5. Konflik dalam keluarga, penceraian @ kehadiran adik baharu dalam keluarga boleh mengganggu emosi kanak- kanak sekiranya tidak diurus dengan baik. perasaan risau,marah, kecewa yang terpendam akan dibawa ke sekolah. Misalnya, perasaan marah kepada ibu akan disalurkan kepada guru wanita di sekolah.

6. Kawasan tempat tinggal memberi kesan ke atas tingkah laku murid. Sekiranya jiran murid terdiri daripada mereka yang telah tercicir daripada sekolah, kanak- kanak mungkin akan berfikir bahawa dia sedang membuang masa di sekolah dan tidak sabar untuk bekerja.

7. Dorongan murid untuk keluar dari alam persekolahan bertambah sekiranya mereka tidak mengikuti p&p di dalam kelas.

8. Murid lebih yakin bahawa dia tidak sepatutnya berada di dalam kelas & mungkin menimbulkan masalah.

kesimpulan

• Masalah tingkahlaku bermasalah ini merupakan perkara yang perlu di beri perhatian yang serius kerana bermula dengan permasalahan yang kecil sebegini jika ianya berterusan akan menjadikannya satu kebiasaan, Kemudian ianya akan dibawa hingga ke peringkat dewasa dan masalah ini tidak dapat di ubah lagi.

• Dalam usaha menangani masalah ini, semua pihak harus melibatkan diri samada ibubapa, guru dan masyarakat.

• Usaha bersama akan membuahkan hasil yang tidak akan mengecewakan semua pihak serta dapat melahirkan murid yang berkaliber serta berwawasan selaras dengan wawasan Negara ke arah masyarakat yang berpengetahuan

Perbincangan..

Pada pendapat anda adakah masalah disiplin yang melibatkan pelajar sekarang bermula dari sikap salah laku disruptif ini????