02 tugasan bahagian b

Upload: mohammad-sufry-bin-kadir

Post on 04-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 02 Tugasan Bahagian b

    1/12

    1

    1.0 PENGENALAN

    Kedudukan bahasa melayu hari ini jelas mencerminkan masyarakat penggunanya yang

    sedang mengalami pembangunan pesat. Dalam proses pembangunan ini, kita tidak sunyi

    daripada menemui segala macam perkara baharu dalam perkembangan bahasa melayu.

    Dalam keadaan seperti ini jelas kelihatan perkembangan pesat dalam bahasa melayu,

    sehingga ramai penuturnya yang berasa kecewa apabila melihat perubahan tersebut yang

    telah membawa kepada implikasi tertentu dalam usaha mengembangkan bahasa melayu

    (Jeniri, 2005). Menurut Abdullah (2007), implikasi ini lebih disedari oleh ahli-ahli bahasa

    serta bagi mereka yang mahir dalam bahasa melayu tentu tidak akan timbul sebarang

    masalah tetapi bagi mereka yang tidak mahir dalam bidang ini, aspek kesalahan

    penggunaan tatabahasa menjadi suatu perkara yang membimbangkan. Menurut Chai

    Chuen (2007), salah satu saluran yang baik untuk memperbaiki keadaan ini ialah melalui

    sekolah. Guru-guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam tentang

    aspek tatabahasa dari segi fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, gaya dan kaedah

    mengajarkannya. Sehubungan dengan itu, tugasan ini memerlukan penulis untuk

    menjelaskan dan menghuraikan permasalahan yang wujud tentang kesalahan penggunaan

    tatabahasa oleh murid di bilik darjah, sama ada dalam lisan mahupun penulisan. Bagi

    menyelesaikan permasalahan ini, dua bidang utama yang wujud daripada tatabahasa perlu

    olah dengan terperinci iaitu bidang morfologi dan sintaksis. Oleh yang demikian, penulis

    akan menghuraikan konsep tatabahasa dan menganalisis empat kesalahan penggunaan

    tatabahasa oleh murid di dalam bilik darjah supaya matlamat utama untuk menyelesaikan

    permasalahan dalam tugasan ini dapat diselesaikan melalui penulisan ilmiah.

  • 7/31/2019 02 Tugasan Bahagian b

    2/12

    2

    2.0 KONSEP TATABAHASA

    Dalam menghuraikan konsep tatabahasa kita tidak dapat lari daripada menyentuh

    pendapat-pendapat ahli-ahli bahasa. Menurut Robin (1971) pula menyatakan bahawa

    tatabahasa merupakan suatu yang menitik beratkan struktur uturan pertuturan atau

    penulisan dan dengan penggolongan serta pengkelasan unsur-unsur pertuturan yang

    berulang-ulang berdasarkan rumus-rumusnya. Bagi A. Koutsaudas (1969) tatabahasa

    ditakrifkan sebagai suatu alat yang menggunakan untuk menghasilkan ayat-ayat yang

    betul (Chai Chuen, 2007). Menurut Siti Hajar (2008) tatabahasa ialah peraturan-peraturan

    bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan

    perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Menurut Tatabahasa

    Dewan, aspek tatabahasa menyentuh kepada dua sudut, iaitu melibatkan cara perkataan

    dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan cara perkataan disusun menjadi ayat. Huraian

    di peringkat perkataan disebut morfologi, manakala huraian di peringkat ayat disebut

    sintaksis.

    2.1 Morfologi Dan Sintaksis

    Kita harus faham bahawa secara umumnya tatabahasa dalam bahasa Melayu

    mencakupi dua bidang, iaitu morfologi dan sintaksis (Nik Safiah et al., 2003).

    Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan

    kata. Mengkaji struktur kata bermaksud binaan bunyi yang dihasilkan oleh alat-

    alat pertuturan manusia dan menjadi unit bahasa yang berguna (Abu Bakar,

    1983). Manakala, mengkaji pembentukan kata dan golongan kata merangkumi

    unit tatabahasa sama ada tunggal atau hasil daripada pengimbuhan, penggandaan,

    atau pemajmukkan sesuatu kata. Sintaksis pula merupakan satu cabang ilmu

    bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat (Chai

    Chuen, 2007). Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga

    hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat

    (http://ms.wikipedia.org/wiki/Tatabahasa_bahasa_Melayu) .

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Tatabahasa_bahasa_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tatabahasa_bahasa_Melayu
  • 7/31/2019 02 Tugasan Bahagian b

    3/12

    3

    Morfologi: kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata danimbuhan.

    Sintaksis: kajian tentang pembentukan ayat.

    3.0 ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN TATABAHASA OLEH MURID DIDALAM BILIK DARJAH

    Kesalahan pengunaan tatabahasa ialah sesuatu bentuk atau binaan atau penggunaan

    bahasa yang tidak menepati tatabahasa. Binaan yang dimaksudkan itu, meliputi binaan

    ayat, klausa, frasa dan perkataan. Walaupun jenis kesalahan yang dinyatakan sedikit

    sahaja, tetapi sebenarnya setiap jenis itu meliputi pelbagai sub-jenis. Ada beberapa

    kesalahan penggunaan tatabahasa oleh murid di bilik darjah yang meliputi aspek

    penguasaan bahasa (Money et al., 2004; Aini, 2007). Walau bagaimanapun, analisis

    kesalahan penggunaan tatabahasa dalam kalangan murid di bilik darjah ini hanya

    menjurus kepada dua bidang tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis. Seperti yang telah

    dinyatakan tadi bahawa jenis kesalahan yang dinyatakan sebenarnya meliputi pelbagai

    sub-jenis. Sub-jenis kesalahan penggunaan tatabahasa yang akan disentuh dalam bidangmorfologi ialah kesalahan pembentukan kata dan kesalahan penggunaan aspek kata.

    Manakala, Sub-jenis kesalahan penggunaan tatabahasa yang akan disentuh dalam bidang

    sintaksis adalah kesalahan penggunaan aspek frasa dan kesalahan penggunaan aspek ayat.

    3.1 KESALAHAN PEMBENTUKAN KATA

    3.1.1 Sebutan

    Kesalahan penggunaan tatabahasa yang sering dilakukana oleh murid di dalam

    bilik darjah adalah kesalahan sebutan. Terdapat kesalahan sebutan dalam

    kalangan penutur bukan melayu untuk kata-kata seperti rume (rumah), datu

  • 7/31/2019 02 Tugasan Bahagian b

    4/12

  • 7/31/2019 02 Tugasan Bahagian b

    5/12

    5

    3.2 KESALAHAN PENGGUNAAN ASPEK KATA

    3.2.1 Kesalahan penggunaan imbuhan

    Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang diimbuhkan pada kata dasar yang

    menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan merangkumi bentuk-bentuk

    terikat seperti awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Dalam Bahasa Melayu, proses

    pembentukan kata banyak melibatkan pengimbuhan (Nik Safiah et al., 2003; Siti

    Hajar, 2008). Oleh itu, banyak kesalahan bahasa yang dibuat oleh murid-murid

    berhubung dengan penggunaan imbuhan.

    Dalam ayat di bawah, penggunaan imbuhan apitan meN an menyalahi

    imbuhan pada kata dasar baca. Kata kerja ini perlu menerima imbuhan awalan

    meN- iaitu membaca dan mendengar untuk membentuk kata kerja aktif

    transitif yang memerlukan objek sebagai pelengkap maksud iaitu bacaan Al -

    Quran. Kata bacaan ditambah supaya ayat tersebut lebih gramatis.

    Jadual 2: menunjukkan kesalahan tatabahasa kerana murid kerana tidak

    mengimbuhkan kata kerja dasar.

    SALAH BETUL

    Saya suka membacaan dan

    mendengaran Al-Quran.

    Saya suka membaca dan mendengar

    Al-Quran.

    Saya mahu kongsi cerita. Saya mahu berkongsi cerita.

    Awalan beR- dalam ayat di atas perlu diimbuhkan pada kata kerja

    kongsi untuk membentuk kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek

    sebagai pelengkap maksud iaitu cerita.

  • 7/31/2019 02 Tugasan Bahagian b

    6/12

    6

    3.2.2 Kesalahan penggunaan kata hubung

    Kata hubung ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan

    ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis yang dikenali

    sebagai ayat majmuk (Siti Hajar, 2008). Terdapat tiga jenis kata hubung iaitu kata

    hubung gabungan dan, kata hubung pancangan relatif yang dan kata hubung

    komplemen bahawa. Berdasarkan jadual 3, murid didapati tidak menggunakan

    kata hubung dengan baik.

    Jadual 3: murid didapati tidak menggunakan kata hubung

    SALAH BETUL

    Dia ialah budak yang rajin, dia suka

    tolong mak memasak.

    Dia ialah budak yang rajin dan suka

    menolong emak memasak.

    Murid melakukan kesalahan tatabahasa kerana tidak menggunakan kata

    hubung gabungan dan dalam ayat di atas. Kata hubung dan perlu untuk

    menghubungkan dua klausa ayat di atas. Selain itu, murid turut melakukan

    kesalahan pada kata kerja tolong dan kata nama mak. Di dalam jadual 4, murid

    didapati mengulang kata hubung dan sebanyak dua kali.

    Jadual 4: murid didapati mengulang kata hubung dan sebanyak dua kali.

    SALAH BETUL

    Keluarga saya baik dan ramai dan lucu. Keluarga saya ramai, baik dan lucu.

    Kata hubung dan perlu digunakan sekali sahaja dalam ayat di atas bagimenghubungkan klausa yang sama tara sifatnya iaitu Keluarga saya ramai,

    Keluarga saya baik dan Keluarga saya lucu.

  • 7/31/2019 02 Tugasan Bahagian b

    7/12

    7

    3.3 KESALAHAN PENGGUNAAN ASPEK FRASA

    Menurut Nik Safiah et al. (2003), dari sudut nahu, frasa boleh terdiri daripada satu

    perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai konstituen dalam

    binaan ayat. Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua

    konstituen utama, iaitu subjek dan predikat. Menurut Siti Hajar (2008), Unsur-

    unsur yang membentuk dua konstituen utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu

    adalah seperti frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Murid-

    murid juga didapati melakukan kesalahan dalam aspek frasa.

    3.3.1 Kesalahan penggunaan frasa nama

    Frasa nama ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu

    perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen

    dalam binaan ayat. Dalam binaan frasa nama, satu perkataan bertindak sebagai

    inti bagi seluruh frasa nama sementara perkataan lain merupakan penerang kepada

    inti tersebut. Di dalam jadual 5 dan jadual 6, murid didapati melakukan kesalahan

    frasa nama.

    Jadual 5: Kesalahan penggunaan frasa nama

    SALAH BETUL

    Itu kumpulan ada pengikut ramai Kumpulan itu ada ramai pengikutnya

    Jadual 6: Kesalahan penggunaan frasa nama

    SALAH BETUL

    Itu negara ada banyak musim. Negara itu ada banyak musim

  • 7/31/2019 02 Tugasan Bahagian b

    8/12

    8

    Frasa nama Itu negara dalam ayat di atas tidak tepat kerana unsur

    penerang iaitu Itu mendahului unsur inti iaitu negara. Oleh itu, binaan frasa

    nama yang tepat ialah Negara itu. Jadual 7 juga menunjukkan kesalahan

    penggunaan frasa nama.

    Jadual 7: Kesalahan penggunaan frasa nama

    SALAH BETUL

    Saya mempunyai adik seorang laki-laki.

    Saya mempunyai seorang adik lelaki.

    Frasa nama adik seorang dalam ayat di atas tidak tepat kerana unsur

    penjodoh bilangan iaitu seorang harus menjadi penerang jumlah kepada frasa

    nama iaitu adik lelaki. Oleh itu, binaan frasa nama yang tepat ialah seorang

    adik lelaki. Kata laki-laki digantikan dengan lelaki berdasarkan sistem ejaan

    baharu.

    3.3.2 Kesalahan penggunaan frasa kerja

    Menurut Siti Hajar (2008), frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada

    satu perkataan atau lebih dan kata intinya ialah kata kerja. Kata kerja terdiri

    daripada kata kerja transitif dan tak transitif. Kata kerja transitif mesti diikuti oleh

    objek serta unsur-unsur lain manakala kata kerja tak transitif boleh hadir

    bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan. Kesalahan

    penggunaan frasa kerja adalah seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 8.

    Jadual 8: Kesalahan penggunaan frasa kerja

    SALAH BETUL

    Kakak memiliki sangat cantik kereta. Kakak memiliki kereta yang sangatcantik.

  • 7/31/2019 02 Tugasan Bahagian b

    9/12

  • 7/31/2019 02 Tugasan Bahagian b

    10/12

    10

    3.4.1 Kesalahan ayat tunggal

    Yang berikut merupakan kesalahan penggunaan aspek ayat di dalam Jadual 10.

    Jadual 10: Kesalahan penggunaan ayat

    SALAH BETUL

    Saya nama Anas Nama saya Anas

    Konstituen subjek (frasa nama) dalam ayat di atas tidak tepat kerana unsur

    penerang mendahului unsur inti. Oleh itu, frasa nama yang tepat dalam ayat ini

    ialah Nama sebagai unsur inti dan saya sebagai unsur penerang. Kesalahan

    dalam ayat di atas juga berlaku disebabkan gangguan bahasa ibunda atau bahasa

    kedua murid. Murid menggunakan struktur ayat bahasa Inggeris iaitu My name

    yang diterjemahkan sebagai Saya nama dalam bahasa Melayu.

  • 7/31/2019 02 Tugasan Bahagian b

    11/12

    11

    4.0 RUMUSAN

    Dapatlah dirumuskan bahawa dua bidang utama yang wujud daripada tatabahasa perlu

    olah dengan terperinci iaitu bidang morfologi dan sintaksis. Konsep tatabahasa sangat

    penting untuk difahami agar pengguna bahasa tidak melakukan sebarang kesalahan

    penggunaan tatabahasa. Selain itu, tugasan ini memerlukan penulis untuk menjelaskan

    dan menghuraikan permasalahan yang wujud tentang kesalahan penggunaan tatabahasa

    oleh murid di bilik darjah, sama ada dalam lisan mahupun penulisan. Kesalahan yang

    sering dilakukan oleh murid yang telah dianalisi terbahagi kepada empat aspek iaitu

    kesalahan pembentukan kata, kesalahan penggunaan kata, kesalahan penggunaan aspek

    frasa dan kesalahan penggunaan aspek ayat yang tergolong dalam dua bidang tatabahasa

    iaitu bidang morfologi dan sintaksis.

    (2009 Patah Perkataan)

  • 7/31/2019 02 Tugasan Bahagian b

    12/12

    12

    RUJUKAN

    Abdullah Hassan, (2007). Linguistik Am: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

    Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdsn. Bhd.

    Abu Bakar Hamid (Drs), (1983). "Morfologi" dalam Rencana Linguistik (penyunting Dr.

    Abdullah Hassan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Amat Johari Moain, (1985). Pembentukan Kata dan Istilah, dalam Dewan Bahasa dan Pustaka

    Aini Haji Karim. (2007).Analisis kontrastif dan analisis kesalahan bahasa: Antara hipotesis dan

    realiti. Prosiding Seminar Tahunan Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik II

    (SETALING), 2, 212-225.

    Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, (1984). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Jeniri Amir, (2005). Bahasa Melayu mudah dipelajari, tetapi sukar dikuasai. Jurnal Dewan

    Bahasa. Jilid 5(4).

    Lee Chai Chuen, (2007). Analisis kesilapan sintaksis di kalangan pelajar Melayu dalampembelajaran bahasa Mandarin. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur:

    Universiti Malaya.

    Money, J. N. J. S., (2004). Kesalahan bahasa dalam karangan murid Tamil yang mempelajari

    bahasa Melayu di sekolah menengah. Tesis PhD. yang tidak diterbitkan. Serdang:

    Universiti Putra Malaysia.

    Nik Safiah Karim, Farid M. On, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood, (2003).

    Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Siti Hajar Abdul Aziz, (2008).Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    http://khairuddin3838.tripod.com/Frasa_Nama.htm\

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Tatabahasa_bahasa_Melayu

    http://khairuddin3838.tripod.com/Frasa_Nama.htm/http://ms.wikipedia.org/wiki/Tatabahasa_bahasa_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tatabahasa_bahasa_Melayuhttp://khairuddin3838.tripod.com/Frasa_Nama.htm/