ifolio.ukm.my · web viewprogram rantaian kasih kuo 2014 merupakan program tahunan yang dianjurkan...

15
KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN HC9101 LAPORAN PROGRAM RANTAIAN KASIH KUO 2014 SESI 2014/2015 TARIKH 24-25 OKTOBER 2014 TEMPAT RUMAH ANAK YATIM & MISKIN DARUL HIKMAH, GOPENG PERAK RUMAH ANAK YATIM BAIT AL-AMIN, PARIT, PERAK TEMA PENYEBAR KASIH, PERKUKUH UKHUWAH NAMA PELAJAR HAULAH BINTI RAZALI (A144923) MAHFUZAH BINTI MOHD RAJUM (A144940)

Upload: others

Post on 27-Dec-2019

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewProgram rantaian Kasih KUO 2014 merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Sekretariat Kerohanian dan Sivik, kini memasuki siri tahun ketiga selepas dua

KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN

HC9101

LAPORAN PROGRAM

RANTAIAN KASIH KUO 2014

SESI 2014/2015

TARIKH

24-25 OKTOBER 2014

TEMPAT

RUMAH ANAK YATIM & MISKIN DARUL HIKMAH, GOPENG PERAK

RUMAH ANAK YATIM BAIT AL-AMIN, PARIT, PERAK

TEMA

PENYEBAR KASIH, PERKUKUH UKHUWAH

NAMA PELAJAR

HAULAH BINTI RAZALI (A144923)

MAHFUZAH BINTI MOHD RAJUM (A144940)

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewProgram rantaian Kasih KUO 2014 merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Sekretariat Kerohanian dan Sivik, kini memasuki siri tahun ketiga selepas dua

BIODATA

Nama : MAHFUZAH BINTI MOHD RAJUM

Matrik : A 144940

Nama Projek : RANTAIAN KASIH KOLEJ UNGKU OMAR

Anjuran : Sekretariat Kerohanian KUO

Jawatan : Pengangkutan

Nama : HAULAH BINTI RAZALI

Matrik : A 144923

Nama Projek : RANTAIAN KASIH KOLEJ UNGKU OMAR

Anjuran : Sekretariat Kerohanian KUO

Jawatan : Timbalan Bendahari

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewProgram rantaian Kasih KUO 2014 merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Sekretariat Kerohanian dan Sivik, kini memasuki siri tahun ketiga selepas dua

PENDAHULUAN

Program rantaian Kasih KUO 2014 merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh

Sekretariat Kerohanian dan Sivik, kini memasuki siri tahun ketiga selepas dua tahun

sebelumnya dilaksanakan di Rumah Anak Yatim Darul Hikmah, Gopeng, Perak. Program ini

bertujuan membawa Mahasiswa kepada pengenalan dan pengalaman mengenai sikap sentiasa

memberi komitmen terhadap golongan yang memerlukan di samping menerap nilai positif

yang sentiasa menghargai apa yang dimiliki oleh setiap individu dengan melihat kekurangan

yang dihadapi oleh penghuni Asrama Anak Yatim Darul Hikmah dan Anak Yatim Bait Al-

Amin khususnya golongan anak yatim perlu diberi perhatian serius bagi menjamin mereka

memperoleh kehidupan dan peluang pendidikan yang sempurna ke arah mencapai Wawasan

2020 dan bertepatan dengan konsep penyayang serta tuntutan Islam untuk memelihara

kepentingan golongan ini. Ilmu yang dimiliki mahasiswa membolehkan mereka berbakti

kepada masyarakat di samping dapat melahirkan mahasiswa yang lebih aktif dan produktif

serta dapat mewujudkan sikap toleransi, sentiasa berfikir dengan bijak sebelum bertindak,

kerjasama dan tanggungjawab antara belia Institusi Pengajian Tinggi (IPT) khususnya di

kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan pihak-pihak lain.

Bagi memastikan kelancaran program ini dengan memberi pendedahan kepada

Mahasiswa mengenai segala kekurangan yang dihadapi oleh kanak-kanak penghuni Darul

Hikmah dan Bait Al-Amin. Selain itu, supaya membentuk kanak-kanak Darul Hikmah dan

Bait Al-Amin lebih berketerampilan dan mempunyai matlamat yang baik selepas

meninggalkan alam persekolahan serta menggilap potensi yang terpendam dalam diri mereka.

Supaya memberi kesedaran kepada anak-anak yatim akan kepentingan pendidikan dan

matlamat hidup bagi memiliki kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewProgram rantaian Kasih KUO 2014 merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Sekretariat Kerohanian dan Sivik, kini memasuki siri tahun ketiga selepas dua

PENGISIAN PROGRAM

TUJUAN

Program ini bertujuan untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak Kolej Ungku

Omar dan pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPEL) untuk Program Rantaian

Kasih KUO 2014. Ia Bertujuan juga untuk melahirkan golongan mahasiswa yang

sentiasa bersatu padu dalam menjayakan program sama ada di dalam mahupun di luar

kawasan UKM. Selain itu untuk memupuk semangat sentiasa mengambil berat dan

bijak bertindak walau dalam apa jua keadaan.

MISI

Program ini bertanggungjawab bagi memastikan kelancaran program ini dengan :

Pendedahan kepada Mahasiswa mengenai segala kekurangan yang dihadapi oleh

kanak-kanak penghuni Darul Hikmah dan Bait Al-Amin.

Membentuk kanak-kanak Darul Hikmah dan Bait Al-Amin lebih berketerampilan dan

mempunyai matlamat yang baik selepas meninggalkan alam persekolahan serta

menggilap potensi yang terpendam dalam diri mereka

Memberi kesedaran kepada anak-anak yatim akan kepentingan pendidikan dan

matlamat hidup bagi memiliki kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

MATLAMAT

Matlamat program ini dijalankan adalah memupuk perpaduan, kerjasama dan

kesefahaman akan terbentuknya apabila sekumpulan masyarakat berkumpul dan

menjalankan aktiviti secara bersama-sama. Semakin kerap masyarakat itu bekerja

sama, semakin erat hubungan dan kesefahaman di antara mereka. Oleh demikian,

aktiviti berbakti kepada anak-anak yatim merupakan satu daripada ratusan aktiviti

yang mengasuh dan membentuk Mahasiswa menjadi insan yang bertolak-ansur,

tolong-menolong, peka dan sebagainya.

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewProgram rantaian Kasih KUO 2014 merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Sekretariat Kerohanian dan Sivik, kini memasuki siri tahun ketiga selepas dua

OBJEKTIF

Memupuk kesedaran terhadap pelbagai kerenah manusia dan cara terbaik untuk

menghadapinya serta mengukuhkan sifat kebertanggungjawaban dalam kalangan

mahasiswa.

Menyemai kemahiran sosial dan berkomunikasi dalam situasi yang pelbagai.

Menanam sikap berdisiplin dan menepati masa dalam melahirkan mahasiswa yang

beretika dan profesionalisme.

Membawa mahasiswa lebih mengenali persekitaran luar di samping dapat menimba

ilmu semasa melakukan aktiviti bagi menjana mahasiswa minda pemikiran kritikal

dan kemahiran penyelesaian masalah.

Mengasahkan potensi diri Mahasiswa dalam pembangunan insaniah dan

kemasyarakatan.

ATURCARA PROGRAM

24 OKTOBER 2014

(JUMAAT)

AKTIVITI CATATAN

15.30 pm - bertolak dari UKM

DARUL HIKMAH.

GOPENG, PERAK.

19.00 pm -Sampai di Asrama Darul Hikmah

-Solat Maghrib

-Taklimat Pengetua

-Minum malam

-Pembahagian kumpulan bersama

fasilitator

- Ativiti LDK 1 / “ice breaking”

bersama penghuni Darul Hikmah

23.00 pm -Taklimat fasi

-Tidur

25 OKTOBER 2014

(SABTU)

AKTIVITI CATATAN

6.00 am -Solat Subuh

-Kuliah Subuh

-Sarapan DARUL HIKMAH.

GOPENG, PERAK.8.00 am -Senamrobik

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewProgram rantaian Kasih KUO 2014 merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Sekretariat Kerohanian dan Sivik, kini memasuki siri tahun ketiga selepas dua

-Gotong-royong bersama

penghuni Darul Hikmah

-Minum pagi

11.00 am “Survival Game”

DARUL HIKMAH.

GOPENG, PERAK.

12.30 pm - Makan tengah hari

-Solat Zuhur

14.15 pm - Aktiviti LDK 2 “Anjakan Masa

Hadapan”

16.30 pm -Minum petang

-Solat Asar

17.15 pm -Aktiviti sukaneka (Epal langit/

Span botol/ Sepakan Kasih/ Belon

air)

18.45 pm -Bersiap untuk maghrib

-Solat maghrib

-Kuliah maghrib

-Makan malam

20.40 pm - Solat Isyak’

-Aktiviti malam percikan seni

Islamik

-Majlis penutup Darul Hikmah

22.30 pm -Minum malam

-Taklimat fasi

-Tidur

26 OKTOBER 2014

(AHAD)

AKTIVITI CACATAN

6.00 am -Solat Subuh

-Kuliah Subuh DARUL HIKMAH.

GOPENG, PERAK.7.30 am -Sarapan pagi

-Bersiap ke Pertubuhan Anak

Yatim Bait Al-Amin

-Majlis Perpisahan Darul Hikmah

9.00 am -Tiba di Pertubuhan Anak Yatim BAIT AL-AMIN

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewProgram rantaian Kasih KUO 2014 merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Sekretariat Kerohanian dan Sivik, kini memasuki siri tahun ketiga selepas dua

Bait Al-Amin

9.30 am -Aktiviti LDK 1/ “ice breaking”

bersama penghuni Bait Al-Amin

-“treasure Hunt”

BAIT AL-AMIN

12.30 pm -Makan tengah hari

-Solat Zuhur

14.00 pm -LDK 2 bersama Bait Al-Amin

-Motivasi “Anjakan masa Depan”

16.00 pm -Majlis penutup

-Majlis Perpisahan

-Bertolak ke Pantai Teluk

Senangin

17.00 pm -Tiba di Pantai Teluk Senangin

-Solat Asar

-Interaksi AJK

-Jamuan bersama AJK

-Post mortem

PANTAI TELUK

SENGANGIN

18.45 pm -Majlis bersurai

-Bertolak ke UKM UKM

PENCAPAIAN

Secara keseluruhannya program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan semua

pihak yang terlibat dengan program ini berasa sangat berpuas hati dan terhibur dengan

setiap pengisian program yang telah diadakan. Selain itu, tidak banyak permasalahan

yang timbul dan kebanyakan aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.

Program ini juga telah memberi impak yang besar kepada peserta apabila dapat turun

bersama-sama merasai sendiri pengalaman bersama masyarakat luar. Program ini juga

dapat memberi kesedaran tentang kebertanggungjawaban peserta kepada masyarakat

yang memerlukan sokongan dan bantuan seperti anak-anak yatim ini. Akhirnya

peserta juga mampu meningkatkan kemahiran sosial mengenali golongan seperti ini

dengan lebih dekat. Oleh demikian, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang

terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang program ini berlangsung.

KESIMPULAN

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewProgram rantaian Kasih KUO 2014 merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Sekretariat Kerohanian dan Sivik, kini memasuki siri tahun ketiga selepas dua

Program ini telah memberi impak yang besar dalam memahami maksud sebenar

kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban kepada setiap peserta yang terlibat.

Kemahiran ini membantu dalam memahami cara kehidupan orang lain yang sangat

memerlukan bantuan seperti anak-anak yatim ini dan memahami keadaan orang lain

yang tidak berkemampuan dalam pengurusan diri. Ia juga memmbantu Mahasiswa

mengenal pasti segala kekurangan yang dihadapi oleh kanak-kanak penghuni Darul

Hikmah dan Bait Al-Amin. Selain itu, melahirkan rasa kebertanggungjawaban kepada

golongan yang susah dengan membentuk kanak-kanak Darul Hikmah dan Bait Al-

Amin lebih berketerampilan dan mempunyai matlamat yang baik selepas

meninggalkan alam persekolahan serta menggilap potensi yang terpendam dalam diri

mereka. Oleh demikian, kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban ini perlu

dipupuk dalam diri mahasiswa agar menyedari akan tanggungjawab mereka bukan

sekadar hanya belajar sahaja tetapi perlu menjaga dan membantu golongan yang

memerlukan ini.

.

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewProgram rantaian Kasih KUO 2014 merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Sekretariat Kerohanian dan Sivik, kini memasuki siri tahun ketiga selepas dua

LAMPIRAN

SEBELUM PROGRAM : MESYUARAT

SEMASA PROGRAM: RUMAH ANAK YATIM DARUL HIKMAH

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewProgram rantaian Kasih KUO 2014 merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Sekretariat Kerohanian dan Sivik, kini memasuki siri tahun ketiga selepas dua

SEMASA PROGRAM : BAIT AL-AMIN