memo perhubungan - hab inovasi sektor...

4
TEMPLATE HUB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) NAMA INOVASI: PROGRAM INDUSTRI KENAF RAKAN RAKYAT (IKRar) AGENSI: LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA BIL. PERKARA Nama Inovasi: Program Industri Kenaf Rakan Rakyat (IKRar) Kerjasama dengan pemimpin tempatan, J.K Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP), PIBG sekolah, Persatuan Belia, Pertubuhan Peladang Kawasan dan Koperasi Tani. 1. Latar Belakang Inovasi: LKTN telah memulakan program ini pada tahun 2015 bagi merapatkan rakyat dengan komoditi kenaf. 2. Tujuan Projek Inovasi: i. Memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai industri kenaf sebagai salah satu sumber pertumbuhan ekonomi baru bagi negara, membuka peluang-peluang perniagaan dan juga memperkenalkan produk-produk kenaf yang mesra alam. ii. Program ini akan melibatkan aktiviti-aktiviti yang boleh mendekatkan rakyat dengan industri kenaf yang seterusnya memberi persepsi yang positif mengenai potensi industri ini; dan iii. Menyampaikan maklumat-maklumat yang tepat mengenai industri kenaf meliputi potensi dan isu-cabaran industri. 3. Kumpulan Sasar: Golongan belia, usahawan tani, pekebun kecil dan masyarakat setempat. 4. Proses Pelaksanaan Inovasi: Pengisian aktiviti IKRaR meliputi: i. Aktiviti Kenaf di ladang (PCK/ToT) ii. Taklimat dan hebahan kenaf iii. Sukan rakyat (Permainan spt tarik tali kenaf, mengupas kulit kenaf, teka benih kenaf, keretapi kenaf, berebut kerusi kenaf, lumba guni kenaf, bawa biji kenaf dalam sudu dll.) iv. SPARK v. Kuiz kenaf vi. Cabutan bertuah Kenaf vii. Dikir Rakyat Kenaf viii. Pameran dan jualan kenaf (tilam, bantal, kraf dsb)

Upload: nguyennguyet

Post on 21-Jul-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMO PERHUBUNGAN - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1554-program... · Web viewProgram Industri Kenaf Rakan Rakyat (IKRar) Kerjasama dengan pemimpin

TEMPLATE HUB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA)

NAMA INOVASI: PROGRAM INDUSTRI KENAF RAKAN RAKYAT (IKRar)AGENSI: LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA

BIL. PERKARANama Inovasi: Program Industri Kenaf Rakan Rakyat (IKRar)

Kerjasama dengan pemimpin tempatan, J.K Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP), PIBG sekolah, Persatuan Belia, Pertubuhan Peladang Kawasan dan Koperasi Tani.

1. Latar Belakang Inovasi:LKTN telah memulakan program ini pada tahun 2015 bagi merapatkan rakyat dengan komoditi kenaf.

2. Tujuan Projek Inovasi:

i. Memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai industri kenaf sebagai salah satu sumber pertumbuhan ekonomi baru bagi negara, membuka peluang-peluang perniagaan dan juga memperkenalkan produk-produk kenaf yang mesra alam.

ii. Program ini akan melibatkan aktiviti-aktiviti yang boleh mendekatkan rakyat dengan industri kenaf yang seterusnya memberi persepsi yang positif mengenai potensi industri ini; dan

iii. Menyampaikan maklumat-maklumat yang tepat mengenai industri kenaf meliputi potensi dan isu-cabaran industri.

3. Kumpulan Sasar:Golongan belia, usahawan tani, pekebun kecil dan masyarakat setempat.

4. Proses Pelaksanaan Inovasi:Pengisian aktiviti IKRaR meliputi:

i. Aktiviti Kenaf di ladang (PCK/ToT)ii. Taklimat dan hebahan kenaf iii. Sukan rakyat (Permainan spt tarik tali kenaf, mengupas kulit kenaf, teka

benih kenaf, keretapi kenaf, berebut kerusi kenaf, lumba guni kenaf, bawa biji kenaf dalam sudu dll.)

iv. SPARKv. Kuiz kenaf vi. Cabutan bertuah Kenaf vii. Dikir Rakyat Kenaf viii. Pameran dan jualan kenaf (tilam, bantal, kraf dsb)ix. Pertandingan melukis dan mewarna kenaf

Page 2: MEMO PERHUBUNGAN - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1554-program... · Web viewProgram Industri Kenaf Rakan Rakyat (IKRar) Kerjasama dengan pemimpin

BIL. PERKARAPameran komoditi berasaskan kenaf

Demonstrasi produk berasaskan komoditi kenaf

Sukan Rakyat

2

Page 3: MEMO PERHUBUNGAN - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1554-program... · Web viewProgram Industri Kenaf Rakan Rakyat (IKRar) Kerjasama dengan pemimpin

BIL. PERKARA

Penyerahan bantuan dan insentif pertanian

5. Impak Inovasi:a. Inovatif/Kreativiti

i. Penambahbaikan pengisian aktiviti IKRaR selaras dengan keperluan golongan sasar/pelanggan MPIC; dan

ii. Pendekatan turun ke padang bertemu sasar dan juga masyarakat setempat dengan tujuan memperkenalkan tanaman kenaf dan juga mendekatkan masyarakat umum dengan perkhidmatan yang ditawarkan serta bantuan-bantuan serta insentif yang ditawarkan oleh LKTN.

b. Keberkesanani. Pelaksanaannya dapat memberi pendedahan kepada golongan

sasar/pelanggan LKTN berhubung tanaman kenaf, peluang keusahawanan/perniagaan dan latihan yang ditawarkan oleh industri ini;

ii. Lebih ramai pelanggan dan masyarakat setempat mengetahui perkhidmatan yang diberikan oleh LKTN;

iii. Mengubah persepi golongan sasar/pelanggan LKTN terhadap peluang kerjaya dan keusahawanandalam industri komoditi kenaf.

c. Signifikani. Penjimatan kos kerana dibiaya secara bersama di antara LKTN dan

juga melalui penyertaan dan tajaan program.

ii. Di samping itu, program ini turut melibatkan urusetia dan penceramah yang terdiri daripada wakil agensi yang bertanggungjawab memberikan pendedahan teknikal terutama yang melibatkan program “Transfer of Technology” kepada kumpulan sasar serta masyarakat umum.

iii. Ruang pameran memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan khidmat nasihat, menyelesaikan masalah, menyuarakan aduan dan cadangan berkaitan perkhidmatan LKTN secara langsung kepada

3

Page 4: MEMO PERHUBUNGAN - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1554-program... · Web viewProgram Industri Kenaf Rakan Rakyat (IKRar) Kerjasama dengan pemimpin

BIL. PERKARApegawai-pegawai yang bertugas dan mengeratkan hubungan di antara LKTN dengan masyarakat.

d. Relevani. Meningkatkan bilangan pengusaha tanaman komoditi dan usahawan

produk-produk berasaskan komoditi kenaf;ii. Mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga kerja asing

berikutan terdapat golongan sasar yang berminat untuk menceburi industri ini; dan

iii. Membantu mengembangkan peluang perniagaan dan meningkatkan pendapatan kumpulan sasar serta masyarakat setempat.

Bahagian Perancangan Strategik Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara

4