KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN
HC9101
LAPORAN PROGRAM
RANTAIAN KASIH KUO 2014
SESI 2014/2015
TARIKH
24-25 OKTOBER 2014
TEMPAT
RUMAH ANAK YATIM & MISKIN DARUL HIKMAH, GOPENG PERAK
RUMAH ANAK YATIM BAIT AL-AMIN, PARIT, PERAK
TEMA
PENYEBAR KASIH, PERKUKUH UKHUWAH
NAMA PELAJAR
HAULAH BINTI RAZALI (A144923)
MAHFUZAH BINTI MOHD RAJUM (A144940)
BIODATA
Nama : MAHFUZAH BINTI MOHD RAJUM
Matrik : A 144940
Nama Projek : RANTAIAN KASIH KOLEJ UNGKU OMAR
Anjuran : Sekretariat Kerohanian KUO
Jawatan : Pengangkutan
Nama : HAULAH BINTI RAZALI
Matrik : A 144923
Nama Projek : RANTAIAN KASIH KOLEJ UNGKU OMAR
Anjuran : Sekretariat Kerohanian KUO
Jawatan : Timbalan Bendahari
PENDAHULUAN
Program rantaian Kasih KUO 2014 merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh
Sekretariat Kerohanian dan Sivik, kini memasuki siri tahun ketiga selepas dua tahun
sebelumnya dilaksanakan di Rumah Anak Yatim Darul Hikmah, Gopeng, Perak. Program ini
bertujuan membawa Mahasiswa kepada pengenalan dan pengalaman mengenai sikap sentiasa
memberi komitmen terhadap golongan yang memerlukan di samping menerap nilai positif
yang sentiasa menghargai apa yang dimiliki oleh setiap individu dengan melihat kekurangan
yang dihadapi oleh penghuni Asrama Anak Yatim Darul Hikmah dan Anak Yatim Bait Al-
Amin khususnya golongan anak yatim perlu diberi perhatian serius bagi menjamin mereka
memperoleh kehidupan dan peluang pendidikan yang sempurna ke arah mencapai Wawasan
2020 dan bertepatan dengan konsep penyayang serta tuntutan Islam untuk memelihara
kepentingan golongan ini. Ilmu yang dimiliki mahasiswa membolehkan mereka berbakti
kepada masyarakat di samping dapat melahirkan mahasiswa yang lebih aktif dan produktif
serta dapat mewujudkan sikap toleransi, sentiasa berfikir dengan bijak sebelum bertindak,
kerjasama dan tanggungjawab antara belia Institusi Pengajian Tinggi (IPT) khususnya di
kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan pihak-pihak lain.
Bagi memastikan kelancaran program ini dengan memberi pendedahan kepada
Mahasiswa mengenai segala kekurangan yang dihadapi oleh kanak-kanak penghuni Darul
Hikmah dan Bait Al-Amin. Selain itu, supaya membentuk kanak-kanak Darul Hikmah dan
Bait Al-Amin lebih berketerampilan dan mempunyai matlamat yang baik selepas
meninggalkan alam persekolahan serta menggilap potensi yang terpendam dalam diri mereka.
Supaya memberi kesedaran kepada anak-anak yatim akan kepentingan pendidikan dan
matlamat hidup bagi memiliki kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.
PENGISIAN PROGRAM
TUJUAN
Program ini bertujuan untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak Kolej Ungku
Omar dan pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPEL) untuk Program Rantaian
Kasih KUO 2014. Ia Bertujuan juga untuk melahirkan golongan mahasiswa yang
sentiasa bersatu padu dalam menjayakan program sama ada di dalam mahupun di luar
kawasan UKM. Selain itu untuk memupuk semangat sentiasa mengambil berat dan
bijak bertindak walau dalam apa jua keadaan.
MISI
Program ini bertanggungjawab bagi memastikan kelancaran program ini dengan :
Pendedahan kepada Mahasiswa mengenai segala kekurangan yang dihadapi oleh
kanak-kanak penghuni Darul Hikmah dan Bait Al-Amin.
Membentuk kanak-kanak Darul Hikmah dan Bait Al-Amin lebih berketerampilan dan
mempunyai matlamat yang baik selepas meninggalkan alam persekolahan serta
menggilap potensi yang terpendam dalam diri mereka
Memberi kesedaran kepada anak-anak yatim akan kepentingan pendidikan dan
matlamat hidup bagi memiliki kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.
MATLAMAT
Matlamat program ini dijalankan adalah memupuk perpaduan, kerjasama dan
kesefahaman akan terbentuknya apabila sekumpulan masyarakat berkumpul dan
menjalankan aktiviti secara bersama-sama. Semakin kerap masyarakat itu bekerja
sama, semakin erat hubungan dan kesefahaman di antara mereka. Oleh demikian,
aktiviti berbakti kepada anak-anak yatim merupakan satu daripada ratusan aktiviti
yang mengasuh dan membentuk Mahasiswa menjadi insan yang bertolak-ansur,
tolong-menolong, peka dan sebagainya.
OBJEKTIF
Memupuk kesedaran terhadap pelbagai kerenah manusia dan cara terbaik untuk
menghadapinya serta mengukuhkan sifat kebertanggungjawaban dalam kalangan
mahasiswa.
Menyemai kemahiran sosial dan berkomunikasi dalam situasi yang pelbagai.
Menanam sikap berdisiplin dan menepati masa dalam melahirkan mahasiswa yang
beretika dan profesionalisme.
Membawa mahasiswa lebih mengenali persekitaran luar di samping dapat menimba
ilmu semasa melakukan aktiviti bagi menjana mahasiswa minda pemikiran kritikal
dan kemahiran penyelesaian masalah.
Mengasahkan potensi diri Mahasiswa dalam pembangunan insaniah dan
kemasyarakatan.
ATURCARA PROGRAM
24 OKTOBER 2014
(JUMAAT)
AKTIVITI CATATAN
15.30 pm - bertolak dari UKM
DARUL HIKMAH.
GOPENG, PERAK.
19.00 pm -Sampai di Asrama Darul Hikmah
-Solat Maghrib
-Taklimat Pengetua
-Minum malam
-Pembahagian kumpulan bersama
fasilitator
- Ativiti LDK 1 / “ice breaking”
bersama penghuni Darul Hikmah
23.00 pm -Taklimat fasi
-Tidur
25 OKTOBER 2014
(SABTU)
AKTIVITI CATATAN
6.00 am -Solat Subuh
-Kuliah Subuh
-Sarapan DARUL HIKMAH.
GOPENG, PERAK.8.00 am -Senamrobik
-Gotong-royong bersama
penghuni Darul Hikmah
-Minum pagi
11.00 am “Survival Game”
DARUL HIKMAH.
GOPENG, PERAK.
12.30 pm - Makan tengah hari
-Solat Zuhur
14.15 pm - Aktiviti LDK 2 “Anjakan Masa
Hadapan”
16.30 pm -Minum petang
-Solat Asar
17.15 pm -Aktiviti sukaneka (Epal langit/
Span botol/ Sepakan Kasih/ Belon
air)
18.45 pm -Bersiap untuk maghrib
-Solat maghrib
-Kuliah maghrib
-Makan malam
20.40 pm - Solat Isyak’
-Aktiviti malam percikan seni
Islamik
-Majlis penutup Darul Hikmah
22.30 pm -Minum malam
-Taklimat fasi
-Tidur
26 OKTOBER 2014
(AHAD)
AKTIVITI CACATAN
6.00 am -Solat Subuh
-Kuliah Subuh DARUL HIKMAH.
GOPENG, PERAK.7.30 am -Sarapan pagi
-Bersiap ke Pertubuhan Anak
Yatim Bait Al-Amin
-Majlis Perpisahan Darul Hikmah
9.00 am -Tiba di Pertubuhan Anak Yatim BAIT AL-AMIN
Bait Al-Amin
9.30 am -Aktiviti LDK 1/ “ice breaking”
bersama penghuni Bait Al-Amin
-“treasure Hunt”
BAIT AL-AMIN
12.30 pm -Makan tengah hari
-Solat Zuhur
14.00 pm -LDK 2 bersama Bait Al-Amin
-Motivasi “Anjakan masa Depan”
16.00 pm -Majlis penutup
-Majlis Perpisahan
-Bertolak ke Pantai Teluk
Senangin
17.00 pm -Tiba di Pantai Teluk Senangin
-Solat Asar
-Interaksi AJK
-Jamuan bersama AJK
-Post mortem
PANTAI TELUK
SENGANGIN
18.45 pm -Majlis bersurai
-Bertolak ke UKM UKM
PENCAPAIAN
Secara keseluruhannya program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan semua
pihak yang terlibat dengan program ini berasa sangat berpuas hati dan terhibur dengan
setiap pengisian program yang telah diadakan. Selain itu, tidak banyak permasalahan
yang timbul dan kebanyakan aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.
Program ini juga telah memberi impak yang besar kepada peserta apabila dapat turun
bersama-sama merasai sendiri pengalaman bersama masyarakat luar. Program ini juga
dapat memberi kesedaran tentang kebertanggungjawaban peserta kepada masyarakat
yang memerlukan sokongan dan bantuan seperti anak-anak yatim ini. Akhirnya
peserta juga mampu meningkatkan kemahiran sosial mengenali golongan seperti ini
dengan lebih dekat. Oleh demikian, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang program ini berlangsung.
KESIMPULAN
Program ini telah memberi impak yang besar dalam memahami maksud sebenar
kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban kepada setiap peserta yang terlibat.
Kemahiran ini membantu dalam memahami cara kehidupan orang lain yang sangat
memerlukan bantuan seperti anak-anak yatim ini dan memahami keadaan orang lain
yang tidak berkemampuan dalam pengurusan diri. Ia juga memmbantu Mahasiswa
mengenal pasti segala kekurangan yang dihadapi oleh kanak-kanak penghuni Darul
Hikmah dan Bait Al-Amin. Selain itu, melahirkan rasa kebertanggungjawaban kepada
golongan yang susah dengan membentuk kanak-kanak Darul Hikmah dan Bait Al-
Amin lebih berketerampilan dan mempunyai matlamat yang baik selepas
meninggalkan alam persekolahan serta menggilap potensi yang terpendam dalam diri
mereka. Oleh demikian, kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban ini perlu
dipupuk dalam diri mahasiswa agar menyedari akan tanggungjawab mereka bukan
sekadar hanya belajar sahaja tetapi perlu menjaga dan membantu golongan yang
memerlukan ini.
.
LAMPIRAN
SEBELUM PROGRAM : MESYUARAT
SEMASA PROGRAM: RUMAH ANAK YATIM DARUL HIKMAH
SEMASA PROGRAM : BAIT AL-AMIN