· web view2019/08/31  · ia juga memberi faedah kepada komuniti setempat secara individu ataupun...

11
ANUGERAH TRANSFORMASI KOMUNITI u-PUSTAKA 2019 PENGENALAN u-Pustaka yang dilancar pada tahun 2011 adalah perkhidmatan maklumat berkonsepkan ubiquitous dan ia menyedia akses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan diperkasa oleh ekosistem u-Pustaka dengan tujuh (7) komponen iaitu: (a) Prasarana jalur lebar negara (b) Teknologi RFID berfrekuensi tinggi (Ultra High Frequency) (c) Portal u-Pustaka (d) Katalog Induk Kebangsaan (KIK) (e) Rangkaian sistem pengurusan perpustakaan bersepadu (f) Khidmat penghantaran ke rumah pengguna oleh Pos Malaysia (g) Pembayaran secara elektronik oleh Malaysian Electronic Payment System (MEPS) menerusi FPX yang kini diurus oleh MyClear dan perkhidmatan dari Touch n Go Konsep asas perkhidmatan u-Pustaka adalah dengan mengabung perkhidmatan perpustakaan secara fizikal dan digital. Perkhidmatan u- Pustaka merupa touch-point kepada rakyat untuk mendapat pelbagai perkhidmatan tanpa perlu ke perpustakaan. Portal u-Pustaka adalah Portal Maklumat Sehenti untuk rakyat Malaysia yang boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui URL di alamat www.u- pustaka.gov.my OBJEKTIF U-PUSTAKA

Upload: others

Post on 22-Jan-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1:  · Web view2019/08/31  · Ia juga memberi faedah kepada komuniti setempat secara individu ataupun secara berkumpulan. Di bawah skop penganjuran ATKU 2019, transformasi komuniti

ANUGERAH TRANSFORMASI KOMUNITI u-PUSTAKA 2019

PENGENALAN

u-Pustaka yang dilancar pada tahun 2011 adalah perkhidmatan maklumat berkonsepkan

ubiquitous dan ia menyedia akses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan

diperkasa oleh ekosistem u-Pustaka dengan tujuh (7) komponen iaitu:

(a) Prasarana jalur lebar negara

(b) Teknologi RFID berfrekuensi tinggi (Ultra High Frequency)

(c) Portal u-Pustaka

(d) Katalog Induk Kebangsaan (KIK)

(e) Rangkaian sistem pengurusan perpustakaan bersepadu

(f) Khidmat penghantaran ke rumah pengguna oleh Pos Malaysia

(g) Pembayaran secara elektronik oleh Malaysian Electronic Payment System

(MEPS) menerusi FPX yang kini diurus oleh MyClear dan perkhidmatan

dari Touch n Go

Konsep asas perkhidmatan u-Pustaka adalah dengan mengabung perkhidmatan perpustakaan

secara fizikal dan digital. Perkhidmatan u-Pustaka merupa  touch-point kepada rakyat untuk

mendapat pelbagai perkhidmatan tanpa perlu ke perpustakaan. Portal u-Pustaka adalah Portal

Maklumat Sehenti untuk rakyat Malaysia yang boleh diakses pada bila-bila masa dan di

mana-mana sahaja melalui URL di alamat www.u-pustaka.gov.my

OBJEKTIF U-PUSTAKA

Maklumat dapat diakses menerusi perluasan perkhidmatan jalur lebar, teknologi

RFID, serta teknologi dan kandungan portal;

Mewujudkan Ekosistem Rangkaian Perpustakaan bagi menggalak kolaborasi

menerusi perkhidmatan peminjaman secara terus kepada ahli; perkhidmatan

penghantaran; perkhidmatan pembayaran secara elektronik dan akses secara maya

kepada penerbitan laman web, pengurusan kandungan dan kolaborasi dalam

Page 2:  · Web view2019/08/31  · Ia juga memberi faedah kepada komuniti setempat secara individu ataupun secara berkumpulan. Di bawah skop penganjuran ATKU 2019, transformasi komuniti

memperluas keupayaan untuk inovasi dan penghasilan repositori keilmuan untuk

negara;

Penghasilan, pengkongsian dan pertukaran pengetahuan dalam masyarakat berilmu

pengetahuan bagi menghubung komuniti; mempromosi pembelajaran sepanjang hayat

dan mengerat rangkaian sosial.

FAEDAH u-PUSTAKA

Akses: Memperluas akses melalui jalur lebar.

Skala Ekonomi: Penjimatan dalam konteks perolehan dan pembangunan kandungan.

Perkongsian: Meningkat perkongsian sumber ilmu pengetahuan melalui

pengkhususan perkara.

Pembelajaran: Mempromosi e-pembelajaran dan pembelajaran sepanjang hayat.

Keterbukaan: Sistem terbuka bagi akses kepada sumber maklumat dan pengguna

(Single Window to Knowledge Resources).

Integrasi: Pengurusan bersepadu perpustakaan dan sumber maklumat seluruh negara.

Keahlian: Memperluas keahlian perpustakaan.

TRANSFORMASI KOMUNITI MELALUI PERKHIDMATAN u-PUSTAKA

Transformasi komuniti adalah hasil cetusan idea kreatif dan inovatif yang dapat meningkat

taraf sosioekonomi komuniti masing-masing dan membuat perubahan ke arah kehidupan

komuniti yang lebih baik. Hasil kreativiti dan inovatif ini boleh merangkumi apa jua bentuk

perubahan kepada gaya hidup komuniti yang memberi impak positif kepada taraf

sosioekonomi.

Pelaksanaan aktiviti/projek yang berteraskan transformasi komuniti ini akhirnya dapat

meningkat kecekapan, keberkesanan dan kualiti hidup dan kerja masyarakat. Ia juga memberi

faedah kepada komuniti setempat secara individu ataupun secara berkumpulan.

Di bawah skop penganjuran ATKU 2019, transformasi komuniti dilaksana dengan

mempromosi dan memanfaat penggunaan perkhidmatan u-Pustaka. Selain daripada itu,

ATKU 2019 juga menggalak budaya keilmuan dan pembelajaran sepanjang hayat.

OBJEKTIF ANUGERAH:

Page 3:  · Web view2019/08/31  · Ia juga memberi faedah kepada komuniti setempat secara individu ataupun secara berkumpulan. Di bawah skop penganjuran ATKU 2019, transformasi komuniti

Anugerah Transformasi u-Pustaka 2019 (ATKU 2019) bertujuan untuk mengiktiraf

sumbangan perpustakaan dalam memanfaat penggunaan perkhidmatan u-Pustaka menerusi

www.u-pustaka.gov.my di kalangan komuniti setempat dalam memacu transformasi

pembangunan sosioekonomi.

SYARAT PENYERTAAN

A. Maklumat Pertandingan

1. Tempoh pertandingan adalah selama enam (6) bulan bermula dari 1 Februari 2019

(Jumaat) sehingga 31 Ogos 2019 (Sabtu). Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31

Ogos 2019.

2. Semua penyertaan akan dinilai dan diadili oleh panel penilai/juri yang dilantik dari

agensi awam dan swasta.

3. Setiap penyertaaan akan dinilai berdasarkan kepada penggunaan perkhidmatan

u-Pustaka dalam aktiviti/projek seperti berikut:

a. Projek yang dibangun dapat memperkasa komuniti setempat;

b. Pelaksanaan projek dapat memberi nilai tambah kepada komuniti setempat;

c. Projek dapat memapar nilai/amalan baik dalam penggunaan internet;

d. Projek memapar kepentingan/nilai penggunaan portal u-Pustaka dan

perkhidmatan maklumat kepada komuniti;

e. Projek dapat memperkaya dan mengubah gaya hidup komuniti;

f. Projek melibatkan komuniti setempat;

g. Projek dapat memapar daya inovasi dan kreativiti;

h. Projek dapat menyokong strategi tempatan, wilayah atau negara untuk

penambahbaikan komuniti; dan

i. Projek dapat memapar amalan terbaik yang berpotensi untuk diketengah/dibawa

kepada lain-lain perkhidmatan/lokasi.

B. Kategori Anugerah

Penyertaan dibuka kepada semua perpustakaan/pusat maklumat yang bertempat di

Malaysia mengikut kategori yang telah ditetapkan.Terdapat enam (6) kategori bagi

Anugerah ini iaitu:

1. Kategori 1 – Perpustakaan Akademik (Sekolah Rendah)

Page 4:  · Web view2019/08/31  · Ia juga memberi faedah kepada komuniti setempat secara individu ataupun secara berkumpulan. Di bawah skop penganjuran ATKU 2019, transformasi komuniti

2. Kategori 2 – Perpustakaan Akademik (Sekolah Menengah)

3. Kategori 3 – Perpustakaan Akademik (IPTA/IPTS)

4. Kategori 4 – Perpustakaan Awam (Negeri/Daerah/Cawangan/PBT/Komuniti)

5. Kategori 5 – Perpustakaan Awam (Desa)

6. Kategori 6 – Perpustakaan Khusus (Kerajaan/Swasta)

C. Terma Pertandingan

1. Perpustakaan/Pusat maklumat boleh menghantar penyertaan mengenai projek yang

digerakkan dalam organisasi sendiri atau secara berganding bahu dengan komuniti

di persekitaran mereka untuk pembangunan projek.

2. Setiap borang penyertaan perlu diisi dengan lengkap dengan mengguna borang

penyertaan berikut:

i. Mengemuka borang penyertaan secara terus melalui emel kepada pihak

Jawatankuasa Kecil ATKU 2019 mengikut ketetapan berikut:

Borang Penyertaan – Bahagian A: Maklumat Mengenai

Perpustakaan/Pusat Maklumat

Borang Penyertaan – Bahagian B: Maklumat Mengenai Aktiviti/Projek

Yang Dilaksana

ii. Maklumat mengenai aktiviti/projek yang dilaksana boleh disedia dalam bentuk

teks, gambar, slaid (MS Powerpoint), pautan kepada laman sesawang dan

laman media sosial

3. Setiap borang penyertaan mesti dihantar kepada Jawatankuasa Kecil ATKU 2019:

Jawatankuasa Kerja Anugerah Transformasi Komuniti u-Pustaka 2019

Persatuan Pustakawan Malaysia

d/a Perpustakaan Negara Malaysia

232, Jalan Tun Razak

50572 Kuala Lumpur

Emel: [email protected]

4. Penyertaan adalah percuma.

Page 5:  · Web view2019/08/31  · Ia juga memberi faedah kepada komuniti setempat secara individu ataupun secara berkumpulan. Di bawah skop penganjuran ATKU 2019, transformasi komuniti

5. Jawatankuasa Kecil ATKU 2019 berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap

dan penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup pertandingan.

6. Keputusan panel penilai/juri adalah muktamad.

7. Pemenang akan dihubungi melalui telefon atau emel. Walau bagaimanapun pihak

penganjur berhak untuk tidak memilih pemenang dalam kalangan

perpustakaan/pusat maklumat yang bertanding sekiranya panel penilai/juri

memutuskan tiada peserta yang layak dianugerah sebagai pemenang.

D. Hadiah

Tempat Pertama : Wang tunai RM5,000.00, trofi dan sijil

Tempat Kedua : Wang tunai RM3,000.00, trofi dan sijil

Tempat Ketiga : Wang tunai RM2,000.00, trofi dan sijil

* Sijil penghargaan akan diberi kepada setiap penyertaan

E. Pertanyaan/ Maklumat Lanjut

Jawatankuasa Kerja Anugerah Transformasi Komuniti u-Pustaka 2019

Persatuan Pustakawan Malaysia

d/a Perpustakaan Negara Malaysia

232, Jalan Tun Razak

50572 Kuala Lumpur

Telefon bimbit: 017-3731056 – Dr Nor Edzan binti Che Nasir

016-6288899 – Puan Chin Loy Jyoon

Emel : [email protected]

Page 6:  · Web view2019/08/31  · Ia juga memberi faedah kepada komuniti setempat secara individu ataupun secara berkumpulan. Di bawah skop penganjuran ATKU 2019, transformasi komuniti

Terima kasih di atas penyertaan anda dalam ATKU 2019.Sila isi ruang berikut dengan maklumat yang sah dan lengkap. Jika ruang tidak

mencukupi, sila guna kertas tambahan

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 31 OGOS 2019

BORANG A : Maklumat Perpustakaan/Pusat Maklumat

A1. Nama Penuh Perpustakaan/Pusat Maklumat :

________________________________________________________________

A2. Nama Organisasi dan Alamat :

________________________________________________________________

________________________________________________________________

_________________________________________________________

A3. Nama Penuh Ketua Projek : __________________________________

A4. Jawatan Rasmi : ___________________________________________

A5. No. Telefon : __________________ A6. Emel ______________________

A7. Pengesahan :Saya mengesahkan bahawa aktiviti/projek yang dilaksanakan adalah daya usaha perpustakaan/pusat maklumat di mana tempat saya berkhidmat.

_______________________________ __________________ Ketua Projek Tarikh

_______________________________ Cop Rasmi Organisasi

BORANG PENYERTAANANUGERAH TRANSFORMASI KOMUNITI u-PUSTAKA 2019

(ATKU 2019)

Page 7:  · Web view2019/08/31  · Ia juga memberi faedah kepada komuniti setempat secara individu ataupun secara berkumpulan. Di bawah skop penganjuran ATKU 2019, transformasi komuniti

BORANG B : Maklumat Mengenai Aktiviti/Projek

B1. Nama Penuh Perpustakaan/Pusat Maklumat :

________________________________________________________________

B2. Tajuk Aktiviti/Projek :

________________________________________________________________

________________________________________________________________

B3. Bidang Aktiviti/Projek (cth. Kraftangan/Pertanian, Perniagaan dll.) :

_________________________________________________________

B4. Deskripsi Projek (Tidak Lebih 100 Patah Perkataan) :

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

B5. Nama Kumpulan Komuniti Yang Bekerjasama (contoh PIBG, kesatuan pekerja, alumni, dll.):

____________________________________________________________

B6. Jelaskan Bagaimana Projek Memberi Faedah Kepada Organisasi/Komuniti :

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

B7. Situasi Organisasi Sebelum dan Selepas Projek Dilaksanakan :

_________________________________________________________

_________________________________________________________