soalan tabung komuniti

4
Tahniah! Anda telah menjumpai lombong bauksit (bijih aluminium) di Kuantan. Untuk mendapatkan ganjaran sebanyak RM20, anda dikehendaki untuk membina aluminium klorida (AlCl 3 ) dengan menggunakan plastisin. Menurut Lane N. (2002), oksigen merupakan bahan yang menjayakan dunia kita. Oksigen menguasai 21 % daripada kandungan udara. Kandungan oksigen yang mengikut peratusan ini perlu untuk kesejahteraan kehidupan. Jika, satu mol molekul gas Magnesium merupakan bahan surih (traces) dalam garam biasa. Magnesium (Mg) bercas positif apabila menjadi ion. Cuba bina satu sebatian ion yang mengandungi ion positif magnesium dan dapatkan bonus RM50 daripada pihak bank.

Upload: merry-lu

Post on 03-Feb-2016

250 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sc

TRANSCRIPT

Page 1: soalan tabung komuniti

Tahniah! Anda telah menjumpai lombong bauksit (bijih aluminium) di Kuantan. Untuk mendapatkan ganjaran sebanyak RM20, anda dikehendaki untuk

membina aluminium klorida (AlCl3) dengan menggunakan plastisin.

Menurut Lane N. (2002), oksigen merupakan bahan yang menjayakan dunia kita. Oksigen menguasai 21 % daripada kandungan udara. Kandungan oksigen yang mengikut peratusan ini perlu untuk kesejahteraan kehidupan. Jika, satu mol molekul gas oksigen (O2) mengandungi 6.02x1023 bilangan molekul. Berapakah bilangan atom yang terkandung dalam satu molekul oksigen? [Ganjaran: 20]

Magnesium merupakan bahan surih (traces) dalam garam biasa. Magnesium (Mg) bercas positif apabila menjadi ion. Cuba bina satu sebatian ion yang mengandungi ion positif magnesium dan dapatkan bonus RM50 daripada pihak bank.

Page 2: soalan tabung komuniti

Ferum klorida (FeCl3) merupakan sebatian ion. 1 mol ferum klorida mengandungi 24.08 x1023

bilangan ion. Berapakah bilangan ion negatif yang terkandung dalam sebatian FeCl3?Ganjaran: RM20

Natrium klorida (NaCl) merupakan nama saintifik untuk garam. 1 mol natrium klorida mengandungi 6.02x1023

bilangan ion natrium. Berapakah bilangan ion positif dan negatif yang terkandung dalam sebatian natrium klorida?

Tahniah! Anda telah terjumpa 1 mol kuprum tulen di tapak tinggalan perlombongan. Untuk menstabilkan kuprum tersebut, anda dikehendaki untuk membina satu sebatian ion dengan menggabungkan unsur kuprum (Cu) dengan unsur oksigen (O). [Cu2+ ; O2-]Ganjaran: RM40

Page 3: soalan tabung komuniti

Pemalar Avogadro (NA) bagi sebatian ion ialah NA = 6.02x1023 bil ion mol -1. Maka jika zink klorida (ZnCl2) mengandungi bilangan ion sebanyak 6.02x1023. Berapakah bilangan mol bahan ZnCl2 terkandung dalam sebatian ion tersebut? [Ganjaran: RM50]

1 mol potasium (K) boleh bergabung dengan 1 mol florin (F) untuk menjadi sebatian ion. Bagaimanakah formula sebatian tersebut?Ganjaran: RM20

Helium merupakan bahan atom walaupun ia wujud sebagai gas pada suhu bilik dan berada dalam kumpulan gas adi. 1 mol atom Helium mengandungi 6.02x1023

bilangan atom. Cuba anda bina 5 mol atom Helium dengan menggunakan plastisin. [Ganjaran: RM20]

Nitrogen merupakan unsur bukan logam. 1 mol molekul nitrogen mengandungi 6.02x1023 bilangan molekul. Cuba bina 3 mol molekul nitrogen dengan menggunakan plastisin.Ganjaran: RM20

Page 4: soalan tabung komuniti

Pemalar Avogadro (NA) bagi sebatian ion ialah NA = 6.02x1023 bil ion mol -1. Maka jika zink klorida (ZnCl2) mengandungi bilangan ion sebanyak 6.02x1023. Berapakah bilangan mol bahan ZnCl2 terkandung dalam sebatian ion tersebut?Ganjaran: RM50