komuniti perkasa
TRANSCRIPT
Komuniti PERKASA
Mengupayakan REMAJA Ke Arah Masa Depan CEMERLANG
Jika anda ingin menyertai program PERKASA@remaja ini,
sila isi borang yang disediakan dan kembalikan kepada:
Kelab yang diminati (boleh tanda lebih dari satu kelab)
Andaman, Solekan dan Penjagaan Kuku ( )
Vokal dan Muzik ( )
Kek, Coklat dan Pastri ( )
Seni Kraf ( )
Fotografi ( )
BORANG PENDAFTARAN
Nama
No. Kad Pengenalan Umur
No. Tel
Emel
__________________________________________________________
Tahap Akademik
Alamat
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
SURAT KEBENARAN IBU BAPA
Saya _____________________________________________________
(ibu/bapa/penjaga) membenarkan anak saya seperti nama dan nombor
kad pengenalan di atas untuk menyertai Program Kem
PERKASA@remaja anjuran Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA),
Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya berjanji tidak akan membuat
sebarang tuntutan dan tidak akan menyalahkan pihak penganjur
sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini di luar kawalan
pihak PERKASA.
Yang benar,
___________________
Nama:
No. KP:
No. Tel:
Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak pengurusan Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA), UKM Bangi,
Selangor. Tel: Tel: 03-89213626 | Faks: 03-89214895 | Emel: [email protected].
Perkasa Remaja
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda
boleh menghubungi pihak pengurusan kami di alamat berikut:
Pusat Pemerkasaan Remaja
(PERKASA)
Aras 2, Bangunan Pusanika,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor.
HUBUNGI KAMI
@perkasaremaja_
Tel: 03-89213626
Faks: 03-89214895
Emel: [email protected]
Web: www.ukm.my/perkasa
Pengurus, Pusat Komuniti
PERMATA PERKASA@remaja,
Blok 102, PPR Sri Pantai, 59200
Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Tel: 03-2201 4890
Pengurus, Pusat Komuniti
PERMATA PERKASA@remaja,
Blok A, PPR Pantai Ria, 59200
Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Tel: 03-8921 3626
Pengurus, Pusat Komuniti
PERMATA PERKASA@remaja,
Blok F, Perumahan Awan Desa
Rejang, 53300 Setapak, KL.
Tel: 03-4131 9009
Pengurus, Pusat Komuniti
PERMATA PERKASA@remaja,
Tingkat 1, Kompleks Komuniti
Muhibbah, 58200 Kuala Lumpur.
Tel: 03-8921 3626
AKTIVITI PROGRAM
Pelaksanaan program Komuniti PERKASA@remaja
dijalankan melalui pelbagai aktiviti dan kemahiran melalui
kelab. Di akhir sesi pembelajaran, kesemua peserta layak
menerima sijil penyertaan daripada Pusat Pemerkasaan
Remaja (PERKASA), Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) dan Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana
Menteri.
PENDEKATAN
Pendekatan yang diambil mengubah paradigma daripada
melihat remaja sebagai bermasalah kepada melihat
remaja sebagai ahli masyarakat yang mempunyai cita-
cita, sumber, kemahiran dan keupayaan diri yang perlu
digilap dan dibangunkan. Remaja yang mempunyai modal
sosial yang tinggi berkemungkinan besar akan berjaya
dalam hidup pada masa hadapan.
PUSAT AKTIVITI
Semua aktiviti PERKASA@remaja dilaksanakan di empat
(4) buah Pusat Komuniti PERMATA PERKASA@remaja
iaitu di PPR Sri Pantai, PPR Pantai Ria, PPA Desa Rejang
dan PPR Kg. Muhibbah. Ia dibuka setiap hari mulai jam 9
pagi hingga 5 petang. Program ini terbuka kepada semua
remaja yang berusia di antara 13-25 tahun dan setiap
kelas mempunyai jumlah pelajar seramai 20-25 orang.
Kelab Andaman, Solekan dan Penjagaan Kuku
• Sesi selama 36 minggu.
• Kelas diadakan sekali seminggu.
• Peserta didedahkan dengan pelbagai teknik
solekan, tips kecantikan dan penjagaan diri.
Kelab Fotografi
• Sesi selama 36 minggu merangkumi kelas
asas, pertengahan dan lanjutan.
• Kelas diadakan sekali seminggu.
• Peserta didedahkan dengan teknik asas
fotografi, mengedit gambar dan komposisi
fotografi.
Kelab Vokal dan Muzik
• Sesi selama 36 minggu merangkumi kelas
asas, pertengahan dan lanjutan.
• Kelas diadakan sekali seminggu.
• Peserta didedahkan dengan teknik
pengeluaran suara, pernafasan dan sebutan
yang jelas.
Kelab Kek, Coklat dan Pastri
• Sesi selama 36 minggu.
• Kelas diadakan sekali seminggu.
• Peserta didedahkan dengan teknik asas
membuat kek, cream cheese, pastri,
pembuatan coklat, home-made fondant dan
dekorasi fondant.
Kelab Seni Kraf
• Sesi selama 36 minggu.
• Kelas diadakan sekali seminggu.
• Peserta didedahkan dengan peralatan
lukisan kanvas dan teknik melukis di atas
kemeja T, beg dan topi mengikut pelbagai
tema setiap minggu.
• Peserta juga didedahkan dengan pelbagai
jenis kraf felt dan hiasan manik.
PENGENALAN
Komuniti PERKASA@remaja dengan kerjasama Bahagian
PERMATA, Jabatan Perdana Menteri adalah program
khusus untuk membantu remaja menghadapi cabaran
hidup, melalui penyertaan mereka dalam satu siri aktiviti
bagi membina pengalaman dan kemahiran tertentu.
Remaja akan diberikan kesempatan untuk terlibat sama
dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti melalui
penyuaraan pendapat dan membuat keputusan terhadap
aktiviti yang mereka terlibat. Program di peringkat komuniti
ini bertujuan mencungkil potensi diri remaja dari segi
sosial, moral, emosi, kognitif dan fizikal agar mempunyai
modal sosial yang mantap untuk menjalani hidup mereka
ke arah menjadi orang dewasa.
MATLAMAT PROGRAM
Di akhir penyertaan, para remaja yang menyertai aktiviti
PERKASA@remaja ini diharapkan akan memperolehi
perkara berikut:
Mengisi masa lapang secara positif
Menimba pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
tertentu melalui penyertaan dalam aktiviti kelab
Mencungkil keupayaan diri dalam bidang
keusahawanan
Mempunyai modal sosial yang mantap untuk berjaya
melalui zaman peralihan menjadi orang dewasa.