assignment kolej komuniti

23
APL 5 : EDIBLE SHOWPIECE SIJIL MODULAR KEBANGSAAN ART OF GARDE MANGER TUGASAN 1 APL 05.01 LAKSANAKAN EDIBLE SHOWPIECE (FRUIT AND VEGETABLES) DISEDIAKAN OLEH : AHMAD B. AWANG KECHIK 700305-02-5001 DISEDIAKAN UNTUK : PN. FARIDAH HANIM BTE AHMAD 1

Upload: noorliyanaismail

Post on 19-Nov-2015

660 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

APL 5 : EDIBLE SHOWPIECE

TRANSCRIPT

APL 5 : EDIBLE SHOWPIECESIJIL MODULAR KEBANGSAANART OF GARDE MANGER

TUGASAN 1APL 05.01 LAKSANAKAN EDIBLE SHOWPIECE (FRUIT AND VEGETABLES)

DISEDIAKAN OLEH :AHMAD B. AWANG KECHIK700305-02-5001

DISEDIAKAN UNTUK :PN. FARIDAH HANIM BTE AHMAD

ISI KANDUNGAN

PERKARAMUKA SURAT

Bab 1Penghargaani

Bab 2PendahuluanBab 3

Bab 4

Bab 5Kesimpulan/Penutup

RujukanLampiran

PENGHARGAAN

Terima kasih diucapkan kepada pengurusan Kolej KomunitiSg. Petani, Kedah kerana menerima kemasukan pelajar tajaanPERHEBAT untuk mengikuti pelajaran dalam bidang masakan di sini. Jutaan terima kasih buat semua pensyarah dalam bidang masakan di Kolej Komuniti Sg. Petani, Kedah terutamanya Puan

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan di kolej ini yang telah berkongsi maklumat dan memberi kerjasama yang baik semasa mempelajari bidang masakan di kolej ini.

Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar dari pensyarah serta kerjasama dari rakana-rakan seperjuangan di kolej ini, kejayaan dan ilmu pengetahuan dalam bidang masakan tidak akan diperolehi dengan jayanya.

PENDAHULUAN

Sayuran dan buah adalah sumber makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, selain diolah menjadi masakan, ia juga menjadi satu bentuk kesenian iaitu boleh diukir menjadi pelbagai bentuk dan hiasan dengan hiasan dan tatanan yang menarik.

Bagi mendapatkan tona warna yang lebih menarik, pemilihan buah dan sayur yang berlainan warna akan menampilkan tona yang lebih menarik. Pisau digunakan untuk mengukir buah dan sayur.Buah-buahan dan sayur-sayuran amat unik. Ia berwarna-warni dan mempunyai pelbagai bentuk. Gabungan warna buah dan sayur-sayuran yang berwarna-warni pastinya lebih menarik.

Antara buah dan sayur-sayuran yang boleh digunakan untuk kerja-kerja mengukir ialah seperti tembikai, tembikai susu, lobak putih dan merah, betik, epal, pear, nanas, pisang, mangga dan lain-lain. Buah dan sayur keras lebih mudah diukir dan buah yang lebih lembut memerlukan kebolehan tertentu dan latihan untuk memahirkan proses ukiran. Bagi memudahkan proses mengukir, peralatan yang digunakan perlu diasah tajam bagi mendapatkan permukaan yang lebih terperinci.

Dalam usaha menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah Pn. sebenarnya terdapat banyak kelebihan dan ilmu pengetahuan dalam seni kulinari yang ditemui secara tidak langsung semasa membuat rujukan di media cetak dan elektronik. Nota-nota yang diberikan oleh pensyarah juga membantu untuk menyiapkan tugasan ini.

Soalan 1 (10 markah)1. 5 fungsi fruit carving di atas meja buffet. (5 markah) Fruit carving menjadikan buah-buahan dan sayuran lebih menyelerakan di atas meja yang mempunyai pelbagai jenis makanan yang lain. Ini adalah kerana biasanya tetamu kurang gemar kepada buah-buahan dan sayuran, maka dengan fruit carving buah dan sayur akan menjadi tarikan utama.

Selain itu, ia juga memudahkan tetamu mengambil dan makan buah-buahan dan sayuran di meja makan. Selalunya buah dan sayuran telah disusun dan dipotong mengikut kesesuaian melalui seni fruit carving. Fruit carving juga memudahkan pelayan hidangan menambah dan menyusun buah-buahan dan sayuran jika buah dan sayur kehabisan di meja buffet.Ia juga boleh digunakan sebagai hiasan utama dan penyeri di meja buffet. Seni dan kreativiti menjadikan hidangan seperti bunga-bungaan dengan pelbagai warna dan bentuk.enjimatkan ruang di meja buffet. Hidangan seperti buah-buahan telah dipotong kecil-kecil dan dibuang kulit, maka dapat meminimumkan penggunaan ruang meja dan hidangan lebih teratur serta kemas.

2. 5 jenis buah dan 5 jenis sayuran yang sesuai digunakan untuk fruit and vegetables carving. (5 markah)a. Buah-buahani. Tembikai

ii. Epal

iii. Oren

iv. Betik

v. Nenas

b. Sayurani. Timun

ii. Cili

iii. Daun Bawang

iv. Kobis cina

v. Terung putih

Soalan 2 (10 markah)1. Cara pemilihan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengukir. (5 markah)

Dalam membuat fruit dan vegetables carving, proses pemilihan sayur dan buah adalah penting supaya hidangan itu lebih mudah disediakan dan menarik. Perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah buah dan sayuran tersebut mestilah segar dan cerah warnanya. Buah-buahan dan sayur-sayuran jenis bunga mestilah kelihatan cantik bentuknya dan keras bagi memudahkan proses membentuk menggunakan pisau shaping. Buah-buahan dan sayur-sayuran jenis buah perlu dipilih yang berkeadaan elok dan tidak berkedut dan kulitnya dan kelihatan banyak mengandungi air supaya ia nampak segar dan tidak cepat layu atau kusam warnanya. Buah-buahan segar mestilah ranggup apabila dimakan dan masih boleh merasai kenikmatan rasa buahnya. Sayur-sayuran jenis kekacang perlu dipilih yang cerah warnanya dan ranggup apabila dipatahkan. Sayur-sayuran jenis akar atau bebawang perlu keras apabila ditekan dan kelihatan banyak mengandungi air. Sayur-sayuran jenis pucuk juga hendaklah bewarna cerah, segar dan kelihatan banyak mengandungi air. Untuk memastikan kesegaran sayuran, semasa penyediaannya boleh direndam dahulu dalam air.

2. 5 peralatan yang digunakan untuk mengukir buah-buahan. (5 markah)a. Pisau grapefruit digunakan untuk menghiris buah-buahan.

b. Pisau ukir (shaping) untuk mengukir buah-buahan menjadi pelbagai bentuk seperti kelopak bunga dan daun.

c. Apple corer untuk mengeluarkan biji epal yang berada di tengah buah epal.

d. Melon baller untuk membentuk bulat/sfera. Selalunya sesuai untuk buah tembikai.

f. Zester digunakan untuk memarut atau menyagat kulit buah. Kulit buah boleh disagat menjadi rerambut yang cantik.

Soalan 3 (10 markah)1. 10 jenis bentuk sayur-sayuran. (5 markah)a. Timun berbentuk daun.

b. Cili berbentuk bunga.

c. Lobak merah berbentuk ikan koi.

d. Ubi kentang berbentuk bunga.

f. Bunga kobis berbentuk kambing biri-biri.

g. Bawang besar berbentuk bunga teratai.

h. Daun bawang berbentuk tangkai bunga.

i. Kobis yang diukir menjadi muka manusia.

j. Lobak putih (Radish) berbentuk burung.

2. 4 jenis bentuk ukiran dari buah-buahan. (5 markah)a. Tembikai susu diukir menjadi bekas bunga.

b. Tembikai diukir menjadi sebuah kek.

c. Buah oren, tembikai, anggur dan lobak merah.

d. Nenas berbentuk landak.

PENUTUP

Ukiran pada buah dan sayuran membuatkan makanan kelihatan lebih menarik dipandang.Sentuhan hiasan seni ukiran buah-buahan dan sayur mendapat sambutan yang menggalakkan. Rekaan berbentuk bunga, tulisan ataupun objek tertentu yang diukir pada buah dan sayur membuatkan makanan kelihatan lebih menarik dipandang.

Jika dahulu, perhiasan hanya terhad kepada bunga kini ukiran atau lebih dikenali dengan namacarvingmenjadi amat popular. Seni ini seolah-olah merentasi dunia dengan sendirinya apabila ia mudah dilihat dalam restoran eksklusif, dewan bankuet bertaraf hotel lima bintang, majlis perkahwinan dan juga dalam kelas-kelas masakan yang banyak menyediakan perkhidmatan mengajar cara-cara mengukir buah dan sayur. Kebolehan mengukir diperlukan untuk menghasilkansebuah ukiran kreatif. Istimewanya seni ini mempunyai kehalusan yang tersendiri lebih-lebih lagi apabila ia diletakkan di sebelah meja yang dihiasi dengan gubahan yang menarik tentunya menghasilkan suasana seronok untuk semua. Sekian....

Rujukan

1. http://adlynnadamz.blogspot.com/2011/06/ukiran-pada-buah-dan-sayur-fruit-vege.html2. http://www.hongkiat.com/blog/fruit-crafted-animals/3. http://carvingdelight.blogspot.com/4. http://en.wikipedia.org/wiki/

iv17