waj 3104

8
WAJ3104 - KONSEP TEORI PEMEROLEHAN BAHASA KANAK-KANAK Teori pemerolehan bahasa berlaku sedikit demi sedikit dan secara berperingkat-peringkat mengikut perkembangan otak, iaitu hasil perkembangan fizikal bayi sehingga dewasa. Kanak-kanak dari peringkat bayi lagi akan belajar dan seterusnya memperoleh sesuatu bahasa secara tidak formal dan tanpa disedari bermula dalam persekitaran keluarga dan kemudiannya dalam kehidupan bermasyarakat yang didiaminya. Pemerolehan bahasa ini telah diterangkan oleh beberapa teori pemerolehan bahasa. Antara teori tersebut ialah teori Behavioris, Mentalis, Kognitif dan Interaksionalis. 1. TEORI BEHAVIORIS Behaviour atau tingkah laku merujuk kepada aksi atau reaksi dalam bentuk gerak balas hasil daripada rangsangan sama ada rangsangan dalam mahupun rangsangan luaran (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:383). Dari konteks pemerolehan bahasa pula, teori Behavioris merupakan sebuah fahaman yang menekankan bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah melalui proses pencernaan tatabahasa dalam bentuk yang betul. Menurut teori ini juga, pemerolehan bahasa adalah berdasarkan pengukuhan sama ada bersifat positif ataupun sebaliknya (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:389). Peneguhan merupakan suatu teknik atau proses yang menggunakan elemen peneguhan untuk mengukuh serta mengekalkan gerak balas dalam pemerolehan bahasa (Mok Soon Sang, 2012:104). Ini bermakna, pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku secara spontan, sama ada diteguhkan dengan ganjaran atau dilemahkan melalui hukuman. (Siti Hajar Abdul Aziz,2009:389). Antara pelopor utama dalam teori ini adalah Thorndike dan juga B.F. Skinner. Mereka berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan kerana bagi mereka, perkara yang berlaku dalam otak manusia tidak dapat diamati (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:383). Oleh yang demikian, mereka menolak fungsi otak dan operasi kognitif dalam dalam pemerolehan bahasa (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:383-384). Menurut teori ini, pengajaran bahasa merupakan proses mekanikal untuk membentuk tabiat yang melalui latihan dan pengulangan. Oleh yang demikian, satu bentuk latihan mekanisme bersistem perlu diwujudkan dalam pengajaran. Teori ini juga mementingkan persekitaran dan tingkah laku murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:384).

Upload: kwan-yung-shen

Post on 23-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

123

TRANSCRIPT

Page 1: Waj 3104

WAJ3104 - KONSEP TEORI PEMEROLEHAN BAHASA KANAK-KANAK

Teori pemerolehan bahasa berlaku sedikit demi sedikit dan secara berperingkat-

peringkat mengikut perkembangan otak, iaitu hasil perkembangan fizikal bayi sehingga

dewasa. Kanak-kanak dari peringkat bayi lagi akan belajar dan seterusnya memperoleh

sesuatu bahasa secara tidak formal dan tanpa disedari bermula dalam persekitaran

keluarga dan kemudiannya dalam kehidupan bermasyarakat yang didiaminya. Pemerolehan

bahasa ini telah diterangkan oleh beberapa teori pemerolehan bahasa. Antara teori tersebut

ialah teori Behavioris, Mentalis, Kognitif dan Interaksionalis.

1.         TEORI BEHAVIORIS

            Behaviour atau tingkah laku merujuk kepada aksi atau reaksi dalam bentuk gerak

balas hasil daripada rangsangan sama ada rangsangan dalam mahupun rangsangan luaran

(Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:383). 

Dari konteks pemerolehan bahasa pula, teori Behavioris merupakan sebuah

fahaman yang menekankan bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah melalui

proses pencernaan tatabahasa dalam bentuk yang betul. Menurut teori ini juga,

pemerolehan bahasa adalah berdasarkan pengukuhan sama ada bersifat positif ataupun

sebaliknya (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:389). Peneguhan merupakan suatu teknik atau

proses yang menggunakan elemen peneguhan untuk mengukuh serta mengekalkan gerak

balas dalam pemerolehan bahasa (Mok Soon Sang, 2012:104). Ini bermakna, pembelajaran

berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku secara spontan, sama ada diteguhkan

dengan ganjaran atau dilemahkan melalui hukuman. (Siti Hajar Abdul Aziz,2009:389).

            Antara pelopor utama dalam teori ini adalah Thorndike dan juga B.F.

Skinner.  Mereka berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan kerana

bagi mereka, perkara yang berlaku dalam otak manusia tidak dapat diamati (Siti Hajar Abdul

Aziz, 2009:383). Oleh yang demikian, mereka menolak fungsi otak dan operasi kognitif

dalam dalam pemerolehan bahasa (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:383-384).

Menurut teori ini, pengajaran bahasa merupakan proses mekanikal untuk

membentuk tabiat yang melalui latihan dan pengulangan. Oleh yang demikian, satu bentuk

latihan mekanisme bersistem perlu diwujudkan dalam pengajaran. Teori ini juga

mementingkan persekitaran dan tingkah laku murid untuk membantu proses pengajaran dan

pembelajaran (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:384). Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-

kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah.

1.a       Kebaikan

Page 2: Waj 3104

         Proses pemerolehan dan penguasaan sesuatu bahasa merupakan suatu proses

pembelajaran yang memerlukan latihan secara berulang-ulang. Dengan itu, proses

pengajaran bahasa dapat dilakukan secara lebih sistematik.

         Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik

darjah.

         Menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna murid akan dapat mempelajari sesuatu

bahasa dengan adanya ganjaran dan peneguhan.

1.b       Kelemahan

         Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan. Sebagai contoh, guru

perlu menghasilkan bahan bantu mengajar bagi membolehkan pengajaran dan

pembelajaran dilaksanakan.

         Pembelajaran bahasa hanya diperolehi melalui ganjaran dan hukuman. Ini bermakna guru

perlu bersama murid di sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian,

pembelajaran bahasa sukar dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara

kendiri atau self learner.

         Pembelajaran ini kurang menekankan aspek pembelajaran secara kendiri kerana ia lebih

menekankan kepada aspek pengukuhan, iaitu guru membimbing murid dalam proses

pembelajaran mereka. Ini bermakna murid mengharapkan bantuan daripada guru semata-

mata untuk belajar.

1.c       Aplikasi Teori Dalam Pengajaran

Dalam kelas bacaan, guru boleh mengaplikasikan teori ini dengan memberikan

latihan secara berulang-ulang ataupun secara latih tubi. Sebagai contoh, sekiranya guru

ingin mengajarkan kemahiran menyebut suku kata yang berpola KV + KVK,  guru akan

meminta pelajar mengulangi sebutan bagi suku kata tersebut beberapa kali sehingga murid

dapat menyebutnya dengan betul. Dalam situasi ini, pembelajaran adalah bergantung

kepada penguasaan murid. Sekiranya murid tersebut mudah belajar dan faham,

pengulangannya adalah sedikit, dan jika sebaliknya pula, pengulangan akan bertambah

sehinggalah murid tersebut menguasai sebutan yang betul. Setelah murid menguasai

kemahiran menyebut suku kata, guru akan mengajarkan pula perkataan-perkataan yang

terbina daripada suku kata yang diajarkan tadi. Seterusnya pelajar diminta memberikan

contoh perkataan yang terbina daripada suku kata tersebut. Proses ini adalah berulang kali

sehingga kemahiran tersebut dapat dikuasai dengan baik.

2.         TEORI MENTALIS

Page 3: Waj 3104

Pelopor bagi teori ini adalah Noam Chomsky. Antara tokoh pemikir yang terlibat atau

berpegang pada teori ini adalah Jean Piaget, E.H.Lenneberg, Robert Lee, Robin Lakoff,

George Miller, D. Slobin dan Mangantar Simanjuntak (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011:34).

Teori ini adalah berkaitan dengan kognitif yang menekankan fungsi mental atau

proses berfikir seseorang manusia. Kognitif dari aspek psikologinya diertikan sebagai

kaedah untuk memahami fikiran dan fungsi mental sebagai sesuatu yang bersifat dalaman

(Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:392). Teori ini melihat bahasa sebagai satu aktiviti mental yang

merupakan satu kebolehan istimewa manusia secara semula jadi. Bahasa dianggap sebagai

pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf. Selain itu, teori ini

juga mempertimbangkan peranan mental dalam membentuk kepercayaan, perlakuan,

ingatan, motivasi dan emosi (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:392).

           

Teori ini merumuskan bahawa proses penguasan bahasa bergantung kepada

kematangan. Menurut Chomsky, kematangan saraf, kematangan pemikiran dan

kematangan bertindak merupakan aspek penting dalam proses mempelajari sesuatu

bahasa. Bagi ahli-ahli pemikiran mentalis ada yang menganggap bahawa bahasa itu

merupakan satu proses mental dan bukan mekanikal. Dalam pada itu, teori ini juga

mengetengahkan pembentukan ingatan yang berkaitan dengan pemikiran bagi menentukan

bagaimana sesuatu maklumat itu diterima, diproses, disimpan, diperolehi semula dan

dilupakan (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:392).

2.a       Kebaikan

         Menekankan proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pengajaran dan

pembelajaran bahasa akan dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut tahap

kematangan murid. Dengan itu proses pembelajaran akan lebih bersifat sistematik dan guru

dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat.

         Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang

belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap

kognitif mereka sendiri.

         Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar

bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran serta terlibat aktif dalam

penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru.

2.b       Kelemahan

        Teori ini mementingkan kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan kemahiran

bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. Ini akan menyebabkan

sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi

lemah dalam lisan (mendengar dan bertutur).

Page 4: Waj 3104

2.c       Aplikasi Teori Dalam Pengajaran

Guru yang mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran perlu

melakukan perancangan yang merangkumi pemeringkatan kemahiran dalam pengajaran.

Dengan adanya pemeringkatan tersebut, murid akan memperoleh sesuatu kemahiran itu

secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kemahiran dan penguasaan mereka.

Kemahiran membaca akan dimulakan dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal huruf

atau fon, dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya sehinggalah murid

berkenaan dapat membaca sebuah ayat yang lengkap. Sebagai contoh, dalam pelaksanaan

pengajaran ini, guru menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai oleh murid sebagai bukti

mereka telah menguasai kemahiran membaca yang telah ditetapkan. Pada pembelajaran

pertama, guru mungkin menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai, kemudian dua lagi pada

pembelajaran akan datang dan begitulah seterusnya sehingga semua murid berjaya

mencapai kriteria tersebut.

3.         TEORI KOGNITIF

            Teori Kognitif merupakan sebuah teori yang menegaskan bahawa pembelajaran

adalah sebuah fenomena mental. Aliran atau teori ini sebenarnya bersifat mentalis yang

mana teori ini cuba untuk menghubungkan realiti mental dengan lakuan bahasa yang betul

(Tuan Jah Tuan Yusof,2011:36). Dalam teori ini, bahasa dianggap sebagai pengetahuan

yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011:36).

Proses ini berlaku setelah otak menerima bahan dalam bentuk rangsangan daripada

pancaindera.

            Antara ahli pemikir yang terkenal dalam mengetengahkan teori ini adalah Jean

Piaget dan Sinclair. Mereka masing-masing berpendapat bahawa pemerolehan bahasa oleh

seseorang kanak-kanak adalah berkait rapat dengan perkembangan deria motor dan

mengikut tahap perkembangan kognitif (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011:37). Dalam pada itu,

ahli-ahli Kognitif juga berpendapat bahawa pembelajaran bahasa ialah suatu proses

dalaman yang berlaku dalam akal fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung

melalui tingkah laku (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011:37).

3.a       Kelebihan

         Teori ini berfokuskan kepada idea perkembangan yang bersesuaian dan sepadan dengan

kelebihan kognitif dan fizikal murid. Oleh yang demikian, pendekatan teori ini dapat

mempengaruhi persekitaran pembelajaran, kurikulum, bahan dan metodologi pengajaran.

Dengan ini, sesi pengajaran dapat dilakukan dengan lancar kerana bersesuaian dengan

situasi semasa murid.

         Menggalakkan murid melibatkan diri dengan aktiviti pembelajaran melalui penerokaan dan

juga interaksi dengan persekitaran.

         Pembelajaran berdasarkan pengalaman.

Page 5: Waj 3104

3.b       Kelemahan

         Perlunya penyediaan persekitaran yang menarik bagi merangsang pembelajaran.

         Guru hanya menekankan proses pemikiran dan mengabaikan hasil atau produk akhir.

3.c       Aplikasi Teori Dalam Pengajaran

            Berdasar teori ini, guru perlulah menyediakan isi pelajaran dan merancang aktiviti-

aktiviti yang sesuai dengan setiap perkembangan murid. Aktiviti yang dirancang haruslah

bersifat hands-on danminds-on. Hal ini kerana, aktiviti seperti ini mampu merangsang serta

memberi galakan kepada murid untuk melakukan penerokaan bagi mencari sebuah

penemuan yang baharu. Sebelum memulakan pengajaran atau aktiviti, guru juga perlu

memastikan murid bersedia dari segi mental dan fizikal. Persediaan dari segi mental di sini

adalah pengalaman pembelajaran sedia ada murid. Pengalaman ini akan mempengaruhi

peringkat pemikiran murid itu sendiri kerana pengalaman sedia ada merupakan sesuatu

yang telah wujud dalam ingatan atau memorinya. Justeru guru harus peka akan situasi

semasa murid sebelum memulakan aktiviti pengajaran.

4.         TEORI INTERAKSIONALIS

            Teori ini mulai berkembang sekitar tahun 1960-an dan1970-an hasil pembawaan

oleh Mark Halliday. Selain Halliday, teori ini juga didukung oleh beberapa tokoh pemikir yang

lain. Antaranya seperti Bloom, Bowemen dan Schlesinger (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011:38).

Teori ini memperlihatkan pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan merupakan

satu proses yang melibatkan mental dan linguistik (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011:38). Ahli

dalam teori ini percaya bahawa penguasaan sesuatu bahasa bukanlah berdasarkan

kebolehan kognitif sahaja. Hal ini kerana, mereka beranggapan bahawa seseorang itu perlu

didedahkan kepada interaksi linguistik supaya penggambaran makna dalam bentuk linguistik

dapat dilakukan dengan tepat dan jelas (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011:39).

            Bersesuaian dengan makna kata interaksionalis itu sendiri, teori ini mementingkan

aktiviti komunikasi. Hal ini kerana, bagi mereka penguasaan bahasa itu berlaku melalui

interaksi yang mana penyampaian makna merupakan aspek yang paling diutamakan dalam

sesebuah interaksi dan komunikasi (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011:39-40). Dengan ini,

seseorang itu akan mampu menggunakan bahasa dengan fasih dan lancar (Tuan Jah Tuan

Yusof, 2011:40).

4.a       Kelebihan

         Lebih mengutamakan penyampaian makna dalam pengajaran. Meskipun demikian, teori ini

masih lagi mementingkan struktur bahasa itu sendiri.

         Sebagai sebuah alat komunikasi yang melibatkan proses mental dan linguistik.

         Memberi pendedahan kepada interaksi linguistik bagi menggambarkan bentuk linguistik

yang jelas dan tepat.

4.b       Kelemahan

Page 6: Waj 3104

         Pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap tugas-tugas atau

aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jadinya, tiadalah fokus sampingan dalam pengajaran dan

pembelajaran.

4.c       Aplikasi Teori Dalam Pembelajaran

Berpandukan konsep utama teori ini, adalah diketahui bahawa proses pengajaran

dan pembelajaran dalam teori ini lebih mengutamakan penyampaian makna. Oleh itu guru

perlu menekankan aspek penyampaian makna dalam sesi pengajarannya. Sebagai contoh,

guru memberikan satu perkataan kepada murid dan kemudiannya memberikan makna yang

terperinci kata tersebut. Dengan aktiviti ini, murid akan mengetahui makna kata yang

diujarkan serta dapat melatih murid untuk berinteraksi dengan baik dan bermakna sesuai

dengan prinsip utama teori ini. Disamping itu juga, juga perlu memilih bahan pengajaran

yang bersesuaian. Hal ini kerana, setiap apa yang diajarkan itu perlu mempunyai hubung

kait dengan makna dan juga struktur bahasa itu sendiri. Hubung kait ini merupakan salah

satu elemen atau unsur untuk menjana proses mental dan linguistik dalam diri murid.

Tuntasnya, dengan adanya unsur-unsur aplikasi ini dalam pengajaran, maka murid akan

dapat menguasai bahasa dengan fasih dan lancar.

5.         TEORI KONSTRUKTIVISME

Teori konstruktivisme lahir dari aliran pemikiran konstruktivisme yang mentafsir cara

manusia belajar bahasa (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011:40). Antara tokoh yang masyhur

dalam aliran ini adalah McBrien&Brandt, Briner M., Sushkin N., Brooks&Brooks dan Nik Aziz

Nik Pa (Mazhan Bin Bakar et al, 2001:6-8).

Bagi ahli dalam aliran ini, pengetahuan itu dibina secara aktif oleh individu yang

berfikir (Mazhan Bin Bakar et al, 2001:5). Hal ini kerana, seseorang individu tidak hanya

menerima dan menyerap secara pasif pengetahuan yang disampaikan kepadanya,

sebaliknya akan menyesuaikan segala maklumat yang diterima dengan pengetahuan sedia

ada (Mazhan Bin Bakar et al, 2001:5). Dengan proses penyesuaian ini, maka akan

terbentuklah satu pengetahuan baharu dalam minda seseorang individu tersebut.

5.a       Kelebihan

         Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baharu dengan

memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi sebenar.

         Menggalakkan murid bersoal jawab dan berdialog dengan guru. Dengan ini, proses inkuiri

seseorang murid akan bercambah.

         Menganggap proses pembelajaran adalah setara dengan hasil pembelajaran.

         Pengajaran dan pembelajaran tidak berlaku secara pasif sebaliknya menggalakkan murid

untuk menyesuaikan pengetahuan sedia ada dengan apa yang diajari oleh guru.

5.b       Kelemahan

Page 7: Waj 3104

         Guru sekadar berperanan sebagai fasilitator dan pembinaan pengetahuan itu bergantung

kepada keupayaan murid sendiri dalam menyesuaikan apa yang dipelajari dengan

pengetahuan sedia ada.

         Guru perlu merangka pengajaran berbentuk koperatif.

5.c       Aplikasi Teori Dalam Pembelajaran

            Berdasarkan teori ini, guru perlulah merancang suatu aktiviti pengajaran mampu

menjana murid untuk menyesuaikan pengalaman dan juga ilmu baharu yang dipelajari. Guru

juga perlu memainkan peranan sebagai fasilitator yang mana akan  membimbing murid

untuk dalam membina pengetahuan baharu dan menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai

contoh, guru melakukan pengajaran menggunakan bahan bantu mengajar yang

menerangkan berkaitan suasana pagi. Setelah selesai murid-murid menganalisis bahan

tersebut, guru akan bertindak sebagai fasilitator dan akan meminta murid untuk memberikan

pandangan mereka tentang suasana pagi berdasarkan pengetahuan atau pengalaman

sedia ada mereka. Dengan aktiviti ini, daya inkuiri murid akan berkembang ekoran daripada

proses menyesuaikan pengetahuan baharu dengan pengalaman sedia ada yang murid

miliki. Dalam pada itu, guru juga perlu menggalakkan murid untuk bersoal jawab dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, guru akan mengetahui sejauh mana

pengetahuan sedia ada murid dan akan membantu guru dalam pengajarannya. Secara

kesimpulannya, guru perlu memberi peluang atau kepercayaan kepada murid dalam

membina pengetahuan baharu mereka. Dengan, fungsi kognitif seseorang murid itu akan

terjana dan akan menguasai sesuatu pembelajaran itu dengan sebaiknya.