wacana penulisan isu pendidikan.doc

12

Click here to load reader

Upload: naim7641867

Post on 11-Dec-2015

255 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: WACANA PENULISAN ISU PENDIDIKAN.doc

WACANA PENULISAN(GWP1092)

ISU PENDIDIKAN

NAMA : MOHD HAZIQ HILMI BIN HASBI

UNIT : RBT1

NO K/P: 960425-11-5769

TAJUK: ADAKAH WAJAR MATAPELAJARAN BAHASA INGGERIS DIWAJIBKAN LULUS BAGI PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

MENJELANG TAHUN 2016?

PENGENALAN

Page 2: WACANA PENULISAN ISU PENDIDIKAN.doc

Pada tahun 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE) mengumumkan

subjek Sejarah sebagai subjek kedua selepas Bahasa Melayu wajib lulus bagi

setiap calon SPM mulai 2013. Antara sebab Sejarah dijadikan sebagai subjek

wajib lulus ialah supaya generasi hari ini tidak buta sejarah dan supaya

masyarakat tidak lupa sejarah bangsanya sendiri.

Pada tahun yang lalu, Kementerian Pelajaran Malaysia mengumumkan pula

subjek Bahasa Inggeris (BI) mungkin dijadikan subjek wajib lulus SPM mulai

tahun 2016. Justeru, subjek BI merupakan subjek ketiga calon SPM wajib lulus

mulai 2016. Motifnya mudah sahaja, untuk meningkatkan penguasaan BI dalam

kalangan pelajar

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah ini seiring

dengan pelaksanaan gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia. Tambah beliau, perkara itu sedang diperhalus MOE dan

pelaksanaannya kelak diharap akan menurunkan peratusan pelajar yang gagal

mata pelajaran berkenaan dalam SPM.

         

   

    Menurut beliau, MOE akan membuat persediaan awal dengan melatih kira-

kira 61 000 guru Bahasa Inggeris supaya mereka lebih pakar dalam pengajaran

subjek BI. Pelajar yang lemah dan sering gagal dalam BI pula akan diberi

bantuan dan bimbingan.

“Kalau ikut kurikulum yang sedia ada, ada lebih kurang 20 peratus pelajar kita

yang gagal bahasa Inggeris, tapi saya yakin bila kita perkenalkan syarat wajib ini

Page 3: WACANA PENULISAN ISU PENDIDIKAN.doc

maka peratusan itu akan menurun.”

TUJUAN

Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa.

Sebagaimana yang kita ketahui, Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa

amat penting untuk kita dalam memajukan negara Malaysia. Bahasa Inggeris

sering dijadikan sebagai bahasa pengantaraan antara negara. Negara Malaysia

sebagai pengeksport bahan mentah seperti kelapa sawit perlulah mahir dalam

penggunaan Bahasa Inggeris supaya negara atas angin dapat menerima

keupayaan kita dalam bidang yang diceburi seterusnya dapat meningkatkan

ekonomi negara Malaysia. Sebagai contohnya, pemandu pelancong perlulah

mahir dalam penggunaan Bahasa Inggeris supaya pelancong tidak menghadapi

masalah komunikasi yang seterusnya akan menjatuhkan sektor pelancongan di

negara kita. Oleh itu, Bahasa Inggeris amat penting dalam meningkatkan

ekonomi negara Malaysia.

Dalam bidang keilmuan

Dalam bidang keilmuan, Bahasa Inggeris sering dijadikan sebagai bahasa yang

terpenting dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Buku-buku ilmu pengetahuan

yang terdapat di universiti atau di perpustakaan selalunya ditulis dalam Bahasa

Inggeris. Jadi, seseorang pelajar mahupun orang biasa perlulah mempunyai

kemahiran dalam menggunakan Bahasa Inggeris. Berdiri sama tinggi, duduk

Page 4: WACANA PENULISAN ISU PENDIDIKAN.doc

sama rendah begitulah yang sentiasa diharapkan oleh sesiapapun yang inginkan

kejayaan dan mempunyai daya saing yang tinggi dalam meningkatkan

kemahiran diri. Sebagai contohnya, pelajar yang melanjutkan pelajarannya di

luar negara perlulah mahir dalam menggunakan Bahasa Inggeris supaya tidak

mempunyai masalah dalam pembelajaran yang seterusnya akan mengakibatkan

pelajar tersebut gagal dalam pembelajarannya. Oleh itu, ibu bapa perlulah

melentur buluh biar dari rebungnya supaya tidak menjadi seperti nasi telah

menjadi bubur.

Bahasa Inggeris sebagai bahasa teknologi (ICT)

Seterusnya, Bahasa Inggeris sebagai bahasa teknologi (ICT) perlu diberi

perhatian kerana kita sedang melangkah ke abad-21 yang mementingkan

penggunaan ICT. Pembelajaran secara maya yang sedang berkembang di

negara kita bagai cendawan tumbuh selepas hujan amat mementingkan

penggunaan ICT. Tanpa ilmu tentang penggunaan ICT, seseorang itu pasti akan

menghadapi kesukaran dalam penggunaan ICT. Secara praktikalnya, ICT pada

masa sekarang ini sering menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa

pengantaraan. Sebagai contohnya, pencarian maklumat menggunakan komputer

melalui internet amat menjerumus dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Oleh itu,

penggunaan Bahasa Inggeris dalam dunia ICT berkembang dengan meluas dan

amat penting untuk semua orang kerana kita sedang menuju ke arah

pembangunan moden.

Pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) perlu diteruskan

dalam menyokong penggunaan Bahasa Inggeris dengan lebih meluas.

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

(PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang

Page 5: WACANA PENULISAN ISU PENDIDIKAN.doc

menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa ibunda sebagai bahasa

perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan.

Ketika mencadangkan dasar ini, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia

makin ketinggalan dalam arus globalisasi, dan diharapkan dasar ini memberi

kelebihan kompetitif kepada negara, mencontohi

kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan kerana

kebiasaan dengan Bahasa Inggeris. Sebagai contohnya, penggunaan Bahasa

Inggeris dalam subjek matematik dan sains meningkat secara mendadak kerana

pelajar lebih mudah menjawabnya dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, penggunaan

Bahasa Inggeris dalam subjek sains dan matematik amat digalakkan kerana

lebih mudah untuk difahami.

CABARAN

Bahasa Inggeris di sekolah pada masa ini yang tidak melibatkan pengajaran

tatabahasa tetapi hanya untuk berkomunikasi , adakah ini tepat. Saya

berpandangan bahawa pengajaran BI disekolah setakat ini amat meliputi soal

tatabahasa dan komunikasi. Jika diperhatikan kedua-dua kertas BI dalam SPM

aspek-aspek yang berkaitan itu di ajar. Akan tetapi yang menjadi masalah ialah

ruang latihan dan penggunaannya secara praktikal.

Kedua adakah benar pendapat yang mengatakan “Mempelajari bahasa Inggeris

tetapi tidak mewajibkan pelajar untuk lulus subjek berkenaan dalam SPM

menjadikan standard bahasa Inggeris merosot”. Saya berpendapat bahawa

standard BI merosot bukan sebab tersebut malah adalah kerana metodologi

pengajaran yang tidak berkesan. Sementara kita dapati adanya pelbagai

bimbingan kelas BI yang semakin banyak , pihak kementerian harus menyemak

semula bagaimana kaedah pengajaran dan pembelajaran BI dapat

dipertingkatkan.

Page 6: WACANA PENULISAN ISU PENDIDIKAN.doc

Ketiga ,  adakah pendekatan  meningkat kualiti BI cukup berkesan diperingkat

sekolah . Ini berkait dengan kemahiran guru mengguna pendekatan yang kreatif

bagi menambat minat dikalangan pelajar terhadap kepentingan BI dalam

menambahkan peluang memperluaskan ilmu.

Keempat cabaran  “Adakah ketiadaan syarat yang mewajibkan lulus bahasa

Inggeris untuk lulus SPM menjadikan pelajar kurang minat menguasai bahasa

Inggeris?” harus diiringi dengan soalan bagaimana para guru mahir

melaksanakan pengajaran dengan cara yang sangat menyeronokkan.?

Menjadikan BI wajib lulus bukan berkait dengan soal minat tetapi menjadikan

pembelajaran BI sebagai suatu yang sangat membebankan. Saya berpendapat

minat timbul dari pelbagai faktor ( teknik pengajaran , kreativiti guru , peralatan

pengajaran , aktiviti ko-kurikulum yang menarik)  bukan dengan mewajibkan ia

menjadi subjek wajib lulus.

Kelima , adakah kualiti pengajaran dan pembelajaran BI di sekolah-sekolah  luar

Bandar sama taraf dengan sekolah Bandar? Harus diingat kita masih mempunyai

komposisi pelajar sekolah luar Bandar yang besar di Negara ini terutama di

Sabah dan Sarawak. Akankah mereka mungkin menjadi mangsa jika bahasa

Inggeris dijadikan subjek wajib lulus dalam SPM adalah soalan yang amat

relevan lantaran isu PPSMI  yang menjadi kegusaran sebahgian besar

masyarakat ialah pelajar-pelajar luar Bandar akan berada dalam keadaan tidak

setara dengan pelajar Bandar. Jika pada tahap sekolah kebangsaan pelajar luar

Bandar sudahpun menghadapi masalah apatahlagi diperingkat SPM.

PENDAPAT SAYA

Pelaksanaan mewajibkan calon untuk lulus subjek BI ini adalah suatu perkara

yang baik, apatah lagi di peringkat pengajian tinggi dan alam pekerjaan nanti, BI

akan digunakan secara meluas setiap hari. Malah, BI merupakan bahasa rasmi

Page 7: WACANA PENULISAN ISU PENDIDIKAN.doc

antarabangsa dan penguasaan BI akan memudahkan kehidupan seharian kita.

Walaubagaimanapun, kementerian harus sedar bahawa masih ramai

masyarakat terutamanya mereka yang di luar bandar dan mereka yang jarang

berkomunikasi dalam BI yang lemah dalam BI. Tambah pula, masih ramai yang

berkomunikasi dalam bahasa ibunda masing-masing berbanding BI.

Selain itu, saya berpendapat, apa gunanya matapelajaran Matematik dan Sains

diajar dan boleh dijawab ketika peperiksaan dalam dwibahasa sedangkan

kerajaan mahu meningkatkan penguasaan BI dalam kalangan pelajar. Justeru,

Matematik dan Sains seharusnya dijadikan kembali matapelajaran yang

menggunakan BI sepenuhnya supaya pelajar lebih mudah menguasai BI.

Selain BM, Sejarah dan BI, saya berpendapat agar subjek Pendidikan Islam dan

Pendidikan Moral turut dijadikan subjek wajib lulus dalam SPM. Ini dapat

meningkatkan penguasaan dan pengetahuan pelajar yang beragama Islam

dalam agama Islam di samping pelajar bukan beragama Islam boleh

meningkatkan nilai jati diri masing-masing menerusi Pendidikan Moral.

Meskipun subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral merupakan subjek

wajib dipelajari, namun jika ia tidak dijadikan mata pelajaran yang wajib lulus,

maka ia tidak mempunyai makna terhadap para pelajar. Kebanyakan pelajar

hanya akan ambil senang dan tidak kisah akan subjek tersebut.

Jika Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dijadikan subjek wajib lulus, ia dapat

membantu mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Tambahan

pula, antara punca utama berlakunya masalah disiplin dalam kalangan pelajar

ialah kurangnya pendedahan agama dan nilai-nilai murni.

Page 8: WACANA PENULISAN ISU PENDIDIKAN.doc

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, penggunaan Bahasa Inggeris dalam setiap peringkat

pendidikan perlu dimantapkan agar negara Malaysia dapat mengecapi kejayaan

yang lebih banyak. Secara amnya, penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek

matematik dan sains membantu kebanyakan pelajar dalam meningkatkan

pelajarannya yang menggunakan Bahasa Inggeris seperti Fizik, Kimia dan lain-

lain. Sebagai mana yang kita ketahui, penggunaan Bahasa Inggeris amat

penting pada masa ini. Mencari kerja yang memerlukan kemahiran serta

pengiktirafan yang dimiliki memerlukan kemahiran dalam menggunakan Bahasa

Inggeris. Ini kerana, negara kita yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan

negara barat, memerlukan kemahiran dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa

pengantaraan. Oleh itu, mata pelajaran Bahasa Inggeris wajar dijadikan sebagai

mata pelajaran wajib Bahasa Inggeris yang seterusnya akan membantu pelajar

dalam menghadapi subjek yang menggunakan Bahasa Inggeris.

RUJUKAN

Page 9: WACANA PENULISAN ISU PENDIDIKAN.doc

http://eputra.com/cadangan-wajib-lulus-bahasa-inggeris-spm/#ixzz3X78svoXN 

Under Creative Commons License: Attribution

http://www.sinarharian.com.my/nasional/bahasa-inggeris-wajib-lulus-2016-

mampukah-kita-1.202473

http://eputra.com/cadangan-wajib-lulus-bahasa-inggeris-spm

http://www.sinarharian.com.my/nasional/bi-subjek-wajib-lulus-spm-2016-

disambut-baik-1.138107

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bahasa-inggeris-subjek-wajib-lulus-spm