penulisan ilmiah isu kurikulum

84

Click here to load reader

Upload: mohd-norrazli-md-rasdi

Post on 13-Dec-2014

6.008 views

Category:

Documents


33 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJONG MALIM

SME 6044

CONTEMPORARY ISSUES INMATHEMATICS EDUCATION

TUGASAN 2

ISU-ISU KURIKULUM

PROFESOR DR. MARZITA BINTI PUTEH

M 20111000338 : NURAZIZAN BIN NOORDIN

M 20111000341 : MOHD NORRAZLI BIN MD RASDI

M 20111000732 : MOHAMAD ASRI BIN OMAR

M 20112001449 : ROSLAN BIN HASAN

Page 2: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

ISU PERTAMA:

HURAIAN SUKATAN

Page 3: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

1. Definisi

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), makna kurikulum ialah skop dan isi

kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah dan lain. Ia juga bermaksud senarai kesemua

mata pelajaran (kursus pengakian) di sekolah dan lain-lain. Manakala menurut Grayson

(1978), kurikulum adalah suatu perencanaan untuk mendapatkan keluaran (out- comes) yang

diharapkan dari suatu pembelajaran. Perencanaan tersebut disusun secara terstruktur untuk

suatu bidang studi, sehingga memberikan pedoman dan instruksi untuk mengembangkan

strategi pembelajaran (Materi di dalam kurikulum harus diorganisasikan dengan baik agar

sasaran (goals) dan tujuan (objectives) pendidikan yang telah ditetapkan dapat tercapai.

Menurut Harsono (2005), kurikulum merupakan gagasan pendidikan yang

diekpresikan dalam praktik. Dalam bahasa latin, kurikulum bererti track atau jalur pacu. Saat

ini definisi kurikulum semakin berkembang, sehingga yang dimaksud kurikulum tidak hanya

gagasan pendidikan tetapi juga termasuk seluruh program pembelajaran yang terencana dari

suatu institusi pendidikan.

Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan

1997], pula menjelaskan bahawa kurikulum merupakan suatu program pendidikan yang

termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,

kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan

seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk

menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan

pengetahuan.

2. Matlamat Pendidikan Matematik

Page 4: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

Pendidikan matematik mempunyai matlamat untuk membentuk individu yang

berpemikiran matematik dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik

dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat

keputusan, supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian hasil perkembangan

sains dan teknologi.

Kurikulum Matematik KBSR bertujuan membina kefahaman murid tentang konsep

nombor dan kemahiran asas mengira yang boleh diaplikasikan secara berkesan dan

bertangungjawab dalam aktiviti harian selaras dengan aspirasi masyarakat dan negara maju,

serta menggunakan pengetahuan ini untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih

tinggi.

Kurikulum Matematik KBSM bertujuan membentuk individu yang berpemikiran

matematik dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan

dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, supaya

berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan

sains dan teknologi.

Kurikulum Matematik Tambahan bertujuan mempertingkatkan pengetahuan dan

keupayaan matematik murid secara mendalam agar mereka berupaya menggunakan

matematik secara bertanggungjawab dan berkesan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan

masalah dan juga bagi memastikan murid mempunyai persediaan yang mencukupi untuk

melanjutkan pelajaran serta dapat berfungsi secara produktif dalam kerjaya yang berkaitan

dengan sains dan teknologi.

3. Objektif Pendidikan Matematik

Kurikulum Matematik sekolah menengah membolehkan murid:

Page 5: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

1. Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip, dan teorem yang berkaitan dengan

Nombor, Bentuk dan Perkaitan;

2. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi

yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan;

3. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu:

membuat anggaran dan penghampiran;

mengukur dan membina;

memungut dan mengendali data;

mewakilkan dan mentafsir data;

mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik;

menggunakan algoritma dan perkaitan;

menyelesaikan masalah; dan

membuat keputusan.

4. Berkomunikasi secara matematik;

5. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah

dan membuat keputusan;

6. Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain;

7. Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai

kemahiran, menyelesaikan masalah dan meneroka ilmu matematik;

8. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan

dan bertanggungjawab;

9. Bersikap positif terhadap matematik; dan

10. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

Page 6: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

4. Isu-isu berkaitan

4.1 Topik / Tajuk terlalu banyak

Tingkatan 1 – 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5

1. Algebraic Fractions2. Algebraic

Expressions3. Linear Equations4. Simultaneous Linear

Equations5. Arcs and Sector6. Volume and Surface

Area7. Statistics I & II8. Polygons9. Indices10. Algebraic Formulae11. Transformations I &

II12. Linear Inequalities

1. Standard Form2. Quadratic

Expressions and Equations

3. Sets4. Mathematical

Reasoning5. The Straight Line6. Statistics III7. Probability I8. Circles III9. Trigonometry II10. Angles of Elevation

and Depression11. Lines and Planes in 3-

Dimensions

1. Number Bases2. Graph of functions II 3. Transformations III4. Matrices 5. Variations6. Gradient and Area

under a Graph7. Probability II8. Bearing9. Earth as a Sphere10. Plan and Elevations

Jadual 1 Sukatan Pelajaran Matematik SPM (1449)

Kurikulum dan sukatan pelajaran matematik di Malaysia merupakan kurikulum dan

sukatan pelajaran yang digubal dengan baik oleh penggubal-penggubal yang berpengalaman

luas dan mempunyai ilmu yang membanggakan. Namun begitu sukatan pelajaran yang

digariskan dan dinyatakan dalam Jadual 1 di atas menggambarkan kesukaran murid-murid

untuk menguasai kesemua tajuk dengan mendalam. Perkara ini adalah disebabkan kekangan

masa guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Page 7: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

4.2 Format peperiksaan SPM (1449/2)

Matematik diuji dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam dua kertas

peperiksaan iaitu Kertas 1 (1449/1) dan Kertas 2(1449/2). Dalam peperiksaan SPM, format

atau bentuk soalan Kertas 2 yang diajukan adalah seperti dalam Jadual 2.

SECTION A SECTION B

1. Sets / Graph of Functions II2. Lines and Planes in 3-Dimensions 3. Quadratic Expressions and Equations4. Simultaneous Linear Equation5. Mathematical Reasoning6. The Straight Line7. Matrices 8. Gradient and Area under a Graph9. Probability II10. Volume and Surface Area11. Arc and Sector

12. Graph of Function II13. Transformations III14. Statistics III15. Plan and Elevation16. Earth as a Sphere

Jadual 2 Format dan soalan Matematik SPM Kertas 2 (1449/2)

Penetapan tajuk-tajuk soalan yang akan diajukan dalam peperiksaan tersebut akan

menyebabkan murid-murid memberi penekanan terhadap beberapa tajuk yang difikirkan

mudah mendapat markah. Guru-guru juga akan menitikberatkan tajuk-tajuk tertentu bagi

mempastikan murid-murid lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sebagai

contoh, guru-guru mungkin akan memberi penekan terhadap tajuk-tajuk yang mudah untuk

murid-murid mendapat markah seperti Simultaneous Linear Equations, Matrices, Graph of

Functions II, Statistic III dan Plans and Elevations.

4.3 Sukatan pelajaran yang banyak diuji dalam peperiksaan

Page 8: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

Peperiksaan berbentuk subjektif dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memberi

penekanan terhadap sukatan pelajaran banyak. Sehubungan dengan itu, Kementerian

Pelajaran Malaysia telah bercadang untuk mengurangkan sukatan pelajaran bagi beberapa

kertas peepriksaan berbentuk subjektif dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Utusan Online,

19 Mac 2009). Menurut Dr Haili Dolhan, Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran

Malaysia, cadangan tersebut adalah bertujuan mempercepat proses penyemakan dan

pengumuman keputusan peperiksaan SPM yang mengambil masa yang gak lama untuk

diumumkan.

5. Penutup

Sukatan pelajaran di Malaysia khususnya dalam mata pelajaran matematik merupakan

sukatan pelajaran yang sangat baik dirancang dan disusun. Namun begitu beberapa langkah

dan tindakan perlu diambil bagi mempastikan matlamat dan objektif pendidikan matematik

dapat dicapai. Setiap ahli akademik khususnya guru sendiri perlu mengambil tindakan yang

sewajarnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid dapat menjadi insan

yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara

6. Rujukan

Curriculum Specifications Mathematics Form 1 (2002). Curriculum Development Centre,

Ministry of Education Malaysia.

Curriculum Specifications Mathematics Form 2 (2002). Curriculum Development Centre,

Ministry of Education Malaysia.

Curriculum Specifications Mathematics Form 3 (2003). Curriculum Development Centre,

Ministry of Education Malaysia.

Curriculum Specifications Mathematics Form 4 (2006). Curriculum Development Centre,

Ministry of Education Malaysia.

Page 9: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

Curriculum Specifications Mathematics Form 5 (2006). Curriculum Development Centre,

Ministry of Education Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Sukatan Pelajaran Matematik (Tahun tidak dinyatakan). Bahagian Pembangunan Kurikulum,

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Utusan Online (19 Mac 2009). Kurangkan sukatan pelajaran peperiksaan SPM.

Page 10: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

ISU KEDUA :

FAKTOR-FAKTOR YANG

MEMPENGARUHI PEMBENTUKKAN ,

PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN

KURIKULUM.

PENGENALAN

Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks

pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum ( khususnya KBSR dan

KBSM ) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan

Page 11: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang

pendidikan.

Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem

pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun,

Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem

pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara ( Kamaruddin

Haji Hussin, 1994 )

Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya.

Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu

proses yang dinamik dan seimbang.

1.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKKAN ,

PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM.

1.1 FALSAFAH PENDIDIKAN.

Falsafah pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem

pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita

adalah seperti berikut :

" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlaq mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara "

( FPK, 1988 )

Page 12: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan

kurikulum. KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah

Pendidikan Negara. Di antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam kedua-dua

tersebut ialah ;

i. Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan ( penyatuan kemahiran-kemahiran ) dan penyerapan ( penyatuan isi ) sentiasa dititik beratkan.

ii. Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah.

iii. Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

iv. Program pendidikan yang menitik beratkan pendidikan umum diperkenalkan.

v. Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional.

vi. Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum.

vii. Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan.

viii. Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan.

ix. Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan.

x. Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris.

xi. Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari.

( Kamaruddin Haji Husin, 1994 )

1.2 FAKTOR POLITIK

 Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya "Currikulum Planning menyatakan " :

 "Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with people and their various power bases and their views of what makes for good education"

Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to Practice’ turut

menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan perkembangan sesuatu kurikulum.

Page 13: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

Ini jelas menunjukkkan bahawa perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses

politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali

itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi saluran

penting bagi setiap badan pemerintahan menguatkan pengaruh mereka. Kerajaan

bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah.

Di Malaysia misalnya, ketika British berkuasa di negara ini, dasar pelajaran hanya

bertujuan menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada

ibubapa mereka. Pihak British tidak langsung menitikberatkan perpaduan rakyat berbilang

kaum di negara ini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan

turut berkembang dan berubah. Dasar Pelajaran Kebangsaaan yang termaktub dalam Akta

Pelajaran 1961 menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan

penghasilan tenaga kerja. Melalui kurikulum Pendidikan disalurkan aktiviti-aktiviti yang

boleh membentuk keperibadian dan perwatakan individu yang baik dan oleh membawa ke

arah perpaduan. Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata

Razak 1956 dianggap sebagai salah satu asas sistem pendidikan kebangsaan bagi

mewujudkan perpaduan negara itu.

1.3 FAKTOR PEMBANGUNAN NEGARA DAN PERKEMBANGAN.

Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan

perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai

kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan

sains dan teknologi. Menurut Hida Taba (1962) :

"Technology has changed and is changing not only the face of the earth and the institutions of our society, but man itself "

Page 14: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah

membawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh itu

perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan

dunia. Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan

kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman

yang berteknologi dan canggih ini. (Ee Ah Meng, 1995)

1.4 FAKTOR PERUBAHAN SOSIAL.

Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik,

sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilai-nilai sosial yang

diperlukan dalam dan luar negara diserapkan.

Dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan murid-

murid semakin meningkat. Mereka terdedah dengan masalah penagihan dadah, minum

minuman keras, merokok, pergaulan bebas dan melakukan perkara-perkara jenayah seperti

mencuri, merompak, merogol dan sebagainya. Masalah ini jika tidak dibendung dengan

segera, akan merosak dan menghalang pembangunan negara.

Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang

bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani..

Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai

murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan (Mohammad Nor, 1990;

Kamaruddin Hj. Husin, 1994).

Page 15: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

1.5 FAKTOR PERANCANG DAN PELAKSANA KURIKULUM.

Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum hari

ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan dengan itu perancang kurikulum

bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa. Pengguguran, perubahan atau

pertambahan terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak

masyarakat dan kemajuan negara.

Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru sentiasa

ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat diperkemaskinikan.

Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah pemilihan apa yang

hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku. Dengan

menyedari bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan

permintaan masyarakat yang cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum harus

menyemak semula apa yang mereka kemukakan kepada murid-murid (Kamaruddin Hj.

Husin, 1994).

1.6 FAKTOR MURID, KEHENDAK DAN KEPERLUAN MASYARAKAT.

Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas yang melibatkan

kehendak dan keperluan asas yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan

kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi

ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai muriod dan

individu dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala

ilmu pengetrahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara

menyeluruh iaitu merangkmi intelek, jasmani, rohani dan sosial( Ee Ah Meng, 1995).

Page 16: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta

mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan

individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk

kurikulum tersebut.

Kajian hendaklah dilakukan terhadap keperluan individu, sekurang-kurangnya dari

peringkat bayi hingga remaja. Hasilnya, segala keperluan tersebut dapat diserapkan ke dalam

sistem pendidikan itu dan dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan berkesan.

Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat.

Oleh itu, kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-murid dengan

pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk

masyarakat yang akan mereka hadapi kelak.

1.7 FAKTOR PERKEMBANGAN ILMU DAN KEPENTINGAN NYA .

Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat yang seterusnya

menuntut mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan

kemajuan yang kian pesat. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang.

Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum yang

lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.

Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya

menjadikan bidang itu terus berkembang. Perkembangan ini penting dalam pembentukan

kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu -ilmu baru ini dapat

disalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman.

Page 17: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

Selain itu, pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam pendidikan membantu

meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri. Contohnya, memperkenalkan ilmu pengurusan

dan perhubungan ke dalam bidang pendidikan, khususnya ke dalam bidang kurikulum,

meningkatkan lagi keberkesanan proses perkembangan kuriklum itu sendiri.

1.8 PENGARUH PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Teori disiplin mental yang berlandaskan konsep falsafah yang dimajukan oleh Plato

dan Aristotle banyak mempengaruhi pengajaran aritmetik pada abad ke 19. Salah satu aspek

disiplin mental yang penting ialah psikolgi fakulti. Psikologi Fakulti mempunyai pengaruh

yang begitu kuat terhadap isu mengapa matematik perlu dipelajari oleh kanak-kanak.

Manakala ahli ` fahaman perkaitan’ menganggap pembelajaran sebagai pembinaan unit-unit

kecil yang terdiri daripada rangkaian R-G untuk menghasilkan tingkah laku. Fahaman ini

telah menghasilkan strategi pengajaran aritmatik kepada fakta dan kemahiran kecil untuk

diajar dan dinilai secara berasingan. Kesan utama pendekatan ini bterhadap sekolah ialah

matematik diajar semata-mata dengan menggunakan teknik latih tubi ( Nik Aziz Nik Pa,

1992).

Pemikiran psikologi `behaviourisme’ telah bertapak dalam kurikulum pendidikan

matematik sejak awal 60’an. Dalam pemikiran ini murid telah dianggap sebagai gelas

kosong. Guru berperanan memasukkan pengetahuan matematik ke dalam gelas tersebut.

Pendekatan ini mengenepikan aktiviti pengembangan intelek yang sekaligus membina sikap

negatif dalam diri pelajar terhadap matematik.

Untuk mengatasi masalah itu, satu kurikulum matematik yang memberikan tumpuan

kepada penyelesaian masalah dan pemikiran kritis telah diperkembangkan pada penghujung

Page 18: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

tahun 70’an. Seterusnya dalam KBSM pengajaran dan pembelajaran Matematik ditekankan

kepada fahamanND binaan (konstuktivm) dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

(Nik Aziz Nik Pa )

2.0 JENIS-JENIS KURIKULUM

2.1 KURIKULUM TERSEMBUNYI.

Terletak di luar konteks pengajaran rasmi, belajar secara implisit

Mengandungi peraturan tidak bertulis, konvensi, adat resam, nilai budaya yang

dikenali sebagai sekolah, seperti sopan santun, menjaga kebersihan dan jujur

Dibentuk berdasarkan faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang

pengalaman guru dan murid

2.2 CADANGAN KURIKULUM

Kurikulum dicadangkan oleh pakar-pakar pendidik, pertubuhan profesional, suruhanjaya

pembentuk dan pembuat dasar .

2.3 KURIKULUM BERTULIS / YANG DIHASRATKAN.

Kurikulum yang dimuatkan dalam panduan kurikulum negeri dan daerah seperti

kurikulum kebangsaan iaitu KBSR/KBSM/Kurikulum Kebangsaan Prasekolah

2.4 KURIKULUM SOKONGAN.

Kurikulum yang digambarkan dan dibentuk oleh sumber yang disediakan untuk

menyokong atau menyampaikannya.

Page 19: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

2.5 KURIKULUM YANG DIAJARKAN.

Kurikulum yang dapat dilihat ketika memerhati pengajaran guru

2.6 KURIKULUM YANG DIUJI.

Set pembelajaran yang dinilai dalam ujian yang digubal oleh guru, ujian dibina di

peringkat daerah dan ujian piawaian

2.7 KURIKULUM YANG DIALAMI/DIPELAJARI.

Semua perubahan pada nilai, persepsi, dan tingkah laku yang berlaku adalah hasil

daripada pengalaman persekolahan.

2.8 KURIKULUM MASA DEPAN

Merangkumi pendekatan berpusatkan murid yang membolehkan mereka memahami

kekuatan dan kelemahan masing-masing serta berupaya belajar sepanjang hayat

Pengalaman belajar direka untuk membantu murid menyepadukan pengetahuan baru dan

memurnikannya bagi melahirkan celik akal melalui banding beza, membuat induksi,

deduksi dan menganalisis

Pengalaman belajar memberikan murid peluang untuk menggunakan pengetahuan secara

bermakna bagi membolehkan mereka membuat keputusan dan untuk membentuk

pemikiran kritikal, kreatif dan futuristik serta penyelesaian masalah seperti Kajian Masa

Depan.

3 Pendekatan boleh digunakan untuk melaksanakan visi ini:

Page 20: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

1. Kandungan akan dibekalkan melalui pelbagai cara penyampaian dengan

menggunkana pelbagai strategi.

2. Kurikulum akan dibina sebagai modul dan diakses melalui rangkaian jaringan.

3. Bahan, pengalaman, dan sokongan akan diperolehi daripada pelbagai sumber dan

disepadukan ke dalam struktur teras kurikulum.

PENUTUP

Proses perkembangan kurikulum sebagai sifatnya yang sentiasa berubah turut

dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran yang merangsang reaksi manusia yang terlibat

dalam kepentingannya. Hasrat terhadap perubahan kurikulum itu menggambarkan keperluan

pendidikan yang menjadi wadah penerusan kepada kemajuan tamadun bangsa dan negara itu

sendiri.

Sebenarnya, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan

kurikulum adalah elemen yang saling berkait antara satu sama lain. Dapatlah dikatakan

bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kurikulum itu sendiri

mencerminkan idealisme dan perubahan keperluanmasyarakat dan negara, melalui institusi

persekolahan yang akan meneruskan kebudayaan atau mencetuskan tamadun baru

Page 21: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

BIBLIOGRAFI

Ee Ah Meng.(1995). Pendidikan Sebagai Satu Proses. Shah Alam: Fajar Bakti.

Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asa Pendidikan III: Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur: Longman.

Mohamed Nor(1990). Asas-Asas Pendidikan: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Flo Enterprise.

Mohd. Daud Hamzah(1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: DBP.

Mohd. Daud Hamzah(1995).Penerokaan Teori Kurikulum. Kuala Lumpur: DBP.

Taba. H. (1962). Curriculum Development - Theory & Practise. New York: Harcourt, Brace and World.

Wiles. J. & Bondi. J.(1989). Curriculum Development: A Guide to Practice. Ohio: Merrill Publishing Company.

Page 22: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

ISU KETIGA:

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)

DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN

TINGKATAN SATU HINGGA TIGA

Page 23: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

KANDUNGAN MUKA SURAT

1 PENGENALAN 32 MATLAMAT PAV 83 OBJEKTIF PAV 8

4 STRUKTUR KURIKULUM 94.1 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 1 – 3 94.2 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 1 114.3 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 2 – 3 134.4 Mata Pelajaran Pilihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 144.5 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 15

5 PENTAKSIRAN PAV 165.1 Dokumen Pentaksiran 165.2 Pengurusan Pentaksiran dan Eviden 16

6 PROGRAM UJI RINTIS 176.1 Objektif Uji Rintis Kurikulum Standard PAV 176.2 Kriteria Pemilihan Sekolah Rintis 186.3 Senarai Sekolah Rintis PAV 186.4 Kriteria Pemilihan Guru PAV 186.5 Kriteria Pemilihan Murid PAV 196.6 Pengurusan dan Bilangan Murid 20

7 PERANAN AGENSI BERKAITAN 207.1 Agensi Pusat KPM 207.2 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) 23 Sekolah 24

8 KEWANGAN 26 9 DOKUMENTASI RINTIS PAV 26

10 KESIMPULAN 27

11 RUJUKAN 28

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

LAMPIRAN C

Page 24: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

1. PENGENALAN

Dalam sistem pendidikan kebangsaan pada masa ini elemen pendidikan teknik dan

vokasional diajar sebagai mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (dua waktu

seminggu) di sekolah rendah dan Kemahiran Hidup Bersepadu (tiga waktu seminggu) di

sekolah menengah rendah. Pada peringkat sekolah menengah atas pula (Tingkatan 4 dan 5),

elemen Pendidikan Teknik dan Vokasional diajar sebagai mata pelajaran elektif sahaja.

Satu program alternatif perlu diadakan bagi memberi peluang pendidikan kepada

murid yang cenderung, berbakat dan berminat dalam pendidikan vokasional. Mesyuarat

Memperkasakan Pendidikan Teknik dan Vokasional pada 25 Julai 2008 telah memutuskan

supaya pendidikan vokasional diperkenalkan kepada murid bermula seawal Tingkatan 1.

Mesyuarat Jabatan Pendidikan Teknikal Kementerian Pelajaran Malaysia pada 12 Ogos 2008

telah mengemukakan Pelan Tindakan Memperkasakan Pendidikan Teknik dan Vokasional

(PTV) dengan cadangan untuk mewujudkan mata pelajaran asas kemahiran seawal peringkat

menengah rendah dan dimulakan pelaksanaannya dalam RMK-10. Mesyuarat Jawatankuasa

Perancangan Pendidikan ke-195 bertarikh 20 Disember 2010 telah meluluskan Transformasi

Pendidikan Vokasional yang mencadangkan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) ditawarkan

di Tingkatan 1 hingga 3 bagi menggantikan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang sedang

dilaksanakan di Tingkatan 4 dan 5 di sekolah menengah harian.

Pendidikan teknik dan vokasional merupakan satu sistem pendidikan yang

menyediakan latihan khusus untuk kemahiran-kemahiran teknikal dan beberapa kemahiran

yang lain. Vokasional membawa maksud usaha sesebuah organisasi itu bagi melahirkan

pelajar yang mempunyai pengetahuan, kemahiran asas dan juga mempersiapkan mereka

untuk menjadi pekerja mahir pada suatu hari nanti (Laugho & Lillis,1988). Apabila seseorang

pekerja itu diiktiraf sebagai pekerja mahir, secara tidak langsung, golongan ini akan

dipertanggungjawabkan untuk membentuk dan melahirkan lagi pekerja mahir yang baru.

Perkembangan idea untuk menubuhkan Pendidikan Teknik dan Vokasional,(PTV) di

Malaysia telah bermula sejak tahun 1890-an lagi. Pada tahun 1897, satu perundingan telah

diadakan tentang tatacara penubuhan sekolah perdagangan untuk melatih orang-orang

Page 25: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

Melayu terutamanya lelaki untuk berkhidmat sebagai mekanik dan buruh yang bekerja untuk

memperbaiki kereta api yang menjadi pengangkutan utama pada masa itu (Francis & Ee,

1975). Pada zaman ini, PTV di lihat sebagai satu aliran pendidikan yang hanya

mempersiapkan individu untuk menguasai kemahiran teknikal semata-mata dan kurang

menitik beratkan tentang pembentukan sahsiah diri seseorang. Pada dasarnya, individu di

latih untuk memperbaiki kereta api yang pada itu menjadi pengangkutan utama, tanpa

mempunyai kurikulum yang tetap dan proses pembelajaran seperti yang ada pada masa kini.

Berdasarkan penubuhan awal PTV di negara ini, didapati bahawa fungsi utama PTV

pada awalnya ialah untuk mempersiapkan individu dengan kemahiran tangan (hands-on)

berbanding dengan kemahiran-kemahiran lain. Namun, masa beredar dengan cepat, dan

banyak perkembangan yang berlaku terutamanya dalam bidang teknologi dan bidang

pendidikan sehingga PTV tidak lagi menjadi satu aliran yang hanya memberi latihan

kemahiran tangan kepada individu tetapi juga aliran pendidikan yang menerapkan nilai-nilai

murni dalam setiap individu. Secara tidak langsung dapat membentuk keyakinan diri untuk

menjadi orang yang berguna suatu hari nanti.

Perlaksanaan kurikulum di sekolah adalah cara utama untuk menerapkan nilai dalam

diri setiap pelajar. Untuk menjadi seorang pemimpin, seseorang itu harus mempunyai nilai-

nilai yang kuat dalam peribadi mereka sendiri. Menurut Kirkpatrick & Locke, (1991),

terdapat enam karakter ataupun sifat yang membezakan seseorang pemimpin dengan yang

bukan pemimpin iaitu hala tuju, motivasi, integriti, percaya diri, kognitif, kemampuan dan

pengetahuan tugas. Maka, untuk menjadi pemimpin, mereka harus mempunyai keenam-enam

ciri ini bagi membantu mereka untuk menjadi pemimpin yang berjaya dan disegani.

Atan Long (1984), memperkatakan terdapat beberapa unsur yang perlu di

pertimbangkan dalam pembentukan sesebuah kurikulum dan antaranya ialah dari segi

kemasyarakatan yang berasaskan pembentukan kemahiran sosial bagi membolehkan pelajar

untuk berkomunikasi secara positif. Selain daripada itu, Atan juga menekankan aspek

vokasional dalam pembentukan kurikulum yang berasaskan penguasaan kemahiran bekerja

Page 26: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

yang bersesuaian dengan kehendak tenaga rakyat untuk pembangunan negara. Daripada

kedua-dua aspek ini, sangat jelas terlihat bahawa kurikulum di sekolah merupakan satu usaha

untuk membentuk pemimpin di kalangan generasi-generasi muda seterusnya memacu kepada

pembangunan negara melalui kemahiran yang dikuasai.

Pada awalnya pembentukan sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV),

mempunyai kecenderungan dalam kemahiran dan pengetahuan teknikal sahaja. Tetapi pada

masa kini, PTV bukan sahaja menekan mengenai kemahiran dan pengetahuan teknikal, tetapi

juga dalam melahirkan insan yang mempunyai sahsiah diri dan juga melahirkan pemimpin

pada masa hadapan dalam pelbagai bidang. Kepimpinan itu bukan hanya di kurniakan

kepada orang-orang tertentu sahaja, tetapi kepimpinan itu dimiliki oleh semua orang. Ciri-ciri

kepimpinan dalam seseorang itu boleh dibentuk sekiranya seseorang itu mahu menjadi

seorang pemimpin.

"Leadership development is everyone's responsibility,"

(John Baldoni 1984)

John (1984) berkata bahawa langkah pertama dalam pembentukan seseorang

pemimpin itu ialah dengan memupuk rasa tanggungjawab terhadap tugas yang diberikan di

persekitaran pekerjaan dan beliau percaya bahawa setiap manusia mempunyai kekuatan untuk

melakukan tanggungjawab peribadi masing-masing. Menurut beliau lagi corak kepimpinan

dapat memberi dorongan kepada pengikut. John juga menegaskan bahawa kepimpinan adalah

cara kita mempersiapkan diri dan organisasi untuk masa depan.

Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) Bil. 4/2011 pada 9 Oktober 2011

telah bersetuju dengan konsep PAV serta memutuskan supaya pelaksanaan rintis penuh PAV

akan dilaksanakan mulai tahun 2012 bagi murid Tingkatan 1 di 15 buah sekolah menengah

yang dipilih berdasarkan kepada kriteria tertentu.

Pelaksanaan rintis pada tahun 2012 di 15 buah sekolah menengah melibatkan 15 bilik

darjah dan 450 orang murid (30 orang setiap kelas). Pada tahun 2013, sebanyak 135 buah

Page 27: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

sekolah akan melaksanakan PAV. Pertambahan sekolah PAV akan dilaksanakan secara

berperingkat sebanyak 450 buah menjelang tahun 2022. Pengambilan murid seramai 60

orang (2 kelas) setiap tahun bagi setiap sekolah. Menjelang tahun 2022, disasarkan seramai

81,000 orang murid berada dalam PAV yang melibatkan 2,700 buah kelas dan 450 buah

sekolah.

Jadual 1 menunjukkan Unjuran Murid Pendidikan Asas Vokasional sehingga tahun 2022

Bilangan Sekolah

2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022

Sekolah Baru 15 135 100 50 40 60 30 10 10 0 0

Sedia Ada 0 15 150 250 300 340 400 430 440 250 450

Jum. Sekolah 15 150 250 300 340 400 430 440 450 450 450

Bilik Darjah 15 300 500 1800 2040 2400 2580 2640 2700 2700 2700

Bilangan Bilik Darjah / Bengkel

Tingkatan 1 15 300 500 600 680 800 860 880 900 900 900

Tingkatan 2 15 300 500 600 680 800 860 880 900 900

Tingkatan 3 15 300 500 600 680 800 860 880 900

Jum Kelas 15 315 815 1400 1780 2080 2340 2540 2640 2680 2700

Jum Murid 450 9450 24450 42000 53400 62400 70200 76200 79200 80400 81000

Bilangan Murid

Tingkatan 1 450 9000 15000 18000 20400 24000 25800 26400 27000 27000 27000

Tingkatan 2 0 450 9000 15000 18000 20400 24000 25800 26400 27000 27000

Tingkatan 3 0 0 450 9000 15000 18000 20400 24000 25800 26400 27000

Jum Murid 450 9450 24450 42000 53400 62400 70200 76200 79200 80400 81000

Page 28: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

Sumber KPM Jadual 1: Unjuran Murid Pendidikan Asas Vokasional

Laluan pembelajaran murid PAV dalam Transformasi Pendidikan Teknikal dan Vokasional adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1 di bawah :

Rajah 1 Sumber KPM: Laluan Pembelajaran Murid PAV

Murid yang berpotensi memilih bidang kemahiran sebagai pilihan pendidikan dan kerjaya diberi keutamaan dalam pengambilan untuk mengikuti PAV. PAV akan diajar di peringkat menengah rendah bermula dari Tingkatan 1 hingga 3. Murid akan mendapat sijil Pendidikan Asas Vokasional (SPAV) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan KPM, berserta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 (SKM 1) dan SKM 2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia dalam tempoh 3 tahun tersebut. Murid yang tamat PAV ini akan mendapat sekurang-kurangnya SKM 1.

Selepas PAV, murid berpeluang meningkatkan tahap kemahiran di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Institut Latihan Swasta (ILKS) ke peringkat SKM 3 dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP),

Page 29: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

Institut Kemahiran Negara (IKBN), Advanced Technology Training Centre (ADTEC), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Construction Industry Development Board (CIDB) dan lain-lain institut secara attachment di bawah tanggungjawab KPM. Murid lepasan PAV di akhir Tingkatan 3 juga berpeluang ke Kolej Vokasional. Berbekalkan SPAV dan SKM, murid boleh meneruskan kerjaya di sektor awam dan swasta.

2. MATLAMAT PAV

Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

3. OBJEKTIF PAV

Objektif PAV secara umumnya adalah untuk mencegah keciciran murid pada peringkat rendah dan menengah rendah yang disebabkan oleh pelbagai punca seperti lembam, murid bermasalah disiplin, murid bermasalah sosio-ekonomi dan sebagainya. Manakala objektif khusus PAV adalah seperti berikut :

3.1 Menjadikan aliran pendidikan selain aliran perdana sedia ada, sesuai dengan murid berisiko untuk tercicir, serta boleh menimbulkan minat belajar `hands-on’ yang berterusan.

3.2 Menggilap potensi keupayaan belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan yang dituntut oleh majikan dan industri.

3.3 Menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap supaya murid dapat menyediakan diri dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan.

3.4 Memberi pendedahan dan bimbingan kepada murid untuk menjadikan mereka kritis, kreatif dan inovatif serta boleh membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan.

3.5 Menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga.

Page 30: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

4. STRUKTUR KURIKULUM

4.1 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 1 – 3

Struktur kurikulum PAV adalah seperti pada Jadual 2.

* SKM T1 - Sijil Kemahiran Tahap 1* SKM T2 - Sijil Kemahiran Tahap 2

Jadual 2 Sumber KPM : Struktur Kurikulum PAV

Kurikulum PAV digubal untuk menghasilkan modal insan yang berkemahiran, kritis, kreatif dan inovatif melalui persekitaran pembelajaran berorientasikan pengalaman alam pekerjaan. Empat komponen yang ditekankan adalah Jati Diri, Teknologi Vokasional, Kemahiran Vokasional Asas dan Spesifik serta Kemahiran Keusahawanan.

Komponen Jati Diri bertujuan untuk menyediakan murid dengan kemahiran berkomunikasi, menghayati dan mengamalkan ajaran agama, sikap dan nilai murni dalam kehidupan mereka. Komponen ini juga adalah untuk meningkatkan semangat patriotisme serta membantu perkembangan aspek fizikal dan estetika dalam diri murid.

Page 31: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

Komponen Teknologi Vokasional pula bertujuan memberi pengukuhan ilmu sains, matematik serta teknologi maklumat dan komunikasi. Komponen Kemahiran Vokasional terdiri daripada Kemahiran Vokasional Asas dan Kemahiran Vokasional Spesifik bertujuan untuk menyediakan murid dengan kemahiran-kemahiran yang berkaitan bidang vokasional. Elemen sikap, nilai dan kemahiran keusahawanan pula diajar dan diterapkan ke dalam diri murid melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan secara merentas kurikulum.

4.1.1 Komponen Jati Diri

Komponen Jati Diri terdiri daripada tiga dimensi iaitu Komunikasi, Patriotisme dan Sahsiah. Mata pelajaran bagi dimensi komunikasi ialah Bahasa Malaysia Komunikasi dan English for Communication, dimensi patriotisme diterap melalui mata pelajaran Sejarah manakala dimensi sahsiah dipupuk melalui mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan serta gerak kerja kokurikulum yang meliputi aktiviti sukan, pasukan beruniform, kelab dan persatuan.

4.1.2 Komponen Teknologi Vokasional

Teknologi Vokasional menggabungkan tiga bidang pengajian iaitu bidang sains, matematik dan teknologi maklumat, standard kandungannya digubal untuk kegunaan murid vokasional. Matlamat Teknologi Vokasional adalah untuk mengembangkan potensi murid agar boleh berfikir secara logik, kritis, kreatif dan inovatif terutama ketika mengikuti pembelajaran kemahiran vokasional.

4.1.3 Komponen Kemahiran Vokasional

Komponen Kemahiran Vokasional terdiri daripada dimensi Kemahiran Vokasional Asas dan Kemahiran Vokasional Spesifik. Kemahiran Vokasional Asas merupakan pendidikan pra-vokasional yang ditawarkan di Tingkatan 1. Pra Vokasional meliputi enam kemahiran dalam bidang Teknikal, Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga, Seni dan Kebudayaan, Kraf tangan, Perdagangan dan TMK. Modul-modul Pra-Vokasional adalah untuk memberi pendedahan dan menyediakan murid dari segi mental dan fizikal sebelum mereka menjurus kepada beberapa pengkhususan spesifik pekerjaan mengikut standard dan keperluan industri yang ditawarkan di Tingkatan 2 dan 3. Kemahiran Vokasional Spesifik pula memberi penekanan kepada tiga aspek penting untuk melahirkan individu yang bersedia memasuki alam pekerjaan, iaitu aspek kemahiran kebolehkerjaan (employability skills), kemahiran keusahawanan (entrepreneurial skills) dan kemahiran spesifik pekerjaan (job specific skills) yang bersifat hands-on. Kedua-dua kemahiran

Page 32: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

kebolehkerjaan dan keusahawanan juga merupakan kemahiran generik (soft skills), yang akan diaplikasikan dengan pembelajaran kemahiran spesifik.

Tiga peringkat Kemahiran Vokasional yang akan diikuti oleh murid ialah :

● Tingkatan 1 - Pra Vokasional● Tingkatan 2 - Kemahiran Tahap 1 (SKM Tahap

1)● Tingkatan 3 - Kemahiran Tahap 2 (SKM Tahap

2)

4.2 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 1

Semasa di Tingkatan 1, murid akan mengikuti 45 peratus Domain Vokasional dan 55 peratus Domain Akademik, sementara di Tingkatan 2 dan 3, Domain Vokasional adalah sebanyak 67 peratus dan 33 peratus bagi Domain Akademik. Jadual 3 menunjukkan senarai modul dalam komponen Jati Diri dan Teknologi Vokasional berserta peruntukan waktu seminggu akan disampaikan kepada murid Tingkatan 1.

BIL KOMPONEN DIMENSI MODULWaktu / Minggu

1 Jati Diri

Komunikasi Bahasa Malaysia Komunikasi 10

Patriotisme Sejarah 4

Sahsiah

Pend Islam / Pend Moral 4

Pendidikan Jasmani 2

Pendidikan Kesihatan 1

2Teknologi Vokasional

TeknologiTeknologi Vokasional (Sains, Matematik dan TMK)

4

3Kemahiran Vokasional

Rujuk Jadual 4

4Kemahiran Keusahawanan

Keusahawanan Merentas Kurikulum

Jadual 3 Sumber KPM: Senarai modul dalam komponen Jati Diri dan Teknologi Vokasional

Page 33: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

Komponen Kemahiran Pra Vokasional pula akan disampaikan melalui modul umum dan modul elektif. Enam modul umum yang berasaskan kepada kemahiran bidang Ekonomi Rumah Tangga, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Teknikal serta Pertanian disediakan sebagai modul `Taster’ untuk murid merasai dan mendapat pendedahan terhadap semua kursus kemahiran dan kerjaya yang ditawarkan dalam pasaran. Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran adalah sebanyak 20 waktu seminggu di mana setiap modul umum akan dilaksanakan dalam masa 80 waktu. Ini bermakna, selama 24 minggu pada 6 bulan pertama persekolahan murid akan mengikut satu persatu modul umum (480 waktu setahun). Modul Pengurusan Diri dicadangkan sebagai modul pertama diajar kerana matlamat dan kandungan modul ini adalah untuk memberi kemahiran mengurus diri kepada murid sebagai asas dan motivasi mengikuti pembelajaran seterusnya. Jadual 4 menunjukkan senarai enam modul umum Pra Vokasional yang wajib dipelajari oleh murid PAV.

Bil Modul UmumBilangan waktu

P&P / 35 minggu

Waktu /

Minggu

1 Pengurusan Diri 80 20

2 Asas Multimedia 80 20

3 Kera Asas Pembinaan 80 20

4 Asas Mekanikal 80 20

5 Aplikasi Litar Elektrik 80 20

6 Asas Pertanian 80 20

JUMLAH 480

Jadual 4 Sumber KPM : Modul umum Pra Vokasional Tingkatan 1

Seterusnya, murid akan mengikut modul elektif yang ditawarkan di sekolah masing-masing. Modul Elektif ini juga diajar sebanyak 20 waktu seminggu selama 11 minggu (220 waktu setahun). Ini akan menjadikan jumlah waktu bagi modul Pra Vokasional yang diikuti oleh murid ialah sebanyak 700 waktu untuk P&P selama 35 minggu.

BilModul Elektif

(1 modul sahaja)Bilangan waktu

P&PWaktu / Minggu

Page 34: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

1Penyediaan dan Penyajian Makanan

220 20

2 Bakeri 220 20

3 Pakaian dan jahitan 220 20

4 Seni Kecantikan 220 20

5 Asuhan Kanak-kanak 220 20

6 Animasi dan Visual 220 20

7 Pembuatan Perabot 220 20

8 Pelan Dekoratif 220 20

9 Perpaipan 220 20

10 Pembinaan Bangunan 220 20

11 Seni Reka Tanda 220 20

12 Automotif 220 20

13Penyejukbekuan dan Penyaman Udara

220 20

14 Kimpalan Arka 220 20

BilModul Elektif

(1 modul sahaja)Bilangan waktu

P&PWaktu / Minggu

15 Kimpalan Gas 220 20

16 Pendawaian Elektrik 220 20

17 Elektronik Audio Visual 220 20

18 Akuakultur 220 20

19 Tanaman 220 20

Jadual 5 Sumber KPM: Modul Elektif Pra Vokasional Tingkatan 1

4.3 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 2 dan 3

Page 35: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

Struktur Kurikulum PAV Tingkatan 2 dan 3 mengekalkan komponen yang sama, tetapi berbeza dari aspek waktu pembelajaran yang diperuntukkan. Komponen Jati Diri dan Teknologi Vokasional dikurangkan waktu P&P seminggu untuk memberi lebih waktu kepada modul kemahiran Tahap 1 di Tingkatan 2 dan modul Tahap 2 di tingkatan 3 di mana modul-modul berkenaan membolehkan murid diberi Sijil Kemahiran (SKM) selepas menamatkan kursus dengan jayanya. Komponen Kemahiran Keusahawanan diajar secara merentas kurikulum.

Bil Komponen Dimensi ModulWaktu / Minggu

Ting 2 Ting 3

1 Jati Diri

KomunikasiBahasa Malaysia Komunikasi 6 6

English For Communication

Patriotisme Sejarah 2 2

Sahsiah

Pend Islam / Moral 3 3

Pend Jasmani dan Pend Kesihatan 1 1

Ko-Kurikulum (Sukan, Pasukan Uniform dan Kelab / Persatuan)

1 1

2 Teknologi Vokasional

Teknologi Teknologi Vokasional (sains, Matematik dan TMK)

2 2

3 Kemahiran Vokasional

Vokasional Spesifik

Kemahiran dalam bidang Teknikal, Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga, Seni & Kebudayaan, Kraf tangan, Perdagangan dan TMK (Modul merujuk kepada NOSS)

* SKM Tahap 1

* SKM Tahap 2

30 30

Bil Komponen Dimensi Modul Waktu / Minggu

Page 36: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

Ting 2 Ting 3

4 Kemahiran Keusahawanan

Keusahawanan Merentas Desa

Jumlah Waktu Seminggu 45 45

Jadual 6 Sumber KPM : Struktur Kurikulum PAV Tingkatan 2 dan 3

4.4 Mata Pelajaran Pilihan Kemahiran Malaysia (SKM)

Murid PAV boleh menamatkan modul Tahap 1 SKM atau 2 SKM semasa di Tingkatan 2 atau sepanjang Tingkatan 2 hingga Tingkatan 3. Pilihan SKM murid PAV Tingkatan 2 hingga 3 yang ditawarkan di sekolah masing-masing berdasarkan kepada bengkel MPV sedia ada adalah ditunjukkan seperti pada Jadual 7 di bawah :

Bil Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3

Pra Vokasional Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Modul Umum Modul Elektif

1Pengurusan Diri Asas Multimedia Kerja Asas Pembinaan Asas Mekanikal Aplikasi Litar Elektrik Asas Pertanian

Penyediaan dan Penyajian Makanan

L-041-1 Pembantu Penyedia Makanan

L-041-2 Penyedia Makanan

2 BakeriL-100-1Pembantu Penyedia Roti

L-100-2 Penyedia Roti

3Pakaian dan Jahitan

K-012-1 Pembuat Pakaian Wanita

K-012-2 Pembuat Pakaian Wanita Kanan

4 Seni Kecantikan MP-060-1 Jurukecantikan MP-060-2 Jurukecantikan

5Asuhan Kanak-kanak

CC-010-1 Penjaga Kanak-kanak

CC-010-2 Penjaga Pusat Jagaan Kanak-kanak

6Animasi dan Visual

IT-050-2 Artis Multimedia - Visual

IT-040-2 Artis Multimedia - animator

7Pembuatan Perabot

RB-050-1 Pembuat PerabotRB-050-2 Pembuat Perabot Kanan

8 Pelan Dekoratif ID-040-1 Pereka Dalaman ID-040-2 Pereka Dalaman

Page 37: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

Rendah

9 Perpaipan B-020-1 Jurukerja Paip B-020-2 Jurukerja Paip

10Pembinaan Bangunan

B-010-1 Jurubina Bangunan

B-010-2 Jurubina Bangunan

11 Seni Reka TandaH-312-2 Juruteknik Reka bentuk Produk Industri

H-312-2 Juruteknik Reka bentuk Produk Industri

12Automotif

P-119-1 Juruteknik Automotif

TP-300-2 Juruteknik Kenderaan Motor

13 P-118-1 Juruteknik P-118-2 Juruteknik

Motosikal Motosikal Kanan

14

Penyejukbekuan dan Penyaman Udara

C-010-1 Mekanik Penyejukbekuan dan Penyaman Udara - Domestik

C-010-2 Mekanik Penyejukbekuan dan Penyaman Udara - Domestik

15

Kimpalan ArkaH-024-1 Jurukimpal Arka Logam Berperisai – Keluli Karbon

H-024-2 Jurukimpal Arka Logam Berperisai – Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat

16 Kimpalan Gas H-022-1 Jurukimpal Gas H-022-2 Jurukimpal Gas

17 Pendawaian Elektrik

C-051-1 Juruteknik Elektrik Rendah

C-051-2 Juruteknik Elektrik

18 Elektronik Audio Visual

EE-010-1 Juruteknik Rendah Elektronik Audio Visual

EE-010-2 Juruteknik Rendah Elektronik Audio Visual

19 Akuakultur AF-031-1 Operator Akuakultur

AF-031-2 Juruteknik Rendah Akuakultur

20 Tanaman Y-050-1 Pekerja Am Tanaman

Y-050-2 Juruteknik Tanaman

Jadual 7 Sumber KPM: Pilihan SKM murid PAV Tingkatan 2 hingga 3

Page 38: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

Maklumat lanjut berkaitan SKM dan NOSS boleh merujuk kepada buku Daftar Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang diterbitkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

4.5 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Kurikulum PAV menawarkan pendekatan pedagogi berkonsep “kurang mengajar”, belajar lebih (teach less, learn more)” , dan pembelajaran melalui pengalaman. Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut :

◙ Pendekatan modular berasaskan kompetensi

◙ Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, berasaskan tugasan dan aktiviti

◙ Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk

◙ Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif)

◙ Pembelajaran kolaboratif dan koperatif

◙ Pembelajaran Masteri

◙ Integrasi teknologi ICT merentas kurikulum

◙ Integrasi keusahawanan merentas kurikulum

◙ Lawatan industri

Contoh Jadual Waktu P & P, sila rujuk Lampiran C

5. PENTAKSIRAN PAV

5.1 Dokumen Pentaksiran

Dokumen berkaitan pentaksiran akan diterbitkan oleh Lembaga Peperiksaan KPM untuk kegunaan guru dan murid PAV. Beberapa sesi Kursus / bengkel / mesyuarat akan diadakan untuk memaklumkan pengurusan pentaksiran PAV kepada pentadbir dan guru.

5.2 Pengurusan Pentaksiran dan Eviden

Page 39: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

5.2.1 Fail Pengurusan Pentaksiran

Fail Pengurusan Pentaksiran hendaklah dikemas kini, disimpan dan disemak oleh pihak yang diberi kuasa memeriksa. Fail hendaklah disimpan dengan selamat dan sentiasa mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa.

5.2.2 Eviden

Eviden merupakan bukti kepada pelaksanaan pentaksiran. Eviden hendaklah ditunjukkan kepada pihak yang diberi kuasa dan disimpan di tempat yang selamat selama diperlukan untuk tujuan pengesahan.

6. PROGRAM UJI RINTIS

Uji rintis sesuatu dokumen standard kurikulum merupakan antara tindakan yang perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah tertentu bertujuan untuk mendapatkan maklum balas kebolehlaksanaan kurikulum berkenaan dan diikuti dengan tindakan penambahbaikan sebelum penyebaran untuk dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak sekolah. Surat Siaran telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bertarikh 24 Oktober 2011 memaklumkan kepada semua Pengarah Pelajaran Negeri mengenai pelaksanaan Projek Rintis PAV di sekolah menengah yang terpilih. Kandungan surat siaran ini juga menekankan bahawa pelaksanaan Projek Rintis PAV adalah menjadi tanggungjawab semua pihak bermula dari Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Pengetua Sekolah berkenaan.

6.1 Objektif Uji Rintis Kurikulum Standard PAV

Ujian rintis ini dijalankan untuk melihat perkara berikut :6.1.1 Kesesuaian kandungan kurikulum PAV6.1.2 Kesesuaian bahasa yang digunakan6.1.3 Kefahaman terhadap isi kandungan6.1.4 Penerimaan murid6.1.5 Persediaan sekolah6.1.6 Keberkesanan jadual waktu PAV6.1.7 Kesesuaian peralatan dan prasarana6.1.8 Kesesuaian norma guru PAV6.1.9 Mengesan kekurangan dan kelebihan pelaksanaan6.1.10 Menilai pelaksanaan kurikulum PAV6.1.11 Menambah baik pelaksanaan kurikulum PAV6.1.12 Mengenal pasti kompetensi guru dan murid6.1.13 Menilai keberkesanan kursus / latihan guru6.1.14 Menilai keberkesanan PBS6.1.15 Menilai keberkesanan JU membimbing guru

Page 40: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

6.1.16 Menilai keberkesanan modul pembelajaran PAV6.1.17 Mendapatkan maklum balas murid, ibu bapa, guru dan pentadbir6.1.18 Mengumpul dan menyelesaikan masalah yang timbul

6.2 Kriteria Pemilihan Sekolah Rintis

6.2.1 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) berkenaan mempunyai kemudahan prasarana Mata Pelajaran Vokasional (MPV).

6.2.2 Mempunyai peralatan dan bengkel yang hampir menyamai keperluan pelaksanaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1.

6.2.3 Sebuah sekolah dipilih pada setiap negeri menjadikan jumlah sebanyak 15 SMK sahaja.

6.2.4 SMK terpilih adalah mewakili Bandar dan Luar Bandar.

6.2.5 SMK terpilih hanya memerlukan penambahan peralatan dan naik taraf fizikal bengkel / makmal / ladang yang minimum

6.2.6 SMK menerima murid Sekolah Kebangsaan (SK) yang mempunyai pencapaian tahap UPSR yang minimum.

6.2.7 Dapatan Kajian Pemetaan di antara Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) bagi Mata Pelajaran Vokasional (MPV) dengan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard – NOSS), Kementerian Sumber Manusia menunjukkan terdapat persamaan yang signifikan antara kedua-dua dokumen berkenaan dari aspek kendungan (sila rujuk lampiran A).

6.3 Senarai Sekolah Rintis PAV

Sila rujuk Lampiran B

6.4 Kriteria Pemilihan Guru PAV

6.4.1 Guru PAV wajib mempunyai kelayakan ikhtisas dalam bidang yang diajar dan memiliki opsyen yang berkaitan. Guru bukan opsyen perlu mengikuti latihan intensif khususnya berkaitan pengetahuan dan kemahiran vokasional. Pengetua boleh mempertimbangkan kelayakan guru berdasarkan keperluan kelas PAV. Guru Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) adalah diberi keutamaan untuk terlibat dengan rintis PAV Tingkatan 1. Guru MPV juga perlu mengikuti kursus orientasi

Page 41: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

kurikulum PAV Tingkatan 1 dan boleh terlibat dengan program rintis. Untuk pelaksanaan PAV seterusnya, Guru KHB boleh dipertimbangkan untuk mengajar murid Tingkatan 1 sementara guru MPV dipertimbangkan untuk mengajar murid Tingkatan 2 hingga 3.

6.4.2 Guru perlu komited dan kreatif dalam memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh menarik minat murid untuk hadir ke sekolah.

6.4.3 Norma guru setiap satu kelas PAV adalah seperti berikut :

a) Norma guru mata pelajaran bidang bahasa, bidang sains dan matematik, bidang kemanusiaan adalah berdasarkan norma guru semasa yang sedang berkuat kuasa.

b) Norma guru mata pelajaran bidang teknik dan vokasional juga berdasarkan norma guru semasa yang sedang berkuat kuasa.

6.5 Kriteria Pemilihan Murid PAV

Pemilihan murid PAV dalam pelaksanaan rintis PAV adalah melalui 4 (empat) kriteria yang ditetapkan iaitu :

6.5.1 Pencapaian UPSR : Murid yang dipilih memperoleh pencapaian UPSR yang rendah. Keutamaan diberikan kepada murid berpotensi memilih bidang kemahiran sebagai pilihan pendidikan. Murid Masalah Pembelajaran (Learning Disability) tidak digalakkan memilih PAV.

6.5.2 Proses Kaunseling : Murid PAV diberi bimbingan oleh kaunselor pada awal Tingkatan 1 mengenai hala tuju pembelajaran PAV khususnya pemilihan mata pelajaran pra-vokasional dan persijilan kemahiran.

6.5.3 Persetujuan ibu bapa / penjaga : Pentadbir sekolah mengadakan sesi taklimat bagi mendapat persetujuan ibu bapa / penjaga manakala beberapa aspek perlu diambil kira dalam memberi panduan tentang potensi anak mereka dan kesesuaian dalam bidang yang dipilih.

6.5.4 Pentaksiran psikometrik : Pentaksiran psikometrik dilaksanakan bagi tujuan saringan serta mengenal pasti kecenderungan, minat, bakat, cara pembelajaran, aptitud dan kebolehan literasi numerasi.

Page 42: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

6.6 Pengurusan dan Bilangan Murid

Pengurusan kelas murid PAV adalah seperti berikut :

6.6.1 Pengambilan murid di dalam setiap kelas adalah 30 orang murid.

6.6.2 Bagi mata pelajaran bidang bahasa, bidang sains dan matematik, bidang kemanusiaan selain bidang kemahiran, kelas PAV tidak boleh digabungkan dengan kelas lain dalam aliran arus perdana.

6.6.3 Pentadbir sekolah melantik guru tingkatan untuk menguruskan pentadbiran kelas.

6.6.4 Kaunselor bertanggungjawab menganalisis perkembangan murid dan memberi maklum balas kepada guru mata pelajaran PAV.

6.6.5 Cadangan pelaksanaan modul PAV Pra Vokasional Tingkatan 1 adalah seperti berikut :

6.6.5.1 Modul Umum diajar oleh guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)

6.6.5.2 Modul Elektif diajar oleh guru sedia ada yang mengajar Mata Pelajaran Vokasional (MPV).

7. PERANAN AGENSI BERKAITAN

Bagi tujuan Rintis PAV sahaja, berikut adalah peranan dan tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat dalam melaksanakan program berkenaan.

7.1 Agensi Pusat KPM

7.1.1 Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV)

a) Menjadi Agensi Utama (Lead Agency) kepada bahagian lain KPM untuk menyelaraskan hal-hal penting serta melaporkan kepada pihak atasan.

b) Mengedarkan surat dan memo siaran berkaitan pelaksanaan PAV.

c) Melaksanakan kursus orientasi kurikulum kepada guru yang mengajar mata pelajaran akademik dan vokasional untuk tujuan peningkatan, kelayakan kemahiran dan laluan kerjaya guru khusus untuk PAV.

Page 43: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

d) Melatih dan meningkatkan kompetensi Pembantu Am (PAV).

e) Menyebarkan maklumat kepada semua pihak berkepentingan (stake holders) di KPM melalui taklimat pelaksanaan.

f) Melaksanakan jerayawara “out reach” kepada masyarakat umum.

g) Menyediakan prasarana bengkel dan makmal di sekolah mengikut keperluan kurikulum.

h) Memantau, menilai dan menyediakan laporan mengenai pelaksanaan rintis PAV.

i) Bertanggungjawab mengeluarkan surat siaran yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia kepada Pengarah JPN berkaitan pelaksanaan rintis PAV.

7.1.2 Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)

a) Membangun dan menyebarluaskan dokumen standard kurikulum kepada semua pihak yang terlibat dengan pelaksanaan kurikulum PAV.

b) Membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) program rintis.

c) Menjalankan taklimat uji rintis kepada pentadbir sekolah yang terlibat.

d) Menyediakan Jurulatih Utama Kurikulum PAV (JUK) dan menjalankan kursus orientasi kurikulum dan modul P&P kepada pentadbir dan guru yang terlibat dengan program rintis.

e) Memantau, menilai dan menyediakan laporan uji rintis kurikulum PAV merangkumi perkara-perkara berikut :

● Tujuan / Objektif● Latar belakang● Dapatan● Kesimpulan

f) Membentangkan laporan uji rintis dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah / Timbalan Pengarah.

g) Memurnikan dokumen standard kurikulum mengikut keputusan atau arahan Pengarah / Timbalan Pengarah.

Page 44: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

h) Menguruskan penerbitan dokumen standard kurikulum PAV.

7.1.3 Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)

a) Membangun dan menyebarluaskan dokumen berkaitan pentaksiran untuk kegunaan guru dan murid PAV.

b) Menjalankan sesi kursus / bengkel / mesyuarat untuk memaklumkan pengurusan pentaksiran PAV kepada pentadbir dan guru.

c) Memantau, menilai dan menyediakan laporan pelaksanaan rintis PAV dari aspek pentaksiran Tingkatan 1.

7.1.4 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)

a) Mengkaji dan menyediakan norma guru PAV

b) Mengkaji dan menyediakan norma Pembantu Am (PAV)

7.1.5 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)

a) Menempatkan guru kepada sekolah yang menawarkan PAV mengikut norma yang sedang berkuat kuasa.

b) Menstruktur tadbir urus sekolah dengan mewujudkan jawatan koordinator PAV.

c) Menilai dan memantau pelaksanaan rintis PAV.

7.1.6 Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

Page 45: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

a) Melatih guru PAV untuk mendapatkan sijil SKM yang bersesuaian.

b) Melatih guru PAV untuk meningkatkan kemahiran yang bersesuaian.

c) Menyelaras latihan dalam perkhidmatan guru PAV dan Pembantu Am (PAV).

7.1.7 Bahagian Lain KPM

a) Memberi maklum balas pelaksanaan rintis PAV kepada semua bahagian KPM yang terlibat dengan PAV.

b) Menilai dan memantau pelaksanaan rintis PAV.

7.2 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)

7.2.1 Menyediakan pegawai meja di Sektor Pengurusan Sekolah yang menguruskan guru dan murid manakala di Sektor Pengurusan Akademik yang menguruskan mata pelajaran sebagai pemudah cara pelaksanaan rintis PAV.

7.2.2 Menjelaskan maksud surat siaran berkaitan pelaksanaan rintis PAV kepada sekolah yang terlibat melalui taklimat/bengkel/mesyuarat.

7.2.3 Menilai dan memantau pelaksanaan rintis PAV menggunakan instrumen yang disediakan.

7.2.4 Menyediakan laporan dapatan penilaian dan pemantauan serta mengambil tindakan susulan dengan kadar sesuai.

7.2.5 Memberi maklum balas pelaksanaan rintis PAV kepada semua bahagian KPM yang terlibat dengan PAV.

7.3 Sekolah

7.3.1 Pengetua

a. Memastikan program rintis dilaksanakan di sekolah berdasarkan pekeliling dan surat siaran yang sedang berkuat kuasa.

b. Memastikan PCG dipohon mengikut kadar yang ditentukan.

Page 46: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

c. Mempromosikan PAV melalui taklimat kepada ibu bapa / penjaga, murid dan masyarakat.

d. Memastikan prasarana untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran disediakan dan berfungsi.

e. Memantau aktiviti pengajaran guru, pembelajaran murid, pelaksanaan modul dan pentaksiran PAV.

f. Menyediakan jadual waktu persekolahan untuk pelaksanaan rintis PAV (Lampiran C).

g. Menentukan tugas Pembantu AM (PAV) membantu di bengkel / makmal / ladang bagi membantu guru melaksanakan tugas bukan pengajaran.

h. Menyediakan laporan dapatan penilaian dan pemantauan serta mengambil tindakan susulan dengan kadar sesuai.

i. Memberi maklum balas pelaksanaan rintis PAV kepada PPD / JPN / bahagian KPM yang terlibat

j. Mendaftarkan sekolah sebagai pusat bertauliah SKM.

k. Mempunyai kelayakan sebagai pengurus pusat bertauliah.

l. Memastikan guru berkelayakan sebagai tenaga pengajar SKM

7.3.2 Guru

a. Memastikan menerima dokumen standard kurikulum dan modul berkaitan PAV.

b. Menyampaikan pengajaran berdasarkan kandungan dokumen standard kurikulum.

c. Melaksanakan pentaksiran berdasarkan kandungan dokumen pentaksiran.

d. Mendokumentasikan dokumen pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran PAV dan menyimpan di tempat yang selamat.

e. Menghadiri kursus / bengkel / mesyuarat yang dianjurkan oleh mana-mana bahagian KPM dari semasa ke semasa.

f. Melengkapkan dokumen dan fail-fail yang berkaitan dengan pelaksanaan PAV.

Page 47: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

g. Menyediakan dan mempamerkan jadual pelaksanaan modul PAV.

h. Memastikan peralatan mencukupi dan boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran.

i. Mengikuti kursus kelayakan sebagai pengajar SMK bertauliah.

7.3.3 Pembantu AM (PAV)

a. Mengurus peralatan, bahan, kebersihan dan mengawasi keselamatan di bengkel.

b. Menyusun atur peralatan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

c. Menyediakan bahan dan peralatan sebelum pengajaran dan pembelajaran.

d. Melaksanakan verifikasi inventori peralatan dan bahan di bengkel / makmal / ladang.

e. Membantu guru bagi memastikan bengkel kondusif dan selamat digunakan.

f. Menjalankan kerja penyelenggaraan peralatan secara berkala.

g. Memastikan langkah-langkah keselamatan dipatuhi.

h. Menghadiri latihan disediakan KPM supaya mempunyai kemahiran untuk berkhidmat di sekolah yang menawarkan PAV.

i. Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

8. KEWANGAN

Peruntukan kewangan disediakan berdasarkan keperluan berikut :

8.1 Peruntukan kewangan bagi tujuan penyelenggaraan dan baik pulih peralatan / bengkel / makmal / ladang adalah berdasarkan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) tahun semasa.

8.2 Geran Per Kapita (Per Capita Grant) mata pelajaran bidang bahasa, bidang sains dan matematik, bidang kemanusiaan, teknik dan vokasional adalah berdasarkan pekeliling PCG yang sedang berkuat kuasa. Maklumat terkini

Page 48: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

PCG mata pelajaran bagi tujuan rintis boleh diperoleh dari Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV).

9. DOKUMEN RINTIS PAV

9.1 Dokumen Standard Kurikulum mengandungi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran boleh diperoleh dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM.

9.2 Modul Pembelajaran mengandungi aktiviti murid untuk mencapai Standard Kandungan boleh diperoleh dari Bahagian Kurikulum (BPK), KPM.

9.3 Modul Pentaksiran mengandungi Standard Prestasi dan Standard Kompetensi boleh diperoleh dari Lembaga Peperiksaan (LP), KPM.

9.4 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV boleh diperoleh dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM.

9.5 Instrumen Pemantauan rintis PAV untuk mengenal pasti keperluan penambahbaikan rintis boleh diperoleh dari BPK, KPM.

10. KESIMPULAN

Page 49: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

Pendidikan Asas Vokasional (PAV) merupakan satu dasar kurikulum dan kaedah untuk menyelesaikan masalah keciciran murid-murid di peringkat awal lagi. Berdasarkan perangkaan Kementerian Pelajaran Malaysia, kadar keciciran murid-murid di peringkat rendah (UPSR) yang tinggi, keadaan ini memerlukan penyelesaian yang terbaik agar murid-murid ini tidak terbiar dan boleh menjerumuskan mereka ke arah aktiviti-aktiviti yang negatif.

Dasar ini juga adalah untuk memperkembangkan lagi potensi individu (murid-murid) yang mempunyai kelebihan dalam bidang kemahiran untuk memperkembangkan bakat mereka ke arah saluran yang sesuai. Murid-murid juga mempunyai lebih banyak pilihan untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Dasar ini juga untuk memendekkan murid-murid ini memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia 3 (SKM 3) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM 4) selepas mereka menamatkan pengajian dengan jaya selepas Menengah Atas sahaja (Tingkatan 5). Kemudian mereka berpeluang melanjutkan ke Institusi Pendidikan Tinggi Vokasional untuk mendapatkan Ijazah Pertama dan seterusnya.

11. RUJUKAN

Page 50: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

Anuar, Khidzir, Ramli & Azmi (2011) : Panduan Pelaksanaan Rintis Pendidikan Asas Vokasional (PAV) di Sekolah Menengah Harian, Sektor Pendidikan Teknik dan Vokasional Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Francis Wong H.K. & Ee T.H. (1975). Education in Malaysia, 2nd. Ed. Hong Kong: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd.

A proposal paper by UNESCO and ILO: Technical and Vocational Training for 21st Century (2002).

Kirkpatrick, S.A., Locke, E.A. (1991), "Leadership: do traits really matter?", Academy of (Rupert N.Evans, 1978)Management Executive, Vol. 5 pp.48-60.

Laugho & Lilis (1988). „How The Dual System Works‟.Learning to work, working to learn. Malaysia : ISIS Malaysia.

Atan Long (1984). The role of the National Vocational Training Council in themanagement of vocational training in Malaysia: A critical evaluation. Batu Pahat: KUiTTHO

John Baldani (1984). „Industrial Training in Malaysia – Challenge and Response‟. Editorial, Journal of the Malaysian Institute of Management.

Lampiran A

Page 51: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

BIL KOD MATA PELAJARAN MPV

PERATUS PERSAMAAN MPV – NOSS TAHAP 1/2

NOSS

1 RJP Rekaan dan Jahitan Pakaian 100% K-012-1 Pembuat Pakaian Wanita

2 MM Menservis Motosikal 96% P-118-1 Juruteknik Motosikal

3 MP Membuat Perabot 87% RB-050-1 Pembuat Perabot

4 TM Tanaman Makanan 81% Y-050-1 Pekerja Ladang Pertanian

5 AHRAkuakultur dan Haiwan Rekreasi

81%AF-030-2 Juruteknik Rendah Akuakultur

6 MPPPUMenservis Peralatan Penyejukan dan Penyaman Udara

76%C-010-1 Mekanik Penyejukbekuan dan Penyaman Udara – Domestik

7 PM Produksi Multimedia 68%

D-090-2 Artis Multimedia – Video

D-100-2 Artis Multimedia – Audio

IT-040-2ArtisMultimedia– Animator

IT-050-2 Artis Multimedia - Visual

8 KP Katering dan Penyajian 67%

HT-010-1 Pramusaji

L-041-1 Pembantu Penyedia Makanan

9 Pen. D Pendawaian Domestik 58% C-051-1 Juruteknik Elektrik Rendah

10 HAD Hiasan Dalaman Asas 58% ID-040-1 Pereka Dalaman Rendah

11 MA Menservis Automobil 58% P-119-1 Juruteknik Automotif

12 Pem. M Pemprosesan Makanan 53%Y-040-1 Operator Pengeluaran Pemprosesan Makanan

13 PMDRPenjagaan Muka dan Dandanan Rambut

49% N-011-1 Jurukecantikan

14 KAG Kimpalan Arka dan Gas 43%H-024-1 Jurukimpal Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon)

15 KPD Kerja Paip Domestik 37% B-020-1 Jurukerja Paip

Page 52: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

16 PD Pembinaan Domestik 32% B-010-1 Jurubina Bangunan

17 LN Landskap dan Nurseri 29% LE-010-1 Landscape Attendant

18 MPEDMenservis Peralatan Elektrik Domestik

10%EE-010-1 Electronic Audio Visual Junior Technican

19 APAKAsuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak

Tiada Kajian Pemetaan

Tiada Berkenaan

20 GAPGGerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatik

Tiada Kajian Pemetaan

Tiada Berkenaan

21 GB Grafik BerkomputerTiada Kajian

PemetaanTiada Berkenaan

22 SRT Seni Reka TandaTiada Kajian

PemetaanTiada Berkenaan

LAMPIRAN B

Page 53: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

Lampiran B

Page 54: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

ISU KEEMPAT :

NKRA.

Page 55: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

PENGENALAN

Selepas lebih 50 tahun merdeka, Malaysia telah mencapai banyak kemajuan dalam bidang

pendidikan.Kita telah mencapai kadar penyertaan pendidikan rendah yang universal dan

peningkatan penyertaan pendidikan menengah yang menggalakkan.

Pencapaian pendidikan di Malaysia menunjukkan penurunan berbanding dengan Singapura

dan Hong Kong.Perkara yang amat membimbangkan jurang pencapaian pelajar semakin

lebar .Contohnya, 20 % dari pelajar Malaysia tidak mencapai tahap penanda aras yang

minimum (TIMSS)

Penurunan dalam kualiti pendidikan secarakeseluruhan memerlukan perhatian kerana

perkara ini akan menyumbang kepada pembangunan modal insan Negara dan seterusnya

pembangunan ekonomi Negara.

ASPIRASI PENDIDIKAN

1 Aspirasi pendidikan di Malaysia adalah untuk meningkatkan keberhasilan

pelajar dan menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti kepada semua

pelajar diseluruh negara.

2 Peningkatan pencapaian pelajar amat krusial bagi membangunkan modal insan bagi

menghasikan tenaga kerja dan seterusnya merealisasikan Negara berpendapatan

tinggi menjelang 2020.

Page 56: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

3 Memastikan pendidikan berkualiti dapat dikecapi oleh semua bagi menambahbaik

taraf kehidupan penduduk Malaysia.

Atas aspirasi ini maka 4 sub NKRA PENDIDIKAN telah dipilih.

A. PRA SEKOLAH

B. LITERASI DAN NUMERASI (LINUS )

C. SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)

D. TAWARAN BARU KEPADA PEMIMPIN SEKOLAH

Page 57: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

NKRA PENDIDIKAN

NKRA pendidikan adalah salah satu dasar kerajaan yang berfokuskan dalam bidang

keberhasilan utama nasional.Tujuan utama dasar NKRA diwujudkan adalah untuk

meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.Dalam Bidang

Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan member tumpuan kepada 4

sub- NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

A. PRASEKOLAH

Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur 4 tahun keatas dan 5 tahun

keatas menjelang 2012 serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan

menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada system

pendidikan kebangsaan.Secara umum Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

diwujudkan untuk memastikan perkembangan holistic kanak-kanak.Amalan yang

diwujudkan adalah bersesuaian dengan perkembangan murid.Pendekatan yang digunakan

adalah pendekatan berpusatkan murid, pembelajaran menerusi permainan, berintegrasi

dan bertema, inkuiri penemuan dan pembelajaran berasaskan projek.Dari segi standard

pembelajaran pula ia merupakan pengenalan kepada asas literasi dan numerasi.Secara tidak

langsung pelajar akan bersedia untuk mengikuti pembelajaran di sekolah rendah

Page 58: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

B LITERASI DAN NUMERASI (LINUS)

Literasi adalah keupayaan untuk untuk membaca, menulis dan memahami perkataan

dalam B.Melayu, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah(dengan menggunakan kata

hubung dan) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta

komunikasi harian.

Numerasi merupakan keupayaan untuk melakukan operasi asas dan memahami idea

matematik yang mudah serta mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran Matematik

dalam kehidupan seharian.

Setiap kanak-kanak adalah diharapkan dapat menguasai kemahiran asas literasi dan

numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.Bagi kanak-

kanak berkeperluan khas , kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk mereka.

6 strategi pelaksanaan Program Linus untuk mencapai sasaran dan objektif.

1. Saringan murid(tahun 1, tahun 2 dan tahun 3)

2. Pembangunan bahan

3. Pengukuhan kemahiran pedagogi guru

4. Program kesedaran sekolah dan komuniti.

5. Pemantauan, Penyeliaan dan penilaian.

6. Pembentukan FasiLinus (Fasilitator LINUS)

Page 59: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

C SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)

Adalah diharapkan dengan wujudnya SBT maka lahirlah sekolah berprestasi tinggi yang

mempunyai etos, karakter dan identiti tersendiri.Sekolah-sekolah ini akan melonjakkan

kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi.Terdapat 3 objektif sekolah berprestasi

tinggi.

1. Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik.

Meningkatkan kualiti pencapaianb institusi pendidikan melalui peningkatan tahap

autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan

masing-masing.

2. Menghasilkan pelajar cemerlang

Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang

menjadi personality unggul dalam semua bidang.

3. Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem.

Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap

yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah-sekolah tersebut

Page 60: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

D TAWARAN BARU KEPADA PEMIMPIN SEKOLAH

Objektif tawaran baru adalah untik meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi

peningkatan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia.Pemimpin sekolah yang mempunyai

impak yang signifikan keatas kecemerlangan murid ialah:

1. Kepimpinan instruksional

Berperanan dalam pembangunan guru, serta merancang, menyelaras dan menilai

aktiviti pengajaran dan pembelajaran disekolah.

2. Agen perubahan utama

Memastikan visi dan misi diterjemahkan, selaras dengan matlamat sekolah, bagi

mencapai kemenjadian murid

3. Mewujudkan persekitaran yang kondusif

Menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif dan menyokong proses pengajaran

dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.

Pengetua dan guru besar yang melepasi sasaran akan mendapat ganjaran dalam bentuk :

1. Ganjaran kewangan

Insentif tahunan akan diberikan kepada diberikan kepada Pengetua dan Guru Besar yang

melepasi sasaran

Page 61: Penulisan Ilmiah  isu kurikulum

2. Ganjaran bukan kewangan

A . Program sandaran dengan institusi tersohor dalam dan luar Negara yang mencapai

tahap signifikan

B Laluan Kenaikan pangkat yang lebih cepat yang mencapai sasaran yang signifikan

tiga

tahun berturut-turut tanpa mengira zon

C Sijil penghargaan