penulisan karangan spm-isu pendidikan

42
Isu 1. Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Mata pelajaran Sains dan Matematik mula diajar dalam bahasa Inggeris di tahun satu, tingkatan satu dan enam rendah di semua sekolah kebangsaan mulai tahun 2003 sebelum dilaksanakan sepenuhnya pada semua peringkat sekolah menjelang 2008. Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, berkata penggunaan bahasa Inggeris bagi kedua-dua mata pelajaran itu di kolej matrikulasi bermula pada 2004 manakala di politeknik pula pada 2008. Murid tahun satu akan menggunakan sepenuhnya dua subjek berkenaan dalam bahasa Inggeris pada peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), pada 2008 manakala pelajar tingkatan satu akan mengambil dua subjek itu dalam bahasa Inggeris pada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2005 dan seterusnya kumpulan ini mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pada 2007. Kementerian Pendidikan memahami kebimbangan pelbagai pihak, terutama guru, pelajar dan ibu bapa, pada peringkat awal pelaksanaan dasar berkenaan yang pasti menghadapi pelbagai cabaran. Oleh itu, bagi melengkapkan guru dengan kemahiran asas berbahasa Inggeris, pihak kementerian menyediakan kursus intensif jangka pendek dan panjang termasuk program 'face-to-face immersion', kursus hujung minggu, modul pembelajaran kendiri dan on-line berdasarkan laman web. Kementerian Pendidikan telah menyediakan peruntukan terhadap intensif baru ini . Kabinet menganggap pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sebagai satu kepentingan utama negara dan mengarahkan Kementerian Pendidikan memberi perhatian sepenuhnya bagi menjayakan dasar ini, menurut Menteri Pendidikan. Bagi memantapkan dan membolehkan pengajaran ini dapat dibuat dengan lebih berkesan, pihak kementerian menyediakan sejumlah peruntukan untuk membekalkan infrastruktur teknologi komunikasi maklumat (ICT) seperti komputer bimbit, projektor LCD, skrin dan bahan interaktif kepada sekolah.

Upload: sszma

Post on 06-Jun-2015

47.506 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

Isu 1. Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris

Mata pelajaran Sains dan Matematik mula diajar dalam bahasa Inggeris di tahun satu, tingkatan satu dan enam rendah di semua sekolah kebangsaan mulai tahun 2003 sebelum dilaksanakan sepenuhnya pada semua peringkat sekolah menjelang 2008. Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, berkata penggunaan bahasa Inggeris bagi kedua-dua mata pelajaran itu di kolej matrikulasi bermula pada 2004 manakala di politeknik pula pada 2008. Murid tahun satu akan menggunakan sepenuhnya dua subjek berkenaan dalam bahasa Inggeris pada peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), pada 2008 manakala pelajar tingkatan satu akan mengambil dua subjek itu dalam bahasa Inggeris pada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2005 dan seterusnya kumpulan ini mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pada 2007.

Kementerian Pendidikan memahami kebimbangan pelbagai pihak, terutama guru, pelajar dan ibu bapa, pada peringkat awal pelaksanaan dasar berkenaan yang pasti menghadapi pelbagai cabaran. Oleh itu, bagi melengkapkan guru dengan kemahiran asas berbahasa Inggeris, pihak kementerian menyediakan kursus intensif jangka pendek dan panjang termasuk program 'face-to-face immersion', kursus hujung minggu, modul pembelajaran kendiri dan on-line berdasarkan laman web. Kementerian Pendidikan telah menyediakan peruntukan terhadap intensif baru ini .

Kabinet menganggap pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sebagai satu kepentingan utama negara dan mengarahkan Kementerian Pendidikan memberi perhatian sepenuhnya bagi menjayakan dasar ini, menurut Menteri Pendidikan. Bagi memantapkan dan membolehkan pengajaran ini dapat dibuat dengan lebih berkesan, pihak kementerian menyediakan sejumlah peruntukan untuk membekalkan infrastruktur teknologi komunikasi maklumat (ICT) seperti komputer bimbit, projektor LCD, skrin dan bahan interaktif kepada sekolah.

Menteri Pendidikan berkata, bekalan elektrik akan dibekalkan secepat mungkin kepada sekolah-sekolah yang masih tidak mempunyai kemudahan berkenaan, selain dibekalkan dengan bahan rujukan bercorak sains. Beliau berkata, pihak kementerian sedang menyediakan buku teks dalam bahasa Inggeris untuk kemudahan pelaksanaan dasar ini. Dalam merangka strategi ini jawatankuasa pelaksanaan telah mengambil kira ulasan, pandangan dan teguran pelbagai pihak termasuk pendidik, ahli akademik, guru-guru, majlis guru besar dan pengetua, kesatuan guru dan orang ramai.

Page 2: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah untuk menyediakan generasi muda kini bagi menghadapi saingan global dengan penuh keyakinan. Kerajaan menggariskan bahawa matlamat utama pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, adalah untuk membolehkan pelajar mendalami dan memahami dua bidang ilmu itu secara lebih berkesan, sekali gus dimanfaatkan untuk pembangunan serta kemajuan negara.

Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, berkata pengetahuan dalam dua bidang penting itu sentiasa berkembang pantas berikutan hasil penyelidikan pesat dan kebanyakan ilmu terbabit disebar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa global. Justeru, pelaksanaan baru dalam sistem pendidikan negara itu, akan menjadikan rakyat Malaysia berupaya menangani cabaran serta persaingan global dengan penuh yakin, berilmu pengetahuan dan memiliki kemahiran.

Beliau berkata, satu lagi matlamat penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah ialah untuk membantu pelajar meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris berbanding hanya mempelajarinya melalui subjek itu sendiri. Apabila suatu bahasa berkenaan digunakan secara meluas dalam komunikasi harian, tahap penguasaan serta kefasihan bahasa itu akan meningkat. Oleh itu, dalam bidang pendidikan, cara terbaik untuk mempelajari bahasa terbabit ialah dengan menggunakannya sebagai alat pembelajaran. Fokus kementerian ialah menyiapkan pelajar memasuki pasaran kerjaya dan memastikan mereka tidak `tertewas’ kepada pihak yang menguasai bahasa berkenaan dengan lebih baik.

Menurut Tan Sri Musa, dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi), permintaan untuk pekerja berilmu pengetahuan adalah besar. Justeru, mereka yang tiada kemahiran bahasa akan ketinggalan memandangkan komunikasi adalah kunci persefahaman.

Pihak institusi pendidikan swasta turut berperanan membantu kerajaan meningkatkan usaha memantapkan pengajaran Matematik dan Sains menggunakan bahasa Inggeris.Pengerusi PTPL, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin mengatakan bahawa kolej-kolej PTPL akan membantu kerajaan melalui program e-MS. E-MS ialah lanjutan projek HOPE (High Optimum Performance in Education) yang mensasarkan kecemerlangan pelajar tingkatan

Page 3: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

lima dalam tiga mata pelajaran khusus, iaitu Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.

Sebagai permulaan,projek berkenaan membabitkan pelajar tingkatan satu dan enam rendah dan akan mengembangkannya ke peringkat lain pada masa depan.“Kesemua sembilan cawangan PTPL akan menyertai program kebangsaan ini, iaitu di Shah Alam, Ampang, Kota Bharu, Sabah, Seremban, Kajang, Sarawak, Pulau Pinang dan Sungai Petani.Kelas akan diadakan dua hari seminggu. Kakitangan akademik PTPL dan KUTPM akan memberikan tenaga bimbingan dan khidmat nasihat mengenai penggunaan modul komputer Matematik serta Sains, kepada guru dan pelajar.Dijangka 100 sekolah seluruh negara terbabit dalam projek e-MS.

Kokurikulum bantu pencapaian akademikBerita Harian - 02/05/02

Pelajar harus menjadikan proses mendapat kemahiran dan pendidikan tinggi sebagai tempoh yang paling bermanfaat dan kaya dengan pengalaman. Ini disebabkan pengetahuan dan pergaulan semasa berada di institusi pengajian tinggi akan membantu pelajar menjadi graduan yang mempunyai keperibadian yang menyeluruh serta pekerjaan yang dedikasi.Untuk itu, pelajar tidak boleh terlalu menumpukan perhatian kepada kuliah saja tetapi mestilah membabitkan diri dengan kegiatan bukan akademik secara langsung.Ketua Pengarah Mara, Datuk Mohd Mydin Mohd Sheriff berkata, kegiatan luar kuliah atau kokurikulum seperti permainan dan sukan, pakaian seragam dan kelab dapat membangunkan potensi atau bakat pelajar.Katanya, aktiviti kelab bersifat akademik seperti debat atau badan beruniform seperti seni mempertahankan diri akan membolehkan pelajar mendapat pengalaman berorganisasi dan berinteraksi dengan pelbagai pihak.Pelajar yang terpilih sebagai pemimpin pula, katanya, akan memperoleh pengalaman dan pengetahuan yang amat tinggi nilainya dalam pembentukan sifat kepemimpinan.“Begitu juga pelajar yang aktif dalam aktiviti sukan dan permainan dalaman yang biasanya mempunyai badan yang cergas dan minda yang cerdas berbanding pelajar yang tidak terbabit dengan kegiatan berkenaan.“Selain memberi pengetahuan atau pengalaman yang tidak boleh didapati menerusi kuliah, mereka juga aktif atau tidak mudah letih dan penat.

“Ini penting untuk pelajar kerana kelebihan ini membolehkan mereka mengulang kaji pelajaran hingga beberapa jam pada sebelah malam dan menyumbang kepada pencapaian akademik yang lebih baik.“Jadi, kegiatan kokurikulum ini bukan saja untuk membina kemahiran lain

Page 4: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

yang tidak diajarkan dalam bilik kuliah, tetapi juga akhirnya membantu kecemerlangan dan pencapaian akademik,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penutup Karnival Sukan Pertama Institut Kemahiran Tinggi Mara (IKTM) di Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.Karnival itu disertai empat IKTM, iaitu Malaysia France Institute (MFI), German Malaysia Institute (GMI), British Malaysia Institute (BMI) dan Malaysia Institute of Aviation Technology (Miat).Sebanyak lapan acara dipertandingkan dalam program selama dua hari itu yang membabitkan kira-kira 280 pelajar.GMI muncul sebagai juara keseluruhan dan menerima piala pusingan daripada Mohd Mydin.Beliau berkata, karnival yang dianjurkan buat pertama kali itu bertujuan merapatkan perhubungan sesama pelajar dan juga kakitangan IKTM.Beliau berkata, program berkenaan akan dianjurkan secara lebih besar dan meriah pada tahun depan agar lebih ramai pelajar serta kakitangan IKTM dapat membabitkan diri.Miat yang mempunyai kampus tetap di Sepang, Selangor bersetuju menjadi tuan rumah bagi karnival tahun depan.“Karnival sukan seperti ini adalah program yang julung kali diadakan dan dapat mempertemukan hampir semua pelajar dan kakitangan IKTM untuk saling berkenalan dan beramah mesra.

SEKOLAH YANG BERJAYA  Perkembangan mutakhir sistem pendidikan di Malaysia kini menuntut

kebijaksanaan pendokongnya untuk merealisasikan wawasan pendidikan negara dan citra Wawasan 2020. Visi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah menzahirkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu. 

Jesteru itu bagi menyahut cabaran tersebut, maka sekolah yang berjaya adalah merupakan satu alternatif terbaik untuk dicapai. Merujuk kepada pelbagai pendapat pengkaji-pengkaji seperti Morrison,K. Hopkins, D. Smith dan lain-lain lagi adalah jelas bahawa sekolah yang berjaya boleh dicapai dan direalisasikan sebagai satu instrumen dalam sistem pendidikan di Malaysia. 

Ciri-ciri sekolah berjaya adalah seperti mempunyai kepimpinan pengetua yang dinamis dan berkesan , pengurusan kurikulum yang tersusun, pemantauan ataupun penyeliaan yang baik dan lain-lain lagi. Ini merupakan di antara elemen-elemen yang perlu ada bagi sesebuah sekolah yang dianggap sebagai berjaya. 

Sesungguhnya sekolah yang berjaya bukanlah impian yang tidak boleh menjadi kenyataan , malahan ia adalah sesuatu yang mampu dicapai sekiranya mempunyai komitmen yang tinggi dari semua pihak yang terlibat.  Semua pihak sangat mengharapkan kejayaan sesebuah sekolah terutamanya sekiranya sesebuah sekolah mencapai kejayaan dari segi kurikulum di mana peratus kelulusan bagi sesuatu

Page 5: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

peperiksaan awam dapat dipertingkatkan. Saban tahun selepas keputusan peperiksaan awam diumumkan, kerajaan dan pelajar serta masyarakat akan memandang kepada peningkatan pencapaian pelajar.Ini adalah kerana pelajar –pelajar pada hari ini merupakan pemimpin pada masa akan datang. Dalam mencapai Wawasan 2020 iaitu menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang maju , satu komitmen yang waja dan jitu adalah diperlukan di kalangan pelajar-pelajar bagi menimba ilmu. 

Menurut Mahathir Mohamed (1995) sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa negara Jepun dan Jerman yang pernah kalah dalam peperangan dunia telah bangun semula dan lebih maju daripada negara yang mengalahkan mereka . Ini disebabkan mereka berani dan sanggup mengambil risiko serta mempunyai nilai-nilai yang mulia dan berdisiplin di mana ini membolehkan mereka maju dan mencapai kejayaan. Bagi melahirkan satu jenerasi yang cemerlang , kerajaan perlu memberi komitmen yang sepenuhnya bagi meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan. Jesteru itu satu reformasi pendidikan bergerak begitu pantas apabila kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengadakan berbagai-bagai perubahan yang perlu untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh seperti memperkenalkan penggunaan komputer sejajar dengan zaman ledakan maklumat , menubuhkan sekolah Bestari dan sebagainya. Ini adalah kerana sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk mengubah pemikiran dan sahsiah pelajar dan menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara. 

Bagi mencapai tujuan tersebut , keperluan untuk menjadikan sesebuah sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang berjaya adalah diperlukan. Sesebuah sekolah itu dikatakan berjaya sekiranya mencapai prestasi yang baik di dalam akademik , iklim sekolah yang merangsangkan pengajaran dan pembelajaran , komitmen di kalangan guru, ibubapa , waris dan seluruh masyarakat malahan kepada gaya kepemimpinan pihak pengurusan sekolah tersebut. Menurut Sulaiman Masri (1996) , keluarga yang bahagia akan dapat melahirkan budaya cemerlang di kalangan anak-anak. Begitulah juga di dalam melahirkan sebuah sekolah yang berjaya di mana keadaan sekolah yang bahagia di kalangan warga sekolah akan menjamin berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna di kalangan pelajar-pelajar. Jesteru itu maka golongan muda akan membesar sebagai seorang individu yang berkualiti di mana mereka akan bersedia memberikan sumbangan kepada pembangunan negara.

Oliver (1994) telah menurunkan suatu model komitmen yang menghubungkan ciri-ciri organisasi dan ciri-ciri individu . Dalam model ini , beliau menyatakan jangkaan individu terhadap kerja disatukan dengan keadaan persekitaran kerja bagi menghasilkan persepsi. Bagaimana persepsi ini mencetuskan sikap serta perlakuan adalah bergantung kepada nilai-nilai individu serta keadaan persekitaran. Sebagai contohnya , amalan penyeliaan , ganjaran dan sebagainya. Sikap serta perlakuan ini akan menjadi daya pendorong kepada cara kerja individu dalam satu bentuk sosialisasi , perubahan sikap dan persekitaran kerja yang baik di dalam membentuk nama serta nilai

Page 6: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

kumpulan. Ini adalah berkaitan dengan usaha bagi mencapai kejayaan sesebuah sekolah itu di mana setiap insan yang terlibat sama-sama mengemblengkan tenaga bagi mencapai tujuan yang tersebut,

KONSEP SEKOLAH YANG BERJAYA Sekolah yang berjaya boleh ditakrifkan sebagi sebuah sekolah yang

bukan sahaja mencapai kecemerlangan akademik yang baik malahan memberi suasana yang selesa dan teratur serta mempunyai rasa tanggungjawab di kalangan pihak pengurusan , guru-guru dan pelajar-pelajar bagi mencapai aspirasi yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara.

ELEMEN-ELEMEN SEKOLAH YANG BERJAYA

Kepemimpinan Pengetua yang dinamis dan berkesan: Penampilan diri Kesihatan fizikal dan mental yang sihat Beramanah , ikhlas, ada sense of humor dan tidak mementingkan diri

sendiri Berkeyakinan diri yang tinggi Mahir berkomunikasi Ketrampilan pentadbiran Kebolehan menganalisa masalah Kebolehan membuat keputusan Keperluan pengurusan organisasi Sensitiviti

Ketrampilan interpersonal Kemahiran kaunseling Kemahiran membina pasukan Kemahiran penyelesaian konflik Kemahiran pengurusan tekanan dan masa Akauntabiliti

Pengurusan kurikulum yang tersusun Pengurusan Pra Pengajaran dan Pembelajaran Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan peringkat yang

terpenting dalam pendidikan di sekolah. Sekiranya kita mempunyai proses pengajaran dan pembelajaran yang mantap dan canggih sudah pasti penghasilan pelajar yang dihasilkan akan lebih bermutu dan mencapai matlamat Dasar Pendidikan Negara. Oleh itu , bidang pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta pemantauan seharusnyalah diberi perhatian utama oleh setiap pengurus sekolah.

Page 7: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

Guru berkualiti aspirasi negara Berita Harian - 15/05/02 SOALAN (S): Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh Kementerian

Pendidikan berdasarkan tema Hari Guru tahun ini? JAWAPAN (J): `Guru Berkualiti Aspirasi Negara’ dipilih sebagai tema

Hari Guru 2002 bertepatan dengan persediaan negara menghadapi cabaran pendidikan era globalisasi abad ke-21 yang menuntut anjakan paradigma dan perkembangan minda guru. Guru berkualiti adalah aspirasi negara dalam merealisasikan wawasan pendidikan yang berhasrat mempertingkat pencapaian bermula dari prasekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Selain itu, memperbaiki ekuiti bagi pendemokrasian pendidikan sama ada di bandar mahupun luar bandar dan kawasan pedalaman; mempertingkat kualiti, kecekapan dan kecemerlangan secara menyeluruh; pengukuhan dan peningkatan kecekapan sistem pengurusan institusi, pengurusan

Page 8: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

maklumat, pemantauan dan penilaian program; serta peningkatan aktiviti penyelidikan.

Warga pendidik perlu melengkapi diri dengan ciri berkualiti bagi membawa tahap pendidikan negara ke era lebih cemerlang dan seterusnya menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Ciri positif yang perlu dimiliki guru berkualiti untuk memenuhi aspirasi negara ialah cergas, beriman, berilmu, berkemahiran, berdisiplin dan berakhlak mulia, selain mempunyai daya fikiran kreatif, kritis serta inovatif.

Pendidik berkualiti juga dituntut mempunyai sahsiah baik, pengetahuan terkini, yakni mengamalkan pendidikan sepanjang hayat dan budaya kerja positif. Bagi melengkapkan diri dengan ciri berkenaan, guru perlu mempunyai jati diri yang mantap, lebih komited dalam profesion keguruan serta bersemangat untuk menghadapi cabaran pendidikan yang kian mencabar.

Tema ini tepat dan sesuai dengan peranan guru kini dalam menyempurnakan hasrat serta cita-cita negara untuk melahirkan pelajar yang bakal menjadi warga negara berkualiti. Ia mencakupi kepelbagaian disiplin ilmu, penampilan akhlak mulia, mahir menyesuaikan tingkah laku dalam pelbagai keadaan (skillful behaviour), bertoleransi, berkomunikasi secara berkesan dan jati diri terhadap negara, sejajar arus perdana Malaysia untuk mencapai matlamat negara maju siber. Sebelum seseorang pelajar atau warga negara dilahirkan sebegini rupa, langkah pertama bermula daripada kualiti guru itu sendiri.

Tema berkenaan tidak bermakna guru sebelum ini tidak berkualiti tetapi kita berpegang kepada konsep kualiti yang merangkumi penambahbaikan berterusan. Kualiti juga merujuk kepada satu piawai tinggi yang perlu dicapai selaras kesesuaian serta keperluan masyarakat dan negara.

Tema Hari Guru tahun ini menunjukkan kepada masyarakat betapa penting dan kritikal peranan guru dalam memenuhi hasrat serta harapan negara ke arah persediaan pendidikan dalam abad ke-21 ini serta membangunkan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia di Malaysia. Kita perlu ingat bahawa kemakmuran negara yang kita nikmati hari ini adalah sebahagian daripada kejayaan dicanai dan dibentuk oleh guru bermula dari bilik darjah sehinggalah di luar sekolah.

S: Apakah keistimewaan upacara sambutan tahun ini dan sebarang pembaharuan yang dilakukan dari segi penganugerahan?

J: Sambutan Hari Guru sentiasa istimewa kerana ia memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada pengorbanan pendidik. Tahun ini, kita masih meneruskan anugerah seperti tahun sebelumnya, termasuk Tokoh Guru, Guru Inovatif dan Sekolah Harapan Negara. Pemenang anugerah juga dijemput ke majlis pelancaran sambutan ini. Insya-Allah pada tahun depan, kita akan memperkenal Anugerah Sekolah Selamat, satu konsep yang baru dan sudah pun dilancarkan Menteri Pendidikan di Sungai Petani, Kedah, 6 Mei lalu.

Tahun ini, kita juga akan melancarkan beberapa buku hasil nukilan dan pendapat kaum guru. Pusat Perkembangan Kurikulum dan Institut

Page 9: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

Aminuddin Baki, masing-masing menghasilkan koleksi terbitan sempena sambutan Hari Guru ini.

Di samping itu, Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia akan melancarkan buat pertama kalinya, empat buku yang ditulis oleh guru. Ini selaras dengan konsep dan tanggapan `guru sebagai penulis’ yang kita cuba ketengahkan. Guru menulis pengalaman mereka, di samping menerapkan nilai murni kepada murid. Buku ini adalah koleksi pengalaman mereka ketika berinteraksi dengan pelajar di bilik darjah atau sekolah. Antara buku dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang dilancarkan sempena Hari Guru di Sabah ialah `Secawan Kopi Daripada Guru’ dan `A Bouquet Of Flowers by Teachers’.

S: Apakah yang sedang dan akan diusahakan oleh Kementerian Pendidikan untuk memastikan kepentingan guru, sekali gus mempertingkat martabat golongan itu di negara ini?

J: Usaha yang dilakukan bagi memartabatkan profesion keguruan adalah berterusan. Seperti yang kita nyatakan dalam sambutan Hari Guru tahun lepas (temanya: Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Semua), usaha ini terletak di tangan semua pihak.

Dalam konteks ini, kementerian memberi penekanan berat terhadap kualiti dan latihan dalam pendidikan guru. Guru, sama ada bakal guru atau guru sedang berkhidmat, harus diberi latihan profesional dan berkualiti secara berterusan, di samping memenuhi keperluan dan aspirasi negara apalagi dalam era globalisasi.

Lebih ramai guru akan berpeluang mempertingkat tahap kelayakan akademik dan profesionalisme melalui pelbagai program latihan, termasuk Program Pensiswazahan dan Program Pembangunan Staf bagi guru yang berminat menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dan kedoktoran dalam bidang kritikal seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Tahun ini saja, sebanyak RM 98.7 juta akan dibelanjakan bagi program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang mensasarkan seramai 150,000 guru mengikuti kursus jangka pendek dan panjang. Jumlah peruntukan bagi LDP ini bertambah hampir 64 peratus berbanding tahun lalu (RM 60.1 juta)

Kementerian juga mempergiat lagi pelaksanaan kursus pendek di bawah kelolaan jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat pendidikan daerah (PPD) bagi tujuan:

membiasakan guru dengan pelbagai perubahan yang berlaku, baik dari segi perubahan kurikulum, perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), mahupun pengurusan tingkah laku pelajar.

meningkatkan kecekapan guru dalam pengajaran di bilik darjah, khususnya dalam pengajaran Sains dan Matematik serta Bahasa Inggeris

Untuk menjayakan program latihan, khidmat guru cemerlang, jurulatih utama yang dilatih di bawah program `Malaysian Trainer Development Programme' seperti Bahasa Inggeris, dan kakitangan sumber yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing diperlukan. Seramai 63,542 guru dari seluruh negara dijangka mendapat latihan melalui kaedah ini.

Page 10: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

Usaha kementerian dalam konteks meningkatkan kualiti guru juga dapat dilihat apabila latihan guru dinaikkan taraf sijil kepada diploma dan meletakkan syarat lulus Bahasa Inggeris dan Matematik, selain kelayakan asas Sijil Pelajaran Malaysia dengan lima kepujian untuk program LDP supaya guru lebih bersedia menghadapi era globalisasi.

S: Apakah masalah yang dikenal pasti masih melingkungi profesion keguruan negara?

J: Usaha penambahbaikan perkhidmatan pendidikan adalah usaha semua pihak yang dilakukan secara berterusan. Ia memerlukan kerjasama dan sokongan semua pihak dari dalam dan luar sistem pendidikan itu sendiri.

Dengan jumlah kakitangan yang besar, iaitu 300,000 daripada satu juta kakitangan kerajaan, sudah tentu ia memerlukan satu pendekatan bijak serta berhikmah dalam menangani apa juga isu dan masalah. Dengan bilangan ramai ini, kementerian sentiasa menambah dan mencari ruang dan peluang bagi meningkatkan kebajikan guru.

Sebarang perubahan membabitkan profesion ini sudah tentu turut membabitkan perubahan pelbagai aspek lain yang kemungkinan menimbulkan kesan kepada perkara lain. Namun, ini tidak bermakna kita berhenti dan tidak melaksanakan usaha menjadikan profesion ini lebih dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

Dengan kepimpinan dan kewibawaan Menteri, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen serta pengurusan kementerian, kita yakin sistem pendidikan negara akan lebih berkesan, mantap dan berfokus.

S: Kebelakangan ini, pelbagai isu melanda profesion keguruan tanah air, termasuk pengasingan pelajar yang kini sudah selesai. Adakah senario sedemikian menjejaskan imej dan kredibiliti keguruan?

J: Saya percaya semua pihak sudah menerima keputusan dan pendapat jawatankuasa bebas. Saya yakin dengan penjelasan yang diberi oleh jawatankuasa itu, imej dan kredibiliti keguruan tidak terjejas, malah bertambah kukuh. Semua pihak sekarang bertanggungjawab untuk menterjemahkan saranan jawatankuasa bebas yang dikemukakan dalam laporannya kepada bentuk tindakan dan pelaksanaan.

S: Apakah pendapat Datuk mengenai pandangan pihak tertentu bahawa golongan guru kini semakin kurang memberi komitmen sepenuhnya terhadap tanggungjawab sebagai pendidik dan secara langsung menyebabkan mereka semakin kurang dihormati masyarakat?

J: Saya tidak bersetuju dengan pandangan bahawa golongan guru kini semakin kurang memberi komitmen sepenuhnya terhadap tanggungjawab sebagai pendidik. Saya katakan demikian kerana prestasi sekolah secara keseluruhannya tahun demi tahun semakin baik sama ada dari segi akademik mahupun bidang lain. Pencapaian kita dalam bidang seperti Sains dan Matematik dengan negara maju, tidak jauh ketinggalan.

Bidang perguruan sebenarnya sudah menjadi profesion diminati berdasarkan bilangan permohonan berbanding tempat ditawarkan. Guru semakin berminat untuk meningkatkan kelayakan, khususnya

Page 11: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

dalam bidang akademik sehinggalah ke peringkat sarjana dan doktor falsafah. Mereka menggunakan peluang mengikuti pelbagai program pensiswazahan dan latihan disediakan oleh kementerian.

Kementerian Pendidikan melalui BPG memang menyediakan latihan praperkhidmatan kepada bakal guru bagi memastikan mereka layak dan profesional dalam tugas. Ketika berkhidmat pula, kementerian melalui pelbagai saluran seperti JPN, PPD dan juga sekolah, menyediakan kursus dan latihan, sama ada berbentuk pedagogi mahupun pengurusan. Latihan dan pembangunan staf kepada guru adalah antara tumpuan diberi untuk mengekal dan meningkatkan motivasi serta komitmen guru terhadap tugas.

Pendidikan mempunyai `pemegang amanah’ yang ramai dan sudah pasti setiap ahli masyarakat memberi perhatian kepada apa saja isu ditimbulkan berkaitan pendidikan. Menyedari hakikat ini, kita mengalu-alukan maklum balas daripada `pemegang amanah’ bagi mempertingkatkan kebajikan guru dan kualiti pendidikan.

Dalam konteks ini, kementerian sudah, sedang dan akan terus memperhebat usaha meningkatkan kebajikan guru, sekali gus turut membabitkan pelajar. Sebagai contoh dalam reka bentuk sekolah baru, kementerian memastikan ruang kerja lebih luas dan selesa disediakan untuk guru. Kemudahan lain seperti komputer dan hawa dingin disediakan di tempat kerja atau bilik guru untuk meningkatkan komitmen guru bekerja. Di samping itu, sekolah sedia ada juga dinaikkan taraf supaya kemudahan, khususnya keselesaan tempat kerja, dapat ditingkatkan.

S: Bagaimanakah guru harus bersedia menghadapi cabaran globalisasi?

J: Arus globalisasi adalah gelombang besar dan hebat pada hari ini. Perkembangan ICT dalam arus globalisasi memberi tuntutan baru terhadap sistem pendidikan seperti k-ekonomi, iaitu satu sistem ekonomi berpaksikan ilmu pengetahuan. Dalam hal ini, sudah tentulah kita tidak boleh tertinggal, malah wajar memanfaatkannya. Arus perubahan menuntut pendidik mempunyai `competitive edge’. Ini bermaksud semua pihak di pelbagai peringkat pemimpin, pengurus pendidikan dan guru di bilik darjah mesti mempunyai `critical competency’.

Seperti disarankan Perdana Menteri, guru harus menjadi fasilitator berkesan. Menjadi fasilitator bermaksud mereka perlu mempunyai ilmu, berketrampilan, bermaklumat dan mengamalkan nilai tinggi dan mulia. Mereka menjadi fasilitator ilmu pengetahuan dan penyebar nilai murni. Untuk ini, mereka perlu menguasai bahasa yang menjadi medium kepada ilmu berkenaan. Dalam konteks ini, guru harus menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa - bilingual. Selain bahasa Melayu, mereka harus menguasai bahasa antarabangsa lain seperti bahasa Inggeris.

Guru perlu menguasai kemahiran dalam bidang ICT serta menggunakan teknologi ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka. Untuk membolehkan penguasaan ICT, guru harus menguasai bahasa perhubungan dalam penyaluran ilmu. Seorang guru yang `bilingual’ akan memudahkan proses P&P di bilik

Page 12: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

darjah, di samping diri sendiri dapat meraih ilmu dengan lebih mendalam melalui bahan bacaan yang lebih intensif serta ektensif.

Saya sudah nyatakan bahawa peranan guru dalam era globalisasi ini juga perlu bersifat global, sebagaimana tema Hari Guru tahun ini `Guru Berkualiti Aspirasi Negara’. Tema ini dipilih kerana melalui guru berkualiti saja kita dapat merealisasikan aspirasi negara, khususnya dalam era globalisasi ini. Guru berkualiti diperlukan untuk menghadapi era globalisasi dan ledakan maklumat ini.

Penguasaan ilmu akan menjadi teras penting dalam menghadapi cabaran globalisasi ini. Negara amat mementingkan ilmu pengetahuan dan pendidik sentiasa digalakkan untuk menambah ilmu selaras perkembangan semasa. Anak didik di bilik darjah semakin matang serta cerdik dan untuk itu, guru perlu lebih ke depan dari segi penguasaan ilmu, baik secara teori mahupun amali.

Dalam hal ini, guru harus terus menjadikan budaya ilmu sebagai asas kecemerlangan.

Pada masa sama, nilai dan budaya ketrampilan pendidikan harus diambil pertimbangan. Selaku seorang profesional dalam bidangnya, kemahiran perlu diperbaharui dan dipertingkatkan. Guru harus peka dengan perkembangan semasa, terutama perubahan budaya dan keperluan pendidikan.

Dalam era ini juga, kita harus bersedia untuk melakukan `benchmarking' atau belajar daripada yang terbaik bagi mendapatkan amalan terbaik. Kita percaya ini akan menyebabkan kita sentiasa cemerlang dan ke depan daripada orang lain.

S: Akhir sekali, apakah pesanan khusus daripada Datuk kepada guru sempena Hari Guru 2002?

J: Guru harus merebut peluang yang ada bagi meningkatkan kualiti dan kecemerlangan diri supaya menjadi guru berkesan dan dihormati. Latihan yang diterima sebelum menjadi guru seharusnya memenuhi piawai kualiti profesion keguruan dari segi akademik, pedagogi, ketrampilan, sikap dan sahsiah.

Ketika berkhidmat sebagai guru pula, sama ada di bandar ataupun pedalaman, usaha untuk menguasai ilmu tidak seharusnya terhenti. Kementerian sudah menyediakan ruang serta peluang di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kementerian untuk memenuhi hasrat ini. Pelbagai kursus dalam perkhidmatan jangka pendek dan panjang disediakan. Semuanya merangkumi aspek peningkatan akademik, profesionalisme dan pembangunan staf.

Saya menyeru supaya guru merebut peluang untuk meningkatkan tahap kelayakan akademik masing-masing kerana ini sekali gus akan memberi kekuatan dan kelebihan sama ada akademik, ketrampilan diri mahupun material. Dalam hal ini, kementerian menyediakan saluran khas seperti Program Pensiswazahan Khas Pendidikan Guru, program berkembar dengan institusi pengajian tinggi luar negara dan Program Pensiswazahan Sepenuh Masa (dengan separuh gaji). Kementerian juga sudah menetapkan sasaran guru di semua sekolah menengah siswazah menjelang 2005 dan 50 peratus guru siswazah di sekolah rendah menjelang 2010. Sebagai guru, kita sudah berikrar dan berjanji untuk menjadi guru yang baik dan profesional. Janji, ikrar dan iltizam

Page 13: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

ini kita perbaharui setiap tahun, khususnya pada Hari Guru ini. Kita juga sudah berjanji, antara lain untuk sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab, sebagaimana yang tercatat dalam Aku Janji yang kita tandatangani.

Kita sama-sama bertanggungjawab untuk merealisasikan tema Hari Guru tahun ini. Semua pihak perlu bermuafakat, saling membantu dan berusaha bersungguh-sungguh untuk membina negara dan bangsa yang maju, bersatu padu serta mempunyai jati diri mantap. Aspirasi negara dapat dicapai jika semua pihak -guru, ibu bapa dan masyarakat - sanggup berkorban dan memberikan komitmen masing-masing.

Kepercayaan dan sokongan padu perlu diberi kepada kementerian dan kerajaan untuk terus mempelbagai dan meningkatkan usaha bagi mencapai kemajuan serta kemakmuran negara. Saya percaya usaha ini akan dapat melahirkan guru berkualiti, sekali gus memenuhi aspirasi negara.

Usaha memperkasa sistem pendidikan kita bermula dari peringkat prasekolah, rendah sehingga menengah, perubahan sikap dan minda seluruh komuniti pendidikan. Sokongan dan keprihatinan masyarakat serta ibu bapa akan membantu usaha ini.

Saya percaya dengan sokongan dan komitmen semua pihak bagi menjayakan agenda pendidikan negara seperti dalam Wawasan Pendidikan Negara dan Wawasan 2020, kita akan dapat meraih hasilnya pada hari muka.

Teruskanlah budaya kerja kuat dan cemerlang semoga anak didik kita hari ini akan menjadi pemimpin masa depan dalam usaha meneruskan perjuangan memartabatkan bangsa dan negara.

Page 14: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

Pendidikan penentu kejayaan bangsa, negara ALHAMDULILLAH kita bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izin

dan hidayah-Nya, kita dapat bersama dalam dewan ini untuk menjayakan Konvensyen Perdana Pendidikan Kebangsaan yang julung kali diadakan. Saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada penganjur kerana memberi peluang kepada saya hadir bersama dalam himpunan besar komuniti guru bagi mencetuskan wacana tentang pendidikan negara.

Pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan generasi yang akan mengambil alih daripada generasi semasa. Pendidikan bukan saja dipertanggungjawab untuk membekal generasi baru dengan ilmu pengetahuan, tetapi juga untuk menyemai nilai hidup yang boleh menentukan jaya atau tidaknya masyarakat dan bangsa. Jika nilai yang disemai itu buruk, maka buruklah masyarakat dan jika murni, maka akan berjayalah masyarakat. Jika budaya iaitu jumlah nilai yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu tidak sesuai dengan kemajuan, penyemaian nilai yang sesuai oleh pendidik boleh memulih dan memajukan masyarakat itu semula. Ilmu pengetahuan tanpa nilai yang mulia belum tentu dapat melahirkan masyarakat yang baik dan berjaya. Nilai yang mulia tanpa ilmu pengetahuan juga tidak akan melahirkan masyarakat yang berjaya. Memang benar ibu bapa juga bertanggungjawab untuk menyemai nilai hidup yang baik. Tetapi, ibu bapa mungkin tidak terlatih sama ada berkenaan nilai yang patut menjadi pilihan atau pun dengan cara yang berkesan untuk menyemainya. Sebaliknya, pendidik adalah orang yang terlatih dan mereka terbabit dengan pembentukan peribadi murid dan penuntut dalam jangka waktu yang lebih panjang, sewaktu umur murid dan penuntut lebih impressionable iaitu umur pada waktu mana persepsi dan penerimaan pengaruh adalah terbuka.

Justeru, pendidikan yang lebih bertanggungjawab untuk membentuk generasi baru yang lebih berpengetahuan dan berperibadi yang sesuai dengan kejayaan. Bagi masyarakat yang sudah pun memiliki budaya yang sesuai dengan kemajuan perkembangan budaya ini tidak menjadi masalah. Pendidik yang lahir dan membesar dalam masyarakat sudah tentu telah menerap budaya yang sesuai. Tetapi, jika sesuatu

Page 15: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

masyarakat itu tidak mempunyai budaya yang sesuai, pengembangan budaya baru yang lebih sesuai perlu diusaha secara sengaja dengan melatih dan menyebar nilai yang baik kepada pendidik terlebih dahulu. Jika pendidik sudah terima dan menerap budaya baru ini dan dilatih secara khusus untuk menyemaikannya di kalangan murid dan pelajar, maka proses membentuk budaya baru yang sesuai dengan kemajuan boleh dilaksanakan dengan berkesan oleh pendidik.

Dalam dunia terdapat bangsa yang maju, bangsa yang kurang maju dan bangsa yang daif. Perbezaan di antara kemajuan bangsa ini berpunca daripada nilai hidup, iaitu budaya yang dipegang dan diamal oleh bangsa berkenaan. Sumber alam yang kaya, cuaca yang segar, faktor geografi dan lain-lain tidak mempunyai kesan seperti budaya. Sebab itu di negara yang sama, bangsa yang berlainan, iaitu berbudaya yang berlainan, mencapai kemajuan yang berbeza. Bangsa yang sama juga, jika berpegang kepada nilai yang berlainan tidak akan sama kemajuan mereka. Di Malaysia budaya Melayu dan budaya Cina amat ketara perbezaannya. Sementara budaya Cina memberi penghargaan yang amat tinggi kepada penguasaan ilmu pengetahuan, budaya Melayu tidak begitu menghargai ilmu. Kita lihat anak Melayu walaupun, diberi peluang tidak menuntut sekuat anak Cina. Justeru, prestasi anak Melayu dan anak Cina berbeza secara ketara. Bukanlah anak Melayu mempunyai otak yang kurang baik. Dari segi kecerdasan otak Cina atau Melayu atau orang putih lebih kurang sama saja. Tetapi, budaya Cina begitu kuat menekan tuntutan ilmu sehingga mereka dan ibu bapa mereka menumpu bersungguh-sungguh kepada mempelajari ilmu oleh anak mereka. Ramai daripada mereka mengorbankan sebahagian besar daripada pendapatan mereka untuk membiayai pelajaran anak. Ada juga ibu bapa Melayu yang berbuat demikian, tetapi bilangan mereka tidak ramai. Selain itu, orang Cina menerap nilai yang diajar oleh Confucius dalam urusan hidup mereka. Nilai ini mempunyai banyak yang ditafsir sebagai nilai murni dan membantu pemilikan sikap yang menjayakan urusan hidup mereka. Agama Islam memberi lebih banyak panduan akan nilai hidup kita sebagai orang Islam, tetapi majoriti daripada kita tidak mengamalkannya.

Orang Islam disuruh menuntut ilmu sehingga ke negara China, tetapi kita orang Melayu tidak sanggup bersusah payah untuk menghadapi cabaran seperti yang perlu dihadapi oleh orang Islam pada zaman Nabi jika mereka ingin menuntut ilmu di negara China. Penuntut Melayu tidak pun belajar dengan bersungguh-sungguh setelah menerima pelbagai jenis bantuan dan kemudahan. Sebab itu kita bermasalah untuk memasuki 55 peratus anak Melayu ke universiti kerana kelulusan yang tidak cukup tinggi. Kerap kali ramai anak Cina yang lebih layak terpaksa ditolak. Prestasi anak Melayu di universiti tidak sebegitu baik kerana setelah dimasukkan ke universiti, mereka tidak menumpukan sepenuh masa dan tenaga kepada mempelajari ilmu, tetapi sebaliknya mereka melibatkan diri dengan kegiatan lain. Pendedahan ini mungkin menyakitkan hati pihak tertentu, tetapi perbezaan budaya di antara Cina dan Melayulah yang menyebabkan Dasar Ekonomi Baru sukar dicapai. Kerana ingin kaya cepat, saham, lesen, permit, kawasan balak dan lain-lain lagi dijual dengan segera

Page 16: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

kepada orang lain. Walaupun, orang lain terpaksa tanggung kos pembelian kawasan ini, mereka masih boleh untung dan berjaya. Jika kita ingin mengimbangkan prestasi kaum di Malaysia nilai hidup dan budaya yang menghalang pencapaian kemajuan perlu dikikis.

Bagi anak Melayu mereka perlu diperkenalkan dan diasuh dengan nilai Islam yang semuanya murni. Tidak ada sesuatu yang disuruh oleh agama Islam yang akan merugikan kita jika kita tidak sengaja menyalahtafsir ajaran Islam. Umpamanya, perjanjian mesti ditulis dan menjadi tanggungjawab orang Islam untuk menunaikan janji ini. Jika dibuat janji mulut pun ikatannya dianggap sama kuat dan merupakan ikrar yang mesti ditunaikan. Tetapi, ramai orang Islam yang mungkir janji tanpa rasa bersalah. Kerana tidak berpegang kepada ajaran Islam maka pencapaian orang Melayu tidaklah seperti yang sepatutnya. Pendidik bukan saja bertanggungjawab untuk menyampai ilmu kepada murid dan penuntut.

Pendidik juga bertanggungjawab untuk membentuk peribadi yang mulia yang boleh berjaya, di samping memberi tekanan kepada soal nilai hidup yang mulia dan budaya yang sesuai dengan kejayaan. Dengan perkataan lain, pendidik menentukan jaya atau tidaknya sesuatu bangsa, sesuatu negara, sesuatu tamadun. Mungkin peranan ini yang diletak pada bahu pendidik dianggap terlalu berat. Tetapi, hakikatnya faktor lain yang mempengaruhi pembentukan peribadi rakyat sesebuah negara, seperti didikan ibu bapa, budaya yang sedia ada yang diamalkan oleh rakyat negara, amalan agama sebangsa serta persekitaran tidak memberi kesan seperti peranan pendidik. Lagi pun jika perubahan hendak dibuat kepada budaya bangsa, pendidiklah yang perlu memainkan peranan utama. Di Malaysia kita tahu jika kita ingin mengimbangkan kejayaan orang Melayu dengan bangsa yang maju di dunia, maka perubahan nilai hidup dan budaya mesti diusahakan di kalangan anak Melayu. Mereka perlu diasuh dengan nilai Islam yang sebenar, bukan yang sengaja dikembangkan sekarang oleh pihak yang mempunyai kepentingan lain.

Sebenarnya, pada waktu ini nilai dan budaya yang dikembangkan di kalangan pelajar kita adalah lebih buruk daripada dahulu. Sebab itu walaupun mereka memperoleh ilmu, sumbangan mereka kepada pembangunan masyarakat tidak begitu baik. Justeru, amat penting sekali pendidik sendiri dilatih dalam bidang penyebaran nilai dan budaya kepada pelajar di bawah mereka. Tetapi, bagaimanakah nilai dan budaya ini akan diketahui oleh pendidik? Untuk ini, pensyarah dalam kolej perguruan perlulah dilengkapi dengan pengetahuan berkenaan peranan budaya dan nilai hidup dalam menentukan jaya atau tidaknya sesuatu bangsa. Pengetua dan pensyarah kolej perguruan perlu menyampaikan kepada bakal guru akan nilai yang hendak diterapkan dan budaya yang hendak dibentuk. Pengetua dan pensyarah perlu diberitahu dan dilengkapi dengan segala-gala yang dianggap penting untuk disampaikan kepada guru pelatih. Dengan itu, pendidik yang mendidik anak-anak kita akan berjaya menyemaikan nilai yang mulia di kalangan warganegara akan datang dan membentuk budaya yang sesuai dengan kejayaan bangsa.

Page 17: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

Peranan yang perlu dimainkan oleh pendidik dalam pembentukan peribadi yang mulia dan budaya yang boleh membawa kejayaan tidak kurang pentingnya berbanding dengan penyampaian pelbagai ilmu kepada murid dan penuntut. Ini adalah kerana ilmu yang diperoleh boleh disalahgunakan. Orang yang berpengetahuan dan cerdik boleh menjadi penjenayah yang lebih cekap. Kesan perbuatan mereka tentu lebih buruk kerana mereka berilmu. Demikian jika kerana kelulusan tinggi mereka maka mereka memegang jawatan yang tinggi tanpa dikawal oleh nilai murni, mereka mungkin akan menyalahgunakan kuasa mereka seperti terlibat dengan rasuah. Sebaliknya, mengawal nafsu dan diri lebih mudah dilakukan apabila seseorang itu memiliki nilai hidup yang baik. Pegawai akan dapat memperingati diri keburukan jenayah yang hendak dilakukan, balasan yang akan diterima dan lebih penting lagi ialah perasaan malu dan tidak senang hati apabila terlibat dengan jenayah. Sama ada sesebuah negara dipenuhi dengan rakyat yang berilmu bergantung kepada pendidik di pelbagai peringkat. Dahulu kita berpendapat bahawa pelajaran dan penerapan ilmu adalah sesuatu yang dibuat ketika kecil. Apabila dewasa kita berhenti belajar kerana kita akan bekerja untuk menyara hidup.

Hari ini proses mempelajari dan menguasai ilmu tidak terhad kepada masa kecil atau sebagai remaja. Pembelajaran ilmu adalah proses berterusan yang tidak boleh dihentikan. Selain daripada itu, ilmu yang dituntut perlu mempunyai kaitan yang rapat dengan kerja yang hendak dibuat. Dahulu kelulusan dalam bidang sastera dianggap melayakkan seseorang untuk membuat apa saja kerja; menjadi pentadbir, pengurus, pekerja mahir dan bermacam lagi. Hari ini setelah mendapat pelajaran asas yang umum, pelajaran dan latihan yang khusus perlu dibuat sebelum seseorang dianggap layak untuk membuat kerja tertentu. Semakin lama pengkhususan menjadi semakin tepat. Pendidik memainkan peranan di semua peringkat. Pendidik yang terlatih dan cekap dapat memindahkan ilmu dengan berkesan kepada pelajar. Oleh kerana bidang pelajaran sudah menjadi lebih khusus dan tepat, pendidik juga perlu memiliki ilmu yang sama tepat. Walaupun pelajaran seumur hidup tidak formal dan tidak memerlukan pendidik, namun penyediaan bahan dan teks tetap bergantung kepada pendidik yang terlatih dalam bidang berkenaan. Yang jelas ialah di zaman ini peranan pendidik semakin bertambah dan semakin luas apabila pelajaran jarak jauh berkembang dengan lebih pesat.

Permintaan untuk pendidik tentulah meningkat dan ini bermakna profesion pendidik dapat sekali lagi menjadi karier yang amat menarik. Justeru, pendidik di semua peringkat perlu membuat persediaan untuk mengguna teknologi baru seperti komputer, CD dan Internet untuk memperluaskan liputan pengajaran yang boleh dibuat mereka. Seperti mana kita tahu Malaysia telah menyediakan infrastruktur yang canggih untuk multimedia dan zaman maklumat. Untuk menyampaikan ilmu kepada seberapa ramai penuntut melalui pengajaran jarak jauh teknik baru perlu diteroka. Ini membabitkan penyediaan ‘software’ yang dapat memudahkan pembelajaran, umpamanya penggunaan gambar

Page 18: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

tiga dimensi, ‘computer animation’, dialog antara pendidik dengan pelajar, penilaian prestasi, pakej pelajaran pelbagai ilmu dan seribu satu lagi cara yang memudahkan penerapan ilmu oleh semua pelajar walaupun IQ mereka tidak begitu tinggi. Sebenarnya semua orang dapat menambah ilmu pengetahuan mereka, termasuk dalam bidang yang relevan kepada kerja dan tugas mereka melalui kemudahan komputer dan ‘software’ yang semakin banyak dan semakin canggih. Zaman maklumat dan teknologi komunikasi membuka peluang yang luas kepada pendidik. Mereka tidak lagi terhad kepada bilik darjah. Dalam sekolah sekali pun ada kemungkinan seorang pendidik mengajar pelajar dalam dua atau tiga bilik darjah dalam mata pelajaran yang berlainan, tetapi di masa yang sama.

Sekolah bestari yang telah disediakan oleh kerajaan bukan saja akan meningkatkan kecekapan pelajar dalam penggunaan komputer dan alatan canggih yang lain, tetapi juga memberi peluang kepada guru meneroka dan mencipta cara baru mengajar yang lebih berkesan daripada cara yang telah diperkenalkan melalui ‘software’ yang sedia ada. Tidak ada had kepada kebolehan komputer dalam mempermudahkan segala proses termasuklah proses mendidik dan mengembangkan ilmu di kalangan pelajar, sama ada yang memang pintar atau pun yang kurang cerdik atau pandai. Zaman maklumat akan mewujudkan masyarakat yang lebih berpengetahuan dan lebih bijak. Dan pendidik akan memainkan peranan utama dalam pembentukan masyarakat yang berilmu ini. Bagi Malaysia, matlamat atau sasaran kita sudah pun ditentukan. Kita ingin menjadi negara maju menjelang 2020. Untuk mencapai wawasan ini, kita perlu kepada rakyat yang lebih produktif, yang mampu bersaing dengan bangsa lain di dunia. Apakah mungkin kita kejar matlamat ini sedangkan sasaran ini sering berubah? Di waktu kita menyuarakan buat pertama kali Wawasan 2020, kita masih lagi berada di zaman industri. Kita yakin kita oleh menguasai segala ilmu dan teknik untuk menjadikan negara kita sebuah negara industri yang mampu mengeluarkan apa saja barang buatan. Tetapi, hari ini kita berhadapan dengan paradigma baru, iaitu negara yang maju perlu menguasai teknologi dan penggunaan maklumat secara yang boleh meningkatkan produktiviti. Untuk ini kita perlu menguasai ilmu yang baru diperkenalkan, bahkan kita perlu mencipta ilmu yang baru.

Sasaran kita sudah berubah dan berubah secara radikal. Wawasan 2020 yang kita bayangkan pada 1991 tidak sama dengan Wawasan 2020 yang dapat kita gambarkan hari ini. Mungkin juga ia akan berubah lagi dalam jangkamasa 20 tahun sebelum tiba 2020. Rakyat Malaysia di semua peningkat perlu sedar hakikat ini untuk menangani sasaran yang sering berubah ini. Sama ada kita berjaya atau tidak bergantung kepada banyak faktor, antaranya ialah kemampuan kita menerap dan mempergunakan ilmu untuk meningkat daya pengeluaran dan daya saing kita. Jika kepemimpinan pendidik kita berwibawa dan sanggup menghadapi cabaran yang akan datang ini, jika mereka bersedia meningkatkan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh mereka dan cekap pula di dalam mendidik pelajar seumur hidup, maka kita masih boleh mencapai wawasan kita. Kesanggupan generasi

Page 19: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

yang akan berusaha ke arah Wawasan 2020 bergantung kepada budaya yang dibentuk oleh pendidikan semasa. Jika budaya ini sesuai dengan menangani cabaran dunia alaf baru yang bukan saja memperlihatkan teknologi yang canggih menjadi bertambah canggih, tetapi juga cabaran globalisasi serta kegelisahan dan pergolakan politik dalam dan luar negeri, jika budaya yang dibentuk hasil usaha pendidik sekarang sesuai dengan cabaran Aru, Insya-Allah kita akan berjaya mencapai Wawasan 2020. Ternampak jelas bahawa kepemimpinan pendidik amatlah penting untuk kita mencapai Wawasan 2020. Kerajaan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membekalkan negara dengan kepemimpinan pendidikan yang berkemampuan.

Peluang untuk pendidik meningkatkan keupayaan mereka akan disediakan di semua peringkat. Kita harap negara kita terus stabil dan maju supaya upahan kepada pendidik dapat diperbaiki selaras dengan peranan yang akan dimainkan mereka. Sesungguhnya Wawasan 2020 banyak bergantung kepada kualiti rakyat hasil daripada pendidikan mereka. Adalah diharapkan tidak ada sesiapa yang akan mengganggu usaha murni kita kerana mereka tidak suka kepada ilmu baru yang diperkenalkan, yang mungkin dianggap oleh mereka sebagai sekular dan sebagainya. Orang Islam telah terlepas peluang Revolusi Perindustrian. Janganlah orang Melayu di Malaysia sengaja melepaskan peluang daripada Revolusi Maklumat. Jika kita terlepas kali ini, tidak mungkin lagi kita dapat mengejar kemajuan. Kita akan terus ditindas dan ditakluk oleh bangsa yang akan menguasai teknologi dan maklumat alaf baru ini. Kita akan dijajah semula.

Akhirnya di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua bagi merealisasikan wacana intelektual pendidikan melalui konvensyen yang bermakna ini. Saya berharap usaha yang memberi manfaat bagi tuan-tuan dan puan-puan pendidik sekalian akan diteruskan.

DEWAN BUDAYA: Sebagai Ketua Pengarah yang mempelopori penerbitan majalah Dewan Budaya, apakah pandangan Datuk tentang majalah ini setelah 20 tahun usianya? DATUK HASSAN: Tujuan kita menerbitkan Dewan Budaya adalah

Page 20: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

untuk digandingkan dengan Jurnal Dewan Bahasa dan Dewan Sastera. Jika dua majalah yang lebih tua itu menumpukan perhatian terhadap soal bahasa dan sastera Melayu, Dewan Budaya melengkapkan forum ini dengan menyediakan bahan ilmu dan maklumat berkala tentang hal budaya. Hal ini penting kerana bahasa, sastera, dan budaya merupakan tiga warisan bangsa yang melambangkan jati diri dan tamadun sesuatu bangsa. Maka pentinglah warisan ini dipelihara dan dikembangkan terus melalui kegiatan penulisan dan wacana supaya kesedaran tentang warisan bersama ini tidak luput daripada sanubari dan ingatan bangsa kita dalam menghadapi "dunia baru" hari ini, yang tentunya penuh dengan cabaran dan pengaruh baru pula yang harus kita tangani secara bijak berdasarkan tradisi kita.

Saya kira selama 20 tahun ini majalah ini dapat memberi sumbangan yang banyak dalam bidang penulisan dan wacana budaya, sama ada dalam bentuk penghuraian, perakaman data, ataupun dalam bentuk perbincangan untuk semua golongan pembaca.

Antara tujuan penerbitan Dewan Budaya termasuklah memelihara dan mengembangkan warisan budaya. Setelah sekian lama kita merdeka, 42 tahun, mengapa kita masih melaungkan perkara yang sama? Usaha memelihara warisan budaya bangsa melibatkan usaha mengembangkan budaya itu sebagai sistem nilai dan amalan yang dapat menarik minat dan penglibatan semua golongan atau anggota masyarakat Malaysia. Dalam usaha ini kita menghadapi cabaran "budaya" lain, budaya popular, yang lebih seronok diamalkan dan diikuti, datangnya dalam berbagai-bagai bentuk, misalnya dalam bentuk hiburan, filem, muzik, gaya hidup, pakaian, dan makanan. Orang menonton persembahan budaya Melayu dalam upacara tertentu sahaja, mendengar dan menonton lagu dan tarian "asli Melayu" setahun sekali dalam program "Hari Raya" di tv – pendek kata, kita menjadikan budaya Melayu sebagai ritual sahaja, untuk menyerikan majlis rasmi dan sebagainya, barangkali hal ini sesuai dengan dasar kebudayaan kebangsaan yang digubal pada tahun 1972, tetapi orang tidak terlibat dengan budaya itu secara serius, secara intim. Mengapa? Sebabnya banyak; antaranya, budaya dipisahkan daripada kerangka pembangunan ekonomi, sosial, teknologi, dan pendidikan negara, seolah-olah budaya dianggap sebagai sistem sampingan dalam kehidupan manusia "moden". Generasi muda yang mewah banyak mempunyai pilihan budaya lain yang lebih menarik, yang dapat dihubungkan dengan persoalan dan masalah hidup mereka hari-hari. Mereka pergi ke Coffee Bean, ke Planet Hollywood, ke Hard Rock Cafe, mereka mempunyai hiburan yang lebih seronok, merayau-rayau dalam ruang internet mencari "maklumat" untuk memenuhi kehendak hati muda mereka, bermain permainan komputer tentang peperangan, keganasan, dan sebagainya. Budaya "tradisional" tidak dikembangkan untuk menghadapi budaya popular ini, tidak dipopularkan secara sistematik. Dan kita tidak dapat memaksa pengguna budaya popular luar itu kembali ke budaya asli mereka kerana bagi mereka budaya bangsa kita tidak dapat memenuhi kehendak psikologi dan cita rasa

Page 21: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

mereka, yang sedang mencari makna baru dalam kehidupan mereka, sesuai dengan alam global yang lebih luas, yang setiap hari mempengaruhi jiwa dan kelakuan mereka.

Generasi muda sering mempersoalkan sejauh mana warisan budaya ini dapat memberi sumbangan kepada pembangunan negara? Sumbangan warisan budaya kepada pembangunan manusia, masyarakat dan negara tidak dapat diukur dari segi hasil atau kesan fizikal atau materialistiknya sebagaimana kita dapat mengukur kesan ekonomi atau teknologi terhadap keadaan hidup manusia dan masyarakat. Namun, jika pembangunan materialistik manusia tidak berdasarkan nilai budaya yang terbentuk melalui pengalaman bersama bangsa dan masyarakat kita sejak turun-temurun, akan timbul banyak kesan sampingan yang buruk pada moral manusia. Inilah punca mengapa kita sering menghadapi masalah sosial, masalah moral, masalah nilai. Di Barat, masalah ini lebih serius lagi. Manusia di sana semakin berada dalam persekitaran sosial dan budaya yang tidak bermoral, yang ganas, liar. Bayangkan, pelajar sekolah sudah pandai membuat bom dan senjata untuk membunuh rakan sekolahnya tanpa sebab yang munasabah. Fikirkan juga, mengapa di Barat kesedaran atau perasaan rasisme semakin menjadi-jadi? Budaya apa ini? Kemajuan apa ini? Perkembangan durjana inilah yang harus kita bendung melalui warisan yang menghargai nyawa manusia, yang pro-keamanan.

Pada masa yang sama kita melaungkan globalisasi dan transformasi budaya, sedangkan sekarang kita lihat natijah yang berlaku di dunia antarabangsa. Hal ini mengelirukan generasi baru. Proses globalisasi sebenarnya bukan fenomena baru, tetapi sudah ada sejak lebih 500 tahun dahulu apabila Christopher Columbus mengharungi Lautan Atlantik untuk mencari "Dunia Baru". Eropah waktu itu dianggap "Dunia Lama", ertinya dunia yang sudah matang tamadunnya. Itulah tarikh bermulanya proses globalisasi yang disebut penjajahan Barat di Amerika Selatan dan Amerika Utara, kemudian di Afrika, kemudian di Asia. Sebagai akibat penjajahan atau "globalisasi" ini, ada bangsa yang hilang identiti bangsanya, identiti budayanya, bahasanya, tanahnya. Ada bangsa yang dapat mempertahankan identitinya selepas tamatnya penjajahan itu. Bangsa Melayu tidak hilang identitinya sejak Portugis menawan Melaka pada tahun 1511 sampailah tahun 1957. Bahasa kita kekal, budaya kita kekal, agama kita kekal.

Sekarang kita menghadapi proses globalisasi lagi. Unsur penjajahan dalam wajah baru, dalam bentuk dan gaya baru, wujud lagi tetapi oleh sebab namanya "globalisasi", bahayanya, risikonya, boleh jadi tidak ketara, bahkan kita lebih mudah menjadi mangsanya tanpa kesedaran kita. Kita tidak nampak, tidak melihat "wajah" penjajah baru ini, kerana datangnya dalam bentuk budaya, bentuk maklumat, internet, pasaran bebas, demokrasi bebas dan sebagainya. Banyak orang yang percaya

Page 22: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

bahawa dunia globalisasi tidak bersempadan lagi. Kita percaya bahawa nasionalisme atau semangat kebangsaan tidak relevan lagi; yang penting ialah semangat global, berfikiran global, bertindak global. Di sinilah bermulanya krisis manusia sejagat, krisis kita, kedangkalan kita, kebodohan kita, mempercayai slogan orang lain, slogan dan propaganda pedagang maklumat, propagandis pasaran bebas – merekalah yang berkata sempadan negara bangsa tidak ada lagi, budaya kebangsaan tidak relevan, yang relevan ialah "budaya global". Dalam dunia globalisasi, mereka berkata manusia mesti makan makanan yang sama, membaca berita yang sama, menonton filem yang sama, menggunakan maklumat yang sama, mengamalkan sistem pemerintahan yang sama, menggunakan acuan pendidikan global, dan sebagainya, dan sebagainya ... inilah takrif mereka tentang manusia atau warga global.

Saya tidak percaya. Apa sebenarnya "budaya global"? Budaya popular, yang di Barat disebut counter culture, budaya pasca-modenisme, memang sedang berkembang di mana-mana kerana pengaruh pasaran bebas yang turut menjual budaya popular itu, tetapi ini bukan budaya kemajuan, bukan budaya tinggi. Ini budaya pinggiran, budaya picisan, nyawanya tidak akan kekal kerana nilai ketamadunannya tidak ada, jadi manusia yang bijak akan menolaknya.

Cuba kita lihat bagaimana bangsa kita kekal dalam sejarah globalisasi atau penjajahan zaman lampau. Selama lebih 400 tahun sejak bangsa Portugis menawan Melaka, bangsa Melayu tetap dapat mengekalkan identitinya, tidak menjadi Red Indians, tidak hilang budayanya, bahasanya, agamanya, padahal dalam tempoh itu dunia kita diharu, dicabar, dan dijajah oleh tiga bangsa Barat – Portugis, Belanda, dan Inggeris. Mengapa? Sebabnya jelas. Nenek moyang kita dahulu sudah mempunyai tamadun yang kuat – ada kerajaan, ada bahasa persuratan, ada budaya, ada agama – yang tidak mudah dimusnahkan oleh kuasa Barat. Kekuatan tamadun atau budaya inilah yang menyelamatkan bangsa Melayu sepanjang zaman. Contoh ini harus kita kekalkan hari ini semasa menghadapi cabaran globalisasi yang baru. Kita perlu berubah tetapi berubah menurut pilihan dan acuan kita, bukan menurut peraturan orang lain. Transformasi seperti inilah yang akan menyelamatkan kita, bukan peniruan.

Seharusnyakah kita menuding ke arah generasi muda yang dikatakan tidak memahami nilai budaya, sering terpengaruh dengan unsur negatif, sedangkan generasi lama juga banyak yang bertindak demikian? Mungkin hal ini juga menimbulkan pergolakan dalaman di kalangan generasi muda. Pepatah Melayu ada berkata "bapa burik anak rintik" atau "guru kencing berdiri murid kencing berlari". Kelakuan generasi muda, baik atau buruk, bergantung pada sistem yang ada dan teladan budaya moral yang dilihat di kalangan generasi lama, di kalangan pemimpin dan ketua mereka. Pemimpin yang korup lebih berbahaya kepada bangsanya dan negaranya daripada anak muda yang melepak atau bersembang-sembang di kompleks beli belah. Pemimpin yang melakukan maksiat atau yang tidak tinggi kelakuan moralnya, tidak

Page 23: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

berhak berceramah kepada generasi muda tentang soal moral. Kita lihat di Amerika, mengapa pelajar sekolah boleh membunuh rakannya di sekolah dengan menggunakan senjata automatik dan yang digunakan dalam peperangan? Kerana pelajar itu berada dalam sistem yang menganggap kuasa dan senjata sebagai alat penting manusia. Di Amerika, kanak-kanak dan pelajar sekolah menghiburkan diri bermain permainan komputer perang, keganasan, bunuh membunuh. Kerajaan Amerika sendiri menjadi contohnya, ghairah melancarkan perang dan pembunuhan di negara orang lain. Jadi, pelajar belasan tahun turut teringin untuk melakukan keganasan. Sasaran mereka ialah orang yang mereka benci, orang kulit hitam, orang yang tidak sama dengan kumpulan mereka. Budaya inilah yang sedang merebak di serata dunia melalui filem, video, dan CD-ROM perang dan keganasan. Puncanya, Barat. Kerajaan Malaysia patut mengharamkan video atau permainan komputer yang mengagung-agungkan keganasan sebelum nanti ada pelajar kita yang tertarik untuk mengikut contoh pelajar Amerika itu.

Bagaimana pula pembangunan budaya negara kita daripada perspektif Datuk? Kita sebenarnya mempunyai dasar kebudayaan kebangsaan yang digubal pada tahun 1972. Tetapi pengaruh dasar ini tidak kuat kerana nilainya – bukan kulitnya – tidak dijadikan asas untuk mentakrif acuan pembangunan negara. Misalnya, bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara, tetapi kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat di negara ini tidak dikembangkan atau diurus dalam bahasa ini. Jadi, nilai dan fungsi budaya dan pembangunannya terpinggir. Akibatnya, orang tidak menganggap kebudayaan kebangsaan penting bagi mereka. Yang penting adalah untuk memajukan teknologi negara per se, bukan memajukan budaya teknologi itu. Jadi, bagi saya pembangunan budaya tidak bererti hanya memelihara warisan bangsa seperti orang memelihara barang lama (antik) di muzium atau di arkib, atau hanya mempertontonkan budaya itu kepada pelancong atau majlis tertentu, tetapi bererti menjadikan budaya itu sebagai komponen yang penting dalam sistem pembangunan negara seluruhnya. Saya selalu menegaskan pentingnya kita menggunakan nilai bersama "bangsa Malaysia" untuk memupuk perpaduan dan membangunkan negara berdasarkan "acuan" kita. Jadi, bagi saya yang penting ialah mengembangkan nilai budaya kita, budaya "bangsa Malaysia", sebagai asas kemajuan kita. Budaya fizikal, budaya luaran, cuma menandakan jati diri kita sebagai sesuatu bangsa, tetapi bukan alat yang dapat kita gunakan untuk memajukan minda, ilmu, dan keadaan hidup bangsa kita.

Tentang pembudayaan ilmu pula bagaimana? Istilah "pembudayaan ilmu" memerlukan takrifan dan penjelasan yang panjang. Ringkasnya, dapat saya sebut empat "ciri" atau tanda adanya proses "pembudayaan ilmu" di sesebuah negara, iaitu: (1) apabila anggota masyarakat seluruhnya celik akal, yakni dapat berfikir secara kritis, mengetahui hak dan tanggungjawab sosial dan sivil mereka, ini tanda proses pembudayaan ilmu wujud di negara itu, asalnya daripada

Page 24: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

sistem pendidikan negara yang menggalakkan kaedah berfikir; (2) apabila pelajar dididik supaya mencintai ilmu sebagai ilmu, bukan semata-mata sebagai alat untuk mendapat pekerjaan yang baik, yang bergaji besar, dan sebagainya, selepas itu mereka tidak menuntut ilmu lagi, tidak membaca, tetapi sibuk mengumpul dan memproses maklumat untuk kegunaan perusahaannya dan pekerjaannya; (3) apabila di sesebuah negara itu bidang penulisan dan penerbitan buku ilmu, baik untuk pembaca umum mahupun untuk pembaca khusus, maju dan dianggap sebagai perusahaan atau kegiatan yang penting di samping perusahaan lain, dan (4) apabila ilmu yang dikembangkan di negara itu dilakukan dalam bahasa kebangsaannya, tidak dalam bahasa luar negeri. Syarat keempat ini penting kerana dalam mana-mana masyarakat atau negara pun, bahasa yang paling banyak difahami dan digunakan orang ialah bahasa sendiri, bukan bahasa asing. Jika bahasa asing dijadikan alat penyebaran ilmu, sebahagian besar penduduk negara akan tersisih daripada perkembangan ilmu itu. Maka tidak akan wujudlah keadaan yang kita sebut "pembudayaan ilmu".

Di tahap mana kedudukan golongan ilmuwan negara kita dan sejauh manakah peranan mereka dalam membina tamadun bangsa? Soalan ini sukar dijawab sepintas lalu. Suatu ketika dahulu, timbul kritikan tentang "kelesuan cendekiawan" di Malaysia. Saya ada menulis makalah tentang isu ini dalam Dewan Masyarakat. Sebagaimana yang kita tahu, sejak merdeka, puluhan ribu pakar, sarjana, ilmuwan yang terdidik dalam bahasa Melayu dilahirkan oleh sistem pendidikan kebangsaan negara. Namun, kita lihat bahawa dunia penulisan dan penerbitan buku ilmu, sama ada untuk pembaca umum mahupun untuk pembaca ilmiah, dalam bahasa Melayu tidak berkembang selaras dengan kemajuan pendidikan itu dan lebih penting lagi dengan kemajuan yang tercapai dalam bidang ekonomi, perusahaan, dan teknologi. Banyak faktor dapat kita sebut, misalnya, orang ilmuwan sibuk dengan pekerjaan masing-masing, kos penerbitan tinggi, bayaran untuk penulis buku ilmu tinggi terlalu rendah, minat membaca di kalangan penduduk Malaysia tidak tinggi, dan sejak mutakhir ini, timbul faktor baru, iaitu meningkatnya nilai bahasa Inggeris di negara ini sebagai bahasa ilmu, baik di institusi pengajian tinggi awam, lebih-lebih lagi di institusi pengajian tinggi swasta, menyebabkan penulis ilmuwan lebih tertarik untuk menulis buku pengajian tinggi dalam bahasa Inggeris. Saya menganggap hal ini sebagai krisis dalam perusahaan ilmu dalam bahasa Melayu.

Ilmuwan Melayu khususnya mempunyai peranan yang penting untuk membina tamadun ilmu dan budaya tinggi melalui penulisan dan penerbitan. Tidak semestinya mereka perlu menulis dalam bahasa Melayu sahaja. Buku tentang budaya dan tamadun bangsa boleh juga ditulis atau diterjemah ke bahasa Inggeris untuk pembaca antarabangsa. Kita lihat buku tentang tamadun bangsa lain dalam bahasa Inggeris memenuhi kedai buku Inggeris di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Jarang-jarang saya melihat buku seumpama itu dalam

Page 25: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

bahasa Melayu, kalau ada pun buku itu tidak tersebar luas, orang tidak tahu adanya buku itu. Jadi, kelemahan kaedah pengedaran buku dalam bahasa Melayu, perlu juga diselesaikan – diselesaikan secara radikal.

Mata pena lebih tajam daripada mata pedang. Sejauh mana ungkapan ini boleh diterima pakai dalam zaman yang dikatakan moden ini? Memang, mata pena lebih tajam daripada mata pedang, tetapi mata pedang, yakni kekuatan senjata, juga penting dalam dunia hari ini, bahkan sejak dahulu kala lagi. Di Malaysia, mata pena bukan sahaja tajam, tetapi beracun. Beberapa orang yang kita tahu sudah menjadi mangsanya. Tetapi bukan inilah yang dimaksudkan dengan istilah mata pena tajam itu. Yang dimaksudkan ialah pena yang dapat mengubah fikiran rakyat, menggugah minda masyarakat, melalui tulisan dan pandangan yang kritis, yang tajam, menusuk, berdasarkan hujah yang rasional, yang benar, bukan yang palsu. Novel Shahnon, Shit, misalnya, mungkin "busuk", mungkin "kotor", "kotor" – dan saya berasa sedikit geli apabila membaca – tetapi nampaknya novel ini tidak beracun, tidak memfitnah sesiapa (ini karya fiksyen!), walaupun di dalamnya tidak kelihatan idea, wawasan, yang besar. Karya Jean-Jacques Rousseau, Social Contract (terjemahan bahasa Inggerisnya), misalnya, mempengaruhi fikiran rakyat Perancis dan menjadi sebab tercetusnya Revolusi Perancis tahun 1789. Karya Abdullah Munsyi, Hikayat Abdullah, dapat juga dimasukkan ke dalam golongan karya (pena) bermata tajam.    

Tahniah diucapkan kepada Datuk Dr. Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan dan Mantan Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka. Atas kejayaannya sebagai orang Melayu yang pertama memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Doctor of Philosophy) dari Universiti Leiden, Belanda di upacara mempertahankan tesisnya di Universiti Leiden pada 19 Mei 1999

Page 26: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

Saya ingin merakamkan rasa terima kasih dan penghargaan saya kepada pihak Universiti Malaysia Sabah kerana telah mengundang saya ke Upacara Perasmian Kampus Induk Universiti Malaysia Sabah pada hari ini.

2. Seperti yang kita sedia maklum penubuhan Universiti Malaysia Sabah (UMS), universiti awam yang kesembilan di negara kita, merupakan suatu penyempurnaan janji yang telah dibuat oleh Kerajaan kepada rakyat Sabah khususnya. Saya sendiri telah membuat janji tersebut bagi pihak Kerajaan Barisan Nasional. Selepas saya melafazkan janji itu pada tahun 1994 saya telah datang semula ke tempat ini pada tahun 1995 untuk upacara pecah tanah, dan pada Februari 1999 untuk lawatan meninjau kemajuan UMS. Kini saya datang sekali lagi ke tempat yang sama untuk Upacara Perasmian Kampus Induk UMS yang baru lagi indah permai ini.

3. Saya sentiasa mengikuti perkembangan UMS dan pembinaan kampus ini. Sehubungan dengan ini juga, saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat, khususnya pihak pengurusan dan tenaga pengajar UMS, atas usaha mereka yang pantas lagi cekap dalam menjelmakan janji menjadi kenyataan dalam tempoh masa kurang dari enam tahun. Kini saya difahamkan sembilan sekolah, dua institut, semua jabatan pentadbiran Universiti serta tempat kediaman pelajar telah beroperasi sepenuhnya di kampus induk ini. Selain itu UMS juga mempunyai Kampus Cawangan Antarabangsanya di Labuan. Pembinaan seterusnya bergantung kepada keadaan ekonomi, kestabilan politik dan rancangan-rancangan akademik yang memenuhi keperluan negara.

4. Kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf pendidikan setiap rakyat supaya taraf hidup mereka menjadi lebih baik dan tinggi hasil peningkatan keupayaan mereka. Pendidikan merupakan satu batu loncatan untuk individu yang ingin maju dan juga bagi pembangunan bangsa dan negara ke arah kemajuan yang sama dengan negara-negara maju. Namun kita harus ingat bahawa bersama-sama dengan penguasaan ilmu pengetahuan, rakyat juga perlu mempunyai nilai-nilai hidup yang mulia yang akan menentukan ilmu yang diperolehi digunakan dengan baik dan berhasil. Gandingan antara ilmu dan budaya yang mulia dan tinggi adalah kunci sebenarnya kepada kebahagiaan hidup individu dan kemajuan bangsa

Page 27: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

dan negara. Sebaliknya jika ilmu yang diperolehi digunakan untuk kegiatan yang tidak sihat dan tidak bertanggungjawab, maka akan rosaklah individu, masyarakat dan negara.

5. Banyak bangsa di dunia yang memiliki ilmu yang tinggi tetapi menggunakannya untuk menindas bangsa- bangsa yang lemah. Demikian ilmu fizik digunakan untuk mencipta senjata dan bom yang boleh memusnahkan ramai manusia dan dengan ini dapatlah mereka menakluk negara- negara yang miskin dan lemah. Ilmu matematik digunakan untuk perniagaan matawang yang menyebabkan kegawatan ekonomi dan kewangan berlaku dan memiskinkan negara membangun serta rakyatnya.

6. Di zaman ini ilmu berkenaan dengan Teknologi Maklumat (I.T.) adalah amat penting. Ia boleh mendatangkan banyak kebaikan bahkan kekayaan bagi mereka yang menguasainya. Tetapi kerana tidak memiliki budaya yang mulia ada yang menggunakan I.T. dan Internet untuk menyebar bahan-bahan lucah dan fitnah serta pembohongan. Amatlah mendukacitakan bahawa sementara sebahagian daripada rakyat Malaysia menggunakan Internet untuk mendapatkan ilmu dan maklumat yang berguna, sebahagian lagi yang memiliki budaya yang keji menggunakan Internet untuk melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas dan menimbulkan kebencian kepada pihak tertentu.

7. Yang jelas ialah apabila ilmu dimiliki oleh orang yang buruk budi pekerti, maka bukan sahaja pemilik ilmu ini akan berkelakuan buruk, tetapi masyarakat juga akan diheret turun ke lembah kehinaan. Justeru itu penguasaan ilmu di institusi pelajaran rendah dan tinggi perlu disertai dengan didikan dalam bidang moral dan etika. Kursus yang teratur perlu diadakan bagi semua penuntut dalam bidang etika dan moral supaya ilmu yang diperolehi tidak disalahgunakan.

8. Kerajaan telah mencuba menerapkan nilai-nilai mulia Islam dalam Kerajaan. Malangnya ada antara mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menolong kakitangan Kerajaan menerap nilai-nilai Islam, yang mengkhianati tujuan yang mulia ini dengan memutarbelitkan ajaran Islam supaya ia menjadi propaganda parti politik. Hasilnya ialah jauh daripada menerap nilai-nilai Islam, ada pegawai Kerajaan yang menerap nilai yang bertentangan dengan Islam. Mereka menjadi pegawai yang tidak beramanah dan tidak bertanggungjawab sehingga pentadbiran tidak lagi profesional dan menyumbang kepada kemajuan negara.

9. Oleh kerana itu apabila institusi pelajaran tinggi mengadakan kursus moral dan etika serta pelajaran agama Islam, amatlah penting mereka yang dipertanggungjawabkan diawasi supaya tidak berlaku penyelewengan dan pengkhianatan terhadap usaha murni ini. Mereka yang mengurus dan mengajar perlu berikrar akan menunaikan kewajipan mereka secara ikhlas dan jujur. Jika mereka menyeleweng, maka mereka harus disingkirkan. Syarat-syarat ini perlu dikenakan

Page 28: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

supaya kita benar-benar dapat menyemai dan memupuk nilai-nilai yang mulia di kalangan mereka yang akan dibekalkan dengan ilmu supaya mereka dapat menyumbang kepada masyarakat yang membiayai pelajaran mereka.

10. Sesuatu bangsa itu tidak akan maju dan berjaya jika bangsa itu tidak memiliki ilmu dan budaya yang mulia. Institusi pendidikan di semua peringkat harus faham dan ingat akan perlunya gabungan antara ilmu pengetahuan dan budaya yang mulia. Dengan menumpu kepada kedua-dua ini maka institusi pendidikan tinggi akan menolong menentukan kemajuan negara akan tercapai.

11. Universiti bukanlah hanya satu gedung ilmu atau menara gading yang terpisah daripada masyarakat di sekeliling. Dan universiti milik Kerajaan yang menggunakan wang rakyat seperti Universiti Malaysia Sabah ini perlu mengambilkira kepentingan rakyat dan negara. Ini bermakna segala-segala yang dilakukan oleh universiti awam hendaklah bertujuan memenuhi kepentingan rakyat dan negara. Sesiapa yang membelakangkan kepentingan rakyat seperti yang ditentukan oleh Kerajaan pilihan majoriti, tetapi sebaliknya mengutamakan kepentingan diri atau satu puak tertentu, tidaklah layak diberi kepercayaan oleh Kerajaan yang memerintah. Semua pihak dalam universiti awam, daripada pentadbir dan tenaga pengajar sehingga ke penuntut yang diberi biasiswa atau tidak, harus mengingati hakikat ini dan menjadikannya panduan sepanjang masa. Saya tahu UMS memang berpegang kepada panduan ini dan saya mengalu-alukannya.

12. Kita mesti mengkaji semula peranan universiti dalam alaf baru ini, alaf yang begitu mencabar. Kita dengar berulangkali bahawa dunia ini sudah menjadi kecil sehingga ditakrif sebagai sebuah kampung sahaja. Ini adalah kerana kemajuan yang pesat dalam bidang teknologi komunikasi, termasuk kemudahan bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Tidak ada mana-mana tempat di dunia yang jaraknya lebih dari 18 jam penerbangan dari tempat yang lain.

13. Daripada segi perhubungan pula kita boleh dengar dan lihat sesuatu yang berlaku di mana-mana tempat di dunia semasa ia berlaku. Tidak ada sesuatu yang boleh disekat oleh sempadan sesebuah negara. Sempadan sudah kurang maknanya sebagai benteng yang mengasing dan melindungi negara. Oleh kerana ini maka hari ini kita bercakap berkenaan dengan dunia tanpa sempadan, berkenaan globalisasi.

14. Perubahan ini membawa banyak cabaran kepada kita semua. Kita telah lihat bagaimana mudahnya orang asing dapat merosakkan ekonomi negara kita dengan menjatuhkan nilai Ringgit kita tanpa menjejak kaki di bumi kita. Kita bernasib baik kerana Kerajaan berjaya mencipta cara untuk memulih semula kedaulatan kewangan kita kali ini. Tetapi serangan dari jarak jauh ini masih boleh dibuat dalam

Page 29: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

bidang lain. Melalui Internet budaya kita diserang dengan menyebar bahan lucah dan nilai-nilai hidup yang boleh merosakkan segala-gala yang kita pandang mulia. Melalui dagangan elektronik peniaga dan Kerajaan boleh ditekan sehingga menjadi miskin.

15. Tetapi sebaliknya jika kita mempunyai iman yang kuat dan kita kuasai teknologi dan kecekapan menggunakan sistem komunikasi elektronik ini kita bukan sahaja akan dapat menangkiskan serangan-serangan ke atas kita, tetapi sebaliknya kita akan dapat melintasi sempadan negara asing dan meraih kekayaan yang ada kepada mereka. Justeru itu, amat penting universiti kita membuat kajian dan penjelasan berkenaan dengan globalisasi dan dunia tanpa sempadan serta teknologi- teknologi komunikasi yang membawa perubahan-perubahan yang amat radikal ini. Aplikasi teknologi yang tercanggih dalam semua bidang hendaklah dikaji-selidik, difahami dan digunakan. Lulusan universiti hendaklah diberi latihan dan ilmu yang mencukupi untuk menangani cabaran dunia tanpa sempadan supaya bukan sahaja kita dapat menyelamatkan negara kita tetapi juga kita akan dapat meraih banyak keuntungan bahkan nikmat daripadanya.

16. Masalah pencapaian Bumiputera yang diberi peluang belajar di universiti perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Menambah kuota Bumiputera tidak dengan sendirinya menghasilkan keputusan yang lebih baik. Walaupun 60 peratus daripada kemasukan ke universiti terdiri daripada Bumiputera, peratusan yang lulus amat mengecewakan. Lagipun yang lulus tidak mendapat kelas yang tinggi.

17. Apakah sebabnya? Siswa amat marah jika mereka disuruh menumpukan kepada pelajaran, tetapi hakikatnya ialah jika tidak ada tumpuan yang serius kepada pelajaran mustahil kejayaan dalam peperiksaan akan tercapai.

18. Rakyat rela Kerajaan membelanjakan wang rakyat yang banyak untuk memberi pelajaran kepada penuntut Bumiputera. Tetapi rakyat tidak rela wang itu dibazirkan dengan penuntut menghabiskan masa dan tenaga dalam kegiatan yang tidak ada kena-mengena dengan tujuan wang itu diperuntukkan, iaitu mempelajari dan menguasai ilmu pengetahuan. Jika penuntut tidak berminat belajar adalah lebih baik mereka tidak diberi peluang belajar dan tempat mereka diberi kepada yang ingin belajar secara serius.

19. Universiti pula perlu menentukan tenaga pengajar bukan sahaja mengajar mengikut jadual tetapi mengambil berat akan pencapaian penuntut Bumiputera yang diserahkan kepada mereka. Jika perlu profesor dan pensyarah hendaklah memberi `coaching' kepada penuntut yang lemah. Amat malang sekali apabila didapati sebilangan kecil daripada tenaga pengajar, termasuk yang dihantar ke luar negeri untuk melayakkan mereka menjadi pensyarah, menghasut penuntut supaya membenci Kerajaan. Hanya kerana ini sahaja pun ramai penuntut tidak dapat menumpukan pelajaran. Saya harap tenaga

Page 30: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

pengajar di universiti akan bersama-sama menentukan penuntut Bumiputera terutamanya mencapai kejayaan yang cemerlang. Saya harap dan yakin harapan dan gesaan ini tidak akan dipersia-siakan oleh pihak universiti.

20. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak UMS di hari yang penuh bermakna baginya ini.

21. Dengan sukacitanya dan dengan lafaz Bismillahir rahmanir rahim, maka saya dengan ini mengisytiharkan Perasmian Kampus Induk Universiti Malaysia Sabah.

Isu 2. Malaysia Sebagai Pusat

Page 31: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

Kecemerlangan Pendidikan Serantau

MALAYSIA bakal menjadi pusat kecemerlangan pendidikan rantau ini apabila Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan penyedia utama dalam sistem rangkaian Internet, Cisco Systems Inc (Cisco) melaksanakan Program Akademi Sistem Rangkaian Cisco (CNAP).

Melalui program ini, Malaysia akan menghasilkan lebih 2,500 profesional sistem rangkaian menjelang lima tahun akan datang, dengan sasaran minimum 20 profesional dihasilkan setiap tahun. Program ini mampu mencapai sasaran menghasilkan kepakaran tempatan dalam sistem rangkaian itu berdasarkan komitmen tinggi kerajaan dan institusi pendidikan di negara ini.

Program ini merangkumi kurikulum berasaskan e-pendidikan, menjurus kepada mendidik pelajar mereka cipta, membangun dan mengendalikan sistem rangkaian komputer untuk menyediakan mereka ke alam pekerjaan abad 21 ini.

Program ini berupaya mengatasi kekurangan kepakaran tempatan dalam sistem rangkaian selain bertindak sebagai platform untuk merapatkan jurang digital. Kepakaran bidang ini akan mewujudkan perbezaan besar dalam ekonomi Internet.

Kejayaan program itu sudah dapat dilihat dengan lebih 19,000 pelajar berjaya menamatkan program ini dan ada yang meneruskan ke peringkat lebih tinggi atau sudah berada dalam alam pekerjaan. Semua ini mampu untuk mempromosi Malaysia sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan Pendidikan Serantau, yang mampu menawarkan bentuk-bentuk pendidikan yang bertaraf "world class" atau standard dunia/ global.

Mana-mana institusi pendidikan yang berazam untuk mencapai tahap-tahap yang bertaraf "cemerlang" itu wajar memastikan bahawa ada faktor-faktor penentu dalam institusi tersebut yang boleh menghasilkan kecemerlangan itu – seperti:

1. Struktur organisasi yang benar-benar mendorong kecekapan optima pengendalian/ pentadbiran dan pengurusan fungsi-fungsi

2. Bidang pendidikan/ skop perkhidmatan yang sentiasa relevan menepati keperluan masa dan keadaan, terutama dalam pasaran

3. Sistem penyampaian pendidikan yang berkesan, dan menggembelengkan pelbagai pendekatan yang saling melengkapi satu sama lain, dan yang boleh menghasilkan pelajar-pelajar yang telah diberi ilmu yang relevan serta yang pragmatis menghadapi pasaran

4. Tenaga pendidik/ pengajar yang mampu membawa pembaharuan

dalam usaha masing-masing, dan yang sentiasa mengemaskinikan

Page 32: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

ilmu pengetahuan mereka sendiri, supaya institusi mereka dapat memenuhi keperluan-keperluan baru secara fleksibel

5. Sistem pengesanan dan pemantauan prestasi, sama ada pelajar atau

pengajar yang efektif yang boleh dengan cepat dan tepat mengena pasti kelemahan-kelemahan dan kekurangan-kekurangan dalam mana-mana aspek institusi berkenaan, supaya tindakan pembetulan dan ubah suai dapat dilakukan.

Oleh itu perlu usaha yang semakin gigih jika mana-mana institusi/

organisasi ingin pengiktirafan kecemerlangan berkekalan.

Di Malaysia sekarang terdapat :

11 Universiti awam 8 Universiti swasta 59

1 Institusi-institusi pengajian tinggi

swasta

yang memberikan/menawar pendidikan berkualiti dalam pelbagai bidang untuk penuntut tempatan dan luar negeri.

Setakat 31 Disember 1999, enrolmen dalam institusi-institusi pengajian tinggi swasta berjumlah 176,030 orang dengan 10,179 daripada mereka terdiri dari penuntut-penuntut asing, yang kebanyakan datang dari:

Indonesia (lebih 3,900) China (lebih 3,400) India (lebih 300) Maldives (> 250) Pakistan (> 170)

Kemasukan penuntut-penuntut asing ini telah mendatangkan mata wang asing dianggarkan lebih dari RM309 juta, berasaskan yuran-yuran yang dibayar oleh mereka. Ini tidak termasuk lain-lain perbelanjaan sampingan yang dilakukan di Malaysia.

Jelas bahawa, dengan promosi yang sewajarnya Malaysia boleh menjadikan Perkhidmatan Pendidikan sebagai satu sumber pendapatan ekspot yang penting, di samping memperkukuh Malaysia sebagai Pusat Serantau Pendidikan yang mampu menarik pelajar-pelajar luar negara, kerana tahap-tahap kecemerlangan institusi-institusi pengajian yang ada.

Pihak MITI, melalui MATRADE menawarkan perkhidmatan promosi dan pemasaran di luar negara untuk institusi-institusi yang ingin mengeksport perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan, iaitu dalam konteks fungsi MATRADE sebagai penggalak ekspot perkhidmatan/ services dari Malaysia.

Page 33: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN

Kepesatan pembangunan dalam pelbagai sektor memerlukan bukan

sahaja bilangan tenaga pekerja berkeupayaan yang lebih ramai, tetapi, sama pentingnya kategori-kategori tenaga pekerja yang mempunyai ilmu dan keupayaan-keupayaan serta kemahiran baru seperti kemahiran-kemahiran yang selaras dengan pembangunan Teknologi amnya, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi khususnya.

Antara 1998 – Mei 2000 : 1,826 projek pekilangan telah diluluskan, yang memberi peluang pekerjaan sebanyak 172,463.

Kategori-kategori pekerjaan yang ditawarkan :

Pengurusan, Penyeliaan dan teknikal - 9,289 (5.4%)

Pekerja-Pekerja Mahir -

87,669(50.8%) Lain-lain (Tidak mahir, perkeranian,

jualan) - 75,505

(43.8%) Sektor-sektor yang menawarkan peluang-peluang pekerjaan :

Elektrikal & Elektronik - 65,659

(38.1%)

Kayu, Perabot & Peralatan - 25,717

(14.9%) Kimia, Petroleum &

Petrokimia - 16,224

(9.4%) Logam Difabrikasi

(termasuk mesin) - 13,712

(7.9%)

Tekstil & barangan tekstil - 10,018

(5.8%)

Peralatan pengangkutan - 9,392

(5.4%)

Barangan getah - 6,979

(4.0%)

Produk-produk logam asas - 5,483

(3.2%)

Adalah diharapkan Institusi-institusi pengajian tinggi dapat memenuhi sebahagian dari keperluan-keperluan tersebut, bersama-sama dengan Institusi-institusi dan Pusat-pusat Kemahiran di negara ini, supaya dapat diperkecil jurang antara permintaan dan bekalan (Supply and Demand) untuk guna tenaga dalam sektor ekonomi.

Page 34: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PENDIDIKAN