· web viewprogram pensiswazahan guru sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti pim 3109...

66
MODUL PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

Upload: hoangnguyet

Post on 25-Mar-2018

262 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

MODUL PENDIDIKAN ISLAM

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)

MOD KURSUS DALAM CUTI

PIM 3109

PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,BLOK 2200, PERSIARAN APEC,CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Jun 2011

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

Page 2: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Gurui

Notis Hak Kerajaan ii

Kandungan iii

Panduan Pelajar iv

Pengenalan vi

Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul) vii

Tajuk 1: Pemilihan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembela-jaran Pendidikan Islam Mengikut Bidang

1

1.1 Kategori bahan 2

1.2 Keberkesanan bahan 14

Tajuk 2 : Pengajaran mikro dalam pengajaran

pembelajaran Pendidikan Islam24

2.1 Konsep 25

2.2 Kemahiran Asas 29

Tajuk 3 : Perancangan pengajaran mikro 43

Tajuk 4 : Perancangan dan bidang pengajaran

makro Pendidikan Islam 48

Bibliografi 54

Panel Penulis Modul 57

Ikon Modul

KANDUNGANMUKA SURAT

Page 3: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.

Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.

PANDUAN PELAJAR

Page 4: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

Page 5: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

PENGENALAN

Modul ini disediakan meliputi kurikulum mata pelajaran Pendidikan Islam Major untuk Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) Mod Kursus Dalam Cuti (KDC). Ia ditulis sebagai bahan pembelajaran untuk membantu pelajar mendapatkan maklumat dan menguasai kemahiran di dalamnya berasaskan konsep pembelajaran kendiri. Modul ini dibina berdasarkan proforma PISMP yang memberi fokus kepada tajuk Pemilihan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Mengikut Bidang, Pen-gajaran mikro dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam, Perancangan pengajaran mikro dan Perancangan dan bidang pengajaran makro Pendidikan Islam

Modul ini merupakan modul satu daripada siri-siri modul PGSR Pendidikan Is-lam. Di dalam modul ini terdapat empat tajuk seperti yang tersebut di atas. Pecahan tajuk-tajuk di dalam modul ini adalah seperti berikut:

1. Pemilihan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Mengikut Bidang.1.1 Kategori Bahan1.2 Keberkesanan Bahan

2. Pengajaran mikro dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam.2.1 Konsep2.2 Kemahiran Asas

3. Perancangan pengajaran mikro 3.1 Kemahiran set induksi

4. Pengajaran makro Pendidikan Islam4.1 Asas Ulum Syariyyah (Akidah)

Di akhir setiap tajuk ,disediakan beberapa soalan penilaian untuk mengukur se-jauh mana kefahaman pelajar terhadap isi modul. Pelajar dikehendaki menyediakan jawapan kepada soalan-soalan tersebut yang mana akan dibincangkan bersama den-gan pensyarah dan rakan pelajar yang lain. Selain daripada merujuk kepada bahan modul ini, pelajar digalakkan mencari dan mendapatkan maklumat tambahan bagi menambahkan kefahaman terhadap tajuk yang disediakan.

Adalah diharapkan modul ini dapat menyediakan semua maklumat yang men-

cukupi untuk panduan pelajar bagi menyempurnakan program ini. Perlu diingatkan ba-hawa lulus peperiksaan bukanlah perkara utama program ini, tetapi harapan kursus ini adalah untuk menanamkan minat yang mendalam kepada anda untuk menjadi guru Pendidikan Islam yang sebenar.

ASSALAMUALAIKUM WRH…!Selamat berinteraksi dengan modul PIM 3109

Page 6: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

PIM3109 Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Is-lam

AGIHAN TAJUK

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

Bil. Tajuk/Topik InteraksiBersemu

ka(jam)

Modul(jam)

Jum.Jam

1 Pemilihan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Mengikut Bidang

7

252 Aplikasi Bahan Sumber Pendidikan Islam Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 8

3 Pembinaan Bahan Sumber 10

4 Pengajaran Mikro Dalam pengajaran pembelajaran pendidikan Islam 5

205 Perancangan pengajaran mikro 3 2

6 Amali Pengajaran mikro 10

7 Perancangan dan bidang pengajaran makro Pendidikan Islam 4 1

158 Amali pengajaran makro mengikut bidang 10

JUMLAH 45 15 60

Page 7: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

TAJUK 1 PEMILIHAN BAHAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MENGIKUT BIDANG.

SINOPSIS

Bahagian ini memberi penekanan kepada dua tajuk utama. Dalam tajuk

pertama mendedahkan Kategori Bahan Sumber Pengajaran dan

Pembelajaran Pendidikan Islam . Tajuk kedua memberi fokus kepada

Keberkesanan Bahan Sumber Pendidikan Islam Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran.

HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI)

1. memahami dan menghuraikan kategori bahan sumber.

2. mengolah keberkesanan bahan sumber.

KERANGKA TAJUK

Page 8: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1.1 KATEGORI BAHAN SUMBER

1.1.1: PENGENALAN

Pelajar-pelajar yang dirahmati Allah sekalian !

Sumber bahan pengajaran dan pembelajaran ialah apa-apa sahaja alat

atau bahan yang berperanan dan bertugas untuk membantu guru-guru supaya

dapat menyampaikan isi pelajaran supaya pelajar dapat memperolehi

pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai berdasarkan objektif kurikulum. Alat-

alat atau bahan-bahan ini dapat membantu guru dengan menyokong

penyampaian pelajaran. Terdapat beberapa jenis sumber atau alat yang boleh

membantu dalam pengajaran guru. Jenis- jenis alat tersebut ialah bahan

bercetak,bahan teknologi maklumat dan bahan maujud.

Semua sumber P&P yang digunakan ini mempunyai beberapa tujuan

selain daripada menyampaikan isi pelajaran sahaja. Antara tujuan tersebut ialah

untuk merangsang deria rangsangan murid-murid, kefahaman dan interpretasi

maklumat kepada murid-murid, pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai

media, peningkatan daya ingatan, kemahiran berfikir, peningkatan motivasi,

peningkatan kreativiti, keseronokan dalam pembelajaran, kemahiran

interpersonal dan intrapersonal dan akhir sekali kemahiran psikomotor.

Guru-guru perlu tahu menggunakan sumber ini mengikut kesesuian

murid-murid dari segi tajuk,objektif, dan isi pelajaran. Selain itu aspek tahap

kebolehan dan perkembangan kognitif pelajar juga harus diambil perhatian oleh

guru. Sumber pengajaran yang digunakan juga harus menepati keperluan murid

iaitu dari segi mutunya iaitu sesuai dengan mesej, tahan lasak serta tidak mudah

rosak. Penghasilan sumber ini harus dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

Ini adalah bertujuan supaya dapat merangsang dan memotivasikan pelajar untuk

Page 9: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

memberi lebih perhatian kepada proses pengajaran tersebut sekaligus

menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih efektif serta berkesan. Bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap

sebagai media pengajaran atau ‘ media’ yang boleh membantu guru dan

membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta

membentuk sikap yang baik. Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang

diperlukan untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja ini

melibatkan kerja-kerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai dengan objektif

pengajaran yang seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan

Pelajaran dan Objektif Pendidikan Negara secara keseluruhannya.

Dale (1974) telah mengemukakan pendapatnya dalam teori pembelajaran

manusia yang mana disebut sebagai ‘Cone of Experience’, Dale

memperjelaskan kesan media yang berbeza dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dapat mengubah kefahaman pelajar daripada sukar kepada yang

lebih mudah. Konsep ini disokong oleh Heinich, Molenda dan Russel, 1989.

Teori Dale ini telah mengubah persepsi ahli pendidikan seluruh dunia tentang

pentingnya penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.1.2: KATEGORI BAHAN SUMBER

Page 10: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Terdapat beberapa kategori sumber atau alat bantu pengajaran dan

pembelajaran yang boleh digunakan untuk membantu guru dalam proses

pembelajaran. Dalam tugasan ini jenis-jenis sumber pengajaran dan

pembelajaran yang terlibat ialah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat dan

bahan maujud. Semua jenis-jenis bahan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza

tetapi akan mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan murid-murid

memahami isi-isi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran.

Melalui sumber-sumber yang sedia ada mahupun yang direkacipta

mengikut kreativiti sendiri, guru perlu peka dalam memilih sumber P&P yang

hendak digunakan dalam proses pembelajaran. Terdapat banyak sumber-

sumber yang boleh digunakan oleh guru-guru yang mengajar. Antara bahan-

bahan yang boleh digunakan ialah buku teks, buku rujukan, buku latihan dan

lampiran nota. Kebanyakan sumber ini biasa digunakan oleh guru-guru di

sekolah. Untuk memberi kelainan atau penambahan yang lebih menarik kepada

proses P&P, guru boleh menggunakan alat audio visual contohnya LCD, peta,

komputer, gambar rajah dan televisyen.

Menerusi penggunaan bahan-bahan ini, murid-murid akan lebih tertarik

untuk melihat serta mendengar apa yang hendak disampaikan oleh guru dan

secara tidak langsung murid dapat memberikan tumpuan dengan sepenuhnya

kepada guru. Dengan cara ini juga, objektif yang hendak dicapai akan menjadi

lebih mudah untuk dilaksanakan dan hasilnya akan lebih memuaskan serta

memberi manfaat kepada kedua belah pihak iaitu murid-murid dan guru itu

sendiri.

1.1.2.1: BAHAN BERCETAK

Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yangmempunyai

tulisan dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca

secara terus. Ciri penting pada bahan bercetak ialah ianya mestilah dihasilkan

melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu.

Page 11: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad

katalog, kamus, buku teks dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak.

Bahan bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di

perpustakaan ataupun di arkib. Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau

pereka-pereka yang mahir dan terkenal di bidang masing-masing.

Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas

oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat

pada bahan ini. Bahan ini murah dan senang didapati di mana-mana. Selain itu

ia adalah bahan yang kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa.

Kelebihannya yang lain ialah ia mudah alih dan mudah diakses yang

menyebabkan ia menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal

dan selalu digunakan.

Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan

bercetak ini. Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku

yang tebal contohnya buku teks. Jadi ia sukar untuk dibawa kerana berat. Ia juga

tidak boleh disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya peredaran

zaman di mana isi kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak

terkini. Ini kerana buku-buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian

dicetak seterusnya diedar di mana ia mengambil masa yang agak lama untuk

mengikut peredaran zaman.

Kelebihannya yang lain ialah ia mudah alih dan mudah diakses yang

menyebabkan ia menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal

dan selalu digunakan.

Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan

bercetak ini. Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku

yang tebal contohnya buku teks. Jadi ia sukar untuk dibawa kerana berat. Ia juga

tidak boleh disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya peredaran

zaman di mana isi kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak

terkini. Ini kerana buku-buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian

Page 12: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

dicetak seterusnya diedar di mana ia mengambil masa yang agak lama untuk

mengikut peredaran zaman.

1.1.2.2: BAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Bahan teknologi maklumat merupakan sumber pengajaran dan

pembelajaran yang semestinya mendapat perhatian daripada murid-murid.

Teknologi Maklumat (Information Technology) ataupun IT adalah teknologi dunia

yang terkini dan dapat memberi banyak manfaat jika digunakan secara betul.

Penggunaan sumber ini perlulah dikendalikan oleh guru yang berkemahiran

kerana pengguanaan IT secara terancang dan bersesuaian dapat meningkatkan

kecekapan proses dan keberkesanan P&P itu.

Bagi guru yang menggunakan sumber P&P ini, mereka boleh

menggunakan portal pendidikan, internet dan intranet, rangkaian LAN dan akhir

sekali ialah multimedia. Komputer adalah alat atau bahan utama yang perlu

digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran dalam proses P&P. Pada

masa kini guru-guru sudah mempunyai kemudahan kerana terdapat perisian-

perisian yang percuma disediakan oleh kerajaan di mana isi perisian tersebut

bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada. Banyak kelebihan bahan

ini di mana jika ia digunakan secara betul jadi guru perlu selalu memantau

pergerakan murid-murid semasa proses P&P sedang berlangsung.

Kelebihan bahan ini ialah murid-murid cepat mudah faham kerana

mereka akan tertarik dengan grafik yang ada pada bahan ini di mana secara

tidak langsung telah menarik perhatian mereka. Selain itu murid-murid mudah

untuk mengulangkaji apa yang telah dipelajari dan guru juga mudah untuk

membuat suntingan sekiranya guru mendapati terdapat perubahan yang perlu

dibuat. Secara keseluruhannya penggunaan bahan teknologi maklumat ini

adalah banyak kelebihannya berbanding kelemahan yang ada dan dengan

bimbingan daripada guru. Walaubagaimanapun tidak dinafikan kelemahan yang

Page 13: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

mungkin timbul tetapi ia akan dapat diatasi dengan mudah sekiranya pengisian

yang menarik daripada guru dihasilkan.

1.1.2.3: BAHAN MAUJUD

Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah merupakan

bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan

maujud ini juga adalah nyata yang ada di lingkungan alam, baik digunakan

dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud

bukan sahaja tergolong dalam sumber P&P sahaja malah kota atau bangunan

yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud.

Manakala dari segi sumber P&P pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah

alat komputer, OHP, alat tulis dan perkakas sains.

Bahan maujud terbahagi pula kepada 3 jenis iaitu realia asli, realia awet dan

spesimen. Realia asli terbahagi kepada dua iaitu bahan yang hidup dan bahan

bukan hidup. Bahan yang pertama ialah bahan hidup yang sebenar dalam dunia

realiti dan masih hidup contohnya cacing tanah. Manakala bahan bukan hidup

pula ialah seperti jentera ataupun bangunan. Realia awet pula mestilah berasal

daripada benda hidup yang kemudiannya diawet dan disimpan di dalam bendalir

kimia. Jenis bahan maujud yang ketiga ialah spesimen.

Spesimen ialah sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili

kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang

lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Kebiasaanya spesimen selalu

didapati dalam bentuk bahan awetan. Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan

spesimen ialah daun-daun. Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh

menggunakan situasi, gambaran atau kenyataan sebenar. Murid akan

didedahkan dengan pengalaman sebenar di mana melibatkan pengalaman sedia

ada mereka dan juga merangsang penggunaan deria penglihatan, pendengaran,

rasa, sentuhan dan bauan murid-murid

Page 14: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1.1.3: BAHAN MEDIA

Bahan media juga termasuk sebahagian daripada kategori bahan sumber dan

ianya boleh dirumuskan seperti gambar rajah di bawah :

Bil Jenis Media/ Bahan Contoh

1. Media/ bahan tayang kaku Transparensi, slaid,

mikrofilem

2. Media / bahantayang bergerak Pita video, CD dan filem

3. Bahan grafik Lukisan, poster, kartun,

carta dan graf

4. Gambar Kaku Gambar foto, kad

imbasan dan poskad

5 Bahan pameran 3 dimensi Model, boneka, diorama

dan pupet

6. Papan pameran Papan kapur, papan

putih, papan flanel dan

papan buletin

7. Media audio Pita kaset, CD dan

komputer

8. Media cetak Modul, buku teks, surat

khabar, majalah dan

risalah.

6. Papan pameran Papan kapur, papan

putih, papan flanel dan

papan buletin

Page 15: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1.1.4: PROSES PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN SUMBER

Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap sebagai

media pengajaran atau ‘ media’ yang boleh membantu guru dan membolehkan

para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk

sikap yang baik. Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang diperlukan

untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja ini melibatkan

kerja-kerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai dengan objektif pengajaran

yang seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan Pelajaran

dan Objektif Pendidikan Negara secara keseluruhannya.

            Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai dalam sesuatu situasi

pengajaran dan pembelajaran itu, guru hendaklah memproses bahan-bahan

tersebut sebelum ianya digunakan. Beberapa langkah boleh digunakan,

umpamanya proses memilih, mengolah, membina, menggunakan dan menilai.

Proses ini merupakan satu proses yang berterusan dan ianya harus dilakukan

berdasarkan kriteria pemilihan bahan yang telah ditetapkan. Proses penyedian

bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran itu, secara ringkas Seperti

gambarajah berikut:

1.1.5: PRINSIP-PRINSIP PEMILIHAN BAHAN

1.1.5.1: Bahan mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Pemilihan bahan-bahan pengajaran harus menitikberatkan objektif pembelajaran

para pelajar. Objektif harus ditentukan dahulu, selaras dengan tujuan

keseluruhan program pengajaran, dan kemudian bahan-bahan diolah dan dipilih

supaya ianya sesuai dan berhubung dengan objektif tersebut. Tujuan program

pengajaran haruslah menentukan bahan-bahan yang akan digunakan dan bukan

sebaliknya.

Page 16: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1.1.5.2 Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang

harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah

boleh membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini

bermakna, bahan-bahan itu haruslah mengandungi unsur-unsur

intelek(pengetahuan) dan nilai-nilai murni yang dipercayai Dapat mewujudkan

insan yang boleh bertindak dan berfikir secara dewasa. Pemilihan bahan-bahan

haruslah bermatlamatkan kepada pendidikan dan pembentukan individu yang

menyeluruh dan bersepadu.

 

1.1.5.3: Guru harus sedar akan kegunaan bahasa dan pilih bahan-bahan pengajaran yang boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa itu secara efektif.

Pengajaran guru mestilah mengambil kira apa yang hendak dipelajari oleh setiap

orang pelajar, iaitu apa yang mereka akan lakukan dengan ilmu yang telah

diperolehi setelah tamat belajar. Pelajar-pelajar perlu dibimbing untuk menyedari

bahawa pembelajaran dan aktiviti-aktiviti di sekolah adalah sebahagian daripada

kehidupan mereka. Sesungguhnya amat merugikan jikalau pelajaran yang

dipelajari itu hanya tinggal dibangku sekolah sahaja dan tidak ada pertaliannya

dengan kehidupan seharian.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, apa yang perlu diperhatikan ialah

perbezaan di antara pengelibatan dalam latih tubi bahasa, berdialog atau main

peranan di satu bahagian dan satu bahagian lagi kebolehan menggunakan

dalam situasi yang sebenar Seperti kebolehan melahirkan pendapat dan

Page 17: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

perasaan tentang keadaan dan kejadian sebenar kepada seseorang apabila

berhubung. Pelajar yang melibatkan diri dalam teknik simulasi di bilik darjah dan

boleh pula mengaitkannya dengan proses interaksi dan mengeluarkan pendapat

adalah contoh yang sebenar aktiviti komunikasi.

Pada akhir pembelajaran nanti, pelajar-pelajar akan tahu bagaimana Bahasa

Malaysia boleh berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa

untuk berkomunikasi. Oleh itu, pelajar-pelajar harus diperkenalkan dengan aspek

sintaksis dan semantik dalam situasi untuk membolehkan mereka faham akan

penggunaannya. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan, aktiviti

yang dipelbagaikan harus diwujudkan supaya pelajar-pelajar mendapat latihan

yang cukup untuk menggunakan satu-satu struktur itu dalam situasi yang

sebenar. Dalam latihan ini, pelajar-pelajar digalakkan mengeluarkan pendapat

sendiri.

 1.1.5.4: Guru hendaklah memikirkan tentang keperluan belajar para pelajar.

Keperluan belajar pelajar-pelajar di sini bukanlah bermaksud bahasa itu

dipelajari sebagaimana ia dipilih, digred dan dipersembahkan serta diamalkan,

tetapi ianya disampaikan dalam bentuk supaya para pelajar dapat menambah

pengetahuannya dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan satu pembelajaran

yang berkesan dan licin, para pelajar mestilah diperkenalkan dengan unit-unit

pembelajaran. Unit-unit pembelajaran ini walaupun sedikit, tetapi harus

mengandungi benda-benda baru. Selain daripada itu, unit-unit pembelajaran tadi

mestilah berkaitan antara satu sama lain. Pelajar-pelajar boleh mengembangkan

pengetahuan mereka dengan mengaitkan apa yang dipelajari itu dengan

pengalaman atau pengetahuan yang diperolehi daripada pelajaran-pelajaran

yang lalu.

Keperluan belajar sebenarnya tidak terhad kepada pertimbangan-pertimbangan

terhadap bahasa tetapi para pelajar memerlukan juga keperluan-keperluan

intelek dan emosi. Pembelajaran bahasa bukanlah mudah. Pelajar-pelajar

Page 18: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

memerlukan galakan, motivasi dan pelbagai rangsangan yang lain. Ini

sebahagian besarnya adalah tugas guru, tetapi bahan-bahan pengajaran boleh

membantu dengan menggunakan perkara-perkara yang dirangsang secara

intelektual. Satu lagi perkara yang perlu diingat oleh guru-guru ialah bahan-

bahan mestilah boleh digunakan untuk sesi pengajaran secara kelas,

berkumpulan dan individu. Ini adalah kerana, pelajar-pelajar juga harus dilayan

secara individu dan sebagai ahli kumpulan bergantung kepada beberapa faktor,

termasuklah jenis latihan yang mereka jalankan, kemahiran yang sedang

dilakukan atau strategi pembelajaran yang diperuntukkan kepadanya.  

 

1.1.5.5: Guru hendaklah memikirkan tentang perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajar.

Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran

bahasa. Ketiga-tiganya mestilah ditekankan sama rata. Bahan-bahan pengajaran

tidak sepatutnya hanya menekankan kepada aspek-aspek bahasa dan

penggunaannya tetapi harus juga mengambil kira tentang perkembangan

pelajar. Namun begitu patutlah diketahui, tiada satupun cara belajar yang terbaik

dan biasanya para pelajar menggunakan strategi pembelajaran yang berlainan,

kerap menukar strategi dari semasa ke semasa.

Pendekatan yang baru dalam proses pembelajaran sekarang lebih cenderung

berpusatkan individu, iaitu yang berkaitan dengan kehendak dan emosi

seseorang dan tidak menumpukan perhatian kepada gejala-gejala yang

menghalang pembelajaran. Namun begitu, proses pembelajaran, walaupun

menarik tidak dapat membantu pelajar melainkan jika diamalkan dengan cara

yang sistematik dan komprehensif. Aktiviti-aktiviti jika diwujudkan janganlah

hanya sekadar untuk mewujudkan suasana gembira, tetapi harus mengambil kira

nilainya sebagai latihan-latihan pembelajaran bahasa. Memanglah perkara-

Page 19: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

perkara yang dilakukan oleh pelajar-pelajar kita di dalam kelas itu menarik dan

menyeronokkan(enjoyable) tetapi mereka seharusnya dirawat dari segi potensi

pengajaran bahasa mereka.

 1.1.5.6: Guru hendaklah menggunakan penggerak pelajar-pelajar untuk memudahkan pembelajaran mereka.

Pelajar yang mempunyai enggerak untuk mempelajarai sesuatu akan dapat mempelajarinya den-

gan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari sesuatu yang tidak diminatinya. Peng-

gerak yang berkesan timbul daripada keperluan yang ditunjukkan oleh minat murid. Walaupun

manusia belajar untuk tujuan memenuhi keperluan hidup tetapi minat terhadap perkara-perkara

yang belum diketahuinya dapat ditimbulkan dengan mengaitkan perkara itu dengan perkara-

perkara yang diminatinya. Oleh sebab itu, guru hendaklah memulakan pengajarannya dengan

perkara-perkara yang telah diketahui oleh para pelajar dan dari situ membawa kepada perkara-

perkara yang lebih mendalam yang menguatkan minat dan keperluan sedia ada.

Bincang dengan rakan anda tentang kategori bahan .

Buat catatan isi secara grafik peta minda

Syabas anda boleh rehat! Masa untuk minum … Selepas ini bolehlah anda meneruskan pembacaan untuk tajuk berikutnya

Dapatkan maklumat tambahan ulasan tentang Media Tayang Kaku, Media Tayang Bergerak, Bahan Grafik, Gambar Kaku, Bahan Pameran 3 Dimensi, Papan Pameran, Media Audio dan Media Cetak

Page 20: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1.2 : KEBERKESANAN BAHAN

1.2.1: PENDAHULUAN

Bahan sumber merupakan salah satu komponen pengajaran dan pembelajaran.

Ia bukan sahaja dapat memberi suatu pengalaman yang konkrit malahan dapat

membantu murid menyatukan pengalaman yang ada pada mereka. Bahan

sumber yang baik akan membantu proses pengajaran dan pembelajaran

berjalan lancar dan berkesan. Justeru bahan sumber menjadi elimen

perantaraan dan pemindah maklumat kepada pelajar dan pengguna, seseorang

pengajar perlu peka kepada faktor objektif, faktor pelajar faktor kaedah dan

faktor praktikal semasa membuat, menyediakan bahan dan mengaplikasi bahan.

1.2.2: KERANGKA TAJUK

Page 21: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1.2.3: KEBERKESANAN BAHAN

Penggunaan bahan akan menjadi lebih berkesan apabila aplikasi

penggunaannya terlebih dahulu mengambil kira beberapa elimen berikut :

1.2.3.1: KRITERIA PEMILIHAN BAHAN SUMBER

- selaras dengan falsafah pendidikan negara

- tidak bercanggah dengan nilai masyarakat

- releven dengan kurikulum

- selaras dengan prinsip pedagogi 

- memberi maklumat terkini

- cost effective

Page 22: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

- mudah diperolehi

- mudah digunakan

- mudah alih

- mudah senggara

- pelbagai rangsangan

- dapat digunakan berulang kali dan dalam situasi yang berlainan

- fleksibel

1.2.3.2: PEMBINAAN BAHAN-BAHAN PEMBELAJARAN

a)    Ketahanan

Alat dan bahan yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan

pelajar atau kelompok pelajar yang akan dijalankan supaya alat

atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang

panjang ataupun boleh digunakan untuk murid-murid belajar

sendiri.

b)   Kos

Bahan yang dibina atau dibeli hendaklah sesuai dengan kedudukan

kewangan sekolah.

Walau bagaimanapun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan

pengajaran bukan terletak kepada mahal atau murahnya bahan

yang digunakan, malahan penggunaannya akan lebih bererti jika

bahan tersebut dibina oleh pelajar-pelajar sendiri.

Cara ini bukan sahaja memupuk daya cipta pelajar tetapi juga

boleh menjimatkan bahan-bahan terpakai.

Page 23: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

c)    Aspek-aspek Teknikal

Alat yang dipilih biarlah sesuai dengan kemudahan bilik darjah

sama ada boleh digantung atau dilekatkan pada dinding atau boleh

diancarkan ataupun boleh didirikan di atas meja atau sebagainya

d)   Ketepatan Maklumat

Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamaikan

maklumat yang tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster,

rakaman, rancangan radio/tv dan sebagainya. Ketepatan maklumat

juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz.

Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan lain-lain.

e)    Mudah Alih

Guru juga harus memastikan sama ada alat yang diipilih itu

digunakan di bilik lain atau tidak, ataupun adakah alat tersebut

akan diedarkan dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain.

Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh

digunakan bagi keseluruhan pelajaran, atau bahagian tertentu

sahaja, atau dalam keadaan tertentu.

f)     Saiz/Pengelolaan Kelas

Saiz kelas atau besar atau kecilnya kelompok pelajar yang terlibat

juga perlu difikirkan semasa guru memilih alat pengajaran

pembelajaran.

Bahan yang boleh dilihat dari jarak jauh sesuai kelompok yang

lebih besar.

Di sini guru harus memikirkan di mana dan bagaimana bahan

bahan tersebut akan digunakan, sama ada untuk kuliah umum di

dewan, atau pengajaran biasa di bilik darjah, atau untuk

pengajaran berkumpulan, atauun pengajaran individu

Page 24: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

g) Penyerapan Nilai dan Pengetahuan

Satu unsur penting yang cuba diterapkan dalam pendidikan hari ini

ialah penerapan nilai (moral) di dalam semua mata pelajaran.

Melalui strategi ini, para pelajar bukan sahaja sekadar daat

menambah pengetahuan baru tetapi juga mereka sentisa

menyedari dan memahami tanggungjawab dan sumbangan

pengetahuan yang dipelajari terhadap diri, masyarakat dan negara.

Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang mendokong

semangat perpaduan dan kesejahteraan rakyat, maka unsur-unsur

yang bertentangan dengan cita-cita dan semangat tidak sepatutnya

wujud dalam sebarangan pengajaran yang digunakan.

1.2.3.3: CIRI-CIRI BAHAN SUMBER

Tidak ada satu bahan sumber yang unggul dan sesuai untuk digunakan

dalam semua keadaan dan semua bidang mata pelajaran. Untuk

mempastikan keberkesanan bahan sumber yang digunakan seseorang

guru perlu mengetahui cirinya seperti berikut :

a)    Menjelaskan idea yang kabur

Adanya bahan sumber, fakta atau idea yang kabur dapat disampaikan

dan dijelaskan dengan lebih efisyen dan terperinci. Di samping itu bahan

sumber juga dapat menerangkan hubungan antara idea dengan isi

pelajaran.

b)   Menjelaskan bahagian yang sukar difahami

Dalam setiap pelajaran, tedapat bahagian yang senang dan sukar

difahami oleh pelajar (Wifa’ al-Tajl dan Rana al-Fau’ri, 2006). Pengunaan

bahan sumber dapat membantu proses pembelajaran dan kelas dengan

Page 25: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

tumpuan diberikan kepada bahagian yang sukar difahami. Contohnya

penggunaan grafik banding beza.

c)    Besar dan jelas

Bahan sumber yang digunakan dalam proses P&P mestilah besar dan

jelas mengikut keadaan kelas jumlah pelajar. Sekurang-kurang kadar

bahan sumber mestilah boleh dilihat dengan jelas oleh pelajar yang

berada dalam pandangan yang paling jauh daripada bahan sumber.

d)   Warna yang menarik dan saiz yang tepat

Pelajar lebih suka kepada bahan (objek, teks dan lain-lain) berwarna

berbanding dengan hitam putih. Bagi kalangan pelajar sekolah rendah

warna menarik minat mereka dan sekaligus menggalakan pembelajaran.

Selain itu, warna juga dapat menonjolkan fakta penting. Manakala saiz

sesuatu bahan sumber juga penting semasa proses pembelajaran.

Sebagai contohnya saiz tajuk hendaklah lebih besar daripada isi

kandungan, dihitamkan (gelap) dan kedudukannya hendaklah di tengah-

tengah.

e)    Tahan lama

Bahan sumber yang hendak dipilih juga hendaklah jenis yang tidak

membebankan guru, tahan lama dan mudah dibawa ke mana-mana saja

sama ada dari bilik guru ke dalam kelas, dari kelas ke perpustakaan dan

sebagainya (Ahmad, 1997). Contohnya slaid.

f)     Paling memberi kesan

Page 26: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pelajar biasanya suka kepada permainan. Oleh itu, kalau boleh pilih

bahan sumber yang berbentuk permainan tetapi pada masa yang sama

pelajar mendapat input yang berfaedah hasil daripada permainan

tersebut. Contohnya permainan berbentuk teka silang kata, kuiz dan

sebagainya.

g) Murah

Bahan yang digunakan hendaklah tidak memerlukan kos perbelanjaan

yang tinggi dan seelok-eloknya boleh dibuat sendirisupaya tidak

membebankan guru dan juga pihak sekolah

1.2.3.4: KEUPAYAAN PEMILIHAN BAHAN SUMBER

Tujuan pemilihan bahan sumber adalah agar objektif P&P dalam satu-satu

sesi dapat dicapai dengan maksimum. Oleh itu, guru perlu mengikut

prinsip asas pemilihan bahan sumber dalam pengajaran mereka (Wifa’ al-

Tajl dan Rana al-Fau’ri, 2006). Antara asas pemilihan ialah :

a) Besesuaian dengan tajuk

Guru perlu menentukan tajuk dan isi kandungan yang akan diajar.

Langkah seterusnya ialah menentukan objektif pembelajaran yang

hendak dicapai pada akhir proses P&P menggunakan bahan sumber.

Ini bermaksud, alat dan bahan yang hendak digunakan mestilah

sesuai dengan tajuk, isi kandungan dan objektif pembelajaran pelajar.

Page 27: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

b) Bersesuaian dengan latar belakan pelajar

Guru perlu membuat analisis mengenai sifat pelajar seperti umur murid,

gaya pembelajaran murid, tahap pencapaian murid dan pengalaman

murid belajar berbantukan bahan sumber. Bahan yang dipilih itu mestilah

sesuai dengan tahap kebolehan dan perkembangan murid dalam

penguasaan bahasa, tahap kefahaman serta pendengaran. Contohnya

sumber visual seharusnya tidak digunakan apabila pelajar mempunyai

latar belakang pengalaman yang cukup untuk menginterpretasikan dan

mengimaginasikan sesuatu yang berkaitan dengan pembelajaran

(Kamarudin, 2003).

c) Bersesuaian dengan tempat digunakan.

Guru perlu memastikan keadaan fizikal di mana bahan sumber yang akan

digunakan boleh memberi kesan sampingan kepada matlamat yang

hendak dicapai. Oleh sebab itu, guru juga patut memberi perhatian

mengenai tempat bahan yang bakal digunakan.

d) Berteknologi rendah dan sederhana

Bahan yang dipili h mestilah mudah dan tidak melibatkan kemahiran

teknikal yang terlalu tinggi. Sebaik-baiknya guru perlu belajar untuk

menggunakan alat dan bahan serta membuat latihan yang sewajarnya

sebelum sesi pengajaran yang sebenar. Bagi seseorang guru, mereka

tidak boleh mengambil sikap ambil mudah dengan mengangap pelajar

akan memahami apa yang dipaparkan pada kali pertama (Kamarudin,

2003). Ini sekaligus bertujuan untuk mengelakkan kesilapan atau

kelamahan semasa persembahan.

e) Tidak berbahaya

Page 28: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Sesuatu bahan yang digunakan hendaklah tidak berbahaya dan

menggunakan kuasa tenaga elektrik yang tidak terlalu tinggi. Bahan

tersebut seelok-eloknya mudah disimpan dan tidak mudah rosak,

terutama jika alat itu melibatkan penggunaan oleh murid. Bahan tidak

memerlukan kelengkapan tambahan yang banyal apabila hendak

digunakan dan tidak mudah ketinggalan zaman.

f) Bersesuaian dengan jumlah pelajar

Pemilihan bahan hanya akan lengkap sekiranya jumlah murid yang diajar

dapat diaturkan dengan jenis bahan yang sesuai.

g) Sesuai dengan tahap IQ

Apabila sesuatu bahan itu hendak digunakan dalam sesuatu pengajaran,

peluang harus diberi kepada pelajar bagi menentukan sendiri kadar

kelajuan peembelajarannya. Mereka yang kurang berkebolehan

mempunyai peluang merujuk kembali kepada bahan yang digunakan

dengan mengikut kadar keupayaannya sendiri tanpa melibatkan kemajuan

murid lain yang lebih cekap.

Sila rujuk ; Kamarudin Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri, “ “Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran” , Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2007.

Page 29: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Layari internet ........

http://www.sumber pengajaran an pembelajaran

LATIHAN

i. Berpandukan kepada modul yang diberi dan tambahan bacaan dan

setelah melayari laman web, lengkapkan grafik di bawah.

Kategori Bahan Sumber

Page 30: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

ii. Janakan idea anda, apakah elimen-elimen yang perlu diambil kira bagi mempastikan

satu-satu bahan itu cukup berkesan apabila ia di guna pakai dalam orientasi penga-

jaran dan pembelajaran.

Tajuk 2Pengajaran Mikro Dalam Pengajaran Pembelajaran Pendidikan Is-

lam

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam unit ini menjelaskan tentang konsep pengajaran

mikro / makro, dan kemahiran Asas Pengajaran Mikro / Makro. Tajuk-

tajuk ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahi-

ran dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Selain dari -

pada itu anda juga diberi tugasan dan tajuk tutorial untuk dilaksanakan.

Para pelajar diharap dapat berusaha untuk menguasai semua kemahi-

ran yang terdapat di dalam unit ini.

Hasil Pembelajaran1. Menerangkan konsep dan kemahiran dalam pengajaran mikro.

2. Dapat menganalisis konsep dan kemahiran dalam pengajaran mikro.

3. Dapat membezakan antara pengajaran mikro dan pengajaran makro

Kerangka Konsep Tajuk

Page 31: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1.1 Konsep Pengajaran Mikro

i. Konsep Pengajaran Mikro

Pelajar-pelajar sekelian !

Tahukah anda apa itu pengajaran mikro?

Pengajaran mikro adalah suatu teknik pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dalam

masa di antara lima hinggga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran bagi

sekumpulan pelajar. Jumlah pelajar biasanya antara sepuluh hingga lima belas orang

sahaja. Pengajaran mikro bertujuan membina kemahiran guru berkaitan dengan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Pengajaran mikro memperlihatkan bagaimana seseorang pelajar dapat menyampaikan

satu-satu kemahiran yang telah dipelajari dan dikuasainya secara praktik. Ia melibatkan

teknik-teknik penggunaan set induksi, penyoalan, variasi rangsangan, penerangan dengan contoh-contoh, ilustrasi atau alat bantu mengajar, pengurusan kelas, penggunaan papan kapor, pengukuhan dan penutup.

Pengajaran Mikro Dalam Pengajaran Pembelajaran

Pendidikan Islam

Konsep pengajaran mikro dan makro Kemahiran Mikro Perbezaan pengajaran

mikro dan makro

Page 32: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Melalui pengajaran mikro, anda berpeluang mempraktikkan teori pengajaran dalam

sesuatu situasi yang terkawal. Anda perlulah tahu, kebiasaannya pengajaran ini hanya

menumpukan kepada satu jenis kemahiran mengajar sahaja. Untuk memerhati dan menilai

aktiviti pengajaran yang dilaksanakan, anda digalakkan membuat rakaman video. Setelah

aktiviti pengajaran ini selesai anda perlu berbincang dengan rakan-rakan tentang kekuatan

dan kelemahan bagi aktiviti pengajaran yang telah anda laksanakan. Hasil perbincangan

tadi bolehlah digunakan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kemahiran yang

telah dilaksanakan.

Bincangkan dengan rakan anda tentang faedah pengajaran mikro.

Buat catatan isi-isi penting , kemudian bandingkan dengan bahan

yang disediakan berikut

Antara faedah yang dapat disenaraikan ialah:

Mendapat peluang mempraktikkan kemahiran mengajar satu demi satu dalam

situasi pembelajaran yang terancang dan dipermudahkan.

Boleh mempelajari teknik mengajar dalam keadaan yang tenang, mudah dan kurang

kompleks.

Pengajaran mikro membolehkan anda mengamalkan teori pengajaran yang

disampaikan oleh pensyarah di dalam bilik kuliah.

Pengajaran mikro juga dapat mengurangkan berbagai-bagai masalah daripada

pengajaran biasa di sekolah.

Melalui rakaman video, guru-guru pelatih dapat mengkaji sendiri kesalahan-

kesalahan yang dilakukan dalam sesi pengajaran mikro.

Melalui perbincangan selepas sesi pengajaran anda akan dapat memahami

kesalahan / kelemahan dan seterusnya berusaha untuk mengatasi kelemahan-

kelemahan tersebut.

Sekarang cuba kita lihat bagaimana cara sesi pengajaran mikro dilaksanakan.

Page 33: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(Model D.Allen dan K. Kyan)

MerancangAnda perlu membuat persediaan mengajar yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan

dengan memfokuskan kemahiran yang akan dipraktikkan. Perkara-perkara yang berkaitan

dengan pengajaran seperti bilangan murid, alat bantu mengajar dan aktiviti perlu

dirancang dengan teliti supaya proses pengajaran mikro dalam tempoh masa yang terhad

berjalan dengan lancar. Borang-borang yang berkaitan dengan penilaian perlulah

disediakan.

MengajarAnda hendaklah menjalankan sesi pengajaran seperti yang dirancang. Semua prinsip dan

garis panduan berkenaan sesuatu kemahiran yang menjadi fokus perlu dihayati dan

dipraktikkan. Contohnya ‘kemahiran penyoalan’. Anda perlulah mengaplikasi semua prinsip

penggunaan dan komponen kemahiran penyoalan dalam sesi pengajaran itu. Adalah

lebih baik anda merakamkan sesi pengajaran tersebut.

Mengulas / MenilaiLatihan akan menjadi bertambah baik jika peserta menerima maklum balas tentang sesi

pengajaran mikronya. Sekiranya ada rakaman, anda bolehlah menonton semula dan

membuat penilaian kendiri. Rakan-rakan pemerhati menilai melalui borang penilaian yang

telah diedarkan sebelum sesi perlaksanaan mikro

Merancang semula

Mengulas

Merancang Semula

Mengajar Semula

Merancang

Mengulas Semula

Mengajar

Page 34: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Hasil daripada komen-komen yang diterima dalam peringkat penilaian, anda hendaklah

membuat perancangan kali kedua untuk menjalankan pengajaran semula yang juga akan

dirakamkan. Pengajaran semula ini mungkin melibatkan pindaan kepada persediaan

mengajar yang disediakan.

Pengajaran SemulaSelepas selesai selesai membuat perancangan, pengajaran semula akan dibuat dan

dirakamkan. Seharusnya pengajaran semula ini berbeza dengan pengajaran pertama

kerana anda telah mengambil kira komen dan teguran.

Mengulas SemulaSelepas pengajaran semula, perbincangan berkenaan pengajaran tersebut akan dibuat di

bawah penyeliaan bagi mengukuh dan meneguhkan kemahiran mengajar yang telah

dipraktikkan itu.

Konsep Pengajaran makro

Pelajar-pelajar,

Pengajaran makro adalah satu sesi pengajaran yang lengkap bermula dari set induksi,

pengenalan, perkembangan p&p hingga penutup. Perlaksanaannya perlulah :

Kelas besar

Perlu murid sebenar

Guru mengajar sepenuh waktu

Tumpu kepada pelbagai kemahiran mengajar

Situasi sebenar

Buat perbincangan bersama rakan anda tentang perbezaan antara

pengajaran mikro dan makro. Lakarkan hasil perbincangan dalam

grafik banding beza

Page 35: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1.2 Kemahiran Asas Pengajaran Mikro

Kemahiran-Kemahiran Pengajaran Mikro

Pengajaran mikro merupakan suatu teknik simulasi yang bertujuan untuk memberikan anda

pengalaman mengajar serta menguasai kemahiran-kemahiran mengajar dalam satu situasi

yang hampir sama dengan aktiviti pengajaran dalam bilik darjah. Kemahiran mengajar yang

dipilih ialah merupakan kemahiran-kemahiran mengajar yang penting dan kerap digunakan

untuk menjalankan aktiviti pengajaran dalam bilik darjah. Di antara kemahiran-kemahiran

yang biasanya dipilih untuk sesi pengajaran mikro ialah :

Kemahiran penyampaian set induksi

Kemahiran Menerang dengan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber

pengajaran dan pembelajaran

Kemahiran Penggunaan penyoalan

Kemahiran Pengelolaan variasi rangsangan

Kemahiran Penggunaan papan kapor

Kemahiran Pengurusan aktiviti pengukuhan

Kemahiran Perlaksanaan penutup

Pelajar-pelajar sekelian !

Page 36: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Untuk melaksanakan sesuatu sesi pengajaran mikro anda hendaklah memilih salah satu

daripada kemahiran mengajar tersebut di atas dan merancang satu persediaan mengajar

berdasarkan prinsip, objektif dan komponen-komponen kemahirannya. Kemahiran mengajar

yang dipraktikkan dalam pengajaran mikro hanya merupakan sebahagian kecil daripada

satu waktu pelajaran yang sebenar. Masa penyampaian kemahiran mengajar ini dalam

sesuatu sesi pengajaran mikro akan mengambil masa antara 5 hingga 10 minit sahaja,

bergantung kepada keperluan sesuatu jenis kemahiran mengajar dalam sesuatu aktiviti

pengajaran.

Kemahiran Penyampaian Set Induksi

Set induksi adalah bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran. Ia bertujuan membina

aliran pemikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka menumpukan

perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan.

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menyampaikan set induksi .

Antaranya penggunaan alat bantu mengajar, motivasi, teknik menyoal, mengulangkaji topik

yang berkaitan, membimbing murid mengingat kembali pelajaran yang telah dipelajari dan

sebagainya.

Oeh kerana set induksi cuma bertujuan membina aliran pemikiran murid sahaja dan bukan

merupakan salah satu bahagian isi pelajaran yang hendak disampaikan, masa yang

diperuntukkan tidak seharusnya melebihi 5 minit dalam sesuatu waktu pelajaran.

PrinsipSet Induksi

Tujuan tercapai dalam masa yang singkat

Menarik minat dan perhatian murid

Berkait dengan isi pelajaran

Sesuai dengan pengalaman, kebolehan dan umur murid

Berkait dengan pengetahuan murid

Page 37: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Komponen Set Induksi

Menarik perhatian

Mewujudkan motivasi

Membuat perkaitan

Menstruktur

Menggunakan nada suara Menggunakan alat Bantu mengajar Menggunakan gerakan,isyarat,kontak

mata Menunjukkan satu aktiviti yang luar bi-

asa

Bangkitkan rasa ingin tahu Guna teknik cerita Menunjukkan suatu aktiviti yang

berguna Menggunakan soalan yang mencabar

Objektif Set Induksi:Menarik perhatian muridMembina aliran pemikiran muridMemotivsikan murid Mengaitkan pengetahuan yang lepas dengan yang baruMencadangkan cara melaksanakan sesuatu aktivitiMenyatakan had tugas dalam aktiviti pembelajaranMembantu murid belajar dengan lebih mudah

Mengaitkan: pengetahuan lepas murid isi pelajaran baru peristiwa semasa minat dan pengalaman murid

Menyatakan had tugas yang akan di-jalankan

Menggunakan satu siri soalan yang berkaitan

Menyatakan cara-cara melaksanakan tu-

Page 38: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Fikirkan kesan penggunaan kemahiran set induksi dalam pengajaran

dan pembelajaran . Buat catatan

Tugasan tutorialAnda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran Set

Induksi. Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah

Kemahiran Menerang

Digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran

kepada murid. Biasanya pada peringkat perkembangan . Semasa menggunakan

kemahiran menerang guru memberi penerangan kepada murid tentang sesuatu isi pela-

jaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran. Ketika memberi

penerangan guru boleh menggunakan kapor untuk menulis isi-isi penting pada papan

tulis/kapur supaya membantu murid memahami dan merekodkan dalam buku nota.

Prinsip-Prisip Penggunaan Kemahiran Menerang

Rancang aktiviti pengajaran

Tentukan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran yang akan digunakan

Masa hendaklah sesuai

Kekalkan minat murid terhadap penerangan guru

Perkataan dan istilah hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid

Penerangan berdasarkan pengetahuan lepas murid

Alat Bantu mengajar sesuai dengan isi pelajaran, diuruskan dengan teknik yang

berkesan

Galakkan murid bertanya

Komponen-Komponen Kemahiran Menerang

Arah Permulaan

Penerangan guru:

Menarik dan mengekalkan perhatian murid

Membangkit kesediaan murid untuk belajar

Jelas, ringkas, tepat

Page 39: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk

diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .

Tugasan tutorialAnda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran

Menerang. Aplikasikan semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah

KEMAHIRAN PENYOALAN

Teknik penyoalan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkat

permulaan kemahiran penyoalan digunakan untuk menolong murid mengingat kembali

Kemahiran Ilustrasi

Pengunaan contoh / sumber pelajaran

Contoh / sumber yang cukup

Contoh / sumber yang sesuai

Contoh / Sumber jelas dan menarik

Kecekapan mengurus contoh / sumber

Penyusunan Idea

Pengurusan kemahiran menerang:

Idea dikembang secara teratur

Variasi rangsangan berjaya digunakan

Penerangan lisan jelas dan tepat

Penutup

Rumusan dan kesimpulan:

Isi-isi penting dinyatakan secara bertulis

Isi-isi penting disusun secara teratur

Penyataan penutup ringkas, tepat dan jelas

Page 40: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

pelajaran lepas. Peringkat perkembangan ianya digunakan untuk mencungkil pemikiran

murid. Peringkat penutup ianya digunakan untuk menilai pencapaian objektif.

Prinsip Penggunaan Kemahiran Penyoalan:

Pembentukan Soalan

Teknik kemukakan soalan

Penerimaan Jawapan

Aras soalan sesuai dengan murid Rancang jenis-jenis soalan Mudah difahami Ubah bentuk soalan dari masa ke se-

masa Mendorong murid berfikir

Kemukakan soalan , berhenti sekejap, baru sebut nama Soalan dituju kepada semua murid Suruh murid ulang jawapan Sebut soalan sekali sahaja dengan

jelas

Beri pujian bagi jawapan murid Guru ulang jawapan murid Minta murid lain ulang Lengkapkan jawapan yang kurang

lengkap Bantu murid beri jawapan yang

lengkap Elak jawapan beramai-ramai Elak ejek jawapan muridObjektif Penyoalan

Uji pengetahuan murid Rangsang pemikiran Menarik perhahtian Menilai keberkesanan Membantu mengulangkaji pelajran Menjalin hubungan guru murid Memperkukuhkan kefahaman baru Menimbulkan minat dan perasaan ingin tahu Memperkembangkan daya pemikiran Melibatkan keaktiufafan dalam P & P Menggalak murid berani menyoal

Page 41: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pembentukan soalan : Jelas, ringkas dan tepat

Fokus tunggal : Soalan ditumpukan kepada satu idea dan konvergen

Fokus pelbagaian : Soalan ditumpukan lebih daripada satu idea dan divergen

Sebaran : Soalan disebarkan kepada seluruh kelas.

Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk

diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .

Tugasan tutorial

Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran

Penyoalan. Pastikan soalan-soalan yang disediakan mengikut disiplin yang dterangkan.

Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah.

Kemahiran Pengukuhan

Digunakan apabila murid memberi jawapan / reaksi yang betul dalam satu-satu aktiviti .

Pujian merupakan satu teknik pengukuhan tingkahlaku

Syabas anda boleh rehat! Masa untuk minum …

SEKARANG BOLEHLAH ANDA FIKIRKAN APAKAH KESAN KEMAHIRAN PENYOALAN

DALAM PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN . BUAT CATATAN . KEMUDIAN

BOLEHLAH ANDA MENERUSKAN BACAAN

TAJUK INI

Komponen-Komponen Kemahiran Penyoalan

Page 42: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Prinsip Pengukuhan

Berubah dari masa ke semasa

Diberi sebaik sahaja selesai menjawab

Elak komen negatif

Teknik pengukuhan sesuai dengan tahap pelajar

Diberi dengan ikhlas

Memberi galakan dalam aktiviti P & P

Memperkukuhkan konsep dalam ingatan

Menggalakkan murid tunjuk tingkah laku positif

Memupuk semangat keyakinan diri

Memperbaiki disiplin kelas

Kesan Kemahiran Pengukuhan Membawa semangat ingin belajar

Meningkatkan murid bersifat cubajaya

Murid akan berubah kearah tingkah laku positif

Usaha murid dihargai

Wujudnya hubungan yang baik guru dan murid

Dampingan Mendampingi murid Berdiri disebelah murid Duduk disisi murid

Objektif Pengukuhan

KomponenKemahiran Pengukuhan

Lisan Positif: Guru gunakan sebutan: Bagus / baik /

ya / betul Guru mengulang jawapan murid

Gerak Isyarat positif : Guru menunjukkan Senyuman Anggukan kepala Tepuk tangan Angkat ibu jari

Lisan negatif

Bukan, Salah, Tidak Kurang lengkap, jawapan buruk Menyindir

Gerakan isyarat negatif• Menggeleng-gelengkan kepala• Menunjukkan muka marah• Menggoyangkan tangan

Sentuhan Menyentuh kepala Menyentuh bahu Menyentuh bahagian belakang badan

Page 43: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi

Kemahiran Pengukuhan yang mengambilkira komponen-komponen di

atas. Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama

pensyarah.

VARIASI RANGSANGAN

Teknik mempelbagaikan kaedah penyampaian guru bertujuan menarik perhatian dan

minat murid. Meliputi kemahiran mengubah tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti,

menukar corak interaksi dan mempelbagaikan kaedah pengajaran

Prinsip

Perubahan kaedah dan teknik penyampaian dikaitkan dengan tujuan dan isi

pelajaran

Perubahan aktiviti dikaitkan dengan langkah penyampaian

Penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai

Setiap langkah pengajaran mengandungi aktiviti yang berbeza

Hendaklah mengubah rangsangan berdasarkan maklumbalas murid

Objektif

Page 44: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Memusatkan perhatian murid dan mengekalkan minat

Melibatkan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran

Mempelbagaikan saluran deria murid

Memotivasikan murid

Memberi peluang murid menikmati kepelbagaian aktiviti

Mewujudkan suasana pembelajaran yang positif

KomponenVariasi Rangsangan

Perubahan Pergerakan langkah guruKiri – kanan, depan – belakang

Perubahan Pergerakan anggota gurutangan - kepala, tangan -hentian

Perubahan nada suaraMendatar – lantangLantang - senyap

Perubahan deria muridMendengar – menontonMelihat - merasa

Perubahan bentuk lisan muridMenyoal – menjawabMenulis – membacaBercerita - berbincang

Perubahan bentuk fizikal muridMenulis – melukisDuduk - berdiri

Page 45: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk

diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .

Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi

Kemahiran Variasi Rangsangan. Sila pastikan sebahagian besar

komponen di atas digunakan. Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi

tutorial bersama pensyarah

Kemahiran Penggunaan Papan Kapur

Suatu kemahiran mengajar yang sering digunakan dalam bilik darjah. Ia memerlukan

kemahiran guru merancang dan menyusun tulisan, nota dan gambar rajah. Guru yang

menguasai kemahiran ini dengan baik, memudahkan murid membaca dan memahami

dan dapat menarik minat pelajar.

Guru harus merancang penggunaannya lebih awal

Cuba memahirkan diri dalam kemahiran melukis gambar rajah

Tulisan hendaklah jelas

Penggunaan kapur warna

Penggunaan aktiviti hendaklah dipelbagaikan

Penglibatan murid dalam penggunaan papan kapur

Masa yang sesuai

Menjelas sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak

Menarik perhatian murid di setiap peringkat pengajaran

Memperkukuhkan sesuatu fakta, konsep atau idea yang dihuraikan

Mendemontrasikan langkah penyelesaian masalah

Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran

Memberi peluang kepada murid mencatat nota

Prinsip

Objektif

Page 46: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Syabas sekiranya anda telah mempraktikkannya. Sekarang anda boleh

rehat! Masa untuk minum …

Kemudian bolehlah anda meneruskan bacaan tajuk ini seterusnya.

Kemahiran Penutup

Kejelasan :Tulisan - saiz sesuai dan kemas Gambarajah – jelas dan ringkas

Susunan (layout) ;Penggunaan ruang seimbangSusunan jelas Nota disusun bersistematik

Penonjolan / Penekanan:Penggunaan kapur warna yang sesuai dan menarik

Teknik Persembahan berjaya :membentuk konsep jelas dan tepatmemudahkan konsep yang susahmelibatkan murid dlaam aktiviti pembelajaranmenggunakan masa yang sesuai

Komponen

Penggunaan

Papan kapur

Page 47: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Penutup adalah bahagian terakhir sesuatu pelajaran. Aktiviti rumusan, pengukuhan dan

penilaian biasanya diadakan dalam bahagian ini. Guru menggunakan bahagian ini

untuk membantu murid-murid mengukuhkan konsep atau kemahiran baru yang

dipelajari dengan merumuskan isi-isi penting atau memberi aktiviti susulan. Guru juga

boleh menggunakan bahagian penutup ini untuk menilai pencapaian objektif serta

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Hasil penilaian ini akan

digunakan untuk membuat pengubahsuaian terhadap pelajaran berikutnya.

Terdapat dua jenis penutup

Kognitif - bertujuan mengukuhkan isi dan kemahiran yang dipelajari

Caranya:- buat rumusan / kesimpulan

Beri kerja bertulis/ latihan / lembaran kerja

Beri aktiviti pengayaan

Penyoalan isi-isi penting

Sosial - bertujuan memberi satu perasaan pencapaian supaya mereka ingin terus

belajar atau aplikasi apa yang dipelajari dalam kehidupan harian.

Caranya - menggunakan teknik peneguhan atau tugas lanjutan.

Pelajar-pelajar !

Sekarang kita lihat pula apakah prinsip-prinsip penggunaan kemahiran penutup

Prinsip-prinsip Pastikan sesuai dengan objektif, isi dan kemahiran yang baru dipelajari

Aktiviti rumusan, pengukuhan dan susulan perlu dirancang dengan teliti

Sediakan juga penutup sosial di samping penutup kognitif

Aktiviti penilaian juga boleh diadakan di peringkat penutup

Komponen-komponen Kemahiran Penutup

Perkaitan kognitif

Membuat rumusanMengulangi isi-isi pentingMenjalankan aktiviti penilaianMencadangkan aktiviti susulanMenjalankan aktiviti pengukuhan

Page 48: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi

Kemahiran Penutup yang meliputi kedua-dua aspek kognitif dan sosial.

Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah

Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk

diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .

Bincangkan dengan rakan anda kepentingan Guru Pendidikan Islam

menguasai dan mengaplikasi kemahiran–kemahiran dalam

pengajaran mikro / makro serta mengikut peringkat perancangan

pengajaran mikro

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran tajuk

ini dengan jayanya!

.

Menimbulkan perasaan ingin melak-sanakan Memberi peneguhan positif Mewujudkan perasaan ingin tahu Memotivasikan perasaan ingin belajar Mengaitkan dengan pelajaran akan

Perkaitan Sosial

Page 49: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Tajuk 3 Perancangan Pengajaran Mikro

SinopsisTajuk ini akan membincangkan tentang Perancangan Pengajaran Mikro Pen-

didikan Islam dan contoh perancangan pengajaran mikro untuk diaplikasikan

dalam pengajaran mikro.

Hasil Pembelajaran

1. Merancang pengajaran mikro untuk asuhan Tilawah al-Qur'an, Ulum Syariah

dan Akhlak dengan menggunakan kemahiran mikro yang telah dipelajari.

2. Mengaplikasikan kemahiran-kemahiran asas dalam pengajaran mikro.

Tajuk 3.1 Perancangan Pengajaran Mikro

Pelajar-pelajar sekelian setelah kita mengetahui konsep pengajaran mikro dan perbezaannya dengan pengajaran makro, mari kita ccba merancang pengajaran mikro !

Tahukah anda apa itu perancangan pengajaran mikro?

Dalam tajuk konsep pengajaran mikro anda telah didedahkan dengan carta alir

perlaksanaan pengajaran mikro, kini anda akan cuba merancang pengajaran mikro

mengikut format yang telah ditetapkan.

CONTOH PERANCANGAN PENGAJARAN MIKRO.

1. Persediaan Mengajar Mikro Set Induksi

Nama :Kemahiran : Set Induksi

Page 50: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Mata pelajaran : Pendidikan Islam - HadisTajuk : Iman yang sempurna

Hasil pembelajaran :

I. Murid dapat membaca petikan hadis dengan betulII. Murid dapat menjelaskan siapakah mukmin yang sebenarIII. Murid dapat menerangkan sekurang-kurangnya tiga peranan mukmin

kepada saudaranya

BBM : Lukisan gambar seorang budak jatuh basikal

Isi pelajaran :I. Konsep iman: Satu kepercayaan teguh yang terjalin di dalam hati, seperti percaya adanya Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

II. Persaudaraan Islam

AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID

SET INDUKSI

1. Guru membentangkan gambar seorang budak jatuh basikal

2. Apakah yang murid-murid dapat faham daripada gambar ini?

3. Bolehkan kita hidup bersendirian tanpa bergantung kepada orang lain?

4. Bagaimana sikap kamu sekiranya melihat malapetaka / bencana menimpa rakan kamu?

5. Guru meminta seorang murid menyebut Rukun Iman

6. Guru menegaskan bahawa kita semua orang beriman

7. Tajuk kita pada hari ini ialah “ Iman Yang Sempurna

1. Guru berbincang dengan murid

2. Murid menjawab

3. Murid menjawab

4. Murid menjawab

5. Murid menjawab

Pengajaran

Di peringkat ini anda dikehendaki melaksanakan pengajaran mengikut perancangan.

Semua prinsip dan garis panduan sesuatu kemahiran yang difokuskan perlu dikuasai

Page 51: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

dan diaplikasi. Contohnya kemahiran menyoal. Rakaman video perlu dibuat semasa

pengajaran.

Penilaian Selepas rakaman pengajaran, video tersebut dipertontonkan semula . Anda perlu

membuat penilaian kendiri ke atas pengajaran. Rakan penilai akan membuat penilaian

ke atas pengajaran tersebut dengan mengisi borang-borang penilaian kemahiran yang

telah diedarkan sebelum pengajaran. Borang-borang tersebut diedar sebelum sesi

praktik bermula.

Contoh Borang Bimbingan Penilaian untuk kemahiran Set Induksi.

Komponen Kemahiran Set Induksi Dan Cara Melaksanakannya

Ada(Sesuai)

Ada(Tidak

Sesuai)

Tidak Kelihatan

Menarik Perhatian: Menggunakan nada suara Menggunakan alat Bantu mengajar Menggunakan gerakan, isyarat, Kontak mata Menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa

Mewujudkan motivasi Membangkitkan rasa ingin tahu Menggunakan teknik bercerita Menunjukkan suatu aktiviti yang berguna Menggunakan soalan yang mencabar

Membuat perkaitan Pengetahuan lepas murid Isi pelaajran baru Peristiwa semasa Minat dan pengalaman murid

Menstruktur Menyatakan had tugas yang akan

dijalankan Menggunakan satu siri soalan yang

berkaitan Menyatakan cara-cara melaksanakan

tugas Menyatakan aktiviti, tugas atau projek

Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan

2. Persediaan Mengajar Mikro Penutup

Page 52: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Nama :Kemahiran : PenutupMata pelajaran : Pendidikan Islam - HadisTajuk : Iman yang sempurna

Hasil pembelajaran :

I. Murid dapat membaca petikan hadis dengan betulII. Murid dapat menjelaskan siapakah mukmin yang sebenarIII. Murid dapat menerangkan sekurang-kurangnya tiga peranan mukmin

kepada saudaranya

BBM : Lukisan gambar seorang budak jatuh basikal

Isi pelajaran :I. Konsep iman: Satu kepercayaan teguh yang terjalin di dalam hati, seperti

percaya adanya Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

II. Persaudaraan Islam

AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID

PENUTUP

1. Membuat rumusan kognitif tentang pelajaran yang telah diajar.

2. Menggalakkan pelajar agar sentiasa membantu satu sama lain untuk mengukuhkan persaudaraan sebagai penutup sosial.

3. Guru memberi kerja lanjutan sebagai pengayaan.

1. Murid mendengar guru membuat rumusan kognitif

2. Murid mendengar guru membuat rumusan sosial

3. Murid melaksanakan kerja pengayaan di rumah.

Contoh Borang Bimbingan Penilaian untuk kemahiran Penutup

Komponen Kemahiran PenutupAda

(Sesuai)Ada

(Tidak Sesuai)

Tidak Kelihatan

Perkaitan kognitif

Membuat rumusan Mengulangi isi-isi penting Menjalankan aktiviti penilaian Mencadangkan aktiviti susulan

Page 53: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Perkaitan sosial

Menimbulkan perasaan pencapaian murid Memberi peneguhan positif Mewujudkan perasaan ingin tahu Memotivasikan perasaan ingin belajar Mengaitkan dengan pelajaran yang akan

datang

Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan

Sila dapatkan maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan tentang borang-borang bimbingan penilaian bagi setiapKemahiran pengajaran mikro / makro

Ooookkkkkk boleh berhenti rehat!!!!

Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .

Page 54: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Tajuk 4 Perancangan Dan Bidang Pengajaran Makro Pendidikan Islam

SinopsisTajuk ini akan membincangkan tentang Perancangan Dan Bidang Pengajaran

Makro Pendidikan Islam. Perancangan pengajaran makro terkandung di dalam-

nya konsep pengajaran makro dan perancangan pengajaran makro. Bidang

pengajaran makro menyediakan contoh rancangan mengajar untuk diaplikasikan

dalam pengajaran makro.

Hasil Pembelajaran3. Menjelaskan konsep pengajaran makro.

4. Membina rancangan pengajaran harian dalam bidang Ulum syariah

Kerangka Tajuk

Perancangan Dan Bidang Pengajaran Makro Pendidikan

Islam

Konsep Pengajaran Makro

Perancangan Pengajaran Makro Pendidikan Islam

Bidang Asuhan Tilawah Al Quran Bidang JawiBidang AkhlakBidang Ulum

Syariah

Page 55: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Tajuk 4.1 Konsep Pengajaran Makro Pendidikan Islam

Pelajar sekalian !

Pengajaran makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap bermula dari

pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup.

Sebelum melaksanakan sesuatu sesi pengajaran Makro, anda perlulah merancang

dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik . Perancangan yang

lengkap dan baik merupakan satu aspek penting dalam sesuatu pengajaran yang

berkesan. Pengajaran yang berkesan akan meningkatkan pencapaian akademik

murid dan mengurangkan masalah-masalah disiplin.

Proses pengajaran makro yang lengkap boleh disimpulkan dalam carta alir berikut :

Aspek yang penting dalam persediaan mengajar :

Perancangan Pendahuluan

Penentuan topik

Kebolehan sedia ada murid-murid

Ojektif/ hasil pembelajaran

Perancangan penyampaian

Penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran

Penentuan masa

Pemeringkatan isi

Pemilihan sumber

Perancangan semulaPerancanganPerancanganPerancangan Pengajaran Penilaian

Pengajaran Semula

Penilaian semula

Page 56: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Perancangan Penilaian

Pencapaian

Penganalisisan maklumbalas

Pengubahsuaian

Buat refleksi kendiri tentang konsep pengajaran makro.

Sila berbincang dengan rakan sekerja berkenaan bidang-bidang dalam Sukatan Pendidikan Islam Sekolah Rendah kemudian buat catatan dalam bentuk grafik sebagai persediaan untuk membuat perancangan pengajaran makro

Tajuk 4.2 Perancangan Pengajaran Makro Pendidikan Islam

Pelajar-pelajar sekelian!

Dalam melaksanakan pengajaran makro, anda perlulah merancang set induksi penga-

jaran yang baik dan menarik perhatian serta minat murid kepada pengajaran yang hen-

dak disampaikan dan dapat menggalakkan pembelajaran. Set induksi juga digunakan

bagi mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid.

Jangka masa yang baik bagi set induksi adalah antara tiga hingga lima minit.

Perkembangan pengajaran merujuk kepada langkah-langkah mengajar yang disusun

berperingkat-peringkat berdasarkan prinsip-prinsip pengajaran. Anda juga perlu meran-

cang langkah-langkah pengajaran yang berurutan, disusun dengan baik dan mencatat

anggaran masa yang sesuai. Langkah-langkah yang dirancang ada kaitannya dengan

objektif khusus yang sudah dicatatkan.

Anda juga perlu memilih dan menyusun isi pelajaran yang hendak disampaikan. Ia

perlulah sesuai dengan kebolehan serta minat murid. Isi pelajaran perlu dipertingkatkan

dan diperkembangkan dengan teliti supaya situasi pembelajaran yang unggul dapat di-

wujudkan. Ketika melakukan pemeringkatan isi, anda hendaklah menyenaraikan semua

topik yang hendak diajar, kemudian fikirkan sub- topik atau isi yang manakah yang

perlu diawalkan dan yang boleh diajar kemudiannya. Untuk ini anda perlulah melihat

prinsip-prinsip berikut:

dari yang sudah diketahui kepada belum diketahui

Page 57: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

dari mudah kepada kompleks

dari konkrit kepada abstrak

dari dekat kepada jauh

dari yang dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman

Bagi menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan, anda patutlah memikirkan

tentang strategi yang akan digunakan. Pemilihan strategi yang bijaksana akan menjamin

kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu pelajaran, strategi pengajaran yang

sesuai bukan sahaja dapat meningkatkan mutu penyampaian malahan ia akan men-

jadikan satu-satu pelajaran itu lebih bermakna serta menyeronokkan murid-murid.

Guru juga harus menjalankan aktiviti untuk mengukur sejauh mana objektif pengajaran

dan pembelajaran telah tercapai. Aktiviti penilaian boleh dijalankan secara pemerhatian

terhadap aktiviti susulan, pemeriksaan kerja murid atau melalui ujian lisan atau tulisan.

Maklumat-maklumat yang didapati dari pentafsiran penilaian ini akan menjadi asas un-

tuk membuat pengubahsuaian terhadap pengajaran seterusnya.

Penutup merupakan bahagian terakhir satu-satu pengajaran dan pembelajaran

Dalam bahagian penutup, guru membantu murid menyimpul dan membuat rumusan

yang berkaitan isi-isi penting serta memberi latihan atau aktiviti pengukuhan kepada

pelajar. Guru juga perlu memberi rasa kepuasan belajar dan menggerakkan murid-

murid supaya bersedia untuk pelajaran akan datang.

Penilaian kendiri dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai refleksi

atau muhasabah berkenaan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam

pengajaran tersebut perlu dibaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang

boleh dibuat refleksi ialah pencapaian objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid serta

keazaman guru bagi membaiki pengajarannya.

FORMAT UMUM RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran :

Kelas/ tingkatan :

Tarikh :

Masa :

Page 58: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Bilangan Pelajar :

Bidang :

Tajuk :

Pengetahuan Sedia Ada :

Hasil pembelajaran :

Aras 1:

Aras 2:

Aras 3:

Kemahiran berfikir :

Penerapan Nilai :

Penggabungjalinan :

Penerapan/ Rentasan/ PAS/ KMD :

Bahan Bantu Mengajar :

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Muqaddimah

(1 minit)

Doa

Syahadatain

Murid

Guru

Set Induksi

(3-5 minit)

Isi

Soalan

Tajuk

Guru

Murid

Guru

Langkah 1

(5-7 minit)Isi

Soalan

Guru GJ

P

Langkah 2

(10 -15 minit)

Isi

Gabungjalin

Penyerapan

Soalan

Guru

Murid

GJ

P

KMD

Langkah 3

(12-15 minit)

Soalan Murid

Guru

KMD / PAS

PN

Page 59: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Penutup

(5 minit)

Isi

Kerja lanjutan

Guru

Murid

Catatan refleksi:

Catatan bimbingan:

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi. Serahkan satu salinan rancangan pengajaran kepada pensyarah

Sedialan satu rancangan pengajaran harian yang lengkap untuk tempuh satu masa pengajaran (30 minit). Laksanakan pengajaran tersebut dalam sesi perjumpaan tutorial / intraksi bersama pensyarah. Perancangan anda juga perlu mengandungi bahan bantu seperti yang dibincangkan dalam modul ini.

Rumusan

Guru yang kreatif dan inovatif sentiasa mempertingkatkan kemahiran profesion-

alisme . Antara kemahiran yang perlu dikuasai ialah kemahiran-kemahiran

dalam pengajaran mikro / makro. Guru juga perlu mempelbagaikan kaedah pen-

gajaran dan pembelajarannya . Justeru itu anda perlulah sentiasa berusaha su-

paya pengajaran yang bermakna dapat diwujudkan melalui kreativiti dan inovasi

anda. Anda juga perlulah melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti penga-

jaran dan pembelajaran. Insya Allah pengajaran anda akan menyeronokkan

dan bermakna bagi pelajar-pelajar. Ingat ! guru yang berkualiti akan melahirkan

murid yang berkualiti.

Fikirkan : Kejayaan anda merancang perlu disertai dengan ke-jayaan dalam perlaksanaan. Guru yang berkualiti akan melahirkan murid yang berkualiti

Page 60: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran tajuk ini dengan jayanya! .

BIBLIOGRAFI

Al Quran Al Karim

Abdullah Ishak, Haji (1995) Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya di Malaysia. Dewan Bahasa Dan Pustaka . Kuala Lumpur

Abdullah Nasih Ulwan (1988) Pendidikan Anak-anak Dalam Islam: Pustaka Nasional,

Abdul Razak Nawfal (1972) Islam dan Ilmu Pengetahuan Moden. Singapura : Pustaka Nasional.

Abdullah Siddiq, Dr. Islam Dan Ilmu Pengetahuan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka

Abdurrahman An Nahlawi (1992) Prinsip-prinsip dan Metode Pendidikan Islam. Bandung: CV Diponegoro

Ahmad Mohd. Salleh (1997) PENDIDIKAN ISLAM: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi, Fajar Bakti Sdn Bhd Shah Alam

Asma Hassan Fahmi, Dr. (1974) Sejarah Falsafah Al Islamiah. Jakarta Bulan Bintang

Ee Ah Meng, (1990), Pedagogi : Satu Pendekatan Bersepadu, Penerbitan Fajar Bakti SDN BHD.

Hanafi Mohamed, Drs. (1996) Falsafah Pendidikan Menurut Al Quran. Pustaka Ilmi, Batu Cave, Selangor.

Hasan Langgulung,Prof. Dr. Asas-asas Pendidikan Islam. Pustaka Aman

Hasan Langgulung, Prof. Dr. (1986) Manusia Dan Pendidikan: Satu Analisis Psikologi Dan Pendidikan. Pustaka Aman

Hasan Langgulung, Prof Dr. (1995) Pendidikan Islam Dan Peralihan Paradigma. Pustaka Aman

Ismail Ab. Rahman Abdul Aziz @ Ahmad Mohd Mohd Yasin Muda (1993) Isu-Isu Pendidikan Islam Malaysia: Cabaran & Harapan. Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn Bhd

Ismail Ab. Rahman.(1993). Pendidikan Islam Malaysia. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Page 61: · Web viewPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI PIM 3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri (2007), Pendidikan Islam : Kaedah Pengajaran & Pembelajaran, Cetak Ratu SDN. BHD.

Khailani A. Jalil dan Ashak Ali Shah (1999) Modul Praktik Pengajaran Mikro Tekno Edar, BBB, Selangor DE

Kementerian Pendidikan Malaysia: (1988) Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah, Pendidikan Islam

Kementerian Pendidikan Malaysia: Huraian Sukatan Pendidikan Islam KBSM

Luqman Hakim (1986)Tokoh-tokoh Islam Dulu Dan Sekarang. Bismi Publishers.

Mok Soon Sang (1996) Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Muhammad Said Ramadhan Al Buty Dr. Fiq Al Sirah. Misr: Darul Fikri.

Shabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub, Mohd. Zohir Ahmad (2003) PEDAGOGI: Strategi Dan Teknik Mengajar Berkesan. PTS Publication & Distri butors Sdn Bhd

Yusup Hashim, Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan, Penerbitan Fajar Bakti SDN. BHD.