web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr)...

89
MODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI (BMM3110) ( SINTAKSIS BAHASA MELAYU) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, JALAN PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2010 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Upload: doanthien

Post on 05-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

MODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)

MOD KURSUS DALAM CUTI

(BMM3110)

( SINTAKSIS BAHASA MELAYU)

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,BLOK 2200, JALAN PERSIARAN APEC,

CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Jun 2010

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Page 2: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usahaini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dansaintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjungwarisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2010Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidakada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapamengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dandengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis

Page 3: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJARYANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU,KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAMPENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAHSARJANA MUDA PERGURUAN.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 4: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

Falsafah Pendidikan Kebangsaan i Falsafah Pendidikan Guru

Kata-Alu-aluan Rektor

Panduan Pelajar

Pengenalan

Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul)

Tajuk Pembelajaran

Tajuk 1 Sintaksis

Sinopsis

Hasil Pembelajaran

Kerangka Tajuk

Kandungan Isi Struktur Binaan Ayat

Pembahagian Subjek dan Predikat

Ayat Dasar dan Ayat Terbitan

Susunan dalam Ayat

Tajuk 2 Sintaksis Sinopsis

Hasil Pembelajaran

Kerangka Tajuk-Tajuk

Kandungan Isi

Urutan Kata, Perpindahan Ayat

Ragam Ayat, Jenis Ayat

Sintaksis dan Aspek Tatabahasa

Tajuk 3 Frasa Nama Bahasa MelayuSinopsis

Hasil Pembelajaran

Kerangka Tajuk-Tajuk

Kandungan Isi

KANDUNGAN

Page 5: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agaranda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untukbelajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkintidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluangkepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumberpembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentangpembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan araspencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini denganmudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagaipeluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajukbergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingatsemula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentangapa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebihmembantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda ataumenyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.

Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksibersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajukdalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah,tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modulini.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agarpada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkankepada anda makna-makna ikon tersebut.

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaanbertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dandiri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi keperpustakaan.

PANDUAN PELAJAR

Page 6: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian
Page 7: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian
Page 8: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

TAJUK 1 Sintaksis

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara yang berikut:

Struktur binaan ayat

Pembahagian subjek dan predikat;

Ayat dasar dan ayat terbitan ;

Susunan dalam ayat

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan

tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.

Binaan sintaksis pula merujuk kepada binaan yang dibentuk oleh perkataan yang

berfungsi sebagai binaan ataupun konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa.

Selain itu, perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang

minimum yang menjadi unsur setiap binaan sintaksis, iaitu ayat, klausa dan frasa. Ayat

dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat.

Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat

dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif

(FA) dan frasa sendi nama (FS). Hasil dari binaan perkataan, frasa. klausa, ialah satu

ayat.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan definisi ayat, ayat dasar, ayat terbitan, struktur binaan ayat, binaan

subjek dan predikat

2. Menganalisis binaan ayat, binaan ayat dasar, binaan ayat terbitan dan

struktur subjek dan predikat dalam ayat.

Page 9: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

KERANGKA TAJUK-TAJUK=> Ayat merupakan unit binaan yang terdiri daripada subjek dan predikat

=> Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.

Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti , iaitu ayat yang menjadi

sumber bagi pembentukan ayat-ayat yang lain.

=> Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat

dengan mematuhi hukum tatabahasa atau rumus transformasi.

=> Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran,

penyusunan semula dan peluasan.

Struktur binaan ayat : subjek dan predikat boleh berubah-ubah kedudukan

mengikut kesesuaian dalam proses penerbitan ayat.

1.0 KANDUNGAN ISIKandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat dan binaannya.

Seterusnya, perbincangan difokuskan kepada struktur binaan ayat serta struktur binaan

subjek dan predikat dalam ayat.

1.1 Definisi Ayat (Sintaksis)Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan

mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau

susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan

kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim et.al,

2006).

Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,struktur

dan binaan atau konstruksi ayat (Siti Hajar Abdul Aziz . 2008).

Contoh binaan ayat:

Subjek Predikat

(1). Ali (FN) peniaga (FN)

(2). Pemburu itu (FN) melontar lembing (FK)

(3). Bajunya (FN) cantik sekali (FA)

(4). Rumah itu (FN) di tepi sawah (FS)

Page 10: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

1.2 Struktur Binaan Subjek dan Predikat

Subjek Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau

beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan.

Predikat Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi

unsur yang menerangkan subjek.

Contoh:

Subjek Predikat

(5). Amin

(6). Abang kandungku

(7). Pegawai kastam itu

guru besar di sekolah baru itu.

sedang berehat di bilik sebelah.

amat cekap.

Ayat di atas boleh juga disongsangkan dengan melakukan pendepanan predikat dan

meletakkan subjek di belakang.

Subjek Predikat

(8). Guru besar di sekolah baru itu

(9). Sedang berehat di bilik sebelah

(10). Amat cekap

Amin.

abang kandungku.

pegawai kastam itu.

1.3 Ayat Dasar dan Ayat Terbitan

Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar

juga disebut sebagai ayat inti , iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan

ayat-ayat lain (Raminah Hj.Sabran, Rahim Syam ,1987).

Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan

mematuhi hukum atau rumus transformasi.

Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran, penyusunan

semula atau peluasan.

Contoh :

Ayat Dasar -------- Ayat terbitan (perluasan)(11) Faridah guru (FN+FN) => Faridah guru yang sabar.

(12) Ah Meng berlari (FN+FK) => Ah Meng berlari dengan pantas.

(13) Pak Cik membaca(FN+FK) => Pak Cik membaca surat khabar.

(14) Kucing comel (FN+FA) => Kucing comel itu kesayangan Mama.

Page 11: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

(15) Mak Limah ke sawah (FN+FS) => Mak Limah ke sawah untuk menuai padi.

AKTIVITI

(i). Bina 5 ayat tunggal dan 5 ayat terbitan.

LATIHAN

(i). Nyatakan kepentingan membuat analisis sintaksis dalam kalangan guru

bahasa.

(ii). Bincangkan pola-pola ayat dasar dalam bahasa Melayu

BAHAN BACAAN

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Nik Safiah Karim et.al (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Raminah Hj.Sabran,Rahim Syam (1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala

Lumpur: Fajar Bakti.

Page 12: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

TAJUK 2 Sintaksis: Urutan Kata, Perpindahan Ayat Ragam Ayat, Jenis Ayat

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

Konsep kata dan perpindahan ayat dalam Bahasa Melayu;

Ragam ayat , jenis ayat

Sintaksis dan aspek tatabahasa bahasa Melayu

Kata ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan. (Marzukhi Nyak

Abdullah,1997).

Perpindahan ayat merupakan satu proses pembentukan ayat

berdasarkan binaan subjek dan predikat sama ada secara susunan biasa atau susunan songsang. Selain itu, konsep ragam ayat, jenis ayat serta aspek tatabahasa bahasa Melayu akan disentuh dalam bab ini.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan jenis-jenis ayat, ragam ayat serta aspek tatabahasa dalam

binaan ayat.

2. Menyatakan konsep ayat berdasarkan jenis dan ragam ayat.

Page 13: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

KERANGKA TAJUK

2.0 KANDUNGAN ISI

Untuk pengetahuan anda, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep

sintaksis yang merangkumi konsep kata dan perpindahan ayat, ragam ayat, jenis ayat

serta aspek tatabahasa yang lain. Aspek-aspek tatabahasa yang menjurus kepada

bidang sintaksis merupakan aspek penting dalam melengkapi kajian bahasa.

2.1 Konsep kata dan Perpindahan Ayat Perkataan atau kata merupakan unsur yang terdapat dalam salah satu binaan ayat.

Frasa pula boleh terbina daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi

kata sama ada kata nama, kata kerja,adjektif atau kata sendi nama. (Lutfi Abas ,1975).

Terdapat unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat dalam sesuatu ayat.

Sebagai contoh, terdapat ayat yang mempunyai kata adjektif seperti berikut:

(1). Ramli sangat pandai bermain skuasy.

(2). Maniam itu baik sungguh.

(3). Kek lapis itu enak sekali.

Konsep perpindahan ayat pula adalah berasaskan pola ayat dasar yang jelas

terdapat perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa. Kedudukan sesuatu perkataan atau

kelompok perkataan dan kebolehan berubah tempat dalam sesuatu binaan ayat juga

memperlihatkan ciri perbezaan (Nik Safiah Karim et.al 2008). Sebagai contoh,

perbandingan antara bahasa-bahasa di bawah:

a) Paulus Mariam Vidit (bahasa Latin)

Sintaksis

Konsep kata dan perpindahan ayat

Ragam Ayat, Jenis Ayat

Aspek Tatabahasa

Page 14: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

Paulus = Paul

Mariam =Mary

vidit = melihat

Dalam hubungan tersebut, akhiran –us dan –am menentukan kata nama subjek

dan kata nama objek. Oleh itu, kedudukan kata kerja tidak menjadi persoalan dan tidak

menjejaskan makna ayat bahasa Latin tersebut. Sebaliknya, dalam bahasa Melayu,

ayat Melihat Paul, Mary akan mengubah makna asal daripada bahasa Latin tersebut.

b) Min aina anta ? (bahasa Arab)

Min = daripada / dari

aina = mana

anta = kamu (lelaki)

Maksud terjemahan langsung [daripada mana kamu] kurang memberikan makna

yang tepat dan gramatis dalam bahasa Melayu. Ayat bahasa Melayu yang lebih sesuai

bagi bahasa Arab tersebut ialah kamu datang dari mana?

Oleh itu ,perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa serta sistem bahasa yang

berbeza-beza menjadikan bahasa itu sesuatu yang unik untuk dikaji dan digunakan.

2.2 Ragam Ayat

Konsep ayat telah pun diperkenalkan dalam penerangan sebelum ini. Dengan perkataan

lain, ayat boleh terdiri daripada pelbagai bentuk variasi mengikut pola-pola yang

tertentu.

Seterusnya, kita akan bincangkan tentang ragam ayat yang menjadi salah satu

unsur dalam ayat. Terdapat dua jenis ragam dalam ayat. Ragam ayat terdiri daripada

ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek

asas sebagai judul. Ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul.

Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa

nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkaitan.

Contoh:

(4) Amar menendang bola itu. (ayat aktif)

(5) Bola itu ditendang oleh Amar. (ayat pasif)

(6) Saya menendang bola itu. (ayat aktif)

Page 15: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

(7) Bola itu saya tendang. (ayat pasif)

(8) Saya tendang bola itu. (ayat pasif yang mengalami pendepanan predikat)

2.2.1 Ayat aktif

Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal

sebagai unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat

aktif tak transitif. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang

diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut.

Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu

yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.

Contoh :

a) Ayat Aktif Transitif

Subjek Predikat

Kata Kerja Transitif Objek

(9). Pekerja

(10). Budin

(11). Air mata

membaiki

membeli

membasahi

jalan itu.

buah durian.

pipinya.

b) Ayat Aktif Tak Transitif

Subjek Predikat

Kata Kerja Tak Transitif Objek

(12). Kanak-kanak

(13). Ombak

(14). Diana

sedang mandi

memutih

menangis

di kolam itu.

di pantai Damai.

sepanjang malam.

2.2.2 Ayat PasifAyat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi

kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat pasif

dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu:

a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif

b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua

c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

Page 16: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif

Subjek Kata Kerja Pasif Oleh + Frasa Nama

Keterangan

(15). Kereta itu

(16).Semak samun

sudah dibeli

dibersihkan

oleh Amin

oleh pekerja

minggu lepas

setiap bulan.

ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua

Subjek Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama atau kedua

Keterangan

(17). Kereta itu

(18). Kuih itu

sudah saya bersihkan

belum awak makan

pagi tadi.

lagi.

iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja

Subjek Kena Kata Kerja Dasar Oleh+Frasa Nama

(19). Rusa itu

(20). Budak itu

kena

kena

tembak

kejar

oleh pemburu.

oleh anjing.

3. Jenis AyatAyat dapat dibahagikan kepada empat jenis;

i) Ayat penyata

ii) Ayat tanya

iii) Ayat perintah

iv) Ayat seruan

a) Ayat Penyata

Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata

mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat

penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan.

Contoh:

(21). Saya sudah memiliki kereta baru.

(22). Dunia ini penuh dengan dugaan.

(23). Dia pandai mengawal emosinya.

Page 17: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

b) Ayat TanyaAyat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan

berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat tanya boleh wujud

dengan kata tanya atau tanpa kata tanya.

c) Ayat PerintahAyat perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.

Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang

kedua seperti awak, kamu, anda, engkau dan sebagainya.

d) Ayat SeruanAyat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan

dengan tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti marah,takut,gembira,sedih

dan sebagainya. Contoh kata seru ialah oh, amboi, wah, cis, aduh dan sebagainya.

Menurut Abdullah Hassan (2005), ayat seruan lazimnya tidak sempurna dan

menyatakan perasaan sedih, suka, gembira, duka , terkejut, marah, hairan dan lain-lain.

AKTIVITI

1. Nyatakan 4 jenis ayat dalam bahasa Melayu dengan memberikan contoh-contoh

yang sesuai.

LATIHAN

1. 2. Bincangkan pola-pola ayat pasif dalam bahasa Melayu

Page 18: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Marzukhi Nyak Abdullah. (1997)Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et.al (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Raminah Hj.Sabran,Rahim Syam (1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala

Lumpur: Fajar Bakti.

TAJUK 3 Frasa Nama Bahasa Melayu

Page 19: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

Konsep Frasa Nama;

Binaan Frasa Nama bahasa Melayu;

Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu, terdapat unsur frasa nama yang

menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Tanpa unsur frasa, maka sesuatu ayat

itu tidak akan dapat wujud dengan sempurna.

Frasa nama juga menjadi tonggak dalam binaan sintaksis. Binaan sintaksis pula

didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang

dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Malah, ayat dan klausa

mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan

itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat

jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi

nama (FS).

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan definisi frasa nama dan;

2. menjelaskan binaan frasa nama.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Page 20: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

3.0 KANDUNGAN ISI

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang

konsep frasa nama berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Seterusnya, perbincangan

ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis frasa nama bahasa Melayu.

3.1 Konsep Frasa Nama Bahasa Melayu

Frasa Nama menurut Nik Safiah Karim et.al. (2008) ialah konstituen atau unsur yang

menjadi pengisi frasa nama yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya.

Unsur inti boleh wujud secara sendiri atau dengan sederetan penerang yang hadir

sebelum frasa nama atau sesudahnya, atau sebelum dan sesudah frasa nama.

Frasa nama ialah frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan

predikat nama, disamping boleh menggantikan kata nama (Asmah Hj.Omar, 1986)

Contoh :

Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Nama

(1). Emak

(2). Emak Wan Seng

(3). Putrajaya

(4). Bandar Putrajaya

peniaga.

peniaga sayur.

bandar selamat.

bandar selamat.

Struktur Frasa Nama (inti + inti)

Frasa Nama

Frasa Nama

inti + inti inti + penerang

Page 21: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

Predikat

Inti Inti

(5). Ibu bapa saling bantu-membantu.

(6). Keluar masuk untuk pekerja sahaja.

Struktur Frasa Nama (inti + penerang)

Frasa NamaPredikatInti Penerang

(7). Atlet

(8). Pelajar

(9). Pegawai

(10). Anak

(11). Kucing

paralimpik

semester akhir

Jabatan Haiwan

yang soleh itu

jinak itu

meraih pingat emas.

menduduki ujian.

memberi ceramah.

baik akhlaknya.

menggigit makanan.

3.2 Binaan Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu

Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah

Hassan et.al, 2006). Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa

digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur binaan ayat, frasa didapati

merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. Binaan frasa dapat dibentuk

daripada satu kata atau lebih. Walaupun terdapat beberapa pendapat tentang

binaan frasa nama bahasa Melayu, namun perbincangan dalam topik 3 ini

menjurus kepada dua struktur frasa dan binaan frasa nama. (Abdullah

Hassan,1983).

Binaan frasa nama dapat digambarkan seperti berikut:

Binaan Frasa Nama

Penerang Inti Penerang

Inti + Penerang Nama

Penerang nama

keturunan

askar

Suku bangsa

British.

Jawa.

Penerang nama

jenis

kucing

bunga

parsi.

mawar.

Page 22: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

Penerang nama

kegunaan

serbuk

minyak

kari

pelincir

Penerang nama

penyambut

pemutar

penjaga

skru

pintu

Penerang nama kelamin

pelakon

guru

lelaki.

wanita.Penerang nama tempat

pinggiran pantai

Binaan Frasa Nama

Penerang(Penentu Hadapan)

Inti(Bilangan+penjodoh bilangan)

Penerang (Inti)

tiga orang guru

lima buah kereta

tujuh dulang nasi minyak.

Penerang (Penentu belakang)

Inti Penerang

orang

rumah

itu

ini

Penerang kata kerja

mesin

bilik

kira

menunggu

Penerang kata adjektif

pengemis

kereta

muda

antik

Penerang frasa sendi nama

baju

banglo

di jemuran

di desa.

Penerang bilangan ordinal

tempat

tingkat

kedua

ketiga

Inti + inti dengan tubuh badan

Page 23: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

Inti + intimaksud sama erti bukit bukau

Inti + inti dengan maksud berlawanan

tuan

atas

hidup

puan

bawah

mati

AKTIVITI

1. Tulis 10 contoh frasa nama bagi binaan inti + penerang nama.

LATIHAN

1. Senaraikan 20 binaan frasa nama berdasarkan sebuah cerpen atau rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, atau akhbar tempatan.

2. Apakah ciri-ciri yang dapat membezakan frasa daripada ayat?

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Asmah Hj.Omar (1986) Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et.al (2008). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Page 24: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

TAJUK 4 Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu Peraturan D-M Kekecualian Hukum D-M Bilangan dan Panggilan

4.0 Konstituen Frasa Nama Konstituen Frasa Nama dalam tatabahasa Bahasa Melayu mengandungi aspek-aspek

yang telah disusun secara sistematik berdasarkan rumus-rumus tatabahasa bahasa

Melayu :

Peraturan D-M (Hukum D-M)

Kekecualian Hukum D-M

Bilangan dan panggilan

4.1 Peraturan D – M (Hukum D - M)Dalam tatabahasa bahasa Melayu, D-M membawa maksud diterangkan (D) dan

menerangkan (M). Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang

hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang

hadir pada kedudukan yang kedua.

Contoh :

Frasa Nama

Diterangkan (Inti) Menerangkan (Penerang)

Askar

Budak

Pemain

Penarik

Penghantar

Pensyarah

Pakar

Doktor

Melayu

lelaki

boling

beca

surat

wanita

psikologi

veterinar

Contoh-contoh lain:

- sos cili (bukan cili sos)

- Restoran Ali ( bukan Ali Restoran)

- Kedai Makanan Rahim ( bukan Rahim Kedai Makan / Kedai Makan Rahim)

Page 25: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

- pisang goreng (bukan goreng pisang)

- kentang goreng ( bukan goreng kentang)

- cakera padat (bukan padat cakera/compact disc)

- sup kambing ( bukan kambing sup)

- nasi goreng (bukan goreng nasi)

4.2 Kekecualian Hukum D - M

Konsep kekecualian wujud dalam kebanyakan bahasa di dunia bagai merasionalkan

penggunaan sistem bahasa yang sudah lazim dipakai secara mantap dalam masyarakat

pengguna bahasa. Hal yang demikian berlaku disebabkan oleh kecenderungan

pengguna bahasa menggunakan sistem bahasa lain bagi bahasa sendiri , seperti

sesetengan penguna bahasa Melayu yang gemar menggunakan sistem bahasa Inggeris

sebagai kayu ukur berbahasa. Lama-kelamaan, keadan itu menjadi perkara lazim dan

terhasillah satu fenomena bahasa yang menyimpang dari rumus tatabahasa dalam

konteks hukum D - M.

Selain itu, kekecualian hukum D - M juga wujud akibat kebiasaan dalam

penggunaan, terutama sekali yang melibatkan pada nama-nama jawatan. Kebiasaan ini

mewujudkan kelaziman yang semakin diterima penggunaannya dalam masyarakat

pengguna bahasa. 

Contoh:

  Penerang (M)Diterangkan (D)

Perdana

Ibu

Naib

Ketua

Timbalan

Naib

Pembantu

Menteri

Pejabat

Presiden

Hakim

Perdana Menteri

Presiden

Penyelaras

Namun, hal ini tidak berlaku pada frasa menteri besar, menteri kanan, menteri

Page 26: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

pengangkutan, imam besar, dan seumpamanya.

Contoh penggunaan dalam ayat:

(12). Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah YTM Tunku Abdul Rahman.

(13). Ibu pejabat Kastam daerah Johor Bahru dipindahkan ke Jalan Aman.

(14). Ketua Hakim Negara telah bercuti selama dua hari.

(15). Timbalan Perdana Menteri membuat lawatan kerja ke Syria.

(16). Jawatan Naib Presiden disandang oleh Dato Hj. Mohd.Ali.

(17). Naib presiden yang baharu telah berucap dalam majlis perasmian.

(18). Pembantu penyeldik sedang membuat penganalisisan data kajian.

4.3 Bilangan dan PanggilanKata bilangan yang berfungsi sebagai penerang dalam frasa nama boleh wujud di

hadapan katan nama inti. (Abdullah Hassan, 2006) Dalam konteks ini, bilangan yang

digunakan merujuk kepada unsur numerik yang menjadi penanda kepada jumlah yang

difokuskan dalam frasa.

Contoh :

lima ekor kuda

segolongan kecil peneroka

kelima-lima pendekar silat

sekumpulan penyelidik

segelintir pengundi

sejumlah wang

sebilangan besar pekerja

Contoh ayat:

(19) Lima ekor kuda telah dibeli oleh Haji Tahir.

(20). Segolongan kecil peneroka sudah menanam pokok gaharu.

(21). Kelima-lima pendekar silat itu menunjukkan gaya kepahlawanan.

(22). Sekumpulan penyelidik sudah mendapat elaun khas.

(23). Segelinitr pengundi pilihanraya dilihat berlegar-legar di situ.

(24). Sejumlah wang yang besar diperlukan untuk kos perubatan.

Page 27: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

(25). Sebilangan besar pekerja sudah pulang ke kampung.

Secara lebih khusus, kata bilangan boleh dibahagikan kepada enam kumpulan

berdasarkan makna (Hashim Hj.Musa, 1993);

i. Kata bilangan tentu

ii.Kata bilangan tak tentu

iii.Kata bilangan himpunan

iv.Kata bilangan pisahan

v.Kata bilangan pecahan; dan

vi.Kata bilangan tingkatan

Kata Bilangan TentuKata bilangan yang mendukung makna tentu yang menjurus kepada bilangan khusus

terdiri daripada angka yang boleh dilambangkan dengan simbol atau huruf abjad.

Contoh:

satu = 1 empat = IV

dua = 2 sepuluh = X

Contoh ayat:

(26). Konvokesyen ke-2 telah dilaksanakan pada hari semalam.

(27). Sukan Asia ke-XIV telah mencatat satu sejarah kegemilangan atlet

Malaysia.

(28). Dollah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian.

(29). Shakira mempunyai empat ekor anak kucing.

(30) Hang Tuah memiliki dua ekor kuda putih .

Kata Bilangan Tak Tentu

Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang tidak khusus .

Contoh:

Segala, semua , banyak ,sedikit, beberapa, sekalian, sekelompok.

Contoh ayat:

(31). Beberapa orang guru telah ditukarkan ke sekolah pedalaman.

(32). Kegiatan gotong-royong itu disertai oleh semua penduduk kampung.

(33). Segala bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai.

Kata Bilangan HimpunanKata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang terhimpun atau terkumpul.

Page 28: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

Contoh:

berpuluh-puluh, berbelas-belas, beratus-ratus, beribu-ribu, kedua-dua, kelima-lima,

kesemua.

Contoh ayat:

(34). Berpuluh-puluh kenderaan tentera telah bergerak ke sempadan negara.

(35). Kedua- dua peninju itu telah diberi penghargaan oleh pihak persatuan.

(36). Kesemua mangsa banjir telah dipindahkan ke tempat yang selamat.

Kata Bilangan PisahanKata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pemisahan dalam proses

memerihalkan bilangan yang menjadi dasar pokok pernyataan. Kata jenis ini juga adalah

sejumlah perkataan yang menyokong makna bilangan yang terasing.

Contoh:

masing-masing, setiap, tiap-tiap

Contoh ayat:

(37). Masing-masing ada pendapat yang tersendiri dalam isu pembangunan

sukan.

(38). Setiap hari dilalui oleh Pak Malau dengan hati yang tabah.

(39). Tiap-tiap pasukan mempunyai ketua yang dilantik oleh pihak pengurusan.

Kata Bilangan PecahanKata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pecahan atau pembahagian daripada

jumlah keseluruhannya.

Contoh:

setengah, separuh, sepertiga, segelintir, sebahagian

Contoh ayat:

(40). Setengah daripada kawasan ini adalah milik Tuan Haji Ali.

(41). Sabar itu adalah separuh daripada iman.

(42). Sebahagian daripada ahli-ahli persatuan tidak hadir.

Kata Bilangan TingkatanKata bilangan tingkatan merujuk kepada sejumlah perkataan yang mendukung makna

taraf tingkatan bilangan.

contoh:

pertama, kedua, ketiga , keseribu.

contoh ayat:

Page 29: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

(43). Gerai pertama menjadi perhatian pembeli.

(44). Dia mampu meraih tempat kedua sahaja dalam pertandingan tersebut.

(45). Pengunjung keseribu akan diberi hadiah cepu emas.

4.4 Panggilan / Kata Panggilan Sementara itu, konsep panggilan ( kata panggilan) merupakan unsur frasa nama yang

hadir sebelum kata nama inti ( Abdullah Hassan, 2008). Jenis-jenis kata panggilan seperti

Tuan, Puan , Tunku, Tun, Haji, Datuk dan seumpamanya lazim digunakan sebelum kata

nama inti. Kata panggilan merupakan satu sistem yang digunakan dalam bahasa Melayu

bagi tujuan penghormatan, pengiktirafan ataupun penentuan identiti secara lebih khusus.

Contoh:

Datuk Maharaja Lela Profesor Ungku Aziz

Datuk Sagor Tunku Kamalia

Haji Abdul Rahman Limbong Syed Zain Barakbah

Tuan Adam Sharifah Mona Alsagoff

Puan Mastura Chong Tan Sri Malik Kamal

Contoh ayat :

(46). Datuk Maharaja Lela ialah seorang pejuang yang menentang Inggeris di

Perak.

(47).Profesor Ungku Aziz merupakan seorang pencetus idea penubuhan tabung

pengurusan haji di Malaysia.

(48). Datuk Sagor harus diingati sebagai seorang pahlawan.

AKTIVITI

Page 30: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

1. Bina carta atau pengurusan grafik untuk menunjukkan peraturan D – M.

LATIHAN

1. Apakah maksud hukum D-M?2. Tulis semula ayat- ayat di bawah dengan ayat-ayat yang sesuai berdasarkan Hukum D- M.

a) Ahmad punya kedai terletak di sebelah bas terminal.b) Cili sos jenama lada dijual di Aminah Mini Market.c) Kenderaan mini bas sudah semakin dilupakan.d) Lain-lain hal boleh dibincangkan pada lain hari.e) Itu hari kita sudah bercadang melawat mini zoo.f) Lain masa, anda boleh bayar bil awal.g) Sport rim kereta itu milik Romli.

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Hashim Hj.Musa ( 1993) Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd.Nik Safiah Karim et.al (2008). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Page 31: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

TAJUK 5 Frasa Kerja Bahasa Melayu Binaan Frasa Kerja Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek Binaan Frasa Kerja Dengan Objek

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja

Menganalisis binaan frasa kerja, binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek

Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu, terdapat unsur frasa kerja yang

menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Frasa kerja juga menjadi salah satu

tonggak dalam binaan sintaksis. Frasa kerja binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola

ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada

sebagai subjek atau predikat. Malah, ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama,

iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa

nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN),

frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja (1.1)

Menganalisis binaan frasa kerja, binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek (1.6)

Page 32: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

KERANGKA TAJUK-TAJUK

5.0 KANDUNGAN ISI

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang

konsep frasa kerja berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Frasa kerja dalam bahasa

Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. Dalam susunan ayat biasa, frasa

kerja berfungsi sebagai predikat.

5.1 Konsep Frasa Kerja Bahasa MelayuFrasa Kerja menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) ialah frasa yang terdiri daripada kata

kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat

biasa.

Menurut Abdullah Hassan et.al (2006), frasa kerja terdiri daripada satu atau beberapa

perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai fungsinya. Frasa kerja wujud dalam

sesuatu ayat dalam binaan predikat.

Frasa Kerja(Predikat)

Frasa kerja (tanpa objek)

Frasa Kerja(dengan objek)

Page 33: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

Contoh :

Ayat

Subjek Predikat Frasa Kerja

(1). Emak

(2). Emak Ahmad

(3). Pemuzik itu

(4). P.Ramlee

menjemur kain.

menjual sayur di pasar.

meniup saksofon.

mencipta lagu itu.

5.2 Binaan Frasa KerjaBinaan kata kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja

tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut. Kata kerja

tak transitif juga dikatakan sebagai kata kerja yang tidak memerlukan frasa nama sebagai

objek (penyambut) untuk melengkapkannya.

5.2.1 Frasa Kerja Tanpa Objek

Frasa kerja tanpa objek merupakan jenis frasa yang tidak memerlukan penyambut (objek)

dan boleh berdiri sendiri dalam sesuatu binaan predikat.

Contoh :

(5). Faisal tidur lena.

(6). Budak nakal itu terjatuh lagi.

(7). Dia selalu bergaduh.

Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat (91) , (92) dan (93) menunjukkan kata kerja tidur,

terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut tidak memerlukan atau tidak tidak diikuti oleh

frasa nama sebagai objek atau penyambut. Namun kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur

pelengkap dan penerang.

Contoh:

(8). Faisal tidur lena di bilik tidur.

(9). Budak nakal itu terjatuh lagi setelah terpijak kulit pisang.

(10). Dia selalu bergaduh sesama rakan sekolah.

Dalam ayat (94), (95), dan (96), kata kerja telah diberi unsur pelengkap dan penerang.

Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif (tanpa objek)

Pelengkap ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja transitif dan berfungsi untuk

melengkapkan kata kerja tersebut.

Page 34: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

5.3 Frasa Kerja Dengan ObjekFrasa kerja dengan objek dikenali juga sebagai frasa kerja transitif. Frasa kerja transitif

mempunyai dasar kata kerja transitif. Kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang

memerlukan objek, Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau

penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut.

Contoh:

Frasa Kerja

Kata Kerja Transitif Penyambut

Menaikkan bendera

menganyam tikar

membaiki radio

Contoh ayat lengkap:

(11). Pelajar itu menaikkan bendera semasa perhimpunan.

(12). Ibu menganyam tikar setiap hari.

(13). Mahmud membaiki radio yang telah rosak.

Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan. Dalam ayat (11), (12) dan (13), frasa

yang bergaris ialah unsur keterangan yang mengikuti objek. Unsur keterangan juga boleh

terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Dalam konteks ini , kadang-kala terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa

menggunakan frasa kerja sebagai predikat. Hal yang demikian berlaku dalam proses

membina sesuatu ayat.

Contoh kesilapan dapat dilihat dalam ayat (15) hingga ayat (19).

(15). Zamani akan melaporkan kepada warden asrama tentang kejadian itu.

(16).Halijah menggenggam erat tangan suaminya.

(17).Datuk Amran menghasilkan banyak produk berasaskan herba.

(18). Lee Chong Wei menghantar dengan tenang bulu tangkis ke jaring.

(19). Tuan Pengarah sedang membincangkan tentang isu pendidikan.

Page 35: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

Semua ayat di atas tidak menepati sistem penggunaan kata/frasa kerja transitif.

Ayat-ayat yang tersebut di atas harus ditulis begini: (rujuk ayat 20 – 24)

(20). Zamani akan melaporkan kejadian itu kepada warden asrama

(21). Halijah menggenggam tangan suaminya dengan erat.

(22). Datuk Aman menghasilkan produk berasaskan herba.

(23). Lee Chong Wei menghantar bulu tangkis ke jaring dengan tenang.

(24). Tuan Pengarah sedang membincangkan isu pendidikan.

Catatan: kejadian’, ‘tangan’, ‘produk ’, ‘bulu tangkis’ dan ‘isu pendidikan’ ialah objek yang

mesti hadir selepas kata kerja transitif.

Page 36: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

AKTIVITI

1. Tulis 10 contoh frasa kerja tanpa objek

LATIHAN

1. Buat analisis binaan frasa kerja berdasarkan sebuah cerpen atau

rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan

Pustaka, atau akhbar tempatan.

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Page 37: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

TAJUK 6 Frasa Kerja Bahasa Melayu Frasa Kerja dengan Kata Bantu Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

frasa kerja dengan kata bantu, frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur

keterangan dalam frasa kerja.

Frasa kerja dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata bantu dalam predikat.

Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata dalam sesuatu frasa

bahasa Melayu menghasilkan satu sistem yang komprehensif. Kata bantu boleh hadir di

hadapan predikat kata kerja. Terdapat dua jenis kata bantu iaitu kata bantu aspek dan kata

bantu ragam. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa kerja yang

menggunakan kata bantu dalam predikat. Selain itu, aspek penggunaan ayat komplemen

dan unsur keterangan akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa kerja bahasa Melayu.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

Menghurai frasa kerja dengan kata bantu, frasa kerja dengan ayat komplemen

dan unsur keterangan dalam frasa kerja(1.1)

Page 38: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

KERANGKA TAJUK-TAJUK

6.0 Kandungan Isi

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang

konsep frasa kerja berdasarkan pendapat-pendapat ahli bahasa. Frasa kerja dalam

bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. Dalam susunan ayat biasa,

frasa kerja berfungsi sebagai predikat.

6.1 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu AspekMenurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) Frasa kerja terdiri daripada kata kerja sebagai

unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal

ini, frasa kerja yang melibatkan kata bantu aspek merupakan keperihalan tentang aspek

masa lampau, ini atau masa hadapan. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata

bantu aspek.

Bagi menjelaskan fungsi kata bantu dalam frasa, diberikan contoh ayat berkaitan.

Contoh (fungsi menunjukkan masa yang telah berlaku: sudah , telah ,pernah)

(1). Amirul sudah mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang lepas.

(2). Dia telah menulis puisi sejak di bangku sekolah.

(3). Michael pernah mendapat pengiktirafan sebagai guru cemerlang.

  Contoh (fungsi menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan: akan dan belum)

Frasa Kerja(Predikat)

Frasa kerja (didahului kata bantu aspek, dan

kata bantu ragam)

Frasa kerja (dengan ayat komplemen)

Page 39: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

(4). Wan Malini akan memetik bunga di taman.

(5). Adi Kencana belum lagi berminat untuk merantau ke kota.

Kata Bantu

Kata Bantu Aspek Kata Bantu Ragam

Memerihalkan masa lampau, kini, atau masa hadapan.

Contoh :

telah, sudah, sedang, masih, akan, belum

Memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan.

Contoh:

hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan dapat

6.2 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu RagamFrasa kerja yang melibatkan kata bantu ragam merupakan keperihalan tentang aspek

perasaan. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek yang

memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan.

Contoh ayat:

(6). Dia hendak bekerja di Kuala Lumpur.

(7). Maslina mahu membuktikan bahawa dia juga mampu menjadi juara.

(8). Dia harus pulang ke kampung segera.

(9). Anda mesti belajar untuk menguasai kemahiran mengajar.

(10). Yatim boleh berjaya jika dia berusaha bersungguh-sungguh.

(11). Daud dapat menyertai program sukan berkuda di Johor Bahru.

6.3 Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen

Frasa kerja dengan ayat komplemen merupakan jenis frasa yang boleh menerima

pelengkap atau sebaliknya yang dipancangkan ke dalam klausa utama bagi binaan

sesuatu ayat. Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), frasa kerja sama ada jenis transitif

atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen. Dalam binaan predikat, frasa kerja

jenis ini ditandai dengan penggunaan kata kata hubung bahawa, demi, supaya, semoga

dan untuk. Apabila keadaan sedemikian berlaku, maka ayat yang terbentuk ialah ayat

majmuk

Contoh :

(i) Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen

(12). Cikgu Normah menegaskan bahawa tidur yang berkualiti adalah perlu

Page 40: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

untuk kesihatan minda.

(13). Pak Mat mengakui bahawa dia pernah berkhidmat dalam pasukan

komando.

(14). Pemandu bas itu memaklumkan bahawa semua penumpang selamat

sampai ke destinasi.

Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat (12) , (13) dan (14) menunjukkan kata kerja tidur,

terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut menerima ayat komplemen yang akhirnya

membentuk ayat majmuk.

(ii) Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen

(15). Haji Amin percaya bahawa mangsa kebakaran itu boleh diselamatkan.

(16). Kim Seng faham bahawa jirannya terpaksa berpindah ke kampung.

(17). Jasmin berpendapat bahawa kerjaya guru sangat mencabar.

Dalam ayat (15), (16), dan (17), frasa kerja tak transitif telah menerima ayat komplemen.

Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif dan akhirnya

membentuk ayat majmuk.

6.4 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja

Unsur keterangan dalam frasa kerja diwakili oleh unsur-unsur penerang yang

memerihalkan atau menerangkan kata kerja tersebut dengan lebih lanjut. Unsur –unsur

biasanya hadir selepas kata kerja. Bagi kata kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas

objek (penyambut). Unsur-unsur keterangan boleh terdiri daripada binaan frasa sendi

nama, frasa adjektif, dan frasa nama. Yang pasti, unsur keterangan ini dapat memberikan

gambaran yang lebih jelas tentang maksud dan sasaran makna dalam sesuatu frasa yang

menjadi struktur binaan dalam satu-satu frasa.

Berdasarkan aspek makna yang hadir dalam frasa kerja, unsur keterangan dapat

dibahagikan kepada lapan jenis:

(i) Keterangan tempat atau arah

(ii) Keterangan waktu

(iii) Keterangan cara

(iv) Keterangan tujuan atau harapan

(v) Keterangan alat

(vi) Keterangan penyertaan

(vii) Keterangan hal

(viii) Keterangan bagai

Huraian:

Page 41: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

(i) Keterangan tempat atau arah

Unsur keterangan tempat atau arah membincangkan tempat berlakunya peristiwa.

Penggunaan kata sendi nama di,ke,dari,daripada,kepada ,pada jelas terdapat dalam

unsur keterangan ini.

Contoh:

(18) Dia belajar di universiti.

(19) Abang Malik memanjat ke atas bumbung rumah.

(20) Swee Ling berasal dari Negeri Sembilan.

(21) Emak Shafik menerima hadiah cenderamata daripada guru besar.

(ii) Keterangan waktu

Dua bentuk keterangan waktu wujud dalam frasa kerja iaitu

bentuk frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama iaitu pada, dalam

, sejak dan hingga

bentuk frasa nama seperti semalam, tahun lepas,

Contoh :

(22) Pensyarah itu menamatkan kuliah pada jam 9 malam.

(23) Pameran kesenian itu bermula sejak semalam.

(24) Aiman menunggu kepulangan ayahnya hingga pukul 12 malam.

(iii) Keterangan cara

Keterangan cara boleh bersumberkan daripada kata adjektif.

Keterangan cara boleh terbina daripada frasa sendi nama yang mengandungi

kata sendi nama dengan diikuti kata adjektif yang menerima kata pembenda –nya.

Contoh :

(25) Air sungai mengalir deras.

(25) (a) Air sungai mengalir dengan derasnya.

(26) Azman berlari pantas.

(26) (a) Azman berlari dengan pantasnya.

(27) Menteri berjalan megah.

(27) (a) Menteri berjalan dengan megahnya.

(iv) Keterangan tujuan atau harapan

Keterangan tujuan atau harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan

atau kejadian.

Keterangan tujuan menggunakan kata sendi nama : demi, untuk dan bagi.

Contoh :

(28) Muhamad belajar bersungguh-sungguh demi masa depan.

Page 42: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

(29) Mereka berkahwin untuk mencapai kebahagiaan hidup.

(30) Penghulu berucap di perhimpunan itu bagi menjelaskan isu sebenar.

(v) Keterangan alat

Unsur yang menerangkan peralatan, perkakas atau benda yang digunakan dalam

sesuatu proses atau peristiwa. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan.

Contoh:

(31) Guru pelatih itu datang dengan menaiki kereta api

(32) Encik Ahmad memotong kek dengan pisau.

(33) Harjit Singh memukul bola dengan kayu hoki.

(vi) Keterangan penyertaan

Unsur yang menerangkan maksud ikut serta, ikut bersama-sama atau melibatkan

diri.

Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan.

Contoh:

(34) Aminah datang ke masjid dengan suaminya.

(35) Pegawai kebajikan melawat kampung contoh dengan ahli jawatankuasa

surau.

(36) Muniandy masuk ke pejabat dengan pembantunya.

(vii) Keterangan hal

keterangan hal berfungsi menerangkan keadaan

kata sendi nama yang digunakan ialah tentang, mengenai, terhadap.

Contoh:

(37) Tuan pengurus sedang memikirkan tentang masalah itu.

(38) Panel disiplin membuat teguran terhadap kes itu.

(39) Jurutera perunding membuat penilaian semula tentang projek tersebut.

(viii) Keterangan bagai

Unsur yang menerangkan keserupaan,kesamaan atau hampir sama.

Kata sendi nama yang digunakan ialah seperti, bagai, sebagai, bak.

Contoh :

(40) Amran berlagak seperti pegawai tinggi .

(41) Kepantasan lelaki itu bertindak bagai lipas kudung .

Page 43: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

(42) Diana berlakon sebagai Puteri Gunung Ledang.

(43) Hidungnya mancung bak seludang.

6.5 KesimpulanFrasa kerja merupakan satu bentuk frasa yang kompleks dan mampu menerima unsur-

unsur perkataan yang menjadi struktur asas dalam binaan predikatnya. Hal yang demikian bergantung kepada situasi dan rumus yang menjadi dasar dalam

pembentukan frasa yang akhirnya menghasilkan satu ayat yang lengkap.

AKTIVITI

1. Bincangkan fungsi kata bantu ragam dan kata bantu aspek dalam frasa

kerja.

LATIHAN

1. Berdasarkan perkataan di bawah, bina ayat yang menggunakan

predikat frasa kerja dengan kata bantu ragam atau kata bantu aspek.

i. melagukan ii. bertolak iii. memancing iv. berupaya

v. mengalami vi. bersedia vii. memutuskan viii. berjumpa

ix. memikirkan x. mendirikan

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Hashim Hj.Musa (1993), Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 44: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar

Sdn.Bhd.

TAJUK 7 Frasa Adjektif Bahasa Melayu- Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif- Penguat

- Kata Bantu dalam Frasa Adjektif

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

Binaan frasa adjektif : unsur pengisi frasa adjektif Penguat Kata bantu dalam frasa adjektif

Frasa adjektif dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata yang terdiri daripada satu

atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya.

Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata sifat atau kata

adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai

predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat.

Harus dijelaskan bahawa kata adjektif yang hadir selepas kata kerja disebut

sebagai keterangan. Sementara, kata adjektif yang hadir selepas kata nama disebut

sebagai penerang. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang

berkaitan dengan binaan frasa, kata penguat dan kata bantu dalam frasa. Selain itu,

unsur pengisi yang wujud dalam frasa adjektif akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa

adjektif bahasa Melayu ini.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

Menjelaskan definisi frasa adjektif. (1.1)

Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi, penguat dan kata bantu. (1.2)

Page 45: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

KERANGKA TAJUK-TAJUK

7.0 Kandungan Isi

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang

konsep frasa adjektif berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Frasa adjektif dalam

bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat

atau kata adjektif sebagai kata intinya. Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif berfungsi

sebagai predikat.

7.1 Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa AdjektifFrasa adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur intinya. Frasa

adjektif bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal ini, frasa adjektif

boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata

adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada dihadapan atau di belakangnya. Hal

yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan

unsur pengisian dalam frasa adjektif.

Frasa Adjektif

Binaan Frasa Adjektif :Unsur Pengisi Frasa

Adjektif Penguat

Kata Bantu dalam Frasa Adjektif

Page 46: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

Contoh :

(1) . Wak Samad sudah terlalu tua

Dalam ayat (1) [Wak Samad] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa

adjektif.

Dalam binaan predikat, [sudah + terlalu + tua] merupakan predikat yang terbina daripada

unsur-unsur berikut :

[kata bantu + penguat + kata adjektif]

Unsur pengisi dalam frasa adjektif juga dapat dilihat dalam contoh-contoh di bawah:

Kata Bantu Penguat Kata Adjektif Penguat

sudah

-

belum

masih

-

terlalu

sangat

-

terlalu

amat

tua

prihatin

masak

awal

baik

-

-

benar

-

-

Dalam contoh-contoh di atas, kata bantu boleh hadir bersama-sama penguat hadapan

mendahului kata adjektif. Namun, penguat juga boleh hadir sama ada di belakang atau di

belakang kata adjektif. Bentuk sedemikian boleh berubah-ubah berdasarkan rumus

tatabahasa dan pola dalam ayat berkaitan.

7.1.1 Binaan Kata Adjektif Satu PerkataanBinaan jenis ini merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan

satu kata adjektif dalam ayat.

Contoh:

(2) . Salim sangat rajin.

(3) . Guru pelatih itu cergas

(4) . Dia kelihatan ceria.

(5) . Penglihatannya kabur.

Page 47: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

(6) . Tanamannya subur.

7.1.2 Binaan Kata Adjektif Dua PerkataanBinaan dua perkataan adjektif merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang

menggunakan dua kata adjektif dalam ayat

Pola binaannya boleh terdiri daripada yang berikut:

(i) kata adjektif + kata adjektif (unsur keserasian makna)

contoh :

letih lesu

cantik molek

lemak manis

penat lelah

(i) kata adjektif + kata adjektif (makna berlawanan)

contoh:

jatuh bangun

hidup mati

baik buruk

susah senang

pahit maung

7.2 Penguat Kata penguat boleh hadir dalam frasa adjektif berdasarkan jenis-jenisnya.

Terdapat tiga jenis penguat:

(i) Penguat hadapan

(ii) Penguat belakang

(iii) Penguat bebas

Penguat hadapan merupakan kata yang terletak di hadapan kata adjektif.

Penguat hadapan terdiri daripada kata terlalu dan paling.

Contoh:

(7) . Rumahnya terlalu besar.

(8) . Lukisan itu paling cantik.

Penguat belakang pula merupakan kata yang terletak di belakang kata adjektif

Page 48: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

seperti sekali, benar, nian

(9) . Pakaian puteri itu cantik sekali.

(10) . Kereta lembu itu lambat benar.

(11) . Taman Bunga di istana itu indah nian.

Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas, iaitu boleh hadir di

hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat dan sungguh.

(12) . Kubah masjid itu amat besar.

(13) . Gerakan dan gaya pesilat Malaysia tangkas sungguh.

Unsur penguat yang hadir berderetan sebelum kata adjektif juga wujud dalam binaan frasa

adjektif. Contoh : sungguh amat, terlalu amat, seperti dalam ayat-ayat berikut:

(14). Percakapan orang tua itu sungguh amat kasar .

(15). Perangai anaknya terlalu amat sopan.

7.3 Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif Kata bantu merupakan unsur yang boleh hadir dalam frasa adjektif. Ada kata bantu

tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat. Frasa adjektif jelasnya boleh

disertai oleh kata bantu sudah, belum, masih, harus berdasarkan kesesuaian konteks ayat.

Contoh:

(16). Anaknya sudah besar.

(17). Sayur-sayuran dikebun itu masih belum subur.

(18). Pekerja yang berkualiti harus cekap.

Terdapat juga kata bantu yang boleh hadir sebelum atau selepas penguat, misalnya:

masih amat jauh, belum terlalu lewat, belum sangat cekap, sungguh masih muda, sungguh

telah pandai

Contoh:

(19). Kedudukan khemah itu masih amat jauh.

(20). Kehadiran pelajar itu belum terlalu lewat.

(21). Pekerja baru itu belum sangat cekap.

(22). Anak sulungnya itu sungguh masih muda.

(23). Pelajar kelas peralihan itu sungguh telah pandai.

AKTIVITI

Page 49: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

1. Bincangkan fungsi kata bantu dalam frasa adjektif.

LATIHAN

1. Senaraikan frasa adjektif dalam petikan sajak di bawah.

SAJAK : SEBUAH PERSOALAN

Mengapa harus kau pijak kaki anak kecil itu?yang hanya semalam belajar bertatihdan jatuh kembali, di bumi Gaza ini,

jatuh bangunnya,letih lesunya,penat lelahnya dihiasi air matanya berderaitangisnya mohon belas kasihansedu-sedannya tanda kesedihanwajahnya pucat, hatinya cemas langkahnya kian tidak cergas.

Barangkali kau sudah lupa wahai rejim zionis,bahawa kau juga pernah jadi anak kecil hidupmu sangat sederhanakautidur berselimutkan langit gelapimpianmu sangat suram.

Mungkin rasa ihsan sudah terhakis dari dalam dirimuhingga kau mudah keliru antara langkah, injak, sepak, dan pijaklantaran amarah yang membakar hatilantas kau tegar menyusun langkah pantas,untuk memijak sesiapa juadengan mata yang merah menyinga,menampar muka mendabik dadalangkahmu pantas sungguh,hingga akhirnyakau terpijak kakimu sendiridan jatuh tersungkur menyembah bumi.

Oleh:ESA ALHAJJohor Bahru.

Page 50: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Hashim Hj.Musa (1993), Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar

Sdn.Bhd.

Page 51: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

TAJUK 8 Frasa Adjektif Bahasa Melayu Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat

Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

Frasa Adjektif Bahasa Melayu

Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat

Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen

Frasa adjektif dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang besar dalam

mengungkapkan kata sifat secara luaran dan dalaman berdasarkan konteks kata-kata

adjektif tertentu dalam binaan frasa dan ayat. Hal yang demikian membuktikan bahawa

kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan

frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur

penerang dalam predikat.

Harus dijelaskan bahawa frasa adjektif mempunyai ketentuan sama ada boleh

hadir selepas subjek sebagai predikat, boleh hadir selepas kata kerja sebagai keterangan

dan, boleh hadir selepas frasa nama sebagai penerang. Dalam perbincangan ini, kita akan

melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat serta

frasa adjektif dan ayat komplemen. Selain itu, unsur predikat yang terdapat dalam frasa

objektif dapat diikuti oleh ayat komplemen yang mewujudkan ayat majmuk.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi, penguat dan kata bantu.(1.2)

Page 52: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

Menghuraikan ayat komplemen.(1.2)

KERANGKA TAJUK-TAJUK

8.0 Kandungan Isi

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang

konsep frasa adjektif dan elemen berkaitan dengan susunan frasa serta ayat komplemen.

Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang

mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Dalam susunan ayat biasa, frasa

adjektif berfungsi sebagai predikat.

8.1 Susunan Frasa Adjektif dalam AyatFrasa adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur intinya. Frasa

adjektif merupakan komponen penting dalam proses melengkapkan sesuatu ayat. Dalam

hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang

mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada di hadapan atau di

belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat

Frasa Adjektif

Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat

Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen

Page 53: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif.

Contoh :

8.1.1 Frasa Adjektif Sebagai PredikatPredikat dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa adjektif. Dalam hal ini,

frasa adjektif juga boleh hadir selepas subjek sebagai predikat.

Contoh:

(1) . Stadium itu sudah usang.

Dalam ayat (1) [stadium itu ] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa

adjektif.

Dalam binaan predikat, [sudah + usang] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-

unsur berikut :

[kata bantu + kata adjektif]

Ayat (1) boleh disongsangkan menjadi seperti berikut:

(1) (a) Sudah usang stadium itu. [predikat + subjek]

Frasa predikat yang mendepani subjek sudah berpindah tempat melalui proses

penyongsangan.

Contoh-contoh lain:

(2). Kulitnya putih bersih. (susunan biasa)

(2) (a) Putih bersih kulitnya (susunan songsang) [predikat + subjek]

(3). Warna bola itu merah tua. (susunan biasa )

(3) (a) Merah tua warna bola itu. (susunan songsang) [predikat + subjek]

8.1.2 Frasa Adjektif Sebagai Keterangan

Frasa adjektif yang hadir selepas frasa kerja akan berfungsi sebagai keterangan.

Hal yang demikian merupakan fungsi asas kata adjektif yang memerihalkan sifat dan

adjektif bagi keterangan kata kerja.

Contoh:

Subjek Predikat

Frasa Kerja Keterangan

Page 54: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

(4). Amira

(5). Pelajar itu

(6). Air sungai itu

(7). Pemuzik

(8). Kucing itu

(Frasa Adjektif)

berenang

berpidato

mengalir

beraksi

berlari

sangat pantas.

lancar sekali.

deras sekali.

hebat sekali.

laju.

8.1.3 Frasa Adjektif Sebagai Penerang Kata NamaFrasa adjektif boleh hadir selepas kata nama dan frasa nama. Fungsinya ialah

sebagai penerang kepada kata nama.

Frasa Nama

Kata Nama Kata Adjektif

kereta

warna

baju

madu

pangkat

kain

benang

kelapa

pinang

kitab

besar

merah

kelabu

asli

tinggi

licin

kasar

muda

masak

tebal

8.2 Frasa Adjektif dan Ayat KomplemenFrasa adjektif yang berperanan sebagai predikat dalam ayat boleh diikuti oleh ayat

komplemen. Kesannya, ayat tersebut akan menjadi ayat komplemen.

Contoh:

(9). Ketua kampung itu percaya bahawa anak buahnya memberikan sokongan padu.

(10). Zulmazran Zulkifli yakin bahawa pasukan Malaysia akan meraih pingat emas dalam

acara boling.

(11). Peserta kursus sedar bahawa mereka harus tidur di khemah

sementara.

(12). Dia insaf bahawa dia perlu meningkatkan kualiti ibadahnya.

Page 55: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

AKTIVITI

1. Bincangkan fungsi susunan frasa adjektif dalam sesuatu ayat.

LATIHAN

1. Bina 10 ayat berdasarkan pola binaan ayat di bawah ini.

SubjekPredikat

Frasa Kerja Keterangan(Frasa Adjektif)

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Page 56: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar

Sdn.Bhd.

TAJUK 9

Frasa Sendi Nama Bahasa Melayu Binaan Frasa Sendi Nama Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

Frasa Sendi Nama Binaan Frasa Sendi Nama

Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat

Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum

Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang utama

dalam melengkapkan satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama

dan satu frasa nama dalam ayat. Ini membuktikan bahawa kepentingan elemen kata

sendi nama menjadikan fungsi frasa sendi nama sebagai asas pembentukan predikat yang

mempunyai pola FN+ FSN ( Frasa Nama + Frasa Sendi Nama).

Frasa sendi nama mempunyai mempunyai potensi untuk hadir sebelum frasa nama

atau sebelum kata nama arah diikuti oleh frasa nama. Dalam perbincangan ini, kita akan

melihat pola-pola frasa sendi nama yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat .

Selain itu, unsur predikat frasa sendi nama juga akan dibincangkan dalam bab ini.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

Menjelaskan definisi dan binaan frasa sendi nama(1.1)

Page 57: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

Menganalisis binaan dan kedudukan frasa sendi nama dalam ayat.(1.6)

KERANGKA TAJUK-TAJUK

9.0 Kandungan Isi

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang

konsep frasa sendi nama dan elemen berkaitan dengan binaan frasa sendi nama dalam

ayat. Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu terdiri daripada beberapa perkataan yang

mewakili kata sendi atau kata adjektif sebagai unsur binaan frasanya.

9.1 Binaan Frasa Sendi NamaFrasa sendi nama ialah frasa yang terdiri daripada kata sendi nama yang boleh

bergabung dengan kata nama dalam membentuk kesatuan frasa. Frasa sendi nama

terbina daripada ayat yang mempunyai satu kata sendi nama dan satu frasa nama yag

menjadi pelengkap dalam binaan frasa sendi nama itu.

(Nik Safiah Karim et.al,2008)

Frasa sendi nama pada asasnya terbina apabila sesuatu kata sendi diikuti oleh kata nama.

(Abdullah Hassan et.al 2006).

Antara kata sendi nama yang sering digunakan ayat ialah di, ke, dari, daripada ,kepada ,

Frasa Sendi Nama

Binaan Frasa Sendi Nama

Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam

Ayat

Penggunaan Kata Sendi Nama

Page 58: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

pada, untuk, akan bagi, hingga,oleh, dengan, tentang, sampai, dan sebagainya. Frasa

sendi nama juga boleh didahului oleh kata bantu sama ada kata bantu ragam atau kata

bantu aspek.

Contoh :

9.1.1 Kata Sendi Nama + Frasa NamaFrasa dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa sendi nama dengan pola

kata sendi nama + frasa nama ( KN+ FN). Dalam hal ini, kata sendi nama hadir sebagai

satu perkataan di hadapan suatu frasa nama.

Contoh:

Frasa Sendi Nama

Kata Sendi Nama Frasa Nama

di

ke

dari

daripada

kepada

untuk

dengan

sejak

tentang

sampai

bagi

gimnasium

sekolah

pusat tuisyen

aluminium

Tuan Jana Khatib

ibu

kemewahan

semalam

klorofil

siang

ayah

9.1.2 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa NamaFrasa sendi nama boleh wujud di hadapan frasa nama (didahului satu unsur kata

nama arah). Selain itu, frasa sendi nama juga berpotensi untuk hadir tanpa kata nama

arah.

Frasa Sendi Nama

Kata Sendi NamaFrasa Nama

Kata Nama Arah Frasa Nama

(i) di

(i) di

dalam

-

takungan

takungan

Page 59: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

(ii) ke

(ii) ke

(iii) dari

(iii) dari

dalam

-

belakang

-

kolam

kolam

pentas

pentas

9.1.3 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Keterangan)Binaan frasa nama boleh juga terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh frasa nama dan

keterangan. Kata nama arah dan keterangan boleh hadir dan boleh digugurkan mengikut

kesesuaian ayat.

Frasa Sendi Nama

Kata Sendi Nama Frasa NamaKeteranganKata Nama Arah Frasa Nama

(i) di

di

(ii) ke

ke

(iii) dari

dari

atas

-

luar

-

bawah

-

pentas

pentas

garisan

garisan

rumah

rumah

pada saat itu.

-

dengan bergaya

-

dengan kayu

-

9.2 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam AyatFrasa sendi nama mempunyai fungsi dalam predikat sesuatu ayat. Dalam sesetengah ayat

lain, frasa sendi nama berfungsi sebagai unsur keterangan.

9.2.1 Predikat Frasa sendi NamaDalam susunan ayat biasa, frasa sendi nama hadir selepas subjek.

Contoh:

(1). Ahmad ke sekolah setiap hari.

(2). Kolam ikan di tepi taman.

(3). Yushiro dari bandar raya Tokyo.

(4). Kerusi itu daripada kayu jati.

(5). Hadiah ini untuk ibu Zarina.

(6). Bahaman daripada keluarga seni.

9.2.2 Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan Unsur keterangan dalam sesuatu ayat boleh diwakili oleh frasa sendi nama. Unsur

keterangan ini pada asasnya bertindak menerangkan keperihalan maksud predikat frasa

Page 60: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

kerja, frasa adjektif dan frasa nama. Namun, unsur keterangan ini boleh hadir secara

pilihan mengikut kesesuaian konteks ayat berdasarkan rumus tatabahasa.

Contoh:

(i) Keterangan bagi frasa kerjaContoh:

(7) Budin meniup saksofon seperti pemuzik profesional. (keterangan bandingan)

(8) Dahlan memasak pada waktu petang. (keterangan masa)

(9) Marini berehat di tepi pantai.(keterangan tempat)

(10).Ayah berbincang tentang hal pertunangan.(keterangan hal)

(11).Sultan Mansur Syah hadir dengan permaisurinya.(keterangan penyertaan)

(12) Anda wajar mengawal emosi demi kesejahteraan diri.(keterangan tujuan)

(13).Hang Tuah menikam lanun dengan keris.(keterangan cara)

(ii) Keterangan bagi frasa adjektif Contoh :

(14) John segak seperti model. (keterangan bandingan)

(15) Profesor itu cekap dalam bidang bioteknologi. (keterangan hal)

(16) Dia rabun pada waktu malam. (keterangan masa)

(17) Kita harus pantas supaya tidak ketinggalan. (keterangan tujuan)

(iii) Keterangan bagi frasa namaContoh:

(18) Bangunan di Kuala Lumpur sungguh tinggi. (keterangan tempat)

(19) Batu permata itu adalah dari zaman Dinasti Ming (keterangan asal)

(20) Ridwan sudah membeli songkok untuk majlis tersebut.(keterangan tujuan)

(21) Keris itu diperbuat daripada besi. (keterangan sumber)

(22) Lagu oleh Dato’ Mokhzani telah menarik perhatiannya. (keterangan pembuat)

9.3 Penggunaan Kata Sendi Nama Dalam penggunaan kata sendi nama dalam ayat, terdapat dua unsur kata sendi

nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata

hubung dan, atau, tetapi.

Contoh:

(23) Dia mundar-mandir di dalam dan di luar bangunan itu.

(24) Zulfadli makan dengan adiknya atau dengan abangnya?

(25) Pak Cik Ali bekerja bukan di kebun tetapi bekerja di pejabat peguam.

Page 61: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

(26) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi ke Austria.

Dalam ayat (23), frasa sendi nama dengan kata hubung dari boleh digugurkan secara

pilihan unsur kedua.

Ayat baharu setelah pengguguran kata sendi nama pada unsur kedua ialah:

(27) Dia mundar- mandir di dalam dan luar bangunan.

(28) Zulfadli makan dengan adiknya atau abangnya?

(29) Tuan Haji Ali bekerja bukan di kebun tetapi di pejabat peguam.

(30) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi Austria.

Namun dalam beberapa keadaan, terdapat kata sendi yang boleh berfungsi sebagai kata

bantu aspek. Ini berlaku pada perkataan ’akan’.

Contoh :

(31) Diana akan ke Kuala Lumpur. (akan sebagai kata bantu aspek)

(32) Diana sayang akan kucingnya. (akan sebagai kata sendi)

Namun, dalam perbincangan ini, perkara tersebut ditunjukkan sebagai contoh penggunaan

kata sendi yang boleh hadir dalam keadan lebih daripada satu situasi. Keadaan ini dapat

dipermudahkan dengan melihat kedudukan dan fungsinya dalam ayat. Pada asasnya,

frasa sendi boleh berfungsi sebagai predikat dan keterangan dalam ayat.

AKTIVITI

(Aktiviti kumpulan)1. Bincangkan unsur-unsur yang terdapat dalam frasa sendi nama.

Page 62: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

LATIHAN

(Aktiviti individu)1. Bina 10 frasa dengan pola binaan frasa sendi nama berdasarkan jadual di

bawah.

Frasa Sendi Nama

Kata Sendi NamaFrasa Nama

KeteranganKata Nama Arah Frasa Nama

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional

Page 63: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

Publishing Sdn.Bhd.

Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar

Sdn.Bhd.

TAJUK 10

Ayat Bahasa Melayu Ayat, Klausa, Frasa, Perkataan Ayat Dasar Ayat Tunggal

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

Ayat, Klausa, Frasa, Perkataan Ayat Dasar Ayat Tunggal

Ayat Bahasa Melayu

Ayat dalam bahasa Melayu boleh terbentuk daripada satu perkataan atau beberapa

perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta

mengandungi intonasi yang sempurna. (Nik Safiah Karim et.al. 2008).

Ayat terdiri daripada binaan klausa, frasa ,dan perkataan.

Kajian tentang ayat membuktikan bahawa kepentingan klausa, frasa dan perkataan

mempunyai fungsi yang utama dalam pembentukan ayat.

Selain itu, ayat dasar atau ayat inti merupakan ayat yang terdiri daripada ayat

penyata. Ini berbeza dengan ayat tunggal yang terdiri daripada ayat tanya, perintah dan

seruan dan sebagainya.

Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola ayat dasar, ayat tunggal dan

tidak ketinggalan unsur yang berkaitan dengan susunan klausa, frasa, dan perkataan

dalam ayat .

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

Page 64: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

Menjelaskan definisi klausa, frasa, ayat dasar dan ayat tunggal (1.1)

Menganalisis binaan ayat dasar dan ayat tunggal.(1.6)

KERANGKA TAJUK-TAJUK

10.0 Kandungan Isi

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang

konsep ayat, klausa, frasa dan perkataan. Perbincangan juga akan berkisar pada aspek

ayat dasar (ayat inti) dan juga ayat tunggal.

10.1 Ayat

Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan

yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi

intonasi yang sempurna. (Nik Safiah Karim et.al. 2008).

Menurut Abdullah Hassan et.al (2006), ayat terdiri daripada perkataaan-perkataan yang

disusun dalam susunan dan kelompok-kelompok tertentu. Setiap kelompok perkataan

disusun dengan lengkap. Susunan yang lengkap mempunyai makna yang lengkap. Setiap

satu kelompok tersebut mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan

predikat. Subjek menyebut sesuatu perkara, seperti rumah, baju, kereta dan

Ayat Bahasa Melayu

Ayat, Klausa, Frasa, Perkataan Ayat Dasar Ayat Tunggal

Page 65: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

seumpamanya. Predikat pula menerangkan tentang perkara yang telah disebutkan dalam

predikat iaitu menerangkan tentang rumah, baju, kereta dan seumpamanya.

Contoh :

(1). Sekolah di tepi laut.

Dalam ayat (1) sekolah terdiri daripada kelompok perkataan yang menjadi pokok

perbincangan. Malah sebenarnya, sekolah ialah komponen subjek ayat. Dalam kumpulan

perkataan kedua, di tepi laut,menceritakan tentang subjek ayat.Maksud ayat tersebut ialah

hal sebuah sekolah yang terletak di tepi laut.

(2) Rumah langsir biru.

Dalam ayat (2) rumah ialah kelompok perkataan yang menjadi subjek dalam ayat tersebut.

Sementara, langsir biru yang tergolong dalam kelompok kedua ialah predikat bagi ayat

tersebut yang menerangkan tentang keadaan rumah besar tersebut.

10.2 Klausa Klausa ialah satu rangkaian perkataaan yang mengandungi subjek dan predikat , yang

menjadi konstituen dalam ayat. (Nik Safiah Karim et.al. 2008) Klausa tergolong kepada

dua jenis iaitu:

(i) Klausa bebas

(ii) Klausa tak bebas

Klausa bebas ialah klausa yang terdiri daripada sekumpulan perkataan yang maknanya

boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila diujarkan dengan

intonasi yang sempurna. Klausa boleh diumpamakan ayat dalam ayat (Abdullah Hassan

et.al 2006).

Contoh :

klausa 1 : Majid kaya (klausa bebas)

klausa 2 : kerana cekap menguruskan perniagaan (klausa tak bebas)

Ayat sempurna:

klausa 1 + klausa 2 = Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan.

Klausa bebas juga disebut sebagai klausa utama.

Berdasarkan contoh :

Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan.

[klausa bebas] [ klausa tak bebas]

[klausa utama]

Oleh itu, pembentukan klausa bebas adalah berdasarkan ciri klausa yang mampu

mendokong makna lengkap serta mendokong ciri –ciri ayat yang sempurna.

Page 66: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

10.3 FrasaFrasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi

sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk

diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. (Nik Safiah karim, et.al 2008) Frasa nama

boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et.al, (2006). Frasa

ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Dalam

struktur binaan ayat, frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa.

Contoh ayat : sehelai baju kurung di dalam almari. Ayat ini akan dipenggal sebahagiannya

untuk melihat rumus struktur frasa.

Frasa

baju

sehelai baju

baju kurung

sehelai baju kurung

Frasa di atas berasaskan satu binaan ayat (FN+FS) :Sehelai baju kurung di dalam almari.

Bentuk frasa satu perkataan ialah baju. Bentuk tersebut diperluas menjadi sehelai baju,

baju kurung, sehelai baju kurung, dan sebagainya.

Jadi, frasa yang asas iaitu baju kurung telah diperluaskan melalui pancangan ke dalam

sebuah frasa yang lain hingga terbentuknya frasa sehelai baju kurung.

10.4 PerkataanPerkataan ialah konstituen kepada frasa. Perkataan adalah bentuk bahasa yang

mengandungi makna atau fungsi nahu (Abdullah Hassan et.al , 2008)

Bentuk-bentuk perkataan seperti sekolah, baju, orang, kereta adalah perkataan yang

mendokong makna tertentu. Perkataan mempunyai beberapa golongan tertentu seperti

kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi nama, kata hubung, kata tugas dan

sebagainya.

Contoh:

kata nama: pelajar, ayah, Seremban, taman

kata kerja : makan, tidur, melukis, menendang

Kata adjektif : kurus, pucat, gempal, tampan

kata sendi nama : di rumah, ke kedai, dari Johor, daripada besi

10.5 Ayat Dasar

Page 67: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber atau dasar bagi pembentukan ayat-ayat lain

berdasarkan rumus-rumus tatabahasa.

Semua ayat yang terbina secara lengkap sebenarnya dapat dikesan dasar atau inti ayat

yang menjadi landasan dalam sesuatu binaan ayat.

Ayat dasar mempunyai empat pola asas iaitu:

Pola 1 : FN + FN

Pola 2 : FN + FK

Pola 3 : FN + FA

Pola 4 : FN + FS

Pola Subjek Predikat

Pola 1 (FN + FN) Harun pesilat amatur.

Pola 2 (FN + FK) Jurulatih sedang berehat.

Pola 3 (FN + FA) Marlina sungguh pandai

Pola 4 ( FN + FS) Muzium di Pusat Islam.

Komponen frasa boleh mengandungi satu perkataan atau lebih. Namun, binaan-binaan

tersebut harus masih tergolong dalam bentuk frasa.

Contoh:

Pola Subjek Predikat

Pola 1 (FN + FN) Harun pesilat amatur negara.

Pola 2 (FN + FK) Jurulatih sedang berehat di bilik

Pola 3 (FN + FA) Adik Marlina sungguh pandai

Pola 4 ( FN + FS) Muzium warisan di Pusat Islam Kuala

Lumpur.

10.6 Ayat TunggalAyat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Ayat

tunggal juga sebenarnya mempunyai satu klausa yang hadir mewakili satu subjek dan satu

predikat tersebut. Ayat tunggal terbina daripada ayat dasar. Malah binaan ayat tunggal

mempunyai persamaan dengan ayat dasar. Namun, yang membezakan ayat tunggal

dengan ayat dasar ialah ayat tunggal terdiri daripada ayat tanya, ayat perintah ayat seruan

dan sebagainya. Sementara, ayat dasar terdiri daripada ayat penyata.

Jelas bahawa ayat tunggal terbina secara mudah dengan hanya mempunyai konstituen

satu subjek dan satu predikat.

Contoh:

Page 68: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

Subjek Predikat

(1). Bapa saudara Ali

(2) Peninju itu

(3) Darwis

(4) Wahab

pensyarah.

sangat tangkas.

membaca kitab jawi.

ke kedai runcit.

Dalam proses binaan ayat tunggal ini , terdapat juga proses penyongsangan seperti

predikat mendahului subjek seperti dalam ayat songsang.

Contoh:

(5) (a) Mariam ke pasar raya hari ini.

(b) Ke pasar raya Mariam hari ini.

(6) (a) Baju itu di dalam almari.

(b) Di dalam almari baju itu.

(7) (a) Kuih itu dimakannya.

(b) Dimakannya kuih itu.

(8) (a) Pokok kayu itu ditebangnya.

(b) Ditebangnya pokok kayu itu.

Berdasarkan contoh-contoh ayat tersebut, jelas didapati bahawa subjek dan predikat

dalam ayat dasar boleh bertukar ganti mengikut keperluan dan keutamaan penutur

bahasa. Jelas, proses sedemikian menggambarkan sifat bahasa Melayu yang dinamik

dalam pelbagai aspek bahasa dan rumus tatabahasa.

AKTIVITI

1. Bina lima ayat aktif dan tukarkan ayat tersebut menjadi ayat pasif

LATIHAN

1. Nyatakan perbezaan antara ayat dasar dan ayat tunggal.

2. Nyatakan unsur-unsur klausa dalam ayat bahasa Melayu dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

Page 69: Web viewmodul bahasa melayu pendidikan rendah. program pensiswazahan guru . sekolah rendah (pgsr) mod kursus dalam cuti. ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar

Sdn.Bhd.