· web viewbintangor, sarawak seminar penyelidikan pendidikan 2006 tema penyelidikan pendidikan ke...

36
INSTITUT PERGURUAN RAJANG BINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR TINGKATAN ENAM ATAS KELAS KESUSASTERAAN MELAYU (KM) TERHADAP PEMBELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DAERAH MERADONG OLEH NUR AMIRA SONIA BT. ABDULLAH @ LETTIE

Upload: nguyenkhuong

Post on 02-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

INSTITUT PERGURUAN RAJANG

BINTANGOR, SARAWAK

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006

TEMA

PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TAJUK KAJIAN

SIKAP PELAJAR TINGKATAN ENAM ATAS KELAS KESUSASTERAAN MELAYU (KM) TERHADAP

PEMBELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DAERAH MERADONG

OLEH

NUR AMIRA SONIA BT. ABDULLAH @ LETTIE

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERADONG BINTANGOR SARAWAK

Page 2:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

09 – 11 OKTOBER 2006

SIKAP PELAJAR TINGKATAN ENAM ATAS KELAS KESUSASTERAAN MELAYU (KM) TERHADAP PEMBELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH

DAERAH MERADONG

Oleh

Nur Amira Sonia Bt. Abdullah @ LettieSMK Meradong, 96509 Bintangor Sarawak

Abstrak

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti sikap pelajar Tingkatan Enam kelas Kesusasteraan Melayu (KM) terhadap pembelajaran Kesusasteraan Melayu. Sikap dikaji memandangkan kepentingannya di dalam pembentukan minat dan kecemerlangan akademik pelajar. Seramai 63 orang pelajar Tingkatan Enam mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu di sebuah sekolah yang dikaji. Kajian dilakukan secara kuantitatif dan kualitatif. Data diperolehi melalui soal selidik kepada semua pelajar berkenaan dan temubual separa struktur kepada 10 orang pelajar terpilih berdasarkan sikap yang telah dikenalpasti sebagai positif, sederhana dan negatif. Temubual juga dilakukan bersama seorang guru mengajar di sekolah berkenaan. Kajian secara kuantitatif adalah berdasarkan soal selidik yang disediakan iaitu untuk mengesan sikap pelajar. Kajian secara kualitatif pula digunakan untuk menganalisis temubual bagi mengesan perkaitan di antara sikap dengan jantina pelajar, faktor dan langkah meningkatkan sikap pelajar. Data daripada soal selidik dianalisis menggunakan perisian komputer untuk menilai kebolehpercayaan item dan analisis frekuensi statistik untuk menganalisis pengaruh jantina terhadap sikap pelajar. Kebolehpercayaan item adalah 0.711. Analisis menunjukkan tiada perkaitan di antara jantina dengan sikap pelajar. Secara keseluruhannya, analisis sikap menggambarkan pelajar mempunyai sikap sederhana positif terhadap mata pelajaran KM iaitu dengan purata min 3.81. Berdasarkan analisis dan temubual, faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pelajar adalah ibu bapa, guru, rakan sebaya, persekitaran, sukatan pelajaran dan lain-lain. Beberapa langkah telah digariskan oleh pelajar dan guru untuk meningkatkan sikap pelajar seperti peranan guru, ibubapa, pelajar sendiri , kerajaan dan lain-lain.

Page 3:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam usaha saya untuk menyiapkan kajian ini. Terutama sekali pihak penganjur kursus iaitu Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Institut Perguruan Rajang dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Gabungan Sarikei, Sarawak yang telah memberi peluang kepada saya untuk belajar satu cabang baru dalam dunia pendidikan melalui penyelidikan. Sesungguhnya, kursus ini telah memberi banyak input baru kepada saya sebagai seorang pendidik. Sudah pasti melalui input yang saya perolehi ini dapat menambah memantapkan lagi kebolehan dan pengetahuan dalam bidang pengajaran Kesusasteraan Melayu yang menjadi opsyen saya.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Dr. Lau Hieng Soon, Ketua Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme Institut Perguruan Rajang yang banyak menyumbangkan input dan tunjuk ajar dalam memurnikan lagi kajian ini. Begitu juga kepada pembantu-pembantu beliau seperti En. Mohd. Zaki bin Abdul Rahim, En. Mat Kamal bin Abd. Majid dan En. Lu Cheng Soon yang turut memberikan pendedahan kepada saya dalam menyiapkan kajian ini.

Terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada pihak pengurusan sekolah, iaitu Tuan Pengetua, Tuan Haji Rambli Zainudin dan kini Puan Pengetua, Puan Lau Mee Ung yang telah merangsang dan membenarkan saya mengikuti kursus penyelidikan ini hingga tamat enam siri. Sekalung penghargaan juga kepada guru Kesusasteraan Melayu, En. Kamaruddin Zakaria yang telah membantu memberikan panduan dan idea dalam menyiapkan kajian ini. Begitu juga kepada semua pelajar Kesusasteraan Melayu Tingkatan 6 Atas dan 6 Rendah Tahun 2006 yang menjadi responden dalam kajian ini.

Saya juga ingin merakamkan rasa penghargaan dan dedikasikan kajian ini kepada suami tercinta, Jalani b. Hasim yang sangat memahami dan banyak memberi dorongan serta semangat kepada saya sehingga berjaya menyiapkan kaijan ini. Begitu juga puteri dan putera tersayang, Ain Nabila dan Aiman Nashriq yang menjadikan gelak tawa dan tangis kalian sebagai teman dalam menyiapkan kajian ini. Akhir sekali, terima kasih kepada semua teman sekursus yang sangat bekerjasama dalam kajian ini. Syukur Alhamdulillah, berkat kerjasama dan muafakat semua maka terhasillah kajian yang seadanya ini. Amin.

Page 4:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

Ikhlas,Nur Amira Sonia Bt. Abdullah @ Lettie

SMK Meradong, 96509 Bintangor, Sarawak.Pengenalan

Dunia hari ini berlumba-lumba ke arah pembentukkan sebuah negara perindustrian yang utuh dan maju sehingga memberi kesan ke atas sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan negara kita telah dikaji sebagai langkah meningkatkan mutunya selaras dengan pembangunannya sebagai sebuah negara perindustrian. Ini telah menyumbang ke arah perlaksanaan reformasi pendidikan berdasarkan laporan Jawatankuasa Kabinet, termasuk memilih keperluan masa depan iaitu merangkumi Wawasan 2020 (Wan Zahid, 1994). Antara reformasi yang berlaku ialah dengan menyasarkan kuota 60 : 40 pelajar aliran Sains dan Sastera. Ini telah menggundang kepada pengurangan pelajar aliran Sastera khususnya KM dan semakin kurang pelajar yang mahu mempelajarinya. Namun begitu, pelbagai usaha telah dibuat untuk mengimbangi dunia sains dan teknologi. Menyedari perlunya ketamadunan dalam setiap aspek kehidupan, kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran telah menyenaraikan KM sebagai mata pelajaran elektif di sekolah walaupun ada sesetengah sekolah yang menghapuskannya terus.

Seiring dengan peredaran masa, sukatan pelajaran dipinda, semakan dibuat dan pengubahsuaian dibuat di mana-mana yang perlu. Ini dilakukan untuk memastikan matlamat utama KM iaitu menerapkan nilai dan budi dapat terus diterapkan dalam diri pelajar. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis. Menyedari kepentingan ilmu KM diterapkan ke dalam diri pelajar, kerajaan telah meyelitkan Komponen Sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sejak tahun 2003. Walaupun begitu, KOMSAS lebih kepada latihan pemahaman dan pendedahan tentang ilmu kesopanan kurang ditekankan. Sastera merupakan faktor yang dapat membentuk budaya bangsa dan melalui kesusasteraan juga kita membina manusia dari segi adab dan sopan serta mendidik mereka pelbagai ilmu menerusi karya-karya yang dikaji.

KM diajar di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia untuk tingkatan empat dan lima di bawah perlaksanaan Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia untuk tingkatan enam rendah dan enam atas di bawah perlaksanaan Majlis Peperiksaan Malaysia. KM Tingkatan Enam diajar dalam dua kertas iaitu 922/1, Kesusasteraan Melayu Tradisional dan 922/2 , Kesusasteraan Melayu Moden. Masing-masingnya memperuntukkan masa tiga jam seminggu.

Penyataan Masalah

Sejak KBSM diperkenalkan mulai tahun 1988, pelajar telah diberi kebebasan memilih jurusan yang diminati. Kebebasan ini turut dinikmati oleh pelajar tingkatan enam. KM

Page 5:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

adalah antara mata pelajaran elektif aliran Sastera selain Ekonomi, Geografi, Perakaunan dan Pengajian Perniagaan yang ditawarkan di sekolah yang dikaji.Taburannya adalah seperti jadual di bawah.

Jadual 1 : Taburan Pelajar Tingkatan Enam Atas 2006 aliran Sastera mengikut jurusan

Aliran Bilangan Jumlah PeratusLelaki Perempuan

Kesusasteraan Melayu 31 32 63 21Geografi 25 40 65 22Sejarah 36 72 108 36Ekonomi 22 39 61 21Jumlah 54 82 297 100

Sumber: Unit Kurikulum, SMK Meradong

Berdasarkan jadual di atas, seramai 63 orang pelajar yang mengambil kertas KM. Keputusan empat tahun kebelakangan pelajar di bawah telah menunjukkan penurunan pretasi yang sangat ketara di kalangan pelajar.

Jadual 2 :Keputusan Kesusasteraan Melayu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (2002 – 2005)Tahun Jumlah

CalonA A- B+ B B- C+ C C- D+ D F %

Lulus%

LulusNegeri

2003 46 5 6 7 11 9 6 1 1 1 0 0 95.7 71.32004 87 4 7 9 8 13 14 13 9 4 0 6 78.2 72.12005 62 1 0 5 2 10 6 7 12 4 5 9 50.0 -

PeperiksaanPenggal Kedua

2006

63 0 0 2 3 1 2 9 8 11 11 16 27.4 -

Jumlah 258 10 13 23 24 23 28 30 30 20 16 31 - -Sumber: Unit Kurikulum, SMK Meradong

Pelajar yang dikaji telah menunjukkan pelbagai sikap yang mempengaruhi prestasi pencapaian KM. Sikap tersebut dapat dibahagikan kepada positif, negatif dan sederhana. Antara reaksi negatif semasa mata pelajaran KM seperti tidak bersedia, mengantuk, tidak memberikan tumpuan, tidak berminat menjawab soalan yang diberikan dan pasif dalam proses pembelajaran. Mata pelajaran KM dianggap tidak relevan dengan kehidupan hari ini kerana perlu mempelajari karya-karya yang dianggap sebagai hiburan sedangkan tidak

bernilai ekonomi. Lantaran itu, ia merangsang saya untuk meninjau sikap pelajar yang mengambil mata pelajaran KM terhadap mata pelajaran KM. Saya berharap melalui kajian yang tak seberapa ini, saya dapat mencari jalan penyelesaian untuk meningkatkan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Kesusasteraan Melayu seterusnya dapat mengatasi masalah ini.

Objektif Kajian

Page 6:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

1. Mengenal pasti sikap pelajar Tingkatan 6 kelas KM terhadap pembelajaran KM di sebuah sekolah daerah Meradong.

2. Mengenal pasti perbezaan sikap di antara pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan 6 kelas KM adap pembelajaran KM di sebuah sekolah daerah Meradong.

3. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pelajar Tingkatan 6 kelas KM terhadap pembelajaran KM di sebuah sekolah daerah Meradong.

4. Mengenal pasti langkah-langkah untuk meningkatkan sikap pelajar Tingkatan 6 kelas KM terhadap pembelajaran KM di sebuah sekolah daerah Meradong.

Soalan-Soalan Kajian

1. Apakah sikap pelajar Tingkatan 6 kelas KM terhadap pembelajaran KM di sebuah sekolah daerah Meradong?

2. Adakah terdapat perbezaan sikap di antara pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan 6 kelas KM terhadap pembelajaran KM di sebuah sekolah daerah Meradong.

3. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pelajar Tingkatan 6 kelas KM terhadap pembelajaran KM di sebuah sekolah daerah Meradong?

4. Apakah langkah-langkah yang dapat meningkatkan sikap pelajar Tingkatan 6 kelas KM terhadap pembelajaran KM di sebuah sekolah daerah Meradong?

Batasan Kajian

Di dalam melaksanakan kajian ini, terdapat beberapa kekangan yang terpaksa dihadapi oleh penyelidik seperti tempoh yang sangat terhad. Tanggungjawab sebagai guru yang perlu memikul tanggungjawab kurikulum dan kokurikulum terbeban dengan tugas juga tidak pernah selesai. Ini menyebabkan kajian tidak dapat dilakukan dengan lebih sempurna. Oleh kerana ia hanya melibatkan sebuah sekolah sahaja, kemungkinan sebenar masalah sikap di dalam mempengaruhi pencapaian pelajar di dalam KM tidak dapat dikesan sepenuhnya. Bahan berkaitan dengan kajian juga amat sukar diperolehi. Hanya seorang guru mengajar KM di sekolah berkenaan menyebabkan data daripada guru tentang sikap tidak dapat diperolehi dengan lebih lengkap.

Page 7:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

Definisi

Sikap

Sikap adalah keadaan kesediaan mental dan neural yang diurus melalui pengalaman, yang melahirkan arah tuju atau pengaruh dinamik tindak balas individu terhadap semua objek dan situasi yang berkaitan (Allport, 1954). Sikap wujud dari desakan dalaman, tabiat yang dipelajari dan dipengaruhi alam sekitar yang mengeliliginya. Sikap boleh mempunyai satu pengaruh penting kepada individu yang menjadi sebab dan akibat kepada tingkahlaku (Terjemahan Rabiah, Crow,1983).

Breckler (1984) menyatakan sikap terdiri daripada tiga komponen yang utama iaitu kognitif yang membayangkan pengetahuan seseorang tentang sesuatu objek, komponen afektif yang menerangkan emosi seseorang terhadap sesuatu objek dan komponen kognitif atau gelagat yang memberi keyakinan seseorang akan mengambil tindakan yang spesifik terhadap sesuatu objek.

Tengku Asmadi dalam Laman MAP menyatakan sikap adalah sesuatu yang dipelajari melalui pengamatan, pendengaran dan pengalaman. Ia merupakan tindakan dan tingkah laku diri berlandaskan cara fikir yang berbeza akan bertindakbalas secara berbeza juga terhadap sesuatu peristiwa atau persekitaran. Umumnya, sikap mencerminkan keadaan fikiran, kepercayaan dan perasaan seseorang. Ia boleh mempengaruhi seseorang sehingga memperlihatkan tingkahlaku setuju, tidak setuju atau suka dan tidak suka sesuatu perkara. Ia dapat menggambarkan nilai seseorang terhadap sesuatu. Itulah yang menyebabkan apabila pelajar bersikap optimistik, pelajar akan bersikap positif sementara jika pelajar pesimis, pelajar akan bersikap negatif.

Pelajar Bersikap Positif

Sikap positif adalah satu reaksi tindakan dan hasil tingkah laku yang menurut dan menerima segala fenomena objek sikap (Sharifah, 1983). Individu ini memperlihatkan penglibatan secara aktif dan benar-benar berpegang teguh terhadap objek sikap itu. Pelajar menunjukkan kesungguhan untuk belajar sesuatu mata pelajaran dengan serius. Pelajar juga menunjukkan sikap aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain berminat dan berusaha untuk cemerlang dalam mata pelajaran yang diambil. Pelajar yang positif juga cenderung untuk bertanya kepada guru seandainya kurang memahami sesuatu perkara. Di dalam pelajaran KM, pelajar yang dikatakan positif adalah pelajar yang membaca semua teks yang dikaji dan bersedia sebelum pelajaran bermula. Pelajar juga rajin dan sering menjawab peperiksaan mengikut arahan guru. Tidak hairanlah pelajar

Page 8:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

yang positif adalah pelajar yang cemerlang dalam pelajaran walaupun tidak semuanya. Pelajar bersikap positif akan memperlihatkan kepercayaan pada manfaat yang boleh dibawanya mendorong mereka menyukai dan berminat untuk mempelajarinya (Thurstone, 1957).

Pelajar Bersikap Sederhana

Pelajar bersikap sederhana adalah di kalangan pelajar yang mempunyai kesungguhan yang sederhana di dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran (Sharifah, 1983). Pelajar mungkin agak lemah dalam sesuatu pelajaran, tetapi mahu belajar dan mengikut arahan yang diberi oleh guru. Pelajar akan bersedia apabila diminta untuk bersedia dan sebaliknya. Sikap sederhana juga digambarkan oleh pelajar yang masih mempunyai keinginan untuk menjawab soalan guru apabila diminta berbuat demikian.

Pelajar Bersikap Negatif

Pelajar yang mempunyai sikap negatif adalah pelajar yang mempunyai segala keadaan di sebalik kriteria-kriteria sikap positif. Pelajar tidak berminat untuk mengikuti sesuatu pelajaran. Pelajar mungkin tidur semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan tidak mempunyai inisiatif untuk belajar. Apabila disoal oleh guru, pelajar mungkin hanya menggelengkan kepala menyatakan tidak tahu jawapan kepada soalan guru. Pelajar yang negatif sikapnya juga di kalangan pelajar yang malas dan tidak suka disoal oleh guru. Pelajar akan mencari alasan untuk mengelak daipada pelajaran tersebut (Thurstone,1957). Pelajar biasanya juga bersikap sambil lewa dan kurang memberikan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Tinjauan Literatur

Menurut Tengku Asmadi (Laman MAP) sikap boleh ditiru daripada orang sekeliling, media massa, bahan bacaan, persekitaran, peristiwa silam dan pengalaman seseorang. Dalam usaha membentuk sikap pelajar, persekitaran rumah amat berperanan penting.D’onofrio dan Salma (1984) yang dipetik dalam Shoffner (1990) melihat pembolehubah persekitaran rumah melibatkan pembolehubah status dan pembolehubah proses.Kedua-duanya boleh mempengaruhi sikap dan pencapaian pelajar.Pembolehubah proses boleh dinilaikan sebagai harapan ibu bapa terhadap prestasi pelajaran anak dan peluang ibu bapa berinteraksi dengan anak( Wee Hock Sen,1988). Menurut Koh Boh Boon(1995), ibu bapa turut memberikan peluang untuk belajar kepada anak- anak dengan membekalkan buku-buku rujukan. Oleh itu sikap pelajar memang bergantung kepada dorongan dan peluang untuk belajar yang diberikan oleh ibu bapa.

Fraser (1959) dan Jensen (1973) yang dipetik daripada Kellanghan (1977) berpendapat bahawa faktor persekitaran rumah yang meliputi pendapatan ibu bapa, pendidikan ibu bapa, kemampuan berbelanja ke atas pelajar dan sokongan ibu bapa merupakan faktor

Page 9:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

yang penting dan menarik dikaji kerana ia berhubungkait dengan pencapaian akademik khususnya dalam mata pelajaran di sekolah.

Suriati Ismail (1991) dalam kajiannya ke atas 153 orang pelajar tingkatan enam atas di sebuah sekolah luar bandar dan sebuah sekolah bandar di negeri Selangor mendapati terdapat perbezaan sikap terhadap mata pelajaran ekonomi bagi lokasi dan kumpulan-kumpulan sosio-ekonomi.Dapatannya mendapati pelajar sekolah bandar mempunyai sikap lebih positif berbanding pelajar sekolah luar bandar.

Hendley et.al (1995) dalam ulasan karyanya mendapati bahawa guru juga boleh memperbaiki dan memupuk sikap pelajar dengan menggunakan pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar. Aktiviti seperti tingkah laku guru dalam pengajaran, kaedah mengajar yang diamalkan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kelas mempengaruhi pencapaian pelajar dalam akademik.

Rakan sebaya juga mempunyai pengaruh penting kepada pelajar. Sharifah Alawiyah (1985) mendapati pembentukan kumpulan rakan sebaya dapat membawa kesan terhadap pencapaian dan aspirasi murid jika dibandingkan dengan latar belakang keluarga atau posisi sekolah. Meeus (1993) juga mendapati sokongan sosial yang diberikan oleh rakan-rakan sekolah lebih penting daripada diberikan oleh ibu bapa dalam memberi sokongan sosial, remaja, sekolah dan perkembangan identiti pekerjaan ke atas pelajar sekolah menengah.

Derville(1978) yang dipetik oleh Adnan Kamis (1986) menyatakan sikap pelajar terhadap mata pelajaran bukan sahaja menentukan usaha, kerja keras tetapi juga pencapaian akademiknya. Salbiah (1989) dalam kajiannya ke atas 304 orang pelajar di Petaling Jaya dan Hulu Langat, Selangor mendapati pencapaian akademik yang tinggi menghasilkan sikap pelajar yang lebih positif berbanding kumpulan pencapaian akademik yang rendah. Faktor-faktor lokasi, jantina dan status sosio ekonomi didapati tidak memberi kesan kepada pembentukan sikap pelajar terhadap pelajaran. Kajian-kajian terdahulu membuktikan kebiasaan dan sikap pelajar mempengaruhi kejayaaan atau kegagalan akademik seseorang pelajar.

Metodologi

Kajian ini adalah menggabungkan dua kaedah iaitu bersifat kuantitatif dan kualitatif. Kajian kuantitatif adalah menggunakan soal selidik kepada 63 orang pelajar yang terlibat untuk mengesan sikap pelajar dalam mempelajari KM . Kajian kualitatif pula berdasarkan bahan ilmiah yang berkaitan dengan sikap pelajar di dalam mempelajari KM. Temubual turut digunakan dengan memilih sampel di kalangan pelajar yang dikesan menunjukkan sikap yang positif, sederhana dan negatif. Seorang guru mengajar KM Tingkatan Enam turut ditemubual separa struktur untuk mengukuhkan kenyataan tentang sikap pelajar yang dikendalikan di sekolah berkenaan.

Page 10:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

Soal selidik untuk mengesan sikap dibahagikan kepada dua konstruk iaitu bahagian personel berkaitan jantina, bangsa, kelas, gred KM dan Bahasa Malaysia SPM, pendapatan keluarga dan persediaan buku. Bahagian B atau sikap pula mengadungi 14 item untuk mengesan sikap pelajar. Sikap ditentukan berdasarkan skala ’likert’ iaitu 1- Sangat Tidak Setuju, 2-Kurang Setuju, 3-Sederhana, 4-Setuju dan 5-Sangat Setuju. Data dianalisis menggunakan perisian komputer untuk melihat kebolehpercayaan item dan melihat sama ada terdapat korelasi yang signifikan di antara jantina terhadap sikap pelajar.

Persampelan

Sekolah yang dikaji menawarkan hanya dua buah kelas aliran sastera yang mengambil mata pelajaran KM iaitu 6AA1 dan 6AA4. Disebabkan jumlah pelajar yang tidak ramai, kesemua pelajar berjumlah 63 orang yang mengambil mata pelajaran KM dipilih sebagai sampel kajian. Seorang guru mengajar di sekolah berkenaan turut ditemubual sebagai pemerhati untuk mengukuhkan keterangan berkenaan sikap pelajar yang diperhatikan. Pelajar- pelajar kebanyakannya adalah berketurunan Iban, Melayu, Melanau dan Cina dan daripada latar belakang keluarga yang hampir sama.

Instrumen Kajian

Kajian mengukur sikap dikatakan agak sukar kerana ia merupakan sesuatu yang bersifat abstrak. Walaupun demikian, sikap boleh diukur melalui kaedah pengamatan, temuduga dan menilai diri sendiri seperti mengisi borang soal selidik. Skala sikap dapat diukur menggunakan skala ‘Likert’. Ia senang dibentuk dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai mengukur sifat-sifat afektif (Wee Hock Sen,1988).

Instrumen kajian adalah menggunakan soal selidik yang digubal sendiri oleh penyelidik kepada 63 orang pelajar, temubual bersama pelajar terpilih dan guru mengajar. Kajian rintis telah dijalankan kepada lima orang pelajar kesusasteraan Melayu Tingkatan Enam Rendah untuk memperbaiki reka bentuk kajian dan kejelasan soalan.

Maklumat berkenaan sikap pelajar dianalisis menggunakan perisian komputer dengan menumpukan kepada ‘Alpha Cronbach’. Dalam kajian ini, ujian bagi kebolehpercayaan item adalah 0.711. Beberapa pembetulan terhadap item telah dibuat memandangkan bentuk soalan yang mengelirukan. Temubual yang dijalankan bersama beberapa orang pelajar terpilih mengikut aras sikap yang dipastikan diulas secara deskriptif untuk mengenalpasti faktor dan langkah mempengaruhi sikap pelajar. Temubual bersama guru pula digunakan untuk memberi penjelasan lebih lanjut tentang sikap pelajar terhadap mata pelajaran KM di sekolah.

Page 11:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

Analisis Data

Soal selidik telah diedarkan kepada pelajar Tingkatan Enam Atas kelas Kesusasteraan Melayu. Ia diperlukan untuk mengesan sikap responden terhadap pembelajaran KM. Pilihan jawapan adalah berdasarkan Skala ‘Likert’ dan disingkatkan seperti berikut:

1- Sangat Tidak Setuju (STS)2- Kurang Setuju (KS)3- Sederhana (SD)4- Setuju (S) 5- Sangat Setuju (SS)

Jadual 3 : Konstruk Sikap Pelajar Terhadap Pembelajaran Kesusasteraan Melayu

Item(N-14)

STS KS SD S SS Min Sisihan Piawai

Membuat ulangkaji pelajaran KM di rumah. 0.0% 6.3% 50.8% 39.7% 3.2% 3.40 0.660Membuat nota menepati pelajaran sesuatu masa. 4.8% 11.1% 44.4% 33.3% 6.3% 3.25 0.915Membuat latihan mengikut masa yang ditetapkan. 1.6% 20.6% 42.9% 28.6% 6.3% 3.17 0.890

Menyediakan bahan berkaitan pembentangan. 1.6% 17.5% 50.8% 19.0% 11.1% 3.20 0.919Sentiasa cergas untuk memulakan kelas KM. 1.6% 9.5% 22.2% 25.4% 41.3% 3.95 1.084KM adalah mata pelajaran yang mudah. 4.8% 22.2% 46.0% 23.8% 3.2% 3.98 0.889Amat seronok mengikuti pelajaran KM. 0.0% 1.6% 47.6% 39.7% 11.1% 3.60 0.708Berasa selesa mempelajari KM. 0.0% 6.3% 19.0% 20.6% 54.0% 4.22 0.975Pembentangan KM membebankan. 0.0% 9.5% 12.7% 33.3% 44.4% 4.12 0.975Sering menjawab soalan guru KM tanpa diminta . 3.2% 17.5% 30.2% 31.7% 17.5% 3.42 1.073Menyedari kepentingan mempelajari KM. 0.0% 0.0% 1.6% 19.0% 79.4% 4.78 0.456Lebih aktif belajar KM 3.2% 1.6% 1.6% 4.8% 88.9% 4.75 0.841Memahami maksud sesuatu istilah dalam KM. 15.9% 20.6% 12.7% 11.1% 39.7% 3.38 1.560Memastikan gred yang baik untuk STPM . 1.6% 7.9% 17.5% 25.4% 47.6% 4.10 1.058Purata 2.7% 13.6% 28.7% 22.6% 32.4% 3.81 0.980

Scale Reliability = 0.711

2.90 – 3.52 = Negatif, 3.53 – 4.12 = Sederhana, 4.13 – 5 = Positif

Sumber : Berdasarkan pengiraan Lau 1

1 Nilai maksimum – nilai minimum iaitu 66 – 41 = 25. Ini dibahagi dengan 3 = 8.33 yang akan digunakan untuk menentukan sempadan kelas untuk tiga tahap sikap iaitu positif, sederhana dan negatif. Nilai sempadan sikap ialah 41.0 – 49.33 = Negatif, 49.34 – 57.67 = Sederhana, 57.68 – 66.0 = Positif. Min taburan skor diperolehi dengan membahagikan nilai sempadan dengan jumlah item. Jadi, min taburan skor 2.90 – 3.52 = Negatif, 3.53 – 4.12 = Sederhana, 4.13 – 5 = Positif.

Page 12:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

Analisis data menunjukkan sejumlah 39.7% pelajar setuju bawa mereka membuat ulangkaji pelajaran di rumah dan 44.4% pelajar sederhana setuju membuat nota pada sesuatu masa. Pelajar juga memilih jawapan sederhana untuk membuat latihan mengikut masa yang ditetapkan sejumlah 42.9%, menyediakan bahan pembentangan 50.8%, menganggap KM sebagai mata pelajaran yang mudah 46%, amat seronok mengikuti pelajaran KM 47.6% dan sering menjawab soalan guru tanpa diminta 30.2%. Pelajar yang memilih sangat setuju untuk sentiasa cergas untuk memulakan KM adalah sejumlah 41.3%, berasa selesa belajar 54%, menganggap pembentangan KM membebankan 44.4 %, menyedari kepentingan KM 79.4%, lebih aktif belajar KM 88.9%, memahami istilah-istilah KM 39.7% dan memastikan gred yang baik untuk KM 47.6%.

Sebaliknya tiada pelajar yang memilih sangat tidak setuju untuk item membuat ulangkaji di rumah, amat seronok mengikuti KM, berasa selesa belajar, menganggap pembentangan KM membebankan dan menyedari kepentingan KM. Sejumlah 4.8 % pelajar memilih sangat tidak setuju untuk membuat nota menepati pelajaran sesuatu masa, 1.6% masing-masing untuk membuat latihan mengikut masa yang ditetapkan, menyediakan bahan untuk pembentangan dan sentiasa cergas untuk memulakan kelas KM. Sejumlah 3.2% pelajar memilih sangat tidak setuju sering menjawab soalan guru tanpa diminta dan 3.2% sangat setuju KM mudah. Tiada pelajar yang memilih skala kurang setuju untuk item menyedari kepentingan KM sebaliknya 1.6% pelajar memilih sederhana setuju bahawa mereka lebih aktif belajar KM. Sejumlah 3.2% pelajar sangat setuju bagi item KM adalah mata pelajaran yang mudah.

Secara keseluruhannya, analisis sikap menggambarkan pelajar mempunyai sikap sederhana positif terhadap mata pelajaran KM iaitu dengan purata min 3.81. Pelajar bersikap positif bagi item berasa selesa mempelajari KM dengan min 4.22, menyedari kepentingan belajar dengan 4.78 dan lebih aktif belajar KM dengan 4.75. Sikap pelajar adalah negatif bagi item membuat ulangkaji KM, membuat nota menepati pelajaran sesuatu masa, membuat latihan dan menyediakan bahan berkaitan pembentangan.

Jadual 4 : Group Statistics

Jantina Pelajar N Mean Std. DeviationStd. Error

MeanJumlah sikap lelaki 31 51.0323 5.67735 1.01968

Perempuan 32 53.6250 6.33347 1.11961

Jadual 5: Independent Samples Test

Levene's Test for Equality of

Variancest-test for Equality of Means

F

Sig.

t

df

Sig. (2-tailed)

Mean Difference

Jumlah sikap

Equal variances assumed .261 .612 -1.709 61 .093 -2.59274

Equal variances -1.712 60.642 .092 -2.59274

Page 13:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

not assumed

Data turut dianalisa untuk melihat sama ada wujud perbezaan sikap di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang mengikuti pelajaran KM. Seramai 31 orang pelajar lelaki dan 32 orang pelajar perempuan responden yang mengikuti pelajaran KM. Jadual di atas menggambarkan tiada hubungan yang signifikan di antara sikap dengan jantina pelajar (P=0.093) kerana melebihi nilai 0.05. Ini dapat dilihat melalui min yang menunjukkan jumlah sikap yang hampir sama. Hal ini mungkin disebabkan pelajar mempunyai latar belakang keluarga dan tahap kemampuan pendidikan yang hampir sama.

Analisis Kualitatif

Hasil daripada temubual yang dijalankan terhadap pelajar yang terpilih menggambarkan kenyataan seperti berikut. Penerangan yang diperincikan adalah berdasarkan kepada jawapan yang diperolehi daripada soalan separa struktur yang dipersoalkan. Maklumat hasil daripada temubual dengan guru KM juga digunakan dalam penerangan ini.

Faktor-faktor mempengaruhi sikap

Kebanyakan pelajar berpendapat bahawa sikap mereka dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti yang dinyatakan dalam sorotan karya iaitu faktor guru, ibu bapa, rakan sebaya, persekitaran dan diri pelajar sendiri serta kandungan mata pelajaran itu sendiri.

1. Guru Mengajar

Semasa menemu bual seorang guru mengajar KM, beliau mengakui bahawa pelajar perlu diajar dengan menggunakan pelbagai kaedah. Namun begitu, beliau berpendapat hanya beberapa kaedah sahaja yang sesuai digunakan untuk tujuan ini seperti kaedah penerangan, penyoalan dan bercerita. Ini kerana terdapat di kalangan pelajar yang ditakrifkan sebagai tidak mampu untuk mengikuti pengajaran seperti inkuiri, perbincangan, perbahasan,dan pembentangan hasil kerja. Ini berlandaskan disiplin, pelajar berada pada tahap lemah atau lambat, tidak mempunyai masa yang mencukupi bagi menyudahkan sukatan pelajaran serta terdapat pelajar yang kurang memberikan kerjasama semasa diminta melakukan lakonan, perbahasan dan perbincangan. Sukatan pelajaran yang terlalu luas membebankan pelajar. Penerimaan pelajar juga tidak menyeluruh disebabkan bilangan pelajar yang terlalu ramai di dalam kelas seperti sebelumnya 59 orang di dalam sebuah kelas. Guru turut mengakui bahawa penggunaan alat bantu mengajar penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu agak sukar bagi guru untuk menyediakannya sendiri kerana bebanan masa mengajar yang banyak, tugasan selain mengajar seperti aktiviti kokurikulum dan kurikulum yang pelbagai dan berterusan.

Page 14:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

“Saya telah mengajar lebih 10 tahun mata pelajaran KM di sekolah ini, namun tidak pernah ditawarkan untuk meningkatkan pengetahuan melalui kursus walaupun sukatan pelajaran dan teks telah ditukar beberapa kali. Saya mungkin menggunakan kaedah yang tidak lagi praktikal.” (Guru A)Ini diperteguhkan lagi dengan pendapat beberapa orang pelajar di bawah.

“Guru tidak banyak memberi nota dan latihan kepada kami.”(Pelajar A)

“ Guru mengajar dengan cepat disebabkan sukatan sangat luas sehingga sukar untuk memahaminya.” (Pelajar B)

Guru perlu menghabiskan sukatan pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran untuk menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan. Malangnya, ini telah menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang menarik dan objektif pengajaran tidak tercapai. Lebih-lebih lagi jika guru KM memberi keutamaan dalam menyampaikan isi pelajaran semata-mata untuk tujuan peperiksaan berbanding bermatlamatkan pemahaman dan penghayatan pelajar terhadap mata pelajaran KM. Keadaan ini berlaku kerana pencapaian dalam peperiksaan menjadi ukuran dalam menilai prestasi atau keberkesanan pengajaran guru. Di samping itu sistem nilai dan norma masyarakat Malaysia yang memandang tinggi di atas kejayaan dalam peperiksaan. Keadaan ini telah mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran KM lebih tertumpu kepada syarahan atau kuliah dengan guru menerang dan memberikan nota manakala pelajar pula sibuk menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru.

2. Ibu bapa

Pelajar turut memberikan beberapa pandangan tentang peranan ibu bapa di dalam mempengaruhi sikap pelajar terhadap pelajaran. Kebanyakan pelajar memberi gambaran bahawa mereka berasal daripada keluarga yang susah dan latar belakang keluarga yang tidak berpendidikan. Ini dikukuhkan juga melalui pendapatan keluarga yang rendah (sila rujuk lampiran 4). Ada juga di antara ibu bapa yang mempunyai latar belakang pendidikan dan pendapatan yang tinggi sangat mengharapkan kecemerlangan anak-anak sehingga menjadi tekanan kepada pelajar. Ini mungkin disebabkan harapan yang terlalu tinggi diletakkan kepada anak-anak agar dapat mengikuti kursus terpilih dan menjawat jawatan yang tinggi melalui kecemerlangan akademik. Ia juga disebabkan kesukaran melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi disebabkan persaingan sistem meritokrasi. Antara pandangan pelajar tentang peranan ibu bapa dapat dilihat melalui kenyataan di bawah.

“Ibu bapa saya tidak berpendidikan dan berpendapatan rendah. Ini menyebabkan saya tidak mampu menyediakan buku yang diperlukan dan tidak bersedia atau bersemangat untuk belajar. Apatah lagi buku-buku teks perlu dibeli sendiri oleh pelajar”. (Pelajar A)

“Ibu bapa tidak peduli langsung tentang pencapaian saya dalam akademik”.(Pelajar B)

Page 15:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

“Ibu bapa terlalu mengharapkan yang terbaik daripada saya dan ini memberi tekanan kepada saya”. (Pelajar C)

Disebabkan tekanan keluarga tersebut menyebabkan pelajar bersikap pasif di dalam kelas dan kurang komited dengan pelajaran. Di antara mereka juga turut mengatakan bahawa mereka tidak berminat untuk belajar lagi selepas SPM tetapi dipaksa oleh ibu bapa menyebabkan mereka datang ke sekolah tanpa matlamat dan tidak berminat untuk belajar.

3. Rakan sebaya

Faktor lain yang turut mempengaruhi sikap adalah rakan sebaya. Bersesuaian dengan kajian-kajian yang dibuat tentang sikap pelajar di dalam tinjauan literatur, pelajar memberikan respon bahawa mereka sedar berkawan dengan lebih ramai pelajar yang tidak serius untuk belajar dan seringkali gagal setiap kali peperiksaan. Mereka juga lebih suka berbual kosong bila ada kelapangan dan malas untuk mengulangkaji pelajaran. Ini disebabkan pengaruh kuat daripada rakan sebaya berbanding nasihat ibu bapa dan teguran guru. Antaranya dapat dilihat melalui kenyataan di bawah.

“Saya perasan dikelilingi kawan-kawan yang lebih suka berborak kosong berbanding belajar bila ada kelapangan. Ini mendorong diri saya untuk membuang masa berbanding belajar”. (Pelajar A)

“Tiada rakan yang serius belajar membawa saya terpengaruh untuk bersama mereka. Saya tidak peduli gagal kerana hampir semua kami selalu gagal.” (Pelajar B)

“Saya sedar rakan sebaya mempengaruhi sikap belajar tetapi tidak kisah”.(Pelajar C)

4. Pelajar Sendiri

Berdasarkan kajian dan temubual yang dilakukan, sikap dan kemampuan pelajar sendiri turut bertanggungjawab ke atas tanggapan bahawa KM adalah mata pelajaran yang membosankan dan tidak menyeronokkan. Mereka memberikan pendapat bahawa mereka lemah dan seringkali gagal untuk setiap kali peperiksaan di peringkat SPM dan apabila masuk ke tingkatan Enam, ia semakin sukar. Namun di kalangan pelajar yang mempunyai keputusan yang agak baik pula berpandangan negatif terhadap mata pelajaran KM seperti menganggap tidak berminat dan menganggapnya tidak berkaitan dengan prospek kerjaya yang mereka impikan. Ada di kalangan pelajar aliran Sains di peringkat Tingkatan 5 yang berpendapat bahawa mereka dipaksa mengambil KM walaupun tidak berminat kerana keputusan mereka tidak membolehkan mereka memilih mata pelajaran yang mereka minati seperti Sains. Kenyataan di bawah membuktikan hal ini.

“Saya sukar mengingati sesuatu yang diajar”.(Pelajar A)

Page 16:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

“Mata pelajaran KM tidak menjamin masa depan dan nilai ekonomi yang baik.”( Pelajar B)

“Saya tidak berminat dengan KM tetapi terpaksa mengambilnya kerana tiada pilihan lain. Sebenarnya, saya ingin menjadi doktor namun keputusan SPM saya tidak banyak membantu. Bagi saya, sastera cuma hiburan sahaja.”(Pelajar C)

“Penggunaan teks yang terlalu banyak amat membebankan saya”. (Pelajar D)

Pelajar juga beranggapan bahawa mata pelajaran KM tidak sepenting mata pelajaran Sanis dan Matematik serta tidak memerlukan tumpuan semasa guru mengajar. Akibatnya sewaktu menerangkan sesuatu cerita, pelajar akan mengambil sikap sambil lewa dan kurang memberikan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam situasi begini, walaupun pengajaran itu menarik dan mudah difahami, pelajar tidak mengambil kisah dan tetap menganggap mata pelajaran KM membosankan dan tidak menyeronokkan.

Terbentuk di minda pelajar bahawa mata pelajaran KM tidak penting atau kurang penting untuk lulus peperiksaan dan bukan merupakan syarat utama untuk memohon pekerjaan atau melanjutkan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi. Malah ada yang beranggapan bahawa mata pelajaran KM tiada kaitan dengan cita-cita mereka.Guru yang ditemubual turut mengatakan bahawa pelajar yang mengambil jurusan KM adalah daripada pelajar yang berprestasi rendah di peringkat SPM dan menyumbang kesukaran dalam mengarang.

“ Beberapa pelajar yang pernah diajar di peringkat Tingkatan Lima dan masuk ke tingkatan enam adalah di kalangan pelajar yang tidak pernah lulus KM menggambarkan rendahnya gred untuk lulus sesuatu mata pelajaran. Ini menyukarkan pelajar untuk menerima pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.” (Guru A)

5. Kandungan Pelajaran KM

KM di peringkat STPM lebih kepada kajian terperinci tentang perkembangan KM tradisional hingga moden, tokoh-tokohnya dan mendalami genre-genre serta pemikiran pengarang yang ada di dalamnya. Dengan beranggapan bahawa KM menyampaikan mesejnya melalui wadah bahasa, pelajar diperlukan menggarap istilah-istilah KM untuk memahami sesuatu karya. Kegagalan para pelajar memahami konsep dan istilah yang kerap digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran KM seperti nilai estetik, unsur perlambangan, ciri-ciri dalaman, sudut pandangan dan sebagainya telah menyebabkan pelajar sukar untuk memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Pelajar juga memberikan pandangan sukar mencari buku rujukan yang diperlukan kerana sering tiada di pasaran. Ini jelas daripada pandangan pelajar yang diselitkan di bawah ini.

“Saya telah berusaha untuk mengenal istilah-istilah dalam KM yang tidak biasa saya dengar sebelumnya. Tetapi disebabkan terlalu banyak istilah, saya masih tidak mampu menguasainya.”(Pelajar A)

Page 17:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

“Bidang yang dipelajari dalam KM sangat luas. Tiada rujukan yang lengkap berkaitan dengan bahagian Sejarah Perkembangan dan Kritikan KM. Masa juga tidak mencukupi kerana banyak buku yang perlu dibaca.” (Pelajar B)

“Sangat sukar mendapatkan rujukan kerana sering dikatakan tiada stok di pasaran. Ini menyebabkan saya sentiasa tidak bersedia untuk sesuatu pelajaran KM kerana belum membaca teks.” (Pelajar C)

Langkah-langkah Meningkatkan Sikap

Walaupun pelajar mengakui mereka malas dan tidak berminat dengan mata pelajaran KM, namun mereka turut menggariskan beberapa langkah untuk memperbaiki sikap mereka. Hampir semua pelajar yang ditemubual bersetuju bahawa sikap mereka mungkin boleh diubah ke arah yang positif sekiranya guru, ibu bapa, rakan sebaya, pelajar sendiri dan lain lain yang berkaitan memperbaiki peranan masing-masing.

1. Guru

Guru dianggap sebagai satu komponen yang amat penting dalam institusi pendidikan. Pelajar memberikan beberapa pendapat tentang peranan guru untuk memperbaiki sikap mereka. Pelajar juga berpendapat bahawa guru sepatutnya menjadi role model dengan memberikan teladan yang baik dan dapat membawa pelajar mengikuti mereka. Guru sendiri sepatutnya di kalangan peminat sastera dan dapat menimbulkan minat pelajar terhadap mata pelajaran yang diajarnya. Ia juga perlu ditambah dengan kreativiti dan kepelbagaian dalam pengajaran.

“Guru perlu memberi lebih banyak latihan dan nota kepada pelajar”. (Pelajar A)

“Guru perlu bijak menarik minat dan sikap belajar pelajar. Saya perlu didedahkan tentang kelebihan mempelajari KM berbanding mata pelajaran lain.” (Pelajar B)

“Guru perlu pelbagaikan teknik dan mendekati punca kelemahan pelajar dalam KM.” (Pelajar C)

Guru yang ditemubual turut memberikan pandangan bahawa pelajar perlu diberi motivasi belajar seperti ganjaran jika perlu dan sentiasa memantau perkembangan prestasi mereka.

2. Ibu bapa

Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukkan sikap dan minat pelajar terhadap sesuatu pelajaran. Ini kerana mereka adalah golongan yang paling rapat dan tahu potensi anak-anak anak di peringkat awal. Pelajar yang ditemubual memberikan pandangan bahawa pentingnya ibu bapa mengambil berat pelajaran anak-anak dan dalam masa yang sama membimbing dan memberi bimbingan kepada mereka.

Page 18:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

“Ibu bapa seharusnya memantau perkembangan pelajaran bukannya mendesak untuk yang terbaik”. (Pelajar A)

“Ibu bapa perlulah bersedia daripada segi mental dan fizikal untu memenuhi keperluan pendidikan anak-anak”. (Pelajar B)

“Ibu bapa sepatutnya memberi semangat dan galakan kepada saya”. (Peserta C)

3. Rakan sebaya

Pelajar juga bersetuju bahawa rakan sebaya turut berperanan dalam membentuk sikap belajar mereka. Pemilihan rakan yang menjadi teman belajar dikatakan sepatutnya di kalangan mereka yang berfikiran positif dan serius dalam bidang pelajaran. Ini sekaligus dapat mempengaruhi minat dan tabiat serius belajar sesuatu mata pelajaran.

“Saya seharusnya bergaul dengan rakan-rakan yang berfikiran positif dan mahu belajar berbanding rakan-rakan yang malas atau suka berborak kosong. Saya sendiri perlu bijak memilih kawan”. (Pelajar A)

“Sesungguhnya rakan sebaya paling mudah mempengaruhi sikap seseorang. Saya bernasib baik mempunyai rakan yang baik dan suka mendorong saya untuk belajar bersungguh-sungguh.” (Pelajar B)

4. Pelajar Sendiri

Berdasarkan temubual, pelajar sendiri mengakui peranan mereka sendiri yang sangat penting untuk menentukan sikap yang dipilih. Pelajar yang mempunyai prestasi yang lebih baik dalam peperiksaan di kalangan pelajar yang ditemubual menyatakan bahawa pelajar seharusnya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar untuk masa depan mereka sendiri.Seorang pelajar yang mahu berjaya perlu berdisiplin dan tidak membiarkan perasaan malas menguasai diri. Mereka perlu bersedia dan bertanya jika menghadapi sebarang masalah. Antara langkah-langkah yang disyorkan oleh pelajar adalah seperti di bawah ini.

“Saya sepatutnya lebih rajin dan bersedia sebelum pembelajaran bermula. Ini demi masa depan saya sendiri”.(Pelajar A)

“Saya mesti membuang rasa malu dan bertanya kepada guru apabila ada masalah dalam pembelajaran .”( Pelajar B)

“Saya sepatutnya berfikiran positif dan berusaha dengan gigih.”(Pelajar C)

Guru turut berpendapat bahawa pelajar sepatutnya mempunyai sikap rajin dan positif dalam sesuatu pembelajaran. Pelajar perlu bersedia dan aktif dalam proses pembelajaran. Mereka juga perlu berusaha menyediakan teks dan bahan rujukan yang berkaitan agar

Page 19:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

pelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Di peringkat guru, mereka dikatakan perlu menganalpasti masalah pelajar dan cuba membantu bagi meningkatkan sikap sekaligus kecemerlangan pelajar.

5. Sukatan Pelajaran dan Lain-lain

Pelajar yang ditemubual turut memberikan beberapa pandangan tentang peranan pihak berwajib dalam memartabatkan dan membuang pandangan negatif masyarakat terhadap mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Sukatan pelajaran yang terlalu luas mungkin perlu dikaji semula dalam konteks memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada pelajar terutama pelajar yang lemah dan sukar mengikuti pelajaran. Sekiranya ini dapat dilakukan, mungkin pelajar lebih memahami dan dapat mengikuti pelajaran dengan mudah. Antara kenyataan pelajar adalah seperti di bawah.

Guru yang ditemubual berpendapat Kementerian Pendidikan perlu menganjurkan kursus-kursus yang perlu bagi mengemaskini input baru tentang KM dan kaedah pengajaran yang sesuai.

“Buku-buku rujukan berkaitan teks kajian perlu diperbanyakan di pasaran bagi memudahkan pelajar membuat persediaan sebelum pembelajaran.” (Pelajar A)

“Kerajaan harus mengkaji semula sukatan pelajaran KM agar masa yang diperlukan untuk mengkaji sesebuah karya itu mencukupi dan guru tidak perlu tergesa-gesa menghabiskan sukatan.” (Guru A)

“Kementerian Pendidikan melalui Pusat Kurikulum Guru juga perlu mengadakan kursus untuk meningkatkan pengetahuan dan tahap kecekapan guru dalam mengajar KM.”(Guru A)

Kesimpulan dan Cadangan

Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap penting di dalam pembentukkan minat dan kecemerlangan pelajar di dalam bidang pelajaran. Kajian menunjukkan sikap pelajar adalah sederhana positif berdasarkan data yang diperolehi. Sikap pelajar yang dikaji menunjukkan guru, ibu bapa, rakan sebaya, persekitaran, diri pelajar sendiri serta kandungan sukatan mata pelajaran itu sendiri mempengaruhi sikap pelajar. Berdasarkan analisis, jelas bahawa pelajar turut memberi pendapat yang menyokong pendapat beberapa pengkaji lain tentang faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pelajar. Analisis turut membuktikan tiada hubungan yang signifikan di antara jantina dengan sikap pelajar yang dikaji. Ini mungkin disebabkan oleh latar belakang pendidikan dan keluarga yang lebih kurang sama.

Page 20:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah guru memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Pada peringkat pelaksanaan iaitu di sekolah, guru-guru Kesusasteraan Melayu perlu kreatif dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran yang tinggi dalam bidang yang berkaitan dengan peranan sebagai guru KM. Temubual juga mendapati pelajar mengharapkan guru KM dapat menarik minat pelajar sekaligus membawa mereka lebih bersemangat untuk belajar. Guru juga diharapkan dapat memberi semangat atau motivasi belajar seperti menerangkan potensi KM untuk masa depan mereka dan bidang yang boleh mereka ceburi di luar nanti. Ibu bapa juga diharapkan dapat membimbing dan menggalakkan anak-anak daripada mendesak mereka.

Kajian ini telah memberikan pengalaman yang bermakna tentang pengendalian proses pengajaran dan pembelajaran KM sesungguhnya tidak semudah yang disangka. Guru perlu berfikir secara kreatif, inovatif, peka dengan kehendak dan keperluan pelajar serta perkembangan semasa. Guru juga perlu berusaha mencari idea untuk mempelbagaikan corak pengajaran agar dapat menarik minat pelajarnya terhadap pengajarannya agar tangapan pelajar bahawa mata pelajaran KM sebagai mata pelajaran yang tidak menarik dapat dikikis.

Cadangan dalam kajian ini diharap menjadi sebahagian daripada alternatif yang difikirkan berupaya menyumbang ke arah sikap positif dan peningkatan prestasi KM. Diharapkan kajian ini boleh dikembang dan dilanjutkan bagi mengenalpasti penyebab sikap pelajar yang kebanyakannya negatif dan sederhana positif terhadap KM.

Page 21:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

BIBLIOGRAFI

Adnan Kamis, (1985/86).Pertalian antara Sikap Pelajar terhadap Mata pelajaran dan Kaitannya Dengan Pencapaian Akademik. Jurnal Pendidikan 10 & 11, 17-13.

Allport, G.W., (1954). The Historical Background of Modern Social Psychology. In Lindzey, G. & Aronson, E.,(eds.), Handbook of Social Psychology. Cambridge, Mass. Addison-Wesley.

D’onofrio. M.J and Salma, M.E (1984). An Investigation of The Relationship Between Computer Literacy and the Home and School Environments of Student in Bussiness Education. Delta Phi Epsilon Journal.26,123-143.

Hendley, D, Parkinson, J, Stables,A and Tanner,H. (1995). Gender Differences in Pupil Attitudes in the National Curriculum Foundation Subjects of English, Mathematics, Sciences and Technology inKy Stage 3 in South Wales, Educational Studies, 21(1), 85-97.

Kellanghan, T (1977). Relationship Between Home Environment and Scholastic Behaviour in a Disadvantaged Population. Journal of Educational Pschology,

69, 754-760.

Koh Boh Boon (1995).Sikap Ibu Bapa/ Guru dalam Pencapaian Rendah Murid-murid, Sekat budaya, Jurnal Masalah Pendidikan Jilid 5-6.

Lau Hieng Soon (2005), Persepsi Impak Awal Program Pensiangan- Salinatan: Implikasi Kecekapan Tukaran Ekonomi, Jurnal MAPERA, Jilid 16, hlm 30.

Meeus, W (1993). Occupational Identity Development, School Performance and Social Support Adolescence : Finding of a dutch Study.Adolescence, 28 (112), 809-819.

Salbiah Ismail, (1989).Kajian Mengenai Kesan pencapaian Terhadap Sikap-sikap Terhadap Sesuatu Mata pelajaran, Sekolah dan Diri Sendiri.Tesis M.Ed,UKM,Bangi.

Shafie Hj. Lugom (2004). Gaya Sikap dan Motivasi Murid-murid Bumiputera Sekolah Menengah Daerah Saribas Mempelajari Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua , Jurnal Penyelidikan, Jilid 6, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, KL.

Sharifah, A.A. (1983). Ilmu pendidikan (Pedagogi), Heinamenn Asia, Kuala Lumpur.

Sharifah, A.A.(1985). Pengaruh-pengaruh Sosial Terhadap Pencapaian Persekolahan, Petaling Jaya, Edisi 4.

Page 22:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

Tengku Asmadi B. Tengku Mohamad, Motivasi Diri : Sikap Penentu Kejayaan, Laman MAP, http://drasmadi :net/portal/ modules/ sections/index.php

Thurstone, L.L, and Chave, E.J (1975).The Measurement of Attitude. Chicago, University of Chicago.

Wan Mohd.Zahid Mohd. Nordin (1994). Pengurusan Kualiti Menyeluruh, Berita Wawasan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (IAB), Jilid 1 Bil.2.

Wee Hock Sen (1998). Pengaruh Sosio-Demografi Terhadap Sikap Pemilihan Mata Pelajaran Ekonomi, Universiti Utara Malaysia.

Page 23:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

LAMPIRAN 1

BORANG SOAL SELIDIK

Bahagian A: Personel

Arahan: Sila bulatkan nombor yang berkenaan. Diharap pelajar dapat mmberikan jawapan yang sejujurnya.

* KM-Kesusasteraan Melayu

1. Jantina : Lelaki Perempuan

2. Bangsa : Melayu Melanau Iban Cina Lain-lain

3. Kelas : 6AA1 6AA4

4. Gred KM SPM : A1 A2 B3 B4 C4 C5 C6 D7 D8 F9 Tidak Berkaitan

5. Asal usul :Bandar Luar Bandar

6. Pendapatan Keluarga sebulan :0-500 501-1000 1001- 1500 1501ke atas

7. Pilihan mata pelajaran: Pilihan Sendiri Terpaksa

8. Memiliki Buku KM: Ada Tiada Bahagian B: Sikap pelajar

Sila bulatkan nombor bagi menunjukkan pilihan anda berdasarkan skala berikut.

1. Sangat Tidak Setuju (STS)2. Kurang Setuju (KS)3. Sederhana (SD)4. Setuju (S)5. Sangat Setuju (SS)6.

Bil Soalan1 Saya membuat ulangkaji pelajaran KM di rumah 1 2 3 4 52 Saya membuat nota yang berkaitan menepati pelajaran pada sesuatu masa. 1 2 3 4 53 Saya membuat latihan yang diberikan oleh guru mengikut masa yang ditetapkan. 1 2 3 4 54 Saya sering menyediakan bahan berkaitan yang akan dibentangkan oleh kumpulan 1 2 3 4 5

Page 24:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

saya.5 Saya sentiasa cergas untuk memulakan kelas KM. 1 2 3 4 56 KM adalah mata pelajaran yang mudah. 1 2 3 4 57 Saya amat seronok mengikuti pelajaran KM. 1 2 3 4 58 Saya berasa selesa mempelajari KM. 1 2 3 4 59 Pembentangan KM membebankan saya. 1 2 3 4 510 Saya sering menjawab soalan guru tanpa diminta semasa sesi pengajaran KM. 1 2 3 4 511 Saya menyedari kepentingan mempelajari KM. 1 2 3 4 512 Saya lebih aktif ketika belajar KM berbanding mata pelajaran lain di sekolah. 1 2 3 4 513 Saya memahami maksud sesuatu istilah dalam KM. 1 2 3 4 514 Saya belajar KM bagi memastikan gred yang baik untuk STPM . 1 2 3 4 5

Page 25:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

LAMPIRAN 2

TEMUBUAL

Pelajar__________________

BAHAGIAN A

1. Nama :________________________________

2. Jantina :________________________________

3. Keturunan :________________________________

4. Umur :________________________________

5. Tempat Kediaman:______________________________________________ _______________________________________________

6. Asrama/ Harian :________________________________________________

7. Kelulusan Akademik

SPM :_________________________________________________________

KM & BM (SPM) :_______________________________________________

8. Minat/ Hobi:______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

BAHAGIAN B

1. Adakah anda faham maksud sikap ?

Ya Tidak

2. Apakah sikap pelajar terhadap sesuatu pelajaran?a)_______________________________________________________________b)_______________________________________________________________c)_______________________________________________________________d)_______________________________________________________________e)_______________________________________________________________

Page 26:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

3. Apakah sikap anda terhadap pelajaran Kesusasteraan Melayu?a)_______________________________________________________________b)_______________________________________________________________c)_______________________________________________________________d)_______________________________________________________________e)_______________________________________________________________f)_______________________________________________________________

5. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi sikap anda terhadap pelajaran Kesusasteraan Melayu?

Faktor Masalaha) Guru

b) Pelajar

c) keluarga

d) Lain-lain- sekolah/ pentadbiran- rakan2- persekitaran (cuaca, suhu)-asrama

a)________________________________________________________________________________________________________________________________________

b)________________________________________________________________________________________________________________________________________

c)________________________________________________________________________________________________________________________________________

6. Apakah langkah-langkah untuk mengatasi sikap pelajar yang bermasalah terhadap pelajaran?

Pihak Langkah-langkaha) Gurub) Pelajar

c) keluargad) Lain-lain- sekolah/ pentadbiran- rakan2- persekitaran (cuaca, suhu)-asrama

Page 27:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

LAMPIRAN 3

TEMUBUAL

Guru Kesusasteraan Melayu

BAHAGIAN A

1. Nama :________________________________

2. Jantina :________________________________

3. Keturunan :________________________________

4. Umur :________________________________

5. Kelulusan Akademik

SRP/LCE :____________________________________________________

SPM/MCE :____________________________________________________

STPM /HSC :____________________________________________________

Maktab Perguruan:_________________________________________________

Ijazah :_____________________________________________________

KPLI :_____________________________________________________

6. Major/ Minor:____________________________________________________

7. Tahun Pengalaman Mengajar: ___________________

8. Pengalaman mengajar :

a)_______________________________________________________________b)_______________________________________________________________c)_______________________________________________________________

9. Bilangan Kelas Diajar :__________________________________________

10. Mata Pelajaran Diajar :__________________________________________

Page 28:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

BAHAGIAN B

1. Adakah anda faham maksud sikap ?

Ya Tidak

2. Apakah sikap pelajar terhadap sesuatu pelajaran?a)_______________________________________________________________b)_______________________________________________________________c)_______________________________________________________________d)_______________________________________________________________e)_______________________________________________________________

3. Adakah anda mempunyai masalah dalam pengajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan 6?

Masalah Tidak

a)_______________________________________________________________b)_______________________________________________________________c)_______________________________________________________________d)_______________________________________________________________e)_______________________________________________________________f)_______________________________________________________________

4. Bagaimana dengan tahun sebelumnya?a)_______________________________________________________________b)_______________________________________________________________c)_______________________________________________________________d)_______________________________________________________________e)_______________________________________________________________

4. Apakah sikap anda terhadap pelajaran Kesusasteraan Melayu?__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

5. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi sikap anda terhadap pelajaran Kesusasteraan Melayu?

Faktor Masalaha) Guru

b) Pelajar

Page 29:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

c) keluarga

d) Lain-lain- sekolah/ pentadbiran- rakan2- persekitaran

a)_______________________________________________________________________________________________________________________________b)_______________________________________________________________________________________________________________________________c)_______________________________________________________________________________________________________________________________

6. Apakah langkah-langkah untuk mengatasi sikap pelajar yang bermasalah terhadap pelajaran?

Pihak Langkah-langkaha) Guru

b) Pelajar

c) keluarga

d) Lain-lain- sekolah/ pentadbiran- rakan2- persekitaran

Page 30:  · Web viewBINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN SIKAP PELAJAR

LAMPIRAN 4

Pendapatan Keluarga

Frequency Percent0 - 500 42 66.7501 - 1000 13 20.61001 - 1500 4 6.31501 ke atas 4 6.3Total 63 100.0

Sumber : Borang Soal Selidik