kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

28
1 SEMESTER 2 SESI 2013/2014 KOD & NAMA KURSUS KRL 3033 & KAEDAH PENYELIDIKA N DALAM PENDIDIKA N SEKOLAH RENDAH  TAJUK TUGASAN KUMPULAN : UPSI290 (A132PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON ROHAYA BT MUKHTAR D20102046204 017-9776112 NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. CHE NIDZAM BT CHE’ AHMAD  TARIKH SERAH : 23 APRI 2014 TUGASAN INDIVIDU 1 PENULISAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN

Upload: r-rohaya-mukhtar

Post on 02-Jun-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 1/28

1

SEMESTER 2 SESI 2013/2014

KOD & NAMA KURSUS

KRL 3033 & KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH 

TAJUK TUGASAN

KUMPULAN : UPSI290 (A132PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

ROHAYA BT MUKHTAR D20102046204 017-9776112

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. CHE NIDZAM BT CHE’ AHMAD 

TARIKH SERAH : 23 APRI 2014

TUGASAN INDIVIDU 1

PENULISAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN

Page 2: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 2/28

2

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pendahuluan

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

 pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara.

Sains merupakan satu bidang keilmuan hasil daripada kajian empirik untuk menerangkan

kejadian alam. Sebagai satu daripada disiplin ilmu yang dinamik, ilmu sains sentiasa bercambah

dan berkembang dengan pesat sekali. Aplikasi konsep dan prinsip sains dalam pelbagai aktiviti

kehidupan seperti teknologi pengangkutan, komunikasi, penjanaan tenaga, pengembaraan dan

 penerokaan angkasa lepas telah banyak menyumbang ke arah kemajuan dan kesejahteraan hidup

manusia khususnya dalam zaman sains dan teknologi ini.

Mata Pelajaran Sains merupakan mata pelajaran teras yang diajar dalam Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah. Mata Pelajaran ini digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang

reka cipta dan teknologi serta menanam asas langkah-langkah proses Sains. Paksi utama

Page 3: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 3/28

3

 penggubalan kurikulum Sains adalah untuk membentuk generasi pelajar yang mahir dalam

membuat penyiasatan berdasarkan pengumpulan data-data emprikal yang mempunyai tahap

kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Pelajar-pelajar perlu dibentuk agar sentiasa berminat

untuk menyiasat sesuatu fenomena dengan berkebolehan untuk mengawal prasangka (biasness)

serta berkeupayaan untuk berfikir secara kritis dan kreatif ( PPK, 2005). Secara umumnya,

 pendidikan Sains memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari dan memahami

unsur-unsur Sains bagi melahirkan warganegara Malaysia yang celik sains dan inovatif.

 Namun demikian, perubahan ini turut melanda kurikulum sains di Malaysia . Kurikulum sains

moden yang diperkenalkan pada tahun 1969 adalah ubahsuaian Scottish Integreted Science.

Perubahan kurikulum ini melibatkan perubahan pendekatan dalam pengajaran sains sebagai satu

 proses. Masalah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bukan hanya dihadapi oleh pelajar-

 pelajar di Malaysia tetapi merupakan masalah sejagat. Perbincangan International Congres on

Mathematics Education (ICME) telah mewujudkan kumpulan PME (International Group on

Psychology of Mathematic Education). Perbincangan lanjut juga telah dibuat oleh Krantz (1993).

Tall (1991), Nesher & Kilpatrick (1990), Sharma (1989,1990) , Datta & Scarfpin (1983).

Penelitian dan pencarian factor mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya

menentukan kejayaan di dalam subjek ini seringa diperbincangkan.Subjek sains merupakan

 pelajaran teras di sekolah menengah di Malaysia. Justeru itu matapelajaran ini merupakan satu

matapelajaran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh semua pelajar. Salah tanggapan

 pelajar yang mengganggapkan sains sebagai satu matapelajaran yang susah dan sukar untuk

memahaminya. Ini kerana bidng sains merangkumi lima bidang utama iaitu menyiasat alam

hidupan, menyiasat alam fizikal, menyiasat alam bahan, bumi dan alam semesta serta dunia

Page 4: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 4/28

4

teknologi. Topik ini dianggap susah dan sukar difahami kerana kajiannya lebih mendalam dan

lebih daripada pemerhatian kita.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru dan bergantung penuh

kepada buku teks antara factor yang dikenalpasti menyebabkan pelajar cepat bosan dan hilang

minat dalam pelajaran sains. Walaupun pelbagai kaedah telah didedahkan namun terdapat

sebilangan besar guru yang masih menggunakan kaedah tradisional yang biasa seperti

 pendekatan latih tubi tanpa memberi penerangan konsep yang mencukupi melahirkan pelajar

yang tidak boleh berfikir secara kritis dan kreatif. (Mohamad Khatim, 2001)Pengajaran dan

 pembelajaran sains yang banyak melibatkan kemahiran proses sains dan manipulatif memerlukan

daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Pembelajaran memerlukan kefahaman konsep yang

lebih tinggi. Guru sepatutnya lebih memahami masalah ini.

Pendidikan sains dalam KSSM dirancang dengan hasrat untuk melahirkan rakyat

Malaysia yang seimbang perkembangannya dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani. Selain

itu pemahaman tentang aplikasi sains melalui teknologi dalam kehidupan harian turut diberikan

dalam semua kurikulum sains. Dalam abad ke -21 ini, perubahan dunia dalam semu bidang

memberi makna bahawa kita harus memperkenalkan isi kandungan baru dan kaedah pengajaran

yang baru. Tanpa sebarang matlamat, kita mungkin tidak pasti hala tuju kita dan mengapa kita

melakukkannya. Dengan itu secara tidak langsung guru harus menyediakan keseronokan

mengajar dan belajar. (Shukor,2001)

Page 5: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 5/28

5

Daripada kajian menunjukan kaedah guru banyak memberi kesan dalam pemahaman

konsep dan keseronokan untuk belajar. Oleh itu untuk mencapai matlamat wawasan 2020 guru

mestilah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.Guru perlulah meningkatkan

ilmu pengatahuan sejajar dengan perkembangan semasa. Ini penting agar guru lebih yakin dalam

 pengajaran dan ilmu yang disampaikan adalah yang terkini dan mengikut peredaran zaman.

Calhoon (1963) menyatakan pekerja yang tidak mempunyai kemahiran tidak dapat menjalankan

tugas- tugas rutinnya dengan baik, Oleh yang demikian guru terpaksa menambahkan ilmunya

sepanjang masa (Omardin Ashaari 1999).

1.2 Latar Belakang Kajian.

Pendidikan sains di Malaysia yang dilaksanakan mempunyai matlamat membina

masyarakat saintifik yang progresif. Sesuai dengan sifat sains sebagai satu proses, penekanan

kepada kaedah pengajaran sains adalah sangat penting. Matapelajaran sains merangkumi Sains

Teras, Kimia, Fizik, Biologi dan Sains Tambahan yang perlu diajar dengan pendekatan yang

sesuai samaada dalam bilik darjah mahupun dalam makmal. Mengajar sains adalah seperti

mengajar mengenai sesuatu yag wujud disekeliling kita. Manusia mempunyai perasaan ingin

tahu lebih –  lebih lagi terhadap apa sahaja yang ada di sekeliling mereka. Perasaan inilah yang

menjadikan manusia suka mengkaji dan menggunakan pengetahuan tersebut untuk

kesejahteraan hidup. Perasaan inkuiri ini telah membawa kepada penemuan demi penemuan.

Page 6: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 6/28

6

Meneroka fenomena sekeliling kita adalah penerokaan sains. Bertolak daripada perasaan

inilah, sains berkembang pesat. Ini jugalah strategi yang perlu diamalkan dalam pendidikan

sains. Strategi inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran sains boleh dilakukan

secara amali. Pendekatan yang diberi focus pada masa kini ialah pendekatan berpusatkan pelajar.

Hasil kajian menunjukan pendekatan yang berpusatkan pelajar lebih efektif berbanding

 pendekatan tradisional yang berpusatkan guru.

Kajian yang dijalankan ini merupakan satu kajian kes yang dijalankan untuk mengkaji

keberkesanan pembelajaran kaedah inkuiri penemuan dalam meningkatkan kemahiran topik

udara dalam subjek sains di kalangan Pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah . Seramai 25

orang pelajar dari Tingkatan Satu telah dipilih sebagai responden kajian kes ini. Data kajian

diperolehi dari instrument kajian secara kuantitatif iaitu melalui pra ujian dan pasca ujian dan

data kualitatif pula didapati dari pemerhatian, soal selidik dan temubual. Pengkaji telah

merancang dan melaksanakan sesi pengajaran sains berasaskan Kaedah Inkuiri Penemuan untuk

meningkatkan kemahiran eksperimen pelajar. Data yang diperolehi dianalisis secara kualitati dan

kuantitatif. Dapatan data telah membuktikan kejayaan program intervensi ini iaitu kejayaan

kaedah inkuiri penemuan dalam meningkatkan kemahiran konsep udara dalam matapelajaran

Sains dikalangan Pelajar Tingkatan 1 di sekolah tersebut.

1.2 Pernyataan Masalah 

Page 7: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 7/28

7

Pembelajaran Sains merupakan pembelajaran melalui pengemblengan teori dan

 pengalaman. Pelajar melakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti untuk menguasai kemahiran

 praktis yang boleh digunakan dalam kehidupan hariannya. Penguasaan kemahiran praktis ini

meliputi kemahiran membuat lakaran bentuk-bentuk asas, mereka bentuk dan penghasilan

 projek, mengenalpasti dan membezakan litar elektrik, dan mengenalpasti peralatan asas sains

dengan kesejahteraan tamadun manusia. Guru tidak seharusnya menyampaikan pengetahuan

secara tersendiri atau terasing daripada aktiviti murid (PPK, 2005).

Pelbagai kaedah seperti tunjuk cara, bercerita, kajian, simulasi, sumbang saran, main peranan,

 permainan, temu bual, tinjauan dan lawatan boleh digunakan mengikut kesesuaian keadaan.

Guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang terbuka supaya kaedah ini dapat

digunakan dengan berkesan untuk menggalakkan pembelajaran yang lebih mencabar.

Justeru itu kajian ini memilih pendekatan inkuiri penemuan bagi meningkatkan penguasaan

kemahiran konsep Udara kalangan pelajar tingkatan satu Inkuiri Penemuan

Istilah ini menjurus kepada satu keadah pembelajaran yang mementingkan kerjasama antara

 pelajar dan dianggap penting kepada asas proses sains (PPK, 2005). Ia merupakan satu kaedah

 penyiasatan yang berdasarkan kepada usaha saintifik yang membentuk para pelajar untuk

memenuhi naluri ingin tahu dengan membuat penemuan berasaskan proses sains.

Matlamat pendidikan sains di menengah rendah dicapai dengan memberi peluang kepada pelajar

 belajar melalui pengalaman untuk :-

•  Memperkembangkan kemahiran berfikir bagi meningkatkan daya intelek;

•  Memperkembangkan kemahiran saintifik secara inkuiri;

Page 8: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 8/28

8

•  Meningkatkan minat semula jadi terhadap alam sekeliling;

•  Memperoleh pengetahuan dan kefahaman tentang fakta dan konsep sains bagi membantu

mereka memahami diri sendiri dan alam sekeliling;

•  Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan bertanggungjawab;

•  Menangani sumbangan dan inovasi terkini dalam sains dan teknologi;

•  Mengamalkan nilai murni dan sikap saintifik dalam kehidupan harian;

•  Menghargai sumbangan sains dan teknologi bagi kesejahteraan hidup; dan

•  Menghargai susunan dan ketertiban dalam alam.

•  Berfikir merupakan satu peroses mental yang memerlukan interaksi antara pengetahuan,

kemahiran dan sikap bagi membolehkan individu memahami dan mencorakkan alam

sekelilingnya.

•  Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif.

•  Seseorang yang berfikir secara kritis sentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik

sebelum menerimanya.

•  Seseorang yang berfikir secara kreatif pula mempunyai daya imaginasi tinggi dan

menggunakan pelbagai pendekatan untuk menyelesaikan masalah serta berupaya mengemukakan

idea yang asli.

•  Kemahiran proses sains merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran

secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan

sikap dan pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir secara berkesan.

Kurikulum sains ini memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran saintifik yang diperlukan

untuk mengkaji dan memahami alam. Dalam Kurikulum ini, kemahiran saintifik yang

dimaksudkan terdiri daipada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran

Page 9: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 9/28

9

 proses sains membolehkan pelajar mempersoal sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem.

Kemahiran proses ini terdiri daripada kemahiran yang mudah kepada yang kompleks.

Kaedah inkuiri penemuan dapat mengembangkan kemahiran berfikir dan naluri ingin tahu di

kalangan pelajar. Dalam menjalankan proses inkuiri penemuan, pelajar akan lebih peka kepada

keadaan masyarakat dan persekitarannya.

Kaedah inkuiri penemuan adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusat

kepada pelajar. Pelajar memainkan peranan penting dalam merancang dan menjalanakan aktiviti

 pembelajarannya. Mereka melibatkan diri secara aktif dalam mencari dan mengumpulkan

maklumat melalui berbagai-bagai aktiviti seperti memerhati, mendengar, menyoal, berbincang,

membuat rujukan, membuat ulang kaji dan membuat kaji selidik. Aktiviti ini boleh dijalankan

secara bersendirian atau kumpulan. Mengikut kaedah ini, guru bertindak sebagai pembimbing

dan penggalak untuk merangsang pelajar menjadi lebih yakin dan berminat dalam menjalankan

aktiviti pembelajarannya.

Pada amnya, kaedah inkuiri penemuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ada lima

 peringkat. Pada setiap peringkat, murid terlibat secara aktif dalam :

a. mengenal pasti perkara yang hendak dikaji melalui soal jawab dan perbincangan;

 b. menentukan cara untuk mengatasi masalah yang dikenal pasti dengan bersoal jawab dan

 berbincang;

c. mengumpul maklumat melalui berbagai cara seperti bersoal jawab, mencerap, membuat

uji kaji dan kaji siasat mengenai masalah yang hendak diselesaikan;

d. mengkaji maklumat yang telah dikumpulkan dengan cara mengelas, membanding dan

menganalisis untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi; dan

Page 10: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 10/28

10

e. membuat rumusan dalam bentuk generalisasi berdasarkan maklumat yang telah dikumpul

dan dianalisis.

Oleh sebab inkuiri penemuan ini kaedah yang berpusatkan pelajar, guru perlu membimbing dan

menggalakkan pelajar dalam mengenal pasti masalah yang dihadapi. Dalam menjalankan aktiviti

untuk mendapatkan rumusan, guru tidak memberi jawapan sebelum pelajar terlibat dalam proses

inkuiri penemuan. Guru hendaklah sentiasa merangsang pelajar ke arah menemui jawapan yang

dicari. Guru perlu sabar dan memri masa yang cukup kepada pelajar bagi menjalankan aktiviti

 pembelajaran berkaitan.

Kaedah inkuiri penemuan ini adalah berasaskan kepada teori pembelajaran konstruktivisme yang

diasaskan oleh Piaget (1920-) Konstruktivisme bukan merupakan satu teori yang baru dalam

 bidang pendidikan. Pengaruh konstruktivisme dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini

semakin kuat. Teori ini bertitik tolak daripada pandangan behaviorisme yang mengkaji

 perubahan tingkahlaku sehingga kepada kognitivism yang mengkaji tentang cara manusia belajar

dan memperoleh pengetahuan yang menekankan perwakilan mental.

Bruner (1960), telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses di mana pelajar

membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka. Pelajar memilih

dan mengintepretasikan maklumat, membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan

 pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberikan makna dan

 pembentukan pengalaman dan membolehkan individu “melangkau melebihi maklumat yang

diberikan” (Beyond the information given). Hasil daripada pendekatan ini, beliau telah

memperkenalkan pembelajaran penemuan (Discovery Learning).

Page 11: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 11/28

11

Briner (1999) berpendapat murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan

 pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada

situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual

yang sedia wujud.

Aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif sangat terhad (Nik Azis 1992). Menurut laporan

Jemaah Nazir Sekolah (1996) masih terdapat kira-kira 25 % daripada guru-guru sekolah

menengah yang masih kurang pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam pelajaran yang

disampaikan mengikut kehendak dan keperluan KSSM. Termasuk juga di kalangan guru-guru

yang pernah mengikuti kursus orientasi KSSM.

Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah menyebabkan aktiviti

 pengajaran dan pembelajaran sains menjadi tidak bermakna (Ibrahim 1994). Murid-murid lebih

 banyak menghafal rumus, 'petua' dan 'hukum-hukum' yang dicipta oleh guru tanpa mengetahui

konsep sebenar (Tengku Zawawi 1999; Omar 1994; Amin 1993). Keadaan ini tentunya akan

melahirkan pelajar yang hanya pandai mengingat tetapi jahil tentang sains dan tidak mampu

menyelesaikan masalah harian yang melibatkan sesuatu konsep atau kemahiran berkaitan sains

(Tengku Zawawi 1997). Oleh itu satu kaedah pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar

( inkuiri ) perlu diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran .

Page 12: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 12/28

12

Setelah KBSM berusia lebih dari 10 tahun, didapati amalan guru dalam melaksanakan kurikulum

tersebut , pada keseluruhannya adalah masih berpusatkan kepada guru dan terikat dengan kaedah

tradisional (JNS 1996; Abdul Razak & rakan-rakan 1996; Saw Kian Swa 1996; Agness Voo

1996; Fatimah 1996 dan Amir 1996). Dari sudut kaedah pengajaran, amalan guru masih sama

dengan dasar kurikulum lama (KLSM) yang menekankan kaedah hafalan. Aspek lain seperti

 pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya dan sehingga

kini masih ramai guru menggunakan kaedah tradisional iaitu “Chalk and Talk”. Kaedah ini

dikatakan lebih senang dan tidak perlu menyediakan bahan bantu mengajar. Guru juga lebih

menekankan pembelajaran yang boleh meningkatkan prestasi sekolah daripada menumpukan

kepada pembelajaran sepnjang hayat. Oleh itu kaedah “Chalk and Talk” digunakan kerana ia

lebih menjimat masa dan peralatan tidak diperlukan.

Salah satu lagi alasan yang menyebabkan murid kurang berminat subjek sains adalah kerana

tanggapan yang negatif terhadap subjek itu sendiri. Pelajar menyatakan bahawa subjek sains

adalah satu subjek yang sangat susah. Tanggapan ini dibuat adalah berdasarkan kegagalan

generasi terdahulu. Kini dengan adanya kaedah inkuiri, salah tanggapan itu dapat diperbetulkan.

Tanggapan ini tidak boleh diterima lagi memandangkan subjek sains adalah berpusatkan pelajar

dan seperti yang diketahui banyak kajian yang menyatakn pembelajaran yang berpusatkan

 pelajar boleh menghasilkan pemahaman yang lebih baik dan pencapaian yang memuaskan. Oleh

kerana pendekatan lama kurang memberi kesan maka guru perlu menggunakan pelbagai kaedah

yang boleh menarik minat pelajar.

Page 13: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 13/28

13

Dalam beberapa kajian, menunjukan bahawa matlamat kumpulan dan individu memberi impak

yang positif terhadap pencapaian mereka. Kaedah pembelajaran inkuiri yang melibat secara

langsung individu dalam aktiviti atau eksperimen sains akan mempertingkatkan keyakinan diri,

menggalakan integrasi kumpulan dan membina perasaan positif diri dalam pembelajaran.

Berdasarkan tinjauan yang dibuat di sekolah-sekolah menunjukan para pelajar tidak didedahkan

dengan kaedah pembelajaran inkuri yang sebenar, kajian untuk menilai kesan pembelajaran

inkuiri di sekolah amat sesuai dilaksanakan untuk melihat perubahan pencapaian pelajar di

sekolah selepas perlaksanaan pendekatan pembelajaran inkuiri.

1.3 Kerangka Konseptual 

INPUT

PELAJAR TINGKATAN

SATU

PROSES

KAEDAH

INKUIRI PENEMUAN

OUTPUT

PENGUASAAN KONSEP

UDARA

Page 14: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 14/28

14

Rajah 1.4.1 : Teori Input-Proses-Output : diadaptasi dari pada Bartol & Martin (1994)

Tujuan Kajian

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengukur keberkesanan kaedah inkuiri-penemuan dalam

mempertingkatkan penguasaan pelajar tingkatan satu dalam kemahiran proses Sains topik Udara.

Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan minat dan motivasi pelajar dalam mata

 pelajaran sains.

1.4 Objektif Kajian 

Objektif-objektif kajian ini adalah untuk:

a.  mengukur tahap keberkesanan pembelajaran inkuiri penemuan dalam

mempertingkatkan penguasaan kemahiran proses sains topik Udara.

 b.  meningkatkan minat dan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran Sains.

c.  mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penggunaan pembelajaran inkuiri penemuan

yang dilaksanakan;

Page 15: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 15/28

15

1.5 Soalan Kajian

a.  Sejauh manakah tahap keberkesanan pembelajaran inkuiri penemuan dalam

mempertingkatkan penguasaan kemahiran proses Sains topik udara di kalangan

 pelajar tingkatan satu?

 b.  Sejauh manakah pembelajaran inkuiri penemuan dapat meningkatkan minat pelajar

terhadap mata pelajaran Sains?

c.  Apakah persepsi pelajar tentang program intervensi yang telah dijalankan?

1.6 Hipotesis Kajian

Pembelajaran inkuiri penemuan tidak memberi kesan positif terhadap penguasaan

kemahiran proses sains di kalangan pelajar tingkatan Satu.

Kepentingan Kajian

a.  Hasil kajian ini dapat membantu pelajar dalam mempertingkatkan kefahaman

mereka terhadap konsep udara serta meningkatkan minat mereka dalam mata

 pelajaran Sains.

Page 16: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 16/28

16

 b.  Kajian ini juga dapat memberi input yang bermanfaat kepada rakan-rakan

guru untuk mempertingkatkan amalan mereka dalam bilik darjah. Rakan guru

yang mempunyai masalah yang serupa boleh mengambil idea kajian ini untuk

membantu mereka mempertingkatkan amalan di dalam bilik darjah.

c.  Kajian ini juga boleh dikongsi bersama oleh guru-guru di dalam daerah

melalui penyebaran maklumat di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah dan

Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.

d.  Kajian yang berjaya juga boleh dikongsi bersama pada peringkat Kementerian

Pelajaran Malaysia oleh semua guru-guru di Malaysia.

Batasan Kajian

Perbincangan dan rumusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada analisis data yang terbatas

kepada kumpulan sampel yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah

Tengku Kudin, Pahang Darul Makmur. Manakala, skop kajian hanya menjurus kepada

 pengukuran tahap keberkesanan penggunaan pembelajaran inkuiri penemuan ke atas penguasaan

kemahiran proses sains topik Udara. Pengukuran tersebut ditumpukan kepada pencapaian

 pelajar dalam ujian Pra dan Pos yang diberikan dalam kajian ini sahaja. Faktor lain seperti

 jantina, latarbelakang pendidikan keluarga dan status sosio ekonomi keluarga tidak diambil kira

dalam kajian ini. Program intervensi yang dirancang hanya untuk selama 5 minggu (10 jam)

sahaja dan kaedah kualitatif digunakan bagi mengumpul persepsi pelajar terhadap program

tersebut.

Page 17: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 17/28

17

PELAN TINDAKAN

Instrumen Kajian

Bagi tujuan pengumpulan data kuantitatif, kajian ini menggunakan ujian berbentuk formatif

(Pretest dan Posttest) yang menjurus kepada pengukuran tahap penguasaan topik udara. Ujian-

ujian yang digunakan adalah digubal oleh pengkaji berdasarkan kepada keperluan Sukatan

Pelajaran Tingkatan satu.

Borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan persepsi pelajar terhadap program intervensi

yang dijalankan ke atas mereka. Manakala soalan temu bual separa berstruktur digunakan bagi

mendapatkan data yang berbentuk kualitatif. Sesi temu bual digunakan bagi mendapatkan

respon-respon yang berkaitan dengan persepsi, pandangan dan cadangan dalam pengajaran dan

 pembelajaran topik udara. Senarai semak pemerhatian juga digunakan oleh pengkaji bagi

meneliti gelagat para responden sebelum dan selepas menerima program intervensi dalam mata

 pelajaran sains.

Matlamat yang ingin dicapai oleh guru adalah untuk memenuhi kehendak KBSM dan

Falsafah Pendidikan Negara amnya. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

tidak berkesan akan memberi implikasi yang buruk terhadap pencapaian pelajar dan cita-cita

falsafah Pendidikan Negara. Diharap dapatan kajian ini akan memberi maklumat kepada pihak-

 paihak berkenaan sperti pentadbir sekolah, guru-guru tentang keberkesanan penggunaan Kaedah

Pembelajaran Inkuiri dalam mata pelajaran Sains. Di samping itu ia akan memberi peluang dan

Page 18: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 18/28

18

 pengalaman kepada guru-guru Sains untuk mengetahui dan mempelajari teknik-teknik yang

digunakan dalam kaedah Pembelajaran Inkuiri.

Selain daripada itu, dapatan kajian ini juga akan menjadi pendorong kepada guru-guru

mata pelajaran lain untuk mencuba pendekatan kaedah Inkuiri ini. Kepada pihak PPD dan JPN

akan dapat mengambil langkah proaktif memperkenal dan melaksanakan pendekatan kaedah

Inkuiri ini di sekolah-sekolah khususnya untuk mata pelajaran Sains dan mata pelajaran lain

amnya. Daripada dapatan ini juga diharap perancang kurikulum atau perancang modul

 pembelajaran memberi penekanan terhadap penggunaan pendekatan Pembelajaran Inkuiri

Rumusan

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah Inkuri penemuan dalam

 pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk “Udara” mata pelajaran Sains KSSM tingkatan satu.

Para pelajar akan dapat melaksanakan aktiviti mengikut langkah-langkah yang disampaikan

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif.

Page 19: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 19/28

19

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Pengajaran Sains adalah seperti mengajar mengenai sesuatu yang wujud disekeliling kita.

Manusia mempunyai perasaan ingi tahu lebih- lebih lagi terhadap apa saja yang ada disekeliling

mereka. Perasaan inilah yang menjadikan manusia suka mengkaji dan menggunakan

 pengetahuan tersebut untuk kesejahteraan hidup. Perasaan inkuiri ini akhirnya akan membawa

kepada penemuan demi penemuan. Perasaan inkuiri yang hadir dalam diri pelajar sejak lahir

 perlu diperkembangkan dalam proses mencari jawapan ataupun penemuan. Mencari jawapan

dalam sains melibatkan proses membina pengetahuan atau konstruktif. Konstruktif merujuk

 bagaimana individu membina pengetahuan sendiri dan bukan hanya menerima pengetahuan

orang.

2.2. Teori dan konsep .

Bagi tujuan pengumpulan data kuantitatif, kajian ini menggunakan ujian

 berbentuk formatif (Pretest dan Posttest) yang menjurus kepada pengukuran tahap penguasaan

topik udara. Ujian-ujian yang digunakan adalah digubal oleh pengkaji berdasarkan kepada

keperluan Sukatan Pelajaran Tingkatan satu. Borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan

 persepsi pelajar terhadap program intervensi yang dijalankan ke atas mereka. Manakala soalan

Page 20: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 20/28

20

temu bual separa berstruktur digunakan bagi mendapatkan data yang berbentuk kualitatif. Sesi

temu bual digunakan bagi mendapatkan respon-respon yang berkaitan dengan persepsi,

 pandangan dan cadangan dalam pengajaran dan pembelajaran topik udara. Senarai semak

 pemerhatian juga digunakan oleh pengkaji bagi meneliti gelagat para responden sebelum dan

selepas menerima program intervensi dalam mata pelajaran sains.

Berdasarkan epistemology, pendidikan sains moden ialah proses yang mendidik pelajar

 berhubung sifat sains yang tidak muktamat dan boleh lentur. Sifat sains ini ditunjukan oleh

sejarah yang memperihalkan bagaimana teori yang diusulkan oleh Francisci Redi telah menolak

hipotesis yang diyakini oleh kebanyakan orang dikala itu. Ketika itu ramai yang beranggapan

 bahawa beluncas (larva) terhasil secara spontan daripada daging yang sedang mereput . Redi

kemudiannya telah melaksanakan ujikaji ringkas untuk membuktikan hipotesisnya. Ujikajinya

telah membuktikan hipotesisnya benar. Redi kemudiannya menolak andaian yang diyakini oleh

orang ramai ketika itu berhubung dengan penghasilan beluncas. Penolakan hipotesis itu

menunjukan bahawa ilmu dalam bidang sains boleh diperbaharui dan diformulasikan semula

 berdasarkan penemuan bru yang diperolehi daripada kaedah saintifik (Martin 1985).

Kaedah inkuiri Penemuan adalah satu pendekatan penyelesaian masalah yang disusun

khas supaya sesuatu yang ditujukan kepada pelajar akan menjadi cabaran mereka untuk

menyelidik dan meneliti secara mendalam.Ini bermakna menggunakan kaedah inkuri –  penemuan

dalam pengajaran akan membolehkan pelajar mengambil peranan matematik mengenai strategi

 pengajaran yang mereka amalkan menunjukan bahawa guru pakar akan sentiasa menyediakan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang strategi yang mencari dan menemukan fakta melalui

kaedah sainstifik yang mereka lakukan sendiri. Ini bermakna pelajar seharusnya membina

Page 21: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 21/28

21

hipoesis berhubung sesuatu perkara yang ingin dikajinya, kemudian menguji hipotesis untuk

menunjukan kebenarannya. Melalui langkah ini ahli sains berupaya memperolehi ilmu baru dan

menolak data sains yang ditemui sebelum ini. Oleh yang demikian, dijangkakan melalui

 pendekatan pembelajaran inkuiri, pelajar dapat memahami sifat sains yang tidak muktamat dan

 boleh lentur.(Martin 1985)

2.3 Tinjauan kajian lepas.

Brunner (1960) telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses dimana

 pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka.Pelajar

memilih dan mengintepresikan maklumat, membina hipotesis dan membuat keputusan yang

melibatkan pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberi

makna dan pembentukan pengalaman yang membolehkan individu “melangkau maklumat yang

diberikan” Hasil daripada pendekatan ini, beliau telah memperkenalkan pembelajaran penemuan. 

Brooks & Brooks (1993) Menyatakan bahawa pelajar membina makna tentang dunia

dengan mensintesiskan pengalaman baru kepada apa yang mereka fahami sebelum ini. Mereka

membetuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila

mereka bertemu dengan objek , idea dan perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka

mereka akan mengintepretasikan apa yang mereka lihat secocok dengan peraturan yang telah

mereka bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat meerangkan

maklumat yang baru ini dengan lebih baik.

Page 22: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 22/28

22

Menurut Zahari (1992) , Jika guru dapat menimbulkan minat pelajar yang diajar serta

menimbulkan minat pelajar untuk membuat latihan, maka latihan yang disediakan akan

menjamin mutu pembelajaran dan meningkatkan pencapaian. Pelajar- pelajar lebih berminat

dengan pengajaran apabila guru yang fleksibel dan mempelbagaikan strategi pengajaran yang

digunakan dibilik darjah.(S.Sukumaran ,1991; Burden dan Byrd, 1994)

Fryland (1994) dalam Omardin (1999), menyatakan minat yang timbul dalam setiap diri

 pelajar akan mempengaruhi proses pembelajaran. Apabila seseorang itu berminat dengan apa

yang dilakukannya, maka beliau akan bersedia belajar dengan tekun sehingga mencapai apa yang

dicita- citakan. Ini bermakna proses pengajaran akan berjalan lancar sekiranya pelajar berminat

dengan subjek dan kaedah yang dijalankan.

Menurut Crow dan Crow (1983) minat merupakan daya pengerak yang mendorong kita

supaya memberi perhatian kepada seseorang, benda atau kegiatan. Ia boleh merupakan

 pengalaman berpengaruh yang telah dirancang oleh kegiatan itu sendiri. Oleh itu minat berkait

rapat dengan desakan ,motif, gerak balas emosi dari aspek disiplin kerja dan hasil penglaman

dalam alam sekitar. Menurutnya lagi Jikalau seseorang itu berminat walaupun mempunyai

kebolehan yang sederhana ia kan menghsilkan produk yang lebih baik berbanding dengan orang

yang tidak mempunyai minat.

Kesimpulan

Page 23: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 23/28

23

Berdasarkan kajian literature, didapati kaedah inkuri dapat menghasilkan pengajaran dan

 pembelajaran yang berkesan bukan sahaja dari segi menguasai tajuk yang diajar tetapi

melahirkan interaksi yang baik diantara pelajar. Kajian oleh pakar psikologi tentang perlakuan

atau tingkahlaku dan pemikiran pelajar adalah satu proses untuk mengembangkan potensi dan

kemahiran individu dalam bidang tertentu.

Page 24: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 24/28

24

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN 

3.1 Pengenalan

Tujuan bab ini adalah untuk membincangkan pelbagai prosedur metadologi yang

digunakan untuk mengumpul data, prosedur kajian, analisis data dan kaedah pengajaran. Bab ini

 juga menerangkan mengenai kajian dan peringkat pengumpulan data hingga keperingkat

 penganalisan dan pentafsiran. Kajian ini bertujuan utuk menentukan keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah inkuiri dalam topic pengembangan haba

tingkatan satu sains.

3.2 Reka bentuk kajian.

Kajian deskriptif in i dilakukan dengan menggunakan kaedah perbandingan skor.

Menurut Majid (1993), penyelidikan deskriptif bermatlamat untuk meneroka sesuatu bidang

yang belum atau kurang diterokai.Best dan Kahn (1998) pula menyatakan bahawa kajian

deskripsi dapat menerangkan dan menjelaskan apa sebenarnya berlaku. Ia juga menjelaskan

keadaan atau perhubungan, pendapat pada proses yang berlaku, keberkesanan dan corak yang

dibangunkan. Ini disokong oleh Gray (1996) bahawa kajian deskripsi melibatkan data dalam

usaha menguji hipotesis atau menjawab persoalan kajian dengan melihat status semasa terhadap

 perkara yang dikaji. Penilaian deskripsi berguna untuk menilai sikap, maklumat demografi,

suasana dan prosedur.

Pengkaji membuat dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Selepas ujian pra pengkaji

menyusun semula pelajar agar tahap pencapaiannya adalah sekata .Pelajar yang mendapat gred

Page 25: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 25/28

25

A, akan dibahagikan kepada dua kumpulan satu kumpulan eksperimen dan satu kumpulan

kawalan. Begitu juga dengan pelajar gred B, C, D, dan E. Selepas itu kumpulan eksperimen akan

diberikan amali dengan kaedah inkuiri tetapi kumpulan kawalan akan diajar menggunakan

kaedah biasa yang digunakan oleh guru sebelumnya.Setiap kumpulan akan diajar tentang topic

 pengembangan haba. Selepas itu ujian pos akan dijalankan. Soalan bagi ujian pos adalah sama

dengan soalan pra tetapi susunan soalan telah ditukarkan. Soalan- soalan bagi soalan pra dan pos

diambil daripada buku- buku rujukan yang sedia ada. Graf bar digunakan untuk

membandingkan keputusan skor ujian pra dan ujian pos. Perbandingan skor diambil kira untuk

mengukur tahap kefahaman pelajar.

3.3 Populasi dan sample.

Kajian ini dijalankan keatas 25 pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Tengku Kudin,

Raub, Pahang .Mereka terdiri daripada responden yang berjumlah 25 orang adalah terdiri

daripada 10 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan. Dari jumlah 25 orang tersebut,

 penyelidik telah memilih 4 orang pelajar sebagai responden yang akan dijadikan kajian

sepenuhnya dan juga akan ditemubual. Hasil dapatan adalah merupakan data kajian ini. Bilangan

responden yang menjadi pemerhatian sepenuhnya ini adalah kecil iaitu seramai 4 orang sahaja

kerana kekangan masa tetapi penyelidik percaya bahawa data kualitatif akan dapat menyokong

data kuantitatif dalam kajian ini. Daripada 4 orang responden yang terpilih, 2 orang merupakan

 pelajar perempuan dan 2 orang merupakan pelajar lelaki dari Tingkatan 1. Purata umur

responden ialah 13 tahun dan aras kemahiran Sains adalah diaras pencapaian sederhana.

Page 26: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 26/28

26

3.4 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini instrument kajian pelajar terdiri daripada borang maklumat pelajar, 2

kertas ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Borang maklumat pelajar mengandungi maklumat

tentang latar belakang sample kajian. Maklumat yang dikehendaki meliputi nama , jantina

 bangsa dan markah ujian bulan lepas.Kertas ujian pra dan pos pula mengandungi 20 soalan

objektif dan 2 soalan ujikaji yang mengandungi 4 pilihan jawapan.Susunan soalan bagi ujian pra

dan pos akan diubahsuaikan agar pelajar tidak mengetahui corak jawapannya. 2 Soalan ujikaji

adalah soalan bercorak struktur yang akan menguji tahap kefahaman pelajar.

3.5 Prosedur Analisis Data

Menurut Majid (1994) Pemprosesan data merupakan teknik untuk pengumpulan,

 penganalisaan, penyimpanan dan pengeluaran data. Data yang diperolehi adalah bahan mentah

seterusnya dianalisa untuk mendapatkan ilmu dan maklumat yang berguna. Data –  data yng

diperolehi dianalisis menggunakan perisian „Statistical For Social Science‟ (SPSS) For Windows

Release 10.0.Penganalisaan data kuantitatif dilakukan .Penganalisis data dibuat berdasarkan hasil

 pembelajaran topic pengembangan haba.Statik deskriptif dilakukan dengan menentukan min dan

 peratusan untuk dibuat perbandingan diantara ujian pra dan ujian pos.. Perbandingan juga

dibuat antara pelajar lelaki dan perempuan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.

Perbadingan ini dimasukan kedalam graf bar agar lebih jelas lagi.

3.6 Kesimpulan

Akhir sekali , rumusan dibuat oleh pengkaji dengan menggunakan dapatan yang

diperolehi. Bab ini menjelaskan tentang metodologi yang digunakan untuk membuat kajian

Page 27: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 27/28

27

termasuklah rekabentuk kajian,populasi dan sampel , instrumen kajian, prosedur pengumpulan

data dan analisis data. Diharapkan data- data yang diperolehi boleh membantu pengkaji bagi

menentukan keberkesanan kaedah inkuiri melalui ujian pra dan ujian pos dalam pengajaran dan

 pembelajara

rujukan

Bloom, B.S. 1981. All Our Children Learning . New York: McGraw-Hill.

Briner, M. (1999). What is Constructivism?(atas talian)

http://curriculum.calstatela.edu/faculty/psparks/theorists/501const.htm (13 Disember 2000)

Devan Velayudhan, 1996. Pemelajaran Mur id Dalam Sains Dan Teknologi  dalam Prosiding

Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 1996 p162-167.

Gagne, R. 1985. The Conditions Of Learning And Theory Of I nstruction . Ed ke 4. New York :

Holt Pub.

John W.B. James V.K. (1987). Research in Education 6th Ed. Perentice-Hall, Inc. USA.

 Nik Azis Nik Pa. 1997. Konsep tentang realiti dan prospek pendidikan di abad ke 21. Jurnal

Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia. 2: 37-52.

Merill, M.D. 1983. Component Display Theory in Regeluth, C (ed). Indtructional design theories

and models. New Jersey: Erlbaum Hillsdale.

Page 28: kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

8/10/2019 kajian penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah.pdf

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-penyelidikan-dalam-pendidikan-sekolah-rendahpdf 28/28

Mohd Fadzli Ali. 2001. Distance Education: Constructivism and the Internet. Prosiding

Konvensyen Teknologi Pendidikan Kali ke 14. hlm. 242-246.

Osborne, R., Freyberg, P. (1983). Learning in Science : The Implications of Children’s

Science. Auckland: Heinemann Education. P. 151 -165

Perkins D.N. 1991. technology meets constr uctivism: do they marriagel ?. Educational Technology,

31, No.5:18-23.

Phillips, Rob. 1977. Interactive Multimedia: A practical guide for educational applications. USA: Kogan

Page.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 1991. Pembelajaran secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Reiber, L.P. (1994). Computer-based Microworlds: A bridge between constructivisme and direct

instruction. Educational Technology Research and Development, 40 (1)