abstrak - geocities.ws€¦ · web viewbintangor, sarawak seminar penyelidikan pendidikan 2006....

33
INSTITUT PERGURUAN RAJANG BINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DANPEMBELAJRAN TAJUK KAJIAN TAHAP LITERASI KOMPUTER PELAJAR TINGKATAN LIMA DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR, SARIKEI OLEH BAJING ANAK ANGIENG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAKAN SARIKAI 1

Upload: buikhanh

Post on 18-Apr-2019

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

INSTITUT PERGURUAN RAJANG

BINTANGOR, SARAWAK

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006

TEMA

PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DANPEMBELAJRAN

TAJUK KAJIAN

TAHAP LITERASI KOMPUTER PELAJAR TINGKATAN LIMA DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR, SARIKEI

OLEH

BAJING ANAK ANGIENG

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAKANSARIKAI

09 – 11 NOVEMBER 2006

1

Isi Kandungan

Bahagian Muka surat

Kandungan i

Abstrak ii

Penghargaan ii

Dedikasi iii

Pendahuluan 1

Penyataan Masalah 1

Soalan kajian 2

Objektif kajian 2

Tinjauan literature 3

Definisi literasi komputer 4

Pengukuran Tahap Literasi Komputer 5

Metodologi, Instrumen dan Persampelan kajian 6

Analisis data 7

Dapatan kajian 7

Kesimpulan dan cadangan 15

Rujukan 17

2

Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga di atas tunjuk ajar, kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh pihak-pihak berikut:

Institut Perguruan Rajang, Bintangor, Sarawak(Penganjur kursus)

Pejabat Pelajaran Gabungan (PPG) Sarikei, Sarawak(Penganjur bersama)

En. Claudius Liew Sze Kiong, Penyelia Unit Kurikulum, PPG Sarikei(Penyelaras Kursus)

Dr. Lau Hieng Soon, En. Mat Kamal B. Abd. Majid,

En. Mohd. Zaki B. Abd. Rahim, En. Lu Cheng Soon(Fasilitator Kursus)

Sekolah Menengah Kebangsaan Pakan, Sarikei, Sarawak

En. Manggi @ Manggie Ak. Nyegang(Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Pakan)

serta

Individu-individu dan organisasi-organisasi yang telah memberikan sumbangan secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan penyelidikan ini. Semoga sokongan padu daripada pelbagai pihak dapat meningkatkan kualiti pendidikan dan martabat profesion perguruan amnya.

DedikasiHasil penyelidikan ini saya dedikasikan khas buat isteri dan anak-anak tersayang…… Kehadiran kalian telah memberi inspirasi dan kekuatan yang tidak terbanding nilainya.

3

Tahap Literasi Komputer Pelajar Tingkatan Lima di Sebuah Sekolah Menengah Luar Bandar, Sarikei

OlehBajing Anak Angieng

Sekolah Menengah Kebangsaan PakanSarikei

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap Literasi Komputer di kalangan Pelajar Tingkatan Lima di sebuah sekolah menengah luar bandar, Bahagian Sarikei. Kaedah soal-selidik dan ujian kemahiran secara amali telah digunakan untuk mengumpul data ke atas 43 orang responden dan 8 orang guru yang mengajar tingkatan lima. Secara keseluruhan, keputusan kajian mendapati Tahap Literasi Komputer yang dimiliki oleh responden adalah rendah. Pengetahuan tentang perkakasan dan aplikasi komputer juga rendah dengan min yang diperolehi 1.80 dan 1.51 masing-masing pada skala 5. Secara purata, 38.7% dan 53.5% (N=43) responden masing-masing tidak pernah menggunakan perkakasan dan aplikasi komputer yang dinyatakan. Kesedaran tentang kepentingan komputer pula adalah tinggi dengan min keseluruhan ialah 3.88. Kemahiran berinteraksi dengan komputer pula masih rendah di mana seramai 54.5% (N=33) responden gagal atau tidak dapat dapat berinteraksi menggunakan komputer walaupun dengan kemahiran yang paling asas. Kajian juga mendapati 90.7% (N=43) responden tidak memiliki komputer di rumah, manakala sebanyak 88.4 % responden tidak pernah menggunakan e-mail. Selain dari itu, didapati Tahap Literasi Komputer responden ada kaitan dengan keyakinan mereka menggunakan komputer dengan nilai sig. yang diperolehi ialah 0.000. Tahap literasi komputer yang rendah menyebabkan mereka kurang yakin menggunakan komputer. Namun begitu, tidak ada kaitan antara Tahap Literasi Komputer responden dengan kesediaan mereka menggunakan komputer sebagai Alat Bantu Belajar dengan nilai sig. yang diperolehi ialah 0.823. Keyakinan dan kesediaan responden belajar berbantukan komputer berada pada tahap yang sederhana dengan min keseluruhan ialah 3.63. Ini bermakna, walaupun responden mempunyai tahap literasi komputer yang rendah mereka masih bersedia untuk menggunakan komputer sebagai alat bantu belajar.

Katakunci: literasi komputer, tahap kemahiran, tahap kesedaran, tahap pengetahuan, perkakasan komputer, aplikasi komputer, buta komputer, ICT

4

Pendahuluan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) begitu mendominasi hampir semua bidang dalam kehidupan seharian masyarakat pada zaman ini. Perkembangan ICT yang begitu pesat telah menjadi agenda utama dalam perancangan pembangunan negara. Melalui Rancangan Malaysia Ke-7 (1996-2000), kerajaan telah mengenalpasti bahawa ICT amat perlu bagi membolehkan Malaysia bersaing di peringkat antarabangsa dalam zaman ICT (WER Team, 2001).

“….The Seventh Malaysia Plan 1996-2000 (SMP) recognises that in the Information Age, ICT is central to competing in the global economy, increasing productivity and efficiency and enabling the enhancement of quality of life”

(The WER Team, 2001)

Teknologi perkomputeran dan perkakasannya merupakan komponen utama dalam bidang ICT yang perlu dikuasai oleh masyarakat sekiranya ingin maju dan bersaing di peringkat global. Ramlan Abd. Wahab (2000) menyatakan literasi komputer dan multimedia merupakan “pengetahuan permukaan” yang berkesan untuk memperolehi pengetahuan mendalam dan mengaplikasikannya secara langsung dalam pelaksanaan dan pengendalian sistem-sistem berasaskan ICT seperti e-dagang, e-pengurusan, e-pendidikan dan bidang yang berkaitan. Untuk melahirkan masyarakat yang literasi komputer dan maklumat, sudah tentu ia bermula di peringkat sekolah dan institusi pengajian.

“Students will expect to leave higher education competent and confident in the use of Communication & Information Technology so that they can use it in their future careers and personal learning”

(SKSAIHE, 2001)

Antara kemahiran ICT yang perlu dikuasai terlebih dahulu oleh pelajar ialah kemahiran asas menggunakan komputer, kemahiran aplikasi seperti pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, email, browser WWW, aplikasi grafik dan aplikasi yang menjurus kepada bidang pelajaran mereka. Dalam erti kata lain, para pelajar perlu literasi komputer atau “celik komputer”.

“Buta komputer” pada masa kini adalah sama dengan buta huruf pada tahun 60-an walaupun anda seorang pemegang ijazah dari institusi pengajian tinggi”.

(Baharuddin Aris et. al, 2001)

Memandang literasi komputer adalah antara kemahiran yang begitu penting pada era ICT, maka buta komputer perlulah dihapuskan di kalangan pelajar dan masyarakat amnya kerana ia merupakan komponen utama dalam bidang ICT.

5

Penyataan Masalah

Akses kepada teknologi ICT khasnya komputer yang kurang dan terhad boleh menyebabkan penduduk dan pelajar di kawasan pendalaman ketinggalan dan tidak dapat menguasai teknologi ini. Di pedalaman Bario, Sarawak misalnya 99% penduduk tidak ada pengetahuan langsung tentang internet (Songan, et. al. 2000). (Roger, 2001) Sebanyak 91% penduduk Bario tidak pernah menggunakan komputer dan 99% tidak pernah mendengar tentang internet. Masalah akses kepada teknologi ICT sememangnya berlaku di kawasan luar bandar yang rata-rata penduduk berpendapatan rendah dan tidak mampu memiliki komputer. Keadaan ini turut menyumbang kepada masalah literasi komputer di kalangan pelajar sekolah luar bandar.

Kemungkin selama ini kita kurang memberi fokus kepada aspek kompetensi pelajar dalam bidang ICT. Kebanyakan penyelidikan dan kajian berkaitan literasi komputer memfokus kepada literasi komputer guru dan cara mereka mengeksploitasi ICT untuk pengajaran. Kurangnya literasi komputer di kalangan pelajar memungkinkan mereka tidak dapat menggunakan komputer sebagai alat bantu belajar dalam bilik darjah. Brag & Busnardo (2004) memberi penekanan bahawa literasi komputer merupakan isu utama yang perlu diberi perhatian oleh golongan pendidik dan ahli akademik jika ingin menggunakan komputer sebagai alat untuk pengajaran dan pembelajaran.

Maka, tinjauan tentang tahap literasi komputer di kalangan pelajar di sekolah luar bandar khasnya amat perlu untuk menentukan sejauh manakah tahap literasi komputer mereka supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.

Soalan-soalan Kajian

“Apakah tahap literasi komputer di kalangan pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah luar bandar tersebut?”

”Adakah tahap literasi komputer pelajar mempunyai hubungan dengan penggunaan komputer?”

“Adakah tahap literasi komputer di kalangan pelajar mempengaruhi keyakinan mereka menggunakan teknologi ini sebagai Alat Bantu Belajar?”

Objektif Kajian

“Menentukan tahap literasi komputer pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah luar bandar di bahagian Sarikei secara umum.”

6

“Mengenalpasti sama ada tahap literasi komputer pelajar mempunyai kaitan dengan kecenderungan mereka belajar dan mencari maklumat menggunakan komputer.”

“Mengenalpasti sama ada tahap literasi komputer pelajar mempunyai kaitan dengan keyakinan mereka menggunakan aplikasi dan perkakasan komputer sebagai Alat Bantu Belajar?”

Tinjauan Literatur

Kemahiran komputer berkait rapat dengan kecekapan pelajar menggunakan perkakasan komputer untuk pembelajaran. Tahap kemahiran yang rendah menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran khasnya dari segi teknikal menyebabkan banyak masa terbuang begitu sahaja. (Devadason Robert Peter: 1999). Colleen McKenna. (2001), mendapati terdapat hubungan yang rapat antara pengalaman dan kebiasaan menggunakan komputer dengan “Computer-assisted assessment” (CAA). Lebih banyak mereka (pelajar) menggunakan komputer, lebih berminat mereka menggunakan “Computer-based assessment”. Ibrahim et al, (1997) mendapati responden yang mempunyai komputer didapati mempunyai tahap penguasaan yang lebih tinggi.

Kebimbangan terhadap komputer (Computer Anxiety, CAX) juga boleh memberi kesan kepada penggunaan komputer seseorang. Menurut Bandura, (1991) “In contrast, people who doubt their capabilities shy away from difficult tasks which they view as personal threats. …… They slacken their efforts and give up quickly in the face of difficulties. What people think, believe, and feel affects how they behave”. (Bandura, 1986, pg. 25).

Sharon Fass McEuen (2001) telah membuat kajian ke atas kemahiran pelajar mengoperasikan komputer di Western University, Texas. Dapatan kajian menunjukkan skor min yang tinggi pada 4.8 dengan mod 1. Sebanyak 89% pelajar kerap menggunakan komputer. Kemahiran yang paling kurang pada pelajar ialah kemahiran menulis atau menaip. Kebanyakan pelajar rasa selesa menggunakan teknologi komputer. George J. Hess, Jr. (1999) pula mendapati 96% pelajar yang mengambil pelajaran Musik mempunyai tahap literasi komputer yang pelbagai. Min yang diperolehi ialah 2.7 pada skala 5. Seramai 5 orang pelajar pada tahap yang pakar. Kebanyakan pelajar menilai mereka sendiri pada skala 3 iaitu tahap sederhana.

Selain dari itu, kajian oleh Peter Seth (2002) ke atas sekumpulan pelajar tahun 1 di Balob Teachers College, Papua New Guinea mendapati kebanyakan (hampir semua) sekolah menengah menghasilkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran dan literasi komputer yang asas. Sejumlah 60% daripada pelajar menunjukkan bahawa mereka tahu menggunakan komputer. 49% pula menunjukkan keyakinan menggunakan komputer. Manakala sejumlah 89% tahu fungsi asas monitor, keyboard, cakera keras dan tetikus. Ian John Cole (2005) pula membuat penyelidikan tentang literasi dan kemahiran sistem komputer ke atas jururawat pelatih menggunakan criteria seperti; “Understanding what the keys do on the keyboard, Learning to use a mouse, Navigating Windows 2000 and

7

basic word processing, How to use a bibliographic database, dan How to search the Internet and use e-mail”. Hasil kajian mendapati “a serious skills deficit and whether these students are suffering from a lack of confidence or a real lack of computer skills the issue is that a large number of these students perceive themselves as being unskilled in the use of computers and that is a problem that needed to be addressed.”

Definisi Literasi Komputer

Ian Reid (1997) mendapati pelbagai definisi yang berbeza berkaitan literasi komputer telah diutarakan khasnya oleh institusi pendidikan ke atas pelajarnya. Ia bergantung kepada disiplin ilmu dan penggunaannya. Brian Harvey (1983) “Several educators have questioned the specific details of particular ``literacy'' plans, while accepting the overall concept.” Secara umumnya, banyak penulis dan pengkaji memberikan takrif literasi komputer yang pelbagai dan universal seperti:

a) Penulis tempatan (Baharuddin Aris et. al, 2001) mendefinisikan literasi komputer atau celik komputer melalui tiga konsep utama iaitu:

Kesedaran: - Menyedari akan kepentingan, kepelbagaian penggunaan serta kepentingan komputer dalam kehidupan masyarakat masa kini.Pengetahuan: - Mempunyai pengetahuan tentang konsep dan senibina sistem sesebuah komputer dan fungsinya.Interaksi: - Berkemampuan untuk berinteraksi atau menggunakan

komputer.

b) Scott (2006) menyatakan literasi komputer bermaksud keupayaan untuk memahami bagaimana komputer berfungsi. ….. Pandangan ini menyatakan bahawa literasi komputer adalah kefahaman yang paling asas bagaimana komputer berfungsi dan setakat apakah keperluan individu tersebut, celik komputer bukannya bermakna mengetahui kejuruteraan dan pengaturcaraan komputer.

c) Webpodia (The#1 Online Encyclopedia Dedicated to Computer Literacy, 2006)

menyatakan bahawa komputer literasi umumnya merujuk kepada keupayaan untuk menggunakan aplikasi, bukan semestinya membuat program. Individu yang lebih literasi kadang-kadang dipanggil sebagai “power users”.

d) Wikipedia (2006) pula menyatakan seperti berikut: “Computer literacy is the knowledge and ability a person has to use computers and technology efficiently. Computer literacy can also refer to the comfort level someone has with using computer programs and other applications that are associated with computers. Another valuable component of computer literacy is knowing how computers work and operate.”

Jadi, secara umumnya “literasi komputer boleh ditakrifkan sebagai pengetahuan yang secukupnya yang perlu ada pada seseorang untuk menggunakan aplikasi komputer

8

dan hidup dalam masyarakat yang berorientasikan komputer masa kini”. (Baharuddin Aris et. al, 2001).

Definisi yang diberikan oleh Scott (2006) lebih tepat menunjukkan literasi komputer komputer yang diperlukan oleh seseorang kerana kemahiran dan pengetahuan komputer amat luas dan definisi itu perlu disempitkan menjurus kepada keperluan organisasi dan individu berkenaan. Walau bagaimanapun, kajian ini dibuat berasaskan definisi yang diberikan oleh Baharuddin Aris et. al (2001) yang merangkumi kesedaran, pengetahuan dan interaksi dengan komputer untuk menentukan tahap literasi komputer pelajar secara umum di sekolah yang dinyatakan.

Pengukuran Tahap Literasi Komputer

Beberapa penyelidikan yang berkaitan tahap literasi komputer menggunakan pelbagai kriteria untuk menentukan tahap literasi komputer seseorang secara umum seperti: a) Ian Reid (1997) Kebanyakan institusi pendidikan menyatakan secara umum tahap

literasi komputer yang tertentu tetapi tidak menyatakan tahap kompetensi komputer yang diperlukan. University New South Wales, Australia misalnya menentukan tahap literasi komputer sebagai “….general terms of 'familiarity with the vocabulary and strategies associated with computers and computing techniques'”. University of South Australia pula menentukan tahap literasi komputer berdasarkan empat jenis pengguna : “the emergent user, the progressive user, the high user and the dependent user”. Contohnya “emergent user” memiliki ciri seperti:

- mempunyai capaian ke komputer sama ada di rumah atau tempat kerja / belajar- mempunyai capaian dan tahu menggunakan pemprosesan perkataan, email dan aplikasi laman web- boleh memuat turun maklumat ke disket untuk diprint atau lain-lain kegunaan

b) National survey of Australian (Glenn F., Neil and Glenn R., 1999) menggunakan beberapa kriteria untuk menentukan kemahiran asas komputer termasuk “using a mouse, turn the computer on, using a keyboard, shutting down and turning off, exiting/quitting a program, saving a document, printing a document, starting a program, opening a saved document, deleting files, getting data from CD-Rom, creating a new document, and moving files.”

c) Wikipedia (the free encyclopedia, 2006) pula menyatakan tahap literasi komputer termasuklah kebolehan:

- menyambung dan menghidupkan komputer- mengarang, menyunting dan mencetak dokumen- keupayaan untuk berkomunikasi menggunakan komputer melalui - mengurus dan menyunting gambar (dari pelbagai perkakasan seperti kamera

digital)- membuka fail dan mengenalpasti fail yang berbeza dan perlbagai jenis- literasi multimedia ……

9

d) Pengukuran literasi komputer seharusnya dinilai secara umum (Scott Childers, 2006). Scott menggunakan tiga tahap untuk menentukan literasi komputer pengguna iaitu “Level 1: Baseline”, “Level 2: Desired” dan “Level 3:Target” Contoh pengukuran yang digunakan oleh Scott ialah “Know how to turn the printer on” dianggap pada tahap “ Baseline”, “Know how to change the catridge or ribbon” dianggap pada tahap “Desired”, dan “Ability to check the printer set-up for proper configuration” dianggap pada tahap “Target”.

Walau bagaimanapun tahap literasi yang diukur adalah berbeza di kalangan masyarakat, organisasi dan negara tertentu bergantung kepada bidang dan penggunaannya. “The level of computer literacy needed to have an advantage, depends both on the society one is in and your place in the social hierarchy. Different countries have different needs for computer literate people due to their society standards and level of technology.” (Wikipedia, 2006).

Metodologi, Instrumen dan Persampelan kajian

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk bukan eksperimen secara kuantitatif iaitu melalui penggunaan borang soal selidik dan pemerhatian langsung. Soal selidik bagi pelajar memfokus kepada penggunaan komputer, pengetahuan asas aplikasi komputer, kesedaran terhadap kepentingan teknologi komputer, dan keyakinan berinteraksi / menggunakan komputer. Soal selidik guru pula memfokuskan kepada masalah-masalah yang dihadapi pelajar ketika menggunakan komputer (melalui pemerhatian dan pengalaman guru ketika mengajar). Soal selidik guru hanya untuk memperkukuh keputusan yang diperolehi daripada soal selidik pelajar. Ujian kemahiran amali secara praktikal digunakan untuk menentukan tahap kemahiran pelajar berinteraksi menggunakan komputer di samping menyokong keputusan daripada soal selidik. Soalan ujian kemahiran terbahagi kepada empat iaitu kemahiran asas penggunaan komponen komputer (papan kekunci dan tetikus), kemahiran menggunakan OS (Windows), kemahiran pemprosesan perkataan dan kemahiran menggunakan Internet. Markah (maksimum 100%) akan diberikan kepada responden dalam ujian kemahiran amali. Markah ini kemudian digredkan berdasarkan piawai penggredan Sistem Peperiksaan Malaysia (0-39=gagal, 40-49=lulus, 50-79=kepujian, dan 80-100=cemerlang). Selepas digredkan, keputusan ini kemudian diubah kepada tiga tahap yang digunakan dalam kajian ini iaitu (Gagal=Tahap Rendah, Lulus dan Kepujian=Tahap Sederhana, dan Cemerlang=Tahap Tinggi). Lulus dan kepujian digabungkan menjadi satu tahap, iaitu Tahap Sederhana.

Sampel bagi soal selidik melibatkan dua kumpulan sasaran iaitu 50 orang pelajar tingkatan lima (diambil secara rawak daripada lima kelas tingkatan lima dengan nisbah 6:5:4:6:4) dan 8 orang guru yang mengajar tingkatan lima. Pemerhatian secara langsung (amali) dijalankan di dalam makmal komputer yang melibatkan 33 orang pelajar (dipilih secara rawak daripada 50 orang pelajar yang terlibat dengan soal selidik). Senarai semak

10

digunakan untuk mengumpul data semasa pemerhatian dijalankan. Kebolehpercayaan terhadap item-item yang terdapat dalam soal selidik bagi pelajar telah dikenalpasti menggunakan skala Likert pada alpha 0.943. Kebolehpercayaan terhadap item-item yang terdapat dalam soal selidik guru pula ialah pada alpha 0.846.

Analisis Data

Dapatan daripada kajian ini telah dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan peratus, min dan sisihan piawai yang digunakan untuk menentukan tahap literasi komputer pelajar bagi setiap aspek. Tahap literasi akan ditentukan dengan tiga tahap iaitu tahap Rendah, Sederhana, dan Tinggi. Julat antara tahap dikira menggunakan pengiraan yang digunakan oleh Lau (2005). Untuk menentukan sama ada terdapatnya kaitan antara literasi komputer pelajar dengan kesediaan mereka menggunakan komputer sebagai alat bantu belajar, ujian “Pearson Chi-Square” digunakan. Selain dari itu, ujian “Pearson Chi-Square” juga digunakan untuk menentukan sama ada terdapatnya kaitan antara tahap literasi komputer pelajar dengan keyakinan mereka menggunakan komputer dan kesediaan mereka menggunakan komputer sebagai Alat Bantu Belajar. Dapatan daripada pemerhatian langsung pula akan digredkan mengikut gred gagal, lulus, kepujian dan cemerlang yang kemudiannya ditukarkan kepada Tahap Rendah, Tahap Sederhana dan Tahap Tinggi.

Dapatan kajian

Jadual 1: Taburan jantina responden mengikut peratus bagi tinjauan Tahap literasi Komputer Pelajar di sebuah sekolah menengah luar bandar, Bahagian Sarikei. (N=43)

Jadual 2 : Pemilikan dan penggunaan komputer oleh responden. (N=43)

Daripada Jadual 1, peratus responden perempuan lebih tinggi iaitu 58.1% berbanding lelaki hanya 41.9%. Ini kerana seramai 7 orang responden lelaki gagal mengembalikan borang kaji selidik yang diberikan. Jadual 2 pula menunjukkan 90.7% responden tidak memiliki komputer di rumah. Sebanyak 48.8% responden mengatakan mereka tidak tahu menggunakan komuter. Bilangan responden yang tidak pernah menggunakan komputer untuk membuat kerja kursus atau kerja sekolah juga sebanyak 90.7%, manakala sebanyak 83.7% responden tidak pernah menggunakan email. Selain

11

Jantina Bilangan PeratusLelaki 18 41.9Perempuan 25 58.1

JUMLAH 43 100

Item Ya Peratus Tidak PeratusAdakah anda memiliki komputer di rumah? 4 9.3 39 90.7Pernahkah anda menggunakan komputer untuk membuat kerja kursus? 4 9.3 39 90.7

Pernahkah anda menggunakan email? 5 11.6 36 83.7

daripada itu, 97.7% responden tidak mempunyai sambungan ke internet di rumah kecuali seorang. Aplikasi yang paling kerap digunakan oleh responden ialah MS Word (34.9%) diikuti oleh perisian permainan (11.9%).

Dari segi kekerapan penggunaan seminggu, hanya seorang responden mengatakan selalu menggunakan komputer, 53.5% mengatakan kadang-kadang dan selebihnya amat jarang atau tidak pernah guna. Statistik ini menunjukkan peratus pemilikan dan penggunaan komputer oleh responden amat rendah di sekolah ini.

Untuk mengukur tahap pengetahuan responden tentang perkakasan dan aplikasi komputer, Skala Likert digunakan iaitu dari “sangat lemah (tidak tahu)” kepada “sangat baik”. Singkatan yang digunakan ialah “SL=Sangat lemah, L=Lemah, S=Sederhana, B=Baik, dan SB=Sangat baik”.

Jadual 3: Tahap Pengetahuan Pelajar Tentang Perkakasan Asas Komputer. (N=43)

Scale reliability, alpha = 0.901 ; 1-1.8 = Rendah, 1.81-2.82 = Sederhana, 2.83-4 = Tinggi

Jadual 3 menunjukkan tahap pengetahuan responden tentang fungsi dan kegunaan perkakasan / komponen komputer adalah rendah di mana min keseluruhan yang diperolehi ialah 1.80. Secara purata, sebanyak 52.1% responden tidak tahu fungsi perkakasan komputer yang dinyatakan. Secara keseluruhan pula, sebanyak 77.3% responden mempunyai tahap pengetahuan yang rendah tentang perkakasan komputer.

Jadual 4: Tahap Pengetahuan Pelajar Tentang Aplikasi Asas Komputer. (N=43)

Scale reliability = 0.893 ; 1 - 1.77 = Rendah, 1.78 - 2.55 = Sederhana, 2.56 - 3.33 = Tinggi

12

Sejauh manakah anda tahu fungsi perkakasan komputer berikut? SL L S B SB Min

Sisihan Piawai

a) Papan kekunci 39.5% 30.2% 20.9% 9.0% 0.0% 2.00 1.00b) Tetikus 25.6% 34.9% 25.6% 7.0% 7.0% 2.35 1.15c) Skrin 51.2% 18.6% 25.6% 4.7% 0.0% 1.84 0.97d) Hardisk 76.7% 14.0% 7.0% 2.3% 0.0% 1.35 0.72e) Disket 67.4% 23.3% 4.7% 2.3% 2.3% 1.49 0.88

Purata 52.1% 24.2% 16.8% 5.1% 1.9% 1.80 0.95

Sejauh manakah anda tahu fungsi aplikasi –aplikasi komputer berikut? SL L S B SB Min

Sisihan Piawai

a) Microsoft Word 55.8% 18.6% 7.0% 2.3% 0.0% 1.81 1.10b) Microsoft Excel 76.7% 14.0% 7.0% 2.3% 0.0% 1.35 0.72c) Microsoft Powerpoint 76.7% 14.0% 7.0% 2.3% 0.0% 1.35 0.72d) Internet Explorer 58.1% 20.9% 16.3% 4.7% 0.0% 1.67 0.92e) E-mail 72.1% 14.0% 9.3% 4.7% 0.0% 1.47 0.85f) Windows Media Player 74.4% 14.0% 9.3% 2.3% 0.0% 1.40 0.76

Purata 69.0% 15.9% 9.3% 3.1% 0.0% 1.51 0.84

Berdasarkan jadual 4, tahap pengetahuan responden tentang fungsi dan kegunaan aplikasi komputer juga rendah dengan purata min yang diperolehi hanya 1.51. Sebanyak 69.0% responden tidak tahu kegunaan aplikasi komputer yang dinyatakan. Secara keseluruhannya, sebanyak 84.9% responden berada pada tahap yang rendah berkenaan dengan pengetahuan tentang aplikasi komputer yang dinyatakan. Ini bermakna majoriti responden di sekolah ini masih tidak tahu fungsi dan kegunaan aplikasi asas komputer seperti MS Word, MS Excel, MS Powerpoint dan Internet dan juga fungsi asas perkakasan komputer seperti papan kekunci, tetikus dan hardisk.

Untuk mengukur Tahap Kesedaran responden tentang kepentingan teknologi komputer, Skala Likert juga digunakan iaitu dari “Sangat tidak setuju” sehingga ke “Sangat setuju” dengan singkatan “STS=Sangat tidak setuju, TS=Tidak setuju, KS=Kurang setuju, S = Setuju, SS = Sangat setuju”.

Jadual 5: Tahap Kesedaran Pelajar Tentang Kepentingan Teknologi Komputer. (N=43)

Scale reliability = 0.768 ; 1.57 - 2.66 = Rendah, 2.67 - 3.76 = Sederhana, 3.77 - 4.86 = Tinggi

Daripada jadual 5 di atas, jelas menunjukkan bahawa tahap kesedaran responden tentang kepentingan teknologi komputer adalah tinggi dengan nilai purata min yang diperolehi ialah 3.88. Namun begitu, masih ramai responden (27.9%) tidak sedar bahawa kemahiran komputer diperlukan hampir dalam semua bidang pekerjaan.

Secara keseluruhannya, sebanyak 26.2 peratus responden masih tidak sedar tentang kepentingan teknologi komputer. Namun begitu, boleh dikatakan bahawa kebanyakan responden di sekolah ini mempunyai kesedaran tentang kepentingan teknologi komputer.

13

Item D (N=43) STS TS KS S SS MinSisihan piawai

Penggunaan komputer dalam pembelajaran boleh meningkatkan prestasi akademik saya 0.0% 0.0% 11.6% 67.4% 20.9% 4.09 0.57Kebanyakan bidang pekerjaan yang saya minati memerlukan kemahiran komputer. 0.0% 7.0% 20.9% 51.2% 20.9% 3.86 0.83Penggunaan komputer memudah dan mempercepatkan kerja. 0.0% 2.4% 9.5% 45.2% 42.9% 4.26 0.74Kemahiran dan pengetahuan komputer amat diperlukan dalam zaman ICT. 2.4% 2.4% 2.4% 42.9% 50.0% 4.36 0.85Penggunaan komputer dalam pembelajaran meningkatkan keseronokan belajar. 4.7% 9.3% 34.9% 46.5% 4.7% 3.37 0.90Penggunaan komputer semasa belajar membantu pemahaman saya terhadap apa yang diajar oleh guru. 2.3% 2.3% 27.9% 58.1% 9.3% 3.70 0.77Teknologi komputer telah meningkatkan kesejahteraan dan tahap hidup manusia. 2.4% 2.4% 38.1% 54.8% 2.4% 3.52 0.71

Purata 1.7% 3.7% 20.8% 52.3% 21.6% 3.88 0.77

Jadual 6: Keputusan Ujian Kemahiran secara amali menggunakan komputer (Gred Gagal, Lulus, Kepujian, dan Cemerlang). (N=33)

Jadual 7: Keputusan Ujian Kemahiran secara amali menggunakan komputer (tahap Rendah, Sederhana, dan Tinggi ). (N=33)

Jadual 6 di atas menunjukkan keputusan Ujian Kemahiran secara amali menggunakan komputer yang diperolehi daripada pemerhatian langsung dianalisis mengikut gred Gagal, Lulus, Kepujian, dan Cemerlang. Keputusan ini menunjukkan lebih separuh daripada responden yang diuji kemahirannya berinteraksi menggunakan komputer gagal mencapai tahap kelulusan minimum 40 peratus markah, iaitu seramai 54.5%. Berdasarkan jadual 7 pula, 36.4% responden menunjukkan Tahap Sederhana dalam kemahiran berinteraksi menggunakan komputer, manakala 54.5% responden pula berada di Tahap Rendah atau tidak dapat dapat berinteraksi menggunakan komputer walaupun dengan kemahiran yang asas.

Secara keseluruhan, setelah menilai tahap literasi responden berdasarkan tiga kriteria utama iaitu Kesedaran, Pengetahuan dan Interaksi menggunakan komputer, didapati tahap literasi komputer para pelajar di sebuah sekolah menengah luar bandar Sarikei adalah rendah. Walaupun tahap kesedaran para pelajar tentang kepentingan teknologi komputer adalah tinggi, namun lebih separuh pelajar tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas menggunakan komputer.

Keyakinan pelajar menggunakan komputer pula diukur menggunakan Skala Likert daripada “Tidak pernah guna” kepada “Sangat yakin”. Singkatan yang digunakan ialah “TPG=Tidak pernah guna, STY=Sangat tidak yakin, TY=Tidak yakin, AY=Agak yakin, Y=Yakin, dan SY=Sangat yakin”.

14

Gred Kemahiran Berinteraksi dengan komputer Bilangan PeratusCemerlang 3 9.1Kepujian 7 21.2Lulus 5 15.2Gagal 18 54.5JUMLAH 33 100.0

Tahap Kemahiran Berinteraksi dengan komputer Bilangan PeratusTinggi 3 9.1Sederhana 12 36.4Rendah 18 54.5JUMLAH 33 100.0

Jadual 8(a): Tahap Keyakinan responden menggunakan perkakasan komputer. (N=43)

Scale reliability = 0.901 ; 0.83 - 1.83 = Rendah, 1.84 - 2.87 = Sederhana, 2.88 - 3.83 = Tinggi

Daripada jadual 8(a) di atas, keyakinan responden untuk menggunakan perkakasan komputer adalah di tahap yang sederhana tinggi dengan skor min sebanyak 2.53. Ini menunjukkan bahawa secara keseluruhannya responden agak yakin menggunakan perkakasan komputer. Walau bagaimanapun, secara purata, 38.7% responden tidak pernah menggunakan perkakasan komputer yang dinyatakan.

Jadual 8(b): Tahap Keyakinan responden menggunakan aplikasi komputer. (N=43)

Scale reliability = 0.906; 1.00 - 2.23 = Rendah, 2.24 - 3.48 = Sederhana, 3.49 - 4.71 = Tinggi

Daripada jadual 8(b) skor min yang diperolehi ialah 2.15. Ini menunjukkan tahap keyakinan responden menggunakan aplikasi komputer adalah rendah. Ini juga bermakna responden tidak yakin untuk menggunakan aplikasi asas komputer yang dinyatakan. 88.4% responden tidak pernah menggunakan email. Secara purata, hanya seorang responden atau 2.3% sahaja mempunyai kekayinan yang tinggi menggunakan aplikasi komputer yang dinyatakan. Secara keseluruhan, sebanyak 53.5% responden tidak pernah menggunakan aplikasi komputer yang dinyatakan.

Keyakinan responden menggunakan komputer sebagai Alat Bantu Belajar pula ditentukan berdasarkan Skala Likert dari “Sangat tidak setuju” kepada “Sangat setuju” dengan menggunakan singkatan “STS = Sangat tidak setuju, TS = Tidak setuju, KS = Kurang setuju, S = Setuju, SS = Sangat setuju”.

15

Item E1 (N=43)

TPG STY TY AY Y SY MinSisihan piawai

Sejauh manakah anda yakin menggunakan ….a) Keyboard 27.9% 7.0% 20.9% 23.3% 16.3% 4.7% 3.07 1.59b) Mouse 30.2% 2.3% 16.3% 16.3% 25.6% 9.3% 3.33 1.80c) Printer / pencetak 39.5% 9.3% 30.2% 14.0% 4.7% 2.3% 2.42 1.38d) CD dan CD Drive 46.5% 11.6% 27.9% 9.3% 2.3% 2.3% 2.16 1.31e) Scanner / pengimbas 39.5% 20.9% 32.6% 7.0% 0.0% 0.0% 2.07 1.01f) Disket / Floppy A 48.8% 11.6% 23.3% 9.3% 4.7% 2.3% 2.16 1.38

Purata 38.7% 10.5% 25.2% 13.2% 8.9% 3.5% 2.53 1.41

Item E2 (N=43)

TPG STY TY AY Y SY MinSisihan piawai

Sejauh manakah anda yakin menggunakan ….a) Microsoft Word 44.2% 9.3% 16.3% 16.3% 11.6% 2.3% 2.49 1.58b) Microsoft Excel 53.5% 16.3% 20.9% 7.0% 2.3% 0.0% 1.88 1.12c) Microsoft Powerpoint 51.2% 14.0% 23.3% 4.7% 7.0% 0.0% 2.02 1.26d) Internet Explorer 41.9% 14.0% 18.6% 20.9% 2.3% 2.3% 2.35 1.40e) Email 88.4% 2.3% 2.3% 4.7% 2.3% 0.0% 1.30 0.91f) Game 48.8% 2.3% 20.9% 9.3% 9.3% 9.3% 2.56 1.78g) Windows Media Player 46.5% 4.7% 20.9% 16.3% 9.3% 2.3% 2.44 1.55

Purata 53.5% 9.0% 17.6% 11.3% 6.3% 2.3% 2.15 1.37

Jadual 9: Tahap Keyakinan responden menggunakan komputer sebagai Alat Bantu Belajar. (N=43)

Scale reliability = 0.794; 1.57 - 2.71 = Rendah, 2.72 - 3.87 = Sederhana, 3.88 - 5.00 = Tinggi

Keyakinan dan kesediaan responden untuk menggunakan komputer dalam pembelajaran pula adalah sederhana. Kebanyakan responden bersedia menggunakan internet untuk mencari maklumat dan bahan pembelejaran iaitu peratus yang bersetuju ialah 50.0% dan 42.9%. Kebanyakan responden juga setuju menggunakan komputer sebagai alat bantu belajar dan menggunakan CD pembelajaran dengan peratus yang bersetuju masing-masing sebanyak 69.8% dan 64.3 peratus.

Walau bagaimanapun, min keseluruhan adalah pada tahap sederhana iaitu pada nilai 3.63. Ini kerana masih ramai responden tidak yakin menggunakan Microsoft Powerpoint untuk membuat persembahan kerja kumpulan, menggunakan Microsoft Word untuk menaip kerja kursus dan menghantar kerja rumah kepada guru menggunakan email. Secara keseluruhan, hanya 56.2% sahaja responden mempunyai keyakinan menggunakan komputer sebagai alat bantu belajar.

Untuk menentukan sama ada terdapatnya kaitan antara Tahap Literasi Komputer Pelajar (dari segi pengetahuan) dengan Keyakinan mereka menggunakan komputer dan Keyakinan mereka menggunakan komputer sebagai alat bantu belajar (ABB), ujian “Pearson Chi-Square” daripada “Crosstabulation” dijalankan untuk menentukan nilai P atau sig.Jadual 10: Ujian Crosstabulation di antara Tahap Literasi Komputer dengan keyakinan pelajar menggunakan komputer. (N=43)

b = missing value

16

Item E3 (N=43) STS TS KS S SS Min StdSaya yakin menggunakan komputer sebagai alat bantu belajar semasa kelas dijalankan. 4.7% 4.7% 11.6% 69.8% 9.3% 3.74 0.88Saya yakin menggunakan Microsoft Word untuk menaip laporan kerja kursus. 2.4% 4.8% 31.0% 45.2% 16.7% 3.69 0.90Saya yakin menggunakan Microsoft Powerpoint untuk membuat persembahan kerja kumpulan. 2.4% 16.7% 28.6% 45.2% 7.1% 3.38 0.94Saya bersedia menghadapi peperiksaan menggunakan komputer (on-line). 14.3% 9.5% 21.4% 40.5% 14.3% 3.31 1.26Saya bersedia belajar menggunakan CD pembelajaran. 2.4% 4.8% 9.5% 64.3% 19.0% 3.93 0.84Saya setuju menghantar kerja rumah atau kerja kursus melalui email kepada guru. 14.6% 9.8% 36.6% 34.1% 4.9% 3.05 1.12Saya yakin menggunakan internet untuk mencari maklumat dan bahan pembelajaran. 2.4% 0.0% 4.8% 50.0% 42.9% 4.31 0.78

Purata 6.2% 7.2% 20.5% 49.9% 16.3% 3.63 0.96

 Tahap Keyakinan Jumlah

Besarb Rendah Sederhana Tinggi

Tahap Literasi

b 1 (2.3%)       1 (2.3%)Rendah   19 (44.2%) 10 (23.3%) 1 (2.3%) 30 (69.8%)

Sederhana     6 (14%) 3 (7%) 9 (20.9%)Tinggi       3 (7%) 3 (7%)

Jumlah Besar 1 (2.3%) 19 (44.2%) 16 (37.2%) 7 (16.3%) 43 (100%)

Chi-Square Tests

Value dfAsymp. Sig.

(2-sided)Pearson Chi-Square 71.718(a) 9 .000Likelihood Ratio 38.020 9 .000N of Valid Cases 43

a = 14 cells (87.5%) have expected count less than 5. The minimum expected count is .02.

Daripada keputusan ujian “Chi-Square” didapati nilai P = 0.000 iaitu lebih kecil daripada 0.005. Ini bermakna, terdapatnya kaitan antara tahap literasi komputer pelajar dengan keyakinan mereka menggunakan komputer. Tahap literasi komputer yang rendah menyebabkan mereka kurang yakin menggunakan komputer. Tahap literasi komputer yang rendah juga memungkinkan responden mengalami sindrom “Computer Anxiety” yang menyebabkan mereka tidak yakin menggunakan komputer.

Jadual 11: Ujian Crosstabulation di antara Tahap Literasi Komputer dengan kesediaan pelajar menggunakan komputer sebagai Alat Bantu Belajar. (N=43)

b = missing valueChi-Square Tests

Value dfAsymp. Sig.

(2-sided)Pearson Chi-Square 5.129(a) 9 .823Likelihood Ratio 6.523 9 .687N of Valid Cases 43

a =14 cells (87.5%) have expected count less than 5. The minimum expected count is .07.

Daripada keputusan ujian “Chi-Square” di atas, didapati nilai P = 0.823. Ini menunjukkan bahawa tidak ada kaitan antara Tahap Literasi Komputer pelajar dengan kesediaan mereka menggunakan komputer sebagai Alat Bantu Belajar. Ini bermakna, walaupun pelajar mempunyai tahap literasi komputer yang rendah mereka masih bersedia untuk menggunakan komputer sebagai alat bantu belajar (ABB).

Data yang diperolehi daripada soal selidik guru juga dianalisis secara statistik. Ia merupakan pandangan secara umum guru yang mengajar tingkatan lima terhadap tahap kemahiran dan pengetahuan komputer para pelajar berdasarkan pengalaman dan pemerhatian mereka untuk menyokong dapatan daripada soal-selidik. Pandangan guru ini ditentukan menggunakan Skala Likert iaitu dari “Sangat setuju” kepada “Sangat tidak setuju” dengan singkatan; SS=Sangat setuju, S=Setuju, Sd=sederhana , TS=tidak setuju dan STS=Sangat tidak setuju.Jadual 12: Pandangan guru terhadap penggunaan komputer pelajar

17

 Tahap Keyakinan Jumlah

Besarb Rendah Sederhana Tinggi

Tahap Literasi

b - -  1 (2.3%)  - 1 (2.3%)Rendah 4 (9.3%) 2 (4.7%) 14 (32.6%) 10 (23.3%) 30 (69.8%)Sederhana -  1 (2.3%) 6 (14%) 2 (4.7%) 9 (20.9%)Tinggi  - -  1 (2.3%) 2 (4.7%) 3 (7.0%)

Jumlah Besar  4 (9.3%) 3 (7.0%) 22 (51.2%) 14 (32.6%) 43 (100%)

Scale reliability = 0.755

Daripada jadual 12, seramai 50.0% responden guru sangat setuju bahawa kebanyakan pelajar belum menguasai kemahiran asas komputer seperti penggunaan keyboard dan mouse. 75% pula sangat setuju bahawa para pelajar mereka tidak pernah atau jarang menggunakan komputer untuk membuat kerja sekolah. Begitu juga, semua guru (100%) bersetuju bahawa para pelajar masih belum mahir menaip.

Pandangan guru terhadap kemahiran pelajar menggunakan perkakasan dan aplikasi komputer juga ditentukan menggunakan Skala Likert iaitu dari “Tidak pernah guna” kepada “Sangat mahir” dengan menggunakan singkatan “TPG=Tidak pernah guna, KM= kurang mahir, S=Sederhana, M=Mahir, dan SM=Sangat mahir”.

Jadual 12: Pandangan guru terhadap kemahiran pelajar menggunakan komputer.

Scale reliability = 0.763

Daripada jadual di atas, sebanyak 87.5% dan 62.% guru mengatakan bahawa pelajar tidak pernah menggunakan MS Powerpoint dan Internet serta Excel masing-masing. Secara keseluruhan, sebanyak 37.5% responden guru mengatakan bahawa pelajar tidak pernah menggunakan aplikasi komputer yang dinyatakan.

Untuk mengenal pasti adakah pelajar yang tidak ada kemahiran komputer memberi kesan ke atas proses P&P guru, soalan berikut ditanya dalam soal-selidik guru: “Adakah pelajar yang mempunyai masalah menggunakan komputer mengganggu proses P&P anda? Berikan sebabnya.” Seramai 62.5% responden guru mengatakan “Ya”, dan 37.5% mengatakan “Tidak”.

18

Item (N=8) SS S Sd TS STS Min StdRamai pelajar belum menguasai kemahiran asas komputer seperti penggunaan keyboard dan mouse. 50.0% 25.0% 25.0% 0.0% 0.0% 1.75 0.89Pelajar saya sangat jarang atau tidak pernah menggunakan komputer untuk membuat laporan kerja kursus atau kerja rumah. 75.0% 25.0% 0.0% 0.0% 0.0% 1.25 0.43Ramai pelajar masih belum mahir menaip. 37.5% 62.5% 0.0% 0.0% 0.0% 1.63 0.52

Purata 54.2% 37.5% 8.3% 0.0% 0.0% 1.54 0.61

Item (N=8) Kemahiran menggunakan : TPG KM S M SM Min

Sisihan piawai

keyboard 0.0% 62.5% 25.0% 12.5% 0.0% 2.50 0.76

mouse. 12.5% 37.5% 50.0% 0.0% 0.0% 2.38 0.74

disket 37.5% 12.5% 50.0% 0.0% 0.0% 2.13 0.99

MS word 0.0% 62.5% 25.0% 12.5% 0.0% 2.50 0.76

MS Powerpoint 87.5% 12.5% 0.0% 0.0% 0.0% 1.13 0.35

Internet 62.5% 37.5% 0.0% 0.0% 0.0% 1.38 0.52Excel 62.5% 37.5% 0.0% 0.0% 0.0% 1.38 0.52

Purata 37.5% 37.5% 21.4% 3.6% 0.0% 1.91 0.66

Berikut merupakan antara penyataan yang dipetik daripada borang soal selidik daripada mereka yang mengatakan “Ya”.

“Banyak masa dibazirkan bagi membantu pelajar untuk mengoperasikan komputer”(Responden B)

“Melambatkan P&P kerana perlu membantu pelajar yang kurang mahir. Lagipun mereka ramai. Kadang-kadang terpaksa pergi dari satu PC ke satu PC.”

(Responden F)

“Melambatkan proses P&P, guru terpaksa mengajar pelajar menggunakan komputer selain daripada mengajar subjek.”

(Responden G)Berdasarkan penyataan responden di atas, maka jelaslah bahawa tahap literasi

komputer yang rendah di kalangan pelajar mengganggu dan melambatkan proses P&P. Hal ini disebabkan guru terpaksa meluangkan masa membantu pelajar mengoperasikan komputer disamping menyampaikan pelajaran mereka.

Kesimpulan dan Cadangan

Literasi Komputer sememangnya suatu cabang ilmu dan pengetahuan ICT yang diperlukan oleh golongan pelajar untuk membolehkan mereka mencapai ilmu pengetahuan lain dengan lebih berkesan di samping menyediakan mereka hidup dalam masyarakat berorientasikan maklumat. Di samping itu, ilmu ini juga amat diperlukan dalam hampir setiap bidang pekerjaan yang sudah tentu perlu dikuasai oleh mereka sebelum memasuki alam pekerjaan. Kekurangan ilmu dalam bidang ICT bukan sahaja menyukarkan mereka mencari pekerjaan, tetapi menyebabkan mereka menjadi masyarakat yang kurang produktif dan kurang berdaya saing.

Hasil tinjauan ini menunjukkan tahap literasi komputer pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah luar bandar Sarikei adalah rendah. Namun tahap kesedaran mereka tentang kepentingan dan impak teknologi ini adalah sederhana. Lebih daripada separuh pelajar tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya tentang teknologi ICT dan komputer khasnya. Lebih menyedihkan lagi, kekurang literasi komputer yang rendah ini akan membataskan penggunaan komputer oleh pelajar disebabkan mereka tidak tahu menggunakannya dan akhirnya menyebabkan sindrom kebimbangan terhadap komputer (computer anxiety). Walaupun pelajar ini mungkin didedahkan dengan penggunaan komputer semasa P&P berlaku, tetapi itu tidak cukup kerana literasi komputer bukan sahaja mengetahui dari segi teori tetapi yang lebih penting ialah kemahiran secara amali. Dalam erti kata lain, para pelajar ini perlu diberikan pendedahan yang lebih kerap kepada penggunaan komputer.

Projek Perkomputeran Sekolah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan merupakan satu langkah yang amat positif dalam membasmi buta komputer di kalangan pelajar kerana ia dapat menyediakan akses kepada teknologi ini. Namun apa yang dibimbangi

19

ialah pelajar di sekolah luar bandar yang rata-ratanya datang dari keluarga yang tidak mampu memiliki komputer sendiri tidak mendapat manfaat yang secukupnya daripada projek ini. Ini kerana sambutan pelajar terhadap kegunaan makmal komputer sekolah agak dingin kerana kebanyakan mereka tidak berminat menggunakan komputer disebabkan masih buta komputer. Keadaan ini samalah seperti memberikan sebuah novel kepada seorang kanak-kanak tadika yang belum pandai membaca. Kurangnya literasi komputer di kalangan pelajar memungkin mereka tidak dapat menggunakan komputer sebagai alat bantu belajar dan akhirnya menggagalkan perancangan guru untuk menggunakan komputer dalam bilik darjah.

Untuk mengatasi masalah ini maka dicadangkan supaya kajian perlu dibuat berkenaan mewajibkan subjek tambahan Literasi Komputer dilaksanakan di sekolah-sekolah khasnya sekolah luar bandar. Selain dari itu, beberapa program yang menumpukan kepada peningkatan literasi komputer di kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar khasnya perlu dilaksanakan supaya mereka ini setanding dengan pelajar di bandar yang sememangnya diketahui lebih terdedah kepada teknologi ICT ini. Antara program yang sesuai ialah kursus asas ICT terutamanya kemahiran mengoperasikan komputer dan kemahiran pemprosesan perkataan disamping kemahiran mendapatkan maklumat daripada Internet. Untuk meningkatkan motivasi penggunaan komputer dan kesedaran pelajar terhadap teknologi ICT ceramah dan bengkel mungkin perlu diadakan.

20

Rujukan:

Baharuddin Aris, Mohammad Bilal Ali, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2001) Sistem Komputer & Aplikasinya, Kuala Lumpur, Venton Publishing (m/s 2 & 3).

Bandura, A. (1991). Self- efficacy mechanism in physiological activation and health- promoting behavior. In J. Madden, IV (Ed.), Neurobiology of learning, emotion and affect (pp. 229- 270). New York: Raven. http://www.positivepractices.com/DataCollection/technologyRelatedInstrume.html (6 Mei 2006)

Brian Harvey. (1983) Stop Saying ``Computer Literacy''!, Classroom Computer News, University of California, Berkeley.

http://www.cs.berkeley.edu/~bh/stop.html ( 20 April 2006)

Colleen McKenna. (2001) Introducing computers into the assessment process: what is the impact upon academic practice? Education-line Database, University College London. www.leeds.ac.uk/educol/documents/00001805.htm (Mei 2006)

Devadason Robert Peter. (1999) Empowering Student Teachers to Communicate Ideas Using IT.. Jilid 2, Jurnal Penyelidikan, Maktab Perguruan Batu Lintang.

George J. Hess, Jr. (1999) The Computer Literacy of Prospective Music Students: A

Survey School of Music, Central Michigan University. http://music.utsa.edu/tdml/conf-VI/VI-Hess.html (5 April 2006)

Glenn Finger, Neil and Glenn Russell (1999), Information Technology and Australian Teachers: Real Time: Computers, change and schooling - National Sample Study of the Information Technology Skills of Australian School Students, Gold Coast Campus Griffith University, Asutralia. http://www.aare.edu.au/99pap/fin99548.htm (17 Mei 2006)

Hong Kian Sam, (1998) Dari Literasi Komputer ke Kompetensi Teknologi, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak. http://members.tripod.com/~Devadason/seminar/Hong.html (08 Mei 2006)

Ian John Cole. (2005) Computer Literacy and Skills System (CLaSS) A Software Development Project into Computer and Information Literacy for Nursing Students, Department of Health Sciences at the University of York, Online Journal

Nursing Informatics (OJNI), USA. http://www.eaa-knowledge.com/ojni/ni/8_3/cole.htm (Mei 2006)

21

Ian Reid (1997) Computer Literacy in Higher Education, University of South Australia, Annual Conference, The Australian Society for Computers in Learning in Tertiary Education (ASCILITE) Website. http://www.ascilite.org.au/conferences/perth97/papers/Reid/Reid.html (Mei 2006)Lau Hieng Soon (2005) Persepsi Impak Awal Program Pensiangan – Salinatan: Implikasi Kecekapan Tukaran Ekonomi, Jurnal MAPERA, Jld. 16, (m/s 29).

Ibrahim etl, (1997) Kajian Celik Komputer di Kalangan Guru-guru Negeri Perak, bppp kpm, okt 1997. http://members.tripod.com/~ilhamnet/Kajian.htm (Apr 2006)

Peter Seth. (2002) Implications of Student Computer Literacy Competency in Balob Teachers College on the Primary Teachers College Computer Literacy Unit and Years Beyond Training, Balob Techers College, National Department of Education, PNG. http://www.pngteachereducation.com/pastep/seth.php(Apr 2006)

Ramlan Abd. Wahab. (2000) K-Ekonomi Tidak Terhad Penggunaannya, Artikel No. 03, laman web K-Ekonomi. http://www.webspawner.com (28 Mei 2006)

Roger Harris (2001) Internet Access by Remote Communities in Sarawak: The Smart School as a Demonstrator Application, Research Projects implemented by Universiti Malaysia Sarawak.

http://www.amic-web.org/ict/external/awards/98232fr.htm (18 Mei 2006)

Scott Childers. (2006) Computer Literacy: Necessity or Buzzword? American Library Association (ALA), LITA Publications, ITAL, Vol 22, No. 3. http://www.lita.org/ala/lita/litapublications/ital/2203childers.htm (14 Jun 2006)

Sharon Fass McEuen. (2001) How Fluent With Information Technology Are Our Students? A Survey of Students from Southwestern University Explored How FIT They See Themsleves. Southwestern University, Georgetown, Texas. (m/s 9, 13, 14

dan 16)

SKSAIHE. (2001). Supporting Key Skills Achievement in Higher Education web site, [online] http://www.keyskillsnet.org.uk/supportpack/foreword.html#intro_1 (Mei 2006)

Songan, P, Harris, R., Bala, P., & Khoo, G. L. (2000) Awareness and usage of information technology in a rural community of Bario, Sarawak. In M. Leigh (Ed.), Borneo 2000: Politics, History & Development. Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia . 560-575

The WER Team, International Labour Organization (ILO). (2001) The Employment Strategy Department. National Report on the ICT Sector in Malaysia http://www.bib.ulb.ac.be/cdrom/wer_lawitie/back/rub_toc.htm (26 April 2006).

22

Webopedia, The#1 Online Ecyclopedia Dedicated to Computer Literacyhttp://www.pcwebopedia.com/TERM/c/computer_literacy.html (17 Mei 2006)

Wikipedia (the free encyclopedia on-line). http://en.wikipedia.org/wiki/Computer_Literacy (20 April 2006)

23