utamakan budaya pembelajaran

2
ARKIB : 06/05/2008 Utamakan budaya pembelajaran TRONOH 5 Mei - Kerajaan harus meletakkan budaya pembelajaran, analitikal dan intelektual sebagai keutamaan dalam agenda negara jika mahu membangunkan modal insan, titah Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah. Titah baginda, sekiranya kerajaan mahu mengelakkan jurang perbezaan sosial dan membangunkan modal insan adalah wajar pandangan terhadap tiga perkara itu diperluaskan. Menurut baginda, matlamat itu boleh dicapai jika kerajaan berusaha merapatkan jurang antara institusi pendidikan di negara ini dengan luar negara. ''Apa yang kita perlukan ialah melihat cara kita menanam nilai dan kepercayaan dalam mempromosikan pembelajaran di kalangan rakyat Malaysia. ''Kita perlu kurangkan pendekatan yang hanya memberi penekanan kepada aspek membaca, menulis dan peperiksaan kerana budaya pembelajaran sebenar lebih luas. ''Rakyat negara ini perlu digalak 'memburu' maklumat daripada sekadar menerimanya secara pasif sahaja," titah baginda ketika menyampaikan ceramah bertajuk 'Cabaran Pembangunan Modal Insan' di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini hari ini. Kira-kira 2,000 orang terdiri daripada penuntut UTP dan pelajar sekolah menengah mengikuti syarahan yang disampaikan oleh baginda. Raja Nazrin bertitah, segala bentuk pendekatan yang diambil biarpun membawa kepada perbezaan perspektif perlu diterima bagi menggalakkan rakyat bersikap terbuka pada idea baru dan berlainan.

Upload: melodies-marbella-biebie

Post on 11-Nov-2015

224 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

akrib 2008

TRANSCRIPT

ARKIB : 06/05/2008Utamakan budaya pembelajaranTRONOH 5 Mei - Kerajaan harus meletakkan budaya pembelajaran, analitikal dan intelektual sebagai keutamaan dalam agenda negara jika mahu membangunkan modal insan, titah Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.Titah baginda, sekiranya kerajaan mahu mengelakkan jurang perbezaan sosial dan membangunkan modal insan adalah wajar pandangan terhadap tiga perkara itu diperluaskan.Menurut baginda, matlamat itu boleh dicapai jika kerajaan berusaha merapatkan jurang antara institusi pendidikan di negara ini dengan luar negara.''Apa yang kita perlukan ialah melihat cara kita menanam nilai dan kepercayaan dalam mempromosikan pembelajaran di kalangan rakyat Malaysia.''Kita perlu kurangkan pendekatan yang hanya memberi penekanan kepada aspek membaca, menulis dan peperiksaan kerana budaya pembelajaran sebenar lebih luas.''Rakyat negara ini perlu digalak 'memburu' maklumat daripada sekadar menerimanya secara pasif sahaja," titah baginda ketika menyampaikan ceramah bertajuk 'Cabaran Pembangunan Modal Insan' di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini hari ini.Kira-kira 2,000 orang terdiri daripada penuntut UTP dan pelajar sekolah menengah mengikuti syarahan yang disampaikan oleh baginda.Raja Nazrin bertitah, segala bentuk pendekatan yang diambil biarpun membawa kepada perbezaan perspektif perlu diterima bagi menggalakkan rakyat bersikap terbuka pada idea baru dan berlainan.Titah baginda, selain budaya pembelajaran, masyarakat Malaysia juga harus meningkatkan pembangunan dalam budaya analitikal.''Kita perlu banyak merenung dan faham 'apa', 'bagaimana' dan 'kenapa' sesuatu perkara itu kita lakukan.''Tanpa budaya analitikal ini, setiap keputusan dibuat akan menimbulkan pelbagai pandangan dan prejudis berbanding logik dan bersebab," titah baginda.Raja Nazrin bertitah, pembangunan intelektual pula sudah tidak lagi menjadi perhatian utama dalam kebanyakan masyarakat termasuklah negara-negara kaya yang kelihatan enggan menyokong budaya tersebut.Bagaimanapun, jelas baginda, ramai yang tidak menyedari bahawa tanpa budaya ini, adalah sukar dan hampir mustahil bagi sesuatu negara itu mendapatkan ilmu pengetahuan yang semakin berkembang hebat ketika ini.''Jika kita mahu membangunkan modal insan, kita harus memiliki komuniti yang mengamalkan budaya kerja yang banyak bertanya, mencabar dan berfikir," titah baginda.Selain itu, titah baginda, institusi pengajian tinggi, pihak industri, badan bukan kerajaan, alim ulama, kerajaan dan masyarakat perlu memainkan peranan bagi menjayakan agenda berkenaan.

Artikel Penuh:http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0506&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_08.htm&arc=hive#ixzz3WL8SeyVq Utusan Melayu (M) Bhd