budaya sekolah

127
BUDAYA SEKOLAH SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION LECTURER: PROF.DR.MARZITA PUTEH

Upload: annurinsyirah

Post on 04-Dec-2014

14.693 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

Tajuk 11

TRANSCRIPT

Page 1: Budaya sekolah

BUDAYA SEKOLAH

SME 6044CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

LECTURER: PROF.DR.MARZITA PUTEH

Page 2: Budaya sekolah

SUZANA BINTI AYOBM20111000355

NOR ASHIKIN BINTI SUEDM20111000451

SITI RAUDHAH BINTI ISMAIL

M20111000737

SITI KHALIJAH BINTI AB. RAHIM

M20111000735

KUMPULAN 11

Page 3: Budaya sekolah

Marimuth

u (1990)

•Budaya sekolah terdiri daripada nilai-nilai, kepercayaan, pengetahuan dan tradisi, cara berfikir dan tingkah laku yang semuanya berbeza daripada institusi-institusi sosial lain.

Stolp (1994)

•Pola maksud yang disampaikan oleh warga sesebuah sekolah. Pola-pola ini termasuk norma, nilai, kepercayaan, upacara-upacara, tradisi, dan mitos. Sistem maksud ini akan membentuk cara individu berfikir dan bertindak.

Kamaruddin

(1995)

•Budaya sekolah secara umumnya boleh didefinisikan sebagai cara hidup di sekolah yang sebenarnya dihasilkan oleh pelajar dan sebahagiannya oleh guru. Terdapat dua jenis budaya iaitu budaya formal dan budaya informal. Budaya formal ini mementingkan pencapaian akademik dan kaedah untuk mencapai matlamat tersebut. Manakala budaya informal sekolah pula ialah apa sahaja selain untuk mencapai kepentingan budaya formal sekolah seperti budaya bertutur, berpakaian, berbahasa dan lain-lain.DEFINISI BUDAYA SEKOLAH

Page 4: Budaya sekolah

• Budaya sekolah adalah di persepsi sebagai mempunyai fungsi interpretasi dan normative. Ia menyediakan petunjuk kepada ahli-ahli bagaimana acara-acara dan tindakan-tindakan di interpretasikan dan pada masa yang sama menyelaraskan cara mana mereka dikehendaki bertingkah laku.

Harris et.al

(1997)

• Budaya sekolah boleh di ertikan sebagai cara hidup sekolah yang meliputi segala amalan sekolah di luar dan di dalam bilik darjah yang mencerminkan nilai, kepercayaan dan norma yang dikongsi bersama oleh warganya, ada yang telah di warisi turun-temurun, ada yang telah dibentuk oleh warga sekolah itu sendiri.Sharifah

(2000)

DEFINISI BUDAYA SEKOLAH

Page 5: Budaya sekolah

Dalam bidang pendidikan, tidak terdapat satu definisi yang tepat dalam mendefinisikan budaya sekolah

(Stolp 1994)

Budaya sekolah merupakan cara warga sekolah itu melakukan sesuatu yang telah dipersetujui berdasarkan

norma, nilai dan kepercayaan mereka.

DEFINISI BUDAYA SEKOLAH

Page 6: Budaya sekolah

(Bolman&Deal,1991. Sharifah Md Nor, 2000).

• Unsur budaya sekolah dikatakan penentu kepada keberkesanan sesebuah sekolah

(Morgan 1986)

• Sekolah yang mempunyai budaya yang lemah mencerminkan kelemahan dalam pengurusan. Budaya organisasi yang lemah boleh menimbulkan konflik dalaman. Konflik dalaman yang tidak dapat dikawal ini akan menjejaskan misi dan matlamat sekolah dan pada masa yang sama akan menjejaskan usaha-usaha ke a rah kecemerlangan

(Dubrin & Ireland 1993; Robbins 1997)

• Sebaliknya sebuah sekolah yang mempunyai budaya yang kuat akan mempunyai guru-guru yang mengikut arahan, bekerjasaama, mempunyai iltizam yang tinggi, semangat kekitaan yang tinggi, mempunyai nilai yang dikongsi bersama, berpegang teguh kepada nilai teras dan dikongsi secara meluas, menunjukkan persetujuan yang tinggi di kalangan ahli terhadap sesuatu perkara dan patuh pada nilai-nilai organisasi tanpa banyak persoalan

BUDAYA SEKOLAH

Page 7: Budaya sekolah

Budaya sekolah merupakan komponen yang sangat penting untuk memajukan sekolah iaitu

dengan memastikan budaya sekolah positif dan memberi perhatian kepada ibu bapa, guru dan pelajar. Dengan itu dapat menghasilkan

persekitaran penyayang, mencapai matlamat sekolah dan meningkatkan pencapaian pelajar.

( Sergiovanni , 2000 )

Page 8: Budaya sekolah

ISU 1:SIAPAKAH YANG MEMBENTUK

BUDAYA SEKOLAH

Page 9: Budaya sekolah

Memandangkan budaya sekolah dibentuk oleh warganya maka

budaya boleh berubah dan orang yang paling berpengaruh untuk mengubah dan mencorakkan

budaya sekolah ialah kepemimpinan pengetua/guru

besar sekolah

(Sergiovanni, 2000)

Page 10: Budaya sekolah

Sebagai ketua pentadbir sekolah, pengetua adalah orang yang penting dan bertanggungjawab dalam membentuk budaya yang positif. Budaya sekolah yang positif dapat mewujudkan pola-pola perhubungan manusia yang baik, suasana yang tenteram, keadaan persekitaran sekolah yang

bersih serta dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti keilmuan.

Walau bagaimanapun budaya sekolah yang diinginkan oleh seseorang pengetua itu tidak wujud dengan sendirinya. Ia adalah hasil pengurusan

dan di sinilah peranan pengurus itu menjadi sangat penting, lebih khusus lagi peranan pengurus sebagai pemimpin organisasi.

Keadaan ini akan dapat melahirkan kesan positif terhadap proses pembelajaran dan penghayatan nilai murni. Dengan cara demikian,

usaha untuk pembentukkan akhlak dan sahsiah pelajar dapat berjalan dengan lancar dan berkesan (Pusat Perkembangan Kurikulum 1991).

Oleh itu pengetahuan tentang budaya sekolah adalah penting bagi mereka (Fiore 2000).

BUDAYA SEKOLAH & PENGETUA / GB

Page 11: Budaya sekolah

Bagi pengetua yang baru bertugas di sesebuah sekolah pula, beliau harus peka terhadap budaya sekolah yang sedia ada. Pengetua baru ini

akan mengalami kesulitan untuk menjalankan tugas, jika beliau tidak memahami budaya sekolah itu. Pembaharuan dan perubahan akan

sukar dilaksanakan jika beliau tidak memahami apakah nilai-nilai yang dianggap penting oleh guru, ibu bapa dan pelajar sekolah itu.

• Budaya sekolah banyak bergantung kepada kepimpinan pengetua. Pengetua mempunyai kuasa dalam membentuk budaya sekolahnya sendiri dan untuk melakukan perubahan ini, ia mungkin memakan masa yang lama.

• Ini adalah kerana warga sekolah yang berada itu telah biasa dengan budaya yang sedia ada. Tetapi perubahan ini akan menimbulkan konflik. Apa yang harus dilakukan oleh pemimpin adalah dengan melakukan perubahan itu secara perlahan dan meningkatkan masa berinteraksi dengan para guru.

• Pengetua yang mengetuai sistem pengurusan sekolah mestilah memupuk semangat kekitaan dan kepunyaan di kalangan warga sekolah dan melibatkan guru-guru dalam proses perancangan dan membuat keputusan.

BUDAYA SEKOLAH & PENGETUA / GB

Page 12: Budaya sekolah

Seseorang pengetua perlu mempunyai pengetahuan dan latihan mencukupi dalam melaksana peranan mereka khususnya untuk mempengaruhi, memimpin dan menggerakkan seluruh organisasi sekolah ke arah mencapai matlamat. Ini memerlukan pengetua yang berketrampilan dan mempunyai sikap serta sahsiah yang terpuji.

Dalam merealisasikan matlamat pendidikan negara, kepemimpinan pengetua berperanan sebagai tunggak utama kepada pembangunan pendidikan berkualiti iaitu merujuk kepada pengurusan sekolah yang cemerlang dan kemantapan dalam kepemimpinan pendidikan. Dalam erti kata lain, kemantapan kepemimpinan sekolah dilihat sebagai pemacu ke arah penghasilan pendidikan yang berkualiti (Lokman et. al. 2008).

BUDAYA SEKOLAH & PENGETUA / GB

Page 13: Budaya sekolah

Cabaran terbesar kepada pengetua ialah mmemastikan organisasi sekolah berjalan dengan efisien dan efektif. Menurut Al Ramaiah (1999) kepemimpinan pengetua mempunyai kesan yang signifikan terhadap inovasi pendidikan. Kejayaan dan kegagalan sekolah bergantung kepada kebolehan pengetua memimpin stafnya.

Menurut Hussein (1993) berdasarkan kajian sekolah berkesan peranan pengetua sering dibicarakan sebagai faktor yang menyebabkan kejayaan sesebuah sekolah. Oleh itu, pengetua perlu memainkan peranannya dengan berkesan supaya sekolah terus cemerlang.

BUDAYA SEKOLAH & PENGETUA / GB

Page 14: Budaya sekolah

ISU 2:KEPEMIMPINAN PENGETUA / GURU BESAR DI MALAYSIA BELUM MENCAPAI TAHAP

PROFESSIONAL

Page 15: Budaya sekolah

• Pentadbiran sekolah di bawah pimpinan seorang pengetua telah menjadi suatu bidang yang memerlukan pengetahuan, kecekapan, pengalaman mengajar dan mentadbir yang tinggi.

• Kepimpinan dan pengurusannya dengan misi dan visinya boleh menentukan hala tuju institusi pendidikan yang diamanahkan kepadanya.

• Professional bererti pengetua adalah orang yang pakar dalam bidangnya dan yakin akan keunggulan pekerjaan yang dijalankan kerana ciri-ciri professional itu ialah kecekapan, komitmen,dedikasi,pengorbanan dan kepakaran.

• Ciri-ciri yang ada ini pula tidak dibiarkan statik > meningkatkan kecemerlangan > menambah kemahiran-kemahiran baru, membawa sikap baru yang lebih positif. Beliau tidak membiarkan kepentingan peribadi berkonflik dengan kepentingan rasmi.

Page 16: Budaya sekolah

• Budaya sekolah wujud daripada sistem sekolah melalui amalan pengurusan pengetua. Jika pengurusan pendidikan negara ini belum mencapai tahap professional, sukar bagi sekolah untuk menjalankan program-program peningkatan pendidikan

Hussein (1993)

• Pengetua-pengetua sekolah menengah belum mencapai tahap sebagai pengurus sekolah yang berkesan. Pengurus-pengurus sekolah di Malaysia didapati kurang mahir mengurus sekolah masing-masing sedangkan mereka merupakan orang yang penting bagi mencapai matlamat sekolah.

Mohd Noh (2001)

• “Taraf pendidikan dan pengurusan pendidikan di negara ini belum mencapai tahap professional, maka dengan itu pengurusan berkualiti yang biasanya dapat merealisasikan program-program peningkatan pendidikan sukar dicapai. Untuk mencapai taraf pendidikan yang tinggi, terlebih dahulu taraf pengurusan perlu dibaiki sehingga mencapai tahap professional. Sekiranya pengurus terutama di peringkat sekolah tidak berusaha meningkatkan kemahiran mereka maka taraf profesional tersebut sukar untuk dicapai”.

Abdul Shukor (2001)

Page 17: Budaya sekolah

Akta Pelajaran 1961

Di Malaysia, jawatan pengetua sekolah belum diberi status pentadbir ataupun profesional. Hal ini

demikian kerana Akta Pelajaran 1961 masih menganggap pengetua sebagai guru sekolah dan

jawatan itu tidak dimasukkan ke dalam senarai pegawai pentadbiran.

Dalam Laporan Aziz ( 1971 ) :

Jawatan pengetua sekolah tidak di masukkan ke dalam

kategori profesional.

Page 18: Budaya sekolah

2.1 Lantikan Jawatan Pengetua• Perkhidmatan Pendidikan Malaysia ialah perkhidmatan yang terbuka.

Oleh itu, mana-mana pegawai dalam perkhidmatan tersebut boleh dilantik sebagai pengetua sekolah menengah oleh Kementerian Pelajaran. Walaubagaimanapun, mengikut amalan biasa, guru sekolah lah yang dipilih untuk kenaikan pangkat sebagai pengetua berdasarkan kepada pengalamannya dalam pengajaran atau pentadbiran.

• hanya mendapat latihan asas dalam bidang pendidikan perguruan sahaja > bergantung kepada pengalaman kerja, panduan dan nasihat rakan sejawat, mengikut kaedah “trial and error” atau surat-surat pekeliling pentadbiran dan ikhtisas yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran.

• Di luar negara; (Amerika Syarikat) : jawatan pengetua dimohon oleh individu yang berkelayakan.

• Menurut Ketua Pengarah Pendidikan (2001), Datuk Seri Dr. Abdul Shukor Abdullah : `` di Amerika Syarikat (AS), pentadbiran sesebuah sekolah tidak diganggu kerajaan,'' katanya.

Page 19: Budaya sekolah

• Dalam konteks lantikan jawatan pengetua di Malaysia, jawatan pengetua lazim diberikan kepada guru kanan yang berada pada akhir perkhidmatan tanpa mengambil kira sama ada mereka mempunyai pengalaman dan ilmu tentang pengurusan sekolah atau sebaliknya.

• Hussein Hj Ahmad (2001) ; Brown et. al. (2002) : lantikan pengetua berdasarkan kekananan sebagai guru tidak akan menjamin kecekapan dalam pengurusan malah menimbulkan persoalan adakah pengetua dapat memimpin sekolah dengan berkesan jika hanya tinggal beberapa tahun untuk bersara? Malahan mereka dikatakan tidak sempat merealisasikan visi mereka kerana kekangan masa.

Page 20: Budaya sekolah

Apabila seseorang guru dilantik menjadi pengetua tanpa latihan

profesional, ia akan menghadapi satu dilema

tentang tugasnya kerana tidak ada bidang tugas atau panduan

tertentu untuk ia berfungsi sebagai pengetua sekolah

yang berkesan.

Page 21: Budaya sekolah

Laporan Aziz ( 1971 ) berbunyi:

“ ..... taraf pentadbiran sekolah-sekolah kita masih rendah daripada jangkaan. Terdapat pengetua/gb yang dilantik

memegang jawatan pentadbiran sekolah didapati tidak mempunyai

latihan pengurusan yang mencukupi malah terdapat antara mereka yang

dilantik tidak pernah mengikuti latihan tentang pengurusan sekolah. Oleh itu, ketika membuat keputusan di sekolah mereka hanya berpandukan kepada institusi dan pertimbangan mereka

sendiri”

Page 22: Budaya sekolah

Profesion pengetua sekolah atau ‘principalship’ adalah unik jikalau dibandingkan dengan profesion lain kerana sesiapa yang ingin menjadi

pengetua sekolah tidak perlu dilatih terlebih dahulu

W.G. Walker ( 1989 ) berkata :“ If a man is to be a teacher we train

him to be a teacher; if an engineer, we train him to be an engineer. But if a

man is to be a good principal? Of course, we do not, unless we wish to

delude ourselves by referring to several years of class teaching which may or

may not provide some vicarious experiences in administration as

"training".

Page 23: Budaya sekolah

Ishak Sin (2007) telah mendedahkan bahawa terdapat pentadbir pendidikan yang tidak diberikan latihan formal sebelum dilantik ke jawatan pentadbiran sedangkan ia amat perlu dalam menentukan keberkesanan kepemimpinan.

Implikasinya….

• Kelemahan dalam kepemimpinan pengetua• Sekolah menjadi tempat latihan pengetua.

Contohnya….

• Laporan Aziz 1971 jelas menunjukkan kelemahan sistem lantikan pentadbiran sekolah berdasarkan kekananan sebagai guru tanpa mengambil kira aspek latihan pengurusan. Akibat tidak mempunyai ilmu tentang pengurusan, pengetua didapati kerap menggunakan institusi ketika membuat keputusan dan mentadbir yang menyebabkan sering berlakunya salah tafsiran dan kesilapan membuat perancangan di sekolah.

• Laporan Jemaah Nazir Sekolah 2001 dan Audit Sekolah 2001 turut mendapati bahawa 40% sekolah di Malaysia menghadapi masalah pengurusan kewangan yang berakar umbi kurangnya pengetahuan dan tidak peka pengetua terhadap ilmu pengurusan sekolah khususnya pengurusan kewangan.

Page 24: Budaya sekolah

Institut Aminuddin Baki (IAB)

Bertanggungjawab memastikan dimensi penting pengurusan pendidikan diberi keutamaan dalam menjamin kejayaan pemantapan kualiti pendidikan negara, selaras dengan hasrat KPM di bawah NKRA

bagi sektor pendidikan. Kualiti dan profesionalisme kepimpinan pendidikan perlu dibangunkan dalam persekitaran budaya kecemerlangan yang berpaksikan kepada etos masyarakat

berpengetahuan.

Latihan merupakan fungsi utama IAB dalam usaha melahirkan para pengurus dan pemimpin pendidikan yang profesional, progresif dan dinamik. Pelabagai kursus jangka panjang dan jangka pendek yang dijalankan.

2.2 Usaha-Usaha Untuk Mempertingkatkan Profesionalisme Kepimpinan Pendidikan

Page 25: Budaya sekolah

Kursus-Kursus Jangka Panjang

•Kursus asas yang meliputi asas-asas pengurusan. Para peserta akan didedahkan kepada konsep-konsep, prinsip-prinsip dan teknik-teknik asas pengurusan yang berkaitan secara langsung dengan tugas utama mereka. Diharap kursus ini akan dapat membantu pengurus sekolah mengurus sekolah secara lebih berkesan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

KURSUS KEPIMPINAN

PENGURUSAN PENDIDIKAN

(KKPP)

•Kursus ini direka bentuk dengan mengambil kira keperluan pengurus dan pemimpin sekolah dalam mengurus dan memimpin sekolah. Tujuan utama ialah menyediakan barisan pelapis pemimpin pendidikan yang mampu menerajui sekolah ke arah kecemerlangan. Telah dilaksanakan buat pertama kalinya pada tahun 2010, dengan pengambilan kohort pertamanya pada bulan jun2010.

•Sasaran : guru-guru penolong kanan, pegawai-pegawai di PPD, JPN dan KPM

PROGRAM KELAYAKAN

PROFESIONAL KEPENGETUAAN

KEBANGSAAN (NPQEL)

Page 26: Budaya sekolah

• Kesinambungan kepada program ini, peserta yang layak ditemu duga untuk mengikuti Program Persiswazahan Guru Besar (PPGB) selama dua tahun dengan separuh gaji. Apabila tamat dengan jayanya peserta dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

• Sehingga tahun 2010, 1,438 orang gb telah terpilih untuk mengikuti program ini yang dilaksanakan secara usahasama dengan beberapa buah universiti tempatan di seluruh Negara. Program yang mensasarkan usaha untuk memastikan sekurang-kurangnya 50% gb di sekolah rendah memiliki ijazah sarjana muda menjelang tahun 2010 ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2005 dengan pengambilan seramai 300 orang peserta sebagai permulaan.

PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN

GURU BESAR (PKPGB)

Page 27: Budaya sekolah

• Kursus – kursus jangka pendek yang dianjurkan IAB, PPD, JPN

• Kursus-kursus di Universiti-universiti tempatan: menawarkan program sarjana pengurusan pendidikan

• Sarjana Kepengetuaan :

Pada tahun 1999 ini, satu usaha telah dilaksanakan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) untuk membekalkan program latihan kepada bakal-bakal pengetua dengan ciri-ciri kepimpinan dan kepakaran yang mereka perlukan apabila menerajui sesebuah institusi pendidikan. Sebagai satu kesinambungan kepada program yang dijalankan oleh IAB itu, sebuah Institut Pengetua telah ditubuhkan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya pada tahun 1999 untuk menawarkan program-program yang komprehensif untuk pengetua mendalami ilmu pengetahuan akademik dan kepakaran dalam bidang kepengetuaan, dan akhirnya boleh dianugerahkan ijazah dalam bidang berkenaan. Sebagai rancangan masa hadapan, program Sarjana Kepengetuaan akan ditawarkan kepada calon-calon daripada institusi lain.

Page 28: Budaya sekolah

Di England– Sesiapa yang ingin menjadi seorang pentadbir sekolah

diwajibkan menyertai dan menyempurnakan program latihan National professional Qualification for Leadership (NPQH). – (Bush & Jackson 2002).

– Mulai 1 April 2004, semua guru besar atau pengetua yang dilantik buat pertama kalinya ke jawatan tersebut mestilah mempunyai atau sedang berusaha mendapatkan kelayakan dalam latihan NPQH.

– Menjelang 1 April 2009, NPQH merupakan syarat mandatori bagi semua guru besar & pengetua baru seperti yang termaktub dalam seksyen 135, akta pendidikan 2002 (DFES 2004a). Hal ini menunjukkan bahawa kepimpinan dan pengurusan telah diiktiraf sebagai faktor penting dalam mempertingkatkan standard pendidikan.

Page 29: Budaya sekolah

Petikan Utusan Malaysia: 24/9/98• Soal memperkasa kepimpinan pengetua yang dibincangkan

oleh 250 pengetua dalam persidangan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Menengah di Taman Negara Resort (TNR), Kuala Tahan,

• Pengetua masa depan ialah guru-guru yang terpilih dan kemudian dilatih dengan teori dan amali kepengetuaan, supaya akhirnya mampu menjadi pemimpin dan bukan sekadar pentadbir sekolah.

• Pemilihan pengetua di kalangan guru paling kanan yang menjadi antara faktor pelantikan sebagaimana amalan sekarang tidak lagi relevan.

Page 30: Budaya sekolah

• Pengetua masa depan ialah mereka yang memiliki ciri-ciri dan kemahiran tertentu, yang prosesnya dibuat melalui latihan dan bukannya melalui pengalaman mengajar di kelas semata-mata. Mereka adalah kalangan guru-guru terpilih yang pada umur awal 30-an lagi sudah dilatih dan didedahkan dengan pelbagai aspek sistem pendidikan negara.

• Persidangan kelolaan Persatuan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah (PKPSM) yang mewakili 1,565 pengetua, mencapai kata sepakat meluluskan resolusi menyokong langkah Kementerian Pendidikan supaya guru dilatih dahulu sebelum dilantik sebagai pengetua. Resolusi ini bertepatan dengan tema persidangan ke-37 persatuan tersebut iaitu Memperkasa Kepimpinan Pendidikan Ke Arah Sekolah Berkesan.

Page 31: Budaya sekolah

• Berdasarkan kenyataan Datuk Dr. Zulkarnain Awang, KS KPM (21 Jan 2007), Pengenalpastian calon gb/pengetua boleh dibuat melalui kelayakan mereka sendiri dan melalui permohonan. Beliau turut menyatakan bahawa mulai tahun 2007, permohonan perlu dibuat calon untuk menjadi pengetua/gb. Ini bermaksud faktor kekananan atau senioriti bukan lagi keutamaan untuk pelantikan.

(Hasni dan Mariam 2007)

• PIPP 2006-2010 : hanya calon yang berdedikasi dan menunjukkan komitmen tinggi terhadap jawatan pengurusan & bukannya berasaskan kelulusan akademik semata-mata akan dilantik menjadi gb/pengetuap)

Page 32: Budaya sekolah

NKRA: Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar

4. Mempertingkatkan dengan ketara prestasi guru besar dan pengetua melalui pengurusan prestasi

Mulai tahun 2010:• prestasi sekolah akan berasaskan kepada skor komposit yang

mengandungi 70% gred Purata sekolah dan 30% skor SKPM• pencapaian kesemua 9,900 sekolah akan disenaraikan mengikut

kedudukan dan diumumkan pada setiap tahun mulai tahun 2010.• untuk melayakkan diri bagi anugerah, sekolah harus mencapai

sasaran skor komposit yang ditetapkan atau sasaran penambahbaikan dalam kedudukan prestasi. Memperoleh laporan audit tanpa teguran dan mencapai sasaran literasi dan numerasi (sek. Rendah).

• Selain itu gb dan pengetua mestilah memperoleh LNPT lebih dari 90 dan bebas dari tindakan disiplin

Page 33: Budaya sekolah

• gb dan pengetua yang mengatasi sasaran akan diberi ganjaran kewangan dan bukan kewangan (misalnya program pendidikan, kenaikan pangkat yang dipercepatkan dan sijil pengiktirafan)

• guru-guru di sekolah yang mempunyai gb atau pengetua yang layak menerima ganjaran juga berkelayakan untuk menerima ganjaran kewangan.

• kira-kira 10% yang berprestasi tercorot akan dikenalpasti berdasarkan kepada skor komposit yg terendah. Mereka akan diberi latihan dan bimbingan dalam usaha untuk membantu mereka mempertingkatkan tahap prestasi mereka. Jika usaha-usaha ini tidak efektif, maka tindakan seperti pemindahan dan persaraan pilihan akan diambil.

Page 34: Budaya sekolah

SKPM 2010: Standarad Kualiti Pendidikan Malaysia

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti– Menjadikan SKPM 2010 rujukan induk standard pendidikan Negara– Terdiri daripada lima standard iaitu:

• Kepimpinan dan Hala tuju• Pengurusan Organisasi• Pengurusan Kurikulum, kokurikulum dan sukan, HEM• Pembelajaran dan Pengajaran• Kemenjadiaan Murid

• Kelima-lima standard tersebut digunakan untuk mengukur tahap kecemerlangan sekolah. Setiap standard terdiri daripada satu senarai aspek. Setiap aspek terdiri kriteria kritikal. Bagi setiap kriteria kritikal pula, disediakan deskripsi skor.

Page 35: Budaya sekolah

Standard 1: Kepimpinan Dan Hala Tuju

No.aspek Aspek Kriteria Kritikal Skor

1.1 Gaya Kepimpinan Kepimpinan sekolah mengamalkan gaya kepimpinan berkesan untuk mengembleng tenaga warga sekolah kea rah pencapaian matlamat sekolah.

1.2 Penetapan dan Pelaksanaan hala tuju

Kepimpinan sekolah memastikan visi dan misi sekolah menjadi hala tuju seluruh warga sekolah kea rah pencapaian matlamat dan objektif sekolah.

1.3 Kemahiran komunikasi Kepimpinan sekolah mengamalkan komunikasi berkesan untuk perkongsian idea dan maklumat

1.4 Kemahiran merancang Kepimpinan sekolah menerajui penyediaan perancangan strategic (pelan strategik, taktikal, operasi) untuk mencapai matlamat dan objektif sekolah

1.5 Kemahiran memotivasi dan menggerakkan warga sekolah

Kepimpinan sekolah memotivasikan warga sekolah untuk meningkatkan kualiti kerja

1.6 Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaiakan masalah

Kepimpinan sekolah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan sekolah.

1.7 Kepimpinan instruksional Kepimpinan sekolah menerajui pelaksanaan kurrikulum dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya belajar

1.8 Perkongsian kepimpinan Kepimpinan sekolah mewujudkan perkongsian tanggungjawab bagi memupuk kesedaran tanggungjawab bersama dalam mengurus sekolah.

Page 36: Budaya sekolah

Cadangan Penambahbaikan PIPP 2006-2010(PIPP 2011-2015)

JPN Perak : Perkembangan baru PIPP

• Membangunkan modal insan

Peningkatan kadar literasi murid di peringkat sekolah rendah dijadikan KPI untuk Guru besar, PPD dan Pengarah JPN.

• Memperkasakan SK

Setiap pengetua / guru besar diberi tempoh percubaan selama setahun (kegagalan mencapai KPI yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan)

• Memartabatkan Profession Keguruan

Semua Pengetua/Guru besar memakai lencana (badge) seperti “saya agen perubahan” atau “saya guru berkualiti” mulai tahun 2010

• Melonjakkan Kecemerlangan Institut Pendidikan

- Memantapkan jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak tempatan dan luar Negara seperti IPTA/IPTS bagi melonjakkan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) bidang kebitaraan masing-masing.

- Menyediakan mekanisme penilaian bagi membolehkan murid menilai guru dan guru menilai pentadbir sekolah untuk tingkatkan kecemerlangan SKK

-80% daripada pelajar daripada SKK perlu cemerlang dalam bidang kebitaraan sekolah tersebut pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

-Semua pengetua/guru besar perlu mengekalkan prestasi lebih 80% berdasarkan SKPM sekurang-kurangnya 3 tahun berturut-turut.

Page 37: Budaya sekolah

GRED PENGETUA• Sistem pendidikan di Malaysia telah menetapkan bahawa terdapat dua gred

jawatan pengetua iaitu pengetua DG 48 dan penetua Kanan DG54. Matlamat utama perlantikan jawatan pengetua kanan adalah sebagai pakar rujuk yang arif dan cekap dalam pengurusan sekolah. Pengetua kanan dituntut member khidmat nasihat kepada pengetua baru supaya mereka dapat mengurus sekolah berdasarkan sistem yang betul. Jawatan pengetua kanan dianugerahkan kepada pengetua yang telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang iaitu markah prestasi melebihi 90% selama 3 tahun berturut-turut.

(Lokman et al 2008)

• Kementerian Pelajaran telah menambah bilangan jawatan pengetua dan guru besar gred Jusa C dan DG54 dalam usaha mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) Bidang Hasil Utama Negara (NKRA) untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata kementerian telah menambah jawatan pengetua cemerlang Jusa C daripada 10 kepada 20 jawatan dan DG54 daripada 200 kepada 435 jawatan manakala DG52 masih kekal dengan 400 jawatan.

Bernama.com 8 Julai, 2009

Page 38: Budaya sekolah

ISU 3: TUGAS DAN

PERANAN PENGETUA

Page 39: Budaya sekolah

•Menegaskan bahawa tugas pengetua tidak terhad hanya kepada tugas rutin pentadbiran sahaja malah mereka perlu menggerakkan segala bentuk sumber dan modal insan di bawah tadbirannya terutama guru supaya mereka dapat menyumbang khidmat dengan komited dan efektif

Mc Nulty et. al. 2005

•Tugas utama pengetua tidak terhad hanya melaksanakan fungsional seperti pengelolaan, penyelarasan, dan penilaian tetapi perlu menjadi suri teladan atau sumber inspirasi kepada guru-guru.

Shields (2005) &

Day et. al. (2000)

•Peranan pengetua sekolah kini hanya sebagai pentadbir dan bukan pemimpin pendidikan professional seperti yang diinginkan oleh pihak KPM iaitu mencakupi peranan sebagai pendidik, pembimbing guru serta pemimpin yang dapat menjana kesetiaan guru supaya lebih komited dan produktif

Abdul Shukor

Abdullah (2004)

Page 40: Budaya sekolah

Pengetua itidak mempunyai pengalaman dengan tugas-tugas pengurusan/pentadbiran sekolah, apatah lagi dalam soal kepimpinan.

Menjadi pengetua bererti melakukan tugas-tugas yang berbeza dengan tugas-tugas seorang guru seperti, menghadapi orang-orang dewasa (guru dan ibu-bapa), tekanan-tekanan dan keperluan-keperluan kerja dan sebagainya. Dalam waktu yang sama mereka juga menjadi tumpuan untuk segala maklumat dan pemimpin disekolah. Ini bererti para pengetua memerlukan bukan sahaja kemahiran yang berbeza tetapi juga kebolehan dalam mendapatkan kerjasama dari kakitangan bawahannya.

Morris et.al (1984) mendapati pengetua menerima tekanan kerja yang banyak dari pihak atas seperti dari pihak (PPD/JPN) dalam bentuk arahan dan peraturan.

Pengetua ini juga dibebankan dengan tugas-tugas pentadbiran dan surat menyurat yang datangnya dari semua peringkat yang kebanyakkannya memerlukan tindakan segera. Dan adakalanya pengetua ini terperangkap dalam satu keadaan iaitu di antara tuntutan pihak atasan dengan kehendak di sekolah iaitu daripada kaitangan sekolah, ibu-bapa dan masyarakat tempatan.

Page 41: Budaya sekolah

PERANAN PENGETUA

• PEMIMPIN PENGAJARAN • PEMIMPIN PENTADBIRAN &

PENGURUSAN.

Page 42: Budaya sekolah

1.Stail Kepim-pinan

2.Perso-naliti /

Ketokohan

3.Kepim-pinan4. Keilmuan

5.Komuni-kasi

3.1 Isu-isu Yang Berkaitan Dengan Kekuatan Pengurusan dan Kepemimpinan Yang Perlu Ada Pada

Seseorang Pengetua Sekolah Iaitu :

Page 43: Budaya sekolah

6.Pengikti-rafan

7.Komit-men

8.Keberke-sanan /

kecemer-langan9.Kemahi-ran

10.Kesiha-tan

Page 44: Budaya sekolah
Page 45: Budaya sekolah

ISU 4: PERANAN PENGETUA YANG MENGUTAMAKAN

TUGAS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH DAN MENGABAIKAN FUNGSINYA SEBAGAI

KEPIMPINAN PENGAJARAN.

Page 46: Budaya sekolah

Menurut Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di sekolah KementerianPendidikan Malaysia (1982),

fungsi utama kepemimpinan pengetua atau guru besar mestilah:

“...Cekap dan banyak menghabiskan masa mengelolakan aktiviti pembelajaran di sekolah. Mengekalkan penyeliaan sekolahnya dengan cara yang berkesan, bertindak sebagai pakar runding, penasihat dan koordinator bagi program pengajaran dan pembelajaran di sekolah, dan perlu juga menghabiskan masa yang lebih dalam kegiatan profesional guru dan pelajar." Jawatankuasa itu turut mengingatkan pengetua atau guru besar supaya:

"...dan jangan hanya bekerja semata-mata sebagai pentadbir yang berkurung di bilik mengeluarkan arahan dan surat arahan atau surat siaran.“

Malah, kebanyakan penulis dan penyelidik dalam pendidikan mengakui bahawa kebanyakan pengetua/guru besar yang dapat mewujudkan sekolah yang berkesan atau sekolah cemerlang berfungsi sebagai pemimpin pengajaran.

Page 47: Budaya sekolah

pengetua yang berkesan adalah ketua-ketua yang menitik beratkan soal pencapaian matlamat sekolah, ekspektasi dan kehendak ibu-bapa.

Disebaliknya, bagi pengetua yang kurang/tidak berkesan pula menganggap tugas-tugas pengurusan dan kepimpinan sebagai masalah

yang utama.-Leithwood dan Montgomery (1984)-

Perhubungan pengetua dengan guru-guru; di mana para guru lebih suka soal-soal yang berkaitan dengan pengajaran dijadikan hak mereka,

tanpa gangguan atau campur-tangan dari pengetua mereka . Akibatnya, pengetua ini menumpukan perhatian hanya kepada tugas-tugas

pentadbiran sekolah sahaja.-McPherson &Crowson (1982)-

Laporan Jemaah Nazir (2001), menunjukkan kebanyakan pengetua tidak memberi panduan kurikulum kepada guru masing-masing, sebaliknya

lebih mirip kepada pentadbiran am sahaja, tidak dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, terutama pedagogi serta pendekatan

melaksanakan kurikulum.

Page 48: Budaya sekolah

Kajian Dalam Negara

(Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, 1987)

Kajian Luar Negara

(Mangieri dan Arnn (1985))

•melaporkan kerja yang dilakukan oleh pengetua daripada enam buah sekolah. Kajian ini mendapati bahawa pengetua banyak menghabiskan masa mereka,dalam kerja pentadbiran khususnya hal-hal yang berkaitan dengan surat menyurat dan perkhidmatan. •Pengetua telah menghabiskan tidak kurang daripada 2jam sehari untuk surat-menyurat.•banyak masa pengetua diisi dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan kutipan data yang diperlukan oleh pelbagai pihak. •pengetua dalam kajian ini mempunyai persepsi bahawa bidang:

1 perancangan (9% daripada masa kerja sebulan)2.Pengawalan (7%)3.Kepemimpinan (7%)4.Perhubungan (5%)5.Penyelesaian masalah (3%)6.masa yang selebihnya juga ditumpukan kepada pengurusan kewangan dan akaun sekolah serta penyeliaan.

- kajian tentang jenis aktiviti yang banyak dijalankan oleh para pengetua. Sampel kajiannya itu terdiri daripada 111 orang pengetua dari sekolah yang terkenal dan berjaya. Mereka dapati kerja pengetua ini dapat dikelompokkan ke dalam tiga dimensi mengikut keutamaan iaitu:

1.Penyeliaan pengajaran

2.Penilaian prestasi guru dan kurikulum/perkembangan pengajaran

3.Pentadbiran

Dimensi terakhir iaitu pentadbiran merupakan aktiviti yang paling rendah dalam susunan pangkat iaitu yang paling sedikit dijalankan oleh pengetua berjaya.

Page 49: Budaya sekolah

Kepimpinan pengajaran merupakan tindakan yang dilakukan oleh pengetua yang mampu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang turut melibatkan guru,murid,ibubapa, perancangan sekolah, pengurusan sekolah, kemudahan sumber dan budaya sekolah (Hallinger dan Murphy 1987)

Laporan Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pendidikan di sekolah-sekolah, KPM 1982 melaporkan bahawa pengetua bertanggungjawab terhadap pencapaian murid di sekolah dengan menyarankan peralihan tugas utama pengetua iaitu dari pentadbir sekolah kepada pemimpin pengajaran.

Menurut Shahril (2001) peranan pengetua yang hanya menjalankan pentadbiran sekolah kini tidak lagi sesuai untuk mencapai matlamat pendidikan bagi memenuhi Wawasan 2020 yang menuntut pelbagai perubahan dalam sektor pendidikan.

Dalam melaksanakan fungsi-fungsi kepemimpinan pengajaran ini pengetua seharusnya tahu serta mampu menggunakan orientasi yang sesuai. Pengetua juga perlu melibatkan guru dalam aktiviti, memberi maklumat yang cukup kepada guru, menerima pandangan guru secara terbuka dan menghargai sumbangan guru.

mewujudkan suasana yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Bagaimanapun pengetua selalu menghadapi kesempitan waktu untuk mencerap guru-guru dalam kelas. Kebanyakan masa dihabiskan untuk menyelesaikan urusan di sekolah atau di luar sekolah lebih mustahak dan perlu dilaksanakan segera.

Page 50: Budaya sekolah

Pertama, peranan pengetua yang hanya melaksanakan tugas pengurusan dan pentadbiran

sekolah didapati tidak berkesan.

Kedua, pengetua telah dikenalpasti sebagai orang yang amat penting di sekolah dan sebagai

pembolehubah yang penting bagi menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu inovasi pendidikan

di sekolah termasuklah juga prestasi pelajar.

banyak inovasi pendidikan telah gagal, oleh sebab pengetua kurang melibatkan diri secara berkesan

dalam pelaksanaan inovasi tersebut.

Hussein Mahmood (2008)

Page 51: Budaya sekolah

Intipati Ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Cemerlang Ketiga di Institut Aminuddin Baki

(02-11-2010, Bernama)

dimensi pentadbiran dan pengurusan, dan dimensi kepimpinan pengajaran.

dimensi terpenting yang perlu dimainkan oleh pengetua adalah dimensi kepimpinan pengajaran terutama dalam mencorakkan iklim dan budaya pengajaran dan pembelajaran. Dalam dimensi ini pengetua berperanan memberi kepimpinan, galakan dan sokongan kepada guru dan murid di samping mewujudkan keadaan persekitaran yang kondusif, sihat serta memberangsangkan proses pengajaran dan pembelajaran,

Kepimpinan pengajaran yang diamalkan oleh pengetua bukan sahaja boleh menentukan pencapaian matlamat sesebuah sekolah tetapi juga boleh memberi kesan kepada keseluruhan individu yang berada dalam organisasi tersebut.

dimensi pentadbiran dan pengurusan tidak harus disisihkan kerana kedua-dua saling berkaitan bagi memastikan keberkesanan proses pembangunan modal insan dapat dicapai.

kepimpinan pendidikan perlu menekankan tentang pentingnya membina semula dan membuat

penyesuaian terhadap perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat. kepimpinan pendidikan perlu mempunyai kecenderungan untuk membawa perubahan sosial yang membina, mengenal pasti kelemahan-kelemahan kontroversi dan konflik, dan seterusnya mengambil pendekatan strategik bagi menangani isu dan permasalahan yang wujud

Page 52: Budaya sekolah

ISU 5 : PERKONGSIAN

(MISI / VISI/ MATLAMAT/ OBJEKTIF SEKOLAH)

Page 53: Budaya sekolah

1.warga sekolah tidak berkongsi visi/misi

sekolah yang tidak menentukan hala tuju proses pendidikannya pasti tidak mempunyai criteria

untuk mengukur sama ada sekolah berjaya melaksanakan

proses itu atau tidak

(Krug 1992)

2.Murid adalah golongan yang diabaikan dalam usaha

merealisasikan misi sekolah

3. Ibubapa dan waris murid juga harus dilibatkan dalam usaha merealisasikan misi

sekolah

4.Visi dan misi yang

tidak realistik

Page 54: Budaya sekolah

Purkey dan Smith (di dalam Owen 2011) berpendapat kebolehan pengetua menjelaskan matlamat dengan baik merupakan satu ciri pengetua yang berkesan. Peranan ini dapat memastikan semua pihak memahami, menghayati dan melaksanakan program yang dirancang mengikut kerangka yang telah ditetapkan. Dalam hal ini pengetua berperanan memastikan matlamat sekolah sentiasa dirujuk. 

• memastikan matlamat sekolah mampu diterjemahkan oleh guru-guru dalam pengajaran bilik darjah. Pengetua juga berperanan memastikan proses p&p dijalankan selari dengan matlamat sekolah. 

• Matlamat sekolah yang diterjemahkan melalui pengajaran dalam bilik darjah kemudiaannya dipantau oleh pengetua dengan menguatkuasakan dasar akademik, memberi sokongan kepada aktiviti pengajaran, menjaga masa pengajaran, serta melakukan pencerapan dan penilaian pengajaran guru.

• memberi sokongan kepada guru-guru yang melaksanakan tugas mereka mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

• Pengetua juga memastikan murid-murid berkebolehan dalam pelajaran diberi perhatian dengan menetapkan piawaian yang tinggi serta dimaklumkan tentang jangkaan sekolah terhadap prestasi mereka. Bagaimanapun pengetua kurang memberi penekanan dalam pelaksanaan piawaian kemajuan murid iaitu membina jangkaan tinggi untuk pencapaian murid merupakan aspek yang penting yang perlu dilaksanakan pengetua.

Page 55: Budaya sekolah

Adakalanya sukar untuk membentuk visi sekolah kerana guru-guru mempunyai nilai dan visi tersendiri. Oleh demikian ada baiknya jika guru-guru memperjelaskan nilai-nilai dan kepercayaan mereka dan lihat bagaimana semua ini dapat dihubungkaitkan dengan guru-guru lain. Pemahaman terhadap visi sekolah adalah sebagai daya pemandu yang menentukan hala tuju sekolah.

Sebagai pendidik, guru-guru haruslah memahami visi dan aspirasi negara kerana di tangan gurulah generasi akan datang dibentuk

(Mahathir 1999)

 

Penetapan matlamat pula membantu sesebuah organisasi untuk menterjemahkan misinya kepada sasaran prestasi yang spesifik dan boleh diukur. Matlamat sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam apa bidang sekalipun perlu disebar kepada semua warga sekolah. Dengan adanya maklumat yang tepat tentang matlamat sekolah, maka semua warga sekolah akan merasa bertanggungjawab untuk bersama-sama menjayakan matlamat murni ini

(Anuar, 2000)

 

Page 56: Budaya sekolah

ISU 6 : PENYELIAAN PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS OLEH

PENGETUA/GURU BESAR

Page 57: Budaya sekolah

ISU - ISU DALAM PENYELIAAN:

1.Pemimpin sekolah tidak menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran kerana kesibukan mengurus dan mentadbir sekolah.

2. Terdapat pemimpin sekolah yang beranggapan berjalan di sekeliling blok bangunan bilik darjah bagi memastikan guru dan murid berada di kelas sebagai sebahagian daripada penyeliaan.

3.Sesetengah pemimpin sekolah berpendapat adalah memadai berada di kelas selama 10 minit atau kurang bagi mendapatkan gambaran status pengajaran dan pembelajaran.

Page 58: Budaya sekolah

5.Pemimpin sekolah menjalankan penyeliaan tanpa garis panduan atau tidak memberi maklum balas kepada guru bagi tujuan membimbing dan penambahbaikan.

6.pemimpin sekolah menggunakan instrumen penyeliaan sebagai senarai semak tanpa membuat penilaian secara kualitatif dan beranggapan pengajaran dan pembelajaran yang memenuhi ciri-ciri yang disenaraikan dalam senarai semak itu sebagai pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang.

4.pemimpin sekolah yang tidak berpeluang menjalankan penyeliaan menurunkan kuasa kepada barisan guru penolong kanan bagi menyempurnakan tugas itu, tetapi tidak mendapatkan maklum balas dan laporan kemajuan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

Page 59: Budaya sekolah

7.Terdapat pemimpin sekolah yang berpendapat guru yang berpengalaman tidak perlu diselia

9.Penyeliaan yang dijalankan hanya berfokus pada pengajaran guru tanpa menghiraukan aspek pembelajaran murid kerana menganggap terdapat pertalian sebab akibat antara pengajaran dengan pembelajaran. Jika pengajaran berjalan dengan baik, dengan sendirinya pembelajaran dianggap berlaku.

8.Pemimpin sekolah tidak bersifat professional semasa penyeliaan pengajaran dan pembelajaran kerana kurang memiliki kemahiran bimbingan dan mentoring.

10. Isu Pengurus Pertengahan

Page 60: Budaya sekolah

Guru yang tidak memahami tujuan dan objektif penyeliaan sering berada dalam keadaan tertekan apabila diselia oleh pemimpin atau wakil-wakilnya.

Ada juga guru yang berfikiran kurang terbuka yang sentiasa mempunyai buruk sangka dan beranggapan pemimpin menyelia dan menilai pengajaran mereka untuk mencari kesalahan.

Selain isu kesibukan membuat persediaan dan mengajar, sikap guru pada

idea penyeliaan itu sendiri adalah salah satu cabaran utama pemimpin di sekolah.

Penyeliaan bertujuan memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti penyampaian pengajaran para guru secara berterusan bagi memantapkan tahap pembelajaran murid dan membangunkan modal insan.

Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran sebenar nya adalah suatu

proses jaminan kualiti yang bersifat pembangunan kerana penambahbaikan perlu sentiasa dibuat mengikut keperluan. (James ang & Balasandran 2009).

Page 61: Budaya sekolah

Sekolah yang baik atau Sekolah Yang Tidak Baik?

Sepanjang kerjaya saya sebagai seorang wartawan, saya tidak pernah melihat

sekolah yang baik dipimpin oleh pengetua yang lemah, atau sekolah yang lemah

dipimpin oleh pengetua yang baik. Saya telah melihat sekolah-sekolah yang tidak berjaya diubah menjadi sekolah-sekolah berjaya, dan kesalnya, sekolah-sekolah terkemuka merosot dengan cepat. Bagi setiap kes, jatuh bangunnya sesebuah sekolah dengan mudah boleh dikaitkan

dengan kualiti pengetua.

Terjemahan: ‘Good School or Bad School?Fred M.Hechinger, presiden, New York

Times

Page 62: Budaya sekolah

HUBUNGAN GURU DENGAN BUDAYA

SEKOLAH

62

Page 63: Budaya sekolah

Guru Dan Budaya Sekolah

• Cheng (1993) dalam kajiannya mendapati sekolah yang mempunyai budaya yang kukuh menghasilkan guru yang bermotivasi, persekitaran organisasi yang kaya dengan idealogi, penyertaan bersama dan kepimpinan berkarisma.

63

Page 64: Budaya sekolah

(sambungan…)

• Guru atau pendidik merupakan tunjang dan pelaksana yang paling utama untuk menjayakan reformasi pendidikan pembangunan sumber manusia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Wan Mohd Zahid, 1994).

64

Page 65: Budaya sekolah

(sambungan…)

• Oleh itu, guru patut didedahkan dengan budaya sekolah yang positif dan kolaboratif untuk memupuk semangat yang tinggi dan motivasi kendiri agar nilai-nilai murni dapat dijayakan melalui aktiviti kokurikulum dan interaksi dalam sekolah.

65

Page 66: Budaya sekolah

KOMITMEN GURU DENGAN KEPEMIMPINAN PENGETUA

66

ISU 1

Page 67: Budaya sekolah

Takrifan Komitmen

• Mowday, Steer dan Porter (1979), menjelaskan komitmen sebagai tingkah laku individu yang mempunyai satu kepercayaan yang kuat terhadap nilai dan matlamat organisasi, semangat sukarela untuk meningkatkan pencapaian organisasi dan keinginan yang kuat untuk terus berada dalam organisasi.

67

Page 68: Budaya sekolah

(sambungan…)

• Mowday, Porter dan Steers (1982), komitmen organisasi yang tinggi adalah dilihat sebagai faktor positif di antara pekerja dengan organisasi, pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi merasakan dirinya selamat, dipunyai dan mempunyai kepuasan terhadap pekerjaan dan prospek organisasi. Pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi akan menunjukkan prestasi kerja yang tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai komitmen yang rendah.

68

Page 69: Budaya sekolah

Hubungan Komitmen Guru dengan Kepimpinan Pengetua

• Ishak dan Mastura (2010) menyatakan bahawa tingkah laku kepimpinan pengetua mempunyai impak yang signifikan kepada kepuasan kerja guru dan komitmen guru terhadap sekolah.

• Kepimpinan merupakan satu aspek kehidupan sosial yang memperlihatkan hubungan manusia, khususnya hubungan antara pemimpin dan pengikut.

69

Page 70: Budaya sekolah

(sambungan…)

• Corak penyeliaan yang diamalkan oleh pengetua kadang-kala akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan guru dan seterusnya akan menjejaskan perhubungan guru dengan pengetua yang akan mempengaruhi komitmen guru terhadap tugasan yang diberikan (Collmer, 1990).

70

Page 71: Budaya sekolah

(sambungan…)

• Yaakob (2007), menyatakan kejayaan sesebuah organisasi mempunyai kaitan rapat dengan kepimpinan sekolah dan komitmen guru.

• Pemimpin mempengaruhi pengikut dalam kebanyakan perkara terutamanya dalam membuat keputusan atau melakukan perubahan bagi meningkatkan kualiti kehidupan pengikutnya.

71

Page 72: Budaya sekolah

(sambungan…)

• Pengetua adalah orang yang bertanggungjawab meningkatkan profesionalisme dan moral guru-gurunya ke tahap yang tinggi dan juga memastikan pelajar-pelajarnya cemerlang dalam bidang akademik(Al Ramaiah,1993);(Lim The Eng, 1986).

• Hellinger dan Hack (1998) menyatakan bahawa sekolah yang lemah boleh bertukar menjadi sekolah yang berkesan dan berjaya dengan adanya kepimpinan pengetua yang berkualiti.

72

Page 73: Budaya sekolah

(sambungan…)

• Walau bagaimanapun, hasrat menjadikan sekolah berkesan tidak akan kesampaian jika guru-gurunya tidak berkesan.

• Guru-guru merupakan staf yang memainkan peranan yang penting bagi memastikan matlamat menjadikan sebuah sekolah berkesan tercapai.

• Matlamat untuk menjadikan sebuah sekolah berkesan tidak akan tercapai sekiranya guru-guru tidak efektif dan efisyen.

73

Page 74: Budaya sekolah

(sambungan…)

• Sejak kebelakangan ini ketidakpuasan kerja di kalangan guru semakin ketara. Antara puncanya ialah tekanan kerja yang wujud dari pelbagai tugas baru. Ini kerana banyak program baru dari berbagai peringkat dalam KPM (Azizi, 2007).

• Guru-guru yang merasa tidak puas terhadap kerjanya lebih cenderung melakukan perlakuan negatif seperti ponteng kelas, kurang beri tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran dan tidak minat mengajar (Burrows dan Mundy, 1996).

74

Page 75: Budaya sekolah

(sambungan…)

• Oleh yang demikian, untuk mewujudkan sekolah berkesan, kepuasan kerja guru-guru mesti diberi keutamaan oleh pengetua.

• Guru-guru yang mempunyai kepuasan kerja yang tinggi akan berasa seronok melaksanakan tanggungjawabnya dan secara tidak langsung komitmen mereka terhadap pencapaian matlamat sekolah juga adalah tinggi (Andermant, Belzer & Smith, 1991).

75

Page 76: Budaya sekolah

(sambungan…)

• Sergiovanni (1984) mengatakan, untuk menjamin kepuasan kerja guru-guru dan komitmen guru-guru terhadap sekolah kekal di tahap yang tinggi, seseorang pengetua itu perlulah memantapkan kualiti kepimpinannya.

• Pengetua yang mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi akan mampu mempengaruhi tingkah laku guru-gurunya supaya semangat kerja terarah kepada pencapaian matlamat (Stogdill, 1974).

76

Page 77: Budaya sekolah

Kepuasan Kerja Guru Dengan Kualiti dan Motivasi

Kerja Guru

77

ISU 2

Page 78: Budaya sekolah

Takrifan Kepuasan Kerja

• Kepuasan kerja adalah kehendak naluri setiap individu yang bekerja. Kehendak ini akan mendorong kepada perasaan tanggungjawab dan penglibatan yang menyeluruh ke arah pencapaian matlamat kerjaya seterusnya menyumbang kepada kepentingan organisasi (Abu Ajip, 1994).

• Azura (2004) menyatakan bahawa kepuasan kerja

merupakan keperluan utama manusia sebagai pekerja dan harus dipenuhi bagi mencapai tahap kesempurnaan kendiri

78

Page 79: Budaya sekolah

Takrifan Kepuasan Kerja

• Dinham and Scott (2000) menerangkan kepuasan kerja merupakan satu perasaan yang diperoleh daripada sesuatu tugas sebagai menepati nilai kerja yang berselarasan dengan keperluan individu.

• Locke (1976) mendefinisikannya sebagai satu keseronokan atau emosi positif secara langsung hasil daripada peghormatan atau pengalaman kerja seseorang.

79

Page 80: Budaya sekolah

Hubungan Kepuasan Kerja Guru dengan Kualiti dan Motivasi Kerja Guru

• Dworkin (1987) telah menjalankan kajian ke atas guru-guru di Wilayah Timur Amerika Syarikat dan mendapati 50 peratus daripada responden akan menukar kerja lain jika diberi peluang. Menurut penemuan kajian tersebut antara puncanya adalah terlalu banyak masa diperlukan untuk kerja-kerja perkeranian, gaji yang tidak memuaskan, dan tidak mendapat kerjasama daripada rakan sejawat. 80

Page 81: Budaya sekolah

(sambungan…)

• Dalam kajian Lim (2005) telah membuktikan bahawa sesetengah guru memang mengalami perasaan tertekan dan telah memikirkan atau mengambil keputusan untuk berhenti atau bersara sebelum sampai umur persaraan. Ini disebabkan ketidakpuasan kerja kerana peranan yang kabur terhadap kerja dan beban kerja yang tinggi.

81

Page 82: Budaya sekolah

(sambungan…)

• Zembylas (2003) pula telah mengemukakan beberapa pandangan berhubung dengan faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja. Antaranya adalah keadaan kerja yang tidak menentu, tiada hubungan yang erat di antara pekerja, penyelia atau pemimpin yang kurang berkesan, dan peluang kenaikan pangkat yang terhad.

82

Page 83: Budaya sekolah

(sambungan…)

• Satu kajian lain yang telah dijalankan oleh Castillo et al., (1999) mengenai sikap dan minat terhadap profesion perguruan dalam kalangan guru-guru pertanian di Ohio telah mendapati bahawa guru-guru tidak puas hati dengan keadaan kemudahan yang disediakan di sekolah. Guru juga tidak berpuas hati terhadap beban tugas yang kian bertambah dan menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk menyelaraskan aktiviti yang lebih kreatif.

83

Page 84: Budaya sekolah

(sambungan…)

• Selain itu, hasil dapatan kajian juga mendapati bahawa sebanyak 55% responden kajian memilih profesion perguruan kerana gagal mendapat pekerjaan lain. Perkara yang lebih menyedihkan adalah lebih kurang 47% responden akan meninggalkan kerjaya ini jika mendapat pilihan lain.

84

Page 85: Budaya sekolah

(sambungan…)

• Menurut Azura (2004), kepuasan kerja dikaitkan dengan kebolehan individu menyesuaikan diri dengan suasana keadaan pekerjaannya. Oleh yang demikian, kurangnya penyesuaian terhadap suasana kerja akan menjejaskan tahap kepuasan kerja yang dialami.

85

Page 86: Budaya sekolah

(sambungan…)

• Kebolehan penyesuaian juga merupakan ciri asas untuk berkomunikasi dengan suasana kerja mereka (Abu Ajip, 1994). Kegagalan menyesuaikan diri menyebabkan pekerja gagal mencapai tahap kepuasan dalam kerja mereka. Jika dilihat dalam fenomena perguruan di Malaysia hari ini, terdapat situasi di mana ilmu yang dipelajari tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana berlainan bidang pengkhususan semasa mengikuti kursus perguruan dengan pengkhususan pengajaran di sekolah.

86

Page 87: Budaya sekolah

(sambungan…)

• Perhubungan antara guru juga adalah penting bagi menjamin kepuasan kerja seseorang. Konflik dalam kalangan guru akan menjejaskan prestasi kerjaya seseorang guru. Semua guru harus bersedia bekerjasama untuk melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran (Markandan, 1984).

87

Page 88: Budaya sekolah

(sambungan…)

• Sekiranya masalah ketidakpuasan guru ini berterusan, bidang pendidikan bukan sahaja akan mengalami masalah guru yang tiada komitmen, tidak dedikasi, dan tidak profesional malahan akan kehilangan tenaga pengajar yang berkualiti dan seterusnya akan menjejaskan produktiviti dan kualiti Pendidikan (Ruhland, 2001)

88

Page 89: Budaya sekolah

(sambungan…)

• Oleh itu, kepuasan kerja adalah penting disebabkan ini merupakan salah satu faktor untuk memperolehi hasil kerja yang optimal. Bagi seseorang yang mempunyai kepuasan dalam pekerjaan tentunya akan terpupuk satu semangat dan komitmen yang mampu membantu dalam penyelesaian tugasan harian pekerjaan mereka. Maka, semangat tersebut bukan saja mampu membantu dalam produktiviti kerja malahan kualiti kerja juga dapat ditingkatkan.

89

Page 90: Budaya sekolah

(sambungan…)

• Hasil kajian yang didapati oleh Mohan Raju dan Srivastava (1999) menunjukkan bahawa pekerja yang mencapai tahap kepuasan yang tinggi dalam pekerjaan adalah lebih komitmen terhadap tugas yang dijalankan.

• Kenyataan ini telah disokong oleh Shann (2001) yang menyatakan bahawa kepuasan kerja merupakan penentu kepada komitmen terhadap pekerjaan.

90

Page 91: Budaya sekolah

(sambungan…)

• Guru yang mempunyai kepuasan tinggi adalah guru yang berkesan dan dapat menghasilkan pelajar yang lebih bermotivasi dan dapat mempertingkatkan pencapaian pelajar (Mertler, 1992).

91

Page 92: Budaya sekolah

PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PELBAGAI BUDAYA

Page 93: Budaya sekolah

• Uben & Huges 1987&Brookover et al. 1996-Budaya sekolah mampu mempengaruhi pencapaian akademik pelajar dan penting apabila dikaitkan dengan kecemerlangan sekolah

• Mortimore(1995)- sekolah yg berkesan merujuk kepada sekolah yg memberi nilai @ hasil (output) iaitu pencapaian akademik dan peningkatan dlm kemahiran asas- menulis, mengira, membaca

Page 94: Budaya sekolah

• Zigarelli(1996)- budaya ke arah pencapaian akademik.

• Nor, 2001; Mahmood, 1989- pemimpin sekolah adalah komponen yang paling penting di sekolah dan corak kepimpinannya menentukan jatuh dan bangunnya inovasi pendidikan termasuk pencapaian murid.

Page 95: Budaya sekolah

• Hallinger & Murphy(1987) – skor ujian adalah indikator yg penting dalam menentukan keberkesanan sekolah.

• Lambert 2003- pencapaian murid dalam konteks kapasiti kepimpinan adalah lebih luas drpd skor ujian.

• Perkins-Gough(2006)- sekolah berimpak tinggi menggunakan skor ujian bagi merancang masa depan dan kurikulumnya.

Page 96: Budaya sekolah

ISU-ISU BERKAITAN BUDAYA DAN PENCAPAIAN PELAJAR1. SK VS SRJKC

• Pencapaian pelajar pelajar SJKC lebih baik daripada pelajar SK.

• Kenapa pelajar berbangsa Cina lebih menguasai Matematik?

• Adakah terdapat perbezaan kaedah pengajaran guru di SJKC dan SK?

Page 97: Budaya sekolah

SK VS SRJKC

• Kerajaan akan mengkaji kaedah pembelajaran Matematik dan Sains di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) berikutan prestasi lebih baik yang dicatatkan murid dalam keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), baru-baru ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Berita Harian |22 November 2009|

Page 98: Budaya sekolah

• Maths helps from Chinese schools- The Star, 21 January 1992

• Ministry studying Chinese approach to Mathematics- New Straits Times, 21 January 1992

• Teaching Maths the Chinese Way - The 3 September 1992

Page 99: Budaya sekolah

BUDAYA SEKOLAH CULTURE DIFFERENCES AND

MATHEMATICS LEARNING IN MALAYSIALIM CHAP SAM

SRJKC SK64% daripada 30 minit pengajaran Matematik digunakan untuk menerangkan konsep dan kemahiran.

43% daripada 30 minit pengajaran Matematik untuk menerangkan konsep dan kemahiran

Page 100: Budaya sekolah

Soalan latihan yang banyak

Soalan latihan yang sedikit

Menghafal sifir dari tahun 2 lagi

Menghafal sifir semasa berada di tahun 5

Kelas tambahan untuk pelajar yang bermasalah dan sejak tahun 4

Kelas tambahan untuk pelajar yang pencapaian baik shj dan untuk pelajar tahun 6 shj.

Page 101: Budaya sekolah

aktiviti pengayaan yang digunakan di SRJKC iaitu: i. Pertandingan

antara kumpulan

ii. Penyelesaian masalah berkumpulan

iii. Menyelesaikan soalan di hadapan kelas

pelajar hanya diberi latihan secara individu dan guru akan berjalan dalam kelas membantu pelajar yang memerlukan bantuan.

Page 102: Budaya sekolah

SK VS SRJKC

• Biggs& Watskin(1996) – pelajar Cina menggunakan kaedah memorization with understanding

• Confucian tradition – faham, refleksi dan menggalakkan kepentingan mengetahui setiap aspek dengan lengkap.

• Di Malaysia, situasi ini berlaku kajian yang telah dibuat oleh Chan kah Yein & Judith Mouseley(2005) Using Word Problems in Malaysian Mathematics Education.

Page 103: Budaya sekolah

ISU 2: SEKOLAH CEMERLANG, SEDERHANA DAN RENDAH

Apabila keputusan diumumkan hanya sebilangan kecil sekolah sahaja yang dianggap cemerlang berbanding sebahagian besarnya sederhana atau lemah. Begitu juga dengan bilangan pelajar cemerlang jauh lebih kecil daripada bilangan yang kurang atau tidak cemerlang - Hishamuddin Hussin, 2006).

Page 104: Budaya sekolah

BUDAYA SEKOLAH CEMERLANG, SEDERHANA DAN RENDAHNOR,PIHIE DAN ALI (2008)

CEMERLANG SEDERHANA RENDAH

TIDAK HANYA BERGANTUNG KEPADA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MALAH GUNA DATA PEMANTAUAN- BENGKEL, LATIH TUBI, MELAKSANA SUKATAN MINIMUM

TIDAK MENGGUNAKAN ANALISIS UNTUK MERANCANG PELAN TINDAKAN

KURANG MEMAHAMI PROSES PENYEDIAAN MAKLUMAT DAN GAGAL MERANCANG PROGRAM

Page 105: Budaya sekolah

CEMERLANG SEDERHANA RENDAH

PELAJAR YANG BERPENCAPAIAN RENDAH DIPANGGIL DIBERI MOTIVASI

PELAJAR YANG BERPENCAPAIAN RENDAH DIPANGGIL DIBERI MOTIVASI

TIDAK DIAMALKAN

Page 106: Budaya sekolah

ISU-ISU LAIN• Pelajar berpencapaian tinggi

mempunyai persepsi positif terhadap budaya sekolah jika dibandingkan dengan pelajar berpencapaian rendah.

• Guru memberi lebih perhatian kepada pelajar berpencapaian tinggi mungkin kerana mereka didapati lebih positif bermotivasi dan berminat terhadap pelajaran

Page 107: Budaya sekolah

• pelajar berpencapaian rendah mempunyai kebolehan belajar yang rendah dan mereka bertindak balas secara negative terhadap pengajaran guru.

• Akhirnya pelajar berpencapaian rendah tidak mendapat perhatian dari guru.

• Guru lebih mudah putus asa dengan pelajar-pelajar berpencapaian rendah.

Page 108: Budaya sekolah

LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN JURANG PENCAPAIAN PELAJAR

1. Memantau pencapaian murid melalui pendekatan headcount – Nor, Pihie dan Ali 2008

2. Merencanakan program yg sesuai dengan tahap pencapaian murid- Connelly 2008

3. Pendekatan pengajaran yang berbeza dpt melepasi standard akdemik – Levy 2008

Page 109: Budaya sekolah

5. Pelan Induk Pembangunan 2006-20106. Pendidik mencari sebab-sebab kemerosotan dan sanggup menerima kebenaran bagi pembaikan sekolah – Mahathir Mohamed 20017. Sekolah perlu memiliki kompetensi dalam empat aspek- Fullan 2001i. Kemampuan menganalisa pencapaian dan

keputusan murid secara terperinciii. Melaksana perubahan fizikaliii. Memahami dan merancang pelan

pembangunan sekolahiv. Proaktif dan terbuka

Page 110: Budaya sekolah

Isu: Adakah sekolah dapat menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat

kepada setiap pelajar?

Page 111: Budaya sekolah

Persekitaran sekolah yang kondusif • Organisasi bilik darjah

– susunan meja dan kerusi yang teratur, papan kenyataan yang berfungsi dan dapat menarik perhatian pelajar, dan sudut-sudut yang menarik di dalam bilik darjah

– 35 pelajar 1 kelas• Lanskap sekolah

– pembangunan landskap boleh mengindahkan dan meneduhkan kawasan sekolah dengan kombinasi pokok-pokok dan elemen-elemen lain seperti air, struktur dan batuan.

Page 112: Budaya sekolah

• Kebersihan tandas, kantin• Perpustakaan dan pusat sumber• Padang• Makmal sains dan matematik• Asrama

– Dewan makan– Bilik/dorm– Dewan belajar– Beri keselesaan pelajar untuk belajar

Page 113: Budaya sekolah

SUMBANGAN KERAJAAN• Menerusi RMK-9, kerajaan memperuntukkan sejumlah

RM 2.3 billion bagi meningkatkan kemudahan serta kelengkapan ICT di semua sekolah seluruh negara. Setakat ini kira-kira 97 peratus sekolah sudah mempunyai kelengkapan berkenaan (Utusan Malaysia,29 Ogos 2006)

• BENTONG 29 Julai 2011 - Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM310.5 juta bagi mewujudkan kemudahan dan prasarana di sekolah luar bandar dan kawasan pedalaman seluruh negara sepanjang tahun ini.(Utusan Malaysia)

• Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Terengganu, Haji Ahmad Sharom Yasin berkata “Projek baru di bawah penyeliaan JPP terbahagi kepada tiga kategori iaitu membaiki padang sekolah yang memperuntukkan (kira-kira) RM300,000, membaiki makmal dan juga tandas masing-masing memerlukan kos antara RM100,000 hingga RM200,000” (12 Mac 2012). (teganukita.blogspot.com)

Page 114: Budaya sekolah

Faktor penghalang penggunaan ict dalam p&p

• Kekangan masa• Pengalaman lepas yang negatif• Kurang keyakinan• Tiada/kurang pengetahuan dalam aspek

teknikal• Penggunaan makmal dan bilik media yang

terhad• Tiada peluang mengikuti kursus

Page 115: Budaya sekolah

Cara mengatasi

• Menyediakan kursus-kursus supaya guru-guru diajar mengenai penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel, pengurusan email, blog dan sebagainya yang berkaitan- LDP

• Pembinaan Modul yang ringkas dan mudah• Sikap tidak berputus asa dalam mempelajari

sesuatu yang baru

Page 116: Budaya sekolah

PERSEKITARAN SEKOLAH SELAMAT

• Program Sekolah Selamat merupakan salah satu kaedah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendedahkan tatacara kepada murid, ibu bapa, guru dan individu yang mempunyai hubungan dengan sekolah, mengenai keselamatan murid dari aspek fizikal dan bangunan, aktiviti murid, bencana alam, sosial dan persekitaran atau lokasi

Page 117: Budaya sekolah

• Menurut pengerusi Niosh, Tan Sri Lee Lam Thye konsep ``sekolah selamat'' tidak seharus terbatas kepada masalah disiplin, jenayah, ancaman kepada pelajar, membuli dan sikap gengster semata-mata, tetapi juga perlu meliputi aspek keselamatan bangunan, peralatan dan kemudahan sekolah.

Page 118: Budaya sekolah

KES-KES YANG BERLAKU DI SEKOLAH

• Ipoh, 1 Julai 2004- Seramai 19 orang pelajar Sekolah Menengah Gunung Rapat dekat sini, cedera selepas satu paip gas di makmal sains sekolah itu meletup.

• Pada awal Februari 2005 kita dikejutkan mengenai seorang pelajar tingkatan 5 MRSM Pendang Kedah Mohd Zaki Shukri patah tulang rusuk dan lebam di badan selepas di pikul oleh lima rakan di asrama.

• Pada awal bulan Ogos 2005, seorang pelajar perempuan sekolah menengah di daerah Johor Bahru yang dalam perjalanan ke sekolah telah dilarikan dan dirogol beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki.

• Baru-baru ini, seorang guru dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina telah meninggal dunia akibat jatuh dari tingkat atas bangunan sekolah yang lantainya telah dimakan anai-anai.

• REMBAU – Seorang pengawal keselamatan telah merogol seorang pelajar perempuan tingkatan 5 di sebuah kelas kosong, 16 April 2012

• Tahun lalu, sebanyak 434 kes keracunan makanan dilaporkan di seluruh negara dan daripada jumlah itu 146 kes dilaporkan berlaku di 135 buah sekolah

(Akhbar Utusan Online)

Page 119: Budaya sekolah

Rajah: Model Sekolah Selamat

Sumber: National Education Association (1996). Safe School

Manual. NEA: United States. Hlm.3

Keluarga yangselamat

Sekolah yangselamat

Masyarakat yangselamat

Page 120: Budaya sekolah

Cara atasi

1. Kepemimpinan yang berkesan

2. Menyediakan prasarana dan kawasan yang selamat

3. Mempertingkatkan mutu disiplin

4. Sekolah mewujudkan hubungan dengan keluarga dan masyarakat

5. Menekankan perhubungan yang positif antara pelajar dan staf

Page 121: Budaya sekolah

1. Kepemimpinan yang berkesan• Pengetua sekolah sebagai pemimpin perlulah

mengamalkan ketelusan, mudah dihubungi, menggunakan piawai disiplin yang adil, pengharapan yang tinggi terhadap tingkah laku para pelajar dan kakitangan.

Page 122: Budaya sekolah

2. Menyediakan prasarana dan kawasan yang selamat

• Tempat berkumpul yang selamat dan terkawal bagi pelajar-pelajar yang sampai awal pagi sebelum permulaan kelas dan pelajar-pelajar yang menunggu kenderaan untuk pulang di sebelah petang selepas sesi persekolahan perlu di sediakan oleh pihak sekolah.

• Pihak sekolah perlu membersihkan semak-samun kawasan, laluan dan jalan yang digunakan seharian oleh para pelajar agar lebih terbuka dan selamat.

Page 123: Budaya sekolah

3. Mempertingkatkan mutu disiplin• Disiplin dalam bilik darjah penting bagi

memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Oleh itu disiplin dalam bilik darjah yang konstruktif akan dapat mempengaruhi para pelajar berasa bertanggungjawab terhadap setiap tingkahlakunya.

Page 124: Budaya sekolah

4. Mewujudkan hubungan dengan keluarga dan masyarakat.

• Sekolah juga perlu mewujudkan hubungan yang baik, rapat dan telus dengan masyarakat atau komuniti sekolah. Ini termasuklah ibu bapa pelajar, masyarakat sekitar sekolah, polis, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan.

Page 125: Budaya sekolah

5. Menekankan perhubungan yang positif antara pelajar dan guru

• Hubungan yang baik antara guru dengan pelajar perlu dipupuk dan dijadikan sebagai amalan untuk mewujudkan iklim sekolah yang selamat.

Page 126: Budaya sekolah

“if you put a frog in water and slowly heat it, the frog will eventually let itself be boiled to

death. We too will not survive if we don’t respond to the radical way in which the

world is changing.”

-Charles Handy (1990) -The age of unreason.

KESIMPULAN

Page 127: Budaya sekolah

TAMAT