perkembangan budaya

33

Upload: nurul-akmal

Post on 25-Jul-2015

224 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERKEMBANGAN BUDAYA
Page 2: PERKEMBANGAN BUDAYA

Sumber Maklumat

• Nama Pengarang: Sivachandralingam Sundara Raja, Aydurai Letchumanan.

• Tajuk Buku: Tamadun Dunia (Edisi Semakan)

• Tahun Diterbitkan: 2001• Nama Penerbit: Penerbit Fajar Bakti

Sdn.Bhd. A subsidiary of OXFORD UNIVERSITY PRESS.

• Tempat diterbitkan: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd

Page 3: PERKEMBANGAN BUDAYA

Tahap-tahap dalam zaman prasejarah (pencapaian)

Umumnya , ahli-ahli sejarah membahagikan tahap perkembangan manusia kepada dua zaman, iaitu Zaman Batu dan Zaman Logam. Zaman Batu juga dikenali Zaman Preliterate , iaitu zaman sebelum zaman kewujudan tulisan. Zaman Batu meliputi 95% daripada sejarah kewujudan bermula dari 500 000 tahun dahulu dan berlanjutan hingga lebih kurang 5000S.M. Peringkat ini dikenali sebagai zaman prasejarah. Sementara itu, Zaman Logam merupakan zaman sejarah yang berasaskan rekod-rekod bertulis (BURNS dan RALPH 1958:3).

Page 4: PERKEMBANGAN BUDAYA

Zaman Batu boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu:

1.) Zaman Batu Lama(Paleolitik) 2.) Zaman Batu Pertengahan(Mesolitik)3.) Zaman Batu Baru(Neolitik)

Page 5: PERKEMBANGAN BUDAYA

Ciri-ciri kebudayaan Zaman Paleolitik Akhir (perkembangan mengikut masa)

Zaman Paleolitik Akhir bermula sekitartahun 30,000S.M.dan berlanjutansehingga 10,000S.M. Pada zaman ini,Spesis Manusia yang mendiami dunia iniialah manusia Cro Magnon. Tulang-tulang manusia Cro Magnon telah ditemuidi Gua Cro Magnon yang terletak diDordogne, Perancis. Dari segi biologi,manusia Cro Magnon mempunyai bahuyang lebar, boleh berdiri tegak dan tinggi.Kaum lelaki mempunyai purat ketinggian lebih daripadaenem kaki. Mereka juga mempunyai dahi, dagu dantempurung kepala yang hampir sama dengan manusiamoden.

Page 6: PERKEMBANGAN BUDAYA

Kebudayaan Zaman Paleolitik Akhir lebihsuperior berbanding dengan kebudayaanPaleolitik Awal. Alat-alat batu yangdigunakan terdiri daripada pelbagai jenisdan mutu buatanya lebih baik.

Disampingalat-alat batu, terdapat juga alat-alat lainyang diperbuat daripada tulang, tandukatau gading binatang. Antara alat yangamat rumit ialah kail ikan, lembing,tempuling, anak panah dan jarum yangdiperbuat daripada tulang.

Page 7: PERKEMBANGAN BUDAYA

Pakaian manusia Cro Magnon diperbuat daripada kulit binatang. Selain itu, terdapat juga barang perhiasan seperti subang dan rantai yang diperbuat daripada gigi binatang dan cengkerang. Manusia pada zaman ini juga mempunyai pengetahuan memasak makanan. Di Solutre, Perancis timbunan tulang-tulang lebih daripada 100 000 binatang yang ditemui.Kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan-kesan pembakaran pada tulang-tulang tersebut.

Manusia Cro Mgnon tinggal di dalam gua. Terdapat bukti-bukti yang jelas menunjukkan bahawa mereka hidup dalam kelompok kecil dan mempunyai struktur sosial yang lebih teratur. Penemuan tulang-tulang binatang di Solutre menunjukkan bahawa mereka memburu dalam kumpulan dan hasil buruan dikongsi bersama. Kemungkinan pesta ataupun perayaan diadakan oleh masyarakat bagi menikmati hasil buruan yang diperoleh.

Page 8: PERKEMBANGAN BUDAYA

Mereka juga mempunyai kemahiran yang tinggi dalam membuat alat-alat dan senjata daripada batu. Terdapat kemajuan dalam bidang kesenian. Hasil daripada perkembangan dan kemajuan ini maka lahir golongan artis yang professional dan tukang-tukang kraf yang mahir dalam kalangan masyarakat ini. Pencapaian ini tidak mungkin berlaku tanpa adanya pengkhususan dalam pekerjaan. Malahan, golongan artis dan tukang-tukang kraf juga menjalani latihan yang berterusan bagi satu jangka masa panjang untuk memperoleh kemahiran dalam bidang tertentu. Golongan artis dan tukang-tukang professional mendapat naungan daripada golongan atasan. Dengan demikian, lahir golongan aristocrat yang mempunyai prestij dan kemampuan untuk menjadi pemimpin dengan autoriti yang terhad.

Page 9: PERKEMBANGAN BUDAYA

Dalam aspek kerohanian, manusia pada zaman ini mempunyai kepercayaan terhadap kuasa-kuasa ghaib. Ini jelas daripada upacara ritual yang diamalkan semasa mengebumikan mayat. Antara lain mereka memberikan penghormatan kepada si mati dengan melukis dan mewarnakan mayat, meletakkan kedua-dua tangan di atas dada dan menyertakan barang-barang berharga seperti subang, rantai dan alat-alat lain seperti senjata di dalam kubur. Terdapat juga amalan magis yang dipraktikkan dengan tujuan untuk menambahkan bekalan sumber makanan. Amalan magis ini jelas daripada lukisan-lukisan yang terdapt di dalam gua. Antara lain, lukisan ini memperlihatkan imej binatang seperti rusa, bison, gajah yang yang ditembusi oleh anak panah ataupun lembing pada badannya. Kemungkinan besar, semasa melukis mereka akan membaca mentera ataupun jampi. Tujuan utama mereka melukis gambar-gambar ini adalah untuk memastikan mereka mendapat hasil buruan yang lebih banyak.

Page 10: PERKEMBANGAN BUDAYA

Zaman Paleolitik Akhir juga menyaksikan perkembangan dalam bidang intelektual. Manusia cro magnon mempunyai kemahiran dalam mengira. Rekod-rekod matematik yang pertama dalam sejarah manusia muncul pada zaman ini, contohnya rantai daripada gigi rusa yang disusun seara horizontal dengan alat yang tajam merupakan rekod mengenai jumlah binatang yang di bunuh semasa pemburuan.

Page 11: PERKEMBANGAN BUDAYA

Pencapaian yang amat besar pada zaman ini ialah dalam bidang kesenian. Kesenian pada Zaman Paleolitik Akhir meliputi semua cabang budaya material seperti lukisan dan ukiran. Namun , tidak terdapat kemajuan dalam bidang pembuatan tembikar dan seni bina. Dalam bidang kesenian, aspek yang paling menonjol ialah lukisan. Lukisan-lukisan ini menonjolkan kebolehan dan bakat yang ada pada masyarakat Paleolitik Akhir.

Page 12: PERKEMBANGAN BUDAYA

Dalam konteks ini, paling menakjubkan ialah kemahiran mereka dalam melukis pergerakkan sesuatu objek. Sebahagian besar daripada mural terdiri daripada gambar binatang yang berlari, melompat, meragut atau mengunyah makanan. Pergerakkan anggota badan binatang ini ditonjolkan dengan melukis garisan –garisan tambahan untuk menunjukkan bahagian anggota badan yang bergerak.

Page 13: PERKEMBANGAN BUDAYA

Sebenarnya lukisan yang terdapat dalam gua menunjukkan sikap ataupun pemikiran dan cara hidup masyarakat Paleolitik Akhir. Tujuan utama mereka melahirkan hasil seni adalah untuk memudahkan perjuangan hidup dengan menambahkan bekalan makanan. Dalam konteks ini, perlu ditegaskan bahawa pelukis-pelukis itu bukan merupakan seorang yang menghayati unsur-unsur keindahan. Ringkasnya, kesenian merupakan satu magis yang digunakan untuk menggalakkan kejayaan pemburu.

Page 14: PERKEMBANGAN BUDAYA

Zaman Paleolitik Akhir berakhir sekitar 10 000S.M. Ia digantikan oleh fasa baru yang dikenali sebagai Zaman Batu Pertengahan atau pun Zaman Mesolitik. Zaman Mesolitik merupakan zaman peralihan antara zaman Paleolitik dengan Mesolitik. Zaman Batu Pertengahan tidak mendapat perhatian para pengkaji. Malahan mereka tidak membicarakan zaman ini secara panjang lebar. Manusia pada zaman ini tinggal dalam gua, kawasan persisiran pantai dan sungai. Alat-alat batu yang digunakan lebih kecil dan halus buatannya. Alat batu juga terdiri daripaa pelbagai jenis. Disamping itu, mereka juga menggunakan alat-alat yang diperbuat daripada tulang dan tanduk serta gading. Mereka juga dikatakan mahir dalam melukis dan mengukir. Lukisan orang Mesolitik terdapat pada dinding-dinding gua. Mereka menyara kehidupan dengan memburu, memungut hasil hutan dan menangkap ikan. Selain itu, masyarakat Mesolitik juga menanam tanaman makanan untuk digunakan sebagai sumber makanan. Contohnya, mereka menanam mayat-mayat bersama-sama dengan barang pengebumian. Ia dilakukan sebagai persiapan untuk dunia selepas mati.

Page 15: PERKEMBANGAN BUDAYA

Kesimpulan secara ringkasZAMAN MASA PETEMPATAN ALATAN YANG

DICIPTAKEGIATAN UTAMA

Paleolitik 35,000 tahun dahulu

-Gua-Sungai atau TasikBerpindah-randah-berkumpulan

-Daripada batu yang kasar

-menangkap ikan-memungut hasil hutan-memburu -mula belajar buat api

Mesolitik 11,000 tahun dahulu

-Gua-Sungai atau Tasik-Persisiran pantai-Berpindah-randah-berkumpulan

-Daripada batu yang lebih baik-tembikar untuk menyimpan air dan makanan

-menangkap ikan-memungut hasil hutan-memburu-berdagang(barter & siput cowrie)-bercucuk tanam-guna api secara meluas

Neolitik 5,000 tahun dahulu -Hidup menetap-kelompok besar-pengkhususan kerja

-alatan batu yang lebih licin dan berbagai fungsi-Bahan tembikar-Roda-Batu kiwi

-Bercucuk Tanam-menternak

Logam 2,500 tahun dahulu -ada rumah-petempatan besar-kota pertahanan-tahu kebumikan mayat

-alatan logam-perahu

-melombong-perdagangan maritim

Page 16: PERKEMBANGAN BUDAYA

Pencapaian dalam Tamadun Mesopotamia Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian, perdagangan dan perusahaan. Pada

peringkat awal, masyarakat dalam tamadun Mesopotamia mengusahakan tanah untuk kegiatan pertanian (sememangnya Lembah Tigris dan Euphrates amat subur untuk pertanian), mereka menanam gandum dan barli. Di kawasan tanah tinggi mereka nenanam bijirin. Tanaman utama ialah jagung, kurma, sayuran-sayuran (bawang putih, daun salad, bunga bawang, kunyit, ubi sengkuang, lobak, thyne dan lobak putih). Bajak digunakan dalam kerja-kerja pertanian. Tambak dibina untuk mengelakkan banjir.Pada peringkat awal iaitu sebelum mereka mengenal teknologi moden, mereka mengisar menggunakan tangan..Mereka juga menternak kambing biri-biri, lembu, kerbau dan keldai. Keldai digunakan untuk kenderaan. Di samping itu mereka juga menangkap ikan menggunakan kail dan jala. Dari segi perusahaan, Mesopotamia mengusahakan tembikar, pertukangan kayu, membuat patung, membuat alat-alat perhiasan, membina kapal dan pakaian. Kegiatan ekonomi pada peringkat awal hanyalah untuk menyara diri mereka sendiri. Konsep sara diri di sini bermaksud mengusahakan pertanian dan ternakan untuk menyara diri dan keluarga sendiri dan tidak diperdagangkan. Apabila tanah pertanian itu diusahakan secara giat iaitu apabila mereka telah menggunakan bajak, membina tambak dan membuat sistem pengairan, hasil bertambah dan apabila mereka mula membuat perhubungan dengan orang luar dan memerlukan barang yang tidak terdapat di tempat mereka, perdagangan mula dijalankan... Konsep komersil mula mengambil tempat. Barang-barang dagangan dijual kepada orang padang pasir yang berpindah randah. Pada mulanya mereka menggunakan sistem barter (tukar barang) tetapi apabila mereka telah pandai menggunakan wang perak, perdagangan menjadi bertambah pesat dan di sini sistem komersil digantikan dengan perdagangan. Konsep perdagangan merujuk kepada sistem perniagaan yang melibatkan orang luar atau peringkat antara bangsa. Mesopotamia membuat hubungan dagang dengan India,Mesir dan Mediterranean. Barang-barang eksportnya ialah kain, barang kemas dan senjata. Import utama Mesopotamia ialah kayu balak, logam dan batu ( dari Mesir), tembaga (dari Turki dan Parsi), walnut, gam dan emas.

Page 17: PERKEMBANGAN BUDAYA

Pencapai dalam Tamadun Mesir

Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian, perdagangan dan perusahaan. Mesir terkenal dengan kegiatan pertanian kerana Lembah Sungai Nil memberikan tanah yang subur dan anugerah Allah yang tidak ternilai memandangkan kawasan sekitarnya yang lain merupakan kawasan padang pasir yang tidak memberikan apa-apa hasil. Pada mulanya penduduk tamadun Sungai nil ini mengusahakan rami, gandum, barli, fleks, sayur-sayuran, kacang, lobak, kurma, menanam pokok pyprus (untuk membuat bot, tali dan sender), ternakan kambing, biri-biri dan lembu hanya untuk sara diri. Lama kelamaan kegiatan ini bertukar menjadi komersil apabila hasil bertambah hingga melebihi keperluan diri dan keluarga. Ini berlaku apabila mereka mula menggunakan teknologi dalam bidang ekonomi ini. Bagi menambahkan hasil, bajak,dan syaduf (alat mengangkut air dari Sungai Nil) digunakan. Terusan bagi mengairi tanaman juga dibina. Perusahaan utama yang dijalankan ialah pembinaan kapal, menguari, membuat bir dari barli dan wain dari anggur, membuat tembikar, gelas dan membuat kain dari rami. Perlombongan tembaga juga diusahakan. Pada mulanya perniagaan dijalankan melalui sistem barter, kemudian berkembang kepada perdagangan hingga ke peringkat antara bangsa menggunakan jalan darat (melalui Sinai) menggunakan sistem kafilah dan jalan laut.. Mesir telah mengeksport gandum, kain linen, tembikar, barang-barang kemas dan mengimport kayu perabut (kayu gergaji), emas, perak,dan gading. Urusan perdagangan dijalankan dengan Babylonia,Syam, Crete (Yunani), Afrika, Asia dan Rom.

Page 18: PERKEMBANGAN BUDAYA

Pencapaian dalam Tamadun Arab

Di semenanjung Tanah Arab, pertanian dan perdagangan merupakan kegiatan ekonomi yang utama. Ini dapat dilihat di Yaman (Selatan Arab). Pada zaman sebelum kedatangan Islam lagi, Yaman telah muncul sebagai sebuah negara yang maju dalam pertanian. Tanahnya yang subur ditambah lagi dengan pembinaan Empangan Maarib menjadikan Yaman sebagai pengusaha pertanian yang maju sekali. Berbagai jenis buah-buahan ditanam. Yaman juga ada mengusahakan bidang pertukangan. Yaman telah mengeksport bulu biri-biri, kulit binatang, patung-patung berhala dan buah tamar melalui pelabuhan-pelabuhan Adanah dan Aden ( di Yaman), Ubullah dan Siraf ( di Teluk Parsi) dan Syuaibah (di Laut Merah). Barang-barang importnya terdiri daripada batu permata, garam, emas, sutera ( dari Teluk Parsi) dan rempah (dari Habsyah). Selain dari Yaman, perniagaan juga wujud di Hirah dan Mekah ( Mekah terkenal dengan pasar-pasar Zul Majaz, Ukaz dan al-Majannah). Sebenarnya, pada peringkat awal, ekonomi tanah Arab dipegang oleh orang Yaman. Mereka memasarkan hasil-hasil dari Hadhramaut, Zofar, India dan membawanya ke Syam dan Mesir. Walau bagaimanapun, mulai abad ke-6 M, kedudukan mereka diambilalih oleh orang-orang Hijaz yang menjadikan Mekah sebagai pusat perdagangan yang baru kerana Yaman masa itu telah dijajah oleh Habsyah/Rom dan kemudiannya oleh Parsi menyebabkan perdagangan di laut dikuasai oleh mereka manakala perdagangan di darat berpindah ke tangan orang-orang Mekah. Pedagang-pedagang Hijaz itu menbeli barang-barang dari Yaman dan Habsyah, kemudian dijual di pasar-pasar Syam dan Mesir. Walau bagaimanapun, Mekah juga mempunyai barang-barang dagangannya sendiri seperti berhala yang dijual pada musim haji. Perdagangan Hijaz dijalan kan pada dua musim. Pada musim panas mereka berdagang ke utara seperti ke Syam, manakala pada musim sejuk mereka berdagang ke selatan iaitu ke Yaman.

Page 19: PERKEMBANGAN BUDAYA

Perdagangan melalui laut telah membawa orang Arab sampai ke India dan China. Kerajaan-kerajaan Saba’ dan Himyar di Yaman mempunyai armada yang besar untuk membawa barang-barang perniagaan dari India, China, Somali dan Sumatera ke pelabuhan-pelabuhan Yaman. Perniagaan di tempat-tempat tersebut dimonopoli oleh mereka. Barang-barang dagangan yang dibawa balik dengan kapal telah dikumpulkan di Yaman, dibawa ke Hijaz dan ke Syam untuk dipasarkan ke Eropah menggunakan jalan darat (sistem kafilah). Kebijaksanaan orang Yaman berniaga atau menyimpan rahsia perniagaan terbukti dengan sangkaan orang Barat bahawa barang-barang yang didagangkan itu datangnya dari Yaman sendiri. Golongan Badawi yang mendiami kawasan padang pasir (kawasan pedalaman) bergantung hidup kepada hasil ternakan seperti unta, kambing, biri-biri, keldai dan kuda. Bagi yang tinggal berhampiran dengan kawasan subur (wadi) mereka menanam kurma, jagung, delima, zaitun, gandum dan sayur-sayuran. Mereka mengamalkan sistem barter dalam urusan perdagangan. Bagi mendapatkan pakaian dan makanan, mereka menukarkannya dengan binatang ternakan mereka. Dalam keadaan-keadaan tertentu, mereka merompak barang orang lain untuk memenuhi keperluan mereka. Pendek kata ekonomi di kalangan orang Badawi adalah setakat sara diri sahaja. Satu lagi barang dagangan yang menjadi sumber ekonomi Arab ialah penjualan hamba. Hamba ini adalah dari bangsa Arab dan bukan Arab.

Page 20: PERKEMBANGAN BUDAYA

Pencapaian dalam Tamadun China

Pada zaman Dinasti Shang (1500-1100SM), jelai dan gandum merupakan bijirin utama di tanam di negara China. Petani juga memelihara lembu, kerbau, kuda, dan kambing. Kemajuan dalam bidang ekonomi di negara China dapat dikesan semasa dinasti Chou dan Han. Tamadun awal China di Lembah Sungai Hwang Ho menampakkan kegiatan pertanian yang pesat. Di situ ditanam dengan sekoi, barli, padi dan gandum. Pada zaman Dinasti Chou, terdapat sistem pengairan dan latan pertanian yang diperbuat daripada besi. Mereka juga mengusahakan penternakan seperti lembu, Khinzir, kambing dan ulat sutera. Pada mulanya kegiatan ekonomi itu dilakukan sebagai sara diri tapi kemudian menjadi komersil apabila industri tenunan telah wujud. Mereka mengusahakan tekstail dan bulu secara komersil.

Page 21: PERKEMBANGAN BUDAYA

Pada zaman Dinasti Chin, sistem timbang dan sukat mula digunakan. Kemajuan dalam sistem pengairan dan penggunaan baja telah menambahkan pengeluaran bijirin seperti beras, gandum, barli dan sekoi. Maharaja Han Wu Ti dari Dinasti Han telah membina tempat menyimpan padi, membuat terusan (yang menghubungkan Sungai Yangtze dengan Sungai Barat), parit dan tambak bagi mengawal banjir. Dinasti Han juga telah membuat dasar memindahkan penduduk untuk membangunkan kawasan yang kurang subur di wilayah-wilayah utara dan sempadan Mongolia. Pada tahun 198SM seramai 100,000 orang terlibat dalam pemindahan ini. Perusahaan yang dijalankan ialah membuat tembikar, barangan ukiran daripada kayu, gangsa dan jed serta menenun tekstil dan bulu.

Page 22: PERKEMBANGAN BUDAYA

Pada zaman Dinasti Han, China menjalin hubungan perdagangan dengan India, Mesir, Mesopotamia dan Rom. China mengeksport sutera, tembikar, barang-barang ukiran daripada kayu, gangsa , kulit binatang, kertas dan jed. Barang-barang buatan tangan China mendapat permintaan yang menggalakkan dari luar negeri. Sutera dieksport ke Rom dengan jumlah yang banyak. Selain dari Rom, sutera China juga dieksport ke Asia Tengah, Siberia dan Timur Tengah. Barang-barang importnya pula ialah gading dan kuda baka baik (dari negara-negara tropika), kaca, kain bulu dan linen (dari Asia Barat), alfalfa dan anggur (dari Asia Tengah), mutiara dan karang-karangan (dari Laut Merah). Sebenarnya, China lebih banyak mengeksport dari mengimport, menyebabkan China bertambah kaya.

Page 23: PERKEMBANGAN BUDAYA

Pencapaian dalam Tamadun India

Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian, perdagangan dan perusahaan. Pada zaman tamadun awal di Lembah Indus, tanaman kapas diusahakan. Kemudian muncul perusahan memintal kapas. Di kawasan Harappa penduduk telah menanam barli, kacang, gandum dan kapas. Mereka juga menternak ayam, kambing, kerbau, unta, gajah , anjing dan khinzir.Roda digunakan sebagai kincir air untuk mengangkut air dari sungai. Empayar Maurya di bawah Chandragupta Maurya telah membenarkan petani-petani menggunakan tanah milik kerajaan untuk kegiatan pertanian dan 1/3 daripada hasil perkapita mestilah diserahkan kepada kerajaan. Beliau juga membina sistem pengairan untuk meningkatkan lagi pengeluaran hasil pertanian. Semasa pemerintahan Asoka, sistem ekonomi diperkemaskan lagi dengan menyuruh golongan Sudra membersihkan tanah baru untuk dijadikan kawasan pertanian.

Page 24: PERKEMBANGAN BUDAYA

Perusahaan utamanya ialah menenum kain kapas, pertukangan gangsa, tembaga, emas, perak dan tembikar (tanah liat). Di peringkat antara bangsa, India telah membuat hubungan perdagangan dengan Mesopotamia, Parsi, Saurashtra, Rajasthan, Afghanistan, Tibet,dan Asia Tengah. India telah mengimport kulit siput (dari Saurashtra dan Deccan), gangsa (dari Parsi), perak , firus, dan lapis lazuli (dari Parsi dan Afghanistan) dan batu jed (dari Tibet dan Asia Tengah). Kain tenun merupakan eksport utama tamadun ini di samping alat-alatan daripada gangsa, emas, tembaga, perak dantanah liat. Pada zaman Maurya, perdagangan peringkat antara bangwsa bertambah aktif. Perdagangan melibatkan negara-negara Greek, Ceylon, Timur Tengah, China dan Asia Tenggara. Perdagangan dengan Asia Barat ialah melalui laut. Perlombongan turut diusahakan seperti emas, perak dan tembaga. Di laut mereka mengusahakan kutipan mutiara, berlian dan garam. Orang India Selatan merupakan peniaga yang giat menjalankan perniagaan dengan dunia luar.

Page 25: PERKEMBANGAN BUDAYA

Pencapaian dalam Tamadun Greek

Greek merupakan sebuah negara yang terletak di kawasan Laut Mediterranean dengan muka bumi yang bergunung ganang. Sebahagian kecil sahaja dari kawasannya boleh diusahakan pertanian. Di dataran-dataran yang sempit mereka mengusahakan tanaman jagung, anggur dan zaitun. Di lereng-lereng gunung mereka menternak kambing dan biri-biri. Menjelang abad ke-4, Athens (Greek) terpaksa mengimport 75 peratus daripada gandum yang digunakannya. Gandum dan ternakan datangnya dari Thrace dan kawasan Laut Hitam. Athens mengimport ikan, daging bergaram,buah-buahan, arak , bahan galian, kain bulu, pakal yang dibuat daripada damar untuk menutup celah-celah papan dan fleks. Dari timur dibawa bahan-bahan mewah dan hamba. Athens pula mengeksport minyak zaitun, perak, batu marmar, bahan buatan dan lukisan. Dengan keadaan muka bumi yang menyempitkan peluang pertanian, orang Athens beralih kepada laut menjadi pedagang. Keadaan berbeza dengan di Sparta. Orang Sparta tidak digalakkan berdagang walaupun buminya subur.dan mempunyai hasil galian bijih besi kerana mereka lebih condong untuk melatih warganya dalam bidang ketenteraan.

Page 26: PERKEMBANGAN BUDAYA

Pencapaian dalam Tamadun Rom

Rom mengusahakan bidang pertanian dan perdagangan. Dalam bidang pertanian, iklimnya membolehkan negara ini mengusahakan tanaman gandum,. anggur dan zaitun. Akueduk (saliran air) dan empangan telah dibina. Mereka juga menternak biri-biri dan kambing. Dari segi perdagangan, Rom merupakan pusat perdagangan yang penting dan maju terutama ketika di bawah pemerintahan Maharaja Augustus iaitu apabila wang syiling digunakan. Rom menjadi pusat perdagangan antarabangsa yang sibuk, mengimport sutera dan lada putih dari China, mutiara, kosmetik, minyak wangi, batu permata, kulit penyu, rempah ratus, pokok jati, ebony, lada hitam, sutera China dan tekstil dari India . Dari Timur Afrika dibawa gading, emas, bulu binatang, batu ambar, lilin dan hamba pula dibawa dari Rusia dan Jerman. Dati Britain dibawa timah hitam, besi, tiram dan anjing perburuan. Gelas yang tebaik dibawa dari Mesir atau sidon di Phoenicia. Dari Sepanyolmkapal-kapalnya membawa logam, emas, perak, bahan pencelop, linen dan minyak zaitun. Afrika Utara menghantar hamba, serbuk emas, batu marmar Afrika, gading dan binatang liar untuk pertunjukan. Asia Kecil dan Syria membekalkan kain bulu, fabrik, permaidani, kain bertekat, barang-barang kulit dan keluli. Industri dijalankan oleh beberapa orang artisan tempatan yang memiliki kedai-kedai sendiri. Rom telah mengeksport wain, gelas, emas dan kain linen .

Page 27: PERKEMBANGAN BUDAYA

Pencapaian dalam Tamadun Barat

Di Eropah, pada zaman Pertengahan Awal atau Zaman Gelap (500-1050M) perkembangan ekonominya merosot sekali tapi mulai pulih pada penghujung zaman Pertengahan (1050-1300M). Ketika itu orang gasar telah membuka kawasan baru untuk petempatan dan pertanian. Akibatnya ialah berlaku perubahan dalam bidang ekonomi dengan bertambahnya penduduk, bandar-bandar baru berkembang, perdagangan maju dan wang digunakan dengan meluas menggantikan sistem barter. Pertanian dan ternakan yang diusahakan secara sara diri telah berkembang secara komersial. Kehadiran kuasa Islam di Afrika Utara pula telah meningkatkan perdagangan antara bangsa. Perang Salib yang berlaku di Timur Tengah selama 200 tahun telah membuatkan masyarakat Eropah bersatu. Keadaan ini telah mengukuhkan kedudukan raja dan raja telah memerosotkan kedudukan golongan bangsawan dan gereja Feudalisme sebenarnya telah berkembang secara beransur-ansur pada tahun 900-1300M di Eropah).

Page 28: PERKEMBANGAN BUDAYA

Pada zaman Pertengahan Lewat ekonomi Eropah merosot kembali. Ketika Eropah mengalami zaman Renaisssance/Zaman Pemulihan (revolusi intelektual berasaskan pemulihan ilmu pengetahuan tamadun purba Yunani dan Rom antara tahun 1350-1550M),perdagangan telah wujud antara Itali Utara dengan pedagang Islam di Iskandariah dan Baghdad. Ini bermakna ketika itu perdagangan antara bangsa telah rancak dijalankan. Selepas gerakan Renaissance, sistem ekonomi kapitalis semakin penting.

Page 29: PERKEMBANGAN BUDAYA

Akibat dari gerakan Reformation ( gerakan pembaharuan agama yang berlangsung antara tahun 1517 hingga pertengahan kedua kurun ke-16) yang melanda Eropah , golongan menengah memperolehi banyak harta rampasan tanah gereja. Golongan pedagang yang sebelum itu tertekan dengan undang-undang gereja ( gereja melarang pinjaman wang berdasarkan faedah) kini telah berupaya bergiat dalam perdagangan apabila amalan riba dibenarkan. Apabila pedagang bertambah kaya, muncullah golongan kapitalis ( golongan yang ada modal untuk dilaburkan). Mereka terdiri daripada pemilik kilang, tanah dan lombong. Mereka ingin mendapat keuntungan dari pelaburan mereka di kawasan-kawasan baru. Mereka telah menaja beberapa ekspedisi untuk menjelajah di kawasan luar Eropah. Sehubungan dengan penubuhan negara-negara bangsa, raja-raja bangsa telah mengamalkan suatu dasar ekonomi baru yang dikenali sebagai Mercantilisme.

Page 30: PERKEMBANGAN BUDAYA

Mercentilisme ialah sistem yang mementingkan kekayaan dan dalam usaha itu ia membawa kepada penguasaan koloni, pembebasan individu daripada kongkongan abstemiouness (kesederhanaan) dan ‘accesticm’ yang mendominasi pemikiran zaman pertengahan. Pada awal zaman Pertengahan (500-1000M) adlah menjadi satu kesalahan mengumpul kekayaan. Dalam ekonomi wang atau kapitalisme (Mercantilisme), pengumpulan wang tidak dapat dielakkan. Perkembangan ini adalah sesuatu yang baru berbanding dengan zaman Pertengahan yang menyeru kepada kesederhanaan. Pemikiran St.Augustine melalui ‘City of God’ mendominasi fikiran masyarakat Eropah untuk satu jangka masa yang lama. Sebaliknya zaman Renaissance telah menyemai ciri-ciri individualisme, humanisme, kritikal yang menghalalkan pengumpulan kekayaan. Raja-raja negara bangsa mula menjadi pelopor perkembangan kapitalisme untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Di bawah dasar ini setiap negara bangsa mula berlumba-lumba untuk mengumpul kekayaan. Kekuatan sesebuah negara ditentukan oleh jumlah emas dan perak yang dikuasai. Pemimpin negara pada zaman ini mempercayai yang kekayaan dapat menjamin politik. Untuk tujuan tersebut, pelayaran-pelayaran ke seberang laut digalakkan oleh raja-raja negara bangsa. Permulaan pelayaran-pelayaran ini telah memulakan sejarah dunia Eropah.

Page 31: PERKEMBANGAN BUDAYA

Penemuan-penemuan kawasan baru ini telah memulakan persaingan di kalangan negara bangsa untuk mengukuhkan kedudukan dan supremasi mereka. Ini membawa kepada pengenalan beberapa akta dan undang-undang. Antaranya Akta Perkapalan 1650, ‘Apprentice Act’ 1563, ‘Poor Law’ 1600 dan lain-lain. Kesemuanya bermotif untuk melindungi industri dan perkapalan negara induk daripada persaingan negara-negarajiran. Ini menyebabkan peperangan menjadi satu fenomena biasa pada zaman ini. Penemuan-penemuan geografi ini juga membawa kepada kemerosotan bandar-bandar Itali seperti Venice dan Genoa. Sebaliknya negara-negara di blok Atlantik mula menjadi penting. Antaranya ialah negara Sepanyol. Portugal, England, Perancis dan Belanda. Selari dengan perubahan-perubahan dari segi erbandaran yang berlaku di Eropah, peranan nstitusi bank juga turut berubah. Pada awal zaman Pertengahan,urusan bank adalah secara eksklusif menopoli bandar Itali. Selepas tahun 1500, bangsa Perancis, Inggeris dan Jerman menyertai Itali dalam merebut peranan ini. Pelayaran-pelayaran ke seberang laut ini seterusnya mencetuskan perebutan untuk menguasai tanah jajahan antara negara-negara Eropah untuk membina empayar di merata dunia. Sepanyol mula membina empayarnya di barat, Portugas pula bertindak ke timur. Pada tahun 1494 Pope membuat garisan dalam peta dunia membahagikan tanah-tanah untuk kuasa Portugal dan Sepanyol melalui Perjanjian Tordessillas. Namun begitu cara ini tidak berjaya menyelesaikan perselisihan mereka, sebaliknya permusuhan negara-negara Eropah berlanjutan. Sesungguhnya perubahan-perubahan dalam bidang ekonomi ini telah menyediakan Eropah untuk bergerak ke zaman yang lebih mencabar pada abad-abad seterusnya. Berhubung dengan penjelajahan kuasa-kuasa Eropah ke Asia Tenggara, beberapa faktor telah mendorong mereka berbuat demikian. Antaranya ialah kewujudan zaman Rennaissance di Eropah itu sendiri telah menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan bangsa Eropah terhadap dunia luar. Begitu juga dengan kesan Perang Salib iaitu apabila pengaruh tamadun Islam meresapi tamadun Eropah menyebabkan bangsa Eropah bersemangat untuk menjelajah. Penawanan Konstantinople oleh orang-orang Turki pada tahun 1453 telah menyekat perjalanan orang-orang Kristian ke timur telah menimbulkan azam kepada mereka untuk mencari jalan baru dan memecahkan monopoli perdagangan orang-orang Islam dan saudagar Itali.

Page 32: PERKEMBANGAN BUDAYA

Pencapaian dalam Tamadun Alam Melayu

Kerajaan-kerajaan awal di Alam Melayu tediri daripada kerajaan agraria (kerajaan ini terletak di kawasan pedalaman dan sungai-sungai utama yang ekonominya berasaskan pertanian) dan kerajaan maritim ( kerajaan yang terletak di pesisiran pantai yang memberi tumpuan kepada perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut).

Kerajaan agraria (seperti Kerajaan Dvaravati di Lembah Sungai Chao Phraya, Kerajaan Funan di Lembah Mekong dan Kerajaan Angkor di Lembah Mekong) menghasilkan hasil pertanian (seperti padi) , hasil hutan (seperti damar, kapur barus, rotan, pencelup) dan perlombngan.Perdagangan dijalankan secara tukar barang.

Page 33: PERKEMBANGAN BUDAYA

Kerajaan maritim pula memperolehi barangan dari kerajaan agraria dan kemudiannya menjalankan perdagangan entrepot. Perdagangan antarabangsa dijalankan melalui pelabuhan entrepot seperti pelabuhan Oc-eo di Funan, pelabuhan Ko-ying di Sumatera dan pelabuhan lembah Bujang di Kedah. Barangan yang didagangkan ialah rempah ratus, hasil hutan, cendana, damardan ubat-ubatan. Perdagangan dijalankan secara tukar barang dengan pedagang India, China, Arab dan Eropah.

Kerajaan Kedah Tua menjalankan kegiatan ekonominya melalui pelabuhannya di Lembah Bujang. Pelabuhan ini mengumpulkan barang dagangan tempatan seperti hasil hutan, pertanian dan perlombongan. Kerajaan ini membuat hubungan perdagangan dengan China (barang seramik), Timur Tengah seperti Arab, Parsi (barangan gelas kaca dan manik) dan India.

Kerajaan-kerajaan lain yang menjalankan aktiviti perdagangan ialah Srivijaya, Majapahit dan Melaka apabila kerajaa-kerajaan tersebut menguasai jalan laluan timur-barat iaitu Selat Melaka dan Selat Sunda.