usaha menerapkan etika islam
TRANSCRIPT
AA201 - Pengurusan Islam
Usaha untuk meningkatkan motivasi pekerja denganmenyediakan latihan – latihan yang bersesuaian
ROBIATAN ADAWIYAH BINTI KHORONNASARUDIN 10DIB13F2002
JUWARIAH BINTI MOHAMAD 10DIB13F2014
WAN NUR SYARIZZAH BINTI JAMIL 10DIB13F2016
NURUL NADIA BINTI BAHARUDDIN 10DIB13F2018
SOALAN
Syarikat Pengangkutan Ikram Sdn. Bhd. mengalami
kemerosotan produktiviti akibat pekerjanya yang
kurang bermotivasi dan tidak berdisplin ketika
melaksanakan kerja. Encik Hazim, selaku pengurus syarikat
tersebut berusaha untuk meningkatkan
motivasi pekerjanya dengan menyediakan latihan
– latihan bersesuaian.
LATIHAN – LATIHAN YANG SESUAI UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI PEKERJA
FAEDAH – FAEDAH LATIHAN KEPADA PEKERJA
FAEDAH – FAEDAH LATIHAN KEPADA SYARIKAT
CARA UNTUK MENERAPKAN PRINSIP ETIKA ISLAM KEPADA PEKERJA
KESAN PENERAPAN PRINSIP ETIKA ISLAM KEPADA PEKERJA DAN SYARIKAT
ISU – ISU YANG AKAN DIBINCANGKAN DARI SUDUT PEMIKIRAN ISLAM
PENGENALAN
Dalam era globalisasi ini, setiap profesion mempunyai etikanya yang tersendiri. Semakin tinggi taraf keprofesionalan sesuatu bidang maka semakintinggi dan tegas kod etika profesion tersebut. Sejarah telah membuktikankepentingan etika dalam kehidupan dan ianya telah menjadi topikperbincangan sejak zaman dahulu lagi. Selain itu, etika merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan kerana ianya menjadi asas untuk seseorangbertindak yang akhirnya menjadi nilai yang dihormati dan diterima pakai dalammasyarakat. Begitu juga dengan pengurusan Islam. Ianya mempunyai etikatersendiri yang mampu menyumbang kepada kejayaan dan kemantapansebagai seorang pengurus dan pekerja dalam sesebuah organisasi.
Latihan – latihan yang sesuai untuk meningkatkan prestasi pekerja
1. DEMONSTRASI
Demonstrasi atau kadang kala di gelar ‘sitting next to Nellie’, adalah merupakan kaedah yang selaludigunakan ketika latihan dijalankan. Ia meliputi kaedah persembahan oleh jurulatih untuk menyampaikankandungan latihan menerusi pengalaman yang telah sedia ada.
2. LATIHAN BERSAMA JURULATIH
Kaedah ini adalah berbeza dengan kaedah Demonstrasi dimana ianya adalah hubungkait secara terusantara pekerja(individu) dan jurulatih dalam member arahan-arahan yang jelas. Jurulatih akan bertindaksebagai juru pandu dan member sokongan kepada pekerja, dengan lain perkataan jurulatih lebihmembantu secara langsung kepada individu-individu supaya segala persoalan tentang pengetahuan, skildan pengalaman terjawab.
3. LATIHAN PEMBELAJARAN TINDAKAN
Dalam pembelajaran tindakan, sekumpulan pekerja pengurusan dikehendaki bekerja sepenuh masamengkaji dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh jabatan-jabatan organisasi sendiri atauyang dihadapai oleh organisasi-organisasi lain. Setiap pekerja akan diberi tugasan dalam projek-projek yang tertentu. Dari masa ke semasa, pekerja yang terlibat akan bermesyuarat akan membincangkan penemuan dan kemajuantugasan atau projek masing-masing.
4. LATIHAN PUSINGAN KERJA
Latihan melalui pusingan kerja dilakukan dengan menempatkan pekerja dibeberapa jabatanorganisai secara bergiliran. Dengan cara ini, pelatih akan dapat memperolehi pelbagaipengalaman kerja serta berpeluang melihat hubungan bahagian-bahagian organisasi secarakeseluruhannya.
5. LATIHAN SEMINAR
Dalam konteks latihan seminar , motivasi seringkali dilihat sebagai kemahuan mempelajarikandungan program , kesanggupan seseorang pekerja menghadiri program seminar dan doronganyang berpunca daripada memahami manfaat program lseminar terhadap pekerjaan . Dalamkerangka kajian pengurusan program seminar, kebanyakan sarjana mengatakan bahawa program seminar , motivasi latihan dan keberkesanan latihan merupakan konstruk yang berbeza tetapi
saling berkaitan.
Faedah – faedah latihan kepada pekerja
1. MENINGKATKAN KEMAHIRAN PEKERJA
Kemahiran pekerja akan dapat ditingkatkan apabila setiap pekerja mengikuti latihan yang dilaksanakan oleh organisasi.Melalui latihan ,pekerja akan lebih berkemahiran dalammengendalikan sesuatu kerja contohnya kemahiran mengunakan teknologi terbaru sepertibioteknologi dan sebagainya.
2. MENINGKATKAN PRODUKTIVITI PEKERJA
Latihan semasa kerja (on the job training ) misalnya,pelatih berlatih sambil menghasilkan output dan ia cepat dari segi maklum balas yang diberikan oleh pekerja mahupun pelatih.
3. MEMPERTINGKATKAN MOTIVASI PEKERJA
Dengan cara organisasi menyediakan latihan yang realistik.Manusia akan belajar dengan lebih baikbila melakukan sesuatu.Pelatih juga akan belajar dengan lebih baik bila mereka melakukan dengancara mereka sendiri.Ini akan memotivasikan mereka.
faedah – faedah latihan kepada syarikat
1. PRODUKTIVITI
Melalui latihan-latihan yang dijalankan,organisasi akan dapat tingkatkan produktivitipekerja dengan menempatkan orang-orang yang sesuai dalam kerja-kerja yang sesuai, pada masa-masa yang sesuai.
2. MOBILITI DALAMAN BAGI PEKERJA
Penuhi keperluan pekerja bagi organisasi melalui sistem pengambilan & pemilihanpekerja serta membolehkan organisasi perolehi pekerja yang layak dan sesuai.
3. KEPUASAN KERJA
Latihan yang berterusan akan memberi kepuasan kerja kepada organisasi.Melaluilatihan,organisasi akan dapat melahirkan pekerja yang berkemahiran dan berilmupengetahuan tinggi.Dengan kemahiran yang ada,sesuatu tugas akan dapat dijalankandngan sebaik mungkin dan pekerja akan berpuas hati dengan tugasan yang diberi.
Cara untuk menerapkan prinsip etika Islam kepada pekerja
ETIKA KERJA 1 : : Bekerja Dengan Azam Mengabdikan Diri Kepada Allah
Dengan menyedari dan menghayati bahawa manusia adalah hamba Allah, maka sewajarnya setiapmanusia mengabdikan dirinya kepada Allah, dengan mengikuti segala suruhan-Nya dan menjauhisegala larangan-Nya.
Etika Kerja 2: Bekerja Dengan ikhlas Dan Amanah
Bekerja dengan ikhlas bererti bekerja dengan sepenuh kerelaan dan dengan suci hati untuk mencari keredhaanAllah. Setiap pekerja harus menyedari bahawa jawatan yang di pegangnya adalah hasil permohonannya sendiridan bukanlah ia dipaksa memenuhi jawatan tersebut.
Etika Kerja 3: Bekerja Dengan Tekun Dan Cekap
Ketekunan adalah suatu sifat yang amat diperlukan oleh seseorang pekerja. Setiap pekerja akan dapatmeningkatkan kecekapan masing-masing menjalankan tugas sekiranya mereka tekun. Rasulullah S.A.W. bersabdadengan maksud:“Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”. (Riwayat Al-Baihaqi)
Etika Kerja 4: Bekerja Dengan Semangat Gotong-Royong Dan Berpadu Fikiran
Di dalam perkhidmatan awam bahkan di dalam sebarang perkhidmatan, seseorang pekerja itubertugas dengan suatu kumpulan pekerja yang tertentu. Dengan sendirinya untuk menghasilkanperkhidmatan yang cemerlang sesuatu kumpulan pekerja itu mestilah bekerjasama, bergotong-royong melaksanakan tugas masing-masing.Sikap bantu membantu di antara satu sama lain di antarapekerja, akan menimbulkan suasana bekerja yang aman dan gembira. Suasana yang demikian pula akan meningkatkan hasil dan mutu perkhidmatan setiap pekerja.
Etika Kerja 5: Bekerja Dengan Matlamat Kebahagiaan Manusia Sejagat
Islam adalah agama untuk manusia sejagat. Dengan itu ajaran Islam (berpunca daripada Al-Quran dan hadis) juga adalah untuk manusia seluruhnya. Maka etika kerja kelima ini adalah wajar, keranamaju mundurnya pembangunan negara Malaysia ini akan memberi kesan jua kepada negara lain di dunia. Namun demikian patut dikemukakan di sini firman Allah yang bermaksud :'Tiada ada paksaan dalam agama (Islam)’. (Al-Baqarah : 256)
Kesan – kesan penerapan etika Islam kepada pekerja dan syarikat
1. ETIKA PEMAKAIANSemua pekerja haruslah berpakaian yang sesuai, selesa dan tidak mencanggahi denganhukum syara'.
2. ETIKA KELAKUAN DAN SIKAPSeorang pekerja yang bagus mestilah amanah, bertanggungjawab, buat kerja denganbersungguh – sungguh. Pekerja haruslah meninggalkan segala sifat mazmumah sepertirasuah, khianat, penipuan, malas dan sebagainya.
3. ETIKA BENTUK PEKERJAANPekerja mestilah bijak memilih pekerjaan daripada sumber yang halal bagi memperolehkeredhaan Allah SWT. Selain itu, pekerjaan mestilah sesuai dengan kebolehan pekerjatersebut bagi memudahkan pekerja yang lain.
4. ETIKA PENGURUSAN MASA DAN HARTA SYARIKATSeorang pengurus mestilah bijak menguruskan harta atau aset pejabat bagi menilai berapayang perlu diwajibkan membayar zakat dan sedekah.
KESIMPULAN
Akhir sekali, jelaslah disini dalam sesebuah organisasi mestilah ada usahaberterusan dengan menerapkan nilai-nilai Islam di dalam setiap bidangpekerjaan. Sehubungan dengan itu, akan wujudnya sikap bantu membantudi antara satu sama lain di antara pekerja, akan menimbulkan suasana bekerja yang aman dan gembira. Suasana yang demikian pula akan meningkatkan hasil dan mutu perkhidmatan setiappekerja.
LAMPIRAN