pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

28
PENGAJARAN RUMUSAN TINGKATAN 5 Dihasilkan oleh ; SAHARUDDIN BIN ABDULLAH SMK Sijangkang Jaya.

Upload: saharuddin-abdullah

Post on 15-Jun-2015

15.136 views

Category:

Education


8 download

DESCRIPTION

Mendidik dan Membimbing

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

PENGAJARAN RUMUSANTINGKATAN 5

Dihasilkan oleh ;

SAHARUDDIN BIN ABDULLAH

SMK Sijangkang Jaya.

Page 2: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

Usaha-usaha perpaduan

Page 3: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

SET INDUKSI

Lagu Perpaduan

Page 4: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

APA ITU PERPADUAN ?

Perihal berpadu(bergabung

menjadi satu, sepakat) – hal 1112

Page 5: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir PdP, pelajar dapat :

•2.1. Mencetuskan idea bernas semasa memberkan pendapat dalam perbincangan.• 7.5. Memahami dan meneliti maksud tersurat dan tersirat daripada sesuatu bahan.•8.5. Mentafsirkan maklumat yang telah dipilih secara rasional untuk membuat inferens.

Page 6: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

BACA PETIKAN DI BAWAH DENGAN TELITI, KEMUDIAN BUAT SATU RUMUSAN TENTANG CARA-CARA UNTUK MENGEKALKAN FORMULA PERMUAFAKATAN DAN KESAN YANG TIMBUL JIKA PERPADUAN TIDAK DAPAT DIKEKALKAN.

SOALAN 1 : RUMUSAN

Page 7: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

PETIKAN RUMUSAN

Formula permuafakatan dan semangat setia kawan yang di amalkan di negara ini perlu dikekalkan agar keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati rakyat sejak bertahun-tahun lamanya dapat dipertahankan. Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan formula tersebut menjadi amalan kerajaan selama ini terbukti berjaya untuk menyatukan rakyat berbilang kaum di negara ini walaupun berbeza pegangan agama, adat resam dan budaya. Oleh itu, beliau mengajak seluruh lapisan rakyat supaya mengelakkan sebarang prasangka negatif sebaliknya bersatu agar perpaduan dan keharmonian yang dikecap sekarang dapat diwariskan kepada generasi masa depan.

Page 8: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

PETIKAN RUMUSAN

“Jadi, kita perlu mengekalkan fahaman seperti ini, apa-apa juga masalah yang kita hadapi biarlah diselesaikan melalui perbincangan dan muafakat. Hilangkanlah dan hapuskanlah sebarang perasaan atau prasangka negatif serta cakap-cakap yang dapat mendatangkan keburukkan kepada masyarakat dan negara kerana perkara itu tidak membawa apa-apa kebaikan,” kata beliau.

Page 9: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

PETIKAN RUMUSAN

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata demikian ketika berucap pada majlis jamuan tengah hari bersama rakyat bersempena dengan Hari Raya Aidiladha di Kampung Tok Bedu, Tasik Gelugor dekat sini, hari ini. Perdana Menteri menjelaskan bahawa rakyat perlu sedar bahawa keamanan dan kemakmuran ekonomi yang dinikmati sekarang tidak dicapai dengan mudah dan segenap lapisan masyarakat perlu bersama-sama mempertahankannya. Beliau menasihati rakyat supaya sikap tuduh-menuduh dan memburuk-burukkan antara satu sama lain perlu dijauhi kerana dapat menimbulkan kekecohan yang akhirnya membawa pelbagai keburukan kepada negara. Sikap ini juga akan menyebabkan masyarakat akan berprasangka antara satu sama lain.

Page 10: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

PETIKAN RUMUSAN

“Kita perlu ingat kembali tentang perkara yang berlaku dalam negara, kita maju setapak demi setapak dan ini bukan mudah. Jadi, apa-apa sahaja perkara yang dapat menyebabkan kekecohan dan merosakkan ketenteraman awam perlu dielakkan. Oleh itu, kita semua perlu sama-sama berusaha untuk memelihara keamanan dan kedamaian yang dinikmati sekarang. Kita mahu negara aman dan selamat,” jelasnya lagi.

Page 11: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

PETIKAN RUMUSAN

Walaupun wujud perbezaan, termasuk berhubung dengan kedudukan ekonomi, tetapi beliau yakin bahawa masalah itu akan dapat diselesaikan secara baik melalui kaedah permuafakatan dan semangat tolak ansur. Beliau turut mengulangi pendirian kerajaan yang akan memastikan kemakmuran ekonomi yang akan dinikmati negara diagih-agihkan secara adil tanpa menyisihkan mana-mana kaum atau golongan yang memerlukannya.

Page 12: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

PETIKAN RUMUSAN

“Sebagai masyarakat majmuk yang berbilang kaum, kita semua patut membantu sesiapa sahaja terutama golongan yang memerlukan tanpa mengira kaum atau keturunan,” katanya.

Page 13: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

PETIKAN RUMUSAN

Datuk Seri Abdullah juga meluahkan rasa gembirannya dengan semangat gotong royong dan bantu-membantu yang ditunjukkan oleh masyarakat negara ini, terutamanya pada musim-musim. Perdana Menteri menjelaskan bahawa beliau berasa amat senang melihat sikap kasih sayang dalam kalangan rakyat yang sanggup berkongsi apa-apa sahaja walaupun mereka bukan tergolong dalam golongan kaya.

Page 14: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

PETIKAN RUMUSAN

“Contoh yang paling mudah dapat kita lihat pada Hari Raya Aidiladha ini apabila banyak pihak yang sanggup mengeluarkan belanja menunaikan ibadah korban untuk diagih-agihkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “PM: Kekalkan Formula Muafakat”, Abdul Muin Sapidin dan Rokiah Abdullah, Utusan

Melayu, 21 Disember 2007)

Page 15: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

BACA PETIKAN DI BAWAH DENGAN TELITI, KEMUDIAN BUAT SATU RUMUSAN

TENTANG CARA-CARA UNTUK MENGEKALKAN FORMULA

PERMUAFAKATAN DAN KESAN YANG TIMBUL JIKA PERPADUAN TIDAK DAPAT

DIKEKALKAN.

SOALAN 1 : RUMUSAN

Kata kunci pertama Kata kunci

kedua

Page 16: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

PendahuluanPendahuluan

Petikan membincangkan cara-cara untuk mengekalkan formula permuafakatan

Petikan membincangkan cara-cara untuk mengekalkan formula permuafakatan

Petikan membincangkan usaha-usaha untuk mengekalkan formula permuafakatan dalam kalangan penduduk

pelbagai kaum.

Petikan membincangkan usaha-usaha untuk mengekalkan formula permuafakatan dalam kalangan penduduk

pelbagai kaum.

Page 17: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

faktor-faktor• punca-punca• sebab-sebab

• potensi

MENUKARKAN KATA KUNCIMENUKARKAN KATA KUNCI

Petikan membincangkan ..........Petikan membincangkan ..........

langkah-langkah• usaha-usaha

•cara-cara / formula• cadangan-cadangan

• tindakan-tindakan• kaedah

masalah• kekangan

• penghalang• halangan•karenah

Faedah-faedah• kepentingan / manfaat• kesan positif / kebaikan

akibat• kesan negatif

• keburukan• implikasi

Ciri-ciri• sifat-sifat

Page 18: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

ISI TERSURAT – FORMULA PERPADUAN Mengelakkan sebarang prasangka negatif.Masalah yang dihadapi hendaklah diselesaikan melalui

perbincangan dan bermuafakat.Cakap-cakap yang dapat mendatangkan keburukan

kepada masyarakat dan negara hendaklah dielakkan.Rakyat perlu sedar bahawa keamanan dan kemakmuran

ekonomi yang dinikmati tidak dicapai dengan mudah.Sikap tuduh-menuduh dan buruk-memburukkan antara

satu sama lain perlu dijauhi.Segala masalah hendaklah diselesaikan dengan baik

melalui kaedah permuafakatan dan semangat tolak ansur.

Kemakmuran negara diagihkan sama rata dan adil tanpa menyisihkan mana-mana kaum.

Amalan gotong royong & bantu membantu hendaklah dipraktikkan

Berkongsi apa sahaja walaupun merek tidak kaya.

Page 19: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

Penanda wacanaPenanda wacana

dan (isi 1 dan 2) dan (isi 1 dan 2)

Di samping itu (isi 3)Di samping itu (isi 3)

Isi tersurat (ambil daripada petikan)

..... Juga merupakan ......... Juga merupakan ....

Selain ituSelain itu

Seterusnya (isi 4)Seterusnya (isi 4)

Antara ....... ialah ......Antara ....... ialah ......

Page 20: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

Isi tersuratIsi tersurat

Antara usaha-usaha untuk mengekalkan formula permuafakatan ialah mengelakkan sebarang prasangka negatif dan setiap masalah hendaklah diselesaikan melalui perbincangan dan bermuafakat.Di samping itu cakap-cakap yang dapat mendatangkan keburukkan kepada masyarakat dan negara hendaklah dielakkan. Selain itu, rakyat perlu sedar bahawa keamanan dan kemakmuran ekonomi yang dinikmati tidak dicapai dengan mudah. Seterusnya sikap tuduh-menuduh dan buruk-memburukkan antara satu sama lain perlu dijauhi dan segala masalah hendaklah diselesaikan dengan baik melalui kaedah permuafakatan dan semangat tolak ansur.

Page 21: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

Kesan jika perpaduan tidak dikekalkanKesan jika perpaduan tidak dikekalkan

Isi tersirat (pendapat sendiri)Kata kunci kedua

Menimbulkan kekecohan dan tidak tenteram dalam masyarakat

Kestabilan politik dan ekonomi negara akan tergugat

Ekonomi berasaskan pelancongan akan terjejas

Masa depan generasi muda tidak terjamin

Program 1 Malaysia tidak dapat direalisasikan

Permasalahan kaum akan terjadi

Page 22: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

Kesan jika perpaduan tidak dikekalkanKesan jika perpaduan tidak dikekalkan

Isi tersirat (pendapat sendiri)Kata kunci kedua

Kesan-kesan jika perpaduan tidak dikekalkan ialah kestabilan politik dan ekonomi akan tergugat dan rakyat yang berbilang kaum tidak akan bersatu.

Page 23: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

Penutup

harusmestipatut

supayaagar

Kesimpulannya, semua kaum haruslah berganding bahu untuk mengekalkan formula permuafakatan

supaya perpaduan dapat dikekalkan

Page 24: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

LATIHAN

1. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata prasangka negatif?.

2. Mengapakah Perdana Menteri gembira dengan sikap rakyat Malaysia?

3. Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan berlaku apabila rakyat tidak mementingkan perpaduan?

Page 25: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

A

P P U N A A D R E

P E R P D U A N

Page 26: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

Format rumusan :a)Mengenal kata kunci.b)Sistem pemerengganan.c)Penukaran kata kunci pendahuluan.d)Penggunaan penanda wacana.e)Bilangan patah perkataan.

Page 27: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

3 JENIS MANUSIA

ORANG YANG HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM

ORANG YANG HARI INI SAMA MACAM SEMALAM

ORANG YANG HARI INI LEBIH TERUK DARI SEMALAM

Page 28: Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)