untuk print dan photostat edisi 6

16
Berita , Motivasi & Teknik Belajar Tingkatan 6 Untuk Print & Photostat Sumbangan Iklas dari Web Pra Universiti

Upload: dikir

Post on 09-Apr-2016

26 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

umum

TRANSCRIPT

Page 1: Untuk Print Dan Photostat Edisi 6

Berita , Motivasi & Teknik Belajar Tingkatan 6

Untuk Print & Photostat

Sumbangan Iklas dari Web Pra Universiti

Page 2: Untuk Print Dan Photostat Edisi 6

4 Teknik Rahsia untuk

Focus Dalam Kelas Kita kerap kali diingatkan bahawa sebahagian besar pembelajaran berlaku ketika di dalam

kelas. Berikut adalah 4 teknik untuk kekal fokus dalam kelas …

http://prauniversiti6.com

Page 3: Untuk Print Dan Photostat Edisi 6

1.Cukup Tidur

Kurang tidur menyebabkan pelajar seringkali mengantuk di dalam kelas. Apabila tidur tidak cukup jamnya, bermakna badan dan otak tidak mendapat rehat yang secukupnya. Kesannya, badan menjadi tidak bermaya, keletihan dan mengantuk. Hal ini menyebabkan pelajar tidak mampu fokus.

2.Minum Air

3.Gerakkan Badan

4.Catat Nota

90% kandungan otak terdiri daripada air. Ketika proses pembelajaran, neuron- neuron dan bahagian-bahagian otak beroperasi dengan aktifnya. Kesannya, otak akan kehilangan banyak air dan oksigen. Antara kesan kehilangan air dan oksigen dalam otak adalah mengantuk, letih, tidak fokus dan tidak bertenaga. Untuk mengatasi masalah ini, minum air sama ada air masak atau air bergula. Minuman ini akan membekalkan air, oksigen dan tenaga untuk otak. Otak kembali bertenaga, anda kembali fokus.

Lazimnya, anda duduk dan menulis untuk sesuatu mata pelajaran selama 1 hingga 1 setengah jam. Berada dalam keadaan yang sama untuk tempoh yang panjang membuatkan otot-otot menjadi tegang. Gerakkan sedikit anggota badan untuk menghilangkan ketegangan otot. Goyang kaki, tangan, lakukan senaman ringkas serta pelbagai lagi pergerakan fizikal. Selain menghilangkan ketegangan otot, pergerakan fizikal juga membantu menghantar lebih banyak darah ke otak sekaligus menghilangkan mengantuk.

Mencatat nota ketika sesi pembelajaran dalam kelas membantu anda mengekalkan “flow” ataupun aliran idea yang disampaikan guru. Pelajar yang tertinggal, hilang punca aliran idea ketika pembelajaran seringkali merasa “tension” dan tidak lagi fokus dalam kelas. Pemahaman pelajar ibarat berlubang -lubang. Yang ini sikit, yang itu sikit. Jadi, mencatat nota dapat mengatasi masalah ini.

http://prauniversiti6.com

Page 4: Untuk Print Dan Photostat Edisi 6

Anak Peniaga Santan Cemerlang

Kuala Terengganu – Walaupun telah kehilangan bapa sejak tiga tahun lalu, ia bukan penghalang buat pelajar tingkatan 6 SMK Panji Alam, Mohamad Shukri Muda, 20 untuk muncul sebagai pelajar cemerlang STPM 2013.

http://prauniversiti6.com

Page 5: Untuk Print Dan Photostat Edisi 6

Mohamad Shukri dibesarkan dalam keadaan serba sederhana oleh ibunya, Senah Ismail, 60, yang bekerja sebagai peniaga santan di kediaman mereka di Kampung Gong Tok Nasek setelah kematian bapanya, Muda Mat Zin, 74. Menurut anak bongsu daripada sembilan beradik ini, bapanya meninggal dunia kerana diserang angin ahmar dan kini ibunya bergantung pendapatan sebagai peniaga santan serta wang pencen arwah bapanya yang sebelum ini bekerja sebagai tukang kebun di SMK Panji Alam untuk menyara mereka sekeluarga. “Bapa meninggal dunia ketika saya menduduki peperiksaan SPM. Saya tidak sangka dapat keputusan cemerlang dalam STPM 2013 kerana pada SPM sebelum itu hanya berjaya memperoleh 6A+, 1A-, 2B+ dan 1C-,” katanya.

http://prauniversiti6.com

Page 6: Untuk Print Dan Photostat Edisi 6

Mohamad Shukri berkata, pada mulanya dia menjangka hanya memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.92 sahaja sebab itu dia mengambil keputusan untuk ulang kembali subjek Pengajian Am. “Saya ambil balik subjek Pengajian Am sebab sangka hanya mampu dapat A-. Keputusan untuk peperiksaan ulangan saya akan diperoleh pada April depan, bagaimanapun saya boleh pilih keputusan mana yang terbaik,” katanya. Menurutnya, keputusan cemerlang itu dianggap hadiah buat keluarga, guru, pihak sekolah dan rakan yang banyak menyokongnya selama ini. “Keputusan ini ditujukan khas buat ibu dan Allahyarham bapa, adik beradik, pihak sekolah, kawan dan semua yang menyokong saya selama ini,” katanya bercita-cita menjadi pensyarah. Ditanya perancangan untuk menyambung pengajian peringkat lebih tinggi, katanya, dia berhasrat menyambung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang pendidikan perakaunan dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam bidang sejarah. - Sinar Harian

http://prauniversiti6.com

Page 7: Untuk Print Dan Photostat Edisi 6

5 Cara Terbaik Menguruskan Masa

Adakah anda seorang yang mempunyai masalah untuk menguruskan masa? Sekiranya anda mengalami kesukaran ini, berkemungkinan anda tidak mengetahui teknik asas untuk

menguruskan masa dengan lebih baik.

http://prauniversiti6.com

Page 8: Untuk Print Dan Photostat Edisi 6

Buat senarai tugas harian

Membuat senarai yang harus dilakukan untuk diri sendiri adalah cara yang mudah untuk menguruskan masa dengan lebih baik. Catitkan apa yang harus anda lakukan sepanjang hari. Pastikan senarai tugasan yang anda lakukan mengikut terhadap kepentingan sesuatu perkara itu.

Peralatan pengurusan masa

Pasti ia merupakan satu kesukaran untuk otak anda mengingati segala tugasan harian yang perlu dilakukan. Catatkan nota yang perlu anda lakukan atau gunakan sistem amaran peringatan (reminder) di tab atau smartphone

Sistematik

Melakukan suatu tugasan dengan sistematik dapat membantu menguruskan masa dengan lebih baik. Rancang masa anda dengan bersistematik supaya anda dapat menikmati kepelbagaian kehidupan harian anda.

Tetap dengan objektif anda

Usaha yang dilakukan untuk menjadi seorang yang lebih menghargai masa bukanlah satu perkara yang mudah untuk dicapai. Anda perlu tetap dengan objektif kehidupan. Pastikan anda selalu mengingati tujuan hidup dan sentiasa berusaha untuk mencapainya.

Muhasabah diri

Setiap hari, muhasabah diri untuk menyemak samada anda telah melakukan apa yang anda sepatutnya lakukan pada hari ini. Adakah anda telah menangguhkan atau melengahkan tugas sepatutnya disiapkan? Ambil pengajaran atas sebarang kesilapan yang dilakukan dan buat pembetulan dan pembaikan.

http://prauniversiti6.com

Page 9: Untuk Print Dan Photostat Edisi 6

4 Cara Belajar

Banyak cara belajar dilakukan agar mendapatkan hasil yang jauh lebih baik dari sebelumnya. Cara belajar efektif sebenarnya dapat kita lakukan dengan mudah.

http://prauniversiti6.com

Page 10: Untuk Print Dan Photostat Edisi 6

1.Jangan malu untuk bertanya

2.Belajar sambil berbincang

Belajar sambil berbincang membolehkan seseorang yang kurang faham , memahami apa yang mereka pelajari . Perbincangan dalam kumpulan membolehkan petukaran idea berlaku sekaligus meningkatkan daya kefahaman pelajar .

3.Jangan belajar terlalu banyak ketika anda bakal menghadapi ujian

Ingat , otak anda tidak boleh menerima maklumat yang banyak dalam tempoh yang singkat . Beberapa hari sebelum ujian , hanya cukup untuk anda menghafal dan mengingati kata kunci yang penting saja supaya otak anda dapat memproses maklumat dengan cepat .

4.Cintailah mata pelajaran yang anda suka

Apabila kita ada pertanyaan tentang apa yang diajarkan, cukup dengan angkat tangan dan bertanyalah kepada guru, jangan malu bertanya , pertanyaan tersebut akan membuat kita lebih faham tentang apa yang disampaikan oleh guru.

Cari satu subjek yang anda minat dan fokus kepada subjek tersebut. Hal ini kerana subjek ini membolehkan anda belajar dengan senang membuatkan anda boleh mengingati maklumat yang dipelajari dengan pantas.

http://prauniversiti6.com

Page 11: Untuk Print Dan Photostat Edisi 6

3 Cara Mengatasi Mengantuk !!!

Seringkali kita dihadapkan pada satu dilema tersendiri ketika sedang melakukan aktiviti yang penting seperti, meeting, belajar, membuat laporan atau bahkan saat sekolah/kuliah dan

saat kerja kita diserang mengantuk yang amat sangat.

http://prauniversiti6.com

Page 12: Untuk Print Dan Photostat Edisi 6

Lakukan kerja sokongan

Sebaik anda mula mengantuk, terus lakukan kerja sokongan. Contoh kerja sokongan: a) Mencari rujukan. b) Menyusun fail atau data. c) Bangun dan berkomunikasi sebentar dengan kawan atau rakan sejawat. d) Mencari bahan dari Internet.

Tarik Nafas

Tarik nafas dalam-dalam cara lainnya yang boleh . Anda praktikkan adalah menarik nafas dalam-dalam lewat hidung lalu keluarkan lewat mulut. Lakukan hal ini sebanyak dua atau tiga kali saat Anda benar-benar merasa mengantuk.

Basuh Muka

Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namun ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.

http://prauniversiti6.com

Page 13: Untuk Print Dan Photostat Edisi 6

Kebanyakan pelajar cemerlang berkata rahsia kejayaan mereka kerana pengurusan masa yang baik

SIBU: Kebanyakan pelajar yang mencatat keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi

Persekolahan Malaysia (STPM) 2013 berkata rahsia kejayaan mereka adalah kerana pengurusan masa yang baik.

Pengurusan Masa Kunci Kejayaan dalam STPM

http://prauniversiti6.com

Page 14: Untuk Print Dan Photostat Edisi 6

Julia Wong Siew Fong, pelajar SMK Sacred Heart yang memperolehi 4A penuh menjelaskan bahawa dia memastikan masanya diurus dengan baik sehingga saat menduduki peperiksaan. “Pengurusan masa adalah penting untuk mencapai kejayaan. Kita mesti dapat menguruskan masa kita sendiri untuk belajar dan aktiviti sekolah yang lain.“Selain itu saya juga memberi tumpuan terhadap setiap pengajaran di sekolah selain mendapat sokongan daripada ibu bapa,” ujarnya. Menurut Julia, dia tidak menyangka akan mendapat keputusan yang cemerlang dan ia sesuatu yang di luar jangkaannya. Antara mata pelajaran yang diambilnya ialah Pengajian Am, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan. Julia yang merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik berkata dia berhasrat melanjutkan pelajaran di universiti tempatan.Katanya, dia berminat menyambung pelajaran dalam bidang teknologi atau kejuruteraan. Alexon Cheng Zia Ming yang mendapat 4A, berkata dia bercita-cita menjadi ahli farmasi. Katanya, dia memang sudah menjangka akan mendapat keputusan baik berdasarkan keputusan peperiksaan semesternya sebelum ini. “Pada masa ini saya bekerja sebagai pekerja sambilan di sebuah farmasi di sini sebelum memohon untuk menyambung pelajaran bagi mencapai cita-cita sebagai ahli farmasi,” tambahnya. Dalam pada itu sejumlah 169 pelajar SMK Sacred Heart menduduki peperiksaan STPM 2013. Daripada jumlah tersebut, seramai 115 pelajar mendapat slip keputusan mereka semalam. Sementara 54 pelajar lagi akan menerima slip peperiksaan mereka pada bulan April depan.

http://prauniversiti6.com

Page 15: Untuk Print Dan Photostat Edisi 6

4 Tips Study Smart

Page 16: Untuk Print Dan Photostat Edisi 6

Gunakan Pen Bewarna

Warnakanlah di mana-mana. Kalau patut di nota harian, maka warnakanlah. Kalau rasa patut di buku rujukan, maka warnakanlah. Paling mudah, gunakan pen- pen yang berwarna untuk menggaris, highlighter pun boleh atau apa sahaja jenis warna agar anda lebih terkedepan dan lebih bersemangat untuk study.

Wujudkan study zone di bilik anda

Siapkan diri menghadapi peperiksaan

Jangan bertangguh

Ini sikap pelajar hebat. Bukan pelajar sahaja, bahkan mana-mana orang yang nak cemerlang di dunia ini, dia tak amalkan sikap ini. Sikap bertangguh ini adalah kawan bagi manusia yang gagal. Ingat, manusia gagal ni selalu tak dapat apa-apa dalam hidup. Justeru, kerja hari ini, hari ini juga kita buat. Apa yang diajar di kuliah siang tadi, malam itu juga ulang kaji, malam itu juga siap- siapkan nota dan malam itu juga buat latihan. Barulah perfect!

Jadikanlah bilik anda sebagai zon atau ruang studi yang paling berkesan buat anda. Tulislah apa-apa kata semangat dan motivasi di dinding dapat membakar semangat anda. Moga itu semua mampu menjadikan anda lebih bermotivasi untuk study.

Jadi, macam mana kita lengkapkan diri kita dengan

segala amalan kerohanian untuk persiapan ujian hari

akhirat nanti, macam itulah kita perlu siapkan

diri kita menuju ke dewan peperiksaan.

Nasihatnya, banyakkanlah buat

latih tubi. Banyak buat soalan-soalan latihan peperiksaan tahun lepas. Biasanya

soalan-soalan itu juga yang akan keluar.

http://prauniversiti6.com