untuk membuat sumbangan atau mendapatkan maklumat secara

2
7. LANTAI DAN BUMBUNG MULUT Condongkan kepala ke belakang dan buka mulut untuk memeriksa bumbung mulut anda. Kemudian, naikkan lidah dan perhatikan lantai mulut. Perhatikan perubahan warna, ulser atau pembengkaka. 1.MUKA - Cari bengkak yang anda tidak pernah perhatikan sebelumnya dan periksa kulit anda. Pusingkan kepala anda dari sisi ke sisi, dengan meregangkan kulit di atas otot supaya menjadikan benjolan lebih mudah dilihat. 2. LEHER - Jalankan jari anda di bawah rahang anda dan rasakan kedua-dua belah leher anda. Adakah terdapat bengkak? 3. BIBIR - Tarik bibir atas anda ke atas dan bibir bawah ke bawah. Perhatikan kewujudan luka atau perubahan warna di kawasan dalam bibir. 4. GUSI - Periksa gusi anda dengan merasakan sekeliling gusi untuk apa-apa yang luar biasa. 5. PIPI - Buka mulut anda dan tarik pipi anda sebelah demi sebelah. Cari tompok merah atau putih. Perhatikan kewujudan ulser, benjolan atau kelembutan. 6.LIDAH - Keluarkan lidah anda dan periksa sebelah demi sebelah dengan berhati-hati. Perhatikan kewujudan pembengkakan, ulser atau perubahan warna. Periksa bahagian bawah lidah anda. Pemeriksaan sendiri 2 minit yang boleh menyelamatkan anda! Jalankan pemeriksaan sekali sebulan dengan panduan ringkas kami. 1 2 3 4 5 6 7 2 1 3 4 5 6 7 Apakah kanser mulut? ..................................................... Istilah umum ini digunakan untul pelbagai jenis tumor malignan yang terdapat di dalam mulut. Tujuan Mouth Cancer Foundation adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kans- er kepala dan leher, iaitu kanser tekak (faring), kotak suara (laring), kelenjar air liur, hidung, sinus, bibir dan kulit. Simptom-simptom ..................................................... • Ulser atau tompok putih atau merah dalam mulut yang tidak sembuh dalam masa 3 minggu. • Benjolan atau bengkak dalam mulut, rahang atau leher yang berterusan selama lebih 3 minggu. • Susah menelan, mengunyah atau menggerakkan rahang atau lidah. • Merasa kebas di lidah atau kawasan mulut yang lain. • Perasaan seperti ada benda di dalam tekak. • Sakit tekak kronik atau suara serak yang berterusan selama lebih 6 minggu. • Gigi longgar yang tidak dapat dijelaskan oleh sebab-sebab lain. Faktor-faktor risiko ..................................................... • Penghisapan tembakau merupakan sebab kanser mulut yang utama. • Minum arak secara berlebihan boleh meningkatkan risiko sebanyak empat kali ganda. • Minum arak dan merokok bersama-sama boleh meningkatkan kemungkinan mendapat kanser sehingga 30 kali ganda. • Diet yang tidak seimbang buruk dan deprivasi sosial dikaitkan dengannsatu pertiga daripada semua kes kanser. • Dalam dekad yang berikutnya, HPV yang disebarkan secara mulut oral mungkin menjadi faktor risiko yang utama selain daripada tembakau atau arak. • Pendedahan kepada matahari ialah salah satu penyebab kanser kulit yang melibatkan bibir dan muka. The Mouth Cancer Foundation ialah badan amal berdaftar (No. 1109298) yang bertujuan untuk menyelamatkan dan memperbaiki kehidupan setiap orang yang terkena barah kepala dan leher. Sokongan boleh memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan psikologi pesakit. Badan amal ini menawarkan maklumat dan sumber percuma kepada semua pesakit, penjaga, mangsa dan profesional IMBAS UNTUK TONTON VIDEO YOUTUBE KAMI PENGESANAN AWAL AMAT PENTING! Anda hanya perlukan sebuah cermin, sumber cahaya yang baik dan jari-jari yang bersih sahaja. Fakta-fakta tentang KANSER MULUT Untuk membuat sumbangan atau mendapatkan maklumat secara PERCUMA, sila lawati www.mouthcancerfoundation.org Talian Nasihat: 01924 950 950 • Ibu Pejabat: +44 (0) 208 940 5680 Sebagai alternatif anda boleh menghantar e-mel kepada [email protected]

Upload: others

Post on 01-Nov-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Untuk membuat sumbangan atau mendapatkan maklumat secara

7. LANTAI DAN BUMBUNG MULUT Condongkan kepala ke belakang dan buka mulut untuk memeriksa bumbung mulut anda. Kemudian, naikkan lidah dan perhatikan lantai mulut. Perhatikan perubahan warna, ulser atau pembengkaka.

1.MUKA - Cari bengkak yang anda tidak pernah perhatikan sebelumnya dan periksa kulit anda. Pusingkan kepala anda dari sisi ke sisi, dengan meregangkan kulit di atas otot supaya menjadikan benjolan lebih mudah dilihat.

2. LEHER - Jalankan jari anda di bawah rahang anda dan rasakan kedua-dua belah leher anda. Adakah terdapat bengkak?

3. BIBIR - Tarik bibir atas anda ke atas dan bibir bawah ke bawah. Perhatikan kewujudan luka atau perubahan warna di kawasan dalam bibir.

4. GUSI - Periksa gusi anda dengan merasakan sekeliling gusi untuk apa-apa yang luar biasa.

5. PIPI - Buka mulut anda dan tarik pipi anda sebelah demi sebelah. Cari tompok merah atau putih. Perhatikan kewujudan ulser, benjolan atau kelembutan.

6.LIDAH - Keluarkan lidah anda dan periksa sebelah demi sebelah dengan berhati-hati. Perhatikan kewujudan pembengkakan, ulser atau perubahan warna. Periksa bahagian bawah lidah anda.

Pemeriksaan sendiri 2 minit yang boleh menyelamatkan anda!Jalankan pemeriksaan sekali sebulan dengan panduan ringkas kami.

1

2

3

4

5

67

2

1

34

56

7

Apakah kanser mulut?.....................................................Istilah umum ini digunakan untul pelbagai jenis tumor malignan yang terdapat di dalam mulut. Tujuan Mouth Cancer Foundation adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kans-er kepala dan leher, iaitu kanser tekak (faring), kotak suara (laring), kelenjar air liur, hidung, sinus, bibir dan kulit.

Simptom-simptom.....................................................• Ulser atau tompok putih atau merah dalam mulut yang

tidak sembuh dalam masa 3 minggu.• Benjolan atau bengkak dalam mulut, rahang atau leher

yang berterusan selama lebih 3 minggu.• Susah menelan, mengunyah atau menggerakkan rahang atau lidah.• Merasa kebas di lidah atau kawasan mulut yang lain.• Perasaan seperti ada benda di dalam tekak.• Sakit tekak kronik atau suara serak yang berterusan selama lebih 6 minggu.• Gigi longgar yang tidak dapat dijelaskan oleh sebab-sebab lain.

Faktor-faktor risiko.....................................................• Penghisapan tembakau merupakan sebab kanser mulut yang utama.• Minum arak secara berlebihan boleh meningkatkan

risiko sebanyak empat kali ganda.• Minum arak dan merokok bersama-sama boleh meningkatkan

kemungkinan mendapat kanser sehingga 30 kali ganda.• Diet yang tidak seimbang buruk dan deprivasi sosial dikaitkan

dengannsatu pertiga daripada semua kes kanser.• Dalam dekad yang berikutnya, HPV yang disebarkan secara mulut oral

mungkin menjadi faktor risiko yang utama selain daripada tembakau atau arak.• Pendedahan kepada matahari ialah salah satu penyebab

kanser kulit yang melibatkan bibir dan muka.

The Mouth Cancer Foundation ialah badan amal berdaftar (No. 1109298) yang bertujuan untuk menyelamatkan dan memperbaiki kehidupan setiap orang yang terkena barah kepala dan leher. Sokongan boleh memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan psikologi pesakit. Badan amal ini menawarkan maklumat dan sumber percuma kepada semua pesakit, penjaga, mangsa dan profesional

IMBAS UNTUK TONTON VIDEO

YOUTUBE KAMI

PENGESANAN AWAL AMAT

PENTING!

Anda hanya perlukan sebuah cermin,

sumber cahaya yang baik dan jari-jari yang bersih sahaja.

Fakta-fakta tentang

KANSERMULUT

Untuk membuat sumbangan atau mendapatkan maklumat secara PERCUMA, sila lawati

www.mouthcancerfoundation.orgTalian Nasihat: 01924 950 950 • Ibu Pejabat: +44 (0) 208 940 5680Sebagai alternatif anda boleh menghantar e-mel kepada [email protected]

Page 2: Untuk membuat sumbangan atau mendapatkan maklumat secara

Virus HPV dan Kanser Mulut HPV-16, yang merupakan virus yang dikaitkan dengan kanser serviks, juga dikaitkan dengan kanser dalam golongan orang muda dan orang yang tidak mempunyai sejarah minum arak atau merokok. Kanser HPV jenis ini adalah jenis kanser mulut yang meningkat dengan paling cepat.

Mujurlah, kanser mulut HPV nampaknya lebih responsif terhadap rawatan dan kadar survivalnya adalah lebih baik daripada kanser mulut bukan HPV.

Kanser mulut HPV biasanya berlaku di kawasan belakang mulut, seperti belakang lidah, belakang tekak (orofaring) dan Kawasan tonsil, manakala kanser mulut bukan HPV melibatkan kawasan mulut yang lain. Kanser mulut HPV selalunya mempunyai permukaan seperti strawberi.

Mendapat jangkitan HPVRisiko yang lebih tinggi dikaitkan dengan sejarah mempunyai jumlah pasangan seks dan/atau seks oral yang tinggi, bagi lelaki risiko ini

meningkat bagi mereka yang terlibat dengan hubungan seksual pertama pada usia yang lebih awal.

Orang dewasa yang aktif secara seksual mempunyai 75% kemungkinan dijangkiti HPV sepanjang hayat mereka. Anda mungkin tidak sedar bahawa anda telah dijangkiti, kerana ia tidak ada apa-apa simptom.

Mujurlah, jangkitan HPV boleh dilawan oleh sistem imun badan dan jangkitan boleh dipulihkan tanpa rawatan, walaupun dengan strain HPV yang berisiko tinggi.

Walau bagaimanapun, untuk sebilangan orang, jangkitan boleh berterusan atau muncul semula. Orang yang dijangkiti HPV-16 secara berterusan adalah lebih berisiko terhadap kanser orofaring.

“Di seluruh dunia, lebih kurang 5% daripada semua

kanser ada kaitan dengan virus HPV. Ini termasuklah

kanser serviks, zakar, dubur dan

organ genital, serta sebilangan

kanser kepala dan leher.”

Apakah HPV?

“HPV ialah jangkitan biasa yang menjejaskan 8 dalam 10 orang pada

suatu ketika dalam kehidupan mereka.”

Setiap 3 jam ada seorang yang kehilangan nyawa akibat kanser mulut

Setiap tahun ada lebih daripada 8300 kes baharu di UK

Setiap tahun di UK, 2700+ orang kehilangannyawa akibat kanser mulut

Di seluruh dunia, kanser mulut dihidapi oleh 650,000 orang setiap tahun

Kanser mulut 2 kali lebih biasa dijumpai di kalangan lelaki

78% kes berlaku dalam golongan orang yang berusia lebih 55 tahun

Kejadian kanser mulut telah meningkat sebanyak 49% sejak 10 tahun lalu

Kadar SURVIVAL 5 tahun tidak meningkat sejak beberapa dekad yang lalu

Fakta-fakta Tentang Kanser Mulut

Human papillomavirus (HPV) ialah sejenis jangkitan biasa yang tersebar melalui sentuhan kulit ke kulit. Kebanyakaan jangkitan dilawan oleh sistem imun badan dan tidak menyebabkan apa-apa simptom.

VaksinasiDengan mendapatkan vaksinasi terhadap HPV sebelum menjadi aktif secara seksual, risiko mendapat kanser apabila tua dikurangkan. Sejak September 2019, budak lelaki Tahun 8 ditawarkan vaksin HPV secara percuma. Sebelum ini hanya remaja perempuan yang diberikan vaksin, dengan persetujuan ibu bapa, untuk memberi perlindungan terhadap kanser serviks.

Langkah ini mungkin akan mencegah lebih kurang 2,000 kes kanser yang disebabkan oleh jangkitan HPV dalam golongan lelaki setiap tahun. Kanser tersebut ialah kanser dubur, zakar, kepala dan leher. Vaksinasi untuk lelaki juga boleh mengurangkan kes kanser serviks dengan mengurangkan risiko jangkitan dalam golongan perempuan yang tidak diberikan vaksinasi.

The Mouth Cancer Foundation adalah badan amal yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser mulut serta membantu dan menyokong orang yang terkena atau berisiko terkena kanser mulut, kanser tekak dan kanser kepala dan leher yang lain, serta memberikan bantuan dan maklumat tentang hidup dengan kanser mulut untuk keluarga, rakan dan pengasuh.

Promosi, perlindungan dan pendidikan kesihatan baik adalah kunci untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser mulut. Badan amal ini bertujuan untuk memberitahu orang ramai tentang tanda-tanda, simptom, fakta dan angka dan penyebab utama kanser mulut.

Belajarlah apa yang meningkatkan risiko mendapat penyakit, termasuk maklumat tentang HPV, arak dan merokok. Kanser mulut biasanya tidak menyakitkan, hal ini demikian pentinglah untuk mengetahui tanda-tanda umum dan simptom-simptom kanser mulut.

Mouth CancerFoundation