untuk karangan spm bahagian a

6
Untuk karangan SPM bahagian A, isi selalunya telah diberikan dalam bentuk grafik atau bahan ransangan . Bagi karangan A, iaitu karangan yang memerlukan anda menulis antara 200-250 patah perkataan Pastikan anda tidak menulis melebihi 250 patah kata kerana tulisan selepas 250 patah perkataan tidak akan diambil kira. Tuliskan jumlah perkataan yang betul. Dicadangkan, 3 isi dengan jumlah 60 patah perkataan untuk setiap perenggan jadi jumlah 180 patah perkataan. 30 patah perkataan untuk pendahuluan dan 30 patah perkataan untuk penutup, jadi jumlah besar ialah 240 patah perkataan. Rancang perenggan anda dengan hati-hati. Ini sangat penting. Pemerenggan sangat penting. Tuliskan fakta dengan jelas. Isi/fakta itu mesti menjawab soalan yang diberikan. Isi yang umum akan menyebabkan markah anda tidak mendapat kepujian atau cemerlang. Jangan lupa masukkan peribahasa dalam karangan sekurang-kurangnya satu tetapi peribahasa tersebut mestilah tepat dan relevan dengan isi atau ayat tersebut. Kalau dapat memetik kata-kata pemimpin atau isu- isu semasa yang di petik dari akhbar atau televisyen lebih baik kerana anda peka dengan isu-isu semasa. Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan kematangan calon. Walau bagaimanapun, markah tidak akan ditolak walaupun melebihi 250 patah perkataan. Beberapa tajuk yang perlu diberi perhatian ( TAJUK SELALUNYA DARIPADA BUKU TEKS): Isu pendidikan Pelancongan ( Inap Desa) Pemeliharaan bangunan bersejarah Pelaburan dan tabungan Kenaikan harga barang-barang Pendatang tanpa izin Penggunaan bahasa Inggeris Masalah sosial dalam kalangan remaja Pencemaran alam Keselamatan kanak-kanak Memartabatkan Bahasa Melayu Kemalangan jalan raya Perkembangan perhubungan dan komunikasi Bioteknologi Semangat kejiranan

Upload: khamini-dilly-kannan

Post on 18-Nov-2015

157 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

spm

TRANSCRIPT

Untuk karangan SPM bahagian A, isi selalunya telah diberikan dalam bentuk grafik atau bahan ransangan.

Bagi karangan A, iaitu karangan yang memerlukan anda menulis antara 200-250 patah perkataan Pastikan anda tidak menulis melebihi 250 patah kata kerana tulisan selepas 250 patah perkataan tidak akan diambil kira. Tuliskan jumlah perkataan yang betul. Dicadangkan, 3 isi dengan jumlah 60 patah perkataan untuk setiap perenggan jadi jumlah 180 patah perkataan. 30 patah perkataan untuk pendahuluan dan 30 patah perkataan untuk penutup, jadi jumlah besar ialah 240 patah perkataan. Rancang perenggan anda dengan hati-hati. Ini sangat penting. Pemerenggan sangat penting. Tuliskan fakta dengan jelas. Isi/fakta itu mesti menjawab soalan yang diberikan. Isi yang umum akan menyebabkan markah anda tidak mendapat kepujian atau cemerlang. Jangan lupa masukkan peribahasa dalam karangan sekurang-kurangnya satu tetapi peribahasa tersebut mestilah tepat dan relevan dengan isi atau ayat tersebut. Kalau dapat memetik kata-kata pemimpin atau isu-isu semasa yang di petik dari akhbar atau televisyen lebih baik kerana anda peka dengan isu-isu semasa. Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan kematangan calon. Walau bagaimanapun, markah tidak akan ditolak walaupun melebihi 250 patah perkataan.Beberapa tajuk yang perlu diberi perhatian ( TAJUK SELALUNYA DARIPADA BUKU TEKS):

Isu pendidikan Pelancongan ( Inap Desa) Pemeliharaan bangunan bersejarah Pelaburan dan tabungan Kenaikan harga barang-barang Pendatang tanpa izin Penggunaan bahasa Inggeris Masalah sosial dalam kalangan remaja Pencemaran alam Keselamatan kanak-kanak Memartabatkan Bahasa Melayu Kemalangan jalan raya Perkembangan perhubungan dan komunikasi Bioteknologi Semangat kejiranan Gaya hidup sihat Hubungan kasih sayang ( Keluarga) Membaca

Aspek-aspek Yang Dinilai

1. Karangan menepati tema bahan rangsangan.2. Pengolahan isi, gaya bahasa, penyampaian isi dan kematangan isi dikembangkan.3. Ejaan dan struktur ayat.4. Peribahasa, cogan kata atau ungkapan menarik yang digunakan.5. Isi yang ditulis sama ada yang tersurat atau tersirat.6. Pendahuluan atau pengenalan.7. Penutup atau kesimpulan karangan.8. Tulisan yang jelas.9. Pemerengganan.10. Kesantunan bahasa.

Beberapa Kelemahan Yang Perlu Calon Elakkan

1. Pengenalan tidak menarik.2. Isi tidak menepati tema.3. Isi tidak dihuraikan.4. Huraian yang tidak bertepatan dengan isi pokok.5. Perenggan tidak disusun dengan sempurna.6. Tulisan buruk sehingga sukar dibaca.7. Bahasa yang berbelit-belit dan ayat terlalu panjang.8. Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad.9. Hanya menghuraikan isi tersurat sahaja.10. Banyak kesalahan ejaan.11. Isi yang diulang-ulang.12. Kesalahan tatabahasa seperti sendi nama di, dari dan daripada.

CARA MENGEMBANGKAN PERENGGAN ISI

PANDUAN:Dua elemen yang perlu diambil perhatian setiap kali membina dan mengembangkan perenggan isi ialah

A. PERENGGAN EMPAT UNSUR

Setiap perenggan isi hendaklah mempunyai 4 unsur berikut:

1. Unsur 1 (ayat utama)

Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan. Gunakan ayat mudah.2. Unsur 2 (ayat huraian)

Pengembangan isi berdasarkan isi utama. Boleh merangkumi aspek persoalan ( Bagaimana, Mengapa, Di mana) Penanda wacana yang sesuai. Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik3. Unsur 3 (ayat contoh)

Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk: Data statistik Pendapat orang yang sangat dikenali ramai dan dihormati Penemuan atau kajian saintifik. Contoh langsung4. Unsur 4 (ayat penegas)

Sebagai kesimpulan untuk sesuatu isi yang dikemukakan

Penutup kepada perenggan Menegaskan semula isi utama Menggunakan penanda

B. AKSESORI KARANGAN

1. Kosa Kata Menarik

2. Penanda Wacana Menarik

3. Ungkapan Menarik

4. Frasa Menarik

CONTOH:

Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga (AYAT UTAMA). Institusi keluarga merupakan elemen (KOSA KATA MENARIK) yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, (PENANDA WACANA) hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku (UNGKAPAN MENARIK) membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga (FRASA MENARIK). Sebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan sebaliknya, ketua keluarga harus mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makan bersama. (AYAT HURAIAN)

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja (AYAT CONTOH). Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagimembendung masalah sosial.

Karangan Bahasa Melayu SPM Kertas 1 Bahagian A - usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di MalaysiaBahagian A

[Masadicadangkan:45minit][30markah]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat andausaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Panjang huraian hendaklahantara 200 hingga 250 patah perkataan.

PENDAHULUAN

-Jiran ialah sekelompok masyarakat setempat yang tinggal berhampiran antara satu dengan lain.

-Jiran diibaratkan sebagai saudara kandung tempat kita mengadu tatkala berada dalam kesusahan atau hendak mengadakan majlis keramaian.

-Jiran yang baik ibarat cubit peha kiri peha kanan pun terasa amat sukar ditemui.

ISI-ISI:

1.Mengadakan program gotong royong

-bergotong royong mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat

2.Mengadakan rumah terbuka

-rumah terbuka semasa perayaan mengikut kaum

-saling kunjung mengunjung mengeratkan silaturahim dan kenal mengenal sesama ahli masyarakat

3.Mengadakan kempen kesedaran

-peranan media massa untuk memberikan kesedaran dalam kalangan ahli masyarakat mengenai kepentingan semangat kejiranan

-Peranan pihak sekolah menyedarkan pelajar-pelajar mengenai kepentingan semangat kejiranan

4.Amalan ziarah menziarahi mengeratkan hubungan

-Boleh menziarahi ke rumah jiran ketika mereka mendapat musibah atau sakit.

-kunjungan kita ke rumah jiran mungkin dapat melegakan penderitaan yang mereka alami dan secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim.

KESIMPULAN

-Kesimpulannya, semangat kejiranan wajar dipupuk dalam masyarakat kita agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni.

-Sekiranya hal ini dapat dilakukan maka akan tercapailah cita-cita negara untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu dan penyayang.