88 contoh karangan isu semasa spm

Upload: muhamad-hafiza

Post on 16-Jul-2015

10.562 views

Category:

Documents


155 download

TRANSCRIPT

  • 5/13/2018 88 Contoh Karangan Isu Semasa SPM

    1/20

    Noor Azman Mahat

    Edisi Baharu

  • 5/13/2018 88 Contoh Karangan Isu Semasa SPM

    2/20

    ContohKaranganISU SEMASA

    Noor Azman Mahat SPMTingkatan 4 & 5

    Just Write Enterprise (00197123-P)

  • 5/13/2018 88 Contoh Karangan Isu Semasa SPM

    3/20

    Syarikat Penerbitan:Ju st W rite E nterp rise (001971237-P)

    No. 208, PV-2, Perdana Villa,Pandan Perdana 2/1,Pandan Perdana,

    55100 Kuala Lumpur, Malaysia.Tel: +6012-282 3911

    Laman web: www.justwrite.com.myemel: [email protected]

    Syarikat Pemasaran:LTC So lu tions Ente rp ris e (001850654-U)

    43-1, Jalan Temenggung 3/9,Bandar Mahkota Cheras,

    43200 Cheras, Selangor, Malaysia.Tel: +6012-262 2199

    Laman web: www.ltcsolutions.asiaemel: [email protected]

    Diedarkan oleh: Central Paper Agencies Sdn Bhd

    Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan memetik atau mencetakkembali mana-mana bahagian isi buku ini dalam bentuk apa jua dan

    dengan cara apa pun, baik secara elektronik, fotologl, mekanik,rakaman, atau yang lain-lain, tanpa keizinan terlebih dahulu daripada

    Penerbit atau Just Write Enterprise.

    Just Write EnterpriseCetakan 2010ISBN978-967-10105-0-1

    Dicetak oleh:August Marketing Sdn Bhd

    No. 107, Jalan KJP9, Taman Perindustrian KIP,52200 Sri Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia.Tel: +603-6277 9989

    http://www.justwrite.com.my/mailto:[email protected]://www.ltcsolutions.asia/mailto:[email protected]:[email protected]://www.ltcsolutions.asia/mailto:[email protected]://www.justwrite.com.my/
  • 5/13/2018 88 Contoh Karangan Isu Semasa SPM

    4/20

    PRAKATA88 CONTOH KARANGAN ISU SEMASA SPM ini ditulis setelah sayamelihat banyak pelajar saya menghadapi masalah untuk menghasilkankarangan yang baik. Mereka tidak berupaya untuk menu lis dengan baikkerana kekurangan isi dan kefahaman untuk menguasai teknik menulis.Lantaran itu, saya menghasilkan buku ini dengan harapan pelajar akanberupaya untuk menguasai kemahiran menulis yang begitu pentingdalam kehidupan masa depan.

    Buku ini telah disusun dengan mudah dengan mengaitkan semuaisu-isu semasa yang berlaku di negara ini. Kaedah ini diharapkanberupaya membantu pelajar kerana isi-isi berkaitan dengan isu semasainilah yang sering keluar dalam peperiksaan karangan di sekolah. Carapenghuraian isi-isi yang begitu menarik dan mudah ini berupayamemberikan pelajar satu kefahaman untuk menulis karangan denganlebih mudah.

    Pelajar juga didedahkan dengan pelbagai teknik menulis yang bukansahaja mudah tetapi efektif bersama-sama penggunaan kosa kata yangunik pula. Semua teknik yang diberikan sudah terbukti kerana banyakpelajar sudah menerima kesan positif daripada penggunaan buku ini.

    Saya yakin buku ini berupaya untuk memberikan satu pandanganbaru kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah penulisan mereka.Pelajar yang lemah turut mampu menerima faedah daripadapenyusunan isi-isi karangan yang begitu baik ini.

    iii

  • 5/13/2018 88 Contoh Karangan Isu Semasa SPM

    5/20

    B IODATA PENULISNoor Azman Mahat merupakan seorang penulis bebas yang sudah hampir 3dekad melibatkan diri dalam bidang penulisan. Bermula sebagai seorangwartawan kemudian menyertai sektor pendidikan tinggi awam danpendidikan swasta sebelum membabitkan diri dalam penulisan sepenuhmasa. Karya beliau pernah diterbitkan bukan sahaja di akhbar dan majalahtempatan tetapi turut dimuatkan dalam buku.

    Karya beliau banyak melibatkan pendidikan remaja terutama dalamusaha untuk membantu mereka menulis. Sudah ramai pelajar yang berjayadididik oleh beliau dengan memperkenalkan pelbagai teknik menu lis yangbukan sahaja mudah tetapi pratikal. Menulis pada beliau lebih memerlukanlatihan daripada bakat semata-mata dengan teknik yang betul.

    Pada masa yang sama beliau juga suka menulis novel remaja keranaberpendapat novel mampu untuk membantu melahirkan satu kelompokmasyarakat yang berilmu selain memberikan didikan yang baik. Pada masayang sama beliau berpendapat industri penerbitan terutama dalam bahasakebangsaan masih belum diteroka sepenuhnya. Begitu juga dengan industripenterjemahan yang masih baru di negara ini.

    Penulis yang menerima didikan di Universiti Kebangsaan Malaysia initurut mempunyai minat dalam aktiviti lasak seperti mendaki, menerokahutan dan marathon. Minat beliau ini telah membawa beliau menjelajahserata dunia untuk mencari kepuasan aktiviti lasak sebegini.

    iv

  • 5/13/2018 88 Contoh Karangan Isu Semasa SPM

    6/20

    KANDUNGANKarangan 1: Impak-impak Negatif Sektor Perindustrian 1Karangan 2: Langkah-Iangkah Memajukan Industri Desa 2Karangan 3: Kesan-kesanNegatif Pembalakan 4Karangan4: Langkah-Iangkah Meningkatkan Industri Pelancongan 6Karangan 5: Kesan-kesanPositif Program Penswastaan 8Karangan 6: Masalah-masalah Perumahan Di Negara Kita 10Karangan 7: Langkah-Iangkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara Kita 12Karangan8: Kesan-kesanBuruk Kewujudan Industri Pengiklanan 14Karangan 9: Isu-isu Tentang Lebuh RayaNegara Kita 15Karangan 10: Masalah-masalah Dialami Oleh Persatuan Kebajikan 17Karangan 11 : Langkah-Iangkah Mengatasi Isu Pengangguran 19Karangan 12 : Masalah Sektor Perikanan Negara Kita 21Karangan 13 : Punca-punca Pencemaran Alam 23Karangan 14 : Masalah Kedatangan Pekerja Asing 25Karangan 15 : Budaya Membaca YangRendah 27Karangan 16 : Kemelut-kemelut YangMelanda Sistem Pendidikan Kita 28Karangan 17 : Kebaikan-kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum 30Karangan 18 : Amalan Bergotong-royong 32Karangan 19 : Fungsi-fungsi Adat ResamSetiap Kaum Di Malaysia 33Karangan20 : Impak-impak Negatif PenggunaanTelefon Bimbit 35Karangan 21 : Cabaran-cabaran YangDihadapi Oleh Kanak-kanak 36Karangan 22 : Pengaruh-pengaruh Televisyen 38Karangan 23 : Keburukan-keburukan Pertanian Moden 40Karangan 24 : Cara-caraMemupuk Semangat Kebangsaan 42Karangan 25 : Kebaikan-kebaikan Memiliki KesedaranSivik 44Karangan 26 : Peranan Persatuan Pengguna 45Karangan 27 : Permainan Tradisional Dalam Masyarakat Kita 47Karangan 28 : Kepentingan Institusi Kekeluargaan 48Karangan 29 : Usaha-usaha Mengekalkan KhazanahHutan 50Karangan 30 : Pemuliharaan Bangunan Bersejarah 52Karangan 31 : Kebaikan-kebaikan Bidang Muzik 54Karangan 32 : Perubatan Tradisional 55Karangan33 : Cara-cara Memajukan Sistem Pengangkutan Awam 57

    v

  • 5/13/2018 88 Contoh Karangan Isu Semasa SPM

    7/20

    Karangan 34 : Masalah Populasi Yang Terlalu Tinggi 59Karangan 35 : Pemilikan Hobi Dalam Jiwa Masyarakat 61Karangan 36 : Cara-cara Menjaga Kesihatan 62Karangan 37 : Projek Pembangunan Negara Kita 64Karangan 38 : Masalah-masalah Yang Menghantui Tanah Negara Kita 66Karangan 39 : Masalah-masalah Industri Perikanan Air Tawar 67Karangan 40 : Amalan Berjimat-cermat 69Karangan 41 : Masalah Disiplin Pelajar 71Karangan 42 : Industri Penanaman Buah-buahan Di Negara Kita 72Karangan 43 : Peranan Media Massa 74Karangan 44 : Kebaikan Mengamalkan Semangat Kejiranan 76Karangan 45 : Kesan-kesan Negatif Membaca Novel 77Karangan 46 : Kepentingan Menguasai Subjek Sastera Di Sekolah 79Karangan 47 : Kebaikan Koperasi 80Karangan 48 : Kepentingan Perpaduan 82Karangan 49 : Masalah Kewujudan Pasaraya Besar 84Karangan 50 : Kepentingan Kebudayaan 86Karangan 51 : Pencapaian Era Negara Moden 87Karangan 52 : Sebab-sebab Industri Desa Gagal 89Karangan 53 : Langkah-Iangkah Mengatasi Pembalakan Haram 90Karangan 54 : Peranan Taman Rekreaksi 92Karangan 55 : Kebaikan Bekerja Sendiri 93Karangan 56 : Kesan-kesan Negatif Pencemaran 95Karangan 57 : Kesan Baik Dan Buruk Pendatang Asing 97Karangan 58 : Golongan Warga Tua Di Negara Kita 98Karangan 59 : Masalah-masalah Sektor Pendidikan Negara Kita 100Karangan 60 : Kepentingan Memupuk Nilai Murni 101Karangan 61 : Pengaruh Iklan Terhadap Masyarakat 103Karangan 62 : Cabaran Masa Depan Remaja 104Karangan 63 : Punca-punca Berlakunya Bencana Alam 106Karangan 64 : Kepentingan Budaya Kepada Masyarakat Kita 108Karangan 65 : Punca-punca Pengangguran 109Karangan 66 : Keburukan Internet 111Karangan 67 : Baik Buruknya Membaca Novel 113Karangan 68 : Langkah-Iangkah Meningkatkan Semangat Kejiranan 114

    vi

  • 5/13/2018 88 Contoh Karangan Isu Semasa SPM

    8/20

    Karangan 69 : Langkah-Iangkah Mengatasi Masalah Disiplin Sekolah 116Karangan 70 : Gejala Buli 117Karangan 71 : Kepentingan Semangat Kebangsaan 120Karangan72 : Punca-punca Kemusnahan Bangunan Bersejarah 121Karangan 73 : Keutuhan Perpaduan Di Negara Kita 123Karangan 74 : Isu Pemanasan Global 125Karangan 75 : Kemelut-kemelut YangMelanda Sistem Pengangkutan 127Karangan 76 : Usaha-usaha Menangani Bencana Alam 129Karangan 77 : Kebaikan Menyambut Perayaan Bersama 130Karangan 78 : Kehilangan Kanak-kanak 132Karangan 79 : Kepentingan Menguasai BahasaAsing 134Karangan80 :Tahap kesihatan rakyat yang semakin diabaikan 136Karangan 81 : Kebaikan Membaca 137Karangan 82 : Gaya Hidup Sihat 139Karangan 83 : Cara-cara Menangani Masalah Remaja 140Karangan 84 : Faedah Lawatan Sambil Belajar 142Karangan 85 : Amalan Menyimpan Wang 143Karangan 86 : Masalah Sosial 145Karangan 87 : Peranan Ibu bapa 147Karangan 88 : Pembuangan bayi 148

    vii

  • 5/13/2018 88 Contoh Karangan Isu Semasa SPM

    9/20

    Karangan 1 -Impak-impak Negati/Sektor PerindustrianSektor perindustrian sudah menjadi satu nadi ekonomi yang penting kepadanegara ini sejak beberapa dekad yang lalu. Penubuhan beberapa kawasanperindustrian telah membuktikan bahawa sektor ini menjadi tulang belakangkepada ekonomi negara. Namun, sudah ada beberapa pihak yangmenganggap sektor ini membawa pelbagai impak negatif kepadamasyarakat kita.lelaskan impak-impak negatif yang berlaku itu.

    Sektor perindustrian merujuk kepada sektor kilang yang menghasilkanpelbagai produk yang berguna buat manusia seperti penghasilan kereta danmakanan. Negara kita memang telah menggunakan sektor ini sebagai satutindakan untuk meningkatkan tahap ekonomi penduduk negara menjadisetanding dengan negara-negara lain terutama di sebelah rantau Asia.Kejayaan sektor perindustrian di negara ini juga sering menjadi bahan beritadalam media massa tempatan dan asing terutama sekitar tahun 80-an dangO-an. Cuma, sejak akhir-akhir ini pelbagai komentar tentang impak negatifsektor ini mula mendapat tempat dalam perbincangan masyarakat setempat.

    Impak yang paling ketara yang ditimbulkan oleh sektor perindustrianialah kemusnahan kawasan hutan negara kita yang terkenal dengan flora danfauna yang tersendiri. Dalam usaha untuk membentuk satu kawasanperindustrian yang luas dan efisien serta berdaya saing, satu kawasan baruyang luas harus dibuka yang biasanya melibatkan penerokaan kawasan hutannegara. Penebangan kawasan hutan negara ini dikatakan telah memusnahkanhabitat hidupan liar negara yang suatu masa dahulu menjadi kebanggaannegara kita seperti harimau dan gajah serta badak sumbu Sumatera.Olehitu, kewujudan sektor perindustrian telah membawa kemusnahan kawasanhutan negara yang luas dan sukar untuk dipulihkan semula.

    Lantaran itu, kadar pencemaran alam turut meningkat kerana sektorperindustrian dikatakan sering menghasilkan sisa-sisa toksik yang tidakdibuang secara sistematik atau dengan baik. Kebanyakan bahan buangansektor ini dialirkan begitu sahaja tanpa dilakukan sebarang rawatan yangsesuai untuk memastikan sungai dan udara negara tidak tercemar denganmudah. Masalah ini diburukkan lagi dengan ketiadaan kawasan hijau negarayang sudah pun semakin berkurangan dengan pembukaan kawasan-kawasankilang yang besar. Sesungguhnya, kadar pencemaran alam menjadi begituserius dengan bertambahnya kawasan sektor perindustrian kerana sektor inimempunyai pembuangan sisa-sisa kimia yang berbahaya.

    Bukan sahaja alam tercemar dan hutan negara hilang begitu sahaja

    1

  • 5/13/2018 88 Contoh Karangan Isu Semasa SPM

    10/20

    tetapi kewujudan sektor perindustrian telah menggoyahkan sistemkekeluargaan di negara ini dengan begitu ketara. Banyak ibu bapa yangbekerja dengan sektor perindustrian terpaksa mengikut waktu kerja yangagak ganjil iaitu ada kalanya mereka terpaksa bekerja malam dan kerja lebihmasa yang menyebabkan tumpuan mereka terhadap keluarga menjadisemakin kurang. Kekerapan mereka bekerja juga menjadikan diri mereka lebihtidak berupaya untuk mendidik anak dengan baik yang membawapeningkatan masalah sosial terutama di kawasan bandar yang banyakmemiliki kilang-kilang moden. Jelaslah, sektor ini bukan sahaja memusnahkanalam tetapi turut menjadikan kehidupan sosial masyarakat menjadiporak-peranda dalam tempoh yang singkat.

    Impak yang lain yang turut ditimbulkan oleh sektor ini ialah terpinggirnyasektor pertanian di negara ini. Dahulu sebelum pengenalan sektorperindustrian, kebanyakan penduduk negara ini terlibat dalam sektorpertanian dengan begitu meluas. Kini, sektor pertanian semakin terpinggirkerana kadar upah dan cara kehidupan di ladang yang dikatakan tidak lagimenepati kehendak zaman yang membawa ramai tenaga kerja beralih bekerjadi sektor perindustrian pula yang mendorong negara terpaksa menggunakanpekerja asing untuk bekerja di sektor peladangan. Maka, sektor perindustrianturut memusnahkan sektor pertanian negara yang dahulunya menjadikebanggaan kita semua.

    Sebagai kesimpulan, sektor prindustrian membawa banyak impaknegatif kepada negara dalam jangka masa panjang. Semua pihak harusmenilai semula penekanan terhadap sektor ini dengan memikirkankaedah-kaedah lain untuk memajukan negara kerana kita tidak mahu menjadisebuah negara moden tetapi kehilangan budaya dan khazanah negara puladalam masa yang sama. Keseimbangan harus dicari dalam usaha untukmenangani kemelut ini kerana faktor itulah yang bakal akan membawa negarakita terus mampu untuk bersaing dalam arena global kini. Mungkinkah kitaharus mengetatkan syarat-syarat penubuhan kilang baru di negara ini?

    Karangan 2 - Langkah-/angkah Memajukan Industr; DesaIndustri desa telah digunakan oleh kerajaan untuk memajukan kawasankampung. Pelbagai produk kampung seperti kraftangan dan makanan ringantelah terhasil menerusi program sebegini.Huraikan langkah-Iangkah yang boleh dilaksanakan untuk memajukan projeksebegini.

    Apabila kita memperkatakan tentang industri desa sudah pasti di dalam

    2

  • 5/13/2018 88 Contoh Karangan Isu Semasa SPM

    11/20

    minda semua pihak terbayang hasil kraf tangan penduduk desa yang begituunik dan praktikal. Sememangnya, negara kita mempunyai pelbagai industridesayang boleh dimajukan oleh pihak kerajaan jika mereka benar-benar inginmembantu penduduk desa itu. Pihak media massa juga ada menyiarkanpelbagai pendapat masyarakat yang menyuarakan hasrat supaya industri initurut dimajukan. Jadi, apakah langkah-Iangkah yang boleh dilaksanakan olehsemua pihak dalam memajukan industri ini?

    Tindakan yang paling awal boleh dilakukan oleh kerajaan adalah denganmewujudkan satu tempat yang membolehkan semua hasil kraf tangan inidijual dan dipamerkan dengan mudah dan tersusun. Kerajaan bolehmenyediakan satu bangunan di beberapa buah negeri yang menjadi tempatuntuk semua pihak yang terbabit dalam industri desa untuk menjual hasilkarya mereka kepada masyarakat umum tanpa sebarang masalah. Bangunanini boleh disewakan kepada persatuan-persatuan penduduk kampung denganharga yang murah dan satu tempat untuk mengiklankan produk yang sudahmereka hasilkan itu. Maka, kewujudan bangunan sebegini di seluruh negaramampu menyuburkan industri desa menjadi satu peluang kerja kepadapenduduk kampung pula.

    Kedua ialah bantuan kewangan dan latihan diberikan kepada pendudukkampung yang berminat untuk menyertai program industri desa ini.Pemberian sumber kewangan ini mestilah lebih mudah tanpa memerlukancagaran harta benda yang keterlaluan dan digunakan untuk membeli mesinatau peralatan untuk memudahkan penduduk kampung melakukan hasil kraftangan mereka. Latihan juga diberikan terutamanya kepada golongan mudayang ingin menyertai industri ini sebagai salah satu peluang kerjaya merekapada masa hadapan. Ini adalah untuk memastikan kraf tangan ini terusmempunyai sumber pengganti apabila golongan tua sudah tiada untukmeneruskannya. Sesungguhnya, sumber kewangan dan latihan daripadakerajaan berupaya memajukan industri ini menjadi satu industri yang bolehmenghidupkan semula suasana kampung yang semakin malap itu.

    Dalam masa yang sama, penduduk kampung harus bersedia untukmenyahut cabaran industri desa dengan menyumbangkan tenaga yangsepenuhnya tanpa ada sebarang rasa curiga akan masa depannya. Jika usahayang bersungguh-sungguh dicurahkan oleh penduduk kampung sudah pastiindustri ini mampu berkembang dengan giat kerana mempunyai sumbermanusia yang tetap yang boleh mempercepat perkembangannya. Perasaanyakin dan mahu melakukan sesuatu yang unik untuk kemajuan kampungmereka harus ada dalam naluri perasaan peserta-peserta program industridesa ini. Lantaran itu, sikap dan kerjasama yang positif daripada penduduk

    3

  • 5/13/2018 88 Contoh Karangan Isu Semasa SPM

    12/20

    kampung yang terlibat amat penting dalam usaha untuk memastikan industriini terus berkembang pada skala yang betul.

    Peranan penduduk negara juga memainkan peranan penting terutamadalam memberi perhatian lebih dalam membeli barangan atau produkkeluaran tempatan terutama hasil kraf tangan. Hasil kraf tangan negarasendiri harus lebih diagungkan daripada keluaran luar kerana setiappembelian mampu memberi lebih banyak peluang dan sokongan kepadapenggiat industri desa di negara ini untuk meneruskan usaha merekatersebut. Setiap lawatan atau aktiviti pergi bercuti harus ditamatkan denganamalan membeli kraf tangan tempatan untuk dijadikan sebagai hadiahkenang-kenangan peribadi atau keluarga mereka. Maka, perubahan sikapmasyarakat negara ini yang lebih mengutamakan kraf tangan tempatanmampu memberi suntikan baru kepada industri desa di negara ini.

    Kesimpulannya, semua pihak mempunyai tugas atau peranan yangtersendiri untuk menjayakan program industri desa menjadi satu aktivitiekonomi yang lebih berdaya saing dan bukannya industri samping sahaja.Sikap yang lebih positif terhadap kemampuan diri untuk menghasilkan kraftangan yang lebih bermutu harus wujud dalam diri kita semua. Dalam masayang sama, lebih banyak program untuk memperkenalkan produk industridesa ini juga harus dilaksanakan dengan lebih giat dan tersusun. Peribahasahendak seribu daya tak hendak seribu dalih menjadi ingatan kepada kitasemua akan peri pentingnya usaha menangani kemelut ini.

    Karangan 3 - Kesan-kesan Negati/ Pemba/akanNegara kita memiliki kawasan hutan yang luas. Sejak beberapa tahunkebelakangan ini, banyak kawasan hutan ini telah diteroka untukmendapatkan hasil kayunya yang begitu tinggi dan mewujudkan kawasanpembangunan baru. Keadaanini semakin menjadi-jadi terutama di kawasanluar bandar yangsukar untuk diawasi.Pada pendapat anda apakah kesan-kesan negatif yang timbul daripadapembalakan?

    Hutan di Malaysia memang diakui sebagai antara hutan belantara yangmemiliki kepelbagaian flora dan fauna yang sudah wujud sejak ribuan tahunyang lalu. Keadaan ini menyebabkan kawasan hutan negara kita umpamamakmal yang menunggu ahli saintis untuk membuat pelbagai kajian yangboleh mendatangkan kesan baik kepada manusia. Cuma sejak akhir-akhir ini,media massa mula memaparkan pelbagai berita tentang kemusnahan hutanyang berlaku dengan begitu meluas seolah-olah pihak kerajaan tidak

    4

  • 5/13/2018 88 Contoh Karangan Isu Semasa SPM

    13/20

    membuat sebarang usaha untuk mengawalnya. Oleh itu, banyak kesan negatifyang timbul ekoran kemusnahan hutan yang sebegini serius.

    Impak yang paling besar ialah kemusnahan hutan negara membawakemusnahan kepada hidupan di dalamnya yakni flora dan fauna yang unik itu.Ada antara flora dan fauna itu tidak boleh ditemui di mana-mana kawasanhutan di seluruh dunia ini seperti badak sumbu Sumatera, harimau belangAsia dan juga gajah Asia. Ketiadaan kawasan hutan menyebabkan kawasanpembiakan dan makanan untuk haiwan-haiwan tertentu menjadi semakinkurang dan akhirnya pupus bersama-sama dengan hidupan liar ini. Perkarayang sama turut membawa kemusnahan kepada sesetengahtumbuh-tumbuhan yang mungkin boleh membantu menyembuhkan pelbagaipenyakit manusia zaman moden. Maka, kemusnahan hutan membawa kesanhilangnya flora dan fauna yang amat penting dalam ekosistem negara kitapada masa hadapan.

    Bukan sahaja kemusnahan hutan membawa hilangnya flora dan faunatetapi ketiadaan hutan juga menyebabkan berlakunya perubahan cuaca yangboleh mengancam kehidupan manusia sejagat. Ahli-ahli saintis bersetujubahawa ketiadaan hutan menyebabkan muka bumi ini menjadi semakinpanas lalu menyebabkan perubahan cuaca berlaku dengan mendadak.Perubahan cuaca ini menyebabkan perubahan musim sukar diramal sepertiberlakunya kejadian hujan lebat yang turun tanpa henti bersama-samadengan kejadian taufan yang begitu kerap. Jelaslah, kemusnahan hutanmembawa berlakunya perubahan cuaca yang mengancam kehidupanmanusia secara perlahan-Iahan.

    Malah, kadar pencemaran alam turut meningkat dengan ketiadaanhutan di negara ini kerana peranan hutan sebagai penapis semuapencemaran alam yang berlaku. Ketiadaan penapis inilah yang membawaberlakunya pencemaran udara, sungai, tanah runtuh, hakisan tanah dan bunyiyang lambat laun akan menjejaskan kehidupan manusia. Sikap menganggapbahawa hutan boleh membantu diri mereka sendiri merupakan satuanggapan yang silap kerana hutan mengambil masa yang lama untuk hidupdan tumbuh berbanding dengan manusia tetapi mudah untuk dimusnahkantanpa perlu menggunakan teknologi tinggi pun. Sebenarnya, hutan bolehmembantu mengawal tahap pencemaran tetapi tanpanya pencemaran alamakan berlaku dalam skala yang lebih besar lagi.

    Impak lain yang wujud ekoran ketiadaan hutan di negara ini ialah imejnegara akan terjejas dengan begitu teruk terutama pada mata masyarakatdunia yang lain. Ketika semua negara di dunia ini mula memberi penekanan

    5

  • 5/13/2018 88 Contoh Karangan Isu Semasa SPM

    14/20

    negara, kita pula terus membiarkan kawasan hutan dimusnahkan begitusahaja tanpa kawalan. Penduduk negara ini akan dilabelkan sebagai manusiayang tidak menghargai alam walaupun sebilangan sahaja yang memusnahkankawasan hutan negara itu. Oleh itu, imej negara akan dipandang rendah olehorang luar kerana ketiadaan hutan yang dikaitkan dengan sikap rakyat negaraini yang tidak mengutamakan alam sekitar.

    Konklusinya, hutan penting dalam kehidupan manusia terutama dinegara kita ini. Tanpa hutan, pelbagai kemusnahan akan melanda negara inisecara perlahan-Iahan tanpa kita sedari. Pada masa semua pihak menyedaribahawa hutan negara ini sudah pupus, kita sudah terlambat untukmenyelamatkannya. Ketika itu kita hanya menanti sahaja untuk menerimakesannya tanpa mempunyai sebarang peluang untuk mengubahnya. 'Sesaldahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya" menjadi peringatanbetapa pentingnya kita melakukan tindakan awal dalam menyelesaikansemua masalah yang berkaitan dengan kehidupan manusia.

    Karangan 4 - Langkah -/angkah Meningkatk an Indu stri P e/anconganIndustri pelancongan dikatakan penyumbang utama kepada ekonomi negaraini terutama ketika dunia mengalami masalah kegawatan ekonomi yangketara. Kedatangan pelancong ke negara ini terus meningkat saban tahunyang pastinya menggembirakan semua pihak di negara ini.ielaskan langkah-Iangkah yang boleh diambil untuk meningkatkan lagiindustri ini di negara ini.

    Industri pelancongan merupakan satu industri yang mampu menjanapertumbuhan ekonomi negara terutama ketika dunia global mengalamikegawatan yang ketara kerana industri ini tidak memerlukan pelaburan modalyang tinggi. Keindahan alam semula jadi dan keunikan budaya negara yangsudah tersohor itu boleh digunakan sebaik mungkin untuk menarik minatpelancong asing dan tempatan untuk terus melancong di negara ini. Dalammasa yang sama media massa turut mencanangkan pelbagai kelebihanmelancong di negara ini dengan lebih meluas dan tersusun. Jadi, apakahusaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk memantapkan lagi industri ini?

    Sudah pasti tindakan awal ialah kerajaan mewujudkan lebih banyakdestinasi pelancongan baru terutama di kawasan yang masih lagi belumbegitu terkenal di kalangan pelancong. Pengenalan kawasan pelanconganbaru ini memberikan lebih banyak pilihan kepada masyarakat terutamapelancong tempatan untuk pergi bersiar-siar dan tidak terhad dengan pergi ketempat-tempat yang sama sahaja setiap tahun. Dalam masa yang sama juga

    6

  • 5/13/2018 88 Contoh Karangan Isu Semasa SPM

    15/20

    syarikat pelancongan boleh membuat pelbagai pakej pelancongan yangbersesuaian dengan destinasi-destinasi baru ini untuk menarik lebih ramaikehadiran pelancong. Oleh itu, usaha untuk mewujudkan lebih banyakdestinasi baru pelancongan mampu menjana lebih ramai kehadiranpelancong ke negara ini.

    Kerajaan juga boleh mengadakan satu tahun khas sebagai tahunmelawat negara ini kepada masyarakat luar. Dalam program atau kempentahun melawat Malaysia, pelbagai aktiviti boleh dirancang yang mampumenimbulkan minat kepada pelancong untuk datang melancong ke negaraini. Program itu mungkin melibatkan kadar penginapan yang lebih rendah,tambang kapal terbang yang berpatutan dan juga pengenalan cukai kepadapelancong yang lebih rendah terutama cukai lapangan terbang. Semua iniboleh dilakukan dengan efektif jika negara kita mempunyai satu tahun yangdikhususkan untuk tahun melawat negara ini.

    Selain itu, usaha untuk menarik pelancong datang ke negara ini bolehdilakukan dengan meningkatkan tahap kebersihan. Memang ada banyakkomen terutama daripada pelancong asing tentang tahap kebersihan yangkadangkala begitu memalukan kita yang dikatakan mementingkankebersihan. Kawasanyang sering menjadi tumpuan pelancong perlulah bersihterutama di kawasan hotel, tempat makan dan tandas yang sering dikunjungioleh mereka.Sesungguhnya, tindakan menjadikan negara lebih bersihmemberikan peluang kepada industri pelancongan untuk terus suburberkembang di negara ini tanpa sebarang masalah.

    Tambahan pula, sistem pengangkutan di negara ini juga harus efisien danberpatutan tambangnya terutama yang melibatkan pengangkutan daratseperti teksi, bas dan LRT.Sistem pengangkutan yang cekap dan murah initurut diserikan dengan perkhidmatan yang berkualiti dan mesra daripadapemandu bas, teksi dan sebagainya. Kewujudan sistem pengangkutan yangsebegini memberikan satu imej yang baik kepada pelancong terutamakegagalan mereka untuk berbahasa dalam bahasa ibunda menyukarkanmereka untuk bergerak kecuali negara memiliki sistem pengangkutan yangmengagumkan. Maka, sistem pengangkutan negara harus dirombak dandijadikan lebih baik lagi.

    Kesimpulannya, wujud pelbagai cara yang boleh diimplementasikan olehkerajaan dan swasta serta masyarakat untuk memajukan industripelancongan negara ini. Semua pihak perlu memberikan kerjasama yangseerat mungkin untuk menjadikan industri ini berdaya saing dan maju. Jikasemua pihak memahami tugas dan peranan mereka sudah pastilah sektor

    7

  • 5/13/2018 88 Contoh Karangan Isu Semasa SPM

    16/20

    pelancongan negara akan diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia atau dirantau sebelah ini. Mungkin kita semua harus merenung dan melihat perananyang sudah kita mainkan dalam kemelut ini.

    Karangan 5-Kesan-kesan Positif Program PenswastaanKerajaan negara kita te/ah membuat program penswastaan yang begitubanyak pada era 80-an. Usaha ini te/ah menyaksikan banyak perubahanda/am kehidupan masyarakat di negara ini terutama yang bercorak positij.Huraikan kesan-kesanpositif yang timbu/ menerusi program kerajaan ini.

    Penswastaan merupakan projek yang dilaksanakan oleh kerajaan yangketika itu di bawah pemerintahan Tun Dr.Mahathir Mohammad. Tindakanbeliau menswastakan beberapa jabatan kerajaan telah membuka satu konsepbaru dalam ekonomi Malaysia ketika itu yang turut menjana pertumbuhanekonomi. Pihak media massa turut menganggap projek penswastaan iniberjaya terutama dalam aspek meningkatkan taraf hidup rakyat. Lantaran itu,pelbagai impak positif terhasil menerusi dasar penswastaan yangdilaksanakan oleh kerajaan itu.

    Impak yang paling ketara dan pantas diwujudkan oleh dasar yang unik iniialah pertumbuhan ekonomi negara berjalan dengan begitu mengagumkan.Situasi pertumbuhan ekonomi ini mampu berlaku oleh sebab semua projekpembangunan tidak semestinya dibiayai oleh wang kerajaan kerana konsepini menukar beberapa jabatan kerajaan menjadi sebuah syarikat tetapi masihdi bawah kawalan kerajaan. Semua projek yang dilaksanakan oleh jabatankerajaan yang sudah diswastakan dilakukan dengan menggunakan wangsyarikat sendiri setelah mengambil kira potensi kejayaan sesuatu projek itudalam tempoh tertentu. Oleh itu, penswastaan merancakkan pertumbuhanekonomi negara kerana bukan sahaja kerajaan tetapi pihak swasta turutmelabur wang untuk membuat projek-projek pembangunan.

    Dalam masa yang sama jabatan kerajaan yang sudah diswastakan iniberoperasi dalam suasana syarikat iaitu mereka mementingkan keuntunganyang dilengkapkan dengan perkhidmatan yang lebih cekap dan baik kepadapelanggan. Tindakan memberikan perkhidmatan yang lebih baik inibersesuaian dengan konsep pasaran terbuka yang mementingkan kepuasanpelanggan untuk memastikan pelanggan terus menggunakan perkhidmatanyang disediakan oleh sesebuah syarikat itu. Perubahan sikap yangmementingkan kepuasaan pelanggan ini sudah pasti baik kerana pekerja akanmenjadi lebih serius dan melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik demimengautkan keuntungan untuk syarikat. Maka, penswastaan membolehkan

    8

  • 5/13/2018 88 Contoh Karangan Isu Semasa SPM

    17/20

    tahap perkhidmatan kepada pelanggan menjadi lebih baik dan mesrapelanggan.

    Berkaitan dengan perkhidmatan yang lebih baik ini sudah pasti konsepdaya saing akan bertambah kerana keuntungan hanya akan berlaku jikasyarikat memperoleh lebih banyak pelanggan dengan menggunakan kosyanglebih rendah. Usaha untuk memastikan kos lebih rendah tetapi mempunyairamai pelanggan memerlukan daya kreativiti dan daya saingyang tinggi dalamsesebuah syarikat yang sudah diswastakan. Daya saing yang tinggi inimenjadikan negara lebih mampu untuk bersaing terutama dalam pasaranekonomi global yang begitu hebat persaingannya. Oleh itu, penswastaanmenjadikan negara lebih berdaya saing dalam mengharungi cabaran ekonomidunia yang penuh dengan ketidaktentuan ini.

    Selain itu, peluang kerja juga berupaya diwujudkan dalam kuantiti yanglebih banyak kerana wujudnya pelbagai syarikat yang sudah diswastakan ini.Peluang kerja yang banyak ini mampu diwujudkan kerana pelbagai jenisperniagaan dapat dicipta oleh penswastaan kerana daya kreativiti danpersaingan yang begitu tinggi itu. Dalam masayang sama, kemahiran pekerjajuga turut meningkat kerana peluang kerja yang ditawarkan itu selari denganperubahan dalam jenis perniagaan yang ditawarkan oleh syarikat swastatersebut. Jelaslah, peluang kerja yang pelbagai mampu wujud ekoranpengenalan dasar penswastaan ini bersama-sama dengan sumber manusiayang berkemahiran tinggi.

    Impak terakhir yang wujud menerusi dasar penswastaan ini ialah imejnegara kita terus meningkat terutama dalam kalangan negara membangunyang lain. Keupayaan negara untuk maju dengan menggunakan dasarpenswastaan sudah pasti akan membuka mata negara-negara lain yangmungkin akan cuba menggunakan konsep yang serupa pula di negara merekauntuk mengalami kemajuan yang serupa. Kejayaan dasar ini di negara ini dannegara lain membuktikan sikap pandang ke depan pemimpin negara yangbegitu sukar diperoleh kini lalu memberikan satu pandangan tinggimasyarakat luar kepada negara kita. Sesungguhnya, dasar penswastaanmampu memberikan imej yang positif kepada negara pada mata masyarakatasing di dunia ini.

    Kesimpulannya, dasar penswastaan ini merupakan satu dasar yangsangat baik dan mampu memberikan pelbagai impak positif kepada negara.Semua pihak baik kerajaan mahupun swasta telah membuktikan bahawamereka boleh bekerjasama jika ada program atau dasar yang baik untukdilaksanakan demi kepentingan bersama. Kejayaan dasar penswastaan ini

    9

  • 5/13/2018 88 Contoh Karangan Isu Semasa SPM

    18/20

    seharusnya dipanjangkan dalam banyak lagi program kerajaan yang lain untukmemberikan satu kejayaan mutlak dalam pembangunan negara kita. Mungkinkita semua harus menjadikan dasar penswastaan sebagai batu loncatan untukmemperoleh kejayaan yang lebih besar lagi dalam bidang yang lain pula.

    Karangan 6 -Masalah-masalah Perumahan Di Negara KitaPerumahan merupakan satu kemelut yang sedang melanda negara terutamadi kawasan. 8anyak masalah setinggan yang berlaku membuktikan betapamasalah perumahan di negara ini begitu mendesak.Ielaskan masalah-masalah yang melanda sektor perumahan di negara ini.

    Kemelut yang melanda sektor perumahan negara dianggap sesuatu yangharus diberi perhatian segera oleh pihak kerajaan. Pelbagai kerenah danaduan masyarakat terhadap pemaju perumahan telah menjadi bahan beritautama media massa sehingga ada yang ingin saman-menyaman pula.Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai pertanyaan kepada semua pihakyang masih keliru tentang masalah yang melanda sektor perumahan negarakita. Maka, masalah-masalah yang melanda sektor perumahan negaramemang banyak dan serius.

    Kemelut yang paling ketara dalam perumahan negara ialah kekuranganprojek perumahan kos rendah berbanding perumahan kos mewah dansederhana. Dalam masa yang sama permintaan golongan berpendapatanrendah untuk memiliki rumah kos murah terus meningkat saban tahun.Ketiadaan projek perumahan kos rendah menyebabkan ada pembeli rumahterpaksa membeli rumah kos sederhana walaupun mereka agak sukar untukmembuat bayaran ansuran sehingga menyebabkan hampir separuh gajimereka digunakan untuk bayaran rumah lalu menjadikan keperluan lain tidakmampu dipenuhi. Maka, masih ramai rakyat miskin di negara ini yang tidakmemiliki rumah bukan sebab mereka tidak mahu tetapi disebabkankurangnya projek perumahan yang bersesuaian dengan pendapatan mereka.

    Selain ltu, sektor perumahan negara juga mengalami satu keadaan yangmenyaksikan banyak projek perumahan terbengkalai ekoran kegagalan pihakpemaju untuk menyediakan modal yang mencukupi buat sesuatu projektersebut. Kebanyakan pemaju menggunakan konsep jual dan bina yaknimereka menggunakan wang pendahuluan pembeli rumah untuk menjalankansesuatu projek sebelum mendapatkan pinjaman daripada pihak bank.Kegagalan mendapatkan pinjaman daripada pihak bank kerana projekperumahan mereka tidak berdaya maju menyebabkan wang pendahuluanpembeli rumah hapus begitu sahaja akibat ketidakcekapakan pengurusan

    10

  • 5/13/2018 88 Contoh Karangan Isu Semasa SPM

    19/20

    pihak pemaju. Jadi, sudahlah projek perumahan tergengkalai, pembeli rumahpula terus kehilangan wang pendahuluan mereka yang sudah digunakan olehpemaju sebelum ini.

    Bukansahaja banyak projek terbengkalai tetapi kualiti rumah yang dibinaoleh pemaju di negara ini kerap menjadi bahan perbahasan masyarakatumum. Rumah yang baru dibeli tidak sampai setahun dua sudah mulamenunjukkan kerosakan demi kerosakan yang terpaksa ditanggung olehpihak pembeli pula. Sebaik sahaja kunci rumah diberikan kepada pembelitanggungjawab pemaju terhadap rumah itu sudah selesai dan sebarangkerosakan harus ditanggung oleh pihak pembeli. Bukankah sesuatu yang tidakadil buat pembeli yang sudah mengeluarkan wang yang banyak untukmembeli rumah dan terpaksa membaiki rumah mereka dalam tempohsetahun dua?

    Satu perkara yang ganjil di negara ini ialah pembeli rumah sukar untukmendapatkan pinjaman atau terpaksa menyediakan wang pendahuluan yangbegitu banyak untuk membeli rumah berbanding dengan tindakan membelikereta. Pihak bank biasanya mengenakan syarat pinjaman yang lebih ketatuntuk membeli rumah dan pemaju pula mengenakan bayaran pendahuluanyang begitu tinggi kepada pembeli. Keadaan ini jauh berbeza buat pembelikenderaan sedangkan rumah lebih penting kerana rumah menjadi tempatkeluarga untuk berteduh berbanding kereta yang mungkin digunakan olehseseorang sahaja untuk tujuan imej mereka. Maka, keadaan ini menjadikanseseorang pembeli rumah begitu sukar untuk membeli rumah dalam usiamuda atau dalam tempoh yang singkat.

    Kesimpulannya, masalah yang melanda sektor perumahan negara irnharus diselesaikan segera oleh semua pihak terutama kerajaan. Dalam hal initindakan yang lebih tegas dan konsisten harus dipamerkan oleh pihakkerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Padamasa yang sama juga, pembeli rumah harus bijak menggunakanpertimbangan dengan membeli rumah daripada pemaju yang sudah terkenaldengan reputasi baik mereka dalam membina rumah bukannya melihat hargasahaja. Kita harus ingat bahawa rumah menjadi tempat melahirkan keluargayang baik.

    11

  • 5/13/2018 88 Contoh Karangan Isu Semasa SPM

    20/20

    Karangan 7-Langkah-Iangkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara KitaSukan di negara ini terus menjunam berbanding tahun 80-an yangmenyaksikan mutu sukan negara terutama bola sepak begitu tinggi di rantauini. Keadaan ini memberikan pandangan bahawa sesuatu tindakan horusdilakukan untuk membawa semula zaman kegemilangan sukan negara.Pada pendapat anda apakah langkah-Iangkah yang boleh dilakukan untukmeningkatkan mutu sukan negara.

    Mutu sukan negara memang begitu memalukan terutama sukan-sukantertentu seperti bola sepak, sepak takraw, dan acara trek jika hendakdibandingkan dengan prestasi ahli sukan negara pada zaman 80-an. Pelbagaipihak terutama masyarakat telah mula jemu dengan pelbagai alasan yangdiberikan oleh pihak berkuasa terutama persatuan sukan terbabit. Pihakmedia massa turut membuat pelbagai program untuk meneliti dan membuatcadangan yang konkrit untuk membantu memajukan sukan negara kita. Adabeberapa tindakan yang boleh dilakukan untuk memajukan semula sukannegara.

    Tindakan awal yang boleh dilakukan dalam menangani polemik ini ialahkerajaan melantik lebih ramai jurulatih asing datang untuk melatih ahli sukannegara dalam acara sukan yang begitu mengecewakan pencapaiannya.Kehadiran jurulatih asing ini amat penting kerana mereka mempunyai banyakpengalaman dalam merangka latihan yang sistematik dan berasaskan sains.Bukan jurulatih tempatan tidak layak untuk melatih ahli sukan negara tetapipengalaman yang diperoleh oleh jurlatih asing itu memerlukan tempoh masayang lama untuk dipelajari oleh jurulatih tempatan. Lantaran itu, mutu sukannegara akan meningkat secara mendadak dengan kehadiran lebih ramaijurulatih asing ke negara ini.

    Pembinaan kemudahan sukan bertaraf antarabangsa turut dilaksanakandengan segera kerana kemudahan sebegini memberi banyak kelebihankepada ahli sukan negara. Infrastruktur yang moden seperti stadium bolasepak yang besar, kolam renang bersaiz Olimpik dan trek bertaraf duniamenjadikan ahli sukan kita sudah biasa menyesuaikan diri mereka dengansuasana pertandingan yang sudah pasti akan dilakukan di luar negara tetapidalam stadium atau balapan yang serupa. Latihan yang lebih kerap dansistematik turut mampu dilaksanakan di kemudahan sukan yang bertarafdunia ini selain memberi lebih banyak peluang kepada masyarakat untukmencuba dan menjadi ahli sukan juga. Maka, pembinaan lebih banyakkemudahan sukan akan membuka lebih banyak peluang kepada ahli sukanuntuk meningkatkan diri lalu meninggikan kualiti sukan negara.

    12