karangan terbaik spm

31
Karangan Berpandu diubahsuai daripada karangan Hasilan Nurul Ashikin bt. Abdullah ( Tingkatan 5 Ibnu Haitham) Pelajar Tingkatan 5 Wajib Menyalin Karangan Di bawah. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat. Panjang karangan anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi maklumat, faktor kesihatan masyarakat pada hari ini berada pada tahap yang membimbangkan pihak berkuasa terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia. Semakin hari, masalah wabak pelbagai penyakit semakin menjalar dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia tua atau muda. Jika dahulu masalah darah tinggi dan kencing manis merupakan penyakit yang sering dihadapi oleh golongan tua tetapi pada hari ini golongan kanak- kanak juga sering dihantui penyakit berkenaan. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011, angka pesakit yang menghadapi masalah kesihatan telah meningkat sebanyak 200 000 orang pesakit melebihi bilangan pesakit pada tahun sebelumnya. Sebenarnya masalah kesihatan masyarakat mampu diatasi dengan pelbagai cara terutamanya dengan kemudahan prasarana berkaitan kesihatan semakin banyak disediakan oleh pihak kerajaan. Klinik desa, Klinik 1 Malaysia, Hospital Desa, Hospital Besar merupakan tempat masyarakat mendapat kemudahan rawatan kesihatan. Persoalannya, mengapakah kadar pertambahan bilangan pesakit yang tidak mengenal usia berlaku pada zaman sekarang? Bak kata pepatah, setiap penyakit ada ubatnya, setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Salah satu daripadanya adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimanakah caranya untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat? Mari kita capahkan lensa perbincangan kita kepada skop yang lebih khusus di bawah kata kunci pengambilan makanan seimbang. Kebanyakan rakyat Malaysia mengganggap pengambilan makanan seimbang ialah diet. Sebenarnya, tanggapan masyarakat mengenai perkara tersebut adalah salah sama sekali.Hal ini kerana pengambilan makanan seimbang bermaksud pengambilan makanan oleh seseorang individu yang mengandungi semua nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan secara seimbang. Jika kita merujuk piramid makanan, pembahagian pemakanan terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut keperluan makanan berdasarkan seorang manusia normal. Bahagian bawah piramid makanan merupakan kumpulan makanan mengandungi karbohidrat, diikuti dengan kumpulan makanan yang mengandungi vitamin, mineral, dan serat, seterusnya kumpulan makanan yang mengandungi protin, dan terakhir bahagian atas ialah kumpulan makanan mengandungi lemak. Piramid makanan juga merupakan panduan kepada pengguna dengan mengurangkan pengambilan makanan berlemak di bahagian atas sekali, seperti lemak dan gula,. Oleh sebab itu, makanan berlemak hanya perlu kita ambil dalam kuantiti sedikit. Berbanding kandungan karbohidrat perlu diambil dalam kuantiti yang banyak kerana makanan seperti ini membekalkan kita tenaga untuk menjalani kehidupan seharian, contohnya nasi, roti, dan bijirin. Seorang ahli falsafah Yunani iaitu Socrates berkata " Aku makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan." Tegasnya, kita boleh mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang setiap hari. Seterusnya, mari kita lebarkan lensa perbincangan dengan memperkatakan gaya hidup sihat iaitu menjalankan aktiviti rekreasi. Sebagai mana yang kita sedia maklum, kegiatan rekreasi merupakan aktiviti yang berfaedah terutama untuk mengisi masa senggang, merehatkan minda dan mengelakkan stress, selain menyehatkan badan.

Upload: lia-amylia

Post on 23-Dec-2015

431 views

Category:

Documents


22 download

DESCRIPTION

reference

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Terbaik SPM

Karangan Berpandu diubahsuai daripada karangan Hasilan Nurul Ashikin bt. Abdullah  ( Tingkatan 5 Ibnu Haitham)  Pelajar Tingkatan 5 Wajib Menyalin Karangan Di bawah.Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat. Panjang karangan anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

    Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi maklumat, faktor kesihatan

masyarakat pada hari ini berada pada tahap yang membimbangkan pihak berkuasa terutamanya

Kementerian Kesihatan Malaysia. Semakin hari, masalah wabak pelbagai penyakit semakin menjalar

dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia tua atau muda. Jika dahulu masalah darah tinggi 

dan  kencing manis merupakan penyakit yang sering dihadapi oleh golongan tua tetapi pada hari ini

golongan kanak-kanak juga sering dihantui penyakit berkenaan. Mengikut statistik yang dikeluarkan

oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011, angka pesakit yang menghadapi masalah

kesihatan telah meningkat sebanyak 200 000 orang  pesakit melebihi bilangan pesakit pada tahun

sebelumnya. Sebenarnya masalah kesihatan masyarakat mampu diatasi dengan pelbagai cara

terutamanya dengan kemudahan prasarana berkaitan kesihatan semakin banyak disediakan oleh

pihak kerajaan. Klinik desa, Klinik 1 Malaysia, Hospital Desa, Hospital Besar merupakan tempat

masyarakat mendapat kemudahan rawatan kesihatan.  Persoalannya, mengapakah kadar

pertambahan bilangan pesakit yang tidak mengenal usia berlaku pada zaman sekarang? Bak kata

pepatah, setiap penyakit ada ubatnya, setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Salah satu

daripadanya adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat sebagaimana yang disarankan oleh

Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimanakah caranya  untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat?

         Mari kita capahkan lensa perbincangan kita kepada skop yang lebih khusus di bawah kata kunci

pengambilan makanan seimbang. Kebanyakan rakyat Malaysia mengganggap pengambilan makanan

seimbang ialah diet. Sebenarnya, tanggapan masyarakat mengenai perkara tersebut adalah salah

sama sekali.Hal ini kerana pengambilan makanan seimbang bermaksud pengambilan makanan oleh

seseorang individu yang mengandungi semua nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan

secara seimbang. Jika kita merujuk piramid makanan, pembahagian pemakanan terbahagi kepada

beberapa bahagian mengikut keperluan makanan berdasarkan seorang manusia normal. Bahagian

bawah piramid makanan merupakan kumpulan makanan mengandungi karbohidrat, diikuti dengan

kumpulan makanan yang mengandungi vitamin, mineral, dan serat, seterusnya kumpulan makanan

yang mengandungi protin, dan terakhir bahagian atas ialah kumpulan makanan mengandungi lemak.

Piramid makanan juga merupakan panduan kepada pengguna dengan mengurangkan pengambilan

makanan berlemak di bahagian atas sekali, seperti lemak dan gula,. Oleh sebab itu, makanan

berlemak hanya perlu kita ambil dalam kuantiti sedikit. Berbanding kandungan karbohidrat perlu

diambil dalam kuantiti yang banyak kerana makanan seperti ini membekalkan kita tenaga untuk

menjalani kehidupan seharian, contohnya nasi, roti, dan bijirin. Seorang ahli falsafah Yunani iaitu

Socrates berkata " Aku makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan." Tegasnya, kita boleh

mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang setiap hari.

           Seterusnya, mari kita lebarkan lensa perbincangan dengan memperkatakan gaya hidup sihat

iaitu menjalankan aktiviti rekreasi. Sebagai mana yang kita sedia maklum, kegiatan rekreasi

merupakan aktiviti yang berfaedah terutama untuk mengisi masa senggang, merehatkan minda dan

mengelakkan stress, selain menyehatkan badan. Pada abad milenium ini, banyak tempat rekreasi,

sama ada bertemakan air, alam sekitar dan sebagainya. Dengan adanya pusat rekreasi, anak muda

atau remaja boleh menyertai aktiviti berkenaan dengan mandaftar diri dan menyertai program yang

dianjurkan seperti kursus berkayak, mendaki gunung, , menyelam, "jungle tracking" dan sebagainya.

Bagaimana kegiatan rekreasi ini dapat menyihatkan tubuh badan? Aktiviti rekreasi merupakan aktiviti

mencabar. Sebelum melakukan aktiviti berkenaan, peserta selalunya diminta untuk melakukan aktiviti

regangan agar seluruh sendi dan sistem kardivaskular kita bersedia terlebih dahulu sebelum

Page 2: Karangan Terbaik SPM

melakukan aktiviti berkenaan. Bahkan juga, dengan adanya aktiviti regangan dan pemanasan badan,

kadar pengaliran darah dan pergerakan jantung akan stabil sebelum peserta melakukan aktiviti yang

berat. Selain itu, kelenjar endokrin dan kelenjar adrenalina akan merembeskan peluh yang

mengandungi toksin untuk disingkirkan daripada badan. Oleh sebab itu, badan kita akan menjadi sihat

dan sukar untuk dijangkiti patogen-patogen penyakit. Kebiasaanya, seorang fasiltator akan memberi

penerangan kepentingan melakukan regangan dan peringatan mengenai langkah-langkah menjaga

keselamatan sepanjang program rekreasi diadakan untuk mengelak sebarang kemalangan atau

kecederaan. Bak kata pepatah, malang tidak berbau dan sediakan payung sebelum hujan. Justeru,

tahap keselamatan peserta lebih terjamin semasa melakukan aktiviti lasak tersebut. Hal ini jelas

menunjukkan aktiviti berekreasi merupakan satu cara untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat dalam

kehidupan.

                Mari kita meneruskan perbincangan menggunakan minda pelajar kelas pertama dalam

membicara aktiviti sukan sebagai amalan gaya hidup sihat. Sebagaimana kita maklum, remaja tidak

lari daripada melakukan aktiviti sukan dalam kehidupan mereka sejajar dengan usaha Kementerian

Pelajaran Malaysia memperkenalkan pelaksanaan Program 1 Murid 1 Sukan yang mewajibkan pelajar

sekurang-kurang menyertai satu aktiviti sukan di sekolah. Bahkan juga,Kementerian Pelajaran

Malaysia juga telah 10% syarat kemasukan ke universiti berdasarkan pencapaian pelajar dalam

bidang kokurikulum antaranya sukan permainan. Namun, pelaksanaan program ini belum mencapai

objektifnya kerana sebilangan pelajar masih belum membudayakan diri mereka untuk bersukan dan

penglibatan mereka dalam aktiviti berkenaan hanya sekadar untuk penyertaan bukan sebagai budaya.

Sebenarnya, pucuk pangkal permasalahan berkenaan terus berlaku akibat masyarakat masih belum

mengetahui akan manfaat dan kepentingan sukan dalam kehidupan mereka. Dengan bersukan,

masyarakat akan mendapat manfaat iaitu selain menyihatkan badan, mereka juga akan dapat

mencergaskan minda mereka. Hal ini kerana ketika bersukan oksigen akan diserapkan ke dalam

badan dengan lebih cepat dan akan mengaktifkan sel-sel badan menjalankan proses respirasi,

disamping aliran oksigen ke otak akan lebih aktif. Secara langsung neuron-neuron otak juga akan

bersambung dan badan akan menerima cas-cas positif yang berfungsi untuk menyihatkan badan dan

mencerdaskan otak. Kebaikannya kepada pelajar, mereka tidak akan mudah mengantuk semasa

berada di dalam kelas dan sudah pasti proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna.

Pepatah Arab ada mengatakan bahawa minda cerdas lahir daripada badan yang sihat. Justeru, kita

boleh mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti bersukan.

              Akhir sekali, sudah terang lagi bersuluh bahawa pemeriksaan dan rawatan kesihatan adalah

penting dalam memastikan tahap kesihatan kita sentiasa berada di bawah paras bahaya. Masyarakat

Malaysia perlu bersyukur kerana kerajaan terutamanya di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan

Malaysia amat mengambil berat dalam menyediakan prasarana dan kemudahan 

kesihataperkhidmatan bertaraf dunia. Hal ini boleh kita lihat di setiap pelusuk negara terdapat pusat

rawatan sama ada klinik desa, Klinik 1 Malaysia, Hospital Desa dan Hospital Besar sentiasa terbuka

untuk dikunjungi oleh rakyat yang sedar akan kepentingan kesihatan mereka. Bahkan juga, pengamal

perubatan yang sedia merawat pesakit adalah lepasan universiti dikerah berkhidmat di pusat rawatan

daerah, dan negeri agar setiap masyarakat mudah untuk mendapat perkhidmatan kesihatan yang

berkualiti. Berbading suatu ketika dahulu, pesakit yang memerlukan rawatan daripada seorang doktor

hanya boleh mendapat perkhidmatan mereka di hospital desa atau hospital besar. Rawatan kesihatan

amat penting supaya setiap warganegara akan tahu tahap dan darjah kesihatan mereka dari semasa

ke semasa. Apabila kita melakukan rawatan kesihatan secara berskala sekurang-kurangnya tiga

bulan sekali perkembangan kesihatan kita boleh dipantau oleh pengamal perubatan atau doktor

dengan sebaik-baiknya. Natijahnya cukup positif kerana pengesanan penyakit secara awal akan

memudahkan mereka mendapat rawatan yang sepatutnya. Secara langsung pengesanan awal boleh

Page 3: Karangan Terbaik SPM

menyelamatkan nyawa kerana kadang kala penyakit menyerang tanpa disedari terutama penyakit tiga

serangkai iaitu darah tinggi, kecing manis dan serangan jantung. Contohnya, sekiranya pesakit

mengalami penyakit kencing manis para doktor berpengalaman akan menasihatkan pesakit mengawal

kaedah pemakanan yang sesuai dan sekiranya pesakit mengalamai masalah diabetis yang kronik

suntikan insulin akan dilakukan untuk mengawal paras gula dalam badan. Pepatah ada menyebut "

mencegah lebih baik daripada merawat." Tegasnya mendapat pemeriksaan dan rawatan kesihatan

adalah sangat penting dalam memastikan tahap kesihatan masyarakat dalam keadaan baik. 

          Kesimpulannya, pengamalan gaya hidup sihat merupakan inisiatif kita sendiri. Jika kita inginkan

kesihatan kita sentiasa sihat, kita perlulah melibatkan diri dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh

menyihatkan tubuh badan kita seperti pengambilan makanan seimbang, melakukan aktiviti rekreasi,

menyertai aktiviti sukan dan mendapatkan rawatan kesihatan secara sempurna. Oleh itu, untuk

menyokong kerajaan dalam merealisasikan Wawasan 2020, kita perlulah memastikan tahap kesihatan

kita dalam keadaan terbaik kerana pekerja, pentadbir, dan pemimpin yang sihat jasmani, rohani,

emosi dan inteleknya sahaja yang akan dapat membantu menggapai cita-cita pemimpin  untuk

memastikan Malaysia mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju

yang lain. Justeru, kesihatan merupakan aset paling penting sebagai warganegara Malaysia kerana

bak kata pepatah, kesihatan itu lebih penting daripada wang ringgit yang menggunung.

Page 4: Karangan Terbaik SPM
Page 5: Karangan Terbaik SPM

Karangan di bawah bukan soalan Percubaan SPM 2013 SMKASAS. Saya masukkan karangan berkenaan atas dasar kehebatan hasilan  karangan pelajar berkenaan dan boleh dijadikan contoh semasa mengarang oleh setiap pelajar. Justeru, karangan di bawah wajib salin.

Diubahsuai daripada karangan nukilan Norfaezah bt. Mohd. Nozani  ( Pelajar Tingkatan 4 Ibnu Sina )

Karangan Umum Berfokus Komsas.

Soalan : Dalam karangan masyarakat Malaysia, pantun merupakan puisi tradisional yang masih kekal

sehingga ke hari ini. Bincangkan keistimewaan pantun dan peranannya dalam masyarakat Melayu.

Busana indah bertata suasa,Menari puteri di dalam taman,Pantun lambang budaya bangsa,Takkan hilang ditelan zaman.

       Rangkap pantun di atas menggambarkan pantun sebagai satu lambang keistimewaan mayarakat Melayu. Pantun merupakan seni bangsa yang telah diperturunkan daripada generasi terdahulu kepada generasi pasca kemerdekaan ini. Pantun yang kaya dengan seni kata yang halus dan irama yang indah turut melambangkan kehebatan dan kepakaran masyarakat Melayu dalam bidang berbahasa. Marcapada, puisi tradisional kini turut dipertahan dan diberi penekanan oleh golongan pencinta ilmu agar tidak terhakis dibawa arus perubahan zaman yang rakus menelan budaya Melayu dari bangsanya.  Justeru, komponen sastera yang diperkenalkan dalam sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan usaha bijak pandai kita agar pendedahan sedari usia rebung pasti mampu memupuk kecintaan pelajar atau generasi muda terhadap  kemahiran berbahasa terutamanya kemahiran berpantun. Bukan itu saja, malah harapan kita agar generasi sekarang juga diharapkan mampu mencipta hasilan pantun seperti generasi nenek moyang kita sebelumnya. Seterusnya, diharapkan kesenian berbahasa ini akan menjadi budaya masyarakat bangsa dalam setiap aktiviti harian sama ada ketika berkomunikasi secara umum ataupun formal. Jelasnya, kenenian berbahasa menggunakan pantun sebagai wahana komunikasi antara masyarakat mempunyai pelbagai keistimewaan dan peranannya.

       Mari kita bersama-sama memfokuskan lensa perbincangan ke arah horizon minda pelajar kelas pertama dengan membicara kata kunci pertama iaitu fungsi pantun sebagai wahana penyampaian rasa penghargaan dan terima kasih kepada seseorang. Masyarakat Melayu yang sememangnya terkenal dengan sikap suka menghargai dan berterima kasih atas sumbangan dan jasa orang lain. Antara hasilan pantun generasi terdahulu yang masih diaplikasi masayarakat sehingga kini terpapar melalui pantun seperti di bawah,            Pisang emas dibawa belayar,            Masak sebiji di atas peti,            Hutang emas boleh dibayar,             Hutang budi dibawa mati.Justeru, penggunaan pantun sebagai alat untuk menyampaikan rasa penghargaan dan ucapan terima kasih seperti tergambar dalam pantun di atas memaparkan kehalusan budi bangsa Melayu sesuai dengan pepatah Melayu iaitu harimau mati meninggalkan belang, manusia matiu meninggalkan nama. Ucapan terima kasih melalui penggunaan pantun yang selalunya digunakan dalam ucapan semasa acara rasmi, atau dalam perbualan seorang rakan dengan rakan memang meninggalkan impak yang besar kepada pendengarnya. Ucapan dengan penggunaan pantun ini boleh berlaku apabila seseorang itu menghulurkan bantuan sama ada kewangan, tenaga atau usaha membantu orang lain dalam meringankan bebanan kerja, memberikan idea dalam menyelesaiakan masalah, memberikan nasihat dan sebagainya. Secara langsung, penggunaan pantun dalam menyampaikan penghargaan terima kasih ini dapat melahir dan menyemaikan bibit-bibit kasih sayang antara pengguna atau penutur bahasa. Tuntasnya, pantun menjadi wadah dan wahana dalam menyampaikan rasa penghargaan dan terima masih seseorang dalam kehidupan bermasyarakat.

      Seterusnya, mari kita selusuri fokus lensa perbincangan menggunakan minda pelajar kelas

Page 6: Karangan Terbaik SPM

pertama mengenai peranan pantun dan keistimewaannya dengan kata kunci kedua iaitu pantun juga boleh diguna pakai sebagai medan media berkomunikasi dalam menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat. Sebagai contoh, kita sering melihat iklan yang dipaparkan di kaca televisyen menggunakan pantun sebagai medium komunikasi mereka. Usaha murni media massa menggunakan pantun sebagai alat menyampaikan pesanan atau nasihat amat dipuji kerana dengan aplikasi pantun berkenaan dalam media akan membangkitkan rasa kecintaan masyarakat terhadap fungsi pantun dalam kehidupan dan secara langsung mereka tidak akan lupa akan peranan pantun dalam kehidupan seharian serta tidak melupakan identiti bangsa mereka. Di samping itu, media komunikasi tidak kira media cetak ataupun media elektronik boleh menggalakkan masyarakat mengaplikasi pantun dalam kehidupan mereka sama ada semasa berinteraksi atau berhubung melalui komunikasi berbahasa ataupun melalui tulisan. Antara contoh, media massa  seperti radio dan televisyen menyiarkan rancangan berbalas pantun sama ada secara tertutup mahupun secara siaran langsung dalam rancangan mereka. Langkah ini juga patut dipuji kerana golongan yang meminati siaran eletronik ini antaranya golongan remaja dan mereka inilah bakal pemimpin dan merupakan aset negara. Bahkan juga, penggunaan pantun dalam kehidupan boleh menjadi bahan untuk hiburan dan jenaka kerana pantun sering mendapat perhatian dalam kalangan penghibur negara terutama dalam rancangan realiti televisyen sekarang seperti Super Spontan, Maharaja Lawak,  Karott Komedia X, dan sebagainya mencuri tumpuan peminat dalam kalangan masyarakat. Tamsilnya, pabila masyarakat menonton rancangan seperti ini mereka akan dapat melupakan sementara rasa sedih dan stress mereka setelah bergulamang dengan kerjaya pada sebelah siangnya. Sebagai nasihat, dalam berhibur ciri-ciri pantun sebagai puisi lama tidak perlu diabaikan kerana di situlah erti keindahan dan keunikan berbahasa yang ditinggalkan oleh generasi dahulu kepada kita. Tegasnya, masayarakat tidak perlu memandang rendah peranan pantun dalam kehidupan mereka kerana pantun berperanan sebagai penyampai maklumat dan juga sumber hiburan yang mengasyikkan.            Darsawarsa, segelintir masyarakat kita, terutama masyarakat Melayu alpa kerana meminggir dan tidak menghargai tradisi  pantun sebagai satu medium atau wahana untuk menyindir dan menempelak sesorang tanpa menyinggung perasaan pendengar. Kita sedia maklum, masyarakat Melayu terkenal dengan sifat berbudi bahasa dan sentiasa menjaga akhlak semasa berkomunikasi. Hal ini kerana setiap individu tidal lari daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau sebaliknya sehingga menggores perasaan orang di sekeliling mereka. Justeru, pabila kita berbalik kepada generasi nenek moyang kita dahulu, mereka cenderung menggunakan pantun dalam menyindir atau menempelak sesorang. Dengan cara sedemikian, pendengar atau orang yang dilawan bercakap tidak akan berasa pedihnya sindiran berkenaan berbanding jika disampaikan dengan cara terus terang. Contohnya boleh kita lihat melalui pantun berikut, "Berakit ke hulu dengan bergalah,  buluh pecah terbelah dua, orang tua jangan dilangkah, kelak biadap dituduhnya pula." Pantun berkenaan jelas  menunjukkan contoh cara golongan tua menyindir golongan muda yang sering menempelak golongan tua sama ada semasa bercakap atau semasa memberi nasihat kerana orang tua lebih banyak makan garam. Berbanding sekiranya dalam menempelak atau menyindir seperti berkata, " Diam, jangan melawan cakap orang tua", menunjukkan seseorang terus menghalang orang lain bersikap biadap dengan orang tua. Sekiranya berlaku situasi sedemikian, sudah pasti golongan muda yang mendengar kata-kata seperti itu akan tersinggung dan akibatnya hubungan mereka akan menjadi renggang.Situasi ini sering berlaku dalam alaf milenium ini kerana golongan remaja sekarang lebih suka berterus terang semasa berbual dengan rakan-rakan sebaya, dan sudah pasti ada kalanya sikap ini akan mengundang padah seperti berlakunya pertengkaran dan perkelahian. Tegasnya, masyarakat terutama golongan remaja boleh menggunakan pantun apabila cuba untuk menempelak atau menyindir rakan sebaya kerana penggunaan pantun akan melembutkan maksud teguran berbanding jika teguran itu dizahirkan secara berterus terang.

         Mari kita lebarkan fokus lensa perbincangan kepada kata kunci peranan pantun dalam adat istiadat orang Melayu . Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan sikap mengutamakan adat dalam upacara seperti merisik, pertunangan dan perkahwinan. Dalam majlis seperti rombongan merisik kebiasaannya ahli keluarga akan memilih golongan tua daripada keluarga mereka menjadi

Page 7: Karangan Terbaik SPM

orang utama dalam majlis seperti disebutkan di atas. Kebiasaannya, orang paling utama dalam acara seperti tersebut dipilih dalam kalangan ahli keluarga yang petah berkata-kata dan kaya dengan kesenian berpantun. Selalunya, pantun akan digunakan sebagai mukadimah atau pembuka kata sebagai tanda meminta kebenaran sebelum aktiviti selanjutnya dijalankan semasa upacara merisik, pertunangan dan perkahwinan. Dalam berpantun kebiasaannya ketua rombongan akan cuba untuk menyampaikan hasrat rombongan keluarga mereka dan selalunya ke rumah gadis yang menjadi pilihan ahli keluarga lelaki. Selalunya, pantun yang dikemukan akan dibalas oleh keluarga gadis. Sebagai contoh pantun berkenaan seperti di bawah:-

            Tok Sami ke teluk Lipat,             Kain batik dibawa Salma,             Datang kami membawa hajat,             Kalau sudi minta diterima.

             Dari Pauh singgah Permatang,              Singgah merapat papan kemudi,              Dari jauh saya datang,              Kerana tuan yang baik budi. 

Pantun seperti di atas, biasanya dipertuturkan semasa adat merisik, pertunangan atau perkahwinan yang mengambar orang Melayu sentiasa berkomunikasi secara bersopan dalam acara tertentu. Tegasnya, budaya masyarakat Melayu begitu unik dan kaya dengan kesenian bahasa antara kemahiran berpantun dalam upacara adat.

            Selain itu, pantun juga sering digunakan sebagai usaha untuk memberi tunjuk ajar atau nasihat kepada seseorang. Nasihat dan tunjuk ajar ini kebiasaannya diajukan kepada setiap lapisan masyarakat tidak kira usia muda atau tua. Pada zaman dahulu, orang tua-tua sering mengutamakan pantun sebagai usaha untuk memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada anak-anak atau golongan remaja kerana dengan cara tersebut teguran dan nasihat yang hendak disampaikan secara lebih bersopan.  bahkan juga, dengan penggunaan pantun teguran dan tunjuk ajar dapat disampaikan tanpa menggores perasaan golongan yang menjadi sasarannya. Contoh pantun nasihat seperti di bawah:-

        Pergi ke pantai berkereta coklat,        berdayung sampan hingga ke malam,        Firman Tuhan tutuplah aurat,        Menjadi kewajipan wanita Islam.

Berdasarkan pantun di atas, pemantun cuba menasihatkan golongan hawa agar sentiasa menutup aurat mereka kerana perkara tersebut sudah menjadi kewajipan kaum wanita di sisi Tuhan. Jelasnya, melalui pantun seperti diatas nasihat yang disampaikan secara lembut dan tidak berbentuk keras dalam bentuk paksaan walaupun perkara berkenaan adalah wajib dilaksanakan kaum perempuan. Berbanding dengan situasi remaja sekarang lebih suka membuat teguran secara terus terang sehingga menyebabkan timbul perasaan tidak senang dalam kalangan mereka. Adakalanya, cara teguran disampaikan menyebabkan hubungan antara mereka akan renggang malah ada juga yang mencetuskan perkelahian kerana ada yang berpendapat soal menutup aurat adalah soal peribadi. Tegasnya, pantun amat signifikan untuk memberikan nasihat dan teguran kerana cara ini lebih lembut dan bersopan.

      Akhirulkalam, sudah terang lagi bersuluh bahawa pantun sememangnya banyak kelabihan dan keistimewaannya tersendiri. Antara, pantun berfungsi sebagai hiburan, berguna dalam adat istiadat, sebagai nasihat, menempelak dan sebagainya. Sebagai penerus generasi terdahulu, kita bukan sahaja perlu menghargai keunikan dan kesenian pantun Melayu, malah lebih jauh lagi kita perlu

Page 8: Karangan Terbaik SPM

mempertahan dan seterusnya membudaya tradisi penggunaan pantun dalam kehidupan seharian agar tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas dibawa arus zaman yang serba ligat dengan kemodenan zaman milineum ini. Justeru, kita sebagai perwaris bangsa perlu bekerjasama ibarat aur dengan tebing, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat dalam usaha untuk terus memartabat dan memperkasakan pantun sebagai satu wahana dan mideum komunikasi sopan antara masyarakat Melayu yang terkenal dengan budi bahasanya. Oleh sebab itu, ternyatalah keistimewaan pantun dan peranannya dalam masyarakat tidak dapat dipertikaikan.

Page 9: Karangan Terbaik SPM
Page 10: Karangan Terbaik SPM
Page 11: Karangan Terbaik SPM
Page 12: Karangan Terbaik SPM
Page 13: Karangan Terbaik SPM

Karangan Umum Fokus Keluarga / Ibu BapaIbu bapa memainkan peranan penting untuk membentuk budaya membaca dalam kalangan anggota keluarga mereka.Bincangkan pernyataan di atas.Karangan ini nukilan Nur Aisah Humaira bt. Moideen Ting. 5 Ibnu Khaldun

Page 14: Karangan Terbaik SPM
Page 15: Karangan Terbaik SPM
Page 16: Karangan Terbaik SPM

SEYOGIA

Karangan berfokus masyarakat.

Page 17: Karangan Terbaik SPM

Kaum wanita di negara ini wajar diberikan peluang yang sama rata dengan kaum lelaki untuk

menceburi diri dalam pelbagai bidang.

Berikan komen anda tentang pernyataan di atas.

         “Mampukah wanita menggalas tugas kaum lelaki?”  “ Kaum wanita hanya sesuai di dapur,

mengemas rumah dan menjaga anak” “ Bolehkah wanita menjadi seorang pemimpin?” Persoalan

sebegini kerap diperbual dan kerap menjadi perbincangan dalam kalangan masyarakat terutama

dalam kalangan kaum adam yang sering memandang rendah akan kemampuan kaum hawa.  Namun,

tohmahan dan pandangan kaum adam akan terhakis apabila nama-nama tokoh wanita sudah

membarisi nama-nama hebat dengan kejayaan mereka dalam pelbagai bidang dan sekaligus

membuktikan mereka mampu menyamai dan ada yang mengatasi kaum lelaki. Hal ini terbukti terbukti

sejak dari dahulu lagi. Mana tidaknya, semenjak zaman Rasulullah sendiri nama wanita seperti

Saiditina Aisyah, Ummi Salamah, Fatimah dan Zainab Al Ghazali memberi sumbangan yang besar

dalam pembangunan Islam. Begitu wanita di Malaysia yang Berjaya dalam bidang mereka seperti Dr.

Zeti Akhtar Aziz wanita pertama dilantik sebagai Gabenor  Bank Negara Malaysia,  Aireen Omar

wanita pertama yang mengepalai syarikat Penerbangan Air-Asia, Datuk Dr. Maznah Hamid bekerjaya 

dan memiliki syarikat sekuriti dan hartanah, Kadijah Abdullah Ketua Eksekutif Insuran Malaysia dan

pelbagai lagi nama wanita berjaya di Malaysia, sudah pasti menutup pandangan serong golongan

adam akan kebolehan kaum hawa. Benarlah kata pepatah, tangan yang menghayun buaian mampu

mengoncang dunia. Tegasnya, wanita wajar diberi peluang yang sama rata dengan kaum lelaki untuk

menceburi pelbagai bidang asalkan peranan mereka tidak bertentangan dengan agama.

        Mari kita lebarkan lensa skop perbincangan berdasarkan minda pelajar kelas pertama dengan

kata kunci golongan wanita mampu menerajui bidang kewangan negara. Nama yang tidak asing

dalam bidang kewangan berkenaan ialah Dr. Zeti Akhtar Aziz iaitu anak kepada pasangan Profesor

Diraja  Ungku  Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dan Sharifah Azah Alsagof merupakan Tokoh

Budayawan Negara.  Dr. Zeti Akhtar Aziz merupakan wanita Malaysia pertama dilantik sebagai

Gabenor Bank Negara Malaysia setelah menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana dan  Doktor

Falsafah dalam Jurusan Kewangan dan Ekonomi Antarabangsa Universiti Pennyslvania pada tahun

1978. Atas sumbangan  dan kejayaannya dalam mentadbir kewangan negara,  beliau telah terpilih

sebagai Ahli Perbankan Pusat Terbaik di dunia oleh Majalah Global Finance.  Beliau menerima

anugerah berprestij tersebut bersama-sama tokoh kewangan dunia seperti Gabenor Bank Australia,

Gabenor Bank Israel, dan tokoh kewangan dari Filipina dan Taiwan. Selain Dr. Zeti Akhtar, nama

wanita berjaya dalam bidang ekonomi seperti nama yang disebut di bahagian pengenalan iaitu Aireen

Omar, Datuk Maznah, begitu juga Pengurus Syarikat Faiza Sdn. Bhd.  iaitu Faiza Bawurni Sayed

Ahmad terkenan dengan pengedar beras basmathi.  Justeru, terbukti bahawa golongan wanita

mampu untuk mentadbir kewangan dan ekonomi negara, malah jauh mengatasi kebolehan golongan

lelaki apabila Dr. Zeti Akhtar telah diiktiraf sebagai antara Ketua Bank Negara yang terbaik di dunia.

         Seterusnya, mari kita selongkar kehebatan kaum hawa dalam bidang sukan agar sikap dan

prasangka kebolehan wanita tidak dipertikai sebagai kaum yang lemah malah boleh berjaya seperti 

peserta sukan lelaki. Kaum wanita juga mampu untuk berjaya seperti kaum lelaki dalam acara sukan

sekiranya diberi ruang dan peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka. Kejayaan mereka bukan

sahaja di peringkat kebangsaan, malah ada yang berjaya di peringkat global apabila mampu

menunduk pencabar dunia. Justeru, nama-nama seperti peserta sukan wanita berjaya dalam karear

mereka di peringkat antarabangsa seperti Dato' Nicol Ann David dan  Pandela Rinong berjaya dalam

acara sukan yang mereka tandingi di peringkat dunia iaitu dalam acara skuasy dan acara terjun.

Dalam acara skuasy, Ratu Skuasy Negara sering memberi kejutan demi kejutan apabila berjaya

Page 18: Karangan Terbaik SPM

meneruskan gelaran sebagai pemain skuasy pertama dunia apabila muncul sebagai johan dalam

pelbagai kejohanan skuasy di peringkat dunia. Kejayaan Pandela Rionong mendapat pingat gangsa

dalam acara terjunan di  Sukan Olimpik London pada tahun 2013 amat membanggakan rakyat

Malaysia. Hal ini kerana, beliau merupakan peserta sukan pertama negara yang berjaya mencapai

kejayaan gemilang seperti itu di peringkat Sukan Olimpik. Tegasnya, kaum hawa juga mampu

menggegarkan dunia apabila diberi ruang untuk menyertainya.

        Jika kita sorot lensa perbincangan kepada penglibatan golongan wanita dalam aktiviti ekstrim

atas dasar untuk menyenaraikan nama wanita Malaysia sebaris dengan kejayaan wanita negara luar.

Sebagai warganegara Malaysia,  kita amat berbangga dengan semangat patriotik golongan hawa

yang sanggup menggadai nyawa untuk memartabatkan nama negara kita sebaris dengan negara

maju yang lain agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara yang lain.

Nama kaum hawa yang dimaksudkan dalam perbincangan ini ialah  Datin Paduka Sharifah Mazlina

Syed Abdul Kadir, pensyarah Psikologi Sukan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti

Teknologi Mara (UiTM). Beliau telah mengambil risiko untuk menjelajah kawasan paling sejuk di dunia

iaitu untuk menjelajahi Kutub Utara walaupun beliau sedar kemungkinan nyawa beliau boleh

melayang dalam menjayakan usaha menjelajahi kutub berkenaan secara solo. Oleh sebab

semangatnya yang membara untuk berjaya menakluk Kutub Utara akahirnya usahanya berjaya

melaksanakan ekspedisinya  pada 17 April 2007, sekali gus menjadikannya sebagai wanita Asia

pertama berjaya menjelajah kedua-dua Kutub Utara dan Kutub Selatan. Semangat dan keazaman

penuh membara yang ditunjukkan oleh mereka ini seharusnya dijadikan iltizam buat generasi masa

hadapan untuk terus mengorak langkah merintis kecemerlangan. Tegasnya, kaum wanita juga

mampu untuk berjaya sekiranya mempunyai semangat patriotisme, di samping kecekalan hati dalam

menghadapi cabaran mengharungi kawasan paling sejuk dan paling mencabar di dunia.

         Seterusnya, mari kita terus menyelongkar kehebatan wanita Malaysia menggunakan minda

pelajar kelas pertama dengan memperkatakan kehebatan kaum hawa dengan kata kunci mereka juga

boleh berjaya dalam bidang politik terutama membantu barisan kabinet menerajui kepimpinan

negara.  Kini terdapat ramai wanita yang menyandang jawatan menteri, senator, ahli parlimen, ahli 

EXCO, ADUN dan sebagainya. Kita berbangga dengan ahli-ahli politik wanita seperti Datuk Seri

Rafidah Aziz, mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri dan Datuk Seri Shahrizat

Abdul Jalil, mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang berusaha gigih

menjaga hak dan kepentingan wanita. Berdasarkan senarai anggota kabinet Malaysia 2013, Datuk

Rohani Abdul Karim merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengganti

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Tidak lupa juga jasa mantan Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani

yang telah banyak berjasa kepada negara dan  pertama di Malaysia yang dilantik ke jawatan senator

pada tahun 1963 dan merupakan wakil wanita pertama dari Malaysia ke Perhimpunan Agung

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1973, beliau dilantik menjadi Menteri

Kebajikan Masyarakat dan memegang jawatan tersebut sehingga tahun 1984. Oleh sebab itu, jasa

mereka terhadap masyarakat amat dikagumi terutama dalam menentukan kebajikan golongan wanita

agar sentiasa terbela terutama golongan ibu tunggal. Tuntasnya, kaum wanita juga memainkan

peranan membantu barisan kabinet negara menerajui kepimpinan negara Malaysia.

         Setelah kita membincangkan jasa pemimpin wanita membela kaum wanita dan membantu

barisan kabinet mentadbir negara dalam bidang politik, mari kita menelesuri pula peranan wanita

dalam dalam membantu kebajikan masyarakat peringkat antarabangsa. Bukan senang untuk mencari

seorang budiman seperti Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood yang sanggup meninggalkan kesenangan dan

kemewahan demi untuk membantu orang lain. Beliau merupakan pengerusi dan pengasas MERCY

Malaysia ataupun 'Malaysian Medical Relief Society' iaitu pertubuhan bantuan perubatan sukarela

Page 19: Karangan Terbaik SPM

yang ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1999 berikutan perang di Kosovo. Beliau sendiri selalu

mengetuai misi membantu penduduk di negara-negara yang menghadapi bencana alam seperti

gempa bumi, tsunami dan juga di wilayah yang bergolak akibat perang. Baginya apa yang

dilakukannya itu adalah lebih berharga daripada apa yang boleh dibeli oleh wang ringgit. Dr. Jemilah

merupakan salah seorang daripada 16 yang lain dipilih oleh Setiausah Agung Pertubuhan Bangsa-

bangsa Bersatu (PBB), General Ban Ki-moon sebagai kumpulan penasihat Pusat Tindakan Tabung

Kecemasan PBB (CERF). Begitulah jasa seorang wanita dan atas jasanya tersebut pelbagai

penghargaan telah diterimanya seperti anugerah  Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) oleh Yang

Teramat Mulia Sultan Azlan Shah pada tahun 2002 dan Panglima Jasa Negara (PJN) oleh Duli Yang

Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2003.Pada 6 Jun 2009, beliau dianugerahkan

Panglima Setia Mahkota (PSM) oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang

membawa gelaran Tan Sri.

Beliau juga telah menerima Anugerah Keamanan Wanita yang Pertama di Asia Timur (Kategori

Perkhidmatan Kemanusiaan) di Manila. Anugerah yang berprestij itu juga pernah dianugerahkan

kepada Presiden Filipina Corazon Aquino dan Aung San Suu Kyi dari Manila. Justeru, insan bergelar

kaum hawa memang hebat kerana jasa mereka sentiasa disanjung tinggi dunia atas jasa mereka tidak

pernah kenal sempadan.

      Akhir kalam, jasa dan peranan wanita memang telah diiktiraf semenjak zaman Rasulullah lagi dan

seterusnya nama-nama wanita Malasyia juga tidak kurang hebatnya. Mereka sentiasa mewarnai

senario di tanah tumpah darah mereka dalam pelbagai bidang , sama ada di bidang politik, sukan,

ekonomi, berusaha memartabatkan nama negara di mata dunia, membantu kepimpinan negara dan

membantu masyarakat tanpa mengenal sempadan dunia. Sebagai warganegara Malaysia kita harus

berbangga dengan sumbangan kaum hawa ini kerana keberadaan mereka membantu kaum adam

untuk memantapkan segala kekurangan yang ada pada mereka. Oleh sebab itu, kaum wanita

memang perlu diberi ruang untuk menceburi pelbagai bidang kerana kepakaran mereka bukan racun

yang mampu membunuh kaum adam malah boleh diibaratkan ubat yang mampu menyembuhkan

penyakit kaum adam. Allah berfirman bahawa kaum adam dijadikan untuk berpasangan dengan kaum

hawa. Justeru, prasangka buruk dalam kalangan kaum adam terhadap kaum hawa perlu dihapuskan

agar sikap bekerjasama akan wujud demi membina sebuah negara merdeka dan perkasa dalam

pelbagai bidang agar mampu untuk menyinar di mata dunia.

Page 20: Karangan Terbaik SPM

Karangan Tambahan.

Masyarakat pada zaman alaf milenium ini amat mudah untuk mendapat maklumat melalui internet.

Berdasarkan pernyataan berkenaan huraikan kebaikan internet dalam kalangan masyarakat kini. 

Saban hari penggunaan internet semakin digemari oleh setiap lapisan masyarakat di negara

kita. Tahukan anda bahawa penggunaan internet di negara kita ibarat cendawan tumbuh

selepas hujan kerana pertambahan penggunaannya amat ketara sama ada di kawasan bandar

mahu pun di kawasan luar bandar. Penggunaan internet juga bertambah dalam kalangan rakyat

di negara kita disebabkan wujudnya rangkaian jaringan sosial seperti Facebook, Friendster, My

Space dan Tagged dalam internet yang semakin meluas. Bahkan, negara kita tersenarai dalam

sepuluh negara yang paling banyak menggunakan jaringan sosial iaitu Facebook. Sedar atau

tidak, penggunaan internet juga telah sampai di segenap desa apatah lagi selepas wujudnya

teknologi ‘3G’ dan "4G". Apa yang pasti, kajian telah menunjukkan bahawa satu daripada

sepuluh buah rumah di negara kita menggunakan kemudahan internet untuk pelbagai tujuan.

Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa pelbagai manfaat dapat diperoleh daripada

kemudahan penggunaan internet dalam kalangan masyarakat sekaligus mengubah ajakan

paradigma masyarakat dalam era teknologi maklumat kini kerana maklumat berada di hujung

jari.

        Mari kita melebarkan lensa perbincangan dengan mengupas kebaikan penggunaan

internet dalam kalangan masyarakat kini. Pertama kita gunakan minda pelajar kelas pertama

dalam memperinci tajuk perbincangan pertama dengan kata kunci internet bermanfaat untuk

mencari dan mengumpul maklumat dalam masa yang singkat.  Hal ini kerana dalam era

globalisasi ini segala maklumat sama ada formal atau tidak formal telah dimuat naik dalam

rangkaian internet oleh pelbagai pihak dengan cepat sehingga mengalahkan media cetak

seperti surat khabar.  Dalam soal ini, pengguna hanya perlu menaip sahaja maklumat yang

dikehendaki dalam carian enjin google atau yahoo dan segala maklumat yang diperlukan akan

tertera di skrin komputer. Malah, setiap maklumat yang kita perlu dapat kita peroleh

menggunakan pelbagai sumber yang boleh dipercayai keesahannya.  Sebagai contoh, jika kita

ingin mencari maklumat berkenaan berita terkini di akhbar, kita akan memperoleh banyak

maklumat kerana hampir semua akhbar telah dibuka atas talian seperti Utusan Malaysia

Online, Berita Harian Online, Malaysia Kini dan News Strait Times. Malahan, pelajar juga boleh

mendapat maklumat mengenai berita terkini berlaku di dunia kerana dengan internet kerana

dunia ibarat tanpa sempadan. Perkara ini secara tidak langsung memudahkan kita mengumpul

maklumat daripada pelbagai sumber dan kita juga akan memperoleh berita terbaru kerana

dalam media mungkin berita berkenaan masih belum disiarkan.  Contohnya, kita akan

mengetahui peristiwa seperti bencana tsunami yang pernah berlaku di Acheh dan Jepun,

serangan Israel ke atas negara kecil iaitu di Palestin. Justeru, pada zaman milineum ini

bergantung kepada seseorang pelajar untuk mencari maklumat dan sekiranya mereka malas

berbuat demikian mereka boleh  diibarat seperti  katak di bawah tempurung. Oleh itu, kita

dapat membuat kesimpulan bahawa mencari maklumat akan menjadi lebih mudah dengan

menggunakan  kemudahan internet.

Page 21: Karangan Terbaik SPM

    Seterusnya mari kita memperinci perbincangan selanjutnya dengan kata kunci penggunaan

jalur lebar dapat menyelesaikan pelbagai urusan seharian seperti membayar bil dan urusan

perbankan Kini, kehidupan masyarakat kita terutama mereka yang tinggal di bandar sangat

sibuk dek tekanan tempat kerja dan kesesakan lalu lintas sebelum serta selepas pulang dari

pejabat.  Jadi, kesuntukan masa yang dialami ini amat menyusahkan apabila mereka hendak

menguruskan hal-hal berkaitan rumah tangga dan pembayaran pelbagai bil. Oleh sebab itu,

masyarakat di bandar sering mengalami tekanan kehidupan atau stress yang membelenggu

kehidupan mereka seharian. Justeru, masyarakat milenium mereka perlu sedar akan

kemudahan yang telah disediakan oleh pelbagai agensi sama ada agensi kerajaan mahupun

swasta dalam meringankan bebanan dan masa. Bak kata pepatah, masa itu emas, sekiranya

kita tidak memotongnya masa akan memotong kita.  Oelh sebab itu satu cara untuk

menyelesaikan masal pembayaran bil dalam kehidupan seharian adalah dengan  penggunaan

internet. Justeru, pembayaran bil dan urusan perbankan boleh dilakukan pada bila-bila masa

sama ada sambil minum kopi dan berbual bersama-sama ahli keluarga di rumah, atau

dipejabat. Perkara ini dapat dibuktikan apabila banyak bank seperti Maybank, CIMB Bank, Agro

Bank dan RHB Bank menyediakan perniagaan secara ‘online’ di internet kepada para

pelanggan untuk memindahkan wang ke dalam akaun lain dan menyimpan wang secara

‘online’, begitu juga dengan pembayaran bil kad kredit. Pembayaran bil elektrik, bil air dan bil

telefon juga dapat dibayar dengan penggunaan internet di rumah melalui laman web kerajaan

iaitu myeg.com. Pendek kata, kita dapat menguruskan pembayaran bil dan urusan perbankan

di rumah melalui internet sekaligus menjimatkan masa kita.

           Di samping itu, manfaat penggunaan internet di rumah dapat memudahkan kita

berkomunikasi di antara jarak jauh dan dekat malah merentasi lautan seantero dunia. Hal ini

kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di internet untuk tujuan komunikasi.

Malah, syarikat gergasi telekomunikasi berlumba-lumba membuka laman web mereka untuk

memudahkan pengguna berkomunikasi di internet. Berkomunikasi di internet bukan sahaja

melibatkan suara orang yang dihubungi malah kita dapat bersua muka dan melihat wajah

kenalan atau individu yang baru kita kenali dengan hanya duduk di kerusi dan mengadap

komputer serta tangan bermain dengan tetikus melalui beberapa klik. Perkara ini amat

memberi kebaikan kepada ahli keluarga yang jauh meninggalkan keluarga untuk bekerja dan

belajar di luar negara seperti di Asia Barat dan Eropah. Oleh sebab itu dengan penggunaan

internet hubungan ahli keluarga yang jauh dapat dipererat dengan menggunakan internet.

Mereka hanya perlu mengakses aplikasi ‘yahoo mesengger’ untuk berkomunikasi bagi melihat

wajah dan mendengar suara ahli keluarga yang jauh bagi melepaskan kerinduan. Tambahan

pula, gajet telefon sekarang seperti ipad dan telefon pintar lain boleh diaplikasi sebagai akses

kemudahan internet dan ini mempermudah komunikasi antara masyarakat berlaku dengan

mudah. Tuntasnya, penggunaan internet amat bermanfaat dalam kalangan masyarakat untuk

mereka berkomunikasi jarak jauh. 

         Negara kita sedang mengorak langkah untuk menjadi negara maju, justeru Kementerian

Pelajaran Malaysia sentiasa meningkatkan mutu pendidikan negara dengan  dengan

memperkenal pelbagai kemudahan seperti  Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang

memudahkan ibu bapa melihat keputusan anak mereka diinternet sama ada untuk mengetahui

keputusan ujian bulanan dan peperiksaan. Melalui capaian internet ini ibu bapa akan mudah

mendapat keputusan peperiksaan anak secara cepat dan berkesan. Seterusnya, ibu bapa boleh

membuat langkah susulan bertemu dengan para pendidik di sekolah untuk mengetahui

Page 22: Karangan Terbaik SPM

keputusan anak mereka dengan lebuh lanjut. Selain itu program pengajaran dan pembelajaran

secara maya sedang diaplikasi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan memudahkan

guru dan pelajar untuk berinteraksi melaui capaian internet. Sistem berkenaan yang dikenali

sebagai Frog Vle merupakan satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai

dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional

dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak

tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah

menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir

sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui

Internet. Justeru, pembelajaran kini boleh berlaku di mana-mana sahaja dan sudah pasti

pembelajaran secara berterusan akan memantapkan lagi prestasi pelajaran dan anak-anak

akan lebih tertarik belajar secara interaktif. Malahan ibu bapa juga mampu mengetahui prestasi

pembelajaran anak mereka sebagai sokongan Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS)

yang diguna pakai sekarang. Tegasnya, Kementerian Pelajaran Malaysia kini berusaha

membuat Transformasi Pendidikan Negara ke araf pendidikan bertaraf dunia agar pendidikan

negara kita boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pendidikan negara maju di

dunia.

         Akhirnya, sebagai pelajar berminda kelas pertama saya ingin menggunakan kata kunci

bahan-bahan bloger di internet yang dikendalikan oleh guru-guru pakar dalam mata pelajaran

mampu memperkasakan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran terutama pelajar yang akan

menghadapi peperiksaan awam. Hal ini terbukti apabila guru-guru yang bertanggungjawab,

berdedikasi berusaha untuk membantu pelajar menguasai kemahiran pelajar dalam mata

pelajaran berkenaan. Bukan itu sahaja, guru-guru berkenaan juga membuka ruang kepada

pelajar untuk berinterksi di lamam web seperti bmspmet, mohdramsul.blogspot,

mohdrazak.bogspot, dan sebagainya dengan aplikasi chatrool, face book, dan pelbagai

aplikasi lain agar pelajar boleh sentiasa berhubung, sama ada untuk bertanya hal berkaitan

kemahiran yang sukar pelajar kuasai. Malangnya, pelajar tidak mengambil kesempatan untuk

menggunakan kemudahan yang ada untuk tujuan penguasaan terhadap kemahiran berkenaan.

Tambahan pula, guru-guru pakar berkenaan tidak mengenakan bayaran kepada pelajar untuk

meningkatkan kemahiran mereka dalam penguasaan kemhiran tatabahasa, komsas, dan

penulisan karangan. Usaha tangga kejayaan, setiap usaha akan ada balasannya, begiutlah

ungkapan pepatah Melayu yang membawa maksud sekiranya pelajar berusaha apa sahaja

yang mereka usahakan, akhirnya mereka akan menerima hasilnya. Justeru, terbukti internet

banyak memberikan kebaikan kepada peajar terutamapelajar yang bijak menggunakan aplikasi

ini untuk tujuan meningkatkan kemahiran dalam pembelajaran.

         Kesimpulannya, penggunaan internet mendatangkan pelbagai manfaat berguna kepada

masyarakat. Oleh itu, masyarakat di negara kita perlu memanfaatkan penggunaan internet 

kerana melalui penggunaan internet segala maklumat berada di hujung jari anda. Apa yang

pasti, internet mampu memberikan seribu satu macam kemudahan kepada pengguna jika

digunakan sebaiknya. Dalam era serba moden ini, penggunaan internet seakan tidak dapat

dipisahkan lagi dengan kemajuan negara sekarang. Jadi, pihak kerajaan perlu mendidik

masyarakat menggunakan internet bagi melahirkan generasi celik IT sekaligus setanding

dengan masyarakat negara maju lain seperti Jepun demi mencapai wawasan 2020. Selain itu,

ibu bapa juga tidak ketinggalan perlu mendidik anak-anak mempelajari internet di rumah

kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Akhirul kalam, tidak dapat dinafikan

bahawa kemudahan internet di rumah memberi pelbagai faedah kepada kita.

Page 23: Karangan Terbaik SPM

Saolan berfokus diri Belakangan ini, isu kenakalan remaja hangat diperkatakan dan membawa petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang.  

Huraikan peranan anda sebagai seorang remaja dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji.

Gunakanlah masa yang ada

Dengan sebaiknya

Kuatkanlah tekad di hati

Memajukan diri

Tiada kejayaan yang datang

Tanpa usaha yang gigih

Bersusah-susahlah dahulu

Bersenang kemudian

Jadilah warga yang berguna

Pada keluarga, masyarakat jua negara

Sebahagian daripada lirik lagu ‘Remaja’ persembahan kumpulan nasyid Unic saya petik untuk

menggambarkan kemaslahatan peranan remaja pada masa ini. Lagu yang menyuntik semanagat ini

menyeru  para remaja agar menggunakan masa dengan sebaiknya dan mempunyai azam yang kuat

demi memajukan diri masing-masing . Melalui usaha yang gigih dan tabah tanpa mengenal jemu

dalam bidang yang diceburi serta memiliki sahsiah yang terpuji , remaja akan menjadi warga yang

berguna kepada keluarga, masyarakat dan nusa. Hal ini demikian kerana menurut Menteri Belia dan

Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek,  belakangan ini, remaja begitu terdedah kepada pelbagai bentuk

cabaran sama ada dari segi pengaruh media massa, pengaruh atau desakan daripada rakan  sebaya

serta ibu bapa dan masyarakat ataupun konflik pergolakan antarabangsa yang semakin hari semakin

mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar seluruh negara. Pergolakan antarabangsa yang

berlaku sedikit sebanyak mempengaruhi akidah remaja kita.  Remaja yang rata-ratanya mempunyai

semangat inkuiri atau ingin tahu yang tinggi berserta perlakuan untuk mencuba sedaya upaya

sehingga berjaya bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan,

perlu dipandu dan ditarbiah ke jalan yang benar baik melalui diri sendiri, ibu bapa, guru-guru,

masyarakat mahupun kerajaan memandangkan remajalah yang bakal memegang tampuk

pemerintahan negara ini lantas mencorakkannya menjadi sebuah negara yang unggul dan terbilang.

Negara memerlukan remaja yang mempunyai nilai mandiri dan jati diri yang utuh di samping berdaya

saing serta berfikiran kreatif dan inovatif. Namun demikian, amatlah malang kepada negara kita jika

remaja yang diharap-harapkan akan sentiasa mendukung panji ‘Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi

Tiang Negara’ kini dikaitkan dengan isu kenakalan. Perbuatan yang melanggar norma, aturan atau

hukum dalam masyarakat yang dilakukan pada usia remaja ini dikatakan membawa petanda yang

tidak baik kepada generasi akan datang bak kata pepatah, air perabung mengalir ke cucur atap. Isu ini

begitu hampir dengan saya memandangkan saya juga  seorang insan yang bergelar remaja justeru

saya mempunyai peranan dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji agar memiliki ciri-ciri remaja

cemerlang dambaan negara.

 Sebagai seorang remaja, dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji, saya akan mendalami

ilmu agama dan mencintai Allah. Ilmu agama merupakan ilmu yang mendekatkan diri seseorang

kepada Maha Pencipta iaitu Allah swt. Tiada ilmu yang lebih mulia melainkan ilmu agama di dunia ini

iaitu ilmu dan pengetahuan Islam yang syumul. Perkara ini boleh dibuktikan melalui pernyataan rasa

yang disuarakan oleh ilmuan sains yang terkenal iaitu Albert Einstein  (walaupun beliau tidak

beragama Islam) yang menyatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta , ilmu tanpa agama adalah

Page 24: Karangan Terbaik SPM

lumpuh. Jelas dapat dilihat bahawa ilmu dan agama mempunyai hubung kait yang sangat akrab.

Seseorang yang mendalami ilmu tetapi tidak berlandaskan atau berpaksikan agama tidak akan

merasai nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah swt.  Saya akan mendalami ilmu agama dengan

membaca dan memahami  Al-Quran,  mengkaji hadis-hadis dan menyelami sirah nabi serta para

sahabat. Akhlak Rasulullah yang terpuji dan sempurna yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis itu

pastinya akan menjadi sumber  primer saya bagi membina pemahaman yang kukuh tentang

kemuliaan dan kehebatan memiliki sahsiah yang terpuji. Pembelajaran melalui pembacaan dan

penelaahan yang mendalam sebegini mampu memberi input yang berguna seperti memahami nilai

yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari . Nilai-nilai seperti ketakwaan, kesabaran,

kegigihan, keikhlasan dan bertanggungjawab semuanya memandu diri saya membina peribadi mulia .

Pengajaran daripada Al-Quran dan hadis mampu merobah mana-mana perlakuan saya yang sebelum

ini yang dianggap bejat atau kurang memuaskan kepada perlakuan yang positif atau terpuji. Jikalau

saya tidak memahami kandungan Al-Quran ataupun hadis, saya akan berjumpa dengan ustaz atau

ustazah yang mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan dengan agama yang suci ini. Saya akan

meluangkan masa untuk pergi ke perpustakaan bagi mendalami ilmu agama kerana di perpustakaan,

suasananya yang hening mampu menenangkan fikiran dan mendamaikan jiwa. Dengan mendalami

ilmu agama, saya yakin saya mampu membentuk sahsiah diri yang terpuji kerana saya akan

memperlihatkan kesopanan berbudi bahasa, kemanisan berkata-kata dan kemampuan memberikan

buah fikiran dengan penuh tertib serta matang berlandaskan akhlak Nabi Muhammad saw. Jelasnya,

saya akan terhalang daripada menjadi penyumbang petanda yang tidak baik kepada generasi akan

datang.

             Selain itu, satu lagi modus operandi yang sepatutnya saya lakukan adalah dengan

menumpahkan ketaatan sepenuhnya kepada ibu bapa saya. Ibu bapa merupakan dua insan yang

paling dekat dengan diri saya kerana sesudah saya dilahirkan di muka bumi ini, saya ditatang bagai

minyak yang penuh oleh mereka. Begitu besar pengorbanan ibu bapa terhadap saya bermula dengan

ibu yang mengandungkan saya dengan jerih payahnya selama sembilan bulan sepuluh hari ditambah

pula dengan jasa bapa yang bertungkus lumus mencari nafkah bagi menyara keluarga. Walaupun

cuma untuk sesuap nasi tetapi itulah titik peluh ikhlas yang dilakukan oleh bapa kepada saya. Saya

tidak ingin hidup menjadi seperti Si Tanggang atau Si  Malim Kundang yang merupakan anak derhaka

terhadap ibunya. Saya akan taat kepada ibu bapa dengan cara mendengar dan menerima nasihat

yang diberikan mereka dengan tangan yang terbuka dan hati yang lapang. Jika saya tidak bersetuju

sekalipun, saya tidak akan memberontak dan meninggikan suara ketika memberikan pendapat malah

saya akan berbincang dengan cara yang paling baik atau bertatasusila bagi menyelesaikan segala

permasalahan yang berlaku sesuai dengan peribahasa buang yang keruh ambil yang jernih.  Allah

telah memberikan kedudukan tinggi kepada ibu bapa dan menyuruh setiap anak berbuat baik kepada

mereka. Perkara ini jelas diterangkan melalui firman Allah dalam Surah Al-Israk ayat 23 yang

menyuruh kita berbakti kepada ibu bapa. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu wawancara menyatakan bahawa remaja

boleh membina peribadi mulia dengan mentaati ibu bapa melalui perbuatan yang baik, melaksanakan

hak-hak mereka  dan menjauhkan diri daripada perilaku yang boleh menyakiti hati dan kehidupan

mereka. Taat kepada ibu bapa adalah amalan wajib ditunaikan setiap anak. Ketaatan adalah cara

paling baik mendekatkan diri kepada Allah kerana taat kepada ibu bapa bererti mentaati perintah-Nya

juga. Berbakti kepada ibu bapa membawa berkat. Terdapat hadis Rasulullah saw. yang bermaksud  :

“Sesiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, maka hendaklah dia berbakti

kepada ibu bapanya dan menyambung tali silaturahim." Jelaslah bahawa mentaati ibu bapa mampu

menjadikan saya individu yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji dan terhalang daripada

melakukan perkara-perkara yang merosakkan moral.

            Di samping itu, prakarsa ataupun peranan lain yang dapat saya laksanakan adalah dengan

menghormati guru-guru. Sepanjang pembelajaran saya hatta sekalipun saya tidak lagi bergelar

Page 25: Karangan Terbaik SPM

pelajar, saya akan menghormati guru-guru saya sebagai tanda terima kasih kepada mereka kerana

mereka telah bersungguh-sungguh mengajar sehingga saya mampu berdiri dan berpijak di bumi yang

nyata menjadi insan yang sebaiknya dan berguna. Guru telah banyak berkorban demi memartabatkan

ilmu dan banyak berjasa bermula daripada mereka mengajar kita membaca, menulis dan mengira.

Mereka tidak pernah mentertawakan kesalahan yang saya lakukan malah membetulkan setiap satu

daripadanya lantas menepati mutiara kata cendekiawan Wellington iaitu, ‘Usah merendahkan diri

seseorang kerana tabiat buruknya tetapi bimbinglah ia ke jalan yang lebih baik”. Saya akan menerima

dan menjadikan nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru sebagai insentif dan motivasi untuk

saya berjaya menjadi insan berguna yang mampu mendaki menara gading . Bukan sahaja guru ialah

ibu, bapa, pengajar, pendidik, pengasuh, penasihat dan pembimbing malahan guru adalah segalanya

bagi seorang pelajar. Segala kesusahan yang ditempuhinya dalam mendidik anak-anak muridnya

sepatutnya dikenang dan dihargai kerana tanpa jerih payah seorang guru itu, pelajarnya akan menjadi

manusia yang tidak berguna di dunia dan akhirat. Dengan ilmulah manusia diangkat menjadi makhluk

termulia di sisi Allah swt. sehingga dijadikan sebagai khalifah-Nya di muka bumi. Semua ini tidak akan

tercapai kecuali dengan kita menjaga peradaban dan rasa hormat yang ikhlas terhadap penyampai

ilmu tersebut iaitu guru, pewaris para nabi. Justeru dengan menghormati guru, saya mencetuskan

rasa insaf dalam diri dan bertatih membentuk sahsiah diri yang terpuji.

            Dalam pada itu, saya akan menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan-rakan dan taulan.

Secara perbandingannya, seorang remaja akan meluangkan masa yang lebih bersama rakan-

rakannya berbanding dengan ibu bapa atau saudaranya. Hal ini demikian kerana selain keluarga

tercinta yang dekat di hati, rakan merupakan tempat mengadu, mencurah perasaan dan berkongsi

masalah. Sehubungan itu, saya akan menjaga atau memelihara hubungan yang baik dengan rakan

tidak kira sama ada rakan saya berlainan agama, kaum mahupun warna kulit. Seseorang yang

mempunyai sahsiah diri yang terpuji harus seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Saya juga sedaya upaya tidak akan menimbulkan isu sensitif terutama isu agama. Saya akan

mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang telah mengorbankan banyak nyawa yang

berpunca daripada rusuhan kaum. Saya akan memberikan pertolongan kepada rakan yang

memerlukan bantuan kerana dia merupakan rakan yang baik dan telah membantu ketika saya dalam

kesusahan. Dalam kehidupan yang singkat ini, saya perlu berbaik-baik dengan semua orang dan

bekerjasama dalam semua bidang kerana yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Kita

digalakkan mencari teman yang baik dan meramaikannya seperti kata pepatah ‘berkawan biar seribu

tetapi musuh jangan sesekali dicari.’ Saya akan menjadi seseorang yang dapat memberi manfaat segi

dorongan, nasihat, ilmu dan sebagainya kepada orang lain.  Rakan-rakan juga tidak akan berasa

kekok apabila berkawan dengan saya sekiranya saya tidak bersikap bagai buntal kembung. Apabila

saya menjalinkan hubungan baik dengan rakan-rakan, masalah kebejatan moral tidak akan ada dalam

kamus rutin hidup saya sejajar dengan visi saya untuk menjadi remaja yang mempunyai sahsiah

terpuji.

            Peranan saya yang terakhir adalah dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk

mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak bermoral .

Seorang yang ingin mempunyai sahsiah diri yang terpuji tidak bisa melakukan perkara yang negatif

yang mampu  keruntuhan akhlak lantas menjatuhkan imej diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara.

Saya tidak akan mudah terpedaya oleh hasutan syaitan yang membisikkan ‘kata-kata bermadu’

kepada anak Adam agar melakukan dosa. Saya sentiasa awas bahawa syaitan telah berjanji akan

menyesatkan umat manusia dek sebab Allah swt. telah mencampakkannya keluar dari syurga kerana

tidak mahu sujud kepada Nabi Adam. Kesombongan merajai hati syaitan dengan alasan dia

diciptakan daripada api manakala Adam daripada tanah. Kedegilan syaitan kian hari kian diwarisi

manusia hingga pelbagai kebejatan moral dan perlakuan hedonisme mewarnai kehidupan menjadikan

nilai-nilai nurni jelas nyata dikesampingkan. Saya tidak mahu terjebak dalam kancah yang serba

‘menyesakkan nafas’ dan boleh memusnahkan visi dan misi saya sebagai seorang Muslim yang

Page 26: Karangan Terbaik SPM

cemerlang dan memiiki sahsiah yang terpuji. Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Chee

pernah menyuarakan pendapat bahawa , “Para belia harus diasuh dan dididik agar memainkan

peranan penting dalam mempamerkan akhlak yang baik sesuai dengan imej di mana-mana sahaja

pada bila-bila masa”. Akhlak yang baik termasuklah menghindarkan diri daripada pergaulan bebas,

mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga batas-batas aurat dan menjaga hubungan baik sesama

individu di sekeliling kita. ‘First impression’ orang lain terhadap kita amat penting kerana dari situlah

orang lain akan dapat menilai diri kita yang sebenar”.

            Kesimpulannya, gagasan dan tugas untuk memupuk, membangunkan dan meningkatkan mutu

akhlak dalam  kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Tugas ini tidak dapat dilakukan

dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusiaan yang

tinggi. Saya yakin berlandaskan lima prinsip yang saya pegang di atas, dengan izin Allah, saya dapat

membentuk sahsiah diri yang terpuji. Pemupukan sahsiah diri  ini saya yakin akan membentuk saya

menjadi seorang yang beriman dan bertakwa, mempunyai iltizam yang tidak berbelah bahagi,

mempunyai kerohanian yang amat tinggi serta mewarisi ciri-ciri akhlak perjuangan Rasulullah

saw. Mutiara kata ulamak tersohor Hamka akan saya jadikan pedoman dalam meniti kehidupan ini.

Katanya, “Aku hairan melihat orang menyisir rambutnya setiap hari, tetapi tidak pernah menyisir

otaknya, memperkemas dadanya teapi tidak pernah mencuci hatinya. Digosok kasutnya tetapi tidak

akalnya.”  Tidak akan saya lakukan perkara yang sia-sia yang bisa menyesatkan saya daripada

landasan yang benar sebaliknya pemurnian hati, pemantapan akhlak, ilmu dan  akidah akan terus

menjadi pegangan perjalanan hidup saya. Semoga isu kenakalan remaja akan lenyap agar tidak lagi

menebarkan sayap negatif kepada generasi akan datang bak kata peribahasa ‘Sebab nila setitik rosak

susu sebelanga’

Oleh:

Siti Zareen Naqiyah Zool Ambia5 Hydrology (2011)

MRSM Transkrian

Page 27: Karangan Terbaik SPM

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN SESEORANG MURID DALAM PELAJARAN

PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH

PROGRAM SEKOLAH

KELAS TUISYEN

DORONGAN IBU BAPA

CONTOH KARANGAN

Belakangan ini, soal pembinaan modal insan adalah antara perkara yang menjadi agenda

utama pembangunan negara. Selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan Malaysia muncul

sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, pembangunan modal insan

menerusi bidang pendidikan telah diberi penekanan.  Hal ini cukup penting kerana kita memerlukan

sejumlah besar golongan cerdik pandai bagi membolehkan negara bersaing di peringkat global.

Sehubungan dengan itu, kejayaan murid-murid dalam pelajaran menjadi agenda perdana setiap

sekolah kerana mereka merupakan modal insan yang bakal memacu negara agar berdiri sama tinggi

dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Pada pendapat saya, pelbagai faktor 

yang dapat dikenal pasti mampu mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran.

Pembelajaran di dalam bilik darjah merupakan faktor perdana yang mempengaruhi kejayaan

seseorang murid dalam pelajaran. Pembelajaran dan pengajaran yang berlaku secara kondusif di

dalam bilik darjah merupakan kunci utama kejayaan seseorang murid. Bilik darjah yang mempunyai

sistem pengudaraan yang baik, susun atur peralatan yang memudahkan pergerakan pelajar, memiliki

ciri-ciri keselamatan, bersih dan ceria menjadi pendorong kepada murid-murid untuk belajar dengan

selesa. Apabila murid-murid berasa selesa, mereka akan lebih fokus terhadap pembelajaran dan

pengajaran di dalam bilik darjah.  Jadi, apabila murid memberikan perhatian di dalam kelas, setiap

perkara yang dipelajari dapat difahami dengan mudah. Menurut kajian yang dilakukan oleh Pusat

Pengajian Kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia, 70 peratus kejayaan seseorang murid

adalah tumpuan di dalam bilik darjah ketika proses pembelajaran dan pembelajaran, 29 peratus

adalah inspirasi dan 1 peratus melibatkan genius. Oleh itu, berdasarkan kajian tersebut, dapat

dirumuskan   bahawa proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah yang kondusif

mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran.

Seterusnya, program-program sekolah yang dirancang juga mampu mempengaruhi kejayaan

seseorang murid dalam pelajaran. Program-program yang dirancang oleh Jawatankuasa Kurikulum

Sekolah dan panitia mata pelajaran sama ada di dalam  atau di luar sekolah berupaya

mencemerlangkan murid-murid. Program-program seperti Kem Wacana Akademik, Ceramah Teknik

Menjawab , Bengkel Akademik, Cemamah Motivasi  dan sebagainya mampu meningkatkan

keupayaan murid dalam pelajaran. Program-program yang dirancang seperti ini membolehkan murid-

murid menguasai topik-topik utama dengan mudah dan berupaya menjawab soalan peperiksaan

dengan baik. Hal ini demikian kerana mereka sudah menghadapi soalan-soalan yang mirip

peperiksaan sebenar dan telah berbincang  dengan guru dalam program yang dianjurkan. Tokoh

motivasi negara, Datuk Dr. Mohd Fazilah Kamsah menegaskan bahawa jika seseorang melakukan

sesuatu perkara secara berulang-ulang kali maka dia mampu menghadapi setiap cabaran dengan

mudah kerana sudah melaluinya sebelum ini. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa program yang

dirancang oleh pihak sekolah mampu mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran.

Selain itu, murid-murid yang mengikuti kelas-kelas tuisyen juga mampu berjaya dalam

pelajaran. Ramai ibu bapa sekarang menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas tuisyen berbayar

pada luar waktu persekolahan untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran anak-anak mereka

dalam pelajaran. Mereka tidak menghiraukan tentang kos yang perlu dibayar kepada pusat tuisyen

kerana mereka mengharapkan anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Kelas-

kelas tuisyen sama ada secara individu atau kelompok mampu meningkatkan kemahiran murid dalam

pelajaran. Murid-murid akan ditekankan oleh guru pusat tuisyen tentang teknik-teknik menjawab yang

Page 28: Karangan Terbaik SPM

betul dan strategi untuk mendapat markah yang tinggi. Murid-murid akan mendapat pendedahan

tersebut secara terus berbanding guru-guru di sekolah. Hal ini mampu meningkatkan kemahiran

pelajar dalam setiap mata pelajaran yang diikuti, sekali gus mereka mampu menjawab soalan

peperiksaan dengan cemerlang kerana peribahasa ada menyatakan bahawa alah bisa tegal biasa.

Jadi, jelas menunjukkan bahawa murid-murid yang menghadiri kelas-kelas tuisyen mampu berjaya

dalam pelajaran.

Akhir sekali, dorongan daripada ibu bapa juga mempengaruhi kejayaan seseorang murid

dalam pelajaran. Ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan anak-anak mereka. Setiap ibu

bapa menginginkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Tiada ibu bapa yang  mahu melihat

anak-anak mereka gagal melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Mereka akan melakukan

apa-apa sahaja bagi memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam peperiksaan kerana pada

mereka di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Mereka akan memberikan dorongan dan kata-kata

motivasi kepada anak-anak mereka agar belajar bersungguh-sungguh supaya kejayaan dapat

digapai. Selain motivasi, ibu bapa akan sentiasa berdoa agar anak-anak mereka dipermudahkan

ketika menghadapi peperiksaan. Mereka mengharapkan anak-anak mereka akan tenang apabila

menduduki peperiksaan dan dapat menjawab soalan dengan mudah. Apabila anak-anak merasakan

diri mereka dihargai maka mereka akan belajar bersungguh-sungguh supaya harapan ibu bapa dapat

direalisasikan. Mereka berazam untuk menghadiahkan kejayaan kepada ibu bapa sebagai balasan

atas jasa dan pengorbanan mereka selama ini. Jadi, jelas menunjukkan bahawa dorongan ibu bapa

mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran.Kesimpulannya, aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal insan inilah yang menjadi aset yang boleh disuntik nilai tambahnya untuk menjana pembangunan negara. Kejayaan murid-murid dalam pelajaran menjadi keutamaan dalam membina modal insan yang berwawasan. Anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran dapat menjana idea untuk memacu negara ke arah menjayakan Wawasan 2020. Jadi, ibu bapa memainkan tanggungjawab yang besar bagi memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran kerana di bahu anak-anak inilah terletak harapan untuk menggantikan barisan kepimpinan negara yang ada sekarang selaras dengan cogan kata pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara.